Anda di halaman 1dari 3

Apa itu kayap dan petua mengubatinya

Penyakit kayap terbahagi kepada tiga jenis, iaitu kayap melukut, kayap jagung dan kayap ular
atau nama saintifiknya herpes zoster atau disebut shingles berpunca daripada serangan virus
Varicella zoster (VZB) iaitu daripada kelompok virus herpes.
Lazimnya ruam kayap ular ini bermula dari tengah belakang dan merebak hingga ke bahagian
dada. Pada kebiasaannya kayap ular ini menyerang sebelah dada sahaja. Akhirnya, kayap ular
ini akan menyerang urat saraf rasa di bahagian mata, sekiranya ia tidak dirawat ketika di
peringkat awal lagi. Bila ini berlaku, seseorang akan merasa pening-pening dan sakit diikuti pula
dengan tumbuhan ruam di bahagian dahi dan di bahagian tepi mata.
Jika mata turut diserang ia kelihatan merah dan berlakulah apa yang di-katakan conjunctivitis.
Mana-mana urat saraf rasa akan diserang oleh kuman kayap ular ini bila tumbuhnya kayap ini
di kulit di mana adanya urat saraf rasa. Ruam yang berlaku pada kulit memakan masa dari 10
hari hingga dua minggu untuk sebuh jika dirawat dan kemudian ia akan mula reda dan
meninggalkan parut pada kulit.
Bagi pengidap kayap ular yang lebih tua, mereka akan merasakan kesakitannya dalam jangka
waktu yang lebih lama iaitu berbulan-bulan ataupun makan tahun, apatah lagi jika ia tidak
dirawat. Kesakitan ini digelar Post-Herpetic Neuralgia dan begitu menyeksa kerana ubat-ubatan
yang diberi lazim-nya kurang berkesan. Sebelum seseorang pakar dapat merawat kayap ular Ini
dia harus benar-benar mengetahui secara lebih mendalam akan penyakit ini.
Pada hakikatnya, rawatan yang diberikan kepada pesakit kayap ular ini ialah untuk
mengurangkan ataupun meringankan kesakitan dan mencegah jangkitan yang menyebabkan
bernanah akibat dari bakteria. Rawatannya mudah, pesakit akan diberikan sejenis pil untuk
dimakan. Sementara itu ubat sapu yang berbentuk krim ataupun cecair juga diberikan untuk
disapu ke atas ruam yang berlaku.
Tujuannya ialah untuk mengurangkan rasa kurang senang akibat kesakitan dan gatal-gatal di
samping membantu mengeringkan kulit yang melecur.
Jenis-jenis kayap.
Kayap ular,
Kayap api2
Kayap tompok
Kayap selendar
Kayap harimau
Kayap bersambung (umur pendek)
Simtom-simptom bila terkena penyakit ini? Apabila virus ini berada dalam badan, mangsa akan
berasa demam, tekak loya dan pening berpanjangan. Badan pesakit pula akan dijangkiti ruam
panas, badan rasa sengal dan hilang selera makan. Bagi penyakit kayap yang lebih serius,
pesakit akan dijangkiti gelembung air pada bahagian tertentu di badan. Bagaimanapun kayap
ular ini juga boleh menyerang seseorang tanpa mempunyai sebab. Kuman kayap ular ini
menyerang urat saraf rasa dan kerana itu jangkitan yang berlaku menyebabkan pengidapnya
rasa sakit dan bisa.
Kayap ular ini akan muncul buat pertama kalinya di beberapa bahagian tubuh badan seseorang,
bergantung kepada urat saraf rasa yang mana diserang. Serangan yang berlaku adalah diikuti
dengan rasa sakit di bahagian kulit di mana urat saraf rasa berada. Kesakitan yang dirasakan
memakan masa dua hingga 3 hari sebelum ruam merah terbentuk. Lazimnya ruam kayap ular
ini berkumpul ataupun berbaris mengikut lengkaran urat saraf rasa.

