Anda di halaman 1dari 3

TEKNIK PLOT

MONOLOG DALAMAN

Adegan ini menggunakan monolog dalaman iaitu bercakap dengan diri sendiri
dalam penceritaan. Kelihatan watak utama iaitu Hairi sedang bermonolog
dalaman. Contoh monolog dalamannya, Tak apa Hairi, Tania bukan untuk kau,
Danny lebih sesuai untuk menjaga dia. Tidak seperti kau, jaga diri sendiri pun tak
mampu. Aahh sudahlah!! Semua ini tak penting. Apa yang penting kau ada
perkara yang perlu diselesaikan. Professor Klon mesti dihalang!!

SASPENS

Adegan ini menggunakan teknik saspens sebagai penceritaan. Adegan ini


memaparkan Professor Klon yang berdiri di ruang tamu sambil mencari-cari
tetamunya iaitu Tania. Seterusnya, Professor Klon terkejut apabila ada suara

yang memanggilnya dari belakang, lalu dia menoleh kebelakang dan kelihatan
Tania sedang berdiri dibelakangnya sambil tersenyum.

FAST AND SLOW MOTION

Adegan ini menggunakan teknik fast and slow motion bagi menunjukkan aksi
pergerakan berlawan antara Cicakman dengan musuhnya Ginger 1 dan Ginger 2.

DIALOG

Hampir keseluruhan adegan dalam filem ini menggunakan teknik dialog sebagai
penceritaan. Hanya beberapa adegan sahaja yang tidak menggunakan dialog
iaitu ketika Ginger 1 ingin memberitahu sesuatu, Ginger 1 akan menggunakan
bahasa isyarat tangan dan badan dan dibantu oleh Ginger 2 untuk
menterjemahkan kepada dialog.

Adegan Ginger 1 menggunakan bahasa isyarat dengan dibantu oleh Ginger 2


sebagai penterjemah kepada dialog.