Anda di halaman 1dari 16

SET 5

Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor yang
mempengaruhi pengguna mendapatkan ubat di farmasi dan cara-cara memulihkan keyakinan
pengguna terhadap ubatan hospital Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.
Sikap kebanyakan kita yang mengambil mudah soal penggunaan ubat bukannya perkara baru.
Perlu diakui bahawa produk herba, tonik dan makanan tambahan yang dijual secara meluas
merupakan satu perkembangan positif dari sudut penjagaan kesihatan. Daripada sudut komersial
penjualan produk ini, membentuk persaingan sengit yang memaksa penggunaan bermacam-macam
produk bagi tujuan promosi semata-mata sedangkan aspek yang lebih penting seperti fakta saintifik,
kesan sampingan, keracunan dan bahaya ubat langsung tidak disentuh.
Pembukaan lebih banyak farmasi merupakan fenomena biasa kini. Pada masa yang sama ada
juga usaha untuk mengelirukan pengguna sehinggakan ada yang tidak dapat membezakan antara
herba, tonik dan makanan tambahan berbanding ubat sama ada tradisional atau moden. Lebih teruk
lagi ada farmasi yang berubah menjadi klinik dan ada klinik yang nampak macam farmasi. Walaupun
harga ubat di negara ini rata-rata agak mahal tetapi ini tidak menghalang produk tersebut laris dan
popular.
Produk herba, tonik dan makanan tambahan dijual di hampir semua jenis farmasi dan premis
perniagaan ubat. Pengeluar produk ini telah mempromosi dan mengiklankan sewenang-sewenangnya
sebagai ubat mujarab tanpa sedikit pun menyertakan hasil kajian atau bukti kukuh. Ada pengguna
yang terpengaruh hingga sanggup mengetepikan pengambilan ubat hospital cuma kerana penyakit
yang dihidapinya turut tersenarai sebagai satu penyakit yang dapat disembuhkan oleh ubat tadi.
Bagaimana kalau ubat yang diakui sendiri sebagai mujarab itu tidak lebih daripada sebuah gimik?
Sebenarnya pengguna sukar membuat satu keputusan tepat kerana tertekan dengan penyakit yang
dihidapi. Ubat yang tidak tepat daripada segi penggunaan dan rawatan bukan sahaja sia-sia malah
mendedahkan diri sendiri kepada keracunan dan kesan sampingan. Justeru tabiat penggunaan ubat
yang tidak betul dalam kalangan pengguna perlu dipandang serius dan diperbetulkan secara agresif
tetapi sistematik sebelum keadaan ini di luar kawalan.
Pengguna beranggapan membeli ubat di farmasi lebih menjimatkan masa dan tenaga.
Hakikatnya tidak ramai yang menyedari bahawa ada ubat yang boleh dibeli dan dimakan begitu
sahaja dan ada pula ubat dikawal di bawah akta tertentu yang mempunyai prosedur yang berlainan.
Dalam begitu banyak jenis rawatan yang ada, garis panduan yang mudah diikuti mungkin dapat
membantu individu membuat keputusan dan pemilihan rawatan yang lebih baik. Prosedur seperti
konsultasi yang terdapat di hospital dan dianggap remeh bagi sesetengah orang tidak terdapat di
farmasi. Tambahan pula pekerja di farmasi sentiasa mengamalkan konsep mesra pelanggan. Atas
sebab kebiasaan mereka lebih senang membeli ubat terus dari farmasi atau kedai ubat dan bukan
mendapatkan preskripsinya terlebih dahulu. Tabiat sebegini boleh menyebabkan ketagihan dan
mengancam nyawa.
Oleh itu perbuatan merawat diri sendiri dengan makan ubat tanpa mengikut peraturan dan
nasihat perubatan semestinya berisiko besar. Orang ramai perlu disedarkan dan dibimbing ke arah
penggunaan ubat yang lebih berhemah.
(Diubahsuaikan daripada Rakyat Wajar Dididik Ambil Ubat Secara Bijak oleh
Hazimy Hassan, Lidah Pengarang, Berita Harian, 3 Ogos 2006)

