Anda di halaman 1dari 101

GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN

DEFINISI GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN


Era globalisasi meletakkan Malaysia berhadapan dengan pelbagai cabaran.
Untuk menjadi sebuah Negara membangun sepenuhnya, Malaysia perlu
meningkatkan daya saing dan meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf
dunia. Sebelum kita menyelami segala perihal berkaitan globalisasi, adalah
lebih baik kita memahami maksud sebenar globalisasi. Berdasarkan gambar
rajah di bawah ada sedikit maklumat berkaitan dengan definisi globalisasi
dalam
pendidikan.
gambar rajah 1

Globalisasi berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris iaitu globalization


juga perkataan globalisasi diungkap menerusi Bahasa Perancis iaitu
perkataan monodialisation yang mana semuanya bermaksud seantero
dunia.

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ( 1986) telah mentafsirkan global
bermaksud mengenai dunia seluruhnya atau pada keseluruhannya dan pada
umumnya.Manakala, globalisasi pula bererti fenomena yang menjadikan
dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan
perkembangan teknologi maklumat.
Scholte (2000), menyatakan globalisasi ialah proses menyingkirkan batasan
atau sekatan kerajaan mengenai pergerakan antara negara supaya
mewujudkan satu ekonomi dunia yang terbuka dan tanpa sempadan.
Berdasarkan himpunan penulisan dan pandangan bekas Perdana Menteri
kita, Tun Dr. Mahathir Mohamed sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri
Malaysia telah mengingatkan agar masyarakat Malaysia tidak dipengaruhi
dengan arus globalisasi sehingga berjaya menghancurkan mereka, sebaliknya
kita perlu membina kekuatan dan menangkis unsur-unsur negatif yang
membawa kesan buruk kepada kita.
Kita sedia maklum bahawa dengan globalisasi perkembangan yang signifikan
dapat dicapai dan ianya berfokus kepada profesion keguruan yang semakin
mencabar
di
negara
ini.

PERKEMBANGAN
GLOBALISASI

PROFESIONALISME

KEGURUAN

MELALUI

Dengan globalisasi yang semakin rancak menguasai dunia-dunia dalam


pelbagai bidang seperti politik, sosial, pendidikan dan ekonomi ianya
memberikan kelebihan menerusi perkembangan profesionalisme keguruan
dalam bidang pendidikan khasnya. Berdasarkan gambar rajah di bawah
terdapat lima perkembangan yang jelas diperoleh menerusi globalisasi.

Meluaskan peluang kepada guru dalam perkhidmatan dan guru dalam latihan
dari aspek pendidikan guru dan peningkatan taraf profesionalisme. Ini
dilihat menerusi adanya peluang melanjutkan pelajaran dalam bidangbidang yang ditawarkan bagi memantapkan diri dengan ilmu dan kemahiran
dalam sesuatu tempoh yang telah ditetapkan mampu meningkatkan lagi taraf
profesionalisme keguruan.
Selain itu, menerusi globalisasi ianya dapat meluaskan pengetahuan guru
secara global. Seperti yang kita tahu, guru perlu sentiasa mengekalkan nilai
intelektualnya kerana guru merupakan agen perubahan dalam menghasilkan
produk berkualiti atau modal insane yang diperlukan di Negara kita. Guru
perlulah peka dengan perkembangan semasa kerana selain tanggungjawab
menyalurkan ilmu kepada murid, guru menjadi sumber rujukan dan teladan
bagi masyarakat di sekeliling.
Dengan globalisasi guru dapat meningkatkan kemahiran ICT dan interaksi
global yang mana ianya meluaskan konsep pembelajaran mengatasi bilik
darjah. Contohnya, dengan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi,
guru dapat melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang
merentasi penyediaan pengalaman murid tanpa terbatas. Contohnya, murid
berpeluang melihat keadaan gunung berapi, keadaan di kutub utara dan
menyelami di dasar laut menerusi carian laman video pendidikan di
internet.

Meluaskan lagi program pensiswazahan guru bagi memperbaiki taraf kualiti


dan taraf profesionalisme guru setanding dengan guru-guru di negara luar
agar produk yang dihasilkan mampu membangunkan negara kita dengan
lebih maju dan berjaya.
Dengan globalisasi ianya meletakkan profesion keguruan sebagai satu
profesion yang penting. Ini kerana berjayanya sesebuah negara adalah
dengan berjayanya negara itu menghasilkan modal insan berguna yang akan
membangunkan negaranya setaraf dengan negara maju yang lain.
CABARAN GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN
Menerusi pandangan bekas Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohamed
sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia mengenai dunia
globalisasi terdapat sebanyak lima cabaran asas terhadap dunia globalisasi
seperti yang dilihat menerusi rajah di bawah.

gambar rajah 2
Dalam membincangkan keperluan perubahan dari aspek bidang pendidikan
dalam era globalisasi, pihak UNESCO telah mencadangkan untuk merombak
cara-cara membangunkan potensi sumber manusia melalui tata cara
pendidikan secara formal dan tidak formal. Menurut Hussein Ahmad ( 2001)

menyatakan supaya diperbanyakkan institusi latihan dan pendidikan bagi


orang-orang dewasa yang sudah mempunyai kerjaya untuk membangun dan
mengembangkan potensi sumber manusia bagi membolehkannya memberi
sumbangan lebih bermakna kepada pembangunan negara dan juga
perkembangan diri individu itu sendiri. Ini bermakna mereka akan
mempersiapkan diri dengan ilmu dan kemahiran yang perlu dikuasai bagi
menghasilkan produk berkualiti sesuai dengan peraliran semasa yang mana
menuntut kecekapan dan kesiap siagaan yang tinggi dalam berhadapan
dengan pelbagai kemungkinan era globalisasi kini.
Selain itu, Malaysia tidak dapat mengelak daripada menghadapi cabaran
tersebut sebagai kesan daripada arus globalisasi. Hallinger (1998),
menegaskan globalisasi telah mendorong berlakunya anjakan paradigma
yang amat ketara di kebanyakan negara dalam konteks untuk mencari
makna terhadap kualiti pendidikan dan juga kurikulum yang ditawarkan. Ini
bermaksud, terdapat perubahan kurikulum terutama dari segi strategi
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran telah diperkenalkan seperti:
1. Sekolah Bestari: Tumpuan kepada proses pengembangan dan pemupukan
pembelajaran dengan menggunakan komputer dan penggunaan multimedia.
2. Projek Sekolah Net: Penggunaan komputer peribadi dan persekitaran
Local Area Network (LAN). Guru berfungsi sebagai penerima maklumat
sesuatu bahan kurikulum dan pembelajaran daripada luar dan kemudian
menyalurkannya kepada pelajar. Ini memberi peluang kepada pelajar
mendapat kemahiran dan maklumat sesuai dengan keupayaan mereka dan
aplikasi pelbagai stail pembelajaran.
3. Projek Smart Lab: Menggunakan jaringan komputer bagi membolehkan
pelajar mengakses ilmu dan maklumat daripada pelbagai sumber dengan
guru berfungsi sebagai pemandu, pelayar dan pemudahcara.
4. Projek Sekolah Vista: Perisian aplikasi bagi pengurusan bilik darjah untuk
pengajaran dan pembelajaran. Ini bagi membolehkan guru menguruskan
bilik darjah dengan berkesan dan memberi peluang kepada pelajar
berkomunikasi secara elektronik dengan rakan dan guru.
Tambahan pula, perkembangan dari segi penggunaan teknologi maklumat,
kurikulum di Malaysia juga telah disemak semula dan diberi nilai tambah
supaya kurikulum tersebut adalah relevan dan berupaya untuk menyediakan
pelajar dengan kemahiran tertentu bagi menghadapi persekitaran global
setelah mereka melepasi alam persekolahan.
Cabaran ketiga ialah dalam pengurusan pendidikan. Dalam hal ini,
pengurusan pendidikan telah mengalami transformasi dalam perkembangan
dunia global terutama dari segi penggunaan teknologi telekomunikasi dan

pengkomputeran. Beberapa perisian baru telah diaplikasikan yang dikenali


sebagai
Pengurusan
Maklumat
Sekolah (School
Management
Information System) bagi meningkatkan kecekapan dalam pengurusan
pendidikan. Dengan aplikasi tersebut ianya sedikit sebanyak membantu
dalam pengurusan pendidikan seperti:
- Membantu dan mempermudahkan pengurus sekolah membuat keputusan.
- Meningkatkan kecekapan pengurusan dan pentadbiran.
- Mengurangkan beban pengurus dalam melaksanakan tugas yang pelbagai.
- Meningkatkan kecekapan sistem pengurusan fail.
- Memudah dan menjimatkan masa dari segi mengumpul, memproses dan
menyimpan data seperti laporan kehadiran pelajar.
-Meningkatkan kecekapan dalam penyediaan gred/markah peperiksaan
pelajar.
- Penempatan pelajar dalam kelas.
-Membuat agihan jadual waktu mengajar guru.
-Pembinaan jadual waktu guru.
- Membuat agihan sumber kewangan, buku teks, dan sebagainya.
-Menyimpan data mengenai stok dan inventori sekolah serta pelbagai
urusan
rutin yang
dikendalikan pentadbir dan guru.
(Rahmad Sukor, 2006)

Hussein Ahmad (2001) memberi penegasan bahawa proses globalisasi yang


melanda dunia telah membawa perubahan yang mendadak kepada
perlakuan hidup dan norma kehidupan manusia di seluruh dunia. Sama ada
sesebuah negara itu kecil atau besar, pedalaman benua mahu pun di
kepulauan kecil, di pergunungan tinggi mahu pun di lereng, kaki dan lembah
bukit, kesemuanya telah menerima tempias dan pengaruh fenomena
globalisasi. Kesan yang paling ketara akibat pengaruh globalisasi adalah
perubahan gaya hidup terutama dalam kalangan anak-anak remaja di bangku
sekolah yang begitu terpengaruh dengan amalan negatif kehidupan Barat.
Oleh itu, aspek berkaitan keperibadian guru, budaya sekolah dan aktivitiaktiviti kokurikulum kerana perkara tersebut memberi impak tersendiri
dalam pembentukan moral pelajar seperti di bawah:
1. Keperibadian guru: Guru perlu menampilkan perawakan yang positif
terutama ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Perwatakan guru yang
jujur, amanah, bersopan santun, penyayang, penyabar, sedia memberi
pertolongan, sedia berkorban dan berdedikasi perlu diterampilkan supaya
dapat menjadi contohan pelajar. Guru juga perlu membawa watak orang
yang taat kepada amalan agama.

2. Budaya sekolah: Budaya sekolah yang mempraktikkan sikap amanah,


ketekunan, cintakan kecemerlangan, berkasih sayang, bertolong bantu,
kesantunan akhlak dan mengamalkan kehidupan beragama adalah elemenelemen yang perlu dihidupkan dan dihayati secara berterusan. Aspek
tersebut merupakan nilai yang seharusnya diberikan perhatian secara
bersungguhsungguh oleh pihak pentadbiran sekolah
3. Aktiviti kokurikulum: Aktiviti seperti pakaian beruniform, persatuan,
kelab dan kegiatan sukan dapat memberi input penting kepada
pembentukan sahsiah pelajar. Aktiviti yang dijalankan melalui pemantauan
guru akan menyuburkan sikap positif terhadap semangat bekerjasama,
berdikari, tolong menolong, semangat cinta akan negara dan berdisiplin.
Cabaran kelima yang wujud dalam globalisasi dalam pendidikan ialah
perkembangan profesionalisme guru. Satu perbahasan relevan tentang
globalisasi ialah pengkajian mengenai kesan globalisasi terhadap
perkembangan profesionalisme keguruan. Usaha yang dilihat menerusi
cabaran globalisasi dalam perkembangan profesionalisme keguruan ialah
dapat meningkatkan kualiti guru sama ada dari segi kelayakan akademik,
kepakaran dalam pengajaran, kualiti professional dan kualiti personal atau
kepimpinan guru dalam organisasi sekolah dan masyarakat, meluaskan
pengetahuan guru bersifat global, kemahiran ICT dan interaksi global
membolehkan guru meluaskan konsep pembelajaran mengatasi halangan
bilik darjah dan birokrasi sekolah, meluaskan peluang kepada guru
perkhidmatan dan guru-guru dalam latihan dari segi pendidikan guru dan
peningkatan taraf profesionalisme dan sebagainya.
Kesimpulannya, masyarakat masa kini sangat prihatin dan mengikuti
perkembangan pendidikan
dengan penuh minat dan bersikap kritikal terhadap isu-isu berbangkit yang
berkaitan dengan kemajuan anak-anak mereka. Pihak perancang pendidikan
perlu melihat isu-isu dan cabaran yang berbangkit secara menyeluruh dan
komprehensif. Menyelesaikan masalah secara runcitan dan memberi
tumpuan kepada aspek tertentu dan mengurangkan tumpuan kepada aspek
lain akan menghalang pelaksanaan pendidikan kita terutama bagi memenuhi
aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu sendiri.

KRISIS GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN

Satu perancangan yang lebih baik boleh dilakukan


dengan mengkaji krisis pendidikan global yang mana
ianya mendedahkan guru dengan pengetahuan yang

berlaku di negara-negara lain. Kebanyakan Negara


membangun mengalami kesan negatif globalisasi bagi
membangun dan memajukan bidang pendidikan.
Globalisasi memberikan kesan buruk terhadap
keadaan ekonomi Negara membangun, di samping
perdagangan pendidikan dan budaya dari Negaranegara Barat yang menguasai pasaran pendidikan di
negara membangun. Antara krisis pendidikan global
dapat dilihat menerusi gambar rajah di bawah.

Krisis kewangan timbul apabila negara membangun menimbulkan masalah


membiayai perbelanjaan untuk pembangunan pendidikan. Ini termasuklah
penyediaan kemudahan pendidikan seperti menyediakan peluang
pendidikan untuk semua, bantuan pendidikan buku teks, menyediakan
sekolah dengan infrastruktur lengkap, pendidikan literasi komputer dan
sebagainya.
Selain itu, program twinning iaitu program kembar pendidikan diperluaskan
melibatkan institusi pendidikan membangun dengan negara maju. Apa yang
pasti, program seperti ada kepentingan kerana pengetahuan dan kemahiran
tertentu dipindahkan kepada tenaga pengajar di negara ini seperti latihan
kepakaran dalam bidang perubatan, biodiversiti dan kejuruteraan.
Persaingan untuk memantapkan kualiti diri dengan kepakaran dalam sesuatu
bidang dan kemahiran tertentu akan menghasilkan produk pendidik yang
setaraf dengan pendidik di negara luar. Persaingan adalah suatu dorongan
untuk perubahan dan kemajuan yang penting dalam era globalisasi.
Tambahan pula, dalam profesion keguruan, nilai intelektual perlu
dipertahankan dan sentiasa dipertingkatkan kerana warga pendidik
merupakan agen dalam membentuk modal insan yang berkualiti. Ini
bermakna, guru perlu sentiasa ke hadapan dalam mendidik dan memimpin
masyarakat kea rah perubahan dan kemajuan.

Krisis pendidikan global seperti jurang pendidikan juga menimbulkan


kebimbangan. Ini kerana pelaburan yang rendah dalam bidang pendidikan di
negara membangun dan persaingan global meningkatkan perbelanjaan
pendidikan yang mana ianya menyulitkan untuk usaha ke arah merapatkan
lagi jurang pendidikan.

PERANAN INSTITUSI KELUARGA DAN SEKOLAH DALAM


MEMBINA KEMAHIRAN 7M BERDASARKAN GLOBALISASI

Dunia sekarang sedang menghadapi era globalisasi yang kian memuncak.


Keterbatasan dalam memantau penerimaan ledakan sumber dan bijak
menapis serangan unsur-unsur perlu dilaksanakan dengan segera agar kita
tidak jatuh dalam arus globalisasi. Globalisasi jika dilihat memberikan
manfaat dan juga keburukan kepada kita andai kita tersalah membuat
pilihan dan keputusan.
Semua pihak perlulah sama-sama bertanggungjawab dalam usaha
memelihara kemajuan yang tercipta tanpa perlu kecundang disebabkan
tewas dalam globalisasi. Peranan sesebuah institusi keluarga dan sekolah
amat penting dalam membantu membina kemahiran-kemahiran yang
seharusnya dikuasai murid berdasarkan globalisasi.
Kemahiran pertama ialah menulis, di mana kemahiran literasi asas
komunikasi dan menyampaikan idea secara tulisan dapat dikuasai oleh
kerana menerusi penulisan, seseorang itu

boleh mengeluarkan

idea, perasaan, menyampaikan maklumat dan sebagai


alat perhubungan sosial.
Kemahiran kedua ialah membaca, yang mana kemahiran literasi menimba
ilmu melalui bahan-bahan bercetak perlu diterapkan sejak dari bangku
sekolah agar murid-murid memperoleh pengalaman dan ilmu menerusi
bahan-bahan ilmiah yang dibaca. Membaca jambatan ilmu. Dengan
melazimkan diri dengan aktiviti membaca sudah menerapkan nilai-nilai
murni secara tidak langsung menerusi kandungan bahan yang dibaca.
Kemahiran ketiga, mengira merupakan kemahiran literasi asas
mengoperasikan otak secara abstrak tentang hukum sains dan alam semesta.
Segala yang dilalui dalam kehidupan seharian melibatkan kita dengan hukum
sains dan alam semesta. Cuba bayangkan seandainya anak-anak kita tidak
menguasai kemahiran mengira, adakah mereka mampu untuk menguruskan
kehidupan mereka secara sendiri kelak? Contohnya, jika tidak menguasai
konsep asas nombor, bagaimana murid dapat menyelesaikan masalah
melibatkan nilai nombor yang lebih besar? Kemahiran mengira merupakan
kemahiran yang penting di samping perlunya kita menguasai kemahirankemahiran yang lain.
Kemahiran keempat, kemahiran memikir. Dalam kemahiran ini, guru dan ibu
bapa berperanan untuk menyediakan peluang dan ruang untuk murid-murid
berfikir tentang sesuatu perkara dan melatih mereka untuk mengolah dan
melontarkan idea menerusi kemahiran berfikir yang diaplikasikan.
Kemahiran kelima ialah kemahiran menggunakan komputer. Jika dilihat
sekarang, penggunaan komputer dalam membantu memudahkan pengurusan
harian, mencari maklumat dan sebagai alat pengajaran yang berkesan.
Kemahiran menggunakan komputer perlu diterapkan dan didedahkan kepada
anak-anak muda sekarang agar perkara seperti fobia komputer dapat
dielakkan.
Kemahiran keenam ialah kemahiran menjadi manusia. Dalam kemahiran ini,
perlunya individu diajar untuk menjadi individu yang boleh berinteraksi
bersama orang lain secara positif. Dengan kemahiran komunikasi yang baik
seperti kesantunan tingkah laku dan kesantunan berbahasa membuatkan
kita sentiasa dihormati dan hidup dalam keadaan yang harmoni.
Kemahiran ketujuh ialah kemahiran mencintai Tuhan. Dalam hidup kita,
keredhaan Ilahi adalah sesuatu yang penting kerana hidup dalam keadaan
dicintai Tuhan dan mendapat keredhaan menghasilkan dengan kejayaan
dalam segala aspek dan memperoleh ketenangan yang sukar diterjemahkan.
Kemahiran mencari dan menggunakan ilmu agama dalam proses

mendapatkan keredhaan dan kecintaan Tuhan buat setiap hambanya,


manusia harus sentiasa tersemat dalam diri setiap individu.

KESAN GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN


Berdasarkan definisi globalisasi pendidikan, cabaran globalisasi dalam
pendidikan, krisis pendidikan global dan sebagainya sebagaimana yang telah
dinyatakan di ruangan sebelumnya, apakah kesan yang dapat kita kenal
pasti terhadap globalisasi dalam pendidikan? Adakah memberi kesan baik
sahaja atau member kesan buruk semata atau memiliki pro dan kontranya
iaitu kesan baik dan buruk melalui globalisasi dalam pendidikan.
Globalisasi dalam pendidikan memberikan kesan positif dan negatif.
Apakah kesan positif yang dapat diberikan melalui globalisasi dalam
pendidikan? Antaranya ialah:

budaya pembelajaran sepanjang hayat

kebolehan berkomunikasi dalam bahasa ibunda dan bahasa


antarabangsa

menguasai kemahiran teknologi untuk keperluan pekerjaan dan


kehidupan seharian

pendidikan Negara terbuka kepada dunia luar

perubahan peranan guru dalam bilik darjah

peluang pendidikan terbuka luas

persaingan sihat dalam meningkatkan mutu pendidikan dan


inovasi

perkongsian sumbangan hasil penyelidikan tentang pengajaran


dan pembelajaran

Terdapat beberapa kesan negatif melalui globalisasi dalam pendidikan iaitu:

kadar pengangguran semakin meningkat

pengaliran keluar sumber manusia yang berkepakaran ke luar


negara

meminggirkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda

perdagangan pendidikan

penyebaran sumber-sumber yang tidak bersesuaian dengan


intelek dan rohani

berlaku penindasan dalam merampas peluang dan sumber bagi


kemajuan sistem pendidikan sesebuah negara

pemantauan mendalam dari aspek permasalahan antisosial

Oleh itu, biarpun ianya mempunyai kesan positif


dan negatif, ianya adalah tanggungjawab individu
dalam membuat pilihan bijak sama ada ingin memilih
sumber yang bersesuaian atau sebaliknya. Tambahan
pula, sebagai pendidik perlunya pemilihan dibuat
dalam mencedok ilmu dan sumber maklumat yang

bersesuaian untuk disalurkan kepada murid-murid


ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik
darjah agar nilai-nilai negatif tidak dapat diterapkan
dalam diri murid-murid.
IMPAK GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN
Globalisasi meluaskan konsep dunia tanpa sempadan memberikan cabaran
terhadap guru bagaimana perancangan pembelajaran dan dunia pendidikan
boleh dimajukan dari perspektif global yang melibatkan penyesuaian
kurikulum, penjadualan belajar, penerokaan maklumat melalui ICT,
pengawalan dan penyeliaan, serta peranan efektif guru dalam memajukan
dunia pendidikan.
Seperti yang ditunjukkan dalam gambar rajah 7, ada dinyatakan tentang
impak globalisasi dalam pendidikan di mana rajah di sebelah kiri merupakan
sebab yang berlaku menerusi globalisasi dan rajah di sebelah kanan
menunjukkan akibat daripada globalisasi dalam pendidikan.

Lambakan sumber maklumat dalam Bahasa Inggeris dan bahasa


antarabangsa yang mudah diperoleh menerusi kecanggihan teknologi
maklumat menghasilkan penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa
antarabangsa sebagai bahasa ilmu. Ini kerana, kebanyakan bahan
penyelidikan dan sumber lain maklumat menggunakan Bahasa Inggeris dan
bahasa antarabangsa. Ini secara langsung, menjadi kelaziman individu
menjadikan Bahasa Inggeris dan bahasa antarabangsa sebagai bahasa ilmu
utama.
Selain itu, dengan globalisasi, penggunaan teknologi maklumat dalam sesi
pembelajaran dan pengajaran sering diaplikasikan. Ini membuatkan
murid-murid dan guru dapat menguasai ledakan maklumat dan menambah
pengalaman murid. Jika pada masa kini tiada pelaksanaan pembelajaran
menggunakan teknologi maklumat di dalam bilik darjah, adalah sukar
untuk guru menyalurkan ilmu dan pengalaman berkaitan persekitaran
yang sukar untuk disediakan. Contohnya, keadaan di dasar laut, suasana
di kutub utara dan melihat bagaimana gunung berapi meletus. Dengan
kecanggihan teknologi maklumat, murid berpeluang melihat dan
meneroka pengetahuan baru yang terbatas melalui video, paparan slide
dan sebaganyai.
Dengan globalisasi dalam pendidikan, mewujudkan lebih banyak institusi
pengajian tinggi swasta yang mana memberikan kesan ke atas semua
individu untuk mendapatkan peluang pendidikan yang sama rata. Secara
tidak langsung, pembangunan negara semakin meningkat melalui
penghasilan produk berkemahiran dan pakar dalam sesuatu bidang.
Pembudayaan teknologi dalam pelaksanaan harian membuatkan urusan
kita menjadi lebih mudah dan lebih bersistematik. Contohnya,
penggunaan aplikasi Microsoft Excel, memudahkan kita untuk
menguruskan sesuatu data dan boleh dikemas kini pada bila-bila masa.

Falsafah Pendidikan
" Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah
memperkembangankan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. "

PENGENALAN
Dewasa ini, sistem pendidikan di Malaysia berkembang dengan begitu pesat seiring
perkembangan global seantero dunia dalam kalangan negara maju. Oleh itu, kerajaan
menjadikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai panduan utama dalam memajukan
Sistem Pendidikan Malaysia.
Untuk menetukan haluan, asas dan inprisasi kepada usaha dan rancangan dalam
memajukan bidang pendidikan maka Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah digubal.
Salah satu perkara yang ditekankan oleh kerajaan dalam membangunkan pendidikan ialah
Pembangunan Modal Insan ini adalah kerana kerajaan memerlukan kepakaran hasil
daripada sistem pendidikan untuk membawa negara ke arah negara maju menjelang tahun
2020. Bagi menjana pembangunan modal insan yang seimbang, aspek jasmani, emosi,
rohani dan interlek sangat diberikan penekanan seperti mana yang terkandung dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Laporan Razak dan Penyataan Rahman Talib serta Akta Pelajaran 1961 dijadikan asas
bagi pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu;
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan hormonis dari segi intelek, rohani, emosi dan berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
(Kamarudin Hj Husin & Kamarul Azhar, 1994).
Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjadi pengetahuan umum pada tahun 1988, telah
menjadi teras dan tunjang kepada sistem pendidikan negara kita sejak sekian lama.
Justeru itu, semua perancangan dan aktiviti pendidikan hendaklah merupakan hasil
daripada nilai-nilai dan prinsip-prinsip yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan

Kebangsaan. Sememangnya kemunculan Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan


membawa impikasi-implikasi kepada sistem pendidikan. (Mohd Fathi Bin Adnan,
Rohana Bt Hamzah & Amirmudin Bin Udin: Jurnal Implikasi Falsafah Pendidikan
Kebangsaan Dalam Pendidikan Teknik Dan Vokasional Di Malaysia).
Menurut pengkaji, implikasi yang dapat dilihat daripada kemunculan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan adalah implikasi terhadap kurikulum, implikasi terhadap guru dan implikasi
terhadap institusi. Implikasi terhadap kurikulum adalah seperti perubahan pendidikan
sekolah adalah selaras dengan cita-cita dengan tujuan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
iaitu perubahan sukatan pelajaran, penyerapan nilai-nilai murni dalam semua mata
pelajaran, orientasi pendidikan ke arah umum dan alam pekerjaan dan latihan yang sesuai
bagi melahir pelajar berkemahiran dalam bidang masing-masing. Implikasi terhadap guru
adalah seperti menjadikan perubahan strategi dan teknik pengajaran yang bersesuaian
bagi melahirkan insan berilmu, berketerampilan dan berakhlak mulia. Guru yang berjaya
memahami kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan dapat memartabatkan
pendidikan sekolah masing-masing ke arah lebih tinggi dan berdaya saing.
Implikasi terhadap Institusi pula adalah perubahan organisasi sekolah ke arah
mewujudkan situasi yang sesuai untuk melahirkan pelajar-pelajar mengikut tujuan dan
cita-cita Falsafah Pendidikan Kebangsaan seperti perubahan dari segi kemudahankemudahan bagi mengembang potensi pelajar secara menyeluruh dan aktiviti-aktiviti
sekolah yang lebih memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar.
Seiring dengan kajian seperti ini para guru, pelajar dan ibu bapa harus memahami hasrat
kerajaan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini akan membawa kepada ke arah
pencapaian matlamat kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi
jasmani, emosi dan intelek pelajar. Usaha ini juga perlu seiring dengan hasrat kerajaan
untuk mengembangkan potensi individu secara menyeluruh bagi tujuan kemajuan negara
pada masa akan datang.
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia
dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Dengan adanya FPK, maka
sistem pendidikan negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan
dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan
membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga
kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat
pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan
insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi
seorang warganegara yang baik.

Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik,
seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling
penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara. FPK melihat individu dalam
beberapa lapisan pertalian atau perhubungan. Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk
pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan
kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga,
meluas kepada masyarakat dan negara.
Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat
memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri
manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga
dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan
berbakti. Berikut merupakan perincian yang dihuraikan oleh pengkaji mengenai FPK.
a) Pendidikan Suatu Usaha Berterusan
Pendidikan merupakan satu proses pemerolehan dan pemindahan pengetahuan, nilai-nilai
murni serta mendapatkan kemahiran. Proses ini berjalan secara berterusan dalam diri
individu sejak lahir lagi. Pendidikan asas kanak-kanak bermula dari rumah dan dari
rumah jugalah sahsiah mereka mula terbentuk dan berterusan. (Kamarudin Hj Husin &
Kamarul Azhar, 1994)
Pendidikan adalah satu bentuk pencarian erti kehidupan yang sentiasa berterusan. Boleh
kita pecahkan pendidikan kepada dua iaitu Pendidikan Tidak Formal dan Pedidikan
Formal. Pendidikan tidak fomal bermula di rumah. Ini bermaksud seseorang kanak-kanak
dari bayi sehingga memasuki alam persekolahan telah mempelajari pelbagai pelajaran
melalui pengalaman dan pemerhatian mereka di persekitaran dalam dan luar rumah.
Pendidikan ini tidak mempunyai sukatan pelajaran dan lebih banyak mengunakan
psikomotor. Jelasnya disini ialah kanak-kanak telah cuba jaya dalam sesuatu pelajaran
yang telah dilakukan olehnya. Sebagai contoh, belajar berjalan, makan, bercakap dan
lain-lain lagi.
Sistem pendidikan formal pula adalah satu pendidikan yang mempunyai sukatan
pelajaran, kelas atau sekolah, mempunyai ujian dan peperiksaan serta lain-lain lagi.
Kebiasaannya pendidikan ini bermula seawal usia lima hingga tujuh belas tahun. Hal ini
boleh kita lihat dari Tadika sehingga Tingkatan Lima nanti. Pembelajaran yang
dinyatakan dalam FPK sebenarnya bukan berhenti di sekolah malahan ianya berterusan
sehinggalah keperingkat yang lebih tinggi dan seterusnya sepanjang hayat. Terdapat
banyak program-program yang telah dilakukan oleh kerajaan bagi mewujudkan budaya
belajar sepanjang hayat. Antaranya ialah mengalakan golongan guru untuk belajar ke

peringkat yang tertinggi bagi memberi peluang kepada golongan ini belajar lagi. Program
ini telah memberikan kesedaran kepada guru supaya mereka bukan setakat mempuyai
diploma atau ijazah sahaja, malah mereka digalakan untuk belajar ke peringkat yang
paling tinggi.
b) Memperkembangkan Potensi Individu
Setiap individu memiliki keupayaan dan bakat yang tersendiri. Keupayaan dan bakat itu
pula dapat diperkembangkan menerusi aktiviti sosial. Namun begitu tidak semua
kebolehan itu dapat dilihat dengan jelas kerana pendedahan untuk memperkembang dan
mempertingkatkanya agak terhad. Oleh itu pendidikan memainkan peranan penting
dalam memperkembangkan potensi individu dan ia perlu diracangkan terlebih dahulu dan
dilaksanakan dengan teratur dan bersungguh-sungguh. ( Ee Ah Meng, 1988).
Di sekolah, terdapat banyak aktiviti kokurikulum yang telah diwujudkan bagi memberi
keseimbangan dalam akedemik dan aktiviti luar. Kokurikulum ini biasanya dilaksanakan
selepas proses pembelajaran. Penglibatan pelajar boleh kita perhatikan dalam kegiatan
sukan, kelab, persatuan dan pakaian seragam. Dalam aktiviti ini pelajar akan melakukan
sesuatu aktiviti secara berkumpulan. Ada di kalangan mereka yang mempunyai bakat
dalam menjadi pemimpin. Daripada mereka juga akan membentuk satu kumpulan yang
menjadi pengikut kepada ketua mereka. Kesannya, ia akan mendedahkan pelajar tersebut
supaya dapat menampilkan diri mereka yang sebenar suatu hari nanti.
Daripada kegiatan ini juga, seseorang pelajar akan dapat mengembangkan diri mereka
dalam pelbagai bidang. Contohnya sukan, berpantun, bersajak, menyanyi, menari,
mereka cipta sesuatu benda baru dan lain-lain lagi kebolehan yang dapat ditunjukan oleh
pelajar dalam kegiatan luar. Bakat-bakat ini jika sesebuah sekolah mengunakan kelebihan
pelajar ini sudah semestinya ia akan meningkatkan nama sesebuah sekolah. Kita ambil
contoh sebuah sekolah yang berunsurkan kesenian iaitu Sekolah Seni Kuching. Di
sekolah ini, aktiviti berbetuk kesenian sangat dititikberatkan. Pelajar-pelajar belajar
seperti biasa pada sebelah pagi. Di sebelah petang pula, pelajar akan dibahagikan
beberapa aktiviti yang telah mereka pilih mengikut minat mereka. Antaranya mereka
akan masuk kelas teater, kelas tarian masyarakat, kelas muzik tradisonal, kelas syair dan
puisi, kelas pantun dan lain-lain lagi. Semasa kegiatan ini dijalankan, mereka akan diasah
mengikut kebolehan mereka dengan bimbingan beberapa guru nanti. Guru akan menjadi
petunjuk dalam mencari dan memperkembangkan bakat pelajar ini (Omardin Ashaari,
1998). Kesannya, pelajar tadi akan menjadi semakin mahir dalam minat yang telah
mereka pilih tadi. Ini akan memberikan satu impak yang sangat berguna kepada pelajar di
sekolah ini apabila mereka tamat persekolahan nanti.
Jika kita imbas kembali, falsafah pendidikan yang menyentuh tentang

memperkembangkan potensi individu adalah sangat diperlukan oleh pelajar dan haruslah
diteruskan demi menjadikan pelajar negara kita sentiasa mencari kelebihan mereka dalam
bidang yang mereka pilih. Setiap pelajar bijak dan lemah mempunyai kelebihan mereka
masing-masing. Tidak semestinya pelajar yang lemah tidak mempunyai kebolehan
tersendiri, mereka mungkin mempunyai kelebihan dalan sukan dan lain-lain lagi.
Tegasnya di sini, falsafah ini sangat releven pada zaman sekarang.

c) Menyeluruh Dan Bersepadu


Potensi-potensi yang ada pada individu harus dikembangkan secara bersepadu dan tidak
boleh dipisahkan antara satu sama lain. Sebagai contohnya potensi dari sudut intelek
tidak boleh dipisahkan dengan potensi kerohanian. Pelajar yang bijak adalah tidak
seimbang tanpa ada norma-norma kemanusiaan seperti kasih sayang sesama manusia dan
menghormati orang lain. Begitu juga dengan potensi lain iaitu potensi rohani dan jasmani
dalam satu-satu aktiviti tidak boleh dipisahkan dengan kemahiran bersosial semasa
bermain secara berpasukan seperti sifat-sifat kerjasama dalam permainan. Semua potensi
ini seharusnya berkembang secara menyeluruh dan bersepadu untuk membentuk pelajar
yang sempurna.
Usaha hendaklah dijalankan untuk menghubungkaitkan perkembangan semua potensi
untuk memenuhi keperluan jasmani, intelek, rohani dan sosial. Antara usaha yang boleh
dilakukan adalah selain memberikan pendidikan keduniaan seperti ilmu akademik dan
jasmani untuk mengembangkan semua potensi secara bersepadu adalah dengan
menerapkan kepercayaan kepada tuhan. Ini akan melahirkan pelajar yang bersahsiah
tinggi selain berilmu. Oleh itu, semua potensi hendaklah dikembangkan melalui berbagaibagai aktiviti kehidupan manusia yang berlandaskan nilai-nilai murni dan juga normanorma masyarakat yang baik seperti aktiviti ceramah agama dan gotong-royong selain
proses pembelajar dan pengajaran dalam kelas.
Oleh itu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyediakan kurikulum yang
sesuai bagi mencapai hasrat ini. Antaranya adalah mewujudkan bidang mata pelajaran
seperti matematik dan bahasa untuk tujuan komunikasi, bidang Pendidikan Agama Islam,
moral, geografi dan sains untuk mengenali manusia dan alam sekeliling serta pencipta
kita. Bidang Muzik, pendidikan Jasmani dan kesihatan, kokurukulum dan bidang
kemahiran-kemahiran manipulatif untuk memperkembangkan potensi individu secara
bersepadu.
d) Insan Yang Seimbang Dan Harmonis

