Anda di halaman 1dari 19

OUM HBSS 1203 HALATUJU PEMBANGUNAN NEGARA

1. PENDAHULUAN
Dasar luar Negara merupakan polisi sesebuah Negara dalam
menjalinkan hubungan antarabangsa dengan negara lain. Sehubungan
itu, Malaysia sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulaut perlu
menentukan dasar luar negara bagi mewujudkan hubungan
persahabatan, keamanan dan kemakmuran sejagat.
Merujuk kepada Profesor Madya Dr.Mokhtar Muhammad¹ di
dalam bukunya iaitu Perhubungan Antarabagsa- Cabaran dan
Harapan (2005), Perhubungan antarabangsa adalah kepada semua
bentuk interaksi antara ahli – ahli masyarakat antarabangsa sama ada
melibatkan kerajaan atau tidak, iaitu perhubungan antara kerajaan –
kerajaan dunia ataupun antara pertubuhan – pertubuhan atau
organisasi – organisasi bukan kerajaan.
Ia meliputi analisis dasar luar ataupun proses politik di antara
negara. Ia juga merangkumi semua bentuk perhubungan sama ada
perhubungan politik, perdagangan, kebudayaan, sukan, perundingan
ekonomi, sosial dan sebagainya.
Perhubungan antarabangsa adalah satu bentuk perhubungan
yang perlu oleh setiap negara di dunia. Kebanyakkan negara yang
menjalankan perhubungan antarabangsa mempunyai kepentingan
yang tersendiri sama ada untuk sendiri dari segi politik, ekonomi dan
sosial.
Perhubungan antarabangsa inin juga boleh dikatakan sebagai
bentuk campur tangan negara – negara yang berkepentingan seperti
Amerika Syarikat yang menjalankan hubungan antarabangsa dengan
Kuwait. Kuwait menjadi perhatian atau kepentingan kepada Amerika
Syarikat kerana sumber minyak asli yang merupakan hasil utama
Kuwait yang dapat dikongsi bersama Amerika Syarikat.
Perhubungan antarabangsa juga telah lama wujud dan ia
berlaku sehingga hari ini.
¹ Profesor Madya Dr. Mokhtar Muhammad adalah ketua Program Kewartawanan di Fakulti
Komunikasi & Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara(UITM).

Azman Bin Salleh 1


750312-02-5163
OUM HBSS 1203 HALATUJU PEMBANGUNAN NEGARA

1.2 Dasar – dasar kerajaan


Apa itu dasar? Menurut modul OUM HBSS1203 Halatuju
Pembangunan Negara (2007) memetik bahawa dasar merupakan
suatu garis panduan pentadbiran atau pegangan mengenai suatu idea
atau gagasan yang tersusun rapi. I juga merupakan garis panduan
pentadbiran yang merangkumi segala arahan, peraturan dan pedoman
iaitu sebagai landasan dalam melaksanakan cita – cita yang
terkandung didalamnya demi mencapai matlamat kepimpinan negara
ke arah sebuah negara yang gemilang dan maju.
Dasar – dasar kerajaan adalah dirangka di dalam suatu jangka
masa yang panjang. Ia merangkumi dasar – dasar yang dibentuk
sebelum kemerdekaan dan dasar – dasar yang din=bentuk selepas itu.
Kita semua tahu bahawa dasar – dasar yang digubal sebelum merdeka
adalah dipengaruhi oleh dasar yang dibawa oleh British iaitu ia
mempunyai elemen dasar pecah dan perintah. Ia lebih cenderung
kepada mengeksploitasika sumber negara menetapkan penempatan
kaum bagi bertujuan mengawal sebarang kebangkitan atau reformasi
untuk menentang kerajaan atau pemerintah pada masa itu. Namun,
selepas kemerdekaan di capai, dasar – dasar baru telah digubal untuk
memberi kesejahteraan kepada rakyat yang merdeka. Antara dasar –
dasar negara Malaysia yang telah digubal selepas kemerdekaan ialah:
• 1956-1960 Rancangan Malaya Pertama
• 1961-1965 Rancangan Malaya Kedua
• 1965-1970 Rancangan Malaysia Pertama
• 1971-1975 Rancangan Malaysia Kedua
• 1976-1980 Rancangan Malaysia Ketiga
• 1981-1985 Rancangan Malaysia Keempat
• 1986-1990 Rancangan Malaysia Kelima
• 1991-1995 Rancangan Malaysia Keenam
• 1996-2000 Rancangan Malaysia Ketujuh
• 2001-2005 Rancangan Malaysia Kelapan
• 1971-1990 Dasar Ekonomi Baru

Azman Bin Salleh 2


750312-02-5163
OUM HBSS 1203 HALATUJU PEMBANGUNAN NEGARA

• 1991-2000 Dasar Pembangunan Nasional


• 2001-2010 Dasar Wawasan Negara
Ini adalah antara dasar – dasar negara Malaysia yang telah digubal
semenjak kemerdekaan sehinggalah sekarang. Selain itu, Malaysia
juga telah menggubal dasar luar negaranya sendiri. Malaysia mula
mengambil alih tanggungjawab menjaga hal ehwal luarnya sebaik
sahaja merdeka dari jajahan British pada 31 Ogos 1957. Perdana
menteri akan memainkan peranan yang penting dan berpengaruh
dalam menentukan halatuju dasar luar yang diuruskan secara
profesional oleh diplomat terlatih di Kementerian Luar Negeri atau lebih
dikenali sebagai Wisma Putra pada masa itu.