Soalan 2 : Pemahaman
Soalan 2 (a) Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata diperbetulkan secara agresif .
[ 2 markah]
(ii) Nyatakan tiga perkara yang akan berlaku sekiranya masyarakat terus
mendapatkan ubat daripada farmasi?
[ 3 markah]
(iii) Sejak belakangan ini banyak farmasi yang dibuka di negara kita.
Jelaskan dua faktor yang menggalakkan situasi ini berlaku.
[ 4 markah ]

Soalan 2 (b) Petikan Cerpen


Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikut
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Mariah menyapu air mata yang membasahi pipinya. Hatinya hancur oleh perlakuan
ayah. Selama dua hari dia memintas ayah di stesen bas. Ketika ayah bergerak dalam barisan
orang ramai sambil menadah tangan , hatinya luluh. Dia menahan pilu dan ngilu dari
seberang jalan.
Apabila ayahnya bergerak ke arah jalan yang lengang, Mariah bergerak mengikutnya
dari belakang. Dia percepatkan langkah dan bercakap perlahan-lahan dari belakang.
Ayah melakukan dalam keadaan sedar, katanya ketika ayahnya tersandar pada
tangga rumahnya yang kecil itu.
Semalam orang melihat ayah terhoyong-hayang di belakang kedai gunting. Mariah
menangis semahu-mahunya.
Pagi tadi ayahnya mengharukan dia lagi. Ketika Mariah melangkah keluar, ayahnya
menegur.
Aku tak ada wang, katanya.
Mak Usu Lijah memberikan dia sepuluh ringgit selepas menutup kedai jam 10.00
malam. Sepatutnya dia tidak menerima jumlah wang sebanyak itu, tetapi Mariah berasa
malu juga kepada kawan-kawannya kerana tidak memiliki sebuah buku tambahan yang
penting. Buku rujukan Ekonomi itu berharga sembilan ringgit.
Mariah ada sepuluh ringgit saja ,ayah. Ini pun untuk beli buku.
(Dipetik daripada cerpen Mariah oleh Sharif Putera
dalam antologi Kerusi, Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Nyatakan tiga perlakuan ayah yang menyebabkan Mariah berasa sedih.
[3 markah]
(ii) Kemukakan tiga tanggungjawab seorang bapa kepada anak-anaknya
mengikut pendapat anda
[3 markah]
(iii) Huraikan satu perwatakan Mariah dalam petikan di atas dan dua
perwatakan Mariah dalam cerpen tersebut
[3 markah]

Soalan 2(c) Petikan Prosa Klasik


Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang
berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Setelah itu, Laksamana pun kembali ke Johor. Maka Raja Negara pun datanglah ke Johor,
mendapatkan Laksamana. Maka Laksamana pun memberikan anak raja itu dengan yang
menyusui dia. Maka Raja Negara pun berlayarlah, lalu masuk Muar, mendapatkan
Temenggung Muar, memberikan surat itu. Setelah terbaca, maka Temenggung Muar pun
menangis, lalu menyuruh mengambil anak raja itu ke perahu, dipeliharakan Temenggung
seperti anaknya sendiri. Dan satu orang pun tiada yang tahunya. Dikatakan anak Raja
Negara, diambilnya anak.
Setelah sampai tujuh tahun, maka waktu Temenggung Muar pergi menghadap ke
Johor, dibawanya anak raja itu, dipertemukannya dengan Laksamana. Dan serta sampai
Temenggung Muar di Johor kepada Laksamana, maka diambil Laksamana. Dan selama anak
raja itu di Johor, sehari-hari ia pergi bermain di makam paduka ayahanda di Kota Tinggi.
Dan segala budak-budak mengikut pergi. Serta sampai di makam itu, anak raja itu makan
rumput, dan budak-budak lain hendak mengikut, semuanya muntah akan darah. Menjadi
lahirlah khabar itu.
Maka kedengaranlah kepada Yang Dipertuan Muda, orang
menyembahkan, ada budak, rupanya bagaimana pinang dibelah dua dengan paduka marhum
yang mangkat. Dan segala budak-budak hendak mengikut, tiada boleh naik ke atas makam
itu, sakit, muntah akan darah. Dan Yamtuan Muda pun menyuruh mencari budak itu.
(Dipetik daripada Asal Usul Raja Kecil dalam
antologi Kerusi, Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Apakah maksud menjadi lahirlah khabar itu ?
[2 markah]
(ii) Nyatakan tiga kejadian aneh yang berlaku di makam Duli Yang
Dipertuan Marhum Mangkat Dijulang di Kota Tinggi.
[3 markah]
(iii) Kemukakan tiga alasan mengapa anak raja dalam petikan di atas dikaitkan
dengan peristiwa-peristiwa aneh mengikut pendapat anda.
[3 markah]