Pada mulanya, ruam merah yang bertompok-tompok akan kelihatan pada kulit dan kemudian
lebih banyak ruam yang berbagai bentuk dengan warna kemerah-merahan dan melecur-lecur
berlaku. Ruam merah yang bertompok itu mengandungi nanah sebelum pecah dan
menyebabkan kulit jadi melecur. Setengah daripada kulit yang melecur ini akan menerbitkan
darah dan rasa sakit akan berterusan bila ruam terus merebak di sekeliling tubuh.
Bagaimana mengubatinya??
Petua 1
Gunakan daun cili dan kapur makan. Tumbukkan atau ramas daun lada serta campurkan
sedikit kapur kemudian dan sapukan dibahagian yang terkena kayap. Lakukan sehari 2 kali.
Insyallah kayap akan pudar dan baik dalam masa beberapa hari.
Petua 2
Menggunakan daun pokok duit2 yang ditumbuk hancur kemudian ambil daunnya serta air
perahannya ditekap pada tempat yang kena kayap dan dibengkung semalaman.
Petua 3.
Ubat makan dan ubat sapu, cucuk pun ada. penyakit ni sesiapa pun boleh dapat termasuk
doktor juga. Doktor saya kata stress pun boleh menjadi penyebab. Saya memula terkena tak
tahu pun itu kayap dan memangla masa tu tengah stress sesangat, jumpa doktor barulah tahu.
Alhamdulillah seminggu dah kering.
Petua 4. (Untuk kayap setompok).
Menggunakan daun delima ditumbuk lumat + bedak sejuk (tanpa pewangi) tampal kat tempat
kayap itu. 3 Hari je dah kering, alhamdulillah. Tapi makan kena jaga-jaga sakit takut nanti rasa
berbisa dan gatal. Yang penting skali bila dah kering jangan dikupil parutnya, biarkan ia tanggal
sendiri sebab kalau bahagian kulit belum betul-betul kering ia akan terluka dan kembali
merebak.
Petua 5
Pucuk daun bunga melur , Pucuk daun buah delima , Daun setawar dan Pucuk daun mambu.
Semua daun di atas di tumbuk atau di belender dan di campurkan dengan bedak sejuk dan di
bancuh pekat. Di sapu atau tampal pada kayap tersebut.(tampal 2-3 jam sekali) lakukan setiap
hari sehingga baik. Makan kena pantang seperti orang dalam pantang bersalin, makan gatal,
goreng-goreng tak boleh makan, hanya rebus, stim atau bakar.
Petua 6
Guna jenis ubi, seakan2 keledek di gosok kat simen/lesung batu, ambil pati dia dan sapu di
tempat kayap tersebut, alhamdulillah kering 2,3 hari
Petua 7
Guna akar rumput kerbau, basuh dan celup dalam bedak sejuk sapu pada tempat yang kena tu.
Petua 8.
Menggunakan garam bukit (rock salt). cara merawat dengan ambil sedikit garam bukit dan
campur sedikit air biar garam bukit tersebut separuh larut dan sapu di kawasan kayap tersebut.
amal 2 kali sehari sebelah pagi dan malam.Selepas tu ambil 4 cubit garam bukit dan masukkan
dalam segelas air, lepas kacau sehingga larut sambil berselawat dan minum (sunnah rasul).. ini
adalah rawatan secara dalaman & luaran, insaAllah penyakit kayap sembuh. Selain itu juga
boleh merawat untuk jerawat, gatal serta penyaki-payakit kulit yang lain.

Petua ke 9.
1. Ambil sebatang pokok keladi candik. Atau nama lainnya keladi merbah.
2. Seterusnya, anda keluarkan air dari batang pokok keladi tu.
3. Akhir sekali, sapukan air tersebut pada kawasan badan yang dijangkiti kayap. Jika tiada aral
melintang, pada keesokan harinya anda dah boleh mengopek kayap tu seperti mengoyak plastik.

Pantang larang ketika sakit ini.


1. Jangan makan makanan berminyak.
2. Buah tempatan tak boleh makan.
3. Tak boleh dengar orang goreng lauk, dan tak boleh goreng sebarang benda pun.
4. Tak boleh kena sabun.
5. Tak boleh makan buah@sayur yang menjalar/berjalur (contohnya tembikai,timun,labu)
6. Tak boleh makan makann yang gatal contohnya (seafood,ayam,telur)

Anda mungkin juga menyukai