Insan yang seimbang membawa maksud semua keperluan manusia mencukupi iaitu
pertumbuhan akal, perkembangan rohani, emosi dan jasmani secara sihat dan bersepadu.
Harmonis pula bermaksud unsur-unsur rohani, intelek, emosi dan jasmani dalam diri
manusia adalah dalam keadaan serasi dan sesuai. Keadaan ini akan membawa hubungan
baik antara manusia dengan manusia, manusia dengan alam sekitar dan manusia dengan
Maha Pencipta.
Insan yang seimbang dan harmonis memiliki dan menghayati ilmu pengatahuan,
berakhlak mulia, mempunyai fikiran dan jiwa yang sihat, tubuh badan yang sihat dan
cergas serta mampu bekerjasama dengan orang lain dan mempunyai keyakinan yang
teguh kepada Tuhan. Ini bermaksud pelajar yang seimbang dan harmonis memiliki
kefahaman tentang tugas dan tanggungjawab dalam pelajaran. Dalam alam pekerjaan
mereka mampu melaksanakan tugas dengan amanah dan baik. Mereka juga begitu teguh
dalam menjalani kehidupan seharian iaitu segala masalah dan cabaran yang dihadapi
dapat di atasi secara profesional dan rasional.
Keseimbangan ini dapat dicapai melalui pendidikan sempurna di sekolah dan rumah. Di
sekolah telah disediakan pendidikan yang sempurna untuk anak-anak. Hasrat ini tidak
akan tercapai jika anak-anak tidak ke sekolah. Oleh itu ibu bapa dan guru harus
bekerjasama bagi memastikan pendidikan ini sampai kepada golongan pelajar untuk
memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Negara.
e) Keseimbangan Dari Aspek JERI
Pendidikan di Malaysia suatu usaha berterusan ke arah melahirkan insan atau individu
yang seimbang dari aspek Intelek, Rohani, Emosi dan Jasmani atau lebih dikenali sebagai
JERI. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.
Keseimbangan dalam aspek JERI boleh dicapai dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Unsur Jasmani memberi tumpuan kepada perkembangan angota-angota
tubuh badan dengan cekap dan sihat. Walaupun merujuk tubuh badan, kesihatannya
bukan bergantung pada penjagaan tubuh badan semata-mata, ia juga perlu penjagaan
emosi. Hal ini kerana emosi juga mempengaruhi kesihatan tubuh badan. Oleh itu
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menyediakan subjek-subjek yang berkaitan
dalam sistem pendidikan negara. Contohnya subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan,
Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik serta aktiviti dalam Kelab dan Persatuan
seperti Kelab Kebudayaan yang melibatkan gerakan dan kemahiran. Dengan unsur
jasmani pelajar seharusnya dapat memperkembangkan bakat dan kemahiran teknikal,

memanipulatif dan bersosial. Jasmani yang sihat secara dasarnya bermaksud memiliki
tubuh badan yang sihat. Dengan tubuh badan yang sihat pelajar tentu sekali dapat
menyumbang tenaga dengan baik dan berkesan.
Dengan melahirkan insan atau individu yang sihat sahaja tidak cukup dalam sistem
pendidikan negara. Ia juga perlu melahirkan insan atau individu yang stabil emosi. Unsur
emosi ini diselit bagi menjamin perasaan yang sihat dan matang serta memiliki kasih
sayang untuk mencintai perpaduan serta keamanan dan perasaan positif yang lain yang
dapat menjamin kestabilan individu yang membawa kepada keatabilan negara.
Contohnya, seseorang yang sihat tubuh badan tetapi bila menghadapi cabaran cepat panas
baran, putus asa atau pun bunuh diri. Keadaan ini berlaku kerana tidak ada emosi yang
stabil. Emosi merupakan faktor yang penting dalam kehidupan. Bagi pelajar yang
mempunyai masalah emosi guru kaunseling bertanggungjawab untuk memberi nasihat
dan panduan supaya konflik emosi dalam diri pelajar dapat diselesaikan dengan baik.
Contohnya, Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) juga ditubuhkan di setiap
sekolah di mana ahlinya dipilih di kalangan pelajar-pelajar untuk membantu pelajarpelajar yang mempunyai konflik emosi dalam diri mereka. Ahli PRS ini diberi
pendedahan yang khas untuk membantu rakan-rakan mereka. Satu buku panduan yang
mencadangkan cara-cara menangani masalah emosi harus diterbitkan dan diberi secara
percuma kepada pelajar-pelajar terutamanya pelajar sekolah menengah agar ianya dapat
dijadikan panduan oleh mereka apabila mempunyai konflik emosi kerana sesetengah
pelajar malu untuk meluahkan konflik emosi mereka. Penjagaan emosi adalah penting
kerana masalah emosi bukan sahaja boleh menjejaskan mental malah juga fizikal.
Seimbang daripada aspek jasmani iaitu sihat tubuh badan, emosi yang stabil juga tidak
cukup untuk melahirkan insan yang seimbang, jika tidak ada unsur rohani dalam diri.
Rohani adalah merujuk kepada pembentukan dan pembinaan watak dan kejatidirian
manusia. Sistem pendidikan melahirkan watak dan kejatidirian watak yang sesuai dengan
agama, adat dan sosio-budaya Malaysia, sebagaimana termaktub dalam Rukun Negara.
Unsur rohani ini diselitkan agar setiap individu percaya kepada Tuhan, sentiasa bersyukur
dengan nikmat yang dikurniakan serta berakhlak mulia dan berpegang teguh kepada
amalan-amalan yang baik. Jika rohani kosong atau penerapan nilai-nilai moral tidak ada
maka kita tidak dapat melahirkan keperibadian yang mulia. Oleh itu kerajaan telah
memantapkan matapelajaran agama Islam di sekolah kebangsaan dengan
memperkenalkan program Jawi, Quran, Arab dan Fardu Ain (J-QAF). Bagi pelajar yang
bukan Islam pendidikan moral sudah cukup tetapi amali haruslah diutamakan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran agar ianya dapat dipraktikan di luar.
Sihat, emosi stabil dan bermoral juga tidak dapat melahirkan insan yang seimbang tanpa
intelek. Intelek bermaksud daya kemampuan berfikir dan memahami (menganalisis dan
sebagainya). Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (1990) insan yang seimbang

dan harmonis dapat mengamalkan ilmu pengetahuan, berakhlak mulia, mempunyai


kepercayaan teguh kepada Tuhan, berfikiran tenteram, sihat tubuh badan, hidup
bermasyarakat dan cergas. Intelek merupakan unsur yang sangat diperlukan.
Keseimbangan dalam aspek intelek dapat diperkembangkan dalam pendidikan. Bagi
rakyat Malaysia intelek diukur di atas kertas ujian. Kebanyakan rakyat Malaysia
menganggap bahawa intelek merupakan lembing kejayaan individu. Perkara ini harus
dihakis, persepsi rakyat Malaysia harus diubah. Aspek intelek sepatutnya dijelaskan
dengan lebih menyeluruh di dalam pendidikan dengan menyatakan kepada individu
bahawa kejayaan intelek bukan bermaksud cemerlang di dalam peperiksaan, malah
kejayaan merangkumi intelek ialah kejayaan yang merangkumi keupayaan berfikir untuk
hidup dan berdikari. Contohnya, apalah guna cemerlang didalam Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) dengan mendapat 18 A1 tetapi tidak mampu hidup berdikari dan berfikiran
rasional untuk membuat keputusan yang bijak bagi menentukan masa hadapan. Guruguru harus mengukuhkan keyakinan pelajar dalam setiap subjek yang diajar supaya
murid yang lahir akan menjadi masyarakat Malaysia yang dapat membuat keputusan
yang bernas dan bijak serta tidak mendatangkan masalah pada masa hadapan. Guru boleh
memberi peluang kepada pelajar untuk menambahkan keyakinan pelajar dengan memberi
mereka peluang untuk bercakap di khalayak ramai.
f) Kepercayaan Kepada Tuhan
Kepercayaan kepada Tuhan merupakan satu elemen yang sangat penting dalam
pembentukan identiti negara Malaysia. Pihak kerajaan telah membentuk rukun negara
dengan meletakkan prinsip kepercayaan kepada Tuhan pada tempat yang pertama. Ini
menunjukkan betapa pentingnya prinsip ini kepada pembentukan sesebuah negara
Malaysia yang harmoni di mana masyarakat di negara kita terdiri daripada pelbagai
agama, kaum, budaya, bahasa, dan sebagainya. Dengan adanya kepercayaan kepada
Tuhan oleh masyarakat di negara kita, ini akan mewujudkan satu masyarakat yang
seimbang. Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), perkara yang sangat
dititikberatkan adalah berkaitan dengan soal keagamaan iaitu kepercayaan kepada Tuhan.
Kepercayaan kepada Tuhan adalah elemen yang ketujuh dalam Pembentukan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dimana kalau kita lihat kepentingannya, semua pelajar Islam
diwajibkan mengambil mata pelajaran Pengetahuan Agama Islam dalam peperiksaan
awam. Sementara itu, pelajar bukan Islam hendaklah diberikan pelajaran Pendidikan
Moral. Kewajipan ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa pelajar-pelajar dapat
mengamalkan konsep kepercayaan kepada Tuhan kerana mereka telah diajar perkara
tersebut di dalam kelas.
Dalam melihat kepada kerelevan kepercayaan kepada Tuhan dalam kalangan pelajar-

pelajar di negara kita berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pengkaji bersetuju


dan berpendapat bahawa ianya begitu relevan dan sesuai mengikut peredaran zaman dan
masa. Hal ini kalau kita lihat secara rasionalnya, individu-individu pelajar telah mengakui
tentang wujudnya Pencipta. Pelajar-pelajar telah mengamalkan kepercayaan keagamaan
masing-masing seperti dalam agama Islam, Kristian, Buddha, Hindu dan sebagainya.
Mereka mengakui bahawa manusia dan alam semesta dijadikan oleh Pencipta yang
disebut sebagai Tuhan. Malah mereka juga mengetahui hukum dan fenomena alam
merupakan peraturan yang ditetapkan oleh Pencipta. Pelajar-pelajar juga boleh berfikir
dan menyedari bahawa manusia dijadikan adalah untuk memakmurkan alam dan
bertanggungjawab di atas perbuatan yang dilakukan seperti percaya adanya syurga dan
neraka, dosa dan pahala, hukuman dan tindakan dan lain-lain.
Malah, pelajar-pelajar berusaha untuk meningkatkan kepercayaan kepada Tuhan di mana
mereka akan hadir ke tempat-tempat beribadat mengikut kepercayaan dan amalan agama
masing-masing. Bagi mengukuhkan amalan, mereka berusaha mencari ilmu dan
mengamalkan ajaran agama. Sebagai contoh, pendidikan tentang agama bermula dari
sekolah rendah dan ramai pelajar memasuki sekolah aliran agama bagi mendapatkan ilmu
pengetahuan agama, mengamalkannya dan menyampaikan ilmu tersebut kepada orang
lain.
Secara realiti dunia pada hari ini, peredaran zaman telah mengubah pelbagai aspek dalam
kehidupan manusia di dunia ini. Tidak terkecuali dalam aspek pendidikan dan sahsiah
pelajar. Di sini kita melihat konteks di negara kita, pegangan agama dalam kalangan
pelajar sejak akhir-akhirnya ini amat membimbangkan. Ramai pelajar pada peringkat
rendah mahupun atasan kurang memahami dan menghayati isi kandungan apa yang diajar
kepada mereka berkaitan aspek keagamaan. Ramai pelajar tidak tahu membaca al-quran
dan tidak menjawab soalan Pendidikan Islam dan moral dalam peperiksaan.
Pelajar-pelajar yang berjaya dan lulus dalam peperiksaan Pendidikan Islam dan moral
hanyalah sekadar untuk memenuhi syarat mereka untuk memasuki institusi pengajian
tinggi ataupun untuk mencari pekerjaan apabila tamat persekolahan nanti. Kita juga amat
sedih kerana kurangnya dari segi pengamalan keagamaan pelajar-pelajar dan
mempraktikkannya dalam kehidupan harian semasa ilmu-ilmu pengetahuan agama yang
diajar oleh guru-guru di sekolah. Pelajar-pelajar lebih suka pergi ke tempat-tempat lain
seperti pusat beli belah, melepak dijalanan, ke taman-taman rekreasi, tempat perkelahan
dan sebagainya. Mereka jarang untuk pergi ke tempat-tempat beribadat dan ada sekalipun
hanya apabila perlu sahaja. Keadaan ini boleh menimbulkan gejala-gejala yang tidak
sihat dalam kalangan pelajar yang akhirnya mereka boleh terjebak ke lembah maksiat dan
meninggalkan amalan keagamaan seperti kepercayaan kepada tuhan.
Dunia teknologi maklumat dan globalisasi pada hari ini menyebabkan penyebaran budaya

dan anasir-anasir jahat yang bertentangan dengan agama dan norma masyarakat. Proses
globalisasi yang tiada sempadan memudahkan pihak yang tidak bertanggungjawab
menyebarkan dakyah negatif kepada remaja kita. Contohnya, amalan Black Metal, Punk,
Skin Head, seks bebas, perkahwinan sejenis dan sebagainya. Perkara-perkara ini bukan
sahaja telah disebarkan kepada remaja dan pelajar-pelajar, malah ada yang telah mengikut
dan mengamalkannya. Hal ini amat membimbangkan semua pihak. Oleh itu, usaha dan
langkah-langkah perlu diambil agar gejala ini tidak meresap ke dalam jiwa remaja dan
pelajar-pelajar. Kepercayaan kepada tuhan yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan perlu ditekannya kepada pelajar-pelajar agar masalah seperti ini dapat
diatasi.
g) Berilmu Pengetahuan
Membentuk rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan adalah elemen yang ditekankan
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Elemen ini menyarankan rakyat yang
memiliki sikap suka membaca, cintakan ilmu pengetahuan serta akan menggunakannya
untuk manfaat diri dan orang lain. Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan
merupakan rakyat yang memiliki ciri-ciri seperti mencintai ilmu pengetahuan iaitu gemar
membaca, sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan dan berusaha meningkatkan
serta menyebarkan ilmu pengetahuan di samping memanfaatkan ilmu untuk kebaikan diri
dan orang lain serta berfikiran terbuka luas dan mendalam. Selain itu, dalam
pembentukan FPK, ianya juga menekankan penyebaran ilmu pengetahuan dan
memanfaatkan ilmu untuk kebajikan diri dan orang lain.
Secara realiti dalam konteks hari ini, wujud segelintir pelajar-pelajar baik peringkat
rendah mahupun menengah tidak tahu membaca. Hal ini amat membimbangkan para
pendidik kerana zaman moden kalau difikirkan kita memang tidak wujud golongan
pelajar yang tidak pandai membaca. Ini boleh membantutkan perancangan negara dalam
memcapai negara maju pada tahun 2020. Ramai pelajar hanya belajar sehingga peringkat
ijazah dan berhenti setakat itu sahaja demi mencari pekerjaan yang bersesuaian. Situasi
ini berlaku disebabkan terlalu ramai graduan universiti yang menganggur dan tidak
mendapat pekerjaan yang sesuai. Bagi pandangan graduan, tidak guna belajar pada
peringkat yang seterusnya sedangkan tiada peluang pekerjaan diwujudkan bersesuaian
dengan bidang-bidang yang diambil semasa di univerisiti.
Selain itu, rakyat Malaysia kurang membaca buku-buku ilmiah berbanding buku-buku
berbentuk hiburan seperti majalah mangga, komik kartun dan sebagainya. Ini juga amat
merisaukan semua pihak. Untuk mencapai hasrat kerajaan dalam FPK, ilmu pengetahuan
yang mendalam perlu ada dalam diri masyarakat. Rakyat Malaysia lebih mengetahui
situasi dan perkembangan isu di negara luar berbanding dalam negara sendiri. Ini juga
merisau pihak kerajaan dalam merealisasikan apa yang terkandung dalam FPK.

h) Rakyat Malaysia Yang Berketerampilan


Keterampilan membawa maksud bagaimana seseorang dapat berhubung dengan insan
yang lain (Ee Ah Meng, 1990). Ia juga meliputi beberapa aspek seperti pemikiran ,
kepercayaan dan perasaan. Di sini hasrat yang ingin dicapai ialah melahirkan rakyat
Malaysia yang mempunyai kemahiran dan kecekapan dalam menjalankan sesuatu tugas
atau amanah.
Melahirkan individu yang berketerampilan ini penting bagi memastikan keseimbangan
pendidikan dari segi rohani, jasmani dan intelek. Antara ciri-ciri individu berketerampilan
yang ingin dilahirkan ialah yang berilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan sememangnya
kunci bagi kejayaan dalam apa juga bidang yang diceburi. Dalam situasi perkembangan
dunia hari dimana perkembangan teknologi adalah begitu pesat, ilmu pengetahuan
sememangnya amat mudah didapati. Hasrat melahirkan individu yang berpengetahuan
harus disertai dengan mempunyai kemahiran apabila mempraktikkan ilmu pengetahuan
tersebut.
Selain itu, mereka juga harus memiliki kelayakan yang wajar bagi menjalankan sesuatu
tugas. Mempunyai kelayakan membolehkan individu mempunyai keyakinan bagi
menjalankan sesuatu tugas. Apabila mahir serta berkelayakan, maka individu mampu
melaksanakan tugas dengan cekap, tangkas dan sempurna. Dengan ini juga individu
tersebut mampu memberi dan menyampaikan ilmu yang dimiliki kepada orang lain yang
memerlukan.
Dalam pendidikan, kompenan-kompenan yang harus di ambil kira ialah penampilan
secara fizikal dimana seseorang pelajar harus memainkan peranan dalam penampilan
mereka. Sebagai contoh, pakaian pelajar perlu kemas dan mengikut kod etika pakaian
serta harus mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Seterusnya, ketrampilan juga
melihat elemen bagaimana pandangan seseorang terhadap diri sendiri dan juga orang lain.
Ia berkaitan dengan aspek positif atau negatif pemikiran seseorang itu terhadap diri
mereka dan orang lain. Akhirnya ia memberi penekanan yang tinggi terhadap perasaan
harga diri dan keyakinan diri.
i) Rakyat Malaysia Yang Berakhlak Mulia
Sehubungan dengan itu, matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga ingin
melahirkan masyarakat Malaysia yang berakhlak mulia. Masyarakat berakhlak mulia di
sini bermaksud masyarakat yang mengamalkan nilai-nilai murni seperti bersopan santun,
berbudi bahasa, jujur, amanah, berintergriti dan sebagainya. Unsur ini merupakan perkara
utama yang dituntut agar rakyat Malaysia mampu untuk berfikir, bertindak dan menilai

mana satu yang baik dan mana satu yangg buruk. Kebolehan berfikir jauh dalam
menimbang kesan dan akibat sesuatu perkara dan yakin dalam perkara murni yang
dilakukan merupakan ciri-ciri yang perlu ada dalam rakyat Malaysia yang berakhlak
mulia. Kesemua nilai-nilai murni ini sangat penting dan perlu diterapkan kepada rakyat
Malaysia sejak dari peringkat sekolah lagi supaya ia sebati di dalam jiwa rakyat
Malaysia.
j) Rakyat Malaysia Yang Bertanggungjawab
Selain daripada itu, Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga menitikberatkan unsur dan
nilai kebertanggungjawaban di dalam diri setiap rakyat Malaysia. Bertanggungjawab
yang dimaksudkan disini bukanlah bererti bertanggungjawab ke atas tugasan pekerjaan
sahaja malahan ianya meliputi pelbagai aspek tanggungjawab seperti tanggungjawab
terhadap agama dan keluarga, tanggungjawab terhadap perlembagaan undang-undang,
tanggungjawab terhadap keamanan sejagat dan sebagainya. Oleh sebab itu, nilai ini telah
dipupuk dan disemai kepada rakyat Malaysia sejak berada di bangku sekolah lagi.
Dengan mengetahui tugas dan tanggungjawab ini diharapkan agar rakyat Malaysia
mampu untuk menjalankan tanggungjawab mereka sebagai seorang warganegara yang
berwibawa, disegani dan dihormati disamping memelihara perpaduan kaum untuk
menjamin keamanan negara diteruskan.
k) Rakyat Malaysia Yang Berkeupayaan Mencapai Kesejahteraan Diri
Seterusnya hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah untuk melahirkan rakyat
Malaysia yang mampu dan berkeupayaan untuk menikmati kesejahteraan diri.
Berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri di sini bermaksud seseorang individu yang
berupaya menangani apa-apa sahaja masalah di dalam hidupnya sebagai contoh. Mereka
juga mampu untuk berfikir secara waras apabila menghadapi sebarang situasi seperti
menilai kesan dan akibat baik dan buruk sesuatu pertimbangan. Di samping itu juga,
keseimbangan mencapai kesejahteraan hidup ini juga meliputi keupayaan seseorang
individu untuk mempunyai tubuh badan sihat dan mempunyai kemahiran dalam menjalin
perhubungan yang baik dengan orang lain.
l) Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.
Unsur yang terakhir yang diterapkan di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu
rakyat Malaysia yang dapat memberikan banyak sumbangan kepada masyarakat, agama,
dan negara. Dengan wujudnya rakyat Malaysia yang mampu memberi sumbangan kepada
negara, ia sebenarnya telah membantu proses pembangunan negara ke arah sebuah negara
maju. Bukan itu sahaja, harapan untuk melihat ramai rakyat Malaysia berjaya di dalam

memberikan sumbangan terutama sekali sumbangan kepada keluarga akan menambahkan


lagi keharmonian dan kemakmuran di dalam sesebuah keluarga bahkan juga kepada
masyarakat. Tuntasnya disini adalah untuk melahirkan masyarakat yang berguna kepada
keluarga, agama dan bangsa.
Kesimpulannya, bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan harmonis, pencapaian
dalam aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani perlulah dititikberatkan dahulu kerana
elemen-elemen inilah yang menjadi pemangkin sebenar dalam pembangunan modal insan
selaras kehendak negara kita bagi mencapai Wawasan 2020.

MATLAMAT PENDIDIKAN/MISI KPM


Matlamat pendidikan di Malaysia adalah sejajar dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Matlamat pendidikan di Malaysia dapat ditinjau dari beberapa aspek iaitu
individu, sosial, ekonomi, politik, perpaduan rakyat, pengurangan jurang perbezaan,
penekanan pendidikan sains dan matematik dan pemeliharaan cara hidup demokrasi (Ee
Ah Meng,1990).
Dari segi individu, pendidikan bertujuan mengalakkan perkembangan individu yang
seimbang melalui perkembangan mental, emosi, jasmani, moral dan estetik. Hasil
daripada sistem pendidikan negara seharusnya melahirkan insan yang stabil dari segi
emosinya, berakhlak tinggi, sihat dari segi jasmani, cekap dalam menjalankan tugas serta
mempunyai nilai estetik untuk menikmati keindahan alam semula jadi.
Dari segi sosial pula, individu yang dididik akan memahami warisan ekologi dan budaya,
nilai-nilai serta amalan-amalan sosial dan pelbagai desakan dan cabaran daripada
masyarakat. Dengan adanya kefahaman ini, individu dapat memenuhi kewajipannya serta
tanggungjawab terhadap negara sebagai seorang warganegara. Jika dilihat dari segi
ekonomi, matlamat pendidikan negara bertujuan melahirkan individu yang mahir serta
cekap untuk membolehkannya menjadi seorang pekerja yang produktif. Dengan adanya
pengetahuan yang mendalam dan kemahiran yang tinggi, individu akan dapat menjadi
perancang, pereka, pengeluar dan pengguna yang rasional dan cekap. Dalam konteks ini,
individu dapat memberikan sumbangan terhadap kemajuan serta perkembangan negara.
Politik merupakan unsur yang begitu besar pengaruhnya terhadap halatuju negara.
Dengan sistem pendidikan yang ada, individu penerapan mengenai pemahaman dan
penerimaan prinsip dan cita-cita unggul demokrasi berpelembagaan. Penerapan nilai-nilai
taat setia kepada negara, cintakan negara serta menyedari hak dan tanggungjawab sebagai
warganegara dalam sebuah negara demokratik. Kesedaran tentang kewajipan dan hak
terhadap negara perlu kerana rakyatlah yang berperanan menentukan kekuasaan dan masa
depan politik negara.

Unsur perpaduan merupakan tunjang kepada kesejahteraan negara. Bagi memupuk unsur
perpaduan dalam kalangan rakyat, sukatan pelajaran yang sama haruslah digunakan di
sekolah-sekolah. Bahasa pengantar yang sama, iaitu bahasa Malaysia digunakan di semua
sekolah kebangsaan untuk membolehkan semua rakyat berhubung dengan mudah di
antara satu sama lain. Sistem pendidikan perguruan yang lebih teratur serta bercita-cita
kebangsaan disediakan untuk semua guru.
Selain itu, matlamat pendidikan adalah untuk merapatkan jurang perbezaan dalam
pendidikan pelajar-pelajar. Dalam kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik
menunjukkan bahawa prestasi murid adalah dipengaruhi oleh kemudahan-kemudahan
yang sedia ada. Jurang perbezaan dalam pendidikan wujud terutamanya antara golongan
murid yang berada dengan golongan murid yang miskin. Bagi mengatasi masalah ini,
pihak kerajaan telah menyediakan kemudahan-kemudahan kepada murid-murid di
kawasan luar bandar. Kemudahan-kemudahan yang perlu disediakan seperti pemberian
buku pinjaman, menyediakan makanan yang berkhasiat, memberi biasiswa kepada
pelajar-pelajar miskin, memberi pakaian seragam secara percuma dan sebagainya.
Subjek matematik dan sains sangat penting sejak akhir-akhir ini. Oleh itu, matlamat
pendidikan telah memberi penekanan kepada subjek ini di sekolah-sekolah di seluruh
negara bagi memenuhi aspirasi masyarakat yang progresif. Sekolah-sekolah sains yang
berasarama penuh telah dibina untuk mempercepatkan proses meningkatkan bilangan
pelajar yang akan mengikuti pengajian dalam jurusan sains dan matematik.
Matlamat pendidikan yang terakhir adalah berkaitan dengan pemeliharaan cara hidup
demokrasi. Mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan telah diperkenalkan
kepada murid-murid supaya mereka tahu tentang latar belakang sejarah negara kita dan
kefahaman mengenai konsep demokrasi. Ini bertujuan melahirkan individu yang akan
menjadi ahli masyakarat yang bertanggungjawab dan berusaha bersama kea rah
mewujudkan masyarakat yang progresif, adil dan saksama.

STRATEGI MEREALISASIKAN FPK


Dalam membicarakan strategi merealisasikan FPK, sememangnya memerlukan usaha
dari dua pihak iaitu di pihak Kementerian Pelajaran Malaysia sendiri dan di pihak guru di
sekolah. Gabungan daripada kedua-dua belah pihak ini akan dapat merealisasikan FPK
ini.
4.1) Peranan Kementerian Pelajaran Malaysia

Dalam membincangkan strategi merealisasikan FPK, KPM menggunakan pendekatan


strategik untuk merealisasikan FPK seperti yang termaktub di dalam buku Dasar
Pembangunan Pendidikan Kebangsaan. Strategi yang dilakukan oleh KPM merangkumi
tiga bidang iaitu pembangunan insan, pembangunan sumber manusia dan penyelidikan
dan pembangunan.
Dalam strategi pembangunan insan, matlamat utamanya adalah membangunkan dan
mengembangkan potensi yang ada pada diri inidividu secara menyeluruh dan bersepadu.
Strategi pembangunan insan ini, mempunyai beberapa perkara yang ditekankan.
Antaranya ialah penyediaan kurikulum yang relevan dengan mengubah suai kandungan
sukatan pelajaran mengikut keperluan semasa, penyediaan sistem penyampaian yang
berkesan dengan memperkenalkan sistem teknologi maklumat (ICT) yang serba moden.
Selain daripada itu, penekanan juga diberikan kepada pendidikan agama dan moral
dengan penerangan nilai-nilai agama dan moral dalam semua peringkat persekolahan dan
dalam semua mata pelajaran. Begitu juga dengan peluang pendidikan ditingkatkan
melalui pelbagai bidang dan pendekatan altenatif. Sebagai contohnya wujudnya
Pendidikan Jarak Jauh (PJJ), wujudnya Open University (OUM), kursus-kursus
professional, Pendidikan komputer dan sebagainya. Selain daripada itu, penekanan
diberikan juga dalam meningkatkan semangat patriotisme melalui penerapan dalam
semua subjek mata pelajaran di samping penerapan melalui aktiviti kokurikulum dan
aktiviti khidmat masyarakat seperti yang ada dalam subjek Pendidikan Sivik dan
Kenegaraan.
4.2) Pembangunan Sumber Pendidikan
Dalam pembangunan sumber pendidikan ini, matlamat KPM melalui strategi ini adalah
untuk meningkatkan kualiti pendidikan di Malaysia. Dalam strategi ini, terdapat beberapa
perkara yang ditekankan. Antaranya ialah, dalam penyediaan input pendidikan yang
mencukupi, lengkap dan terkini dengan mempertingkatkan kuantiti dan kualiti guru,
prasarana yang lengkap serta program sokongan dari semasa ke semasa dan mengikut
keperluan semasa.
Selain daripada itu, penekanan juga diberikan dalam pelaksanaan program pendidikan
mengikut perancangan dengan memastikan matlamat pendidikan dan rancangan Malaysia
tentang keperluan terhadap guna tenaga mahir dapat dicapai dan diperolehi. Di samping
itu, KPM juga menekankan tentang meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran dengan penyediaan tenaga pengajar yang berkualiti serta persekitaran
pembelajaran yang kondusif. Contohnya kemudahan untuk mengakses maklumat melalui
internet, keadaan bilik darjah yang elok dan selesa, lengkap dengan kemudahan asas dan
sebagainya.
4.3) Penyelidikan dan Pembangunan

Dalam strategi ini, tujuan KPM menggalakkan usaha penyelidikan dan pembangunan
adalah bertujuan mengemas kini ilmu, membaiki serta mempertingkatkan sistem
pendidikan kebangsaan di masa akan datang. Oleh yang demikian, KPM memberi
tumpuan kepada perkara-perkara seperti penyediaan tenaga pengajar untuk membuat
penyelidikan dengan mengajar dan memberi latihan kepada para guru dan pegawai
pendidikan untuk mempertingkatkan kemahiran dengan menjalankan penyelidikan dalam
pendidikan. Selain daripada itu, mencari dana atau sumber kewangan untuk membiayai
projek penyelidikan dan pembangunan dalam pendidikan serta merangka dasar
pendidikan untuk menggalakkan para guru untuk membuat penyelidikan khasnya dalam
bidang penyelidikan.
4.4) Peranan Guru
Secara tuntasnya, guru sebenarnya memainkan peranan yang sangat penting dalam
merealisasikan matlamat FPK melalui strategi yang dirangka oleh KPM. Ini sejajar
dengan matlamat FPK serta misi KPM iaitu membangunkan sistem pendidikan bertaraf
dunia serta menjadi pusat kecemerlangan ilmu di rantau atau pelusuk dunia. Justeru itu,
usaha guru dalam merealisasikan strategi KPM adalah ditumpukan kepada beberapa
penekanan. Antaranya penekanannya ialah pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang
dapat mengembangkan potensi pelajar dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek
secara menyeluruh dan bersepadu.
Selain daripada itu, pelaksanaan pengurusan dan pentadbiran dengan penyelengaraan
prasarana atau infrastruktur yang lebih efektif dan efisyen supaya kemudahan pengajaran
dan pembelajaran dapat dijalankan dengan licin dan optimum serta dalam keadaan yang
baik dan selamat. Seterusnya ialah mengadakan perhubungan yang erat antara pihak guru
dengan masyarakat iaitu dengan mewujudkan perkongsian pintar di antara warga sekolah
dengan masyarakat supaya dapat melahirkan semangat kerjasama untuk membantu
membangunkan sekolah dari segi kewangan ataupun tenaga.

KERELEVENAN FPK DALAM DAPATAN KAJIAN LEPAS


Dapatan kajian lepas ini melihat beberapa kerelevanan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
ini diaplikasikan yang mana kami melihat sejauh manakah ia telah berfungsi dan berjaya
untuk mencapai matlamatnya.
Dapatan Kajian Lepas Pertama
a) Kajian Kerelevenan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Dengan Kurikulum Pendidikan

Islam Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.


Dapatan kajian lepas ini adalah berdasarkan kajian lepas yang telah ditulis oleh Alias Mat
Saad, Nik Mohd. Rahimi Nik Yusoff dan Ruhizan Mohammad Yassin dari Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Hasil daripada penelitian kami mendapati bahawa penyelidikan yang ditulis oleh pengkaji
ini bertujuan untuk melihat adakah Kurikulum Pendidikan Islam Politeknik relevan
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mana pengkaji telah menggunakan kaedah
reka bentuk analisis dokumen untuk membuat kajian. Dapatan kajian daripada pengkaji
adalah mendapati objektif Pendidikan Islam Politeknik adalah releven dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Ini menunjukkan Kurikulum Pendidikan Islam Politeknik
KPTM tidak lari dari landasan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Bukti
Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan pernyataan yang boleh dilihat sebagai
pedoman, arah tuju atau pandangan-pandangan terhadap perkara-perkara yang berkaitan
dengan pendidikan. Falsafah Pendidikan mengandungi kepercayaan, sistem nilai dan
harapan yang akan diperolehi daripada sistem pendidikan yang dihasilkan oleh falsafah
berkenaan.
Berdasarkan dapatan kajian, objektif Pendidikan Islam Politeknik Mengetahui konsep
ilmu seterusnya mendorong mereka mengkaji dan menghayatinya relevan dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dari aspek Perkembangan potensi individu secara
menyeluruh.
Dapatan kajian juga menunjukkan objektif Pendidikan Islam Politeknik Memahami
Tasawwur Islam untuk dihayati dalam kehidupan releven dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dari aspek percaya kepada Tuhan serta seimbang dan harmonis. Percaya
kepada Tuhan dan patuh kepada perintahNya akan melahirkan insan yang berupaya untuk
mencapai kesejahteraan diri dan akhirnya dapat memberi sumbangan kepada agama,
keharmonian masyarakat dan kemakmuran negara. Justeru itu, penekanan objektif
Pendidikan Islam Politeknik tentang kerelevenan falsafah pendidikan kebangsaan ini
dilihat perlu untuk melahirkan insan seimbang dari aspek rohani, jasmani, emosi dan
intelek.
Dapatan kajian juga menunjukkan objektif Pendidikan Islam Politeknik Memahami dan
menghayati konsep dan ruang lingkup ibadah dalam Islam serta dalam kehidupan
seharian juga releven dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dari aspek percaya
kepada Tuhan, unsur rohani dan seimbang serta harmonis.
Seterusnya berdasarkan dapatan kajian, objektif Pendidikan Islam Politeknik

Mengetahui dan memahami konsep dan hikmah perundangan Islam serta peranan alQuran, as-Sunnah,al-Ijmak dan al-Qias sebagai sumber hukum juga releven dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dari aspek Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab,
Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan serta Rakyat Malaysia yang dapat memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Justeru itu,
penekanan kepada aspek ini akan melahirkan pelajar yang jiwa mereka terdidik dengan
mematuhi peraturan dan mampu menjauhkan mereka dari melakukan perkara yang
bertentangan dengan ajaran Islam.
Kajian juga mendapati objektif kurikulum Pendidikan Islam Politeknik, iaitu Memahami
konsep kekeluargaan dalam Islam serta mampu melaksanakan tanggungjawab dan
menangani permasalahan dalam kehidupan berkeluarga releven dengan elemen Falsafah
Pendidikan Kebangsaan iaitu antaranya elemen Rakyat Malaysia berakhlak mulia dan
bertanggungjawab dan Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Oleh itu, penekanan kepada
objektif ini akan melahirkan pelajar yang faham tentang proses pembentukan sesebuah
keluarga seperti mana yang dikehendaki oleh Islam.
Kesimpulannya, pengkaji telah menunjukkan terdapatnya kerelevenan objektif
Pendidikan Islam dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pengkaji mencari
kerelevenan objektif Pendidikan Islam dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan kerana
sesuatu subjek yang ditawarkan kepada pelajar perlu mempunyai pengalaman
pembelajaran yang terarah serta dapat membantu mereka berdepan dengan keadaan
masyarakat sebenar. Kajian menunjukkan objektif Pendidikan Islam Politeknik KPTM
mempunyai ciri-ciri seperti yang dikehendaki oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu
ilmu pengetahuan, ketrampilan,berakhlak mulia, bertanggungjawab, berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara.
Dapatan Kajian Lepas Kedua
b) Kerelevenan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Melahirkan Sekolah Berprestasi Tinggi.
Menerusi dapatan kajian lepas kedua ini pula kami melihat aspek Kerelevenan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan ini melalui pemerhatian kami terhadap wujudnya Sekolah
Berprestasi Tinggi di negara kita bermula tahun 2010.
Sekolah Berprestasi Tinggi sebagaimana ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai
etos, watak, identiti yang tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek
pendidikan. Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan
cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan
serta mampu berdaya saing di persada antarabangsa sesuai dengan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan iaitu mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi JERI,
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan
negara.
"Status itu (SBT) akan diberi kepada sekolah terbaik yang mempunyai identiti unik yang
membolehkan pelajar mencapai kecemerlangan dalam semua aspek pendidikan. Sekolahsekolah ini akan mempunyai budaya kerja yang kuat dan cemerlang dan melahirkan
modal insan yang dinamik untuk pembangunan negara.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Kementerian Pelajaran Malaysia menetapkan matlamat sebanyak 100 buah sekolah
berprestasi tinggi pada tahun 2012. Memang tidak dapat dinafikan bahawa pada masa
sekarang terdapat banyak sekolah berlumba-lumba untuk mencapai matlamat tersebut.
Oleh hal yang demikian, pelbagai usaha yang dilakukan oleh setiap sekolah demi
mencapai tahap sekolah berprestasi tinggi.
Bukti
Sekolah Kebangsaan Ulu Lubai, Sarawak.
SK Ulu Lubai adalah sekolah pedalaman pertama di negara ini diiktiraf sebagai Sekolah
Berprestasi Tinggi. SK Ulu Lubai membuktikan bahawa berada di luar bandar bukanlah
halangan mencapai kejayaan. Walaupun keadaan sekolah yang sederhana dan bangunan
kayu, sekolah ini menunjukkan pencapaian akademik amat cemerlang apabila Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) mendapat 100 peratus lulus sejak 2006 sehingga
kini dan sentiasa menjadi sekolah terbaik di Sarawak. Menduduki tempat ke-54 pada
2009 dan melonjak naik ke tempat pertama pada 2010 merupakan satu kebanggaan bagi
semua warga sekolah tersebut.
Selain daripada itu, SK Ulu Lubai juga memenangi dua anugerah pada peringkat
antarabangsa iaitu johan anugerah Commonwealth Education Good Practice Awards
2009, finalis Commonwealth Education Good Practice Awards 2009 yang dianugerahkan
Sekretariat Komanwel dan Kerajaan Malaysia.
Tidak cukup dengan itu, sekolah ini juga merangkul lima anugerah di peringkat
kebangsaan, 14 di peringkat negeri dan 46 di peringkat bahagian dan daerah. Di samping
itu SK Ulu Lubai juga aktif dalam mewujudkan program jalinan dan jaringan dengan
institusi luar negara pada 2009 dan 2010 membabitkan Universiti Bristol United

Kingdom (UK), Jin Shan Primary School Singapore, Kingsford Community School UK
dan Deptford Green School UK.