Soalan 2(d) Petikan Sajak


Baca sajak di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri

DI KOTA KECILKU
Di sini aku pulang
tempat bersekolah dan dibesarkan
lewat padang Speedy
terus ke Durian Sebatang
semuanya kini terasa kecil
mengimbau rindu
dan kenangan.
Di sini anak belasan tahun
mulai mengenal cinta dan ilmu
pengorbanan ayah dan emak
keakraban teman dan pergelutan
detik itu mengambang bagai mimpi
sewaktu kulewati kota kecilku ini.
Sesaat tiba di muka sekolah
telah lama kutinggalkan
kini sudah berubah
terasa sepi
suara guru yang memberikan markah
pada pangkat pertama
buat si anak desa
dan ayahku tak berkata bangga.
Di sinilah anak desa
mengenal dunia
di kota kecilnya
padang Speedy
dan Durian Sebatang
meski berubah pandangan
mengimbau rindu dan kenangan
sayang.
Baha Zain
Permatang Budi,1991.
Fajar Bakti Sdn Bhd.
(i) Apakah maksud detik itu mengambang bagai mimpi ?
[2 markah]
(ii) Berikan tiga harapan ayah terhadap anaknya yang sudah berjaya mengikut
pendapat anda.
[3 markah]
(iii) Huraikan dua nilai murni yang terdapat dalam sajak di atas.
[4 markah]

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa


[ 30 markah ]
Jawab semua soalan
(a) Tulis satu ayat daripada setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan anda
faham maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama
khas.
(i) hala tuju
(ii) hak mutlak
(iii) timbang terima
(iv) pangkalan data
(v) pengenalan diri
(vi) gembleng tenaga
[6 markah]
(b)

Tukar ayat majmuk dalam petikan di bawah menjadi enam ayat tunggal tanpa
mengubah maksud asalnya.
Kerajaan dan agensi swasta memainkan peranan penting memajukan bidang
teknologi maklumat dalam kalangan pelajar. Perkara ini ditekankan oleh kerajaan kerana
pencapaian peratusan pelajar dalam bidang ini merosot. Malaysia akan terus mundur
daripada segi ilmu teknologi maklumat maka kita seharusnya berganding bahu
menjayakan cita-cita kerajaan.
[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
imbuhan. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu
semula tanpa mengubah struktur dan maksudnya.
(i) Para remaja perlu latihan sejak kecil lagi untuk bersopan-santun ketika di hadapan
orang tua.
(ii) Adik kecil yang makan murtabak dari restoran itu muntah-muntah kerana isinya
mengandungkan ulat-ulat halus.
(iii) Seluruh pelusuk tanah air gempar apabila bekalan elektrik diputus selama sepuluh
minit akibat kerosakan pencawang utama di Pahang.
[6 markah]
(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan

menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksudnya.