2. Dasar Luar Negara


2.1 Definisi dan Konsep
Menurut Chamil Wariya didalam bukunya Dasar Luar Era
Mahathir(1989) ada menyatakan bahawa dasar luar ialah alat atau instrument
yang diperlukan oleh sebuah negara untuk berinteraksi dengan sebuah
negara yang lain, baik yang berjiran dengannya atau yang berada jauh
darinya. Melalui dasar luar ini, sesebuah negara menyatakan pendirian
mereka terhadap perkembangan dan pergolakan yang berlaku di luar
sempadan negara dalam hubungan antarabangsa.
Dasar luar juga mencerminkan sikap yang berkecuali yang tidak
mengikat pada mana – mana negara kuasa besar. Dasar luar juga boleh
mencorak pemencilan atau pengasingan seperti mana yang diamalkan oleh
Myanmar satu waktu dahulu yang mengambil pendirian menyisihkan negara
itu daripada pergolakan yang berlaku di luar.
Dasar luar juga boleh memperlihatkan sikap yang memihak kepada
salah suatu kuasa besar dunia yang mempunyai idealogi politik dan sistem
eknomi yang berlawanan dan bertentangan. Dasar luar juga boleh
memperlihatkan sikap sesebuah negara tentang peranannya dalam senario
politik antarabangsa sama ada ia ingin memainkan peranan pasif atau aktif
dalam forum – forum dunia.

Azman Bin Salleh 3


750312-02-5163
OUM HBSS 1203 HALATUJU PEMBANGUNAN NEGARA

Menurut Profesor Madya Dr. Mokhtar Muhammad di dalam bukunya


Perhbungan Antarabangsa – Konsep dan Konteks (2005), menyebut bahawa
dasar luar adalah dasar yang diamalkan oleh sesebuah negara di dalam
menjalin hubungan dengan sebuah negara lain. Dasar luar merujuk kepada
tindakan atau idea yang dibuat pembuat dasar untuk menyelesaikan sesuatu
masalah atau membawa perubahan suasana politik antarabangsa. Dasar
juga merujuk kepada keputusan yang dibuat oleh pemimpin negara untuk
dijadikan garis panduan bagi memilih tindakan adil dengan situasi tertentu
dalam hal ehwal antarabangsa.
Dasar luar amat penting kerana ia boleh mempengaruhi tingkah laku
negara serta perhubungan politik di peringkat antarabangsa, wilayah atau
serantau. Tingkah laku merujuk kepada tindakan yang diambil oleh negara ke
atas satu sama lain dan bertujuan mencapai aspirasi jangka panjang atau
matlamat jangka pendek.
Kesimpulannya, definisi dan konsep dasar luar negara merujuk kepada
langkah – langkah atau peranan yang diambil dan di tentukan oleh pemimpin
negara bagi menjaga keamanan dan kestabilan politik, ekonomi dan sosial
negara di peringkat antarabangsa.

Azman Bin Salleh 4


750312-02-5163
OUM HBSS 1203 HALATUJU PEMBANGUNAN NEGARA

2.2 Objektif dan matlamat dasar luar negara


Merujuk kepada tulisan Chamil Wariya di dalam bukunya yang berjudul
Dasar Luar Era Mahathir(1989), ada menyebut bahawa objektif dan matlamat
utama dasar luar negara ialah memanjangkan kepentingan sesebuah negara
itu di luar sempadannya. Ini kerana setiap negara yang merdeka dan
berdaulat mempunyai nilai – nilai asas yang ingin dipertahankan daripada
dimusnahkan atau dicerobohi oleh pihak – pihak lain di luar terutama yang
bermusuhan dengannya. Nilai asas ini juga terangkum sebagai keselamatan
nasional sesebuah negara.
Malaysia, sendiri mempunyai dasar luarnya sendiri dan antara objektif
dan matlamat dasar luar Malaysia ialah berbaik – baik dengan semua negara,
menjamin keselamatan rakyat dan negara, memelihara kepentingan nasional
dan mengekalkan kedaulatan negara, menggalakkan pembangunan dan
kemajuan ekonomi serta mengamalkan keamanan sejagat melalui kerjasama
antarabangsa.
Selain itu, antara matlamat dan objektif dasar luar Malaysia adalah
untuk menjadi warga dunia yang peka dan bertanggungjawab dalam usaha
memupuk kesejahteraan dunia. Antara contoh – contoh penglibatan Malaysia
di dalam menjaga keamanan dunia ialah melalui misi keamanan yang
dilaksanakan oleh organisasi seperti AMAN MALAYSIA, MERCY dan
berbagai jenis bantuan lagi yang disumbangkan pada mangsa – mangsa
bencana dan peperangan.
Jelaslah bahawa matlamat dan objektif sebuah dasar luar negara
adalah satu proses yang kompleks. Ia bergantung kepada beberapa faktor di
dalam negeri dan faktor – faktor yang menglilingi negeri berkenaan. Yang
nyata ialah peranan pemimpin sesebuah negara memainkan peranan penting
tentang arah dasar luar negaranya.

