Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Maka dengan itu, mereka akan sedar tentang kepentingan bersatu padu dan
hormat-menghormati. Oleh itu, kita perlulah berganding bahu dan bukannya
bersifat berat tulang dalam membajai semangat perpaduan dalam kalangan
masyarakat terutamanya anak-anak yang masih berada di bangku sekolah.
Selain itu, semangat perpaduan juga telah dapat menarik pelancong asing
untuk melawat negara kita. Dengan keunikan masyarakat majmuk yang hidup
dalam keadaan harmoni, para pelancong akan tertarik untuk mempelajari budaya
rakyat Malaysia. Hal ini demikian kerana, mereka akan lebih selamat dan selesa
apabila berada di negara ini walaupun Malaysia turut tergugat dengan
kemunculan wabak influenza H1N1 yang menjadi perbualan hangat negaranegara di dunia ini, namun industri pelancongan tetap maju dan berkembang dari
tahun ke tahun kerana adanya perpaduan kaum. Timbalan Menteri Pelancongan
ada menyatakan bahawa dengan adanya layanan mesra yang diberikan oleh
rakyat Malaysia kepada pelancong asing, industri pelancongan akan terus
mendapat tempat yang tertinggi walaupun agak berkurangan dengan masalah
penularan wabak H1N1. Tidak dapat dinafikan bahawa, rakyat Malaysia dapat
berinteraksi dengan baik antara satu sama lain walaupun berbeza agama dan
bangsa. Sebagai contoh, di sekolah menengah, para pelajar yang terdiri dengan
pelbagai kaum dapat belajar dalam satu sekolah yang sama. Seperti peribahasa
Melayu ada menyatakan bahawa muafakat membawa berkat. Oleh itu, jelaslah
perpaduan kaum bukan sahaja dapat memupuk semangat patriotik malah dapat
menarik lebih ramai pelancong asing ke negara kita.
santun dan saling menghormati sesama manusia. Mahukah rakyat negara kita
bersikap seperti kacang hantu? Yang hanya menambahkan lagi masalah di
negara kita secara tidak langsung mencemarkan nama baik negara. Janganlah
kita semua memandang enteng terhadap peranan pendidikan dalam mewujudkan
semangat perpaduan kerana pendidikan merupakan benteng utama insan
daripada ditipu oleh musuh-musuh negara yang berhajat untuk menghancurkan
perpaduan kaum di negara kita. Mahukah perkara ini berlaku kepada kita dan
generasi akan datang? Fikirkanlah, sesungguhnya melalui pendidikan sahaja
yang dapat menjamin keutuhan perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Intihanya, sistem pendidikan memainkan peranan penting dalam pemupukan
semangat perpaduan agar negara terpelihara daripada tipu helah pihak musuh.