(i) Tuala yang baru dibeli oleh ibu masuk air dan sangat sesuai digunakan untuk
mengelap pinggan dan mangkuk telah dicuci.
(ii) Rumah Arif kelihatan gelap kerana pohon-pohon membayangi halaman rumahnya
kerana tidak dapat cahaya matahari tembusi.
(iii) Semangat saling kunjung-mengunjung amat digalakkan oleh kerajaan terutama
pada musim perasmian dan hari-hari lain kerana dapat mengeratkan perpaduan
kaum.
[6 markah]

(e) Isi tempat-tempat kosong dalam petikan di bawah dengan peribahasa yang sesuai.
(i)

Semasa ibu bapa sedang marah, Fazli berdiam diri sahaja dan tidak berani
bersuara kerana dia tahu dia yang bersalah iaitu balik terlalu lewat pada
malam
itu.
Fazli
tahu
bahawa
_____________________________________________

(ii)

Dermawan itu banyak membantu orang miskin dan kerap bergaul dengan
golongan bawahan untuk mengetahui masalah mereka. Beliau tidak khuatir
bahawa maruahnya akan terjejas kerana kata bak kata pepatah
____________________________________

(iii)

Setelah memenangi pilihan raya di kawasannya, wakil rakyat itu telah


menunaikan tanggungajawabnya kepada penduduk kampung tersebut
dengan menyediakan pelbagai prasarana seperti yang diperkatakan dalam
kempen
dahulu
kerana
dia
sedar
bahawa
_____________________________________________________________
________
[6 markah]

Soalan 4: Novel

[15 markah]
Jawab soalan di bawah. Jawapan anda hendaklah berdasarkan novel-novel yang anda
pelajari.
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi)
(vii)
(viii)

Terminal Tiga karya Othman Puteh


Perlumbaan Kedua karya Marwilis Hj. Yusof
Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said
Bukit Kepong karya Ismail Johari
Konserto Terakhir karya Abdullah Hussin
Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah
Julia karya Abu Hassan Morad
Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj. Muhammad

(a) Watak utama dalam sesebuah novel sering digambarkan oleh pengarang memiliki
ketabahan menghadapi cabaran.
Jelaskan dua contoh ketabahan watak utama menghadapi cabaran yang terdapat dalam
sebuah novel yang anda pelajari.
[7 markah]
(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, bandingkan dua persamaan dari aspek
pengajaran yang terdapat dalam kedua-dua novel tersebut..
[8 markah]

SKEMA PEMARKAHAN
Rumusan

Pendahuluan
Petikan membincangkan sebab-sebab/punca-punca yang mendorong pesakit 2m
membeli ubat di gedung ubat.
Isi Tersurat (4 hingga 12 markah)
S1 Pembukaan lebih banyak farmasi pada masa kini
S2 Pesakit mudah peroleh pelbagai jenis ubatan di farmasi dan premis
perniagaan ubat
S3 Pengeluar produk ini telah mempromosi dan mengiklankan sewenangsewenangnya sebagai ubat mujarab
S4 Penyakit yang dihidapinya turut tersenarai sebagai satu penyakit yang
dapat disembuhkan oleh ubat tadi
S5 Pengguna beranggapan membeli ubat di farmasi lebih menjimatkan
masa dan tenaga
S6 Pesakit tidak perlu melalui prosedur yang remeh untuk mendapatkan
ubat
S7 Pekerja di farmasi mengamalkan konsep mesra pelanggan
S8 Pesakit sudah terbiasa / lebih senang membeli ubat terus dari farmasi.

Markah

Isi Tersirat (4 hingga 12 markah)


T1 Kerajaan mengurangkan karenah birokrasi semasa rawatan di hospital
T2 Mengadakan kempen/ceramah keburukan membeli ubat tanpa panduan
yang tepat / ceramah kesan buruk tersalah makan ubat.
T3 Kakitangan hospital mematuhi Piagam Perkhidmatan Pelanggan / mesra
pelanggan
T4 Kemudahan dan keselesaan pesakit di hospital dipertingkat
T5 Memperbaiki dan mempertingkat imej kakitangan hospital dari semasa
ke semasa

Markah

Kesimpulan
Semua pihak hendaklah sedar akan keperluan berwaspada/berhati-hati untuk
memperoleh ubat agar kesihatan masyarakat terjamin sepenuhnya.