Azman Bin Salleh 5


750312-02-5163
OUM HBSS 1203 HALATUJU PEMBANGUNAN NEGARA

3. Prinsip Asas Dasar Luar Negara.


Merujuk kepada Modul OUM HBSS 1203, Halatuju Pembangunan
Negara (2007), menyebut bahawa antara prinsip – prinsip dasar luar ngara
Malaysia ialah dasar luar negara bukan merupakan sesuatu yang statik; ia
sentiasa berubah mengikut perkembangan – perkembangan yang berlaku di
dalam dan di luar negeri. Kesinambungan kepada dasar dalam negeri yang
membawa tujuan melindungi dan memajukan kepentingan – kepentingan
nasional. Kebanyakkan pembentukan dasar luar Malaysia secara lazimnya
berusaha keras bagi membantu perkembangan ekonomi dalam negeri
dengan membawa masuk ramai para pelabur asing. Secara lazimnya,
kesemua dasar luar negara Malaysia ditentukan oleh Perdana Menteri
dengan bantuan kabinet dan dilaksanakan oleh Wisma Putra iaitu
Kementerian Luar Negeri.
Sebagai contoh prinsip dasar luar Malaysia ialah peranan Malaysia di
dalam peranan penting dalam hubungan negara – negara Islam atau lebih
dikenali sebagai Organization of Islamic Countries ( OIC) yang mana
mengiktirafkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam di dunia. Ini kerana
Malaysia mengamalkan Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan yang
menetapkan : ’ agama islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama –
agama lain boleh diamalkan dengan aman damai di mana – mana bahagian
Persekutuan’.
Oleh yang demikian, Malaysia adalah antara negara islam yang
mengamalkan dasar berbaik – baik dengan negara lain kecuali Israel.
Malaysia juga mengecam negara – negara barat kerana memandang serong
terhadap kebangkitan Islam serta mengutuk penindasan ke atas rakyat Islam
di bumi Palestin serta mengutuk pendudukan Amerika Syarikat ke atas Iraq.
Antara lain prinsip – prinsip dasar luar yang diamalkan oleh Malaysia
ialah sebagai anggota Komanwel, Malaysia telah bersuara lantang
menentang dasar apartied yang dilaksanakan di Afrika Selatan kerana telah
menyalahi hak asasi manusia. Malaysia merasakan ketidak adilan telah
berlaku terhadap kaum kulit hitam yang berada di Afrika Selatan. Prinsip ini
menunjukkan bahawa dalam apa jua ketidak adilan yang berlaku di serantau
dunia, Malaysia tetap mengutuk dan menentang dengan cara yang baik.

Azman Bin Salleh 6


750312-02-5163
OUM HBSS 1203 HALATUJU PEMBANGUNAN NEGARA

Jelas di sini bahawa antara prinsip dasar luar yang diamalkan oleh
Malaysia adalah bertujuan untuk mengamalkan demokrasi sedunia dan
mengutuk andainya terdapat kepincangan yang berlaku ke atas sesebuah
negara yang di beri ketidak adilan.

3.1 Faktor – faktor pertimbangan dalam pembentukan Dasar Luar


Negara
Antara faktor – faktor yang mempengaruhi pertimbangan di dalam
pembentukan sesuatu dasar luar negara ialah kepentingan nasional. Apa itu
kepentingan nasional? Menurut Joseph Frankel (1987), kepentingan nasional
adalah konsep terpenting dalam dasar yang diamalkan oleh sesebuah
negara. Perkataan ’nasional’ itu sendiri merujuk kepada bangsa dan negara.
Maka ia bermaksud matlamat umum yang berterusan dicapai melalui
kepentingan negara. Kepentingan itu tidak harus ditafsirkan dengan sempit
sehingga mengenepikan pertimbangan mral, agama dan sebagainya.
Kepentingan nasional dasar luar Malaysia ialah bertujuan berwaspada
dan berhati – hati dalam hubungannya dengan negara – negara lain agar
sentiasa di dalam keadaan yang baik dan tidak berteraskan kekerasan.
Contohnya, Malaysia menganggotai ASEAN agar keselamatan Malaysia
terjamin di serantau Asia Tenggara dengan menjalankan hubungan baik
dengan negara – negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Singapura, Brunei
dan Filipina dan selebihnya. Ini bermakna, kepentingan nasional
dititikberatkan di dalam sesebuag dasar luar yang digubal agar keamanan
dan kestabilan negara terjamin.
Faktor lain yang dapat dilihat ialah dari segi ekonomi. Malaysia adalah
sebuah negara yang mengamalkan pasaran bebas dan dengan ini Malaysia
telah menjalinkan hubungan baik dengan negara – negara lain di dunia di
dalam usaha memajukan ekonomi negara Malaysia. Contohnya, sejak zaman
penjajahan British lagi, Malaysia merupakan antara negara pengeluar bijih
timah dan getah maka melalui ruang ekonomi, Malaya pada ketika itu telah

