Anda di halaman 1dari 3

Refleksi BIG[CHONG SIN YEE]

Kursus Bina Insan Guru (BIG) dilaksanakan untuk memenuhi Latihan Perguruan Pra
Perkhidmatan. Melalui program ini, unsur-unsur moral dapat diterapkan dalam diri saya serta
rakan-rakan sebagai fokus utama dalam proses pembinaan insan guru. Ia juga merupakan satu
program yang dilaksanakan bagi melahirkan insan guru yang berkualiti tinggi, berilmu,
berkemahiran serta mempunyai spiritual dan sahsial yang tinggi.
BIG yang telah saya dan rakan-rakan lalui ini telah dilaksanakan di SK Chegar Perah
(10-11 FEB) dan SK Wan Ibrahim (12 FEB), Kuala Lipis, Pahang. BIG yang mengambil masa
selama tiga hari ini berlangsung pada hari Selasa hingga Khamis. Kumpulan BIG terdiri seramai
21 orang guru pelatih dari unit Pengajian CIna, 8 orang guru pelatih dari unit Pengajian Melayu,
24 orang guru pelatih dari unit pemulihan dan 16 orang guru pelatih dari unit Sejarah
Pendidikan Kampus Tengku Ampuan Afzan. Selain itu, beberapa buah Intitut Pendidikan
Perguruan juga bersertai bersama dalam Kursus Bina Insan Guru ini.
Sepanjang perjalanan BIG ini berlangsung, saya telah menempuh pelbagai cabaran,
dugaan dan halangan yang tanpa disedari memberi motif yang besar terhadap diri saya. Saya
amat bertuah kerana BIG ini telah banyak memberi saya peluang untuk menilai keupayaan diri
saya dari segi persediaan mental dan fizikal sebagai seorang pengelola BIG yang proaktif,
fleksibel dan berkeyakianan tinggi.
Pada hari pertama, kami telah menyiapkan diri dan berkumpul di astaka IPGKTAA pada
7.30am. Kami memindahkan barang-barang keperluan seperti cat ,berus cat, alatan dapur,
makanan dan lain-lain lagi ke atas bas. Barangan tersebut diperluan oleh kami semasa berada
di SK Chegar Perah selama dua hari. Tujuan kami menjalani BIG di sekolah tersebut untuk
membantu sekolah tersebut membersihkan sekolah selepas banjir berlaku.
Kami bertolak ke SK Chegar Perah yang jauh dari IPG kami. Pada pertengahan jalan,
kami terpaksa menurun bas dan menaiki lori untuk ke sekolah tersebut. Ini kerana jalan ke
sekolah tersebut terlalu sempit dan bas sekolah kami tidak dapat memasukinya. Inilah
pengalaman istimewa saya untuk menaiki lori membawa kelapa sawit untuk ke lokasi.
Selepas saya dan rakan-rakan saya menurun lori, kami telah dijemput mesra oleh guru besar
dan guru-guru sekolah tersebut. Selepas kami memindahkan barang-barang dari lori, kami telah
dijemput makan. Guru besar telah menyampaikan sedikit ucapan dan kami telah diedarkan
beberapa tugasan yang perlu dijalankan semasa berada di sekolah tersebut. saya dan 9 orang
rakan telah diagihkan tugasan melukiskan mirror di dinding sekolah.
Saya dan rakan-rakan saya telah memulakan tugasan kami selepas mendapat gambar

yang perlu dilukis di dinding sekolah. Walaupun tugasan melukis mirror kelihatan mudah, tetapi
kami perlu berdiri di bawah matahari yang panas untuk melakukan tugasan. Untuk
menyelesaikan tugasan dalam masa yang terhad, kami perlu bertanggungjawab untuk
mengagihkan tugasan. Saya dan Yvonne yang mahir dalam melukis bertugas untuk melukis
gambar atas mirror. Rakan-rakan yang lain pula menyediakan cat dan berus untuk mewarna.
Tugasan ini telah mengambil sepanjang hari kami untuk melakukannya.
Pada waktu malam, selepas kami menyiapkan diri, kami telah mengadakan satu jamuan
untuk murid-murid dan ibu bapa sekolah tersebut. Tujuan kami mengadakan jamuan tersebut
adalah untuk membangunkan semangat murid-murid untuk belajar dan memberi peluang
pelajar untuk mendekati situasi sekolah serta ibu bapa. Jamuan tersebut mendapat sambutan
yang meriah oleh murid-murid dan ibu bapa mereka. Di sini saya berharap pada masa
hadapan, pelajar-pelajar dapat belajar bersungguh-sungguh dan menjadi seseorang yang
berilmu dan dapat berbakti kepada masyarakat kita.
Pada hari kedua, selepas bersarapan,kami meneruskan tugasan menyiapkan mirror
yang belum siap lagi. Ini tidak mengambil masa yang panjang. Selepas menyiapkan mirror,
kami juga diarah untuk membersihkan perpustakaan sekolah tersebut. Kami dan beberapa
orang pelajar lelaki telah berusaha membersihkan perpustakaan sekolah tersebut.
Pada pukul 2 petang, kami telah mengemaskan barang-barang kami dan berangkat ke
lori. Kami juga menaik lori sekali lagi untuk keluar sekolah. Perjalanan mengambil masa 30 min
untuk ke bas sekolah. Perasaan letih tetapi gembira di dalam hati kami kerana melakukan
sesuatu yang bermakna dan meninggalkan pengalaman yang terindah di hati kami.
Pada hari ketiga, kami telah bergabung beberapa buah IPG untuk mengadakan BIG SK
Wan Ibrahim yang berdekatan dengan IPG kami. Saya sebagai ketua unit PC telah menaik bas
mereka dan membawa mereka ke lokasi. Setiba sekolah tersebut, kami telah dijemput mesra
oleh guru dan pelajar. Sebelum memulakan tugasan, kami telah menlakukan senaman
bersama. Selepas ini, kami diagih 10 orang sekumpulan untuk mengecat kelas. Saya dan
rakan-rakan saya telah diagih ke kelas pra sekolah. Selepas memasuki kelas, guru tersebut
tidak meminta kami untuk mengecat tetapi kami perlu menghiaskan papan kenyataan di
belakang kelas sahaja. Kami telah memulakan tugasan kami yang diminta oleh guru tersebut.
Tugasan tersebut tidak seberat yang lain, tetapi kami juga berpeluang menjalankan tugasan
bersama guru berkenaan. Ini merupakan pengalaman yang gembira untuk merapatkan
hubungan dengan guru. Selepas menyiapkan kerja, guru berkenaan juga membelanjakan kami
sebungkus buah-buahan seorang sebagai ganjaran menolong beliau melakukan tugasan. .
Kami diberi pujian oleh pensyarah atas kerjasama kami untuk menjayakan aktiviti ini.

Sepanjang aktiviti ini, saya berasa bangga untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang
bermakna ini. Ilmu yang saya pelajari dalam pendidikan Seni Visual dapat digunakan dalam
aktiviti yang bermakna ini.
Di sini, saya amat berterima kasih kepada pihak IPG kerana memberi peluang untuk
menjalankan aktiviti-aktiviti yang bermakna ini. Saya telah mempelajari banyak ilmu
pengetahuan serta pengalaman yang tidak dapat diganti.
Sekian, Terima Kasih.