diperbaik/dipulihkan dengan kadar segera/cepat/drastik

2m
2m
2m
2m
2m
2m

2m
2m
2m
2m
2m

2m

Pemahaman
Petikan Umum
(i)

2m
2m

2m

(ii)

menyebabkan keracunan
mendatangkan kesan sampingan
menyebabkan ketagihan
boleh mengancam nyawa/menyebabkan kematian

1m
1m
1m
1m

( Pilih mana-mana tiga)


(iii)

mendapat sambutan daripada masyarakat kerana mereka


berkemampuan
kerajaan sendiri memberi kebenaran/meluluskan permit kerana
ingin meningkatkan taraf kesihatan rakyat
ramai yang mempunyai kelulusan berminat membuka farmasi
untuk mencari keuntungan
kesedaran masyarakat menjaga kualiti kesihatan diri / beli pil /
makanan kesihatan

2m
2m
2m
2m

( Pilih mana-mana dua )


Soalan 2 (b) Petikan Cerpen
(i)

- Buchanan terjebik-jebik
- Buchanan berdiri lalu melangkai gontai/longlai
- Buchanan berpaling
- kelopak matanya digenangi air/menangis
- air mukanya sarat dengan kekecewaan
Pilih mana-mana tiga jawapan

1m
1m
1m
1m
1m

(ii)

- bertenang dapat melahirkan pemikiran yang rasional


- bertenang dapat mengelakkan kita daripada bertindak
terburu-buru
- bertenang dapat mengawal diri daripada melakukan perkara
yang buruk
- bertenang dapat mengawal emosi
- bertenang dapat menilai kelemahan dan kekurangan diri
Pilih mana-mana tiga jawapan

1m

(iii)-

Nilai dalam petikan.


simpati- Mazlina bersimpati dengan Buchanan apabila tanahnya
akan diambil/rayuannya ditolak
- tabah - Mazlina tidak berputus asa dan akan berusaha
menyelamatkan kebun epal itu

1m
1m
1m
1m

1m
1m

Pilih mana-mana satu jawapan


Nilai dalam cerpen
- kegigihan Buchanan gigih mengusahakan kebun epal
1m
- kasih sayang - Mazlina membantu bapa angkatnya memetik
epal di kebun
1m
- keberanian - Yvonne bertikam lidah dengan pegawai Jabatan
Tanah British Columbia
1m
Pilih mana-mana dua jawapan

Soalan 2(c) Prosa Tradisional


(i)

- berita itu tersebar/berita itu diketahui umum

2m

(ii)

- anak raja makan rumput


- budak-budak lain yang makan rumput muntah darah
- anak raja naik ke atas makam tetapi budak-budak lain tidak
boleh naik
- budak-budak lain yang cuba naik ke atas makam mengalami
sakit dan muntah darah.

1m
1m
1m
1m

Pilih mana-mana tiga jawapan


(iii)

- seorang anak raja yang istemewa


- bakal menjadi pemimpin besar pada masa hadapan
- menunjukkan anak raja itu berasal daripada keturunan
berdaulat
- menunjukkan anak raja itu berketurunan baik-baik/berdarjat

1m
1m
1m
1m

Soalan 2(d) Petikan Puisi


(i)

(ii)

(ii)

- gemar menumpang /pergi ke rumah orang lain walaupun


ada rumah sendiri
- suka meninggalkan rumah
- berjimat cermat dalam mengguna/membelanja
- merancang sebelum berbelanja
- beli ikut keperluan/belanja ikut kemampuan
- manfaatkan sepenuhnya kemudahan/bahan yang ada
- jangan terikut-ikut/terpengaruh dengan orang lain berbelanja
Pilih mana-mana tiga jawapan
-

kita mestilah berhati-hati agar tidak ditipu orang


kita mestilah berjimat cermat dalam kehidupan
kita harus membuat sesuatu pekerjaan mengikut masa yang betul
kita tidak boleh bersikap zalim.