CADANGAN PENAMBAHBAIKKAN
Sesungguhnya peranan sekolah begitu besar dalam melaksanakan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Sekolah merupakan institusi formal pertama di mana murid-murid
memperoleh ilmu dan kemahiran asas. Sekolah juga adalah tempat pemupukan minat
setiap murid untuk terus mencari ilmu dan seterusnya memberi sumbangan kepada
khazanah ilmu yang sedia ada.
Untuk merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, aspek-aspek
kepemimpinan, budaya sekolah, aktiviti ko-kurikulum, peranan guru dan disiplin murid
perlu diberi perhatian dan diaktifkan secara menyeluruh.
a) Aspek Kepemimpinan
Aspek pertama yang perlu diambil perhatian ialah kepemimpinan. Pemimpin sekolah
iaitu pengetua atau guru besar merupakan orang penting dalam memajukan institusi
pelajaran di Malaysia. Mereka perlu berfikiran kreatif dalam pengurusan dan
berhubungan dengan guru dan juga murid. Mereka bertanggungjawab menetapkan
falsafah sekolah, membentuk wawasan sekolah, membentuk visi dan misi sekolah yang
berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Selain itu, pihak sekolah juga perlu memastikan aspek-aspek seperti budaya sekolah,
aktiviti ko-kurikulum, peranan guru dan juga disiplin murid diberi penekanan dan
perhatian yang sewajarnya supaya hasrat FPK dapat direalisasikan.
Perkembangan semasa memperlihatkan peningkatan peranan guru besar sebagai peneraju
utama di sekolah-sekolah. Perubahan peranan pentadbir sekolah perlu berlaku dalam
aspek-aspek tertentu seperti kepemimpinan, tuntutan kerja, orientasi perniagaan,
tanggungjawab, pengurusan sumber manusia, membuat keputusan, komunikasi, kuasa,
dan perancangan. Peranan pengetua dan guru besar merupakan antara faktor utama yang
akan menentukan kejayaan dan kecemerlangan sesebuah sekolah. Pengetua dan guru
besar yang berkesan mampu mengubah keadaan sesebuah sekolah menjadi cemerlang.
Dalam melaksanakan amanah menyediakan sumber manusia menjelang tahun 2020,
fungsi kepemimpinan, pengurusan, dan pentadbiran sekolah menjadi semakin mencabar.
Peranan kepemimpinan di peringkat sekolah mestilah dalam bentuk instructional leader
yang memainkan peranan tertentu pada tahap serta kedudukan masing-masing untuk
melaksanakan sesuatu progam pendidikan. Kepemimpinan pendidikan juga haruslah

berperanan sebagai transformational leader iaitu sebagai agen transformasi perubahan.


Pemimpin sekolah yang proaktif akan sentiasa membuat jangkaan-jangkaan tentang
perubahan yang sedang dan bakal berlaku agar sentiasa berada dalam keadaan bersedia.
Pemimpin sekolah mestilah juga mampu dan berupaya membimbing guru-guru di bawah
pengawasannya untuk menjadi lebih berkesan.
Sekolah yang berkesan dapat dilihat berdasarkan stail kepemimpinan yang bukan sekadar
mampu bertindak sebagai pemimpin pengajaran dan pembelajaran yang berkesan tetapi
juga harus mampu membawa perubahan. Justeru itu, di mana-mana sekolah, guru besar
merupakan individu yang paling berpengaruh dan bertanggungjawab terhadap sesuatu
perubahan.
Menurut kata Wilson dan Corcoran (1988), segala kejayaan dan kegagalan murid terletak
kepada pihak sekolah, iaitu guru besar dan guru. Kepemimpinan guru besar pula dikenal
pasti sebagai pemboleh ubah yang penting sekali, yang mempengaruhi kualiti dan
kuantiti hasil sekolah walaupun proses dalaman dan persekitaran sosial (iklim), atau
budaya sekolah juga merupakan pemboleh ubah yang mempengaruhi dan menyebabkan
perbezaan dalam pencapaian akademik murid (Rutter et al,1979).
b) Aspek Budaya Sekolah
Aspek kedua yang perlu diberi penekanan ialah budaya sekolah. Budaya sekolah, kadang
kala dikenali sebagai iklim sekolah merupakan salah satu aspek yang penting dalam
merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Iklim sekolah yang terbuka
menggalakkan murid bebas berinteraksi di antara murid dengan murid, murid dengan
guru serta bebas melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sekolah. Guru pula boleh bekerja
dalam keadaan yang mesra, berasa tenteram serta melaksanakan tugas dengan adil,
dedikasi, gembira dan sempurna.
Iklim sekolah yang terbuka seperti ini merupakan iklim sekolah yang demokratik dan
iklim ini akan dapat membantu sekolah mencapai aspirasinya seperti membentuk murid
lebih berdedikasi, lebih berinisiatif, lebih rela bekerjasama, lebih ramah dan mesra, lebih
spontan dan berkreativiti serta lebih tinggi motivasinya.
Budaya sekolah atau iklim sekolah ini mengandungi empat aspek utama iaitu aspek
fizikal, aspek sosial, aspek perkembangan intelek dan aspek penggunaan bahasa.
Aspek fizikal merangkumi perkara-perkara seperti kebersihan kawasan sekolah,
keselamatan anggota-anggota sekolah, kemudahan-kemudahan sekolah yang lengkap,
keselesaan yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran dan juga keindahan
sekolah.

Dari aspek sosial pula, ia merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan


keharmonian di antara anggota-anggota sekolah seperti budaya hormat-menghormati dan
mengucap salam, kerjasama, rasa tanggungjawab, perpaduan, kemesraan dan keadilan.
Seterusnya aspek perkembangan intelek. Ia merangkumi aspek budaya ilmu seperti
semangat mahu belajar sama ada dalam bilik darjah atau di perpustakaan sekolah.
Sebagai contoh, sekolah memainkan peranannya melalui penganjuran program-program
akademik seperti Program NILAM dengan tujuan membudayakan aktiviti membaca
dalam diri murid-muridnya. Program ini secara tidak langsung dapat mengembangkan
daya pemikiran murid sama ada kritis atau kreatif. Menurut Ee (1994), tamadun atau
bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Cara
utama membina budaya ilmu ialah melalui amalan tabiat membaca yang berterusan.
Aspek yang terakhir ialah penggunaan bahasa. Aspek ini meliputi penggunaan bahasa
secara betul dan jitu sama ada di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah. Untuk
meningkatkan prestasi dalam aspek penggunaan bahasa, aktiviti pertandingan,
perbahasan, syarahan dan pidato boleh dianjurkan oleh pihak sekolah sebagai galakan
penggunaan bahasa. Penggunaan bahasa kedua Bahasa Inggeris juga perlu diberi
perhatian sejajar dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin
melahirkan modal insan yang mampu berdaya saing di peringkat global.
Suasana sekolah yang ceria, kondusif dan meransang pembelajaran diwujudkan bertujuan
menghasilkan murid-murid yang berkembang secara harmonis dan menyeluruh dari
aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.
c) Aspek Ko-kurikulum
Aspek ketiga pula ialah ko-kurikulum. Untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, sekolah juga perlu memainkan peranan yang berkesan dalam melaksanakan
gerak kerja ko-kurikulum. Gerak kerja ko-kurikulum merupakan gerak kerja bercorak
pendidikan yang dijalankan di dalam dan di luar waktu sekolah. Gerak kerja merupakan
aktiviti-aktiviti kumpulan secara informal. Gerak kerja ko-kurikulum berasaskan
pembelajaran di bilik darjah adalah kesinambungan kurikulum yang dilaksanakan di
sekolah. Walaupun aktiviti-aktiviti ko-kurikulum lebih bercorak informal, tetapi gerak
kerja yang dijalankan adalah terancang.
Gerak kerja ko-kurikulum dilaksanakan di sekolah diharapkan akan menyemai sifat-sifat
kepemimpinan, kerjasama, tolong-menolong dan sedia berkhidmat di kalangan murid.
Aktiviti ko-kurikulum juga perlu dirancang supaya semua murid mempunyai
perseimbangan antara perkembangan mental dengan perkembangan sosial, jasmani dan
rohani. Pelaksanaan ko-kurikulum cuba melihat minat dan bakat murid-murid. Melalui
kegiatan kumpulan, semua murid boleh dididik dan mendidik diri sendiri.

Sekolah ialah institusi yang bertanggungjawab dan boleh memainkan peranan dalam
mendidik murid-murid untuk mengembangkan minat dan bakat. Begitu juga masyarakat
yang bertanggungjawab boleh memainkan peranan mereka dalam mendidik murid-murid.
Ini disebabkan alam masyarakat di luar sekolah sebenarnya amat kaya dengan ilmu
pengetahuan yang boleh dimanfaatkan oleh murid-murid. Aktiviti-aktiviti yang boleh
dilaksanakan dalam gerak kerja ko-kurikulum ialah pasukan unit beruniform,
persatuan/kelab dan juga sukan. Pihak sekolah perlu memastikan semua murid
melibatkan diri dalam ko-kurikulum ini kerana gerak kerja ini dianggap sebagai
sebahagian daripada kurikulum sekolah dan sebagai satu bidang pendidikan.
Gerak kerja ko-kurikulum dilaksanakan di sekolah mempunyai beberapa matlamat
penting yang merangkumi aspek pendidikan, aspek pembelajaran, dan aspek sosialisasi.
Dari aspek pendidikan, pelaksanaan gerak kerja ko-kurikulum di sekolah diharap akan
dapat membina dan menyuburkan sahsiah yang seimbang di kalangan murid; memupuk
nilai-nilai ahklak dan pendidikan yang diingini, memajukan kemahiran, minat dan bakat
murid, meningkatkan disiplin dan kepemimpinan diri, mengukuhkan dan
memperkayakan lagi pengetahuan dan kemahiran, menjadi asas kerjaya pada masa akan
datang dan mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah dan menyeronokkan.
Dari aspek pembelajaran pula, kegiatan ko-kurikulum bertujuan untuk mewujudkan dan
mempertingkatkan suasana sekolah yang lebih menarik dan menggembirakan muridmurid. Selain itu, perhubungan antara guru dengan murid juga dapat diwujudkan.
Dari aspek sosialisasi, gerak kerja ko-kurikulum ini dilihat mampu melahir dan
membentuk murid-murid yang mempunyai semangat kekitaan dan kewarganegaraan serta
mempunyai rasa dan tanggungjawab berkhidmat untuk masyarakat.
Secara keseluruhannya, pihak sekolah perlu mempertingkatkan kualiti pengurusan kokurikulum dan sukan dengan usaha memperkembangkan lagi potensi individu,
membentuk sahsiah, membantu pertumbuhan jiwa bermasyarakat, meningkatkan mutu
disiplin para murid bagi memperkukuhkan integrasi di kalangan mereka. Selain itu, pihak
sekolah juga harus memberi peluang secukupnya kepada murid-murid untuk menyertai
pelbagai aktiviti terancang bagi memperkembangkan minat, bakat serta kemahiran
masing-masing.
d) Aspek Guru
Aspek yang seterusnya ialah guru. Peranan guru amat penting dalam merealisasikan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Guru bertanggungjawab memperkembangkan potensi
murid secara menyeluruh dan bersepadu yakni insan yang seimbang dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani.

Dengan pengenalan KBSR dan KBSM di negara kita, peranan guru di sekolah juga
bertambah lebih kompleks. Guru mula memainkan peranan sebagai pengajar, pengurus,
fasilitator, pembimbing, penggalak, penyelaras dan juga sebagai inovator, iaitu orang
yang mendatangkan pembaharuan.
Seseorang guru menjalankan seperti menggerakkan, mengatur dan menilai prestasi
murid-murid. Sebelum memulakan satu-satu pelajaran, minat murid seharusnya
ditimbulkan terlebih dahulu terhadap topik yang akan disampaikan. Proses pembelajaran
berlaku dengan lebih cepat sekiranya murid-murid mempunyai minat terhadap pelajaran
itu.
Oleh itu, adalah penting bagi guru menggerakkan muridnya dengan berbagai-bagai cara
seperti menggunakan pelbagai jenis alat bantu mengajar, mengadakan main peranan (role
playing), mengadakan simulasi dan sebagainya.
Selain itu, guru juga mengelolakan semua aktiviti yang dijalankan di dalam sesebuah
bilik darjah. Dalam aktiviti pembelajaran mesti ada langkah pertama, langkah kedua,
langkah ketiga dan seterusnya. Tiap-tiap langkah pembelajaran haruslah diatur supaya
murid-murid mendapat faedah daripada setiap aktiviti pembelajaran. Gurulah yang
menjalankan tugas mengatur setiap langkah pembelajaran. Dalam mengatur langkahlangkah pembelajaran, guru akan merancang terlebih dahulu. Apabila membuat sesuatu
rancangan, keperluan-keperluan murid, objektif-objektif pelajaran, bahan-bahan dan alatalat mengajar seharusnya dipertimbangkan. Pengajaran yang dirancangkan dengan baik
akan membawa faedah yang besar kepada murid-murid.
Guru juga membimbing murid-murid supaya mereka memahami topik yang diajar. Guru
seharusnya mengaitkan tajuk yang diajar dengan pengalaman-pengalaman murid untuk
membolehkan mereka memahami konsep-konsep dengan lebih mudah lagi. Perkataanperkataan yang digunakan oleh guru sepatutnya mudah difahami dan penerangannya
padat serta jelas. Penggunaan alat bantu mengajar seperti carta, gambar, perbandingan
dan graf dapat menjelaskan lagi sesuatu konsep yang disampaikan. Guru juga menolong
murid-murid mengatur fakta-fakta supaya menjadi konsep yang konkrit dan bermakna.
Idea yang abstrak boleh dijadikan konkrit dengan menggunakan carta dan alat bantu
mengajar lain.
Guru perlu juga menolong murid-murid mempraktikkan dan mengulangi aktiviti
sehingga pembelajaran itu menjadi berkesan. Guru juga menilai murid-muridnya dengan
menjalankan berbagai-bagai ujian. Penilaian ini akan dapat mengesani sejauh manakah
objektif pengajaran dan pembelajaran telah tercapai.
Ringkasnya, guru memikul amanah yang amat besar untuk melahirkan insan berilmu dan

bersahsiah tinggi dan berperanan untuk merealisasikan matlamat kenegaraan yang akan
menentukan jatuh bangun bangsa dan negara di masa hadapan.
e) Aspek disiplin
Aspek yang terakhir ialah disiplin. Sekolah sebagai agen sosialisasi utama
bertanggungjawab untuk membanteras masalah disiplin hingga ke peringkat akar umbi.
Iklim dan persekitaran sekolah yang kondusif perlu diwujudkan bagi merangsang
perkembangan murid dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek sejajar dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Dalam konteks pendidikan, sekolah merupakan institusi yang penting dalam membentuk
disiplin murid-murid. Masalah disiplin murid akan menjejaskan tumpuan mereka
terhadap pelajaran. Masalah disiplin ini seharusnya dikawal dengan kerjasama warga
sekolah iaitu guru besar, guru disiplin, guru, pengawal keselamatan, masyarakat sekitar
sekolah dan ibu bapa. Hal ini penting bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah.
Pihak sekolah melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) boleh menubuhkan sebuah
jawatan kuasa menangani gejala disiplin murid peringkat sekolah dengan melantik
beberapa ahli terdiri daripada kalangan mereka yang tinggal berhampiran dengan sekolah
bagi memantau disiplin murid. Pihak sekolah juga hendaklah memantau kawasan sekolah
yang terdapat masalah disiplin.
Apa yang lebih penting, murid lemah dan berdisiplin memerlukan perhatian khas
daripada pihak sekolah. Semua ini perlu dilakukan dengan bijak supaya tidak berlaku
pengasingan dan perbezaan di antara mereka dengan murid lain di sekolah.
Peranan guru bimbingan dan kaunseling penting dalam membentuk dan membina semula
sahsiah dan disiplin murid yang bermasalah. Antara tugas utama guru bimbingan dan
kaunseling ialah menjalankan bimbingan dan kaunseling dengan murid-murid yang
mempunyai masalah disiplin dengan tujuan mewujudkan tingkah laku yang diingini.
Selain itu, guru bimbingan dan kaunseling juga berfungsi untuk membina perhubungan
dengan ibu bapa/ penjaga murid-murid yang mempunyai masalah disiplin, pegawai
kebajikan masyarakat atau pihak polis.
Disiplin yang baik membawa beberapa faedah kepada guru dan murid. Faedah-faedah
tersebut seperti pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan licin dan teratur,
keberkesanan pengajaran-pembelajaran akan dapat ditingkatkan lagi, murid-murid
menjadi lebih produktif jika mereka berdisiplin, keselamatan murid-murid dapat dijamin
kerana setiap murid dapat mematuhi peraturan-peraturan sekolah, kemalangan yang
berlaku di makmal atau bilik darjah dapat dikurangkan, segala tugasan dapat disiapkan

dalam tempoh masa yang lebih singkat dan sebagainya.


Masalah disiplin perlu ditangani dengan sebaik mungkin. Sesungguhnya persekitaran
sekolah yang kondusif dan selamat amat penting dalam membentuk imej dan keyakinan
diri murid ke arah kecemerlangan dan kegemilangan, selaras dengan hasrat negara yang
menekankan usaha pembentukan modal insan yang cemerlang,gemilang dan terbilang.

KESIMPULAN
Kesimpulannya ternyatalah bahawa kejayaan sesebuah sekolah dalam
merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah bergantung kepada
aspek-aspek kepemimpinan, budaya sekolah, koikulum, guru dan juga disiplin. Semua aspek ini akan menentukan modal
insan yang bakal dihasilkan sama ada memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan atau tidak.

Kejayaan sekolah dalam merealisasikan FPK juga secara tidak langsung mampu menjana
dan membina modal insan yang berkualiti. Sekali lagi dinyatakan bahawa, peranan
sekolah amat penting dalam menyahut cabaran yang terkandung di dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia bertanggungjawab
dan keupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

2.3 : PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2006-2010


1.Membina bangsa negara
2.Membangunkan modal insan
3.Memperkasakan sekolah kebangsaan
4.Memartarbatkan profesion keguruan
5.Merapatkan jurang pendidikan
6.Melonjakkan kercermerlangan institut pendidikan
Pendahuluan

Modal insan berminda kelas pertama merupakan salah satu kunci utama
untuk membolehkan negara mencapai Wawasan 2020 yang telah
digagaskan. Merekalah yang akan meningkatkan tahap produktiviti dan daya
saing negara dalam mendepani cabaran dan tekanan besar persaingan abad
ke 21. Agenda membina dan memupuk modal insan yang menjadi benih
generasi masa depan ini amat bergantung kepada kualiti sistem pendidikan
negara. Justeru, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 telah
dirangka untuk melaksanakan dan merealisasikan satu sistem pendidikan
yang holistik, progresif, bermoral dan bertaraf dunia. PIPP telah dilancarkan
oleh Perdana Menteri, Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi pada 16 Januari
2007 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. PIPP 2006-2010 telah
menggariskan enam teras iaitu membina Negara bangsa, membangunkan
modal insan, memperkasakan Sekolah Kebangsaan, merapatkan jurang
pendidikan, memartabatkan profesion keguruan dan melonjakkan
kecemerlangan institusi pendidikan.
1. Membina negara bangsa
Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti
Malaysia
adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan
pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta
manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai
negara. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian
nilai serta semangat patriotisme, lingua franca, integrasi, kewarganegaraan
dan demokrasi.
Cabaran globalisasi dan liberalisasi menuntut perubahan dinamik dalam
system pendidikan bagi melahirkan warganegara glokal yang bertindak
bijak menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi mengikut acuan local
atau tempatan. Fokus utama dalam membina negara bangsa mencakupi
usaha-usaha seperti memperkasakan bahasa kebangsaan sebagai asas
perpaduan, integrasi nasional dan bahasa ilmu. Fokus lain ialah memupuk
kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa serta memupuk
kefahaman yang jelas terhadap pendekatan Islam Hadhari dalam membentuk
pemikiran kehidupan. Antara strategi untuk membina negara bangsa ialah :
Menggerakkan gelombang baru gerakan memperkasakan bahasa
kebangsaan.
Memantapkan pelaksanaan Dasar Buku Negara.
Menyelaras peranan semua pihak terlibat untuk menggiatkan aktiviti
kebahasaan, kesusasteraan, pengkaryaan, penterjemahan dan penerbitan.
Mewujudkan bulan bahasa dan sastera negara dalam usaha memperkasakan
bahasa kebangsaan.
Bagi memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional, pelbagai usaha
akan dilaksanakan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman rakyat
agar menghormati Perlembagaan Malaysia, meningkatkan semangat patriotik
melalui aktiviti kokurikulum dan menanam semangat hormat-menghormati

sensitiviti masyarakat pelbagai kaum. Selain itu, memberi kefahaman


menyeluruh tentang pentingnya semangat kejiranan ke arah perpaduan dan
integrasi nasional turut dititikberatkan. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
turut menyusun program bagi memupuk kecintaan terhadap seni, warisan
dan budaya melalui kurikulum kesenian, membina sekolah seni,
meningkatkan kerjasama dengan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan
Warisan (KEKWA) serta membudayakan penggunaan tulisan jawi. Bagi
memupuk kefahaman yang jelas tentang pendekatan Islam Hadhari, pelbagai
aktiviti untuk bimbingan melalui siri ceramah, seminar dan penerbitan bahan
bacaan berkaitan Islam Hadhari akan dilaksanakan.
2. Membangunkan modal insan
Pembangunan modal insan bertujuan memastikan anak bangsa Malaysia
mempunyai ilmu pengetahuan serta kepakaran tinggi bagi penyediaan guna
tenaga dalam pelbagai jenis pekerjaan. Di samping itu, para pelajar akan
dilengkapi kemahiran, komunikasi berkesan, kebolehan menggunakan
teknologi komunikasi maklumat (ICT) dengan baik, berupaya berfikir secara
kreatif dan kritis serta mampu bertindak secara rasional, mengamalkan
pembelajaran sepanjang hayat, mempunyai nilai tinggi serta berupaya
menjadi pemimpin berkesan dalam keluarga dan masyarakat. Bagi mencapai
dasar dan matlamat tersebut, fokus pembangunan modal insane sepanjang
tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) adalah :
Mengadakan lebih banyak pilihan pendidikan kepada ibu bapa dan pelajar
KPM akan meneruskan kewujudan pelbagai jenis sekolah, aliran, mata
pelajaran dan bidang pengkhususan. Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat
(SAR) dan Sekolah Agama Negeri (SAN) akan diteruskan. Pelaksanaan mata
pelajaran vokasional (MPV) di sekolah-sekolah akan diperluaskan. Peruntukan
belanja mengurus akan ditingkatkan bagi sekolah kerajaan dan sekolah
bantuan kerajaan.
Meningkatkan keupayaan dan minat pelajar untuk menguasai ilmu
pengetahuan dan kemahiran
Pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru
Sekolah Menengah (KBSM) akan dikaji semula agar lebih menekankan
kemahiran berfikir aras tinggi. Budaya cintakan ilmu pengetahuan akan
dipupuk dengan menggalakkan tabiat membaca. Penerbitan dan
penterjemahan pelbagai jenis bahan bacaan sama ada dalam bentuk
bercetak atau bukan bercetak akan dipergiatkan. Bagi menjayakan Program
Pembestarian Sekolah, infrastruktur yang mencukupi akan disediakan seperti
komputer, televisyen dan cakera video digital (DVD). Bagi memastikan
program ini dapat beroperasi dengan lancar, program latihan dan bimbingan
akan diadakan iaitu Latihan Asas Penggunaan Komputer, Latihan Penggunaan
Komputer untuk pengajaran dan pembelajaran (P&P), Latihan Penggunaan
Perisian Khusus dan latihan Penggunaan Televisyen Pendidikan (TVP) dalam
P&P. Beberapa pendekatan P&P baru akan diperkenalakn supaya menarik
minat para pelajar seperti program F1 Technology Challenge dan Robotik.
Memupuk pelajar supaya memiliki kemahiran dan ketrampilan

Kemahiran berkomunikasi merentas kurikulum dan kokurikulum dengan


memperbanyakkan aktiviti literasi dan secara langsung akan dipergiatkan.
MPV akan diperluas di sekolah-sekolah selain memastikan pelajar menguasai
kemahiran ICT. Bagi membina penampilan diri yang positif, aktiviti bina diri
seperti kerja berpasukan dan pembinaan karakter akan diperbanyakkan.
Ceramah, seminar, motivasi dan bengkel berunsur pembangunan insan akan
ditingkatkan bagi memupuk nilai-nilai murni, budi bahasa dan adab di
kalangan pelajar. Kerja amal dalam masyarakat setempat seperti di rumah
orang tua dan anak yatim juga akan diperbanyakkan. Aspek keselamatan,
kesihatan dan kebersihan (3K) turut diberi keutamaan. Program Amalan
Kebersihan Sekolah turut dimantapkan sepanjang RMK-9.
Memantapkan sistem pentaksiran dan penilaian supaya lebih holistik
KPM akan mengubah penekanan peperiksaan awam daripada berasaskan
kandungan kepada kemahiran atau daripada bersifat ujian kepada kebolehan
am. Bilangan mata pelajaran dalam peperiksaan awam juga akan
dikurangkan bagi mata pelajaran tertentu. Sistem penggal akan dikaji semula
dan digantikan dengan sistem semester bagi menjadikan suasana
persekolahan tidak berorientasikan peperiksaan. Bagi memantapkan kualiti
system pentaksiran dan penilaian, standard prestasi kebangsaan bakal
diperkenalkan untuk dibandingkan dengan standard negara lain.
Memantapkan program kokurikulum dan sukan
Budaya bersukan dan kokurikulum akan diterapkan kepada pelajar dengan
menyediakan kemudahan serta peralatan sukan yang mencukupi di semua
sekolah tidak kira lokasinya. KPM akan bekerjasama dengan Kementerian
Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negara (MSN) untuk melaksanakan
program pembangunan sukan lebih menyeluruh di samping mengenal pasti
sekolah yang dapat dijadikan Pusat Sukan Daerah dan Negeri. Bagi
meningkatkan semangat patriotik, Rukun Negara akan dipelajari dan dihayati
dari peringkat awal persekolahan. Penubuhan Kelab Rukun Negara akan
dilaksanakan di sekolah rendah dan menengah.
Memperkukuh disiplin pelajar
Kempen Anti Buli, Kempen Anti Ponteng, kempen melibatkan penglibatan ibu
bapa dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta Kempen Pencegahan
Salah Laku akan di perhebatkan. Program Pendidikan Keselamatan Jalan Raya
2005 akan dilaksanakan di sekolah rendah secara berperingkat dengan
menerapkannya ke dalam mata pelajaran bahasa Melayu.
Mempercepat perkhidmatan sistem aduan masalah disiplin
denganmempelbagaikan saluran aduan terus. Saluran aduan terus akan
dipelbagaikan termasuk talian terus, e-mail, faks dan khidmat pesanan
ringkas (SMS).
Memantapkan kurikulum

Pelaksanaan j-QAF kepada murid Islam dan Pendidikan Moral kepada bukan
Islam akan diperluaskan. Selain itu, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
akan diperluas pelaksanaannya ke Tahap Dua sekolah rendah dan sekolah
menengah.
Meningkatkan kerjasama KPM dengan pelbagai agensi. Ini akan dilakukan
dengan menjalankan pelbagai aktiviti bagi membangunkan modal insan.
3. Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
Dalam PIPP, tumpuan memperkasakan Sekolah Kebangsaan (SK) diberi
kepada sekolah rendah. Ini kerana SK berperanan penting sebagai tapak
untuk menyemai serta memupuk perpaduan di antara kaum dari peringkat
awal persekolahan. Ciri-ciri SK perkasa ialah :
Infrastruktur lengkap dan berkualiti.
Pemimpin dan guru cekap, terlatih dan berkualiti, semua pelajar menguasai
3M.
Beraspirasi nasional.
Menawarkan bahasa Cina dan bahasa Tamil.
Pencapaian akademik cemerlang.
Sistem sokongan yang kuat dan mencukupi.
Iklim dan budaya sekolah yang sihat.
Penawaran dan pelaksanaan kurikulum berasaskan pelanggan.
Penawaran dan pelaksanaan kokurikulum yang berkesan.
Pencapaian sahsiah pelajar cemerlang.
4. Merapatkan jurang pendidikan di luar bandar
PIPP bakal merapatkan jurang pendidikan antara lokasi dengan
membangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan luar bandar di
seluruh negara. Selain itu, ia turut memfokuskan peningkatan kadar
penyertaan dan mengurangkan risiko keciciran pelajar. Tumpuan akan diberi
kepada sekolah-sekolah di pedalaman Sabah dan Sarawak. KPM turut
memfokuskan untuk mengurangkan jurang pencapaian akademik dengan
menambah bilangan komputer, TV Pendidikan, video teleconferencing,
SchoolNet, makmal komputer, kemudahan perkakasan, pengisian dan tenaga
kerja. Ini akan mengurangkan jurang digital yang wujud di kalangan murid
dan guru luar bandar. Beberapa langkah telah dikenal pasti untuk
meningkatkan penyertaan Orang Asli dan minoriti iaitu meningkatkan
penguasaan 3M (membaca, menulis dan mengira).
5. Memartabatkan profesion perguruan
Guru-guru yang baru menamatkan pengajian perguruan dari maktab atau
institusi pengajian tinggi akan diwajibkan berkhidmat di kawasan pedalaman
dahulu tanpa sebarang pengecualian. KPM akan menambah baik insentif dan
mewujudkan skim insurans khusus kepada guru yang berkhidmat di

pedalaman selain menyediakan rumah guru dan kemudahan asas yang


sempurna. Kurikulum Institut Pendidikan Guru (IPG) secara berpusat akan
digubal bagi memberi penekanan kepada elemen baru dalam kurikulum
pendidikan guru. Ia akan memberi focus kepada membangunkan infrastruktur
yang meliputi Pusat Maklumat Latihan Keguruan, Sistem Penyaluran,
rangkaian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Portal Pendidikan Guru
dan Total Campus Management System. Guru tugas-tugas khas bakal
menikmati elaun baru apabila PIPP 2006-2010 dilaksanakan sepenuhnya.
Pelbagai keistimewaan bakal dilaksanakan seperti mewujudkan laluan pantas
untuk kenaikan gred DG berasaskan merit dan prestasi akan dilaksanakan,
kemudahan tempat tinggal di kawasan pedalaman dan Bandar besar akan
disediakan dan menempatkan guru mengikut opsyen dan keperluan.
6. Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan
Bagi melonjakkan lagi kecemerlangan institusi pendidikan dalam system
pendidikan negara, dasar KPM adalah untuk mengadakan pendekatan,
piawaian
dan penanda aras yang lebih tepat serta bersesuaian dengan ciri dan
keperluan kluster institusi pendidikan yang ada iaitu mengikut bidang khusus
(niche areas) masing-masing. Hal ini kerana pada masa ini terdapat pelbagai
jenis sekolah dalam sistem pendidikan negara. Institusi-institusi model yang
dapat dijadikan contoh akan dibangunkan supaya dapat dijadikan showcase
di peringkat antarabangsa. Ia bertujuan untuk membuktikan keupayaan
sistem pendidikan negara di samping membantu usaha untuk menjadikan
Malaysia Pusat Kecemerlangan Pendidikan. Dalam pada itu, sebanyak 300
buah institusi pendidikan yang menyerlah dan cemerlang dalam kluster
institusi pendidikan tertentu akan dikenal pasti dan dipilih mengikut elemen
berikut :
Elemen utama (pencapaian purata, kokurikulum).
Elemen sokongan (pengurusan dan pentadbiran sekolah, ketrampilan guru,
pengurusan kewangan yang cekap, penglibatan ibu bapa dan masyarakat).
Kesimpulan
Dengan termeterainya PIPP 2006-2010, diharapkan bidang pendidikan bukan
sahaja dapat melahirkan modal insan yang berpengetahuan, kuat fizikal dan
cerdik minda tetapi juga mempunyai nilai-nilai yang sempurna dan murni
untuk memikul amanah bagi membantu memajukan negara. Modal insan
yang mempunyai celik minda dan nilai-nilai ditambah sangat penting untuk
melakukan anjakan besar selain mampu bersaing untuk berjaya. Negara
perlu melahirkan lebih ramai Ulul-Albab (pemikir) yang bersyukur kerana
mereka merupakan golongan yang mampu melaksanakan amanah bagi
membawa kebaikan kepada negara.