Azman Bin Salleh 7


750312-02-5163
OUM HBSS 1203 HALATUJU PEMBANGUNAN NEGARA

menjalinkan hubungan ekonomi dengan negara – negara maju seperti


Amerika Syarikat dan British untuk memajukan ekonomi.
Setelah merdeka, Malaysia telah mengambil langjah – langkah untuk
menggalakkan pelabur asing untuk melabur di Malaysia. Maka pada tahun
1980, Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu telah melancarkan Dasar
Pandang Ke Timur. Melalui dasar ini, Malaysia mengharapkan pelabur –
pelabur dari Timur seperti Jepun dan Korea dapat memasuki pasaran di
Malaysia seterusnya membantu Malaysia membangun seperti negara
mereka.
Faktor berikut yang mempengaruhi pembentukan dasar luar Malaysia
ialah melalui Piagam Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu atau PBB.
Malaysia mula menganggotai PBB pada tahun 1957 iaitu selepas
kemerdekaan. PBB yang ditubuhkan secara rasminya pada tahun 1945 iaitu
selepas Perang Dunia Kedua apabila Liga Bangsa telah dibubarkan setelah
gagal menghalang berlakunya Perang Dunia Kedua. Pada awal
penubuhannya PBB hanya dianggotai oleh 51 buah negara sahaja namun
sehingga 2002, keanggotaannya telah meningkat kepada 189 buah negara.
Negara – negara yang menganggota PBB harus akur dengan piagam

PBB iaitu satu perjanjian antarabangsa yang menggalurkan prinsip – prinsip

asas hubungan antarabangsa. Empat prinsip asas yang ditetapkan oleh PBB

ialah setiap dasar luar negara anggota PBB perlu² :

• Menjamin keamanan dan keselamatan dunia


• Menggalakkan hubungan berbaik – baik antara negara anggota
• Bekerjasama dalam menyelesaikan masalah antaranbangsa dan
melindungi hak asasi manusia tanpa mengira bangsa, agama dan
warna kulit
• Menjadi pusat bagi mengharmonikan tindakan negara – negara
anggota
Lantaran itu, dasar – dasar luar negara Malaysia yang dibentuk haruslah
mengikuti piagam PBB yang telah ditetapkan seperti di atas.

² Rujukan daripada Buku Teks Tingkatan 5, Bab 9, Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa, hlm 245.

Azman Bin Salleh 8


750312-02-5163
OUM HBSS 1203 HALATUJU PEMBANGUNAN NEGARA

Faktor lain yang mempengaruhi pertimbangan dan pembentukan dasar


luar Malaysia ialah faktor Geografi. Kita semua tahu bahawa Malaysia terletak
dikedudukan yang strategi di Asia Tenggara. Sejarah telah membuktikan
bahawa Melaka dahulunya adalah pusat perdangan di Asia Tenggara yang
terkenal. Malah ia menjadi pusat perkembangan ekonomi serantau Asia
Tenggara pada masa dahulu. Maka kedudukan Malaysia yang bersempadan
dengan hampir kebanyakkan negara di rantau ini seperti Thailand, Indonesia,
Singapura, Filipina dan Brunei telah mempengaruhi penggubalan dasar luar
negara Malaysia.
Contohnya, perairan negara Malaysia telah menjadi laluan utama kapal
perdagangan maka penggubalan akta luar negara perlu diselaraskan agar
keselamatan Malaysia dan serantau terjamin. Selain itu, ia juga
mempengaruhi faktor kebanjiran pendatang asing untuk mencari peluang
pekerjaan di Malaysia maka, akta – akta yang berkaitan telah digubal bago
mengelakkan berlaku sebarang masalah dan ancaman kepada negara. Ini
berikutan kedudukan Malaysia yang strategim dan berada di tengah – tengah
negara ASEAN.
Terdapat beberapa perkara lagi yang boleh dikaitkan atau menjadi
faktor kepada pertimbangan dalam pembentukan dasar luar Malaysia sepert
dari segi bekas jajahan British, sudut agama Islam, Dasar Berkecuali dan
Prinsip Hidup Bersama. Kesimpulannya, faktor – faktor inilah yang telah
diambilkira oleh pihak kerajaan di dalam menggubal dasar luar negara agar
kestabilan dan keselamatan nasional negara Malaysia terjamin dan rakyat
hidup aman sejahtera.