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa


Soalan 3a
.(i)
licin-licau
- licin sekali
Contoh :
Amin makan nasi sehingga pinggan itu licin-licau.
Keadaan jalan raya itu menjadi licin-licau apabila hujan renyai mulai
turun.
(ii)

sedu-sedan
- suara yang terputus-putus atau timbul tenggelam (kerana lama
menangis,)
Contoh:
Kami masih terdengar sedu-sedan kanak-kanak yang malang itu hingga
larut malam.

2m
1m
1m
1m
1m
1m
1m
1m
1m
1m
1m

(iii)

lambat-laun
- lama-kelamaan, akhir-akhirnya.
Contoh:
Mahani berdoa lambat-laun sikap panas baran suaminya akan kendur
setelah mereka memperoleh cahaya mata pertama.

(iv) simpang-siur
- terlalu banyak dan silang menyilang (jalan raya, kawat telefon,)
- terlalu banyak liku-likunya (jalan ), berliku-liku.
- terlalu banyak kesulitan atau keruwatan ,(kerana berliku-liku, libatmelibat, sangkut-menyangkut,)
- bergerak ke sana ke mari (kenderaan di jalan raya), sibuk benar, hilir
mudik.
Contoh:
-Jalan yang simpang-siur di ibu kota itu memeningkan kepala saya.
-Laluan menuju ke Tanah Tinggi Cameron simpang-siur bagi para
pemandu yang jarang melalui jalan itu.
-Perahu-perahu tambang kelihatan simpang-siur di pangkalan itu.
(v)

semak-samun
- berjenis-jenis tumbuh-tumbuhan yang kecil-kecil.
Contoh:
Kami terpaksa menebas semak-samun di laluan tersebut sebelum sampai
ke pondok buruk itu.

(vi)

lintang-pukang
- tidak menentu arahnya (orang berlari l) , bergerak bertempiaran,
tunggang-langgang.
Contoh :
Semua penagih dadah di dalam pondok itu lari lintang-pukang apabila
diserbu oleh sepasukan polis.

* Nota:
Potong markah bagi keseluruhan jumlah markah yang diperoleh.
Soalan 3b
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi)
(vii)
Soalan 3c
(i)
(ii)
(iii)

Ayat suruhan
Ayat suruhan
Ayat larangan
Ayat larangan
Ayat silaan
Ayat permintaan
bermufakat - bermuafakat
berkerjasama - bekerjasama
jangkapanjang jangka panjang
menularkan - menulari
stesyen - stesen

dikemuka - dikemukakan
Soalan 3d
(i)
alih kesempatan / peluang
di dinding pada dinding
(ii)

aktiviti kes / masalah


pihak kerajaan lakukan dilakukan oleh pihak kerajaan

(iii)

perangai - laku
Syarikat Nippon Elektonik Syarikat Elektronik Nippon

Soalan 3e
(i)

katak di bawah tempurung


orang yang teramat cetek/ tidak luas pengetahuannya
Contoh ayat :
Anak Pak Samad sanggup menimba ilmu walau di mana-mana
tempat supaya dia tidak dianggap katak bawah tempurung.

(ii)

menatang minyak penuh


seseorang yang sangat dikasihi dan dipelihara dengan sempurna
Contoh ayat :
Orang kaya di kampung itu menjaga anak perempuannya seperti
menatang minyak yang penuh kerana itulah satu-satu anaknya.

(iii)

mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan


mengharapkan sesuatu yang belum tentu, barang yang tersedia
dilepaskan
Contoh ayat :

Soalan 4 a
JULIA
i. Peristiwa Julia dihantar ke Hidayah Islamic College, Perth, Australia oleh
kedua-dua ibu bapanya.
- Julia membuat keputusan bersetuju dengan cadangan ibu dan bapanya
belajar di Hidayah Islamic College, Perth, Australia demi menjaga
maruah diri dan keluarga
ii.

Peristiwa Jun datang menziarahi tanah perkuburan ibu bapa Julia,


berpakaian Melayu setelah memaklumkan dirinya sudah Islam
- Julia menjaga batas-batas perhubungan dengan Jun demi
mempertahankan maruah diri dan agama

iii. Peristiwa Julia dipelawa oleh Rashid untuk bersiar-siar bersama-samanya.