BAB 5 MEMBANGUN DAN MENGEKALKAN MODAL INSAN BERTARAF DUNIA


Modal insan merupakan pelaburan terpenting bagi pembangunan sesebuah negara dan menjadi
teras kepada inovasi dan ekonomi berpendapatan tinggi yang produktif. Tidak ada negara
mampu mencapai kemajuan tanpa memiliki modal insan cemerlang yang berkemahiran tinggi,
boleh bertindak balas dengan pantas dan kreatif terhadap perubahan ekonomi, dan berpaksikan
kepada penjanaan dan penggunaan pengetahuan. Oleh itu, membangun, menarik dan
mengekalkan modal insan bertaraf dunia merupakan prasyarat penting bagi mencapai hasrat
negara. Kelayakan pendidikan yang tinggi bagi menyokong pembangunan pengetahuan dan
inovasi, tahap kemahiran yang tinggi dalam bidang teknikal dan profesional, serta paras
produktiviti yang tinggi adalah antara ciri utama modal insan dan tenaga kerja negara
berpendapatan tinggi. Berdasarkan ciri ini, usaha perlu ditumpukan bagi mencapai tahap modal
insan bertaraf dunia menjelang tahun 2020. Carta 5-1 menunjukkan tahap modal insan Malaysia
pada masa kini berbanding dengan beberapa negara berpendapatan tinggi berasaskan ciri
tersebut. Masih terdapat jurang yang luas untuk Malaysia mencapai modal insan bertaraf dunia
dan risiko untuk ketinggalan semakin bertambah. Beberapa kajian antarabangsa menunjukkan
prestasi pelajar Malaysia merosot berbanding dengan pelajar negara lain. Mengikut Trends in
International Mathematics and Science Study (TIMSS)1, 2007, lebih kurang 20% daripada pelajar
Malaysia gagal mencapai tanda aras minimum dalam Matematik dan Sains, berbanding dengan
hanya 5% dalam Sains dan 7% dalam Matematik pada tahun 2003. Di samping itu, tenaga kerja
secara relatifnya adalah tidak mahir. Sebanyak 77% daripada tenaga kerja hanya mempunyai
pendidikan asas selama 11 tahun, iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya
dan hanya 28% daripada guna tenaga dalam kumpulan pekerjaan berkemahiran tinggi.
Kekurangan modal insan mahir akan menjadi lebih meruncing dalam persaingan global yang
sengit memandangkan modal insan berkualiti 1 TIMSS menyediakan perbandingan dalam
pencapaian Matematik dan Sains di peringkat antarabangsa dari semasa ke semasa bagi pelajar
yang mengikuti lapan tahun persekolahan. Pada tahun 2007, sebanyak 59 buah negara
menyertai kajian ini. akan tertarik ke negara yang menyediakan peluang paling baik. Negara
Asia seperti Republik Korea dan Singapura telah berjaya menjadi negara maju dalam tempoh
satu generasi. Kejayaan ini adalah hasil daripada penentuan yang jitu dan teliti terhadap sektor
keutamaan yang perlu diberi fokus di samping memberi tumpuan kepada usaha membangun,
meningkatkan kemahiran dan menghasilkan modal insan yang diperlukan bagi memacu
pertumbuhan sektor ekonomi tersebut. Pembangunan modal insan bertaraf dunia di Malaysia
memerlukan usaha yang komprehensif dan bersepadu daripada sektor awam dan swasta serta
masyarakat. Sehubungan ini, kolaborasi antara pelbagai kementerian dan sektor swasta perlu
diperkukuhkan untuk meningkatkan keberkesanan pembangunan modal insan dan
memanfaatkan semua lapisan masyarakat. Pendekatan holistik akan memenuhi keperluan

setiap rakyat Malaysia di sepanjang peringkat kehidupan.


Pengalaman mengagumkan tentang pertumbuhan dan pemodenan Republik Korea melalui
pembangunan modal insan. Pada masa kini, Republik Korea merupakan sebuah negara maju
dalam semua aspek. Ekonomi Republik Korea mencecah satu trillion dolar dan merupakan
ekonomi yang ke-13 terbesar di dunia. KDNK per kapita menyaingi kebanyakan negara maju
yang lain. Republik Korea juga maju dalam bidang teknologi dan kadar penembusan jalur lebar
yang tertinggi di dunia, iaitu lebih 90%. Prestasi pelajar Republik Korea juga sentiasa berada di
kedudukan terbaik dalam kalangan negara yang mempunyai pencapaian tertinggi dalam
penilaian pelajar di peringkat antarabangsa seperti Trends in International Mathematics and
Science Study (TIMSS) dan Programme for International Student Assessment (PISA). Pencapaian
ini amat menarik. Namun apa yang lebih menakjubkan ialah kepantasan Republik Korea
membangun daripada sebuah negara yang musnah akibat peperangan kepada negara kuasa
besar ekonomi. Setengah abad lalu, Republik Korea yang mempunyai ramai tenaga kerja berkos
murah telah menjadikan pendidikan dan pembangunan modal insan sebagai satu cara
meningkatkan produktiviti bagi melonjak pembangunan dan mencapai status negara maju.
Republik Korea menyedari bahawa untuk bersaing di peringkat global, perlu diwujudkan sistem
pendidikan yang dapat memastikan semua pelajar disokong dan boleh berjaya tanpa
mengenepikan pelajar yang berprestasi rendah.Bagi mencapai matlamat ini, Republik Korea
memberi tumpuan kepada pengukuhan pendidikan di semua peringkat, dari sekolah rendah
sehingga universiti dan latihan kemahiran. Inisiatif yang diambil termasuk bukan sahaja
menjadikan pendidikan sekolah peringkat menengah sebagai pendidikan wajib, tetapi
mempercepat pengukuhan pendidikan teknikal dan latihan menerusi kerjasama erat dengan
chaebol dan syarikat-syarikat besar di Republik Korea seperti menubuhkan universiti korporat
sebagai institusi pembelajaran sepanjang hayat. Pelaburan yang besar telah dibuat dalam
pendidikan tertiari. Pada masa kini, jumlah enrolmen di institusi pengajian tinggi awam dan
swasta dianggarkan seramai 3.6 juta pelajar. Di samping itu, Kerajaan Republik Korea
merekayasa keseluruhan sistem pendidikan untuk menyediakan modal insan yang diperlukan
oleh industri yang diberi keutamaan.
Rangka kerja pembangunan modal insan yang bersepadu bagi Malaysia
Pendidikan Awal Kanak- Kanak Prasekolah
Pendidikan Asas Pendidikan Tertiari

Universiti/ Kolej

Politeknik

Kolej Komuniti

InstitusiPendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional(TEVT)

Alam Pekerjaan Pesara/ Kerjaya Kedua Tema


Mengarusperdanakandan memperluas TEVT
Meningkatkan kompetensi siswazah
Mempercepat penyusunan semula pasaran pekerjaan
Menarik dan mengekal bakat terbaik
Meningkatkan kemahiran tenaga kerja sedia ada
Memastikan setiapkanakkanak boleh berjaya
Menjadikan sekolah bertanggungjawab terhadap prestasi pelajar
Membuat pelaburankeataspemimpin unggul disetiapsekolah

Meningkatkan daya tarik profesion keguruan dan menghasilkanguru terbaik


Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (2011-2015), Kerajaan akan mengguna pakai
rangka kerja pembangunan modal insan yang bersepadu.
Rangka kerja ini akan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran rakyat di sepanjang kitar
hayat, bermula daripada pendidikan awal kanak-kanak, pendidikan asas, pendidikan tertiari
sehingga ke alam pekerjaan dengan melaksanakan strategi berikut:
Merombak sistem pendidikan untuk meningkatkan prestasi pelajar dengan signifikan;
Meningkatkan kemahiran rakyat untuk meluaskan kebolehpasaran; dan
Menyusun semula pasaran pekerjaan untuk menjadikan Malaysia negara berpendapatan
tinggi.
Penc paia ini mat mena ik. N mun apa y ng leb h mena jubk n ial h kep ntasan Republi Korea m
mbang n daripa a se uah nega a yan mu nah akiba pepera gan epada negara k as besar ekon mi.
Seteng h abad la u, Republi Korea yang memp nyai amai ten ga ke ja b rkos murah telah
enjadikan pen idika dan pemba gunan modal insa sebagai at 198 Malaysia telah mencapai
kemajuan besar dalam sistem pendidikan dengan kadar literasi dalam kalangan orang dewasa
sekitar 92% dan enrolmen pendidikan rendah yang universal serta merupakan antara negara
yang menikmati kadar pertumbuhan enrolmen sekolah menengah yang terpantas. Pendidikan
bukan hanya merupakan hak asasi manusia, malah amat penting kepada perkembangan
ekonomi. Prestasi pendidikan yang rendah memberi kesan negatif kepada masa depan negara
memandangkan tahap pendidikan yang tinggi berkait rapat dengan kadar pertumbuhan
ekonomi. Sekiranya tahap pendidikan negara tidak ditingkatkan ke peringkat piawaian
antarabangsa, serta jurang pencapaian sekolah tidak dikurangkan, Malaysia akan ketinggalan
dalam pendidikan dan kehilangan daya saing pada masa hadapan. Prestasi pelajar akan terus
ditanda aras dengan penilaian dan piawaian antarabangsa. Bagi memastikan pencapaian dan
peningkatan pelajar diukur secara objektif dan konsisten dengan negara lain, Malaysia akan
mengambil bahagian dalam Programme for International Student Assessment (PISA) di samping
meneruskan penyertaan dalam TIMSS. TIMSS dan PISA adalah dua alat pengukuran perbandingan
pencapaian pelajar yang diiktiraf tinggi di peringkat global. Dalam penilaian terkini, 59 negara
telah menyertai TIMMS pada tahun 2007, dan 65 negara menyertai PISA pada tahun 2009. Dalam
tempoh Rancangan, Kementerian Pelajaran (KPM) akan menjalankan penilaian dan kajian
semula sistem pendidikan secara komprehensif dengan memberikan tumpuan khusus kepada
peningkatan keberkesanan pelaksanaan program pendidikan. Usaha untuk merombak sistem
pendidikan akan berpandu kepada Falsafah Pendidikan Negara yang diperkenalkan pada tahun
1989 dan menjadi asas kepada semua usaha transformasi pendidikan. Matlamat Falsafah ini
adalah untuk membangunkan potensi individu secara holistik dan bersepadu bagi melahirkan
individu yang seimbang dari segi keupayaan intelek, rohani, emosi dan jasmani. Bagi
memperkukuh hasrat Falsafah ini, penekanan yang lebih akan diberi kepada penglibatan dalam
aktiviti sukan dan ko-kurikulum sebagai usaha ke arah memupuk pembangunan sahsiah pelajar.
Sistem pendidikan negara akan terus menekankan penerapan nilai dan etika yang menjadi asas
penting kepada pencapaian Wawasan 2020. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi di
sekolah akan dipergiatkan bagi memupuk kreativiti dan inovasi pelajar ke arah melengkapkan
mereka dengan kemahiran dan keupayaan terkini yang diperlukan oleh negara berpendapatan
tinggi.
MEROMBAK SISTEM PENDIDIKAN UNTUK MENINGKATKAN PRESTASI PELAJAR DENGAN
SIGNIFIKAN
Pend dika adal h satu aripada Bidang Keberhasi an Uta a N gara ( KRA). NKR pend dik n merupak
n landasa dan titi permu aan da am saha me ambah aik pre tasi pelajar dalam sistem pendidi
an p ringkat seko ah secara menye uruh serta m mboleh an mere a me dapat kses ke ada
pendidikan yan berkualiti.Sistem pe didika adalah penti g un uk mempe kuk h daya s ing us
seko ah keban gsaa akan teru diperkuk hkan bagi me jadikann a sekol h p lihan kepad semua

rakya Malays a mel lui peni gkatan piaw ian dan merapatkan urang p estasi ntara sekol h
kebang aan Untuk me percepa pe ambahb ikan p esta i pel jar secara be rkesan, be terusa dan
menyeluruh, Ker jaan tidak a an ha ya mem eri tu mp an ke pada pemb ng un n fiz kal t tapi a
an l bih men mpuka kepad aspek yan memberi mpak be ar kep da prestasi pelaj r seperti k aliti
uru dan epimp nan di sekolah.
S lara dengan pen galama pelaksana n sist m pendi ikan erbaik duni dan keper uan un uk
enghasilkan ening kat n p restas i ela jar ya g signifik an, empat s rategi akan iguna akai dal m
tempo Rancangan ni:
Memastikan Setiap Kanakkanak Boleh Berjaya
Dalam setiap sistem pendidikan yang unggul, kejayaan setiap pelajar sentiasa menjadi
keutamaan. Matlamat ini boleh dicapai melalui dua pendekatan. Pertama, meletakkan sasaran
pencapaian yang sama tinggi kepada semua pelajar tanpa mengira latar belakang atau tempat.
Pendekatan kedua pula, menerima hakikat bahawa sebahagian pelajar memerlukan sokongan
yang lebih untuk mencapai piawaian prestasi yang ditetapkan, terutama bagi mereka daripada
kalangan isi rumah 40% terendah. Sehubungan ini, Kerajaan akan terus memainkan peranan
yang besar dan memberi komitmen yang sepenuhnya untuk menyerlahkan potensi diri setiap
kanak-kanak di Malaysia.
Penyediaan Asas Pendidikan yang Kukuh kepada Lebih Ramai Kanak-kanak
Pendidikan awal memainkan peranan penting dalam pembinaan minda kanak-kanak dan dapat
membantu mengurangkan masalah pembelajaran semasa dan pencapaian pada masa hadapan.
Peringkat awal pembelajaran kanak-kanak merupakan tempoh kritikal yang menjadi penentu
kepada perkembangan minda individu
Memastikan setiap kanak-kanak boleh ggi kepa a semua pe ajar ta pa m ngira atar b lakan
dan me yedia an bant an da sokonga ya g sistemati teruta a k pada mer ka y ng ketingg lan dala
pem bel ja ran;
M njadikan sekolah bertanggu ng terhadap p estasi elajar. Memberik n autono i kepada
beberapa aspek peng rusan s kolah ebagai g njara ke atas p ingkata sig ifika n pe ncapai an
pelaja ;
Membuat pe buran bagi memba ng emimpin n unggul i se iap sekol h.Membuat pe aburan
ya g besa bagi me ningkat an presta i ke impin n se olah sebagai pemangki utama per bahan m
nerusi riteria p milih n yang ke at, lati an dan p ngurusan rest si yan mantap be rdasa kan pr sta
si pelajar; dan
Me ngkatkan daya ta kan pr of keguruan dan meng asilkan guru terb ik.Menja ika profesion
k guru n lebih menarik su aya lebih ramai in ividu berkebo ehan t nggi ermin t menyer ainya,
menin katkan kualiti atihan prakti um, dan mema tapkan penguru an prestas se ta pembangu n
profesio al berta af du ia yang ber erusan.
dan bersifat kumulatif. Sehubungan itu, Kerajaan akan memberi tumpuan untuk meningkatkan
dan memperluas pendidikan awal bagi menyediakan asas yang kukuh kepada lebih ramai kanak
kanak supaya mereka boleh berjaya. Pada tahun 2011, program pembangunan awal kanakkanak berumur empat tahun dan ke bawah (PERMATA), iaitu program bagi melahir dan mendidik
permata masa hadapan negara, akan diletakkan di bawah tanggungjawab KPM dengan tujuan
untuk menyelaras dan mengintegrasikannya ke dalam sistem pendidikan formal. Tumpuan
PERMATA adalah kepada kanak-kanak daripada isi rumah berpendapatan bawah RM1,500.
Selepas kejayaan program perintis PERMATA yang dilancarkan pada tahun 2007, sebanyak 181
buah pusat PERMATA akan dibina dengan peruntukan RM36 juta dalam tempoh Rancangan.
Peningkatan Enrolmen dan Kualiti Prasekolah Kanak-kanak yang mengikuti program
prasekolah lebih komited terhadap pendidikan dan memperoleh pendapatan yang lebih tinggi
pada masa hadapan2. Pada masa ini, kadar enrolmen prasekolah dalam kalangan kanak-kanak

berumur empat dan lima tahun hanyalah sekitar 67%. Memandangkan kepentingan pendidikan
prasekolah dan keupayaan negara meningkatkan kadar enrolmen, pendidikan prasekolah telah
dijadikan fokus utama di bawah NKRA Pendidikan. Seperti yang ditunjukkan dalam Carta 5-3,
program ini bertujuan meningkatkan kadar enrolmen kepada 87% pada tahun 2012 dan 92%
pada tahun 2015. Pada masa yang sama, kualiti pendidikan prasekolah akan terus
dipertingkatkan. Dalam tempoh 20102012, sebanyak RM2 bilion diperuntukkan untuk program
ini.
Merendahkan Umur bagi Permulaan Persekolahan
Dengan pelaksanaan program pembangunan pendidikan awal kanak-kanak, lebih ramai kanakkanak akan bersedia untuk memasuki sekolah pada umur yang lebih rendah berbanding amalan
sekarang. Dalam tempoh Rancangan, umur bagi memulakan persekolahan akan dikurangkan
daripada 6+ kepada 5+. Langkah ini adalah selaras dengan amalan di negara maju.
Pelaksanaannya akan dilakukan secara berperingkat dan akan dimulakan dengan sekolah di
kawasan luar bandar dan perladangan terutama di sekolah kurang murid, bagi membolehkan
pelajar dari kawasan ini mendapat manfaat daripada asas pendidikan yang kukuh pada
peringkat lebih awal. 2 High Scope Perry Pre-School Study, the United States of America
(2005)202 di peringkat awal sangat penting kerana tanpa kemahiran ini mereka akan
menghadapi kesukaran mengikuti pembelajaran di peringkat selanjutnya. Program Penyaringan
Literasi dan Numerasi (LINUS) adalah bertujuan untuk memastikan semua pelajar menguasai
asas kemahiran literasi dan numerasi selepas tiga tahun pertama pendidikan sekolah rendah.
Bagi melaksanakan program ini, peruntukan sebanyak RM400 juta disediakan dalam tempoh tiga
tahun, iaitu 20102012.
Memastikan Penguasaan Literasi dan Numerasi
Peningkatan kadar literasi dan numerasi adalah penting untuk mengurangkan kadar keciciran
pelajar berpunca daripada ketidakupayaan mereka untuk mengikuti pembelajaran. Dengan
penguasaan kemahiran literasi dan numerasi asas yang kukuh pada peringkat awal
persekolahan, kemungkinan berlaku keciciran pelajar daripada sistem persekolahan dapat
dikurangkan. Penguasaan literasi dan numerasi
Program LINUS memberi tumpuan kepada intervensi awal dengan menempatkan fasilitator dan
guru pemulihan terlatih di sekolah. Sehingga kini, seramai 15,500 fasilitator dan guru
pemulihan telahpun dilatih.
Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memantapkan Penguasaan Bahasa Inggeris
Kerajaan akan melaksanakan program Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memantapkan
Penguasan Bahasa Inggeris (MBMMBI) dalam tempoh Rancangan. Program ini bertujuan
memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan memantapkan penguasaan bahasa
Inggeris untuk memperkukuh daya saing negara. Program ini akan mengguna pakai pendekatan
modular yang bersepadu dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dan akan
memperluas pengajaran Kesusasteraan Melayu di peringkat sekolah rendah. Program MBMMBI
akan juga memperkukuh
Program LINUS di seluruh negara bertujuan meningkatkan kemahiran literasi dan numerasi

murid sekolah rendah


1 Program ini memfokus kepada intervensiawal (Tahun1-3) untuk kemahiran literasi dan
numerasi. Program sebelumnya hanyamenumpukan kepada kemahiranliterasi(KIA2M)
ataukepada kanak-kanak diTahun4-6 (PROTIM) Meningkatkan nisbahguru pemulihan daripada
seorangguru bagisebuahsekolah kepada seorangguru bagi15 murid
2 Pengurusan dan penyeliaan diturunkuasa kepada Pejabat Pendidikan Daerah & dipantau oleh
Inpektorat Sekolah. Sebelumini, dipantau secara berpusat
3 Guru terbaik akanditempatkandi Tahun 1 dan 2 iaitu, Program LINUS (bukannya pada tahun
peperiksaaniaitu, Tahun 6)
4 Sokongan profesional untuk guru LINUS melalui fasilitatorkhusus(FasiLINUS)
5 15,500 guru pemulihan dan fasilitator program LINUS dilatih pada tahun 2010 Perbezaan
program LINUS berbanding program sebelum ini Sasaran Pencapaian Program Literasi dan
Numerasi selepas 3 tahun disekolah rendah pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris
melalui kurikulum baru dengan memberi penekanan kepada lima bidang utama kemahiran iaitu
membaca, mendengar dan berucap, menulis, tatabahasa, dan seni bahasa. Masa yang
diperuntukkan untuk pengajaran bahasa Inggeris ditambah daripada 4 jam kepada 5.5 jam
seminggu untuk Tahap 1 (Tahun 1 hingga 3), dan daripada 3.5 jam kepada 5 jam untuk Tahap 2
(Tahun 4 hingga 6) di peringkat sekolah rendah. Sebanyak empat daripada 27 buah Institut
Pendidikan Guru (IPG) akan menumpukan kepada pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris
kepada guru. Kerajaan akan menilai dan memantau keberkesanan program secara berterusan
dan melaksanakan inisiatif untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan
pelajar.
Akauntabiliti Sekolah Terhadap Prestasi Pelajar Sistem sekolah berprestasi tinggi
menetapkan harapan besar kepada sekolah dalam aspek peningkatan prestasi pelajar,
pemantauan jurang prestasi dan penyediaan sokongan yang sewajarnya apabila sasaran tidak
tercapai. Seterusnya, rombakan kepada sistem pendidikan akan memberi tumpuan yang jelas
terhadap prestasi pelajar, dan sekolah akan dipertanggungjawabkan ke atas pencapaiannya.
Meningkatkan Prestasi Semua Sekolah melalui Program Peningkatan Kualiti Sekolah Secara
Menyeluruh
Program Pembangunan Prestasi Sekolah yang dilancarkan pada April 2010 merupakan usaha
yang menyeluruh dengan harapan dan cabaran yang tinggi, serta meningkatkan motivasi dan
sokongan kepada semua sekolah awam untuk mengukuhkan prestasi pelajar, khususnya sekolah
berprestasi rendah yang amat memerlukan bantuan. Program ini mengandungi elemen elemen
berikut:
Penyenaraian Kedudukan Prestasi Sekolah: Setiap tahun semua sekolah akan dinilai dan
disusun mengikut kedudukan pencapaian prestasi. Penjelasan terperinci berkenaan penarafan
prestasi akan dimaklumkan kepada sekolah untuk meningkatkan pemahaman dan ketelusan
terhadap kaedah penilaian yang dibuat. Langkah ini bertujuan mendorong sekolah untuk
mencapai prestasi yang lebih baik dan membolehkan KPM menyalurkan sumber kepada sekolah
yang amat memerlukan sokongan; dan
Pelan dan Instrumen Penambahbaikan Sekolah: Pelan dan Instrumen Penambahbaikan
Sekolah akan dilaksana di semua sekolah awam sebagai alat sokongan untuk membantu sekolah
membuat penambahbaikan. Instrumen ini akan memberi gambaran menyeluruh kepada guru
besar dan pengetua tentang prestasi sekolah masing-masing untuk menentukan isu yang perlu

ditangani mengikut keutamaan serta menyediakan pelan tindakan selanjutnya. Sekolah akan
merangka pelan penambah baikan sebagai asas bagi memantau kemajuan dan membantu KPM
menyediakan sokongan yang sesuai untuk menjayakan pelan tersebut. Infrastruktur dan
kemudahan asas seperti bekalan elektrik, air, sanitasi dan alat bantuan mengajar adalah asas
kepada peningkatan prestasi pelajar. Kerajaan komited bagi menyediakan kemudahan dan
infrastruktur asas ini kepada semua sekolah. Sebagai sebahagian daripada Program
Pembangunan Prestasi Sekolah, Kerajaan akan terus memberi fokus kepada penyediaan
kemudahan dan infrastruktur di sekolah yang amat memerlukan sokongan, khususnya sekolah di
luar bandar di Sabah dan Sarawak.
Peningkatan Prestasi Sekolah melalui Program Sekolah Berprestasi Tinggi
Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) ditakrif sebagai sekolah yang mempunyai etos dan identiti unik
yang boleh mendorong pelajar mencapai kecemerlangan dalam semua aspek pendidikan.
Sekolah ini mempunyai budaya kerja yang kukuh dan sentiasa berusaha ke arah mencapai
kemajuan berterusan di samping mempunyai jaringan antarabangsa yang kukuh. SBT akan
berusaha meningkatkan piawaian sekolah setaraf dengan sekolah terbaik di dunia dan menjadi
model kepada sekolah lain serta memberi sokongan melalui rangkaian bimbingan dan latihan.
Sejumlah 100 SBT akan dibangunkan menjelang 2012 dengan peruntukan sebanyak RM140 juta.
Sebanyak 20 SBT telah dikenal pasti seperti ditunjukkan dalam Carta 5-5. Sekolah ini diberi
status SBT berdasarkan pencapaian dan prestasi mereka yang tekal. Sekolah ini terdiri daripada
pelbagai kategori termasuk sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah harian dan sekolah
berasrama penuh.
Membuat Pelaburan ke atas Pemimpin Unggul di Setiap Sekolah
Sistem sekolah berprestasi tinggi memanfaatkan guru besar dan pengetua sebagai penjana
perubahan melalui proses pemilihan ketat dan latihan intensif untuk mereka, dan seterusnya
memastikan mereka memainkan peranan sebagai pemimpin instruksional yang berkesan.
Peningkatan pencapaian guru besar dan pengetua mempunyai kesan positif yang signifikan ke
atas pencapaian pelajar. Mereka juga memainkan peranan yang penting dalam merancang,
menyelaras dan memantau pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Guru besar dan pengetua
juga memastikan suasana pembelajaran yang kondusif dengan mengurangkan tekanan dan
gangguan luaran, serta mewujudkan persekitaran yang teratur di dalam dan di luar bilik darjah.

Memperkenal Baiah atau Tawaran Baru bagi Guru Besar dan Pengetua Sekolah Pendekatan
baru dalam pengurusan pencapaian (Tawaran Baru) untuk guru besar dan pengetua yang
dimulakan pada 2010 akan memberi ganjaran kewangan dan bukan kewangan bagi mereka yang
berprestasi cemerlang. Tawaran Baru ini adalah terpakai kepada semua guru besar dan
pengetua di semua sekolah awam di Malaysia. Pencapaian semua sekolah akan dinilai dan
ditaraf mengikut prestasi tahunan berdasarkan kepada markah komposit.
Ringkasan pendekatan penarafan sekolah GredPurataSekolah (GPS) Kewajaran
1 Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) adalah instrumen piawaian untuk menilai sekolah
berasaskan 4 aspek utama (visi dan misi; pengurusan organisasi; program pengurusan
pendidikan; dan prestasi murid) . Mereka akan diberi ganjaran sekiranya mencapai markah

komposit yang telah ditetapkan atau menambah baik pencapaian sekolah. Program ini memberi
peluang kepada guru besar dan pengetua untuk menerima ganjaran tanpa mengambil kira
prestasi awal sekolah mereka, asalkan sekolah berkenaan menunjukkan peningkatan yang
signifikan dalam senarai penarafan prestasi. Di samping itu, dianggarkan 10% guru besar dan
pengetua berprestasi rendah akan diberi latihan kemahiran pengurusan sebagai usaha untuk
meningkat prestasi mereka. Peruntukan sebanyak RM160 juta akan disediakan untuk program
ini dalam tempoh 2010-2012.
Peningkatan Sokongan dan Bimbingan kepada Guru Besar dan Pengetua
Kepimpinan sekolah memainkan peranan penting dalam memastikan peningkatan prestasi
pelajar. Kerajaan menyedari pemimpin adalah kritikal dalam membuat perubahan, oleh itu
akan terus mengukuhkan latihan kepimpinan serta memberikan dorongan kepada mereka untuk
meningkatkan prestasi. Institut Aminuddin Baki (IAB) adalah institut latihan kepimpinan asas
untuk warga pendidik termasuk pengetua, pentadbir dan pegawai pendidikan. IAB menyasarkan
untuk melatih sekurang-kurangnya 14,000 orang pemimpin sekolah dan pegawai pendidikan
setiap tahun dalam tempoh Rancangan berbanding dengan 8,000 orang pada tahun 2009.
Kaedah penyampaian latihan di IAB akan berubah daripada berasaskan syarahan kepada
penekanan terhadap pembelajaran berdasarkan pengalaman. Kursus pendidikan dan
pengurusan akan dijalankan di kampus dan secara atas talian menggunakan platform elearning, serta dilengkapi repositori pengetahuan digital. Selain daripada latihan, IAB akan
menyediakan perkhidmatan konsultasi dan bimbingan kepada pemimpin sekolah untuk
meningkatkan prestasi. Selaras dengan Program Pembangunan Prestasi Sekolah, pakar
pembimbing pengetua akan menyediakan bimbingan kepimpinan tambahan dan sokongan
kepada sekolah berprestasi rendah.
Meningkatkan Daya Tarikan Keguruan dan Menghasilkan Guru Terbaik
Kualiti guru merupakan penentu utama kepada prestasi pelajar seperti ditunjukkan dalam
Carta 5-7. Pengalaman daripada sistem sekolah berprestasi tinggi global menunjukkan bahawa
pelajar akan hanya boleh ditingkatkan dengan meningkatkan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah. Sistem sekolah berprestasi tinggi berupaya menarik dan
menerima hanya calon terbaik sebagai guru, meningkatkan prestasi mereka secara berterusan
serta memupuk budaya berprestasi tinggi di sekolah. Dalam tempoh Rancangan, Kerajaan akan
mengambil pendekatan yang sistematik untuk meningkatkan kualiti guru baru serta menambah
baik kualiti dan profesionalisme guru sedia ada.
Mempertingkatkan Kualiti Guru Baru Secara SignifikanSetiap tahun, KPM menerima lebih
175,000 permohonan untuk menyertai profesion keguruan dan 20,000 orang ditempatkan di
sekolah. Ramai pemohon tidak mempunyai sikap dan aptitud yang sesuai untuk menjadi guru.
Daripada permohonan kemasukan ke program latihan perguruan di IPG pada tahun 2010, hanya
7% mendapat 7A dan ke atas dalam SPM
Menjadikan Profesion Keguruan Pilihan Utama
Menarik siswazah cemerlang menyertai profesion keguruan adalah kritikal. Dalam tempoh
Rancangan, Kerajaan akan melancarkan kempen profil tinggi untuk meningkatkan kesedaran
tentang keguruan sebagai profesion yang berprestij. Kerajaan akan menjadikan profesion

keguruan sebagai kerjaya pilihan dengan menekankan empat perkara berikut:


Ganjaran kewangan: Profesion ini sebenarnya merupakan antara profesion awam yang
menyediakan gaji permulaan yang tinggi;
Pembangunan kerjaya: Melalui Tawaran Baru untuk guru, prospek kerjaya guru akan
menjadi lebih menarik dengan peluang pembangunan profesionalisme yang lebih luas selain
daripada peluang kenaikan pangkat yang lebih cepat kepada guru yang cemerlang;
Berprestij: Sebagai kerjaya elit, profesion keguruan akan menggunakan kriteria pemilihan
dan proses penilaian yang ketat. Hanya calon cemerlang akan diterima dalam profesion ini; dan
Pembangunan nusa bangsa: Profesion keguruan bertanggungjawab membentuk generasi
pemimpin masa depan dan penting dalam membawa Malaysia menjadi negara berpendapatan
tinggi.
Pengukuhan Latihan Perguruan Melalui Latihan Praktikum Pengalaman praktikum
merupakan elemen penting dalam latihan perguruan kerana dapat memberi pengalaman
pengajaran dan pembelajaran sebenar di bilik darjah. Dalam sistem persekolahan terbaik
seperti di Finland dan New Zealand, latihan dan pengalaman praktikum guru pelatih, dari segi
kualiti dan kuantiti, sentiasa dipertingkatkan. Oleh itu, Kerajaan akan mengambil langkah
untuk meningkatkan kualiti dan ketekalan latihan praktikum kepada guru pelatih, seperti
memanjangkan tempoh latihan praktikum, dan meningkatkan kerjasama guru berpengalaman
yang mempunyai kemahiran membimbing yang tinggi untuk menyelia guru pelatih. Dalam
tempoh Rancangan, latihan praktikum kepada guru pelatih akan ditingkatkan melalui langkah
berikut:
Kursus Perguruan Lepasan Ijazah akan dilanjutkan daripada satu tahun kepada 212 satu tahun
setengah untuk meningkatkan pengalaman praktikum guru pelatih;
Jabatan Pelajaran Negeri akan menyelaras penempatan guru pelatih di sekolah yang layak
melaksanakan program ini dan memantau pematuhan oleh guru pembimbing;
Guru berpengalaman akan diberikan kursus pembimbing untuk meningkatkan kebolehan
membimbing mereka; dan
Program praktikum akan menjadi sebahagian daripada penilaian prestasi sekolah dan guru
pembimbing.
Penghapusan Jaminan Penempatan Guru Pelatih
Pada masa ini, guru pelatih IPG dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dijamin pelantikan
sebagai guru tanpa mengambil kira prestasi mereka. Jaminan pelantikan ini akan dihapuskan
dalam tempoh Rancangan. Dengan ini, hanya guru pelatih yang memperoleh pencapaian terbaik
dan berkelayakan akan ditawarkan jawatan guru. Penghapusan jaminan pelantikan ini
bertujuan memastikan penetapan keperluan kualiti minimum bagi guru baru.
Peralihan kepada Sistem Terbuka dalam Latihan Guru
Pelaksanaan latihan perguruan akan diperluaskan kepada universiti swasta berbanding hanya
daripada IPG dan IPTA. Langkah ini akan meliberalisasikan sistem latihan guru dan beralih
kepada sistem terbuka bagi menambah sumber guru terlatih. Dengan pertambahan ini, lebih
ramai guru pelatih yang cemerlang dapat dilantik sebagai guru di sekolah rendah dan
menengah. Pendekatan ini akan meningkatkan persaingan di kalangan guru pelatih dan
menambah baik kualiti sistem pendidikan secara keseluruhan.

Tawaran Baru untuk Semua Guru bagi Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan Dalam tempoh
Rancangan, Kerajaan akan melancar dan melaksanakan Tawaran Baru yang menyeluruh kepada
semua guru bagi menjadikan profesion keguruan lebih menarik serta meningkatkan profil dan
profesionalisme kerjaya ini. Di samping itu, Kerajaan akan meningkatkan guru berijazah di
sekolah menengah daripada 89.4% dalam tahun 2009 kepada 90.0% menjelang tahun 2015. Bagi
sekolah rendah pula, kadar ini akan ditingkatkan daripada 28% dalam tahun 2009 kepada 60%
menjelang tahun 2015. Tawaran Baru ini mengandungi tiga elemen: Peluang kenaikan pangkat
yang cepat berdasarkan kecekapan dan prestasi; Meningkatkan pembangunan profesional
berterusan (CPD) secara sistematik kepada semua guru; dan Kaedah pengurusan prestasi baru
yang lebih mantap.
Kemajuan Kerjaya Lebih Cepat Berasaskan Kompetensi
Kemajuan kerjaya yang perlahan merupakan antara sebab utama siswazah di Malaysia tidak
memilih kerjaya perguruan. Sepanjang 30 tahun perkhidmatan, kebanyakan guru menikmati
hanya satu atau dua kali kenaikan pangkat sahaja. Mengikut dasar kenaikan pangkat berasaskan
tempoh perkhidmatan, pada kebiasaannya guru mengambil masa selama 10 tahun untuk
dinaikkan daripada gred permulaan ke gred jawatan yang seterusnya. Kemajuan kerjaya yang
cepat untuk guru berprestasi tinggi adalah penentu untuk menjadikan profesion keguruan lebih
menarik terutama kepada calon guru yang berpotensi tinggi. Pendekatan ini juga membolehkan
lebih ramai guru berpeluang mencapai gred yang lebih tinggi dalam masa yang singkat dan
dengan ini boleh membimbing guru baru lebih awal. Melalui inisiatif Tawaran Baru, pergerakan
gred yang lebih cepat berasaskan kompetensi dan prestasi akan dilaksanakan. Laluan cepat
untuk kenaikan pangkat secara automatik akan diberi kepada semua guru tanpa mengira
tempoh perkhidmatan dan keperluan memajukan permohonan. Sistem laluan kerjaya baru
dijangka bermula pada tahun 2011 dan dilaksana sepenuhnya menjelang tahun 2015.
Pembangunan Profesional yang Berterusan yang Bersesuaian bagi Menyokong
Pembangunan Keupayaan dan Kemajuan Kerjaya
Latihan yang berfokus kepada bidang tugas baru berdasarkan kenaikan pangkat dan memberi
penambahbaikan kepada kebolehan pengajaran akan memberi faedah kepada guru. Pada masa
ini, tiada pendekatan yang sistematik berkaitan CPD dalam sistem pendidikan. Pendekatan CPD
yang menyeluruh akan dilaksana pada tahun 2011 dan mengandungi elemen berikut:
Modul CPD yang bersesuaian mengikut keperluan dirangka untuk setiap gred jawatan bagi
melengkapkan guru dengan peranan baru selepas kenaikan pangkat;
Modul ini memberi lebih fokus kepada peluang pembelajaran di sekolah; dan
Pelbagai modul CPD seperti kursus latihan formal, pengajian pasca siswazah, pengajian jarak
jauh dan aktiviti bimbingan akan membolehkan guru membuat pilihan terbaik untuk
pembangunan kerjaya mereka tanpa mengganggu pengajaran dan pembelajaran.
Pelaksanaan Instrumen dan Proses Baru untuk Penilaian dan Penaksiran Guru
Kaedah penilaian semasa ke atas guru adalah sama dengan penilaian penjawat awam yang lain.
Kaedah ini tidak mengambil kira prestasi pelajar, keupayaan sebenar pengajaran atau
kecekapan utama yang diperlukan dalam profesion keguruan. Skor penilaian untuk guru akan
menjadi lebih bermakna sekiranya ia dapat mengukur prestasi sebenar guru, kurang subjektif
dan berasaskan bukti. Satu pendekatan baru yang selari dengan amalan di sekolah berprestasi

tinggi akan dilaksana pada tahun 2011 untuk memastikan penilaian dibuat secara tekal,
objektif dan dapat memupuk budaya cemerlang di sekolah. Pendekatan ini akan mengandungi
instrumen baru bagi menilai guru yang menggunakan kombinasi berwajaran beberapa aspek
utama seperti penekanan kepada pengajaran dan pembelajaran, nilai profesional, aktiviti di
luar kelas dan sumbangan kepada sekolah dan masyarakat.
Transformasi Keberkesanan Penyampaian
Sistem penyampaian yang cekap dan berkesan sangat diperlukan untuk meningkatkan prestasi
pelajar. Pendekatan yang lebih inovatif akan diguna pakai untuk memastikan penyampaian
dilaksanakan dengan efektif.
Pengukuhan Penyampaian Perkhidmatan untuk Menyokong Kemajuan Sekolah
Penambahbaikan mekanisme penyampaian kepada sekolah memerlukan perubahan dalam
proses kritikal yang memberi kesan secara langsung terhadap sekolah seperti penempatan guru,
pengurusan prestasi sekolah dan juga peranan Kementerian, Jabatan Pelajaran Negeri dan
Pejabat Pelajaran Daerah. Untuk memastikan perkhidmatan disampaikan secara optimum, KPM
akan melaksana Service Line iaitu perkhidmatan khusus untuk membantu sekolah yang amat
memerlukan, antaranya bimbingan, bina upaya dan kemudahan peralatan yang sewajarnya. Di
peringkat prasekolah, Kerajaan akan terus mengharmoni dan menambahbaik kualiti semua
prasekolah awam yang disediakan oleh pelbagai agensi Kerajaan. Pendekatan ini memerlukan
peningkatan produktiviti sumber manusia dan kewangan, serta pengukuhan kemampuan
penyampaian.
Pelaksanaan Kurikulum Baru untuk Memupuk Kreativiti dan Inovasi
Dalam tempoh Rancangan, kurikulum baru untuk sekolah rendah dan menengah akan
diperkenalkan. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah akan diganti dengan Kurikulum Standard
Sekolah Rendah pada 2011 dan ini akan diikuti dengan kurikulum baru untuk sekolah menengah.
Kurikulum baru berbentuk modular ini akan memberi peluang kepada setiap pelajar melalui
proses pembelajaran mengikut kemampuan sendiri, memupuk sikap bertanggungjawab 216
terhadap pembelajaran sendiri menerusi aktiviti eksplorasi yang dapat menyerlahkan potensi
mereka. Kurikulum ini juga akan menekankan kreativiti, inovasi dan keusahawanan merentasi
semua mata pelajaran. Penerapan nilai dan etika di peringkat awal amat penting dalam
pembinaan sahsiah individu. Kurikulum yang bakal diperkenalkan akan menerapkan prinsip
1Malaysia bagi pendekatan pedagogi dalam penyampaian pendidikan. Sebagai usaha untuk
membentuk pelajar yang seimbang dari segi akademik dan kesukanan, kurikulum baru ini akan
menjadikan Sukan sebagai satu subjek mata pelajaran bermula tahun 2011. Dasar 1Murid,
1Sukan mewajibkan setiap pelajar mengikuti sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan. Setiap
pelajar dikehendaki mengikuti aktiviti sukan pilihan masing-masing selama 90 minit seminggu
bagi sekolah menengah dan 60 minit bagi sekolah rendah. Peruntukan untuk geran sukan bagi
setiap pelajar akan dinaikkan daripada RM2.40 kepada RM4 bagi sekolah rendah dan daripada
RM4 kepada RM6 bagi sekolah menengah.
Pendidikan Asas dan Prasekolah Swasta
Pendidikan yang ditawarkan oleh sektor swasta semakin diterima oleh Kerajaan dan orang

ramai. Sehubungan ini, pihak swasta akan digalak untuk menyediakan pendidikan di semua
peringkat bermula daripada prasekolah sehingga pendidikan tertiari. Kerajaan akan melaksana
pelbagai kaedah perkongsian awam swasta seperti dalam pengurusan sekolah dan pembiayaan
yuran pelajar.
Perkongsian Awam-Swasta dalam Pembangunan Prasekolah
Kerajaan akan memanfaatkan penyediaan pendidikan prasekolah oleh sektor swasta untuk
menampung kemudahan yang disediakan oleh agensi Kerajaan. Insentif akan disediakan kepada
pengusaha swasta bagi mempercepatkan penyediaan prasekolah untuk mencapai objektif
meningkatkan enrolmen pelajar di peringkat ini. Insentif ini akan membolehkan pihak swasta
mendapatkan geran bagi pembinaan prasekolah di kawasan yang kurang membangun di luar
bandar. Sektor swasta dijangka akan membina 488 buah prasekolah pada tahun 2010, sebanyak
1,000 buah pada tahun 2011 dan 1,145 buah pada tahun 2012. Skim pembiayaan bersama bagi
meningkatkan permintaan terhadap pendidikan prasekolah akan dilaksanakan dalam tempoh
Rancangan. Usaha ini juga boleh membantu isi rumah berpendapatan rendah mengurangkan
bebanan pembiayaan pendidikan prasekolah. Bantuan sehingga RM150 sebulan diberikan
kepada mereka untuk pendidikan kanak-kanak berumur 4+ dan 5+ tahun di prasekolah swasta.
Perkongsian Awam-Swasta dalam Pendidikan Asas
Perkongsian awam-swasta dalam pendidikan asas memberi autonomi signifikan kepada
pengendali sekolah, sebagai tukaran kepada penambahbaikan yang spesifik dalam prestasi
pelajar sebagaimana dipersetujui dalam kontrak rasmi. Sebagai contoh, charter school di
Amerika ecialist chool dan pecial st United Kingdo d n inde endent cho l di indepe dent s ho
juga te ah di una pa ai d seko ah per endir an Cina di Malaysia. Ke ajaa a an memper enalkan
angk kerja Sekolah Amanah kepad sekola awam ang te pilih. ekol h Am nah adala sekola awam
ang di adbir b rsam ole pihak s asta da pem mpin ekolah awa
MENINGKATKAN KEMAHIRAN RAKYAT MALAYSIA UNTUK MELUASKAN KEBOLEHPASARAN
Dalam beberapa dekad yang lalu, Malaysia telah membuat pelaburan yang besar dalam
pendidikan lepasan menengah dan tertiari. Pada masa kini, Malaysia telah menubuhkan 20
universiti awam dan 26 universiti swasta serta 405 institusi latihan kemahiran awam dan 584
institusi latihan kemahiran swasta. Pada tahun 2009, institusi pendidikan tinggi dalam negara
telah mengeluarkan lebih daripada 181,000 siswazah. Daripada jumlah ini, lebih daripada
81,000 siswazah adalah lepasan institusi pendidikan tinggi swasta. Institusi latihan kemahiran
pula mengeluarkan lebih daripada 120,000 pelatih pada tahun 2009. Seramai 30,000 pelatih
adalah daripada institusi latihan kemahiran swasta. Pada masa kini, hanya 23% sahaja daripada
jumlah tenaga kerja di Malaysia mempunyai pendidikan tertiari berbanding dengan kadar
purata bagi negara Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD), iaitu hampir 28%
dan mencecah 35% di Singapura dan Finland. Pada tahun 2009, sebanyak 27% daripada siswazah
institusi pengajian tinggi tempatan masih menganggur dalam tempoh enam bulan selepas
menamatkan pengajian. Bagi yang berjaya mendapat pekerjaan pula, 29% daripada mereka
pada tahun 2006 dan 33% pada tahun 2009 hanya memperoleh pendapatan kurang daripada
RM1,500 sebulan. Majikan dan persatuan industri sering mengaitkan kekurangan soft skills
seperti etika kerja yang positif, kemahiran berkomunikasi, kerja berpasukan dan kebolehan
membuat keputusan serta kepimpinan sebagai faktor utama yang menjejaskan kebolehpasaran

siswazah Malaysia. Memandangkan terdapat jurang yang besar antara tahap kompetensi
siswazah Malaysia dengan piawaian antarabangsa, isu ini perlu ditangani bagi memastikan
negara mempunyai siswazah yang berkemahiran, serba boleh dan kebolehpasaran yang tinggi.
Pada masa yang sama, dianggarkan seramai 100,000 atau 22% pelajar Malaysia memasuki
pasaran pekerjaan sebaik sahaja menamatkan 11 tahun persekolahan, iaitu dengan hanya
memiliki kelayakan SPM. Kumpulan pelajar ini mungkin lebih cenderung kepada kemahiran
teknikal, oleh itu mempunyai peluang yang besar untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam
bidang teknikal. Malaysia perlu memesatkan pembangunan modal insan bertaraf dunia bagi
mencapai status negara berpendapatan tinggi. Justeru, peningkatan kemahiran secara radikal
perlu dilaksana bagi meningkatkan kebolehpasaran dengan memberi tumpuan kepada strategi
berikut:
Mengarusperdanakan dan memperluas akses kepada pendidikan teknikal dan latihan
vokasional yang berkualiti; dan
Meningkatkan kompetensi siswazah sebagai persediaan untuk memasuki pasaran pekerjaan.
Mengarusperdanakan dan Memperluas Akses kepada Pendidikan Teknikal dan Latihan
Vokasional yang Berkualiti
Malaysia berhasrat meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai untuk menjadi ekonomi
berpendapatan tinggi. Oleh itu, enrolmen dalam pendidikan teknikal dan latihan vokasional
(TEVT) perlu ditambah dan kualiti latihan secara keseluruhan dipertingkatkan untuk
meningkatkan dengan ketara tahap kemahiran tenaga kerja. TEVT bertujuan menambah
bekalan modal insan berkemahiran di Malaysia melalui penyediaan pendidikan berkualiti
kepada pelajar yang mempunyai kecenderungan dan keupayaan dalam bidang teknikal dan
vokasional. TEVT menjurus kepada penyediaan kemahiran yang boleh digunakan dengan segera
dalam pasaran pekerjaan. TEVT menjadi pilihan pendidikan perdana di kebanyakan negara
maju. Model binari atau dwi-laluan pendidikan yang fleksibel diguna pakai di kebanyakan
negara berpendapatan tinggi. Model ini membolehkan pelajar menukar aliran antara akademik
dengan teknikal atau vokasional yang mempunyai prospek kerjaya yang setara. Kadar purata
enrolmen pelajar yang memasuki aliran teknikal dan vokasional di peringkat menengah atas
bagi negara OECD adalah 44%, berbanding hanya 10% di Malaysia. Penambahbaikan peluang,
akses dan kualiti TEVT untuk laluan teknikal adalah sama penting dengan penambahbaikan
laluan akademik pendidikan tertiari.
Pendidikan TEVT di peringkat sekolah menengah mempunyai dua aliran utama, iaitu teknikal
dan vokasional. Aliran teknikal mempunyai lebih banyak komponen akademik, manakala aliran
vokasional mempunyai lebih banyak komponen hands-on. Kemahiran TEVT memberi manfaat
secara langsung kepada majikan, pekerja serta sektor industri yang berkaitan. Faedah yang
diperoleh bergantung kepada gabungan kemahiran pekerja. Oleh itu, kos berkaitan TEVT perlu
dibiayai bersama antara Kerajaan, majikan, industri dan pelajar berdasarkan kepada faedah
yang diperoleh.222 Dalam tempoh Rancangan, empat strategi berikut akan diguna pakai untuk
mengarusperdanakan dan memperluas akses kepada TEVT yang berkualiti:
Menambah baik persepsi terhadap TEVT dan menarik minat lebih ramai pelajar;
Membangunkan tenaga pengajar TEVT yang lebih efektif;
Mempertingkat dan mengharmonikan kualiti kurikulum TEVT selaras dengan keperluan
industri; dan
Memperkemas penyampaian TEVT.

Menambah Baik Persepsi Terhadap TEVT dan Menarik Minat Lebih Ramai Pelajar
Terdapat banyak peluang untuk penyedia TEVT awam dan swasta menarik lepasan sekolah yang
tidak melanjutkan pengajian untuk mengikuti latihan TEVT dan meningkatkan bilangan pekerja
berkemahiran dalam pasaran pekerjaan. Bagi tujuan ini, penekanan akan diberi untuk
meningkatkan nilai dan daya tarikan TEVT kepada pelajar, penyedia latihan dan industri. Dalam
tempoh Rancangan, kempen media di peringkat nasional akan dilaksana secara berterusan
untuk meningkatkan kesedaran dan menambah baik persepsi terhadap TEVT. Kumpulan sasar
utama adalah pelajar yang berpotensi dan ibu bapa mereka. Kempen akan memberi penekanan
terhadap manfaat memasuki pasaran pekerjaan dengan kelayakan TEVT, seperti gaji
permulaan, jenis pekerjaan dan laluan kerjaya serta pengiktirafan Sijil Kemahiran Malaysia
(SKM) untuk lebih banyak jawatan dalam sektor awam. Pelbagai saluran penyampaian seperti
televisyen, radio, majalah dan selebriti akan diguna untuk menyampaikan maklumat tersebut
kepada kumpulan sasar. Kaunselor di sekolah akan diberi tanggungjawab untuk membimbing
dalam tempoh yang panjang bagi membantu pelajar, bermula daripada tingkatan 4 berterusan
sehingga pelajar berkenaan memasuki pendidikan tertiari. Langkah ini adalah untuk
memastikan lebih ramai pelajar meneruskan pelajaran ke peringkat tertiari. Bagi meningkatkan
keberkesanan bimbingan, kumpulan kaunseling yang terdiri daripada kaunselor sekolah akan
dibentuk di setiap daerah. Kumpulan kaunseling ini akan bertanggungjawab untuk menjalinkan
hubungan yang erat dengan institusi TEVT dan majikan, serta meningkatkan penyelarasan
antara pihak berkepentingan melalui pertukaran maklumat. Kumpulan ini juga akan
bertanggungjawab untuk menyediakan panduan

Membangunkan Tenaga Pengajar TEVT yang Lebih Efektif


Laluan kemajuan kerjaya tenaga pengajar TEVT akan diperkemas untuk menjadikannya sebagai
kerjaya pilihan yang menarik kepada tenaga pengajar yang berprestasi tinggi. Tenaga pengajar
yang memenuhi syarat kompetensi yang jelas di setiap gred boleh dinaikkan pangkat tanpa
bergantung kepada kekosongan jawatan. Personel industri yang berpengalaman tinggi dan
mempunyai kemahiran praktikal di tempat kerja akan digalak menjadi tenaga pengajar di
institusi TEVT. Untuk memudahkan pengambilan ini, laluan kemasukan ke profesion tenaga
pengajar vokasional yang fleksibel akan diwujudkan, dan syarat yang menyukarkan kemasukan
di peringkat pertengahan akan dihapuskan. Langkah ini akan meningkatkan kapasiti latihan dan
membantu untuk memastikan tenaga pengajar mempunyai pengalaman di tempat kerja.
Penambahan bilangan tenaga pengajar yang cemerlang akan dilaksanakan melalui peluasan
program tenaga pengajar sambilan. Langkah ini akan menarik mereka yang berminat untuk
menjadi tenaga pengajar di samping terus kekal bekerja di industri. Tenaga pengajar yang
memiliki pengetahuan terkini tentang teknologi dan perkembangan industri akan memberi
latihan yang paling relevan dan seterusnya meningkatkan kebolehpasaran pelatih. Kerjasama
antara institusi TEVT dengan industri dalam pertukaran personel akan diperkukuhkan bagi
membolehkan tenaga pengajar vokasional menjalani program penempatan di industri bagi
mendapat pendedahan dan pengetahuan teknologi terkini. Pada masa yang sama, tenaga
pengajar vokasional dari industri ditempatkan di institusi TEVT bagi memperkukuh kemahiran
pedagogi mereka. Bagi memperkukuh penyampaian latihan dan meningkatkan pengambilan
tenaga pengajar, kapasiti Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan akan dipertingkatkan

dengan menggunakan metodologi dan pendekatan latihan yang baru. Sebuah pusat latihan
tenaga pengajar yang baru akan dibangunkan bagi menambah kapasiti latihan sebanyak 800
setiap tahun. Selain daripada itu, Jabatan Pembangunan Kemahiran akan menyelaras program
latihan pengajar di institusi latihan kemahiran awam yang lain.
Mempertingkat dan Mengharmonikan Kualiti Kurikulum TEVT Selaras dengan Keperluan
Industri
Pembangunan kurikulum TEVT dilaksana oleh setiap agensi penyedia latihan dengan keupayaan,
kapasiti dan agenda tersendiri. Amalan ini menjejaskan kualiti penyampaian TEVT. Langkah
akan diambil bagi menyeragam dan mengharmonikan kurikulum, mengurangkan kos
pembangunan kurikulum, dan memastikan kurikulum selaras dengan keperluan terkini industri.
Jabatan Pembangunan Kemahiran akan dilantik sebagai agensi untuk membangun dan
menyeragamkan kurikulum TEVT mulai tahun 2011. Jabatan Pembangunan Kemahiran akan
memastikan kurikulum yang dibangunkan memenuhi piawaian minimum dan selaras dengan
bidang ekonomi yang diberi keutamaan. Kurikulum TEVT akan mengandungi komponen
kemahiran asas berkaitan dengan literasi dan numerasi serta penguasaan pelbagai bahasa.
Kemahiran asas ini penting sebagai sokongan kepada kemahiran praktikal serta pembinaan
kemahiran dan keupayaan individu untuk menyesuaikan diri dengan perubahan suasana kerja.
Di samping itu, Jabatan Pembangunan Kemahiran akan membangun bank kurikulum untuk
menyimpan semua kurikulum yang dibangunkan. 226 Agensi penyedia TEVT mengeluarkan sijil
tersendiri dan sijil TEVT ini belum diiktiraf sepenuhnya sebagai sijil yang melayakkan calon
memasuki institusi pengajian tinggi. Penerimaan sijil TEVT dalam kalangan pelajar, ibu bapa
dan majikan dapat diperluas dengan menghapuskan keraguan terhadap kualiti latihan yang
diberikan oleh pelbagai agensi. Pada masa ini, SKM, Diploma Teknologi dan Sarjana Muda
Teknologi tidak diiktiraf sepenuhnya oleh institusi pengajian tinggi dan Lembaga Jurutera
Malaysia. Untuk penyeragaman dan pengiktirafan persijilan TEVT, SKM akan diguna pakai
sebagai persijilan kebangsaan bagi TEVT. Langkah berikut akan diambil bagi memperkukuh
pengiktirafan sijil TEVT: Mengiktiraf dan menyeragam pelbagai tahap SKM dengan kesemua
sijil yang dikeluarkan oleh penyedia TEVT menjelang tahun 2012; Mewajibkan pekerja dalam
pekerjaan terpilih memiliki SKM atau sijil yang setaraf. Syarat ini akan dilaksanakan secara
berperingkat mulai tahun 2012; dan Memperluas penerimaan SKM sebagai syarat kelayakan
masuk ke dalam skim perkhidmatan awam, dan ke institusi teknikal dan vokasional di peringkat
tinggi dan ke institusi pengajian tinggi menjelang tahun 2011. Lembaga Teknologis Malaysia
akan ditubuh untuk mempercepat pengiktirafan sijil berkaitan kemahiran dan teknologi.
Pengiktirafan ini akan menggalakkan institusi pengajian tinggi termasuk institusi TEVT
menawarkan kursus berkaitan teknologi selaras dengan keperluan ekonomi berpendapatan
tinggi. Selaras dengan hasrat untuk membangunkan pendidikan teknikal dan keperluan industri,
Malaysia-Japan International Institute of Technology akan ditubuh sebagai institusi
berautonomi di bawah Universiti Teknologi Malaysia dengan matlamat memperkukuh kerjasama
dan rangkaian dengan Jepun dalam bidang teknikal dan kejuruteraan. Institut ini berupaya
memberi pendedahan kepada pelajar dan meningkatkan keberkesanan kos dalam menyediakan
latihan tentang pembangunan teknologi terkini di tempat kerja, etika kerja dan amalan
pengurusan Jepun. Pada masa ini, terdapat keperluan untuk mengurangkan pertindihan kursus
yang ditawarkan oleh pelbagai institusi latihan bagi mengoptimumkan penggunaan kapasiti
TEVT dan mengelak pembaziran sumber. Dalam tempoh Rancangan, perkara ini akan diberi
perhatian memandangkan kadar enrolmen di institusi TEVT dijangka akan meningkat. Institusi
TEVT akan mengkaji semula, merasionalisasi dan memperkemas penyelarasan kursus menjelang

akhir tahun 2011.


Memperkemas Penyampaian TEVT
Kaedah pembiayaan semasa akan dikaji semula untuk meningkatkan keberkesanan dan
kecekapan institusi TEVT awam. Bagi menggalakkan persaingan dalam kalangan institusi TEVT
awam, penyediaan peruntukan akan berdasarkan kepada prestasi institusi. Kerajaan juga akan
menyediakan bantuan kewangan kepada pelajar di peringkat SKM Tahap 3 dan ke atas di
institusi TEVT awam yang berprestasi tinggi. Bagi mencapai matlamat ini, sistem penarafan
untuk menilai prestasi institusi awam dan swasta akan diperkenalkan. Pencapaian dalam sistem
penarafan institusi TEVT akan menjadi asas kepada Kerajaan untuk membiayai pelatih di
institusi TEVT swasta. Pendekatan ini akan dipertingkat dan diperluas dalam tempoh Rancangan
bagi mengoptimumkan penggunaan kapasiti latihan di institusi TEVT awam dan swasta. Pelajar
tercicir adalah sumber tenaga kerja yang besar dan berpotensi untuk diberi latihan kemahiran.
Jika diberi latihan dan dilengkapkan dengan kemahiran yang tepat, mereka akan meningkatkan
dengan ketara bilangan pekerja mahir. Pada tahun 2007, seramai 20,000 pelajar tercicir
daripada sistem pendidikan asas dan jumlah ini meningkat kepada 30,000 orang pada tahun
2008. Liputan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) akan diperluaskan bagi menyediakan latihan
yang khusus untuk memenuhi keperluan golongan ini. Peruntukan tambahan juga akan
disediakan bagi membiayai kos latihan dan elaun perantisan. Dalam tempoh Rancangan,
sebanyak RM150 juta akan diperuntukkan dan seramai 20,000 pelajar tercicir akan mendapat
manfaat. SLDN menekankan penglibatan langsung industri dalam latihan dan menetapkan 70%
daripada latihan perlu dijalankan di tempat kerja. Dalam tempoh Rancangan, latihan di tempat
kerja akan digalak dan dijadikan sebagai 228 sebahagian daripada pendidikan formal TEVT,
kerana latihan ini menyediakan:
Persekitaran pembelajaran yang kondusif. Tempat kerja mewujudkan persekitaran
pembelajaran yang baik melalui pengalaman sebenar. Kemahiran praktikal dan soft skills yang
diperoleh akan meningkatkan kebolehpasaran;
Aliran maklumat untuk meningkatkan kecekapan pengambilan pekerja. Majikan
mengetahui perkembangan prestasi pelatih dan perantis, justeru memudahkan mereka
membuat keputusan menggaji pekerja; dan
Sumbangan produktif. Pelatih menjalankan tugasan yang memberi manfaat kepada majikan,
ini menjadikan TEVT berfaedah kepada pelatih dan majikan. Melalui SLDN, pekerja industri
yang berpengalaman akan diberi peranan sebagai pembimbing kepada perantis. Bagi mencapai
tujuan ini, pembimbing mesti cukup terlatih untuk memberi latihan yang berkesan di tempat
kerja. Tenaga pengajar di institusi TEVT pula perlu mempunyai kemahiran tinggi untuk melatih
pembimbing. Sebanyak RM7.5 juta akan diperuntukkan kepada SLDN untuk melatih pembimbing
dan tenaga pengajar.
Meningkatkan Kompetensi Siswazah bagi Menyediakan Mereka Memasuki Pasaran
Pekerjaan
Ekonomi berasaskan pengetahuan dan inovasi memerlukan sebilangan besar pekerja yang
berpengetahuan seperti ahli sains, jurutera, ahli profesional, agen paten dan usahawan
berasaskan teknologi. Institusi pengajian tinggi mempunyai peranan yang penting dalam
menghasilkan modal insan berkemahiran tinggi dan berkeupayaan untuk mencipta,
menginovasi, menghasil dan mempelopori pengetahuan baru serta mengaplikasi dan
membangunkan teknologi. Usaha untuk menarik pelaburan langsung asing dan memacu

pertumbuhan sumber domestik yang baru memerlukan bilangan siswazah yang mencukupi dan
kompeten. Walau bagaimanapun, tahap kebolehpasaran, kekurangan dan ketidakpadanan
kemahiran siswazah masih menjadi isu utama dalam pembangunan modal insan. Banyak kajian
mendapati siswazah Malaysia kurang kompeten dalam kemahiran teknikal yang diperlukan oleh
industri, dan lemah dalam soft skills termasuk etika kerja profesional, kemahiran
berkomunikasi, kerja berpasukan, membuat keputusan dan kepimpinan. Oleh itu, usaha
bersepadu akan diambil untuk mempertingkat ompetensi siswazah dan keberkesanan
pembiayaan kos pengajian tinggi, iaitu dengan:
Memperkukuh kerjasama industri dan penyelidikan;
Memberi lebih autonomi kepada universiti dan memperkukuh budaya berprestasi tinggi;
Memperkukuh kurikulum kursus pengajian bagi menyeimbangkan kandungan akademik dan
soft skills; dan
Melantik dan mengekalkan staf akademik yang terbaik.
Memperkukuh Kerjasama Industri dan Penyelidikan
Latihan industri adalah penting untuk membantu siswazah mempersiapkan diri bagi memenuhi
keperluan industri yang sentiasa berubah dan aktiviti ekonomi baru. Penglibatan sektor swasta
dalam penyediaan pendidikan melalui perkongsian awam-swasta akan dipertingkat bagi
menggalakkan penyertaan industri dalam penyediaan kursus dan latihan industri. Di samping
itu, kursus berorientasikan pasaran akan ditambah bagi memudahkan transisi pelajar ke dalam
pasaran pekerjaan dan meningkatkan kebolehpasaran pelajar secara keseluruhannya. Rangka
kerja dasar yang standard bagi program latihan industri yang berstruktur akan dilaksana oleh
institusi pengajian tinggi dengan kerjasama industri untuk meningkatkan keberkesanan
program. Program ini dirancang untuk diperluas kepada kursus selain daripada kursus yang
mewajibkan latihan klinikal seperti perubatan, pergigian dan kejururawatan. Di samping itu,
program latihan industri untuk staf akademik akan dipergiat bagi memastikan tidak kurang 15%
daripada staf akademik mengikuti sekurang-kurangnya enam bulan latihan industri bagi setiap
lima tahun tempoh perkhidmatan. Bagi memperluas pengalaman industri kepada staf
akademik, program Knowledge Transfer Partnership (KTP) akan diperkenal pada tahun 2011
untuk meningkatkan kerjasama antara industri dengan universiti berkaitan. KTP bertujuan
memudahkan pemindahan kepakaran dan hasil kajian melalui projek inovatif yang dikendalikan
bersama oleh staf akademik dan rakan kongsi perniagaan daripada industri. Di samping itu, KTP
juga menyediakan latihan berasaskan industri kepada siswazah bagi meningkatkan pengetahuan
dan pengalaman, kemahiran keusahawanan serta kebolehpasaran semasa menjalankan projek
berkenaan.230 Universiti akan digalak untuk mewujudkan kerjasama strategik dengan institusi
penyelidikan antarabangsa dan universiti luar negara untuk meningkatkan aktiviti penyelidikan
dan pembangunan (R&D), terutama dalam bidang teknologi baru. Antara langkah yang akan
diambil adalah:
Melaksanakan lebih banyak program sangkutan bagi membolehkan staf akademik berkongsi
pengetahuan, meneroka idea baru bagi meningkatkan kualiti penyelidikan dan menggalakkan
pertukaran staf akademik;
Mengukuhkan pengurusan harta intelek yang dibangunkan di universiti bagi menambahbaik
tadbir urus aktiviti penyelidikan; dan
Mengukuhkan pusat kecemerlangan di universiti melalui kerjasama industri dalam aktiviti
R&D bagi menyokong dan mempercepat pengkomersialan inovasi dan teknologi baru.
Memberi Lebih Autonomi kepada Universiti dan Memperkukuh Budaya Berprestasi Tinggi

Di negara lain, universiti awam bekerjasama dengan penggubal dasar bagi membangunkan
kaedah untuk membantu institusi pendidikan tertiari mencapai kecemerlangan. Pemberian
autonomi, ketelusan dan akauntabiliti terhadap prestasi cemerlang merupakan elemen kritikal
bagi membolehkan universiti di Malaysia setanding dengan institusi terbaik dunia. Universiti
awam perlu bertanggungjawab terhadap prestasi yang dicapai memandangkan sebahagian besar
keperluan kewangan dibiaya oleh peruntukan awam. Di samping itu, ketelusan yang lebih tinggi
dalam pencapaian prestasi akan memudahkan Kerajaan membuat penambahbaikan dan
memberi sokongan dalam bidang yang diperlukan.
Menginstitusikan Autonomi dalam Universiti
Universiti terbaik dunia berupaya meningkatkan inovasi dan prestasi serta menggalak
kecemerlangan melalui autonomi yang signifikan dalam bidang berikut:
Peruntukan. Keupayaan untuk mengagih peruntukan mengikut keperluan, menentukan
keutamaan bidang pembiayaan, dan menetapkan yuran pengajian dalam had yang ditetapkan;
Fakulti. Bebas untuk menarik dan mengekalkan staf akademik terbaik melalui insentif yang
menarik dan ganjaran yang kompetitif;
Tadbir urus. Tanggungjawab yang lebih besar dan hak membuat keputusan penting tentang
universiti termasuk hala tuju strategik, keutamaan dan pengagihan sumber serta mendapat hak
yang lebih besar dalam membuat keputusan; dan
Pengambilan pelajar. Meningkatkan kawalan terhadap kualiti dan profil pelajar yang akan
diambil. Di bawah Accelerated Programme for Excellence (APEX), universiti APEX akan diberi
autonomi dalam bidang tadbir urus, sumber manusia (lantikan anggota sokongan, staf akademik
dan pengurusan atasan), kewangan dan pengambilan pelajar. Program ini diperkenalkan pada
tahun 2008, dan Universiti Sains Malaysia (USM) telah dipilih sebagai universiti pertama diberi
status APEX. Pada masa ini, USM mempunyai autonomi dalam pengambilan pelajar. Autonomi
dalam bidang lain hanya akan dipertimbangkan setelah USM memenuhi beberapa prasyarat
yang ditetapkan. Pemberian autonomi akan diperluas kepada universiti penyelidikan dan
universiti awam lain yang mencapai tahap kesediaan yang ditetapkan.
Mengukuh Budaya Berprestasi Tinggi di Universiti
Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (SETARA) telah diperkenalkan kepada
universiti awam dan akan diperluas kepada semua institusi tertiari swasta yang menawarkan
pengajian di peringkat ijazah. SETARA bertujuan membuat penilaian yang jelas dan seragam
bagi meningkatkan ketelusan serta memberi tekanan ke atas prestasi, dan seterusnya
meningkatkan kualiti keseluruhan sistem pendidikan tinggi. Penarafan mengenai pencapaian
prestasi institusi dari aspek kebolehpasaran siswazah akan dihebahkan kepada umum.
Penarafan ini akan diperluas untuk meliputi aspek seperti kaedah pengajaran dan pembelajaran
serta khidmat sokongan kepada pelajar. Dalam tempoh Rancangan, sistem penarafan ini akan
merangkumi setiap jabatan di institusi berkenaan. Naib canselor bertanggungjawab ke atas
prestasi universiti dan pembaharuan kontrak mereka bergantung kepada prestasi yang dicapai.
Prestasi yang rendah boleh menyebabkan kontrak tidak disambung. Petunjuk prestasi utama
(KPI) yang jelas bagi naib canselor telah disediakan, termasuk KPI bagi kebolehpasaran
siswazah. Dengan ini, naib canselor akan memastikan semua staf bertanggungjawab terhadap
prestasi 232 mereka dan seterusnya meningkatkan budaya akauntabiliti di institusi. Dalam
tempoh Rancangan, pembiayaan berasaskan prestasi institusi tertiari awam akan dilaksana

bertujuan menyediakan mekanisme pembiayaan yang telus untuk memangkin peningkatan


prestasi. Pendekatan baru ini akan mengandungi komponen berikut:
Pembiayaan Kerajaan berasaskan prestasi yang dikaitkan dengan SETARA.
Pembiayaan kepada universiti akan dikaitkan secara langsung dengan prestasi jabatan dan
institusi secara keseluruhan. Kaedah ini menyediakan mekanisme yang telus dalam penyediaan
pembiayaan dan peningkatan akauntabiliti dalam perbelanjaan peruntukan awam. Mekanisme
pembiayaan ini mempunyai dua komponen, iaitu komponen tetap dan komponen berubah.
Komponen tetap merangkumi item operasi asas seperti gaji staf akademik dan kos utiliti, dan
pembiayaannya tidak bergantung kepada pencapaian prestasi. Komponen berubah pula
bergantung secara langsung kepada prestasi yang diukur melalui SETARA. Universiti yang
menerima penarafan yang rendah akan menerima peruntukan yang lebih kecil. Komponen
berubah ini termasuk pembangunan intelektual dalam R&D dan aktiviti ko-kurikulum pelajar;
Peralihan kaedah pembiayaan daripada berasaskan-penawaran kepada berasaskanpermintaan. Kerajaan akan mengharmonikan kapasiti pendidikan tertiari dan mewujudkan
keserataan persaingan bagi institusi pengajian tinggi awam dan swasta dalam mengukuhkan
budaya berprestasi tinggi serta meningkatkan kualiti dan daya saing pendidikan tertiari di
Malaysia. Pendekatan sedia ada, iaitu pembiayaan awam langsung dan pemberian geran kepada
institusi awam akan beralih kepada pembiayaan berasaskan-permintaan melalui pinjaman dan
biasiswa selaras dengan pendekatan yang lebih berasaskan-pasaran; dan
Pengurangan kadar pembiayaan Kerajaan kepada universiti. Universiti awam perlu
menambah dana melalui sumber kewangan alternatif termasuk sumbangan daripada
perbadanan, sektor swasta atau alumni. Pendekatan ini akan memperkukuh kerjasama antara
universiti dan industri, dan seterusnya meningkatkan kesesuaian serta kualiti pengajaran dan
penyelidikan.
Memperkukuh Kurikulum Kursus Pengajian bagi Menyeimbangkan Kandungan Akademik dan
Soft Skills
Kualiti dan kesesuaian kursus dan kurikulum adalah faktor penting yang mempengaruhi
kebolehpasaran siswazah. Dalam tempoh Rancangan, institusi pengajian tinggi akan menyemak
semula kurikulum dan kursus serta menyelaras pencapaian program dan pembelajaran selaras
dengan keperluan industri dan majikan. Sebanyak 2,730 program sedia ada akan disemak
semula bagi memastikan pematuhan kepada Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF). Semakan
semula ini adalah berdasarkan kepada prinsip berikut: Kandungan kursus yang ditawarkan
akan ditanda aras dengan kriteria dan piawaian yang dipersetujui di peringkat nasional dan
selaras dengan amalan terbaik antarabangsa; dan Penerapan domain yang ditetapkan dalam
MQF yang merangkumi soft skills seperti etika kerja positif, kemahiran berkomunikasi dan
membuat keputusan, kerja berpasukan dan kepimpinan. Selaras dengan pertambahan
permintaan bagi pekerja mahir dan profesional, semua politeknik di Malaysia akan disusun
semula untuk menawarkan kursus di peringkat diploma dan ijazah serta mengurangkan secara
berperingkat kursus di peringkat sijil menjelang akhir tempoh Rancangan. Politeknik akan
meningkatkan pengkhususan dalam bidang tertentu untuk menjadi pusat kecemerlangan. Tiga
politeknik sedia ada akan dinaik taraf kepada politeknik premier bagi melaksanakan
penyelidikan gunaan melalui kerjasama dengan industri berkaitan untuk memupuk inovasi dan
membangunkan teknologi tempatan dalam bidang baru. Kurikulum institusi pendidikan tertiari
perlu memberi lebih penekanan terhadap pembangunan soft skills pelajar selaras dengan
maklum balas yang diterima daripada majikan. Atribut Umum Pelajar yang kini dikenali sebagai
Skala Soft Skills Malaysia (My3S) merupakan ujian penilaian kendiri untuk menilai kompetensi

siswazah dalam soft skills. Ujian ini akan dilaksana mulai Julai 2010. Agensi Kelayakan Malaysia
(MQA) akan terus memainkan peranan penting dalam pelaksanaan MQF sebagai asas jaminan
kualiti pengajian tinggi dan pusat rujukan kriteria dan piawaian kelayakan nasional. MQA akan
memperluas kerjasama dengan agensi jaminan kualiti luar negara melalui pemeteraian
Memorandum of Arrangement sebagai usaha menetapkan tanda aras yang 234 piawai dan
membantu meningkatkan keupayaan anggotanya.
Melantik dan Mengekalkan Staf Akademik yang Terbaik
Usaha akan dipergiat untuk menambah bilangan staf akademik berkelayakan PhD. Peratusan
staf akademik berkelulusan PhD di semua universiti awam pada tahun 2009 adalah 35.9%.
Menjelang akhir tempoh Rancangan, staf akademik berkelayakan PhD di universiti penyelidikan
disasarkan sebanyak 75%, manakala universiti awam lain 60%. Bagi mencapai sasaran ini,
program MyBrain15 menetapkan matlamat untuk meningkatkan jumlah pemegang PhD kepada
18,000 pada tahun 2015 dan 60,000 pada tahun 2023. Program ini akan menyediakan lebih
ramai calon untuk dilantik sebagai staf akademik. Sejumlah RM2.26 bilion akan diperuntukkan
bagi menyediakan biasiswa kepada 16,800 staf akademik melanjutkan pengajian di peringkat
PhD. Proses pelantikan staf akademik juga akan diperhalusi dan dijadikan lebih telus untuk
menarik calon terbaik. Ganjaran akan dijadikan lebih kompetitif supaya setanding dengan
faedah yang ditawarkan oleh sektor swasta serta menyediakan manfaat bukan kewangan
seperti waktu mengajar yang fleksibel. Sokongan kemajuan kerjaya staf akademik akan diberi
keutamaan. Modul latihan asas akan diwajibkan kepada semua staf akademik baru. Bagi
memastikan mereka mendapat panduan dan sokongan yang mencukupi pada awal kerjaya, staf
akademik baru akan diletakkan di bawah seliaan staf akademik kanan yang bertanggungjawab
membimbing dan memberi nasihat kemajuan kerjaya secara berkala. Di samping itu, dalam
tempoh tiga tahun pertama sebagai staf akademik, tugas mengajar akan dikurangkan untuk
membolehkan mereka membangunkan portfolio penyelidikan yang mantap dan memperoleh
geran daripada sumber luar. Sebagai usaha penambahbaikan kualiti staf akademik, mereka yang
telah bersara dan pensyarah luar negara akan digalakkan untuk berkhidmat di universiti awam
secara kontrak. Pensyarah sambilan dan pensyarah pelawat terutama daripada industri juga
akan digalakkan untuk mengajar di universiti awam. Bagi tujuan ini, pakej ganjaran yang lebih
menarik dan kompetitif telah disediakan. Di samping itu, skim perkhidmatan pensyarah akan
disemak semula untuk membolehkan mereka dinaikkan pangkat ke gred yang lebih tinggi dalam
skim perkhidmatan yang sama tanpa perlu memegang jawatan pentadbiran seperti dekan atau
ketua jabatan.
MENYUSUN SEMULA PASARAN PEKERJAAN UNTUK MENJADIKAN MALAYSIA NEGARA
BERPENDAPATAN TINGGI
Matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi akan dicapai, antara lain,
melalui pewujudan pasaran pekerjaan yang efisien untuk membangunkan, menarik dan
mengekalkan modal insan berkepakaran. Kekurangan kemahiran yang diperlukan akan
menghalang transformasi negara kepada ekonomi berpendapatan tinggi berasaskan
pengetahuan dan inovasi. Usaha penyusunan semula dan pengukuhan pasaran pekerjaan perlu
untuk memastikan kecekapan pemadanan antara permintaan dengan penawaran, meningkatkan
keupayaan mengekalkan modal insan terbaik serta memperkukuh daya tarikan Malaysia kepada
pakar asing dan diaspora Malaysia. Kepelbagaian tenaga kerja Malaysia terus kekal sebagai aset
negara. Rakyat Malaysia mempunyai silang budaya yang kukuh dan mudah menyesuaikan diri.