Azman Bin Salleh 9


750312-02-5163
OUM HBSS 1203 HALATUJU PEMBANGUNAN NEGARA

3.2 Perkembangan Dasar Luar Malaysia


Tahap Pertama – Tunku Abdul Rahman ( 1957-1970)
Dasar luar Malaysia pada tahap pertama telah mengamalkan dasar
pro-Barat yang antikmunis serta dasar berbaik – baik dengan negara
Komenwel. Ini kerana pada zaman berikut, pengaruh komunis telah menular
ke Malaysia dan dasar luar ketika itu menentang sekeras – kerasnya komunis
yang ingin masuk ke dalam negara Malaysia. Untuk menyekat pengaruh
tersebut, Malaysia tekah menandatangani satu perjanjian iaitu Perjanjian
Pertahanan Inggeris- Tanah Melayu atau juga dikenali sebagai Anglo-
Malayan Defence Treaty (AMDA) pada tahun 1956. Antara butir perjanjian
tersebut ialah pihak British akan menawarkan bantuan kepada Malaysia
sekiranya diserang oleh mana – mana negara.
Pada masa itu, Malaysia juga mengamalkan dasar berbaik – baik
dengan negara jiran di dalam Dasar Kerjasama Serantau. Hal ini adalah
sisebabkan berlakunya krisis dengan negara jiran terutama selepas Malaysia
telah mencapai kemerdekaan. Ia adalah berlakunya konfrantasi antara
Malayasia dan Indonesia pada tahu 1963 – 1965, terputusnya hubungan
dengan Filipina pada tahun 1963-1965 dan penarikan diri Singapura dari
Malaysia dapa tahun 1965. Usaha – usaha untuk memulihkan hubungan
tersebut telah giat dijalankan dan terbukti dengan beberapa perjanjian yang
telah dimetrai. Antaranya ialah, Malaysia telah menandatangani perjanjian
menubuhkan Pertubuhan Negara – Negara Asia Tenggara (ASA) pada tahun
1961 bersama – sama Thailand dan Filipina, MAPHILINDO pada tahun 1962
bersama – sama Indonesia dan Filipina serta ASEAN pada tahun 1967
bersama – sama Thailand, Indosesia, Filipina dan Singapura.
Pada era zaman Tunku Abdul Rahman juga, Malaysia sebagai sebuah
negara yang berbilang bangsa dan agama yang mana juga memberi
kebebasan sepenuhnya kepada rakyatnya mengamalkan budaya hidup dan
agama masing – masing telah mewujudkan dasar anti – apertied yang
diamalkan di Afrika Selatan. Malaysia menolak sebarang hubungan diplomatik
dengan negara Afrika Selatan sehinggalah undang – undang dasar apartied
itu dihapuskan oleh negara berkenaan

Azman Bin Salleh 10


750312-02-5163
OUM HBSS 1203 HALATUJU PEMBANGUNAN NEGARA

Pada tahun 1970, Malaysia juga telah menganggotai Pergerakan


Negara – Negara Berkecuali atau juga dikenali sebagai NAM. Matlamat
utama penubuhan NAM adalah untuk mengekalkan keamanan dunia dengan
tidak menyokong blok Barat atau blok Komunis. Antara sebab Malaysia
menganggotai NAM adalah berlakunya pertukaran Dasar Luar Malaysia yang
berdasarkan por-Barat dan Antikomunis kepada dasar berbaik – baik dengan
semua negara.
Selain itu, antara prinsip perjuangan NAM ialah mengelakkan campur
tangan asing ke dalam hal ehwal sesebuah negara, menghormati hak asasi
manusia, menyelesaikan sebarang pertelingkahan antara negara melalui
perundingan dan menghormati kedaulatan sesebuag negara. Malaysia juga
pernah memberikan beberapa usul yang berkaitan kepentingan negara
membangun, isu Palestin, kerjasama ekonomin dan isu benia Antartika di
dalam sidang kemuncak NAM yang ketujuh di Delhi pada tahun 1987.
Antara dasar lain yang diamalkan oleh Malaysia pada era
pemerintahan Tunku Abdul Rahman ialah Perkhidmatan Tentera di Bawah
PBB. Malaysia telah memainkan peranan penting dalam PBB sewaktu
menyelesaikan konflik antarabangsa. Malaysia seringkali dipilih menjadi
tentera pendamai di bawah PBB di dalan menjaga keamanan negara yang
mengalami konflik. Antara negara yang pernah ditwarkan oleh Malaysia ialah
di Congo pada tahun 1960 dalam mendamaikan mereka daripada perang
saudara, 1989 di Namibia dengan membantu negara tersebut mencapai
kemerdekaan dan pada tahun 1990-an ke negara Iraq sebagai pemerhati
PBB.

Azman Bin Salleh 11


750312-02-5163
OUM HBSS 1203 HALATUJU PEMBANGUNAN NEGARA

Tahap Kedua : Tun Abdul Razak (1971-1976) dan Tun Hussein Onn (1976-
1981)
Antara dasar luar yang diamalkan oleh Malaysia semasa era Tun Abdul
Razak ialah Malaysia mula menganggotai Pertubuhan Persidangan Islam
atau lebih dikenali sebagai OIC. Walaupun sebenarnya OIC adalah ilham
Tunku Abdul Rahman yang mana melihat beliau telah memgang dan
memainkan peranan yang sangat penting di dalam penubuhan OIC namun
dasar – dasarnya telah disambung oleh Tun Abdul Razak. Malah Malaysia
juga menjadi tuan rumah persidangan OIC pada tahun 1974.
Di dalam buku teks Tingkatan 5 dalam bab Malaysia dalam Kerjasama
Antarabangsa(hlm 241) ada menyatakan bahawa menjelang tahun 1970-an
dasar luar Malaysia mula berubah kepada dasar berkecuali dan berbaik –
baik dengan semua negara. Perubahan dasar luar ini disebabkan kurangnya
peranan yang dimainkan oleh AMDA dan kurangnya pengaruh Britain di timur.
Malaysia juga telah mengisytiharkan konsep Zon Aman, Bebas dan
Berkecuali atau Zone of Peace, Freedom and Neurtrality (ZOPFAN) bersama
– sama dengan anggota ASEAN. Malaysia juga menjalinkan hubungan
diplomatik dengan negara berfahaman komunis seperti China, Jerman Timur,
Korea Utara, Vietnam Utara dan Mongolia.
Antara lain dasar luar yang diamalkan pada tahap kedua ini ialah
dengan mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Vietnam pada
tahun 1976 dengan usaha mengatasi masalah pelarian Vietnam yang masuk
ke Malaysia. Selain itu dasar berkecuali telah diteruskan oleh Tun Hussein
Onn yang menggantikan Tun Abdul Razak pada Januari 14 1976 sebagai
perdana menteri dengan memberi keistimewaan dalam hubungan dengan
negara jiran Malaysia di dalam ASEAN.