- Julia menolak ajakan Rashid untuk berfoya-foya sekembalinya dari
Hidayah Islamic College demi mempertahankan maruah diri
iv. Peristiwa Julia bertengkar dengan Syed Mustafa tentang butik milik

keluarganya.
- Julia tidak mengikut kemahuan Syed Mustafa yang meminta Julia
menyerahkan butik milik keluarganya demi mempertahankan maruah
keluarga
v.

Peristiwa Julia mengambil alih urusan syarikat BMPRO Holding milik


keluarganya walaupun usianya masih muda.
- Julia sanggup menerajui syarikat peninggalan arwah ayahnya demi
mempertahankan maruah keluarganya

vi. Peristiwa Julia menaiki bas dari Kuala Lumpur ke Banting untuk
menyiasat penyelewengan.
- Julia sanggup menyiasat sendiri masalah yang berlaku dalam BMPRO
Transport demi mempertahankan maruah diri dan syarikat
Terima mana-mana satu jawapan di atas
PERLUMBAAN KEDUA
i. Peristiwa Sang Kancil mencabar Sang arnab agar berlumba dengan Tuk
Kura
- Sang Arnab sanggup menyahut cabaran Sang Kancil untuk menyertai
Perlumbaan Kedua demi mempertahankan maruah diri dan keturunan
ii.

Peristiwa Sang Kancil memujuk Tuk Kura untuk berlumba


- Tuk Kura sanggup berlumba dengan Sang Arnab
mempertahankan maruah keturunannya

demi

iii. Peristiwa suku-sakat Tuk Kura meninggalkan latihan


- Tuk Kura sanggup berlatih bersendirian untuk perlumbaan kedua
walaupun suku-sakatnya
tidak mahu bekerjasama demi
mempertahankan maruah diri
iv. Peristiwa Tuk Kura hadir tepat masanya pada hari pertandingan
- Tuk Kura menepati janji dan muncul pada hari perlumbaan demi
mempertahankan maruah diri
Terima mana-mana satu jawapan di atas
Bahasa maksimum 3 markah
4b
JULIA
i. Bekerjasama dalam perniagaan
- Julia dan Jun bekerjasama dalam perniagaan menerusi syarikat Cinta
Sejati Travel milik Jun dan syarikat BMPRO Travel & Pro milik
Julia / bekerjasama menjayakan program Homestay
ii.

Bekerjasama menyelesaikan masalah dalaman syarikat


- Julia mendapatkan kerjasama En Hashim untuk menyelesaikan
masalah yang dihadapi oleh syarikat BMPRO Holding

iii.

Bekerjasama dalam pelajaran


- Julia mendapat kerjasama daripada rakan-rakan senior semasa belajar

di Hidayah Islamic College, Perth, Australia


iv. Bekerjasama dalam pengurusan syarikat
Dato Bakar mendapat kerjasama dalam bentuk khidmat nasihat
daripada Tan Sri Yahaya
PERLUMBAAN KEDUA
i. Bekerjasama menghimpunkan warga rimba
- Tuk Kura mendapat kerjasama Sang Tupai dan Sang Murai
menghimpunkan semua binatang warga rimba untuk menjadi saksi
berita perlumbaan Sang Arnab dan Tuk Kura akan diadakan serta
syarat-syaratnya
ii.

Bekerjasama menjemput suku-sakat


- Tuk Kura mendapat kerjasama Sang Tupai dan Sang Murai bagi
menjemput suku-sakat Tuk Kura berbincang bersama-sama mengenai
perlumbaan kedua

iii. Bekerjasama antara warga rimba menjayakan perlumbaan.


- Semua binatang warga rimba berhimpun dan memainkan peranan /
jalankan tugasan masing-masing semasa perlumbaan agar berjalan
lancar
iv. Bekerjasama menjalani latihan
- Suku-sakat Tuk Kura bekerjasama menjalani latihan secara intensif
secara bersama-sama pada peringkat awal setelah bersetuju untuk
berlumba

Anda mungkin juga menyukai