Sikap keterbukaan dan keupayaan menguasai pelbagai bahasa membolehkan modal insan
negara mewujudkan rangkaian yang kukuh di peringkat serantau dan global. Dalam tempoh
Rancangan, Kerajaan komited untuk memperbaharui pasaran pekerjaan dengan penekanan
khusus ke atas peningkatan mobiliti pekerja dan peningkatan kemahiran tenaga kerja semasa,
terutama dalam kalangan isi rumah 40% terendah. Pembaharuan pasaran pekerjaan adalah
penting bagi menyedia landasan kepada negara untuk terus berkembang ke arah ekonomi
berpendapatan tinggi. Tumpuan pembaharuan akan diberi kepada tiga bidang utama:
Menjadikan pasaran pekerjaan lebih fleksibel;
Mempertingkat kemahiran dan keupayaan tenaga kerja sedia ada; dan
Memperkukuh keupayaan Malaysia menarik dan mengekalkan modal insan terbaik.
Menjadikan Pasaran Pekerjaan Lebih Fleksibel
Sistem pasaran pekerjaan yang cekap merupakan faktor penting dalam mengurangkan kos
menjalankan perniagaan, mempengaruhi iklim pelaburan dan mewujudkan lebih peluang
pekerjaan. Berdasarkan laporan Doing Business 2008 oleh Bank Dunia, Malaysia menduduki
tangga ke-43 dalam aspek pemudahan penggajian pekerja. Di samping itu, kebergantungan
yang tinggi terhadap pekerja asing tidak mahir bergaji rendah telah mengurangkan kadar upah
dan melambatkan syarikat beralih kepada aktiviti bernilai tambah yang tinggi, serta
menyumbang kepada pengaliran keluar berterusan modal insan tempatan.
Mengkaji Semula Rangka Kerja Perundangan dan Institusi bagi Menyediakan Kaedah
Penggajian dan Pemecatan yang Fleksibel
Dalam tempoh Rancangan, usaha akan diambil untuk mengkaji semula undang undang
perburuhan supaya selaras dengan ekonomi berasaskan pengetahuan dan cabaran globalisasi.
Kajian semula ini akan memastikan hubungan industri kekal relevan dengan persekitaran
semasa perniagaan, mengimbangi kestabilan sosial serta memudahkan mobiliti tenaga kerja.
Kerajaan akan mengambil langkah untuk meningkatkan kecekapan penyelesaian pertikaian
pekerja di Malaysia. Dalam kes lebihan pekerja, kos pemecatan pekerja di Malaysia secara
relatifnya lebih tinggi berbanding negara Asia Tenggara yang lain. Secara purata, majikan di
negara ini perlu membayar pampasan sehingga 75 minggu gaji kepada pekerja yang telah
berkhidmat selama 20 tahun semasa penamatan kontrak, berbanding hanya 56 minggu di
Thailand dan empat minggu di Singapura. Di samping itu, masa yang panjang diambil untuk
menyelesaikan pertikaian kerja. Sehubungan ini, undang-undang perburuhan akan dikaji semula
dalam tempoh Rancangan bagi mengoptimumkan keseimbangan antara fleksibiliti pasaran
pekerjaan dengan kestabilan pekerjaan serta mempercepat penyelesaian pertikaian pekerja.
Bilangan pekerja yang diberhentikan meningkat akibat daripada perubahan struktur ekonomi
negara dan pendedahan kepada kejutan luaran. Jumlah pemberhentian pekerja yang meningkat
mewujudkan keperluan bagi penyediaan jaringan keselamatan sosial untuk membantu mereka.
Jaringan keselamatan sosial juga memberi fleksibiliti kepada syarikat untuk mengurus tenaga
kerja ketika dalam kesukaran. Tabung Bantuan Kehilangan Pekerjaan akan diperkenalkan bagi
menyediakan bantuan kewangan kepada pekerja yang diberhentikan dan tidak mendapat
pampasan sewajarnya daripada pihak majikan semasa pemberhentian. Pekerja yang
diberhentikan dan layak menerima bantuan akan diberi RM600 sebulan bagi tempoh maksimum
enam bulan, dengan syarat mereka masih belum mendapat pekerjaan dalam tempoh tersebut.
Sebanyak RM80 juta akan diperuntukkan kepada Tabung ini dalam tempoh 2010-2012.

Memperkukuh Perkhidmatan Pekerjaan bagi Meningkatkan Mobiliti Pekerja


Komponen penting bagi pasaran pekerjaan yang fleksibel adalah keupayaan membuat
pemadanan pekerjaan secara efektif untuk menyelesaikan ketidakpadanan penawaran dan
permintaan tenaga kerja. Terdapat peluang yang besar untuk mewujudkan kerjasama industri
dan perkongsian awam-swasta ke arah mengukuhkan perkhidmatan pekerjaan kepada tenaga
kerja Malaysia bagi menghapuskan herotan dalam pasaran pekerjaan. Kerajaan akan mengukuh
dan memodenkan perkhidmatan pekerjaan awam melalui penaiktarafan pusat pekerjaan awam
sedia ada. Langkah ini akan meningkatkan penyampaian khidmat nasihat kerjaya, menyedia
perkhidmatan pemadanan dan penempatan yang dipacu oleh industri, dan melaksanakan
program pendidikan atau jangkauan komuniti yang berterusan mengenai arah aliran pekerjaan
dan kerjaya. Pencari kerja dan masyarakat akan dimaklumkan tentang peluang pekerjaan yang
wujud dan potensi laluan kerjaya. Majikan akan mendapat faedah daripada akses kepada
platfom tambahan bagi memenuhi keperluan pekerja mereka. Bagi mencapai matlamat ini,
pusat pekerjaan awam yang berkesan dan cekap yang dikendali secara bersama oleh sektor
awam dan swasta perlu diwujudkan.
Memperbaharui Dasar Pekerja Asing Tidak Mahir
Pekerja asing tidak mahir telah meningkat lebih dua kali ganda semenjak tahun 2000 kepada
1.9 juta orang, seperti ditunjukkan dalam Carta 5-9. Kebanjiran pekerja asing tidak mahir
berkos rendah telah melambatkan pelaburan dalam mekanisasi dan inovasi, terutama dalam
sektor pertanian dan pembuatan, dan seterusnya mengurangkan pertumbuhan produktiviti dan
menjejaskan aspirasi negara untuk beralih kepada ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi.
Sektor yang sangat bergantung kepada pekerja asing tidak mahir mempunyai produktiviti yang
rendah, seperti ditunjukkan dalam Carta 5-10. Kebergantungan kepada pekerja asing tidak
mahir akan dikurangkan secara berperingkat. Walau bagaimanapun, sektor yang menghadapi
kekurangan tenaga kerja, seperti pembinaan dan perladangan akan dibenarkan menggaji
pekerja asing berdasarkan keperluan. Langkah akan diambil untuk memastikan majikan
menambah baik persekitaran kerja dan kebajikan pekerja termasuk penyediaan perumahan dan
kemudahan asas. Sistem levi multi-tier akan dilaksana ke atas erkerja asin tidak ma ir. Mela ui
si tem i i, sya ikat ak n terd rong untuk me ingk tkan kema iran ekerja merek atau men gaji pe
erja a ing ang berk mahiran tingg . Sistem levi baru ini bertujuan mengawal kemasukan pekerja
asing tidak mahir kerana levi akan dibayar oleh majikan dan bukannya pekerja. Penetapan
kadar levi adalah berasaskan kepada tiga prinsip, iaitu bayaran levi berkadar langsung dengan
nisbah pekerja asing kepada jumlah pekerja, kadar akan meningkat setiap tahun, dan berbeza
mengikut tahap kemahiran pekerja asing.
Meningkatkan Penyertaan Tenaga Kerja
Arah aliran isi rumah dengan dua sumber pendapatan meningkatkan keperluan terhadap kaedah
bekerja yang lebih fleksibel. Sehubungan ini, Kerajaan akan memperkenal Peraturan Kerja
Separa Masa di bawah Akta Kerja 1955 dalam tempoh Rancangan. Inisiatif ini bertujuan
menggalakkan penyertaan lebih besar dalam kalangan penduduk yang berada di luar tenaga
kerja seperti suri rumah, pesara dan orang kurang upaya. Kaedah bekerja dari rumah,
teleworking, dan separa masa atau masa anjal akan digalakkan. Di samping itu, penyertaan
tenaga kerja tempatan dapat ditingkatkan dengan memanfaatkan sepenuhnya golongan wanita
di luar tenaga kerja. Oleh itu, langkah akan diambil untuk meningkatkan kadar penyertaan

wanita dalam tenaga kerja daripada 46% pada tahun 2010 kepada 55% pada tahun 2015. Jangka
hayat rakyat Malaysia kini setara dengan negara maju. Pelaksanaan dasar dan amalan bekerja
secara fleksibel dan separa masa akan menggalakkan rakyat Malaysia yang bersara untuk terus
menyumbang kepada ekonomi, terutama dalam sektor dan pekerjaan yang memerlukan
kepakaran mereka.
Meningkatkan Kemahiran dan Keupayaan Tenaga Kerja Sedia Ada
Pada masa ini, hanya 28% daripada jumlah tenaga kerja di Malaysia bekerja dalam pekerjaan
berkemahiran tinggi. Peratusan ini menunjukkan sebahagian besar tenaga kerja mempunyai
tahap pencapaian akademik yang rendah. Peningkatan kemahiran dan latihan semula tenaga
kerja sedia ada amat diperlukan ke arah meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai yang lebih
tinggi. Kerajaan menyasarkan 33% tenaga kerja dalam kategori pekerjaan berkemahiran tinggi
menjelang tahun 2015, dan 50% menjelang tahun 2020. Pencapaian matlamat ini memerlukan
penglibatan yang lebih besar daripada sektor swasta.
Menggalakkan Perkongsian Kos Latihan

Liputan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran akan diperluaskan


untuk menggalakkan peningkatan kemahiran dan latihan semula tenaga
kerja. Tabung ini akan memperluas bantuan kewangan daripada lepasan
sekolah kepada pekerja. Menyedari bahawa tidak semua pekerja mampu
untuk membiayai latihan, pinjaman pada kadar faedah yang rendah akan
disediakan oleh Tabung ini untuk membiayai kos latihan peningkatan
kemahiran. Sebanyak RM500 juta akan diperuntukkan untuk menyediakan
pinjaman kepada pekerja, dan jumlah yang sama juga disediakan kepada
lepasan sekolah. Enterpris kecil dan sederhana (EKS) memainkan peranan
penting dalam memacu pertumbuhan ekonomi. Perbadanan Perusahaan Kecil
dan Sederhana Malaysia (SME Corp.) akan membantu dalam pembangunan
EKS yang berkeupayaan dan berdaya tahan serta mampu bersaing di pasaran
global. Di samping menyediakan kemudahan infrastruktur, bantuan
kewangan, khidmat nasihat, akses kepada pasaran dan program sokongan
yang lain, SME Corp. akan terus melaksanakan Program Peningkatan
Kemahiran. Program ini bertujuan meningkatkan kemahiran dan keupayaan
pekerja EKS di peringkat teknikal, penyeliaan dan pengu
an terutama dalam bidang kejuruteraan elektrikal dan elektronik, teknologi
maklumat serta reka bentuk industri. Di bawah program ini, SME Corp. akan
membiayai 80% daripada kos latihan yang ditanggung oleh majikan untuk
melatih pekerja mereka di pusat latihan bertauliah. Perkongsian kos latihan
akan dipergiatkan melalui peluasan liputan Tabung Pembangunan umber
Manusia Berhad daripada 44 kepada 70 subsektor. Tabung ini adalah
kumpulan wang yang disumbangkan melalui levi oleh majikan untuk melatih
semula dan meningkatkan kemahiran pekerja mereka. Dalam tempoh
Rancangan, sebanyak RM50 juta akan diperuntukkan bagi meneruskan
pembiayaan geran sepadan untuk latihan dan peningkatan kemahiran
pekerja EKS. Di samping itu, RM50 juta akan diperuntukkan untuk membiayai

program perantisan yang melibatkan lebih 8,000 perantis. Peruntukan ini


akan digunakan bagi membiayai elaun perantis dan yuran latihan vokasional.
Kerajaan menggalakkan semua peringkat tenaga kerja untuk terus
meningkatkan kelayakan dan keupayaan ke peringkat lebih tinggi. Dalam
tempoh Rancangan, program akan diperkenal bagi menggalakkan penyertaan
industri supaya bersama menaja pekerja mereka untuk melanjutkan
pengajian ke program PhD perindustrian. Program ini akan melibatkan latihan
dan penyelidikan projek berkaitan dengan pekerjaan serta berfokus kepada
keperluan industri. Program ini akan dilaksana secara bersama oleh syarikat
dengan universiti. Pendekatan ini akan menggalakkan inovasi dan
perkongsian pengetahuan yang dapat menyumbang kepada pertumbuhan
dan pembangunan enterpris, menjana pengetahuan baru di universiti, dan
menggalakkan penyelidikan yang berkaitan dengan industri dalam negara.
Bagi tujuan ini, sebanyak RM50 juta akan diperuntukkan. Di samping itu,
Kerajaan akan meneruskan pelaksanaan program di bawah pakej rangsangan
ekonomi 2009 dengan menyediakan peruntukan bagi membiayai sebahagian
daripada kos pengajian di peringkat PhD di universiti tempatan. Sebanyak
RM350 juta akan diperuntukkan dalam tempoh Rancangan yang akan
memanfaatkan 5,000 pelajar PhD.
Menggerakkan Industri bagi Meningkatkan Kemahiran Tenaga Kerja
Penyediaan latihan secara langsung oleh syarikat dalam industri tertentu akan memastikan
kandungan latihan menepati keperluan industri. Bagi tujuan ini, latihan vokasional akan
diselaras dan diterajui oleh sektor swasta. Kerajaan akan mempergiat dan menggalakkan sektor
swasta untuk membangunkan program latihan dalaman yang diiktiraf dan memperluas program
tersebut dengan menyediakan latihan kepada pelatih yang bukan hanya terdiri daripada
pekerja mereka bagi memenuhi keperluan industri. Kerajaan juga akan melaksanakan
pendekatan pembiayaan tempat latihan bagi program latihan dalam bidang kemahiran khusus
untuk sektor yang diberi keutamaan. Kursus ini akan dipersijilkan 242 sama ada di bawah
Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia atau badan persijilan antarabangsa. Program Peningkatan
Kemahiran Perindustrian (INSEP) merupakan program latihan untuk meningkatkan
kebolehpasaran siswazah dalam bidang seperti kejuruteraan, ICT dan pengurusan. Program
bridging ini dilaksanakan oleh 11 pusat pembangunan kemahiran negeri dengan kerjasama
majikan. Tujuan program ini adalah untuk menyediakan siswazah yang baru tamat pengajian
dengan kemahiran khusus dan kompetensi yang sesuai dengan keperluan industri untuk
meningkatkan kebolehpasaran mereka. Kerjasama dalam pembangunan kerjaya dan bimbingan
antara universiti dan industri akan digalakkan. Skim Pengurusan Kebolehpasaran Siswazah
(GEMS) yang diuruskan oleh Jawatankuasa Syarikat Berkaitan Kerajaan Berprestasi Tinggi
Putrajaya akan terus dilaksana dan diperluaskan bagi meningkatkan kebolehpasaran siswazah
yang menganggur. Inisiatif ini bertujuan memudahkan pemadanan antara siswazah dengan
majikan, melengkapkan siswazah dengan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang menepati
keperluan industri dan jawatan yang disasarkan, dan meningkatkan asimilasi serta integrasi
siswazah dengan tempat kerja. Selain daripada syarikat berkaitan Kerajaan, program ini juga
disertai oleh EKS, agensi Kerajaan dan syarikat swasta. Sejak inisiatif ini dimulakan pada bulan
Mac 2009, GEMS telah berjaya melatih 5,000 siswazah. Program Pengiktirafan Pencapaian
Terdahulu (RPL) bertujuan mengiktiraf pengalaman terdahulu dan kepakaran pekerja, serta
menggalak dan memberi ganjaran terhadap pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan
tenaga kerja akan diperluas. Program ini akan meningkatkan dengan ketara prospek kemajuan
kerjaya tenaga kerja dengan menganugerahkan SKM kepada pekerja yang memperoleh
pengetahuan, pengalaman dan kemahiran di tempat kerja tetapi tidak mempunyai latihan
formal. Program ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 60,000 pekerja setahun. Bantuan
kewangan kepada pekerja untuk menjalani latihan bagi melayakkan mereka menerima SKM

akan mula dilaksana pada tahun 2011. Di samping itu, bank kredit kemahiran akan ditubuhkan
oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran untuk menyediakan pangkalan data bagi merekod
latihan dan mempermudah persijilan tenaga kerja mahir.
Menaik Taraf dan Memperluas Akses kepada Kolej Komuniti
Sistem kolej komuniti di Malaysia menyediakan pendidikan lepasan menengah dalam pelbagai
kursus teknikal dan vokasional mengikut Kerangka Kelayakan Malaysia. Kolej komuniti di
seluruh negara yang berjumlah 59 buah memainkan peranan penting untuk menyediakan
latihan peningkatan kemahiran dan latihan semula kepada masyarakat dalam pelbagai disiplin.
Kolej ini juga menggalak pembelajaran sepanjang hayat kepada semua lapisan masyarakat dan
kumpulan umur. Dalam tempoh Rancangan, Kerajaan akan memperkenal pendekatan yang lebih
inovatif bagi kolej komuniti melalui pelaksanaan program modular yang membolehkan pelajar
mengikuti pelbagai modul jangka pendek berasaskan keupayaan mereka. Modul boleh digabung
untuk melayakkan pelajar dianugerahkan SKM. Hampir 70% daripada kandungan modul ini akan
dilaksana secara latihan praktikal di industri atau di tempat kerja. Secara khususnya, program
ini akan menyediakan peluang peningkatan kemahiran kepada pelajar yang cenderung kepada
bidang teknikal atau vokasional tetapi tidak dapat melengkapkan 11 tahun pendidikan asas.
Pendekatan modular yang lebih fleksibel ini akan menawarkan 135 kursus yang berlainan
menjelang tahun 2015 berbanding dengan 52 pada tahun 2010. Sasaran jumlah enrolmen kolej
komuniti akan meningkat daripada 31,000 pelajar pada tahun 2010 kepada 120,000 pelajar
menjelang tahun 2014.
Menarik dan Mengekalkan Modal Insan Berkepakaran
Globalisasi telah meningkatkan mobiliti modal insan berkepakaran ke negara perindustrian yang
didorong oleh upah, suasana pekerjaan dan kualiti hidup yang lebih baik. Modal insan
berkepakaran tinggi berupaya menyesuaikan diri di pelbagai suasana pekerjaan di seluruh
pelusuk dunia. Terdapat banyak persaingan untuk menarik dan mengekalkan modal insan
berkepakaran tinggi ini. Usaha bersepadu akan diambil untuk meningkatkan daya tarikan
Malaysia sebagai destinasi modal insan berkepakaran tinggi bagi warga tempatan dan asing.
Malaysia juga akan secara aktif berusaha mendapatkan modal insan berkepakaran yang kritikal
untuk negara.
Mempermudah Prosedur dan Menyedia Insentif Lebih Baik untuk Menarik Modal Insan Asing
Berkepakaran
Kerajaan akan menambah baik prosedur semasa penggajian modal insan berkepakaran dari luar
negara dengan mengurangkan kesulitan, peringkat pemprosesan dan bilangan agensi
penguatkuasaan. Penambahbaikan ini bertujuan memudahkan prosedur pengeluaran permit
kerja supaya lebih liberal selaras dengan amalan negara berpendapatan tinggi. Sehubungan ini,
amalan semasa akan dikaji semula dan diselaraskan. Insentif dan suasana pekerjaan akan
ditambah baik sebagai langkah meningkatkan lagi daya tarikan kepada modal insan asing
berkepakaran. Langkah ini termasuk membenarkan modal insan asing berkepakaran bertukar
kerja dengan persetujuan majikan yang didaftarkan, membawa pembantu rumah asing serta
memberi kebenaran kepada pasangan untuk bekerja walaupun masih memegang pas
tanggungan. Bagi meningkatkan fleksibiliti dan mobiliti modal insan asing berkepakaran, had
masa visa pekerjaan akan dimansuhkan kepada mereka yang berpendapatan melebihi RM8,000
sebulan. Visa terbuka akan dikeluarkan kepada profesional asing yang berkemahiran tinggi
tanpa dikaitkan atau disyaratkan bekerja dengan syarikat atau majikan tertentu. Mereka juga
dibenarkan membeli unit kediaman yang berharga RM250,000 dan ke atas. Malaysia amat
memerlukan peningkatan kemasukan modal insan asing berkepakaran dalam sektor
perkhidmatan profesional untuk menampung kekurangan modal insan tempatan. Sehingga kini,
Pertubuhan Negara negara Asia Tenggara (ASEAN) telah memeterai Peraturan Pengiktirafan

Bersama bagi pengamal kejuruteraan, kejururawatan, seni bina, perubatan dan pergigian.
Manakala, Rangka Kerja ASEAN Mengenai Peraturan Pengiktirafan Bersama bagi pengamal ukur
bahan dan perakaunan telah ditandatangani. Usaha akan dilaksana dengan mengambil kira
objektif bagi mempermudah mobiliti golongan profesional ASEAN. Menjelang tahun 2015, di
bawah Perjanjian Rangka Kerja ASEAN bagi Perkhidmatan (AFAS), Malaysia bersama negara
anggota ASEAN yang lain akan meliberalisasi kemasukan golongan profesional. Pembangunan
industri perkhidmatan di Malaysia dapat dipertingkatkan sekiranya Malaysia berupaya menarik
lebih ramai modal insan berkepakaran dalam sektor perkhidmatan profesional dari negara
ASEAN yang lain.
Menjadikan Bandar Lebih Menarik kepada Modal Insan Berkepakaran
Kualiti hidup sesebuah bandar merupakan faktor utama bagi modal insan berkepakaran di
peringkat global memilih destinasi untuk tinggal dan bekerja. Kuala Lumpur merupakan bandar
ke-11 di Asia yang selesa untuk didiami, dan berpotensi untuk menjadi antara lima bandar
terbaik. Secara umumnya, Kuala Lumpur berada dalam kedudukan istimewa sebagai bandar
raya yang sangat selesa dan kosmopolitan yang merupakan mikrokosma kepada Asia. Bagi
menarik modal insan berkemahiran dari luar negara, Kuala Lumpur akan digambarkan sebagai
sebuah bandar raya bagi mereka yang mengutamakan kualiti dan kepelbagaian gaya hidup,
bercirikan alam semula jadi, kaya dengan budaya, dan metropolis moden dengan infrastruktur
canggih. Di samping itu, usaha bersepadu akan dilaksana untuk menjadikan bandar raya lain
seperti Georgetown, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu lebih menarik dan selesa untuk
didiami. Inisiatif yang akan dilaksana di bandar raya tersebut termasuk peluasan ruang terbuka
seperti taman, dataran awam dan laluan pejalan kaki, memulihkan waterfronts dan
memperindah lokasi kesenian dan kebudayaan serta meningkatkan tahap keselamatan,
kecekapan pengangkutan dan perkhidmatan penjagaan kesihatan.
Mewujudkan Kesinambungan Pembangunan Modal Insan Berkepakaran untuk Masa Hadapan
Walaupun pelbagai inisiatif telah diambil bagi menarik modal insan berkemahiran dari luar
negara, mereka yang masih berada dalam sistem pendidikan belum dimanfaatkan sepenuhnya.
Pelajar asing yang belajar di universiti tempatan, terutama dalam bidang kritikal merupakan
potensi sumber modal insan berkemahiran. Bagi mengekalkan pelajar ini, prosedur sedia ada
yang 246 mewajibkan mereka kembali ke negara asal sebaik sahaja tamat pengajian akan dikaji
semula bagi memudahkan mereka bekerja di Malaysia, terutama dalam pekerjaan kritikal yang
terpilih. Biasiswa akan diberi kepada pelajar terbaik dari seluruh dunia untuk melanjutkan
pengajian di peringkat pasca siswazah dan pasca kedoktoran di Malaysia dalam bidang kritikal
yang spesifik selaras dengan keperluan negara. Sebaik menamatkan pengajian, mereka akan
diberi peluang untuk bekerja di Malaysia. Mereka yang memilih untuk tinggal dan bekerja di
Malaysia akan meningkatkan bilangan modal insan berkepakaran. Dalam tempoh Rancangan, 5%
daripada pelajar terbaik Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia akan disediakan biasiswa untuk
melanjutkan pengajian di universiti tempatan setiap tahun. Kerajaan juga akan mengenal pasti
pelajar terbaik Malaysia yang sedang belajar di universiti terbaik di luar negara dan akan
menyediakan biasiswa bagi membiayai yuran pengajian tahun akhir dengan syarat mereka
kembali ke tanah air. Di samping itu, langkah akan diambil untuk memastikan rakyat Malaysia
yang belajar di luar negara dengan biasiswa kembali ke Malaysia sebaik sahaja menamatkan
pengajian mereka.
Penglibatan Diaspora Rakyat Malaysia
Kepelbagaian dan saiz komuniti rakyat Malaysia di luar negara adalah aset unik yang boleh
dimanfaatkan untuk melonjakkan Malaysia ke arah ekonomi berpendapatan tinggi. Dianggarkan
lebih daripada 700,000 rakyat Malaysia bekerja dan tinggal di luar negara, kebanyakan daripada
mereka adalah profesional berkemahiran tinggi. Kerajaan akan mengambil usaha yang tekal
untuk mengenal pasti rakyat Malaysia yang berbakat di luar negara, untuk terlibat dengan

mereka dan mendorong mereka menyumbang kepada negara melalui tindakan berikut:
Mengekalkan hubungan. Diaspora Malaysia akan dilibatkan secara aktif dalam membina dan
memperkukuh hubungan mereka dengan Malaysia. Kerajaan secara aktif akan mengenal pasti,
mempertemu dan membentuk jaringan. Pangkalan data diaspora yang lengkap mengandungi
maklumat seperti pakar dalam sektor ekonomi utama dan latar belakang kemahiran akan
diwujudkan dan diselenggara supaya mereka dilibatkan dalam bidang bersesuaian;
Mengesah dan mengiktiraf sumbangan. Anugerah dan acara yang bersesuaian akan
diwujudkan untuk mengiktiraf dan meraikan pencapaian penting ahli komuniti diaspora
Malaysia. Di samping itu, persatuan diaspora Malaysia akan diwujudkan bagi menyediakan
peluang rangkaian melalui saluran atas talian dan pertemuan bersemuka di bandar raya yang
menjadi tumpuan rakyat Malaysia di luar negara untuk menyediakan aktiviti dan peluang yang
lebih besar untuk mereka menyumbang kepada negara;
Mendapatkan idea dan nasihat.
Dialog berkala akan diwujudkan antara wakil Kerajaan dengan diaspora Malaysia di bandar raya
utama yang membolehkan ahli diaspora bertukar idea dan memberi input untuk penggubalan
dasar terutamanya yang berkaitan teknologi dan perindustrian. Di samping itu, diaspora
Malaysia terkemuka akan diiktiraf sebagai autoriti dalam bidang tertentu seperti sektor
ekonomi yang utama. Mereka ini akan dirujuk dan ditawarkan untuk menganggotai lembaga
penasihat; dan
Sumber pelaburan modal. Kerajaan akan menggalak diaspora Malaysia untuk melabur di
Malaysia. Mengambil kira kepakaran mereka, diaspora akan ditawar untuk melabur dalam
projek khusus dengan kerjasama entiti perniagaan tempatan atau agensi sektor awam melalui
usaha sama.
Menubuhkan Talent Corporation bagi Membekalkan Negara dengan Modal Insan
Berkepakaran yang Diperlukan
Usaha menarik pelaburan telah dijalankan oleh Lembaga Kemajuan Pelaburan Malaysia dengan
jayanya, tetapi tiada agensi yang bertanggungjawab dalam menarik modal insan berkepakaran
yang bertaraf dunia bagi merapatkan jurang kemahiran serta membekalkan modal insan yang
sangat diperlukan dari dalam dan luar negara. Oleh itu, Talent Corporation (TC) akan
ditubuhkan pada tahun 2011 di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan mandat untuk menarik,
memotivasi dan mengekalkan modal insan berkemahiran yang diperlukan bagi mencapai status
ekonomi berpendapatan tinggi. TC akan mempunyai tiga peranan utama:
Sebagai pemangkin. TC akan meneraju dan memacu inisiatif dalam usaha untuk menarik dan
membangunkan modal insan berkepakaran bertaraf dunia melalui pengurusan modal insan
berkepakaran kebangsaan dengan kerjasama sektor awam dan swasta. Inisiatif ini merangkumi
usaha untuk melibatkan diaspora Malaysia, 248 mengenal pasti dan mengumpul modal insan
berkepakaran yang berpotensi, dan mencungkil bakat dan mempergiat pembangunan pemimpin
pelapis;
Sebagai pemudah cara. TC akan membantu industri dan sektor swasta dalam mewujud,
memotivasi dan mengekalkan modal insan berkemahiran. Pihak berkepentingan dari pelbagai
agensi dan syarikat akan diketemukan untuk mewujudkan keselarasan dan koordinasi kukuh
kepada pengurusan modal insan berkepakaran kebangsaaan. Di samping itu, peranan ini akan
dilengkapkan melalui penyediaan insentif dan sokongan untuk menghubung dan mengagih
modal insan berkepakaran; dan
Sebagai penyampai. TC akan bertanggungjawab memastikan inisiatif utama negara tentang
pembangunan modal insan di semua peringkat dilaksanakan bagi membangunkan dan
mengekalkan modal insan berkepakaran di Malaysia dan merapatkan jurang yang besar serta
menangani halangan dalam pembangunan modal insan berkepakaran. TC juga akan
bertanggungjawab terhadap pelaksanaan program dan mengenal pasti program dan menilai
kesan inisiatif utama pembangunan modal insan berkepakaran. Rangka Tindakan Modal Insan
Berkemahiran Kebangsaan yang bersepadu akan dibangunkan oleh TC dengan kerjasama sektor
awam dan swasta pada tahun 2011. Rangka tindakan ini akan mengenal pasti dan membuat

unjuran keperluan modal insan berkepakaran dalam sektor ekonomi utama dari semasa ke
semasa, dan membangunkan inisiatif yang khusus bagi mempercepat bekalan modal insan
berkepakaran yang kritikal. Rangka tindakan tersebut akan:
Menyediakan analisis menyeluruh bagi menangani isu modal insan berkepakaran bermula
daripada peringkat prasekolah hingga persaraan, dan akan dipacu oleh permintaan dengan
kerjasama industri bagi memastikan kesesuaiannya dengan keperluan pasaran dan ekonomi
berasaskan pengetahuan; dan
Mengandungi maklumat terperinci mengenai keseluruhan peringkat pembangunan modal insan
bagi memenuhi keperluan sektor yang diberi keutamaan dan Bidang Ekonomi Utama Negara
(NKEAs), jurang permintaan dan penawaran modal insan semasa an pada masa akan datang
serta portfolio inisiatif bersepadu untuk memastikan program dilaksana dan ditadbir urus
dengan berkesan. Selaras dengan peningkatan persaingan modal insan berkepakaran di
peringkat global, langkah yang proaktif diperlukan bukan sahaja untuk menarik, malahan untuk
mengenal pasti modal insan asing yang berkemahiran. Pendekatan yang akan diambil adalah
sama seperti pendekatan untuk menarik pelaburan langsung asing. TC akan bekerjasama
dengan Jabatan Imigresen dan perwakilan Malaysia untuk merancang dan melaksana strategi
secara giat untuk menarik modal insan asing dan diaspora Malaysia, terutama mereka yang
berkepakaran dalam sektor ekonomi yang diberi keutamaan atau bakal siswazah dari universiti
terkemuka dunia. Di samping usaha mengadakan roadshow dan festival kerjaya, Kerajaan akan
melatih, mengenal pasti dan menarik modal insan asing berkepakaran tinggi bagi memenuhi
kekurangan kemahiran dan pengetahuan tertentu di Malaysia. Program menarik dan
mengekalkan modal insan sedia ada seperti Program Menggalak Warga Negara Malaysia yang
Berkepakaran yang Bekerja Di Luar Negara Pulang Ke Malaysia dan Program Brain Gain akan
digabungkan di bawah TC dan diperkukuh untuk memastikan penyelarasan yang lebih baik,
lebih fokus dan memberi impak yang lebih besar. Insentif di bawah program ini akan dikaji
semula dan diperluas untuk menjadikannya lebih menarik bagi kumpulan modal insan
berkepakaran tinggi yang disasarkan di luar negara.
KESIMPULAN
Pembangunan modal insan merupakan elemen asas dan kritikal dalam mentransformasikan
ekonomi Malaysia daripada negara berpendapatan sederhana kepada negara berpendapatan
tinggi. Untuk mencapai daya saing yang tinggi di peringkat global dan ekonomi berasaskan
inovasi, pendekatan yang sistematik dan menyeluruh untuk membangun, menarik dan
mengekalkan modal insan berkepakaran tinggi negara diperlukan. Malaysia perlu merapatkan
jurang untuk mencapai modal insan berkepakaran bertaraf dunia. Kerajaan akan melaksanakan
perubahan menyeluruh di setiap tahap pembangunan modal insan sepanjang kitaran hayat,
iaitu daripada menambah baik pendidikan awal kanak kanak sehingga peningkatan kemahiran
tenaga kerja sedia ada. Pembangunan dan pengukuhan kualiti guru akan diberi tumpuan untuk
meningkatkan pencapaian pelajar. Sekolah dan pengetua akan dipertanggungjawab terhadap
pencapaian pelajar serta diberi lebih bantuan dan autonomi sewajarnya. Dalam tempoh
Rancangan, lebih penekanan akan diberi kepada latihan kemahiran bagi memastikan negara
dapat membentuk modal insan yang memenuhi keperluan industri, meningkatkan produktiviti
dan rantaian nilai ekonomi yang lebih tinggi. Pendidikan teknikal dan latihan vokasional akan
diarusperdanakan, dan pendidikan tertiari akan dinaik taraf dengan ketara melalui pemberian
autonomi yang lebih besar dan pengurusan berprestasi tinggi dengan matlamat ke arah
meningkatkan kebolehpasaran siswazah dan mobiliti kerja. Dalam tempoh Rancangan, sumber
akan ditumpukan kepada usaha untuk membangun serta mengekalkan modal insan terbaik
bertaraf dunia. TC akan ditubuhkan dengan mandat utama untuk mengenal pasti dan membekal
modal insan berkepakaran tinggi yang amat diperlukan oleh sektor ekonomi utama bagi
memastikan aspirasi negara tercapai. Pada masa yang sama, usaha yang lebih gigih diambil
untuk memastikan akses yang saksama kepada peluang meningkatkan kemahiran dan
menyokong golongan yang amat memerlukan. Sehubungan ini, inisiatif latihan kemahiran akan
ditumpukan kepada isi rumah 40% terendah serta program penambahbaikan sekolah dan
inisiatif LINUS dilaksana bagi merapatkan jurang pencapaian bagi pelajar yang ketinggalan

dalam pembelajaran dan meningkatkan pencapaian sekolah berprestasi rendah. Langkah ini
akan memastikan setiap pelajar di Malaysia boleh berjaya. Modal insan berkemahiran tinggi
merupakan asas terpenting bagi mencapai ekonomi berpendapatan tinggi. Membangun dan
mengekalkan modal insan bertaraf dunia untuk Malaysia amat memerlukan usaha yang tekal,
terselaras dan berfokus supaya kepelbagaian dapat dimanfaatkan ke peringkat antarabangsa
serta untuk memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan berkemahiran tinggi di Malaysia

Takrif Pendidikan Tertiari


Oleh: MARZITA ABDULLAH
PENDIDIKAN tertiari adalah peralihan selepas
tamat pendidikan menengah, sebelum ke peringkat
pendidikan tinggi. - gambar hiasan.

