Anda di halaman 1dari 8

JENDELA HIKMAH

Hikmah adalah bahasa agama tentang ke'arifan' alias kebijaksanaan, kebajikan


yang tersimpan dalam diri manusia, sebagai pantulan dari sifat Tuhan yang Maha
bijaksana. Kearifan selalu melekat dengan orang-orang yang berilmu, ilmunya
melebur dalam kesadaran dan keinsafan nurani yang jernih. Ia muncul dalam
penampilan ulil albab, manusia yang seimbang, rohani dan jasadi. Manusia
tawadhu, yang selalu sadar akan kelemahannya

Fenomena perubahan iklim antara kerosakan akibat daripada perbuatan


manusia
SYARIAH Islam meliputi semua aspek kehidupan manusia termasuk urusan ibadat
dan muamalat yang berkait terus dengan kehidupan insan, tidak hanya tertakluk
kepada aspek perundangan serta kehakiman semata-mata.
Menurut ulama terkemuka Dr Yusuf Qaradhawi, Islam bukanlah semata-mata
pensyariatan dan perundangan. Sebaliknya Islam juga adalah akidah yang
menafsirkan erti kehidupan, ibadat, akhlak dan nilai mengangkat martabat manusia
serta adab kesopanan yang menghiasi kehidupan.
Dalam erti kata sebenar, syariah Islam yang disempurnakan melalui perutusan Nabi
Muhammad SAW menjamin perlindungan dan hak kepada semua makhluk untuk
hidup sejahtera di muka bumi seperti digambarkan Allah melalui firman-Nya yang
bermaksud: "Dan Kami tidak mengutuskan engkau Muhammad melainkan untuk
menjadi rahmat bagi semesta alam." (Surah Al-Anbiya', ayat 107)
Oleh demikian, usaha memakmurkan bumi dan penjagaan alam semesta adalah
sejajar dengan tuntutan syariat Islam.
Manusia adalah makhluk yang dikurniakan kelebihan akal oleh Allah dan dengan
akal ini manusia dapat membezakan antara yang baik dan buruk. Ia membolehkan
manusia membuat pilihan dalam banyak perkara berkaitan kehidupan mereka.

Sebagai khalifah, manusia adalah penerima amanat terbesar yang tidak sanggup
diterima makhluk lain. Perkara ini dirakamkan dalam firman Allah yang bermaksud:
"Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan
gunung-ganang, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka
khuatir akan mengkhianatinya, dan dipikul amanat itu oleh manusia." (Surah alAhzab, ayat 72)
Disamping kurniaan akal, Allah juga menurunkan Rasul dan kitab untuk dijadikan
panduan dan petunjuk kepada manusia dalam melaksanakan amanat sebagai
khalifah di bumi yang kaya dengan pelbagai sumber.
Malah, setiap kejadian dan makhluk mempunyai kepentingan dan kaitan dengan
kehidupan manusia. Sejajar martabat manusia sebagai khalifah, mereka seharusnya
berperanan membawa kesejahteraan kepada sekalian alam, bukan melakukan
kerosakan.
Manusia seharusnya sedar setiap langkah dan perbuatan akan memberi kesan
kepada alam sekeliling. Kerosakan dan kemusnahan alam yang berlaku memberi
kesan secara langsung kepada perjalanan hidup manusia.
Apabila sungai yang menjadi sumber bekalan air utama kepada kehidupan manusia,
tumbuhan dan haiwan tercemar, ia akan menjejaskan mutu kehidupan seperti
melakukan ibadat solat yang memerlukan kita menyucikan diri dengan air bersih.
Begitu juga apabila udara tercemar akibat perbuatan tangan kita sendiri, maka kita
tiada pilihan melainkan menghirup kembali udara tercemar itu untuk tujuan
pernafasan. Keadaan ini akan mendatangkan mudarat kepada kesihatan kita.
Kejadian jerebu yang melanda negara kebelakangan ini, bukan saja menjejaskan
kesihatan manusia juga tumbuh-tumbuhan dan kehidupan di lautan disebabkan
kekurangan cahaya matahari. Setiap kejadian pencemaran akan menjejaskan
keseimbangan ekosistem yang akhirnya membawa kerugian kepada manusia
sendiri.

Islam amat menitikberatkan penjagaan dan pemuliharaan alam sebagai satu


amanah yang akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Islam melarang kita
daripada melakukan kerosakan di muka bumi dalam apa juga bentuk sehinggakan
dalam peperangan sekali pun umat Islam dilarang melakukan kerosakan kepada
tumbuh-tumbuhan, orang tua, golongan perempuan dan kanak-kanak.
Allah berfirman yang bermaksud: "Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan
Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan
bahagianmu daripada (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain)
sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat
kerosakan di muka bumi ini. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang
berbuat kerosakan." (Surah al-Qasas, ayat 77)
Ayat itu menegaskan bahawa matlamat kehidupan duniawi tidak boleh terkeluar
daripada hakikat kebahagiaan ukhrawi itulah menjadi matlamat akhir. Kesenangan
duniawi mesti dipandu dengan prinsip Ilahi supaya menjurus ke arah kebaikan dan
dapat menghindarkan manusia daripada melakukan kerosakan.
Abad ke-21 menyaksikan pelbagai kerosakan yang berlaku di muka bumi akibat
daripada perbuatan tangan manusia atas alasan melaksanakan pembangunan
material. Allah memberi peringatan mengenai kerosakan ini dalam firman-Nya yang
bermaksud: "Telah nampak kerosakan di daratan dan di lautan disebabkan oleh
perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian
daripada (akibat) perbuatan mereka supaya mereka kembali (ke jalan yang benar)."
(Surah ar-Rum, ayat 41)
Kesan fenomena perubahan iklim adalah antara kerosakan yang berlaku akibat
daripada perbuatan tangan manusia dengan kesan amat membimbangkan. Dunