Anda di halaman 1dari 2

0 Tanda awal yang sering berlaku kepada pengidap Alzheimer ialah:

1. Mudah lupa atau hilang ingatan


Ini merupakan tanda awal bagi penyakit Alzheimer di mana seseorang itu lupa
perkara atau peristiwa yang baru saja berlaku, lupa nama orang, lupa tarikh atau
peristiwa penting, bertanyakan maklumat yang sama berkali-kali, bergantung
kepada catatan/alat/memo atau peringatan daripada ahli keluarga untuk
mengingati sesuatu perkara atau temujanji.
2. Sukar membuat dan mengikut perancangan atau menyelesaikan masalah
Ini berlaku kerana pengidap Alzheimer mempunyai kurang daya tumpuan
terhadap kerja yang dilakukannya.
3. Sukar menyelesaikan kerja-kerja harian biasa di rumah, di tempat kerja atau di
tempat-tempat lain.
Contohnya: Seseorang itu mengalami masalah menggunakan ketuhar mikro,
masalah memandu kereta ke tempat biasa, sukar menguruskan kewangan di
tempat kerja, sukar mengingati peraturan bagi sesuatu permainan (games), dsb.
4. Keliru dengan masa dan tempat
Pengidap Alzheimer sering keliru dengan tarikh, musim atau apa-apa yang
berkaitan dengan masa dan angka, atau kadang-kadang keliru atau lupa
bagaimana ia boleh sampai di sesuatu tempat.
5. Masalah memahami imej gambar atau masalah penglihatan
Mereka juga mungkin sukar membaca, menganggarkan jarak dan menentukan
warna, tidak mengenali bayangan sendiri dalam cermin kerana disangkanya
orang lain.
6. Masalah mencari perkataan yang tepat semasa bercakap atau menulis
Mereka ini sering menghadapi masalah kosa kata, dengan itu mereka sukar
untuk mencari perkataan yang tepat bagi meluahkan fikirannya sama ada dalam
percakapan atau tulisan. Mereka juga menghadapi masalah mengikuti atau
terlibat dalam sesuatu perbincangan atau perbualan. Mereka juga mungkin tibatiba berhenti semasa tengah bercakap dan menghadapi masalah untuk
menyambungnya kembali. Mereka juga sering salah memanggil nama sesuatu
benda.
7. Lupa tempat letak barang dan tidak dapat mengingati kembali peristiwa
sebelum itu
Contohnya: Lupa tempat letak cermin mata, kunci, meletakkan sesuatu barang
di tempat yang tidak wajar, dsb. Akhirnya, lupa nama ahli keluarga dan benda
yang biasa digunakan setiap hari.
8. Kurang/lemah pertimbangan dalam penilaian sesuatu perkara

Ini menyebabkan pengidap penyakit Alzheimer membuat keputusan yang kurang


bijak atau memudaratkan, terutamanya yang berkaitan dengan kewangan,
pelaburan, dsb.
9. Mengasingkan diri daripada bersosial atau aktiviti sosial
Pengidap Alzheimer ini mula mengasingkan diri atau berhenti daripada
melakukan aktiviti-aktiviti sosial, aktiviti kemasyarakatan, sukan, dsb. yang
menjadi kegemarannya sebelum itu.
10. Perubahan mood dan personaliti
Berlaku perubahan dan mula membuat rutin atau cara khusus bagi sesuatu
perkara dan berasa tidak senang apabila rutinnya diganggu. Juga berlaku
perubahan hati dan sikap, menjadi keliru, berprasangka, hilang kepercayaan
kepada orang lain, kemurungan, gelisah, takut, agresif, mudah terasa dan
merajuk jika tidak kena dengan caranya, sikap keras kepala, dsb.

Anda mungkin juga menyukai