Azman Bin Salleh 12


750312-02-5163
OUM HBSS 1203 HALATUJU PEMBANGUNAN NEGARA

Tahap Ketiga: Era Tun Dr. Mahathir Mohamad – (1981-2003)


Apabila Tun Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri Malaysia
pada 16 Julai 1981, beliau telah meneruskan dasar – dasar luar Malaysia
yang telah sedia ada. Namun beliau turut juga memberi beberapa penekanan
dan dasar baru yang lebih berbentuk maju kehadapan. Pertama sekali, tun
Mahathir mementingkan hubungan Malaysia dengan negara – negara ASEAN
terutama dari segi hubungan ketenteraan dan ekonomi.
Pada awal pemerintahannya, Tun Mahathir telah mewwujudkan satu
Program kerjasama Teknik Malaysia bagi bertujuan membantu negara –
negara membangun iaitu negara – negara kecil di selatan pasifik dan Afrika
dengan bantuan bidang – bidang kepakaran yang terdapat di Malaysia.
Melalui bantuan itu, bukan sahaja membawa manfaat kepada mereka malah
jua kepada Malaysia dengan terhidangnya peluang – peluang perniagaan dan
dapat menaikkan nama Malaysia di mata dunia.
Pada tahun 1982, Tun Mahathir telah melancarkan dasar Buy British
Last iaitu arahan supaya tidak memberi layanan yang istimewa kepada
syarikat dari British di mana jika ada syarikat lain yang menawarkan
perniagaan yang sama maka syarikat lain di beri keutamaan. Ini menimbulkan
keadaan yang tegang antara Malaysia dan British. Namun dasar ini tidak
lama kerana pada tahun 1983, dasar ini telah ditamatkan atas hasil rundingan
Tun Mahathir dengan Perdana Menteri British iaitu Puan Margaret Thacther di
London.
Pada Februari 1982, Tun Mahathir telah melancarkan satu lagi dasar
luar negara Malaysia iaitu Dasar Pandang Ke Timur. Ini adalah merujuk
kepada kejayaan Jepun dan Korea Selatan menjadai sebuah negara indusrti
baru di Timur. Chamil Wariya didalam bukunya yaqng berjudul Dasar Luar
Era Mahathir (1989) ada menyebut bahawa Malaysia harus mencontohi
Jepun dengan melatih sebilangan pengurus mahir dari sektor swasta di
samping meluaskan kemahiran tenaga kerja melalui pengajaran di pusat
latihan vokasional dan teknikal di Malaysia. Selain itu ia juga memberi
peluang bagaimanan orang – orang Jepun dapat menanam nilai – nilai seperti
sikap yang betul terhadap pekerjaan dan semangat di dalam sesuatu
pekerjaan selain di atas tuntutan pembangunan ekonomi Malaysia.

Azman Bin Salleh 13


750312-02-5163
OUM HBSS 1203 HALATUJU PEMBANGUNAN NEGARA

Pada tahun 1986 pula, Tun Mahathir melancarkan dasar luar Malaysia
dengan kerjasama dengan negara – negara selatan. Persetujuan diperolehi
dan satu suruhanjaya Selatan – selatan ditubuhkan sebagai fungsi kerjasama
antara negara – negara membangun. Negara – negara selatan adalah terdiri
dari negara – negara di Asia, Afrika dan amerika Latin kerana terletak di
kawasan selatan hemisfera bumi.
Kesimpulannya berdasarkan tiga tahap yang telah diketengahkan,
didapati Malaysia telah berubah daripda dasar Pro-Barat kepada dasar
berkecuali dan berbaik – baik dengan negara jiran dan semua negara kecuali
Israel serta memberikan penekanan kepada hubungan dua hala yang lebih
cantik dan dapat memantapkan ekonomi negara. Kini di era pemerintahan
Dato’ seri Abdullah Haji Ahmad Badawi yang mana masih meneruskan dsasar
yang telah ditetapkan oleh perdana menteri yang terdahulu telah menjadikan
Malaysia sebuah negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

4. Pengiktirafan

Azman Bin Salleh 14


750312-02-5163
OUM HBSS 1203 HALATUJU PEMBANGUNAN NEGARA

Melalui dasar luar Malaysia, Malaysia telah terkenal di mata dunia dan
telah banyak menerima pengiktirafan di atas penglibatan Malaysia di dalam
menangani isu – isu dan masalah serantau. Nama Malaysia kini terkenal di
seluruh dunia sebagai sebuah negara aman yang sering menghulurkan
bantuan dari segi kemanuasiaan dan bersuara lantang terhadap ketidakadilan
yang berlaku terhadap negara – negara yang di tindas. Di sini akan kita
bincangkan pengiktirafan yang diterima oleh Malaysia dari tiga aspek atau
bidang iaitu dari bidang ekonomi, politik dan isu alam sekitar.