PENDIDIKAN tertiari dalam konteks sistem pendidikan Malaysia adalah pendidikan


selepas pendidikan menengah sehingga ke peringkat pendidikan tinggi.
Pendidikan pada peringkat ini merangkumi program pendidikan di kolej komuniti,
politeknik, institut latihan yang dikendalikan oleh agensi kerajaan dan swasta, universiti
awam dan institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS).
Menurut Menteri Pendidikan, Tan Sri Musa Mohamad, menjelang tahun 2010 negara
memerlukan 1.2 juta tenaga profesional dan separa profesional dalam pelbagai bidang
termasuklah bidang teknikal, perubatan, kesihatan dan perguruan untuk terus berdaya
maju dan membina tapak ekonomi yang kukuh sebelum mencapai sepenuhnya taraf
negara maju sedekad kemudian dalam tahun 2020.
Justeru itu dalam pembentangan pelan Pembangunan Pendidikan 2001-2010 baru-baru
ini, Kementerian Pendidikan telah merangka strategi dan pelan tindakan yang perlu
dilaksanakan segera dalam menghasilkan sumber manusia yang mampu menangani
cabaran-cabaran globalisasi dan k-ekonomi ke arah mencapai tahap negara maju
sepenuhnya.

Melalui pelan itu, tindakan segera yang digariskan oleh kementerian ialah penubuhan
kolej komuniti di setiap kawasan Parlimen menjelang tahun 2010 setelah penubuhan 12
kolej sedemikian di kawasan Parlimen terpilih sebagai pelaksana rintis pada tahun ini.
Sebanyak 12 politeknik ditubuhkan menjelang tahun 2005 dan 12 buah lagi antara tahun
2006 sehingga 2010 serta meningkatkan kapasiti 5,000 pelajar bagi setiap satu politeknik
sedia ada.
Sejajar dengan itu penubuhan lebih banyak universiti awam untuk menampung 1.05 juta
pelajar pada tahun 2005 dan 1.6 juta pelajar pada tahun 2010 juga akan dilaksanakan
segera.
Penaikan taraf kolej universiti dan meningkatkan kapasiti universiti awam yang sedia ada
segera dilaksanakan selain menggalakkan penubuhan lebih banyak kolej universiti
melalui peningkatan taraf IPTS bukan bertaraf universiti dan menambah bilangan kolej
universiti serta universiti swasta baru.
Berdasarkan konsep pelajar adalah pelanggan, justeru itu pemantapan piagam pelanggan
perlu dilaksanakan segera dengan memastikan tempoh memproses permohonan kursus
baru di IPTS dalam masa tiga bulan, meningkatkan enrolmen ijazah tinggi di universiti
awam dan IPTS dan mengenakan kadar yuran IPTS yang berpatutan supaya lebih banyak
pelajar mampu belajar di IPTS.
Universiti teknikal juga akan ditubuhkan segera untuk meningkatkan bilangan
profesional yang `hands-on' dengan mengambil pelajar jurusan teknikal, vokasional dan
kemahiran.
Kemudahan untuk 50 peratus pelajar kejuruteraan di universiti awam dan universiti
teknikal dilaksanakan segera agar matlamatnya tercapai sepenuhnya pada tahun 2005.
Kementerian Pendidikan juga akan menyegerakan pemastian bilangan tenaga pengajar
yang mencukupi dan berkualiti dengan meningkatkan latihan dalam dan luar negara serta
memperluaskan program latihan dengan pihak industri.
Skim latihan dalam perkhidmatan serta pembiayaan yang mencukupi di dalam dan luar
negara juga diperkenalkan bagi tenaga pengajar memajukan diri dalam kerjaya.
Turut disenaraikan bagi tindakan segera ialah meningkatkan program latihan industri bagi
tenaga pengajar politeknik dan kolej komuniti dan IPTS dengan melibatkan pihak
industri.
IPTS akan menerima kemudahan dan insentif bagi rancangan pembangunan staf
akademik.

Bagi tenaga pengajar pula, penambahan bilangannya yang berkelayakan dengan


menetapkan 75 peratus tenaga pengajar universiti memiliki ijazah doktor falsafah (Phd)
atau kepakaran profesional menjelang 2005.
Selain itu, menetapkan 50 peratus daripada tenaga pengajar di politeknik serta IPTS yang
mengendalikan program diploma mempunyai kelulusan ijazah tinggi menjelang 2005.
Dalam pelan berkenaan, 10 peratus tempat untuk tenaga pengajar luar negara akan
disediakan di universiti awam pada tahun tersebut.
Turut disenaraikan bagi tindakan segera ialah menyediakan insentif untuk menarik balik
rakyat Malaysia yang berkelayakan untuk menjadi tenaga pengajar bagi bidang kritikal.
Bagi kolej komuniti, kementerian akan memastikan ia mempunyai 83 peratus pengajar
siswazah dan 17 peratus pengajar bukan siswazah untuk kursus jangka panjang serta 100
peratus pengajar siswazah untuk kursus jangka pendek bagi tempoh tersebut.
Dalam memantapkan pembangunan tertiari, kementerian melaksanakan tindakan segera
menggalakkan pihak swasta mengadakan program latihan pembangunan staf dengan
bantuan kementerian.
Selain itu, pengenal pastian kekuatan penyelidikan di IPT dan mewujudkan sekurangkurangnya satu pusat kecemerlangan penyelidikan di IPT turut diberi perhatian.
Justeru itu pemimpin penyelidik yang dapat membimbing penyelidik-penyelidik muda
sebagai kumpulan pelapis perlu diwujudkan segera.
Pembangunan ICT sekarang mendesak kementerian untuk melaksanakan segera dasar
sebuah komputer untuk empat orang pelajar menjelang tahun tersebut.
Sehubungan dengan itu, insentif dalam bentuk pinjaman, potongan cukai atau
penghapusan cukai bagi pembiayaan peralatan pendidikan atau pembangunan
infrastruktur pendidikan kepada IPTS akan diberikan.
Perpustakaan maya untuk membolehkan perkongsian maklumat dan membangunkan
pangkalan ilmu, menggunakan konsep e-universiti dalam membina kampus-kampus baru
universiti akan dibangunkan segera.
Bagi pembiayaan pengajian pelajar pula, peluasan kemudahan bantuan kewangan untuk
pelajar memasuki institusi pendidikan tertiari dengan memperbanyakkan sumber
pembiayaan pendidikan, menambahkan dana kepada Perbadanan Tabung Pendidikan
Tinggi Nasional (PTPTN), menyediakan insentif kepada IPTS yang menyediakan dana
bagi pembiayaan yuran pengajian.
Pembangunan kos pembangunan dan pengurusan pendidikan tertiari dengan peningkatan
dan kepelbagaian sumber kewangan institusi itu khususnya universiti melalui penjanaan

kewangan untuk membiayai kos pengurusan dengan sasaran sebanyak 20 peratus pada
tahun 2005 dan 35 peratus pada tahun 2010.
Satu garis panduan untuk universiti awam menjana sumber kewangan, mempergiatkan
aktiviti yang dapat menambahkan pendapatan dan meningkatkan perolehan kewangan
dan perkongsian kos pendidikan melalui program usaha sama, dengan industri, pihak
swasta dan komuniti setempat akan diwujudkan segera.
Menurut Musa, pengalaman lalu menunjukkan bahawa kegagalan dalam banyak pelan
yang diperkenalkan termasuklah program dan projek kerajaan adalah kerana
ketidakfahaman dan sikap tidak bersungguh-sungguh di kalangan sebahagian besar orang
yang melaksanakannya.
Justeru itu katanya, adalah menjadi tanggungjawab semua pihak terutamanya di kalangan
pemimpin di setiap peringkat untuk menjelaskan matlamat, sasaran dan perincian
program serta aktiviti yang akan dilaksanakan di bawah Rancangan Pembangunan
Pendidikan 10 tahun itu kepada orang bawahan masing-masing.
Pengenalan :-Pendidikan memainkan peranan utama bagi perkembangan ekonomi dan pembangunan
sesebuah negara. Proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di dalam bilik darjah merupakan
petunjuk utama yang dapat mengukur dengan tepat kemajuan masa depan sesebuah negara.
Dalam menghadapi persaingan ekonomi global pada masa ini, kejayaan sesebuah negara amat
bergantung pada ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang dimiliki oleh rakyat. Oleh itu,
negara yang mempunyai rakyat berpendidikan tinggi akan menikmati kemajuan ekonomi
yang lebih tinggi. Selain itu, pendidikan juga menjadi asas pembinaan negara bangsa dan pengukuhan
perpaduan. Melalui pendidikan, individu dapat meningkatkan taraf hidup, menjadi ahli masyarakat
yang berjaya dan penyumbang aktif kepada pembangunan negara.

PENDAHULUAN
Sumber manusia ditakrifkan sebagai sekumpulan kakitangan dan pekerja yang
berkhidmat dalam sesebuah organisasi. Sumber manusia yang berkualiti adalah elemen
terpenting dalam memastikan sesebuah negara dapat terus berdaya saing dan berdaya
tahan, lebih-lebih lagi dalam era globalisasi yang berlandaskan pengetahuan, serta
bertunjangkan sains dan teknologi.
Pembangunan sesebuah negara itu akan berjaya dalam persekitaran yang mencabar ini
sekiranya sumber manusia yang ada pada negara tersebut berusaha dengan lebih tekun
untuk meninggikan produktiviti, kecekapan dan daya saing, serta meningkatkan
kemampuan inovasi dan daya kreativiti. Hal yang selalu kita dengar terutamanya di
Malaysia ialah mengenai pembangunan modal insan kerana hal inilah yang akan
menentukan kejayaan dan kegemilangan sesebuah negara itu pada masa akan datang.
Tidak dapat dinafikan lagi tanpa sumbangan sumber manusia yang berkualiti, agak sukar
bagi sesebuah negara mencapai matlamat yang diinginkan sama ada dalam pembangunan
ekonomi atau pun dalam aspek pembangunan sosial. Jadi topik yang lebih dititik beratkan
dalam perbincangan ini ialah mengenai sumbangan sumber manusia dalam pembangunan
sosial dan ekonomi sesebuah negara dengan mengambil contoh Malaysia.
SUMBANGAN SUMBER MANUSIA DALAM PEMBANGUNAN SOSIAL DAN

EKONOMI SESEBUAH NEGARA


Pendidikan dan pembangunan sumber manusia adalah kunci kepada peningkatan daya
saing negara. Bekalan tenaga kerja yang terlatih, produktif dan komited adalah keperluan
utama bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara berterusan seperti negara lain.
Merujuk kepada Malaysia, kita dapat melihat sumber manusia berdasarkan pertambahan
jumlah penduduk yang ada pada negara ini sejak dari tahun 2002 hingga 2006. Melalui
pertambahan jumlah penduduk yang sentiasa meningkat di negara ini, ia dapat menjamin
pembangunan negara secara berterusan dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, politik,
sosial dan sebagainya. Justeru itu, dapat kita membuat kesimpulan yang tepat mengenai
kadar sumber manusia yang perlu dan dapat digunakan di negara ini secara optimum.
Sistem pendidikan kita harus mampu memenuhi kehendak komersil dan industri, dan
boleh menghasilkan tenaga kerja yang berupaya dan bersifat inovatif, produktif dan
berkemahiran. Kepelbagaian kemahiran, kecemerlangan intelek, ketinggian nilai moral
dan keteguhan jati diri sepatutnya adalah hasil muktamad sistem pendidikan kita.
Kekurangan buruh mahir akan memperlahankan peralihan Malaysia ke ekonomi yang
berdasarkan pengetahuan.
Dalam aspek ekonomi, adalah penting menyediakan sumber manusia yang berilmu
selaras dengan kemajuan negara berasaskan kemahiran, kreativiti, serta berdaya saing
tinggi bagi mencapai kemajuan negara berasaskan K-ekonomi dan selaras dengan
perkembangan globalisasi. Jadi penggunaan optimum guna tenaga buruh dan sumber
sama ada sumber manusia atau sumber alam yang sedia ada akan mempercepatkan dan
menjayakan matlamat ini. Pembangunan sumber manusia yang bermatlamatkan
kemajuan negara berasaskan K-ekonomi adalah antara objektif utama Rancangan
Malaysia Ke-9, ianya merupakan langkah-langkah awal mencapai Wawasan 2020. Untuk
mencapai sasaran ini, rancangan, penelitian dan strategi yang bertepatan ke arah
penyediaan sumber manusia yang berilmu selaras dengan kemajuan negara berasaskan
kemahiran, kreativiti, serta berdaya saing tinggi perlu diadakan. Apabila matlamat ini
dapat dicapai, secara langsung ianya akan meningkatkan produktiviti dalam negara atau
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) serta taraf hidup atau pendapatan rakyat di
negara ini meningkat . Mengikut perangkaan, lebih kurang 80 peratus dari sumber
pendapatan isi rumah Bumiputera adalah dihasilkan melalui upah dan gaji. Sementara
pendapatan dari milikan harta hanyalah menyumbang kurang dari 1 peratus (Ismail,
2005).
Berdasarkan guna tenaga yang ada pada Malaysia kini, tidak mustahil perkara ini dapat
dicapai dan ini merupakan antara sumbangan sumber manusia yang penting dalam
pembangunan sesebuah negara itu . Di sisi lain, ianya meningkatkan mobiliti buruh yang
ada pada negara tersebut. Guna tenaga yang banyak di sesebuah negara mewujudkan
daya saing yang tinggi di kalangan buruh dan kesannya dapat meningkatkan mobiliti
buruh serta tahap kemahiran dan kecekapan.
Sumber manusia merupakan aset kepada guna tenaga sesebuah negara. Sumber manusia
di sesebuah negara itulah yang akan memenuhi peluang pekerjaan. Rajah 3 di atas
menunjukkan kadar guna tenaga mengikut industri sektor peringkat primer, sekunder, dan
tertier serta kadar pengangguran di kalangan rakyat Malaysia dari tahun 2004 sehingga
suku pertama 2006. Pembangunan ekonomi yang pesat di Malaysia memerlukan guna

tenaga yang banyak dan di sinilah menerangkan sumbangan sumber manusia sebagai
memenuhi peluang pekerjaan dan guna tenaga dalam industri pelbagai sektor di negara
ini tanpa mengharapkan sumber manusia atau tenaga kerja dari luar.
Apabila penggunaan sumber manusia secara optimum dipraktikkan di sesebuah negara,
secara langsung ia dapat mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing bagi
memenuhi keperluan dalam industri primer, sekunder dan tertier contohnya sektor
perindustrian, pembinaan, perladangan dan perkhidmatan. Secara tidak langsung juga ia
akan mengurangkan pengaliran Ringgit (RM) ke luar negara. Namun amat berbeza
dengan keadaannya di Malaysia setakat ini yang kekurangan sumber manusia (tenaga
buruh) dalam pelbagai sektor terutamanya dalam sektor pembinaan, perladangan dan
perindustrian. Justeru itu, pengambilan pekerja asing terutamanya dari Indonesia,
Bangladesh, India dan Vietnam semakin bertambah dari tahun ke tahun untuk memenuhi
kekurangan dalam sektor terbabit. Antara faktor utama menyebabkan keter bergantungan
kepada pekerja asing untuk memenuhi kekurangan dalam sektor terbabit adalah
disebabkan sikap rakyat Malaysia yang memilih pekerjaan dan kemungkinan besar
disebabkan gaji yang rendah atau beratnya sesuatu pekerjaan itu. Lebih buruk lagi apabila
sesetengah golongan lebih rela menganggur dan ini juga antara faktor yang menerangkan
berlakunya sedikit peningkatan kadar pengangguran dari tahun 2004 sehingga fasa 1
tahun 2006. Walaupun kita tidak dapat menafikan sumbangan tenaga kerja asing kepada
perkembangan ekonomi dan pembangunan negara ini, namun kuantiti tenaga kerja asing
perlu dikurangkan sedikit demi sedikit kerana di sebalik kebaikan pengambilan tenaga
kerja asing ini terdapat kesan negatif yang timbul terutamanya dalam bidang sosial
seperti peningkatan kes jenayah, setinggan dan sebagainya. Dalam konteks ini, kerajaan
perlu mewujudkan dasar yang konsisten mengenai pengambilan pekerja asing. Dengan
adanya dasar yang konsisten, perancangan yang lebih tersusun boleh dilakukan oleh
pihak-pihak yang terlalu bergantung kepada tenaga asing. Pada masa yang sama, kita
perlu menggalakkan penggunaan tenaga kerja tempatan sepenuhnya dengan memberi
peluang kerja sandaran/sementara kepada suri rumah dan pesara diberi peluang terus
menyumbang mengikut kepakaran masing-masing dan sedikit sebanyak dapat mengatasi
dan mengurangkan kadar dan masalah pengangguran di kalangan rakyat negara ini.
Sementara itu, pihak-pihak yang terlibat dalam penggunaan tenaga buruh secara intensif
hendaklah bersedia untuk menghadapi perubahan dalam rancangan jangka panjang yang
menjurus kepada penggunaan jentera untuk mengambil alih tenaga buruh asing yang
banyak dalam sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan. Oleh yang demikian,
mereka perlulah melengkapkan diri dengan modal dan pengetahuan secukupnya bagi
menghadapi peralihan kepada penggunaan teknologi tinggi yang lebih mengutamakan
tenaga kerja mahir menggunakan peralatan canggih berteknologi tinggi. Kehadiran
tenaga kerja mahir yang mampu mengendalikan peralatan berteknologi tinggi sekali gus
akan dapat mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing. Bahkan ianya akan
menyemarakkan lagi kajian dan penyelidikan (R&D) untuk mengenal pasti teknologi
baru. Penemuan-penemuan teknologi baru sekali gus akan meningkatkan imej negara ini
di mata dunia. Dalam situasi ini sudah tentu Malaysia akan menjadi tumpuan dunia untuk
menjalankan proses R&D dan sedikit sebanyak mempercepatkan dan memperbanyakkan
lagi pertumbuhan pusat kajian dan penyelidikan (R&D) di Malaysia.
Menurut C.F. Ayres dalam bukunya The Theory of Economic Growth, pendidikan adalah
syarat yang paling utama untuk pembangunan ekonomi sesebuah negara. Bagi

melahirkan generasi masa hadapan yang berkemahiran, berketerampilan, berilmu dan


beretika mulia yang dapat memenuhi keperluan guna tenaga dalam ekonomi yang
berasaskan pengetahuan serta mewujudkan satu bangsa yang bersepadu, perkara-perkara
berikut perlu dilakukan kepada pengurusan sumber manusia di negara ini terutamanya
dalam sistem pendidikan seperti memperkasakan sekolah kebangsaan, memperkukuhkan
penguasaan dalam Bahasa Inggeris, memantapkan profesion perguruan, meningkatkan
kualiti sekolah luar bandar, menyediakan peluang pendidikan tinggi dan menggalakkan
pendidikan sepanjang hayat, membanteras amalan bibit-bibit perkauman di kalangan
pelajar dan sebagainya (Ismail, 2005). Jadi modal insan pada sesebuah negara dapat
ditingkatkan kualitinya apabila kemajuan dalam sistem pendidikan dapat dicapai.
Sesebuah masyarakat boleh berdiri sendiri di atas kaki sendiri sebagaimana Jepun
andainya mempunyai tenaga mahir dan terlatih. Jepun sudah lama mementingkan
pendidikan dan mereka menggunakan sumber yang terhad di negaranya dengan sebaikbaiknya. Jika penduduk Malaysia boleh mencapai taraf ini, sudah tentu Malaysia
merupakan negara yang paling kaya di dunia. Pada keseluruhan, terdapat peningkatan
dalam penyertaan dalam sistem pendidikan kebangsaan telah bertambah baik, dengan
peningkatan ketara di peringkat prasekolah, sekolah rendah dan menengah serta tertiari.
Purata nisbah saiz guru bagi sekolah rendah dan menengah telah bertambah baik. Oleh
sebab itu, pelbagai langkah telah diambil seperti penggunaan ICT serta meningkatkan
kemahiran mengajar. Dengan berkembangnya sistem pendidikan negara, ia menyumbang
melahirkan ramai tenaga kerja yang berkemahiran tinggi dan sedikit sebanyak ia
menyumbang kepada kemajuan negara.
Bagi memenuhi permintaan sumber manusia mahir yang meningkat, seramai 597, 384
pekerja mahir telah dikeluarkan institusi latihan dan 4.8 juta tempat latihan untuk
meningkatkan kemahiran telah disediakan oleh Pembangunan Sumber Manusia Berhad
dalam tempoh 1991 hingga 2005. Peluang meningkatkan kemahiran dan belajar
sepanjang hayat juga ditambah melalui penubuhan kolej komuniti dan universiti terbuka
dan hal ini sedikit sebanyak memberi ruang kepada golongan muda yang tidak dapat
meneruskan pelajaran ke institut pengajian tinggi awam mendapat peluang pendidikan
alternatif bagi meneruskan minat dan mengasah bakat mereka (RMK Ke-9). Jadi,
pertambahan penduduk dan sumber manusia di sesebuah negara merupakan penyumbang
utama kepada mempercepatkan pertumbuhan institusi pendidikan dan latihan dalam
pelbagai bidang seperti MARA, kolej komuniti dan sebagainya.
Apabila berlakunya peningkatan dalam pendidikan, kualiti hidup juga bertambah dari
segi keperluan-keperluan asas, seperti makanan, kesihatan, pakaian dan tempat
perlindungan. Dalam aspek kesihatan, sumber manusia yang ada pada negara ini
merupakan penentu kepada kemajuan kerana sesebuah masyarakat tidak boleh maju
tanpa kesihatan yang baik. Selalunya kadar kematian bayi ialah petunjuk paling baik
mencerminkan taraf kesihatan sesebuah negara. Walau bagaimanapun, Malaysia boleh
dikatakan negara yang mempunyai taraf kesihatan yang tinggi kerana pengetahuan dalam
kesihatan telah meningkat di kalangan rakyatnya serta banyaknya kemudahan kesihatan
di pelbagai tempat.Apabila taraf kesihatan telah meningkat, kemajuan dalam sektor
ekonomi secara tidak langsung juga meningkat kerana hanya sumber manusia yang sihat
sahaja mampu menjalankan pembangunan di sesebuah negara. Kesannya, kualiti hidup di
negara ini bertambah baik dengan peningkatan kadar kesihatan yang baik.
Selain itu, pembangunan dalam pendidikan melahirkan masyarakat yang berkemahiran

dan berpengetahuan dalam pelbagai bidang serta berketerampilan tinggi bukan sahaja
dalam aspek ekonomi tetapi dalam aspek sosial. Hal ini menjurus kepada pemupukan dan
perpaduan kaum di samping meninggikan nilai sosial di Malaysia. Dalam bidang
pendidikan, sekolah kebangsaan memainkan peranan penting dalam mengeratkan
integrasi pelbagai kaum kerana penyertaan masyarakat berbilang kaum di sekolahsekolah kebangsaan seluruh negara sedikit sebanyak menyemai pemahaman agama dan
budaya berlainan kaum. Di institusi pengajian tinggi awam seperti universiti, pengenalan
kursus Hubungan Etnik sedikit sebanyak membantu pengetahuan mahasiswa dan
mahasiswi mengenai kebudayaan dan adat resam sesuatu kaum selanjutnya mewujudkan
golongan bermasyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum. Apabila perpaduan kaum
wujud, kestabilan dan keamanan negara akan terjamin. Konsep Islam Hadari yang
diperkenalkan pada tahun 2004 merupakan suatu pendekatan penting kepada rakyat
dalam menggabungkan pencapaian dan kemajuan, di samping berpegang teguh kepada
nilai sejagat dan tuntutan Islam. Apabila norma-norma ini dapat dihayati dengan baik,
maka ia akan menyemarakkan lagi kehidupan bermasyarakat yang berpegang teguh
kepada nilai sejagat dan tuntutan Islam dan dapat mewujudkan perpaduan kaum serta
menjamin kestabilan politik dan keamanan negara.
Di samping itu, peningkatan dalam kecekapan dan keberkesanan dalam sektor awam
meyakinkan masyarakat akan keberkesanan pemerintahan kerajaan sesebuah negara. Jadi
konsep sektor awam yang lebih proaktif dan lebih tertumpu kepada pelanggan menjadi
teras kepada kejayaan ini. Namun beberapa perkara harus diambil perhatian dalam
menjayakannya seperti menjalankan program pengurusan kualiti, perlaksanaan Piagam
Pelanggan, perkhidmatan kaunter yang cekap, penilaian produktiviti dan prestasi,
penggunaan teknologi yang meluas, pengurusan pengaduan awam yang lebih cekap dan
pemupukan nilai etika serta kerja yang positif (RMK 9, 2006). Meningkatkan produktiviti
kerja melalui latihan yang bercorak kemahiran dan pengetahuan IT di samping
menyerapkan budaya pendidikan sepanjang hayat bukan sahaja di kalangan pekerja di
sektor awam tetapi juga di sektor swasta.
Dalam aspek ini, maka wujudnya kestabilan politik sesebuah negara kerana kepercayaan
rakyat kepada pemerintah dalam mengurus pentadbiran negara. Politik yang stabil dan
sumber manusia yang banyak serta berkemahiran akan menarik minat kemasukan modal
asing ke dalam negara. Syarikat dan firma-firma gergasi asing seperti Toyota, Samsung,
Philips, Intel dan Shell ( hanya menyebut beberapa nama) akan tertarik melabur di
Malaysia kerana kestabilan politik negara ini di samping mempunyai sumber manusia
yang mahir dalam pelbagai bidang. Kita ambil contoh perbandingan Malaysia dengan
China dalam sumber manusia. Kemasukan modal dan pelaburan asing di Malaysia
kemungkinan disebabkan dasar pemerintah dan sumber manusia yang mempunyai
kemahiran yang tinggi. Berbanding dengan China akibat dasar pemerintahnya selepas
kemasukannya ke dalam Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) pada tahun 2001 dan
membuka pasaran negaranya kepada pelaburan asing menyebabkan pertumbuhan
ekonomi yang mendadak sekali. Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor dan di antaranya
ialah faktor sumber manusia iaitu China mempunyai penduduk yang paling ramai di
dunia dan secara langsung menyediakan guna tenaga buruh yang ramai di samping kos
upah buruh yang murah.
Penduduk atau sumber manusia yang ramai akan meluaskan lagi pasaran dan
meningkatkan kuasa beli di sesebuah negara. Sumber manusia merupakan aset pasaran

sesebuah negara serta sumber manusia juga merupakan pengguna dalam pasaran ekonomi
sesebuah negara. Contohnya Malaysia yang mempunyai bilangan penduduk kira-kira 26
juta orang pada tahun 2006 merupakan pasaran bagi barang dan perkhidmatan yang di
keluarkan oleh sesebuah firma dan kerajaan tempatan atau firma gergasi pelbagai bangsa
dari luar negara. Apabila adanya sumber manusia sebagai pengguna dan mereka ada
kuasa beli, ia seterusnya akan menjadi penentu kepada kemajuan ekonomi negara itu.
Terdapatnya pasaran yang luas di sesuatu kawasan kerana mempunyai sumber manusia
yang ramai, ia akan menarik pemodal untuk melabur di kawasan tersebut. Apabila
semakin ramai industri yang masuk, secara tidak langsung ia memajukan kawasan
terbabit dengan pembinaan pelbagai infrastruktur seperti jaringan pengangkutan,
perumahan, kemudahan awam dan sebagainya. Seterusnya ia dapat mewujudkan
aglomerasi ekonomi di kawasan tersebut. Lembah Klang merupakan salah satu kawasan
perindustrian yang bukan sahaja menyebabkan kemajuan di kawasan tersebut malah juga
mewujudkan aglomerasi ekonomi. Sumber manusia yang ada di kawasan itu sama ada
penduduk asal atau hasil daripada migrasi telah mewujudkan pasaran yang luas kerana
terdapatnya ramai pengguna di kawasan tersebut.
Seperti yang telah kita ketahui, suatu ketika dahulu sumber manusia dikatakan sebagai
kos kepada sesebuah organisasi tetapi berdasarkan perubahan masa dan anjakan
paradigma, ia menukar sumber manusia sebagai aset kepada sesebuah organisasi.
Betapa pentingnya sumber manusia kepada sesebuah organisasi dapat kita lihat pada
pernyataan tersebut. Oleh itu, sumber manusia akan dapat memajukan sesuatu organisasi
yang terlibat meluaskan empayarnya. Hal ini dapat kita lihat kepada syarikat-syarikat
besar atau firma-firma gergasi dunia seperti Sony (Jepun) dan Samsung firma dari Korea
Selatan (sekadar menyebut beberapa nama) yang mempunyai cawangan dan rangkaian
hampir di seluruh dunia. Kecekapan dalam sistem pengurusan dan pentadbiran serta
peningkatan produktiviti dan inovasi di kalangan pekerja atau sumber manusia
merupakan faktor penting sebagai aset kejayaan sesebuah organisasi. Nyata sekali sumber
manusia pada firma-firma tersebutlah yang menentukan kejayaan firma itu pada masa
sekarang. Begitu juga dengan keberkesanan sesebuah kerajaan kerana faktor sumber
manusia yang menguruskannya. Selain dua firma tersebut, kita ambil contoh Malaysia
misalnya, khususnya Petronas iaitu syarikat cari gali minyak serta Proton iaitu pengeluar
kereta nasional, penentu kepada kejayaan kedua firma milik kerajaan Malaysia ini
meluaskan empayarnya ke luar negara seperti Petronas yang melabur di negara Timur
Tengah adalah disebabkan kecekapan pengurusan, peningkatan produktiviti, serta
penemuan inovasi oleh sumber manusia yang menguruskan firma-firma ini. Program
yang patut diperluaskan ialah penggunaan E-Dagang di kalangan syarikat-syarikat
Malaysia dalam aktiviti pemasaran mereka untuk bersaing dengan syarikat antarabangsa
yang lain bagi melebarkan empayar perniagaan. Seterusnya ia bukan sahaja memajukan
dan meningkatkan ekonomi negara tetapi meningkatkan imej negara di mata dunia. Jadi
betapa pentingnya sumber manusia sebagai aset sesebuah organisasi.
Peningkatan kuantiti sumber manusia di sesebuah negara menyebabkan peningkatan
kadar proses urbanisasi di sesebuah negara seterusnya memajukan kawasan sekitarnya.
Lazimnya bandar-bandar tumbuh dengan pesat di negara membangun. Mengikut hitung
panjang, penduduk bertambah pada kadar 2.5 peratus setahun di rantau Asia Tenggara ini,
sementara bandar-bandar bertambah pada kadar 5.0 peratus setahun (Norlaily dan Yusuf,
1982). Proses ini seterusnya menyebabkan perkembangan proses perbandaran dan

pertumbuhan peluang pekerjaan di sesuatu kawasan. Kuala Lumpur misalnya merupakan


contoh yang paling dekat dengan proses urbanisasi yang pesat akibat kemasukan sumber
manusia dari kawasan lain contohnya perpindahan penduduk yang mempunyai
pendidikan dan kemahiran yang tinggi bukan sahaja dari Pantai Timur Semenanjung
Malaysia, malah dari kawasan sekitarnya serta dari Sabah dan Sarawak. Hal ini
seterusnya akan mempercepatkan proses urbanisasi Kuala Lumpur melalui pembinaan
kemudahan awam dan infrastruktur, perumahan, perindustrian dan sebagainya. Dalam
konteks proses urbanisasi di Asia Tenggara termasuk di Malaysia, antara faktor kepada
pengembangan urbanisasi ialah kesan migrasi luar bandar ke kawasan bandar. Hal ini
kemungkinan besar disebabkan oleh faktor tolakan dari luar bandar seperti kesempitan
ladang akibat sistem pembahagian tanah pusaka dan pemilik tanah mungkin menjualnya
lalu berpindah ke kawasan bandar dengan harapan mencari pekerjaan di pelbagai sektor
yang lebih menguntungkan. Namun tidak dapat dinafikan terdapat juga faktor lain seperti
penduduk luar bandar yang berpindah ke bandar secara sukarela serta faktor tarikan di
bandar.
PENUTUP
Pembangunan sumber manusia merupakan sesuatu yang harus dititik beratkan kerana
sumber manusia adalah penyumbang atau aset utama dalam pembangunan sesebuah
negara. Dengan kata lain, sumber manusia merupakan teras kepada pembangunan negara.
Dalam era globalisasi ini, sesebuah negara yang tidak mempunyai pembangunan sumber
manusia akan terus ketinggalan dalam pelbagai bidang termasuklah dalam bidang
ekonomi, sosial, politik dan sebagainya. Pendidikan memainkan peranan penting untuk
memajukan sumber manusia, oleh itu kemajuan dalam sistem pendidikan seharusnya
menjadi matlamat utama kerana melalui sistem pendidikan inilah lahirnya sumber
manusia yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Apabila kemajuan dalam bidang
pendidikan telah di kecapi, istilah negara maju serta Wawasan 2020 bukanlah sesuatu
yang mustahil untuk dicapai.

PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA: ANTARA SUMBANGAN DAN


CABARAN DALAM MENEMPUH ABAD KE-21.

KERTAS KERJA KAJIAN SISTEM PENDIDIKAN


KEBANGSAAN (MTT2353)
PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA: ANTARA SUMBANGAN DAN
CABARAN DALAM MENEMPUH ABAD KE-21.
Pendahuluan
Sektor industri pendidikan di negara sedang berubah secara dinamis dan dikira akan
mengalami banyak perubahan dan pembaharuan menjelang abad ke-21. Matlamat
menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan (center for academic
excellence) di rantau asia dan juga di peringkat antarabangsa pada abad ke 21 ini nanti
memerlukan negara ini meningkatkan kecemerlangan imej dan kualiti pendidikannya ke
taraf dunia atau memperolehi status "World Class Education".
Pendidikan bertaraf dunia menunjukkan perkembangan dan kemajuan pesat serta dinamis
pendidikan negara, khususnya dari segi kualiti, kuantiti, standard, kecemerlangan dan
kredentialiti yang diakui dan diterima di peringkat antarabangsa atau dunia. Dilihat dari
perspektif yang luas, Pendidikan Bertaraf Dunia bermaksud kemampuan dan
pencapaian cemerlang Malaysia dalam membangunkan sektor pendidikan untuk
mempelopori perubahan dan kemajuan dinamis, iaitu :

Pembangunan tenaga manusia

Kepesatan pertumbuhan ekonomi

Pembaikan taraf dan kualiti kebajikan sosial

Pemodenan dan reformasi sosial masyarakat

Kecemerlangan budaya fikir dan intelektual

Pembangunan teknologi dan sains

Kejayaan meningkatkan kadar celik huruf yang tinggi di kalangan masyarakat.

Pendidikan Bertaraf Dunia merupakan satu komitmen dan usaha Kementerian


Pendidikan bagi memperbaiki kualiti pendidikan negara supaya ia dapat ditingkatkan
kepada satu standard yang tinggi dan mampu menyaingi negara maju yang lain. Sebagai
sebuah negara yang berkembang pesat dalam berbagai aspek pembangunan, sektor
pendidikan perlu berkembang dan mengalami perubahan anjakan paradigma yang dapat
merintiskan alaf baru dalam segala aspek. Ianya juga merupakan satu langkah penting
bagi mengangkat martabat dan status Malaysia dalam dunia pendidikan di peringkat
antarabangsa.
SUMBANGAN PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA KEPADA SEKTOR
PENDIDIKAN
Apabila Kementerian Pendidikan telah menetapkan satu matlamat untuk menjadikan
pendidikan bertaraf dunia, dengan sendirinya matlamat tersebut telah mengariskan
apakah langkah-langkah yang perlu diambil. Langkah-langkah tersebut adalah:
1. Pengkorporatan Universiti.
Untuk menjadikan pendidikan negara bertaraf dunia, semua pihak di negara ini
yang terlibat dengan kegiatan pendidikan perlu meningkatkan komitmen mereka
supaya sentiasa berusaha mengekalkan dan meningkatkan kualiti pendidikan
untuk kemajuan dan perubahan. Pendidikan yang berkualiti amat penting bagi
mencorakkan perubahan dan kemajuan pembangunan sumber tenaga manusia
yang produktif di negara ini yang sedang mengorak langkah mencapai status
negara maju.
Langkah pengkorporatan universiti-universiti tempatan mempunyai motif tertentu
bukan sahaja bagi tujuan mendapatkan lebih banyak keuntungan dengan
mengurangkan tanggungan kerajaan bagi membiayai perbelanjaan pengajian
tinggi, bahkan juga bagi menjadikan sektor pendidikan di negara ini lebih dinamis
perkembangannya. Selaras dengan pengkorporatan universiti, adalah diharapkan
supaya pihak pentadbiran universiti mengadaptasikan pengurusan universiti
mengikut model-model penswastaan, pengkorporatan dan pensyarikatan yang
menekankan kepada perkhidmatan keuntungan dan produktiviti.
Kerenah birokrasi dan pelbagai red tape yang mengekang perjalanan universiti
akan dapat diatasi melalui pengkorporatan universiti. Dengan ini universiti akan
bertenaga meningkatkan kewibawaan dan memulakan anjakan paradigma barunya

membawa era pendidikan bertaraf antarabangsa. Autonomi universiti akan


digunakan untuk kepentingan korporat.
Pasaran pendidikan tinggi juga akan diperluaskan melalui pengeksportan
pendidikan ke negara lain di samping menarik pelajar ke Malaysia dengan
menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar utama bagi menjamin
kualiti, akauntabiliti dan kredibiliti pendidikan tinggi tempatan.
2. Reformasi pelbagai aspek organisasi pendidikan
Pendidikan bertaraf dunia adalah satu wawasan unggul bagi mereformasikan pelbagai
aspek organisasi pendidikan di semua peringkat persekolahan.
Ini termasuklah membaiki :

Kualiti pengajaran

Kualiti perkhidmatan

Kualiti kurikulum

Kualiti penilaian dan pensijilan

Kualiti pensyarah

Kualiti perkembangan dan kebajikan pelajar

Kualiti persekitaran budaya pelajar dan organisasi

Kualiti pengurusan dan pentadbiran universiti

Kualiti kepimpinan universiti

Kualiti penyeliaan

Kualiti mentoring

Kualiti perkembangan staf atau tenaga pengajar

1. Perubahan Sistematik
Untuk menjadikan pendidikan negara bertaraf dunia, perubahan yang hendak dibuat
mestilah sesuai dengan tuntutan semasa. Dalam kontek Malaysia sistem pendidikan mesti
dibangunkan dan dibuat pembaharuan supaya ia dapat memenuhi tuntutan wawasan 2020
kerana wawasan ini tidak akan menjadi kenyataan tanpa pembangunan sumber manusia
dari segi kuantitif dan kualitif. Perubahan dan pembaharuan adalah berdasarkan kepada
hakikat bahawa tanpa sistem pendidikan yang bertaraf dunia, impian untuk
mentransformasikan Malaysia menjadi negara maju tidak mungkin dapat dicapai.
Bertitik tolak dari kesedaran ini, Kementerian Pendidikan membuat pembaharuan yang
disifatkan sebagai sesuatu yang mesti menjangkau tempoh masa yang agak lama. Ia
mestilah bersifat sistematik iaitu ia tidak boleh terdiri dari satu komponen pendidikan
iaitu educational content, educational tools dan infrastruktur pendidikan mestilah diolah
sedemikian rupa supaya perubahan menjadi lebih bersepadu, holistik serta komprehensif.
Perubahan sistematik ini mestilah dilihat secara menyeluruh dan dalam kontek yang lebih
luas.
Pertama, soal asas iaitu perundangan. Sejauh manakah kuasa yang ada pada Kementerian
Pendidikan dalam membuat beberapa perubahan sistem pendidikan. Pembentangan Rang
Undang-Undang Pendidikan 1995 membolehkan reformasi pendidikan dilaksanakan.
Antara lain, rang undang-undang tersebut menggariskan :

Sistem pendidikan kebangsaan dicorakkan untuk menghasilkan pendidikan


bertaraf dunia dari segi kualiti untuk mencapai aspirasi negara.

Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan kepada dasar pendidikan


kebangsaan

Tempoh pendidikan rendah adalah antara lima hingga tujuh tahun

Pendidikan prasekolah sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan


kebangsaan

Pendidikan teknik dan politeknik dipertingkatkan

Peruntukan diadakan bagi mengawal selia pendidikan swasta

Bermula dengan akta, perubahan boleh dibuat terhadap komponen-komponen lain sistem
pendidikan yang merangkumi ketiga-tiga komponen penting di atas iaitu isi kandungan
pendidikan, alat-alat pendidikan dan infrastruktur. Contohnya, apabila kita mengubah
kurikulum sekolah, faktor-faktor latihan guru, soal fizikal, soal kemasukan teknologi
baru, sistem penilaian, kebajikan guru, profesionalisme dan lain-lain lagi hendaklah
diambil kira.
Begitu juga peningkatan taraf institusi pendidikan tinggi contohnya Institut Perguruan
Sultan Idris yang telah dinaikan taraf sebagai Universiti Perguruan Sultan Idris. Sejajar
dengan peningkatan taraf ini, adalah diharapkan kewibawaan guru-guru akan
dipertingkatkan untuk melahirkan insan yang cemerlang.
Sehubungan dengan matlamat pendidikan bertaraf dunia, profesyen perguruan perlu
pengkajian semula. Profesyen perguruan di Malaysia memerlukan reformasi
profesionalisme yang radikal dan drastik bagi mengatasi masalah, cabaran dan jangkaan
baru dalam merealisasikan agenda-agenda pembangunan pendidikan menjelang abad ke
21.
Imej dan status perguruan yang semakin tidak bermaya perlu dipulihkan segera.
Penawaran kursus-kursus perguruan lepasan diploma dan ijazah di institusi pengajian
tinggi adalah merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan kualiti dan status
profesyen perguruan.
1. Penggredan Universiti
Penggredan universiti sebagaimana yang diura-urakan oleh Kementerian
Pendidikan adalah satu langkah positif dan menunjukkan komitmen kerajaan
untuk meningkatkan kualiti pendidikan tinggi selaras dengan wawasan pendidikan
bertaraf dunia. Secara tidak langsung perlaksanaan penggredan universiti ini
menggalakkan universiti tempatan mengambil inisiatif untuk mempertingkatkan
kualiti dan status pengajaran pensyarah dan profesor di universiti khususnya bagi
mereka yang tidak mempunyai pengetahuan pedagogi dan asas kaedah
pengajaran.

Melatih semula pensyarah dan profesor khususnya dalam bidang baru seperti
teknologi maklumat, komputer, teknologi pendidikan adalah antara langkahlangkah penting bagi meningkatkan kualiti pendidikan tinggi dan dianggap
sebagai satu program perkembangan staf yang perlu dilaksanakan oleh institusi
pengajian tinggi yang ingin berkembang secara progresif dan dinamis.
2. Penubuhan Institusi Pengajian Tinggi Swasta
Penubuhan institusi pengajian tinggi swasta yang begitu banyak mempunyai
implikasi yang besar kepada perkembangan industri pendidikan negara.
Perlaksanaan program berkembar oleh insitusi-institusi swasta ini, membolehkan
wujudnya peluang pembelajaran yang lebih tinggi dari segi penawaran kursuskursus pengajian hasil dari kewujudan program berkembar, sekaligus
menyediakan penempatan pembelajaran yang lebih banyak.
Sehubungan dengan ini, pendidikan di Malaysia tidak hanya akan bergantung
kepada universiti-universiti tempatan yang sedia ada sahaja. Natijahnya, impian
negara untuk melahirkan bakal-bakal pekerja berilmu sebagaimana yang
disuarakan oleh Perdana Menteri dapat direalisasikan.
3. Kelonggaran Sistem Pendidikan
Pendidikan untuk satu dekad yang akan datang digerakkan dengan lebih dinamik untuk
melahirkan lebih ramai golongan pekerja berilmu sebagai langkah dan strategi
pembangunan sumber manusia yang penting untuk mempercepatkan proses
pembangunan negara. Selaras dengan wawasan 2020, Malaysia sedang menyusun dan
merangka satu paradigma perubahan ekonomi untuk menjadikan Malaysia negara maju
dan membangun sepenuhnya dalam bidang perindustrian.
Perubahan paradigma bagi memasuki alaf baru gelombang perubahan ekonomi dan
pembangunan sumber manusia abad ke 21 amat bergantung kepada peranan serta dasar
liberalisasi sistem pendidikan negara ke arah melahirkan lebih banyak pekerja berilmu,
rajin, tekun dan produktif.
Dalam satu ucapan dasarnya semasa mempromosikan Koridor Raya Multimedia (MSC)
Malaysia di London, Perdana Menteri Datuk seri Dr. Mahathir Mohamad menegaskan
kerajaan Malaysia akan melonggarkan sistem pendidikan negara bagi membolehkan
pelajar dengan keputusan cemerlang di peringkat persekolahan meneruskan pelajaran
pada peringkat pengajian tinggi selaras dengan usaha kerajaan untuk melahirkan pekerja
yang berilmu. Langkah melonggarkan peluang pendidikan ini dikira perlu kerana negara
kekurangan pekerja yang berilmu bagi menghadapi cabaran masa depan terutama sekali
dalam era teknologi maklumat abad ke 21.
Dengan mewajibkan semua murid mengikuti pendidikan awal di sekolah rendah secara
percuma di samping melonggarkan peluang pendidikan menengah dan tinggi, Malaysia
dikira akan mencapai satu taraf pendidikan yang maju di dunia. Malaysia juga dikira
mempunyai kadar buta huruf yang rendah berbanding dengan negara-negara membangun
yang lain.
Kelonggaran sistem pendidikan juga menjadi satu strategi untuk merapatkan jurang
kemiskinan dalam masyarakat. Pendidikan, latihan dan pembangunan tenaga manusia

mempercepatkan perubahan sosial, meningkatkan produktiviti, membentuk warganegara


yang produktif, menjadi penggerak kepada pembangunan sains dan teknologi dan
kegiatan ekonomi moden selaras dengan kemajuan yang ingin dipelopori melalui
pendidikan bertaraf dunia.
Perubahan alaf baru pembangunan negara abad ke 21 juga memerlukan ribuan tenaga
mahir dan tenaga profesional yang berilmu. Oleh sebab itu pelaburan pendidikan yang
merupakan agenda pembangunan sosial juga menjadi satu agenda yang amat mendesak
bagi meliberalisasikan peluang pendidikan dan latihan ke arah pembentukan pekerja
berilmu.
Langkah bagi melahirkan pekerja berilmu mendorong sesebuah negara memperuntukan
pelaburan yang tinggi dalam pendidikan dan latihan. Langkah ini juga selaras dengan
Teori Modal Manusia (Human Capital Theory) yang menganggap pendidikan sebagai
satu strategi penting bagi meningkatkan potensi modal manusia seperti kepakaran,
kemahiran, berpengetahuan, efisyen, produktif, berdedikasi dan kreatif, sikap yang baik
terhadap kerja dan sebagainya.
CABARAN KE ARAH MENUJU PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA.
Dalam Malaysia kearah menuju pendidikan bertaraf dunia, kita tidak dapat lari daripada
cabaran-cabaran yang boleh memberi kesan kepada dunia pendidikan. Di antara cabarancabaran tersebut ialah :
1. Penghijrahan pensyarah (brain drain)
Penghijrahan pensyarah institusi pengajian tinggi awam bukanlah satu fenomena
yang baru. Ia telah lama berlaku. Menurut Encik Wan Mokhtar Wan Yusuf
( Y.D.P. Persatuan Kakitangan Akademik UKM), penghijrahan ini merupakan satu
fenomena biasa yang sering berlaku dalam mana-mana sektor. Penghijrahan ini
sepatutnya dilihat sebagai tuntutan kepada keperluan tenaga pengajar yang
bertambah dalam sektor pendidikan swasta sejajar dengan perkembangan
pendidikan negara ini.
Persoalannya apakah penghijrahan pensyarah menjadi satu ancaman kepada
pendidikan di negara ini ? Sudah tentu pasti kerana untuk menghasilkan seorang
pensyarah bukannya satu perkara yang mudah. Institusi pengajian tinggi awam
menghadapi saingan untuk memikat graduan ijazah pertama sewaktu mereka
menamatkan pengajian. Memang tidak dapat dinafikan sektor swasta menawarkan
skim gaji dan beberapa kemudahan yang menarik berbanding dengan apa yang
disediakan oleh institusi pengajian tinggi awam.
Dilihat dari sudut yang lain, kestabilan politik dan kemantapan ekonomi memberi
ruang kepada pensyarah institusi pengajian tinggi awam memilih haluan karier
masing-masing dan tidak bergantung sepenuhnya kepada agensi-agensi yang
berada di bawah naungan Kementerian Pendidikan. Penghijrahan pensyarah
bukan sahaja disebabkan oleh gaji pensyarah yang kecil tetapi juga harus dilihat
dari pelbagai sudut sama ada ia berbentuk peribadi atau sebaliknya. Banyak lagi
faktor lain yang dapat dikaitkan seperti tidak mendapat pengiktirafan pada masa
yang diharapkan, rasa terkongkong dan sebagainya. Penghijrahan pensyarah
sebenarnya tidak hanya tertumpu kepada institusi pengajian tinggi swasta sahaja,

malahan ia juga melibatkan sektor yang lain seperti sektor swasta, sektor kerajaan
atau bekerja sendiri.
2. Dominasi Jantina Dalam Profesyen Perguruan
Keunggulan idealisme perguruan di negara ini menjadi semakin malap apabila
profesyen perguruan ini dimonopoli oleh kaum wanita. Trend yang berlaku
sekarang menunjukkan profesyen perguruan pada masa kini dan menjelang pada
abad 21 akan terus dimonopoli oleh wanita. Salah satu implikasi negatif
pendominasian gender, khususnya kaum wanita dalam profesyen ini ialah
meluasnya pelbagai perkembangan yang tidak sihat seperti kenakalan remaja,
keruntuhan moral, masalah disiplin, jenayah berat yang semakin meluas berlaku
disebabkan komitmen yang rendah dan ketidakmampuan guru wanita menangani
masalah sosial yang semakin mencabar.
Kekurangan peranan bapa di sekolah serta corak sosialisasi yang lemah sekaligus
menunjukkan profesyen perguruan tidak berkemampuan dalam menangani
masalah asas pendidikan yang dihadapi oleh masyarakat pada masa ini dan
menjelang abad ke-21. Perasaan ketidakpuasan hati di kalangan guru dalam
profesyen perguruan kebelakangan ini telah meningkat dengan begitu tinggi.
Ini disebabkan meningkatnya beban kerja dan jangkaan yang pelbagai yang
dilakukan oleh guru. Fenomena ini juga mendorong ramai bilangan guru ingin
berhenti dan memohon untuk pilihan bersara daripada profesyen ini. Selain itu,
kaum guru tidak dapat melarikan diri daripada menjadi sasaran kritikan kerana
pendidikan adalah sentiasa terbuka kepada penilaian dan akauntabiliti pelbagai
pihak.
Banyak pekembangan terbaru yang berlaku yang memerlukan golongan pendidik
di negara ini lebih bersifat profesional dalam melaksanakan tugas dan menangani
masalah rumit yang berkembang dalam masyarakat sekarang. Kemalangan yang
berlaku dari masa ke semasa mendedahkan golongan pendidik di negara ini
dengan pelbagai tekanan psikologi dan mental yang memerlukan semangat kental
dan kesabaran kaum guru.
3. Peperiksaan Mengikut Keupayaan.
Konsep baru peperiksaan yang akan diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan yang
memberi peluang kepada pelajar-pelajar mengambil peperiksaan mengikut keupayaan,
dikira akan memberi kesan yang luas kepada sistem penilaian dan sistem pelajaran di
sekolah.
Konsep yang dicadangkan oleh Menteri Pendidikan, Dato Seri Najib Tun Abdul Razak
ini, sudah tentu mempunyai implikasi sosial dan moral yang luas kepada perkembangan
pelajar. Murid-murid sememangnya berbeza dari segi kebolehan dan kecerdasan mereka.
Ini menyebabkan sebilangan murid didapati lebih mudah dan cepat menguasai sesuatu
pelajaran dan kemahiran berbanding dengan segolongan lagi murid yang lemah dan
lembab.
Banyak faktor yang menyebabkan mengapa perbezaan ini wujud dan memberi kesan
pada pencapaian individu murid. Dari kajian-kajian yang telah dilakukan menunjukkan

faktor sosioekonomi khususnya latar belakang keluarga seperti pekerjaan, pendapatan


dan pendidikan ibu-bapa mempunyai kesan yang amat besar kepada pencapaian muridmurid. Konsep peperiksaan yang memberi peluang pelajar mengambil peperiksaan
mengikut keupayaan yang dicadangkan ini adalah bertujuan menggalakkan pelajar yang
pintar dan cerdik atau murid-murid yang telah pun bersedia boleh mengambil
peperiksaan lebih awal bagi tahap-tahap tertentu.
Isu kritikal di sebalik perlaksanaan sistem peperiksaan ini ialah ia boleh
menggoncangkan sistem persekolahan kerana ia boleh menjadi alat untuk mengukuhkan
kedudukan dan pengaruh golongan elit dan golongan berada mendapat pengiktirafan
memihak kepada kepentingan mereka berbanding anak-anak golongan kurang berada dan
golongan miskin.
Liberalisme konsep peperiksaan mengikut keupayaan bagaimanapun dikira akan
memberi peluang kepada pelajar lemah menangguhkan peperiksaan yang sepatutnya
mereka duduki mengikut sistem peperiksaan berjadual sehingga mereka benar-benar
yakin dan bersedia. Soalnya, sehingga bilakah pelajar yang lemah boleh membina
keyakinan mereka untuk menduduki peperiksaan dan adakah mereka yakin mereka akan
berjaya dalam peperiksaan.
Peratusan dan bilangan besar pelajar lemah di sekolah didapati tidak mempunyai
keyakinan dan harapan yang mereka akan lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan.
Sistem peperiksaan yang diujudkan juga lebih cenderung untuk mengukur kebolehan dan
kecerdasan yang mirip kepada pelajar berkebolehan tinggi di samping ia mengiktiraf
kegagalan pelajar lemah dan kurang kebolehan dari segi akademik.
Sistem peperiksaan yang dikira liberal ini juga tidak menjadikan sesuatu perubahan
kepada yang berkebolehan rendah. Meliberalisasikan konsep peperiksaan tanpa
mengubah rancangan dan program pendidikan untuk memperbaiki kelemahan akademik
golongan berkebolehan rendah sudah tentu tidak memberi apa-apa makna ke arah
merintis masa depan yang cerah kepada golongan yang berkebolehan rendah.
Selain itu, boleh ditimbulkan satu persoalan disini, apakah falsafah dan rangka ideologi
yang mendasari konsep peperiksaan mengikut keupayaan yang dicadangkan ini ? Adakah
ia boleh dikira satu perubahan yang penting ke arah menyumbang reformasi sistem
peperiksaan yang sedia ada ? Setakat manakah falsafah dan konsep peperiksaan mengikut
keupayaan ini memberi faedah dan mendukung wawasan pendidikan untuk melahirkan
warga negara yang seimbang serta berketrampilan ?
Cadangan dikemukakan bagi menjadikan sistem peperiksaan dan persekolahan dan
pengajian tinggi di negara kita lebih fleksible dengan cara membenarkan pelajar merujuk
buku dan bahan-bahan yang dikirakan penting semasa di bilik peperiksaan.
Bagaimanapun ia dianggap tidak praktikal dari segi keboleh percayaan dan validitinya
sesuatu peperiksaan. Idea ini juga dikira mempunyai kecenderungan mengalakkan pelajar
meniru dalam peperiksaan yang sukar dikesan.
Salah satu amalan negatif peperiksaan mengikut keupayaan ialah menkelaskan pelajar
mengikut kelas dan kriteria baik, sederhana baik, lemah dan sebagainya. Amalan ini juga
dikenali sebagai "streaming" atau pengaliran. Pengaliran biasanya dibuat oleh pihak
sekolah mengikut pencapaian keseluruhan pelajar, dan kedudukannya yang bersiri di
kalangan pelajar di tahap yang sama.
Konsep peperiksaan seperti ini mengalakkan lebih banyak pertumbuhan pusat-pusat
tuisyen yang memberi keuntungan yang lumayan di samping mengekspoitasi murid dan

ibu bapa demi mendapatkan kelulusan yang baik di dalam peperiksaan yang diadakan.
Pertumbuhan pusat-pusat tuisyen adalah satu fenomena yang tidak sihat dan ia
mencerminkan kegagalan sistem pendidikan dan sistem persekolahan di negara ini yang
kurang cekap menjamin kejayaan yang baik di dalam peperiksaan. Selain itu peperiksaan
akan mempengaruhi ibu bapa sehingga boleh memberi tekanan mental dan psikologi
kepada anak-anak mereka semata-mata didorong oleh desakan untuk mencapai kejayaan
yanga cemerlang.
Kejayaan di dalam peperiksaan dikira merupakan satu tiket untuk mendapatkan peluang
pekerjaan yang lebih baik di samping untuk mendapatkan tempat memasuki institusi
pengajian tinggi yang begitu berpegang teguh kepada merit dan prinsip kecemerlangan
pencapaian akademik seseorang pelajar.
Dilihat dari perspektif sosiologi, radikal, konsep peperiksaan yang dicadangkan ini akan
mendorongkan kepada satu corak "class struggle" yang lebih ketara yang mencerminkan
realiti keadaan persaingan dan pergelutan masyarakat di luar sekolah. Keseluruhan
falsafah, prinsip, dan proses pendidikan akan terjejas sekiranya sistem peperiksaan yang
mendasari wawasan pendidikan itu menyimpang dari matlamat-matlamat unggul
pendidikan untuk membentuk dan melahirkan insan yangg seimbang dan sempurna yang
perlu dilaksanakan melalui sistem dan proses persekolahan yang progresif dan dinamis.
CADANGAN MENANGANI CABARAN KEARAH MERIALISASI
PENCAPAIAN MATLAMAT PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA.
Meningkatkan profesionalisme perguruan
Adalah amat mustahak diingat golongan pendidik di negara ini perlu sentiasa
menghidupkan motivasi diri dengan menguatkan keazaman dan sedia menghadapi
cabaran-cabaran baru, disamping meningkatkan kewibawaan keilmuan mereka sebagai
golongan pendidik yang dihormati dan disanjungi oleh murid, ibubapa dan masyarakat.
Budaya mengajar yang masih bersifat usang, tradisional dan kurang berkesan menangani
masalah asas pendidikan seperti buta huruf, buta budaya, buta ilmu adalah di antara krisis
pendidikan yang mencerminkan krisis profesionalisme perguruan di negara-negara
membangun khususnya di Malaysia memerlukan resolusi yang lebih redikal dilakukan.
Profesyen perguruan boleh dikatakan tidak banyak mengalami perubahan dari segi
inovasi dari segi teknologi walaupun perkembangan teknologi maklumat berlaku dengan
pesatnya dan dalam sektor-sektor lain.
Selaras dengan perubahan era multimedia dan teknologi maklumat profesyen di negara
ini perlu di reformasikan supaya ia benar-benar mampu menjadi agen perubahan kepada
budaya literasi teknologi, khususnya bagi melahirkan masyarakat yang celik komputer
dan bersikap terbuka bagi mengembangkan budaya saintifik.
Pendidikan guru perlu di reformasikan bagi menyediakan guru-guru yang berwibawa
dengan ilmu pengetahuan, mengamalkan sikap nilai dan falsafah pendidikan yang
progresif, dapat mengembangkan profesionalisme perguruan yang idealistik untuk
membangunkan generasi muda yang celik budaya, mempunyai kualiti sosial dan moral
yang tinggi, bersifat futuristik dan positif untuk mencapai kemajuan dan perubahan.
Peranan profesyen perguruan dalam masyarakat membangun seperti Malaysia menjelang
abad ke 21 tidak seharusnya di bataskan di atas andaian dan pandangan yang sempit.
Sebarang langkah bagi mengongkong dan menyempitkan peranan golongan guru sudah
tentu akan merugikan masyarakat dan negara.

Profesyen perguruan harus berkembang dengan lebih pantas dan progresif bagi
mencorakkan perkembangan individu, masyarakat dan negara. Dari satu segi yang lain,
profession perguruan yang menjadi agen perubahan sosial harus menjadi penyelamat
kepada krisis kemelut sosial yang dihadapi oleh masyarakat yang sedang bergelut dengan
tuntutan kemajuan dan perubahan. Profesyen perguruan perlu diberi ruang yang lebih
terbuka supaya konsep memasyarakatkan sekolah, murid, pendidikan dan guru boleh
memberi faedah yang besar kepada pembangunan masyarakat setempat.
Pendidikan sebagai asas pembinaan masa depan bangsa dan negara bergantung kepada
profesyen perguruan yang berkembang secara dinamik dan progresif. Profesyen
perguruan yang dinamis perlu melahirkan kepimpinan guru yang berkualiti, sentiasa
memperbaiki dan mempertahankan etika profesionalisme pendidikan, berbanding dengan
tugas yang mengabdikan diri sebagai golongan pendidikan yang berwibawa dan dapat
menjadikan diri sendiri lebih berketrampilan dengan mendokong belajar seumur hidup
(life long learning), belajar untuk mengubah dan belajar untuk berubah.
Usaha-usaha lain sepearti melatih pensyarah bagaimana mengajar di institusi pengajian
tinggi. Langkah ini turut mencadngkan supaya pensyarah-pensyarah universiti mestilah
memiliki diploma pendidikan bagi membolehkan mereka melayakkan diri untuk
mengajar. Walaupun mendapat reaksi yang "panas dan sinis" daripada pensyarah dan
professor, cadangan ini bagaimanapun perlu dianggaap sebagai satu cadangan yang
positif bagi meningkatkan kualiti pengajaran pensyarah dan profesor di universiti
khususnya bagi mereka yang tidak mempunyai pengetahuan pedagogi dan asas kaedah
pengajaran.
Mengatasi masalah "Brain Drain" di kalangan pensyarah
Kebanyakkan pensyarah yang memilih kerjaya ini adalah kerana komited dengan apa
yang dilakukan. Penyelidikan menjadikan visi hidup mereka. Kerjaya sebagai pensyarah
mempunyai banyak insrintik yang terus menambat hati pensyarah agar terus kekal di
institusi pengajian tinggi.
Namun apa yang menyebabkan wujudnya masalah 'brain drain' antaranya ialah layanan
yang mereka terima berbanding dengan pensyarah yang berrkhidmat di luar negara. Wan
Mokhtar mempersoalkan apakah adil hanya menggangapkan pensyrah yang berkhidmat
di luar negara ditawarkan dengan gaji yang berlipat ganda apabila kembali ke Malaysia,
sedangkan antara keduanya mempunyai kemahiran dan pendedahan yang sama.
Dalam menangani isu ini, ia melibatkan banyak pihak. Namun begitu ia bukanlah sesuatu
perkara yang sukar. Kerajaan sebagai tunggak, hendaklah peka dengan keperluan dan
tuntutan semasa institusi pengajian tinggi awam agar penghijrahan keluar pensyarah
dapat di atasi. Jangan biarkan pensyarah meminta-minta hak mereka kerana martabat
pensyarah amat tinggi kedudukannya.
Memperbaiki Kualiti Sistem Peperiksaan
Adalah penting langkah dan strategi pembaharuan dilakukan oleh Kementerian
Pendidikan bagi memperbaiki dan meningkatkan kualiti sistem peperiksaan. Sistem
peperiksaan yang dibentuk bukan sahaja perlu menguji kebolehan akademik semata-mata
tetapi keseluruhan aspek perkembangan dan kualiti serta potensi individu sejajar dengan
falsafah pendidikan negara.
Peperiksaan yang menekankan kepada kecemerlangan akademik semata-mata tidak
memberi gambaran menyeluruh terhadap perkembangan pelajar. Selain itu, langkah-

langkah perrlu dibuat bagi memperbaiki kualiti dengan menekankan aspek-aspek kognitif
dengan menguji kebolehan pelajar dari segi pemikiran kritis, rasionaliti, logik,
pertimbangan dan nilai, ketepatan fakta, penyelaisaian masalah, aplikasi, membuat
penilaian dan sebagainya.
Konsep peperiksaan berterusan dalam konteks sekolah perlu di ambil kira sebagai kriteria
keseluruhan mengukur perkembangan masyarakat yang sihat, berdaya maju dan
cemerlang di samping memberi peluang kepada kepada setiap orang untuk mencapai rasa
kejayaan dan penghargaan diri.
Perubahan asas dalam sistem pendidikan perlu dibuat. Perubahan ini bukan bersifat
kosmetik tepi perubahan substantif supaya kurang berorientasikan peperiksaan.
Antaranya cadangan supaya tiga peperiksaan sekolah menengah dikurangkan kepada dua.
Ini akan mengurangkan tekanan.
Antara perubahan tersebut ialah membolehkan kegiatan ko-kurikulum diambil kira untuk
memasuki universiti. Ketika ini sepuluh peratus daripada nilai markah kemasukan
universiti datangnya daripada aktiviti ko-kurikulum. Apabila kita berubah kepada sekolah
bestari nanti, penekanan akan diberikan kepada soal penguasaan ilmu dan kemampuan
pelajar mengikut kemampuan sendiri iaitu konsep kendiri.
KETERSEDIAAN PENDIDIK MENGHADAPI REFORMASI PENDIDIKAN
Golongan pendidik adalah murabi dan ahli ilmu yang membimbing manusia kejalan yang
betul dalam pegangan hidup, kerohanian, akhlak dan bidang ilmu yang berfaedah.
Mereka bertanggungjawab mendidik pelajar mengenal dan menghayati nilai kebenaran,
keindahan dan keadilan dengan spektrumnya yang seimbang dan benar, sesuai dengan
potensinya sebagai khalifah Allah dan hambanya. Dalam menuju alaf baru pendidikan
bertaraf dunia paradigma pendidikan perlukan anjakan yang dapat mendorong para
pendidik memainkan peranan mereka dengan lebih agresif dan progresif. Paradigma
pendidikan perlu diubah daripada menerima kepada mencipta atau mencari, daripada
ketaatan kepada komitmen , daripada individu kepada perkongsian, daripada rutin kepada
inovatif dan kretif, daripada reaktif kepada proaktif dan daripada pasif kepada progresif.
Sebelum perlaksanaan reformasi dibuat secara total ke atas sistem pendidikan negara,
apakah semua yang akan terlibat dalam mendokong dan melaksanakannya telah tersedia?
Kementerian Pendidikan perlu terlebih dahulu memastikan semua dalam keadaan
bersedia bagi mendokong semua dasar atau sistem baru yang lebih futuristik.
Janganlah semua kesilapan seperti pengenalan kurikulum baru sekolah rendah (KBSR),
subjek alam dan manusia (ADM), dasar disiplin dan sistem kenaikan pangkat baru
berdasarkan kepada kelayakan akademik berulang lagi - kasihan generasi remaja kita
yang menjadi mangsa kerana impak dari kesilapan penghitungan dalam menanam modal
dalam"komoditi pendidikan", ia akan memberi impak jangka panjang. Sebagai contoh,
hasil daripada kegagalan KBSR dan subjek ADM yang dilaksanakan 10 tahun dahulu,
bahangnya kita dapat rasai kini dengan kurangnya pelajar kita (melayu khususnya) yang
berminat unutk memilih sains sebagai bidang pilihan mereka di IPT.
Pendidikan telah mempunyai agendanya untuk menubuhkan Sekolah Bestari, Pendidikan
Bertaraf Dunia, Guru Bertaraf Dunia dan berbagai lagi yang akan bertaraf dunia.
Persoalannya, apakah semua kominiti guru telah bersedia untuk mengikut arus reformasi
yang akan mendatang dalam era pasca Teknologi Maklumat masa kini ? Ada baiknya
fenomena ini dibetulkan terlebih dahulu sebelum memikirkan reformasi pendidikan

secara total. Janganlah anjakan paradigma itu dibuat berkelompok-kelompok, biar ia


menyeluruh kepada semua golongan pendidik. Kerana mereka inilah yang akan membina
asas-asas yang mantap dan teguh.
Kesimpulan
Dalam menuju ke arah pendidik dan pendidikan bertaraf dunia setiap lapisan masyarakat
mahupun individu haruslah memainkan peranan masing-masing. Kita perlu bekerjasama
dan berganding bahu dalam melaksanakan dan merealisasikan wawasan negara demi
untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, bertanggungjawab, inovatif, kreatif,
progresif dan berakhlak mulia selaras dengan falsafah pendidikan negara. Sebagai
golongan bukan pendidik, kita janganlah meletakkan seluruh tanggungjawab ini hanya
kepada golongan pendidik sahaja, tetapi haruslah memberikan komitmen yang
menyeluruh dan bersepadu.