a. Bidang Ekonomi
Di dalam bidang ekonomi, Malaysia telah diiktiraf sebangai antara
negara membangun yang paling pesat membangun. Melalui kerjasama
serantau ASEAN yang juga dikenali sebagai EAEC atau juga dikenali sebagai
Perundingan Ekonomi Asia Timur yang dimulakan oleh Malaysia telah diiktiraf
berjaya dan banyak membantu negara – negara Asean membangun dari segi
ekonomi.
Malaysia juga diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu atau
juga dikenali sebagai PBB untuk menjadi ahli Bank Dunia, iaitu bank
antarabangsa yang bertujuan untuk membantu negara ahli PBB yang sedang
membangun bagi bantuan dari segi kewangan. Malah Malaysia juga dilantik
menjadi ahli Lembaga Gabenor Bank Pembangunan Islam di dalam
Pertubuhan Persidangan Islam atau OIC.
Antara lain sumber daripada Buku teks Tingkatan 5 Malaysia dalam
Kerjasama Antarabangsa (hlm 251) ada memetik bahawa Malaysia
memainkan peranan penting dalam sidang kemuncak G-15 yang pertama
telah diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1990. Melalui sidang tersebut,
usul Malaysia telah diterima dalam projek kerjasama dalam bidang sains dan
teknologi serta penubuhgan Pusat pertukaran Data Pelaburan Perdagangan
dan Teknologi Selatan atau juga dikenali sebagai South Invesment, Trade and
Technology Data Exchange Center (SITTDEC), penubuhan Sistem
Keistimewaan Perdagangan Global atau Global System of Trade Preference
(GSTP) dan juga penubuhan kemudahan kredit dan mekanisme kewangan
pembiayaan perdagangan.
b. Bidang Politik

Azman Bin Salleh 15


750312-02-5163
OUM HBSS 1203 HALATUJU PEMBANGUNAN NEGARA

Malaysia menerima banyak pengiktirafan dunia melalui bidang politik.


Antara pengiktirafan yang diterima oleh Malaysia ialah ketika menjadi wakil
pengamam PBB dalam usaha membantu negara yang ditimpa konflik.
Antaranya ialah di Congo atau Zaire pada t6ahun 1960, Namibia pada tahun
1989, 1990- di sempadan Iraq dan Iran, di Kampuchea dan Bosnia.
Pada sidang kemuncak Ketujuh NAM di New Delhi 1987, Malaysia
menyuarakan usul membantu negara – negara membangun, isu Palestin dan
isu Benua Atartika. Pada sidang yang kelapan pula Malaysia menyusulkan isu
penghapusan dasar apartied di Afrika Selatan dan di beri penghormatan
menjadi Naib Presiden dalam sidang kemuncak NAM di Belgrade,
Yugoslavia.
Selain itu, Malaysia juga diiktiraf di dalam ASEAN yang mengamalkan
dasar berkecuali di mana dasar tersebut diiktiraf oleh kuasa besar dunia.
Suara – suara pemimpin Malaysia sering didengar oleh pihak dunia seperti
isu benua Antartika. Ini terbukti apabila Tun Mahathir dengan lantang meminta
agar Benua Antartika diwartakan sebagai warisan bersama manusia sejagat
kerana ianya tidak berpenghuni tetapi mempunyai sumber alam yang boleh
diterokai. Sebelum itu banyak negara – negara di dunia berebut dan mengaku
kedudukan Atartika di bawah mereka namun berikutan kelantangan Tun
Mahathir maka wujudlah Treatri Antartika yang menjaga dan menjalankan
kajian di kawasan tersebut.
Kesimpulannya, Malaysia telah mendapat pengiktirafan dunia di dalam
memainkan peranannya dari segi politik. Ini berikutan suara lantang Malaysia
terutama pada zaman pemerintahan perdana menteri Malaysia yang ke
empat iaitu Tun Mahathir Mohamad yang banyak memperjuangkan isu – isu
penindasan, hak asasi manusia dan membantu menyelesaikan masalah
dalaman negara – negara yang mengalami masalah politik dalaman. Peranan
Malaysia di mata dunia tidak dapat dipertikaikan lagi.

c. Bidang isu alam sekitar.

Azman Bin Salleh 16


750312-02-5163
OUM HBSS 1203 HALATUJU PEMBANGUNAN NEGARA

Pengiktirafan yang diterima oleh Malaysia ialah pemilihan Tun Dr


Mahathir Mohamad sebagai presiden bagi Persidangan Penyalahgunaan dan
Pengedaran Haram Dadah Antarabangsa (ICDAIT) dalam mesyuarat yang
diadakan di Geneva, Switzerland pada tahun 1987. untuk menunjukkan
betapa mengambil beratnya tentang isu dadah ini, Malaysia telah
menetapkan hukuman mati ke atas pesalah mengedar dadah dan hukuman
ini diiktiraf oleh dunia dan diikuti oleh kebanyakkan negara lain.
Isu alam sekitar yang lain ialah suara lantang Malayasia terhadap hak
warisan semua sejagat bagi isu benua Antartika di mana benua itu kaya
dengan hasil alam yang menjadi rebutan banyak negara – negara di barat.
Akhirnya dunia akur dengan tuntutan Malaysia agar benua tersebut dijadikan
warisan semua sejagat dan hasilnya dikongsi bersama seluruh dunia.
Selain itu, Malaysia menerima pengiktirafan melalui kerjasama di
dalam bidang kesihatan dan perubatan yang bernaung di bawah Pertubihan
Kesihatan Dunia atau lebih dikenali sebagai World Health Organization
(WHO). United Nations for Educational, Scientific and Cultural Organization
(UNESCO) juga telah mengiktiraf Malaysia di dalam peranan dan kerjasama
melalui bidang sains dan teknologi.
Melalui ASEAN juga , suara Malaysia diiktiraf dalam isu Senjata
Nuklear. Ini berikutan dalam mensyuarat negara – negara ASEAN pada tahun
1984, Menteri – menteri luar negara ASEAN telah bersetuju memutuskan
bahawa ASEAN adalah zon bebas senjata nuklear. Mana – mana kapal yang
membawa senjata nuklear tidak akan dibenarkan melalui perairan dan
menggunakan pelabuhan di negara – negara di bawah ASEAN. Ini juga
menunjukkan kepada dunia tentang konsep ZOPFAN yang diamalkan oleh
ASEAN.
Kesimpulannya, Malaysia turut menerima pengiktirafan dunia di dalam
menangani masalah isu alam sekitar. Selain yang dibincangkan di atas,
banyak lagi isu – isu yang telah mengemukakan prinsip Malaysia di mata
dunia seperti isu jerebu, pemanasan global dan sebagainya. Seiring dengan
itu, kerajaan Malaysia terus mengambil langkah – langkah meningkatkan dan
menaikkan nama Malaysia di seluruh dunia.

5. Penutup

Azman Bin Salleh 17


750312-02-5163
OUM HBSS 1203 HALATUJU PEMBANGUNAN NEGARA

Rumusan
Kesimpulannya, dapat kita lihat di sini perjalanan dasar luar Malaysia
yang bertitik tolak mulanya selepas kemerdekaan yang mana dari dasar pro-
Barat dan antikomunis, telah banyak dipengaruhi oleh Barat terutama British
yang menjajah negara. Namun, pihak pemerintah negara telah mengambil
inisiatif dengan mengamalkan dasar berkecuali dan berbaik – baik dengan
semua negara di dunia kecuali Israel. Penubuhan ASEAN juga telah diiktiraf
oleh dunia. Selain itu, peranan ZOPFAN sebagai satu perjanjian yang
menjamian keselematan negara Malaysia daripada ancaman ketetenteraan
negara lain.
Dari segi ekonomi pula, melalui dasar luarnya, Malaysia telah
membangun dengan pesat dan menjadi contoh kepada negara – negara
membangun yang lain. Blok ekonomi yang dibentuk melalui EAEC telah
membuka mata dunia bahawa negara – negara kecil juga mampu
mengangani masalah ekonomi dan menjaga kestabilan ekonomi mereka
sendiri.
Malaysia juga menerima banyak pengiktirafan oleh dunia di dalam
menangani isu – isu global dan penglibatan dalam mesej keamanan melalui
PBB malah beberapa pertubuahn Malaysia telah iakui oleh dunia seperti
peranan MERCY dan Aman Malaysia.
Akhir kata, Dasar Luar Malaysia yang mengutamakan kesejahteraan
dan keamanan seluruh dunia banyak memberi kesan yang positif kepada
Malaysia sendiri. Ketokohan para pemimpin yang dimiliki oleh Malaysia telah
banyak membantu Malaysia terkenal di mata dunia. Malaysia kini mampu
meneruskan cabarannya sebagai sebuah negara yang membangun untuk
menjadi negara maju yang aman damai, cemerlang, gemilang dan terbilang.

6. BIBLIOGRAFI

Azman Bin Salleh 18


750312-02-5163
OUM HBSS 1203 HALATUJU PEMBANGUNAN NEGARA

Chamil Wariya, 1989, Dasar Luar Era Mahathir, Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Selangor Darul Ehsan.

Frankel, Joseph (1987). Hubungan Antarabangsa Dalam Dunia. Yang


Sedang Berubah. Terjemahan Husin Mohammad. Dewan Bahasa dan
Pustaka. Kuala Lumpur

Kementerian Pelajaran Malaysia. Buku Teks Tingkata Lima ’Malaysia


Dalam Kerjasama Antarabangsa’, Bab 9, Dewan Bahasa dan
Pustaka. Kuala Lumpur.

Mokhtar Muhammad, Prof. Madya Dr. (2005) Perhubungan Antarabangsa-


Konsep & Konteks, Ebiza Pack Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Mokhtar Muhammad, Prof. Madya Dr. (2005) Perhubungan Antarabangsa-


Cabaran & Harapan, Ebiza Pack Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
.
Open Universiti Malaysia, (2007). HBSS 1203 Halatuju Pembangunan
Negara, Meteor Doc. Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan.

Azman Bin Salleh 19


750312-02-5163

Anda mungkin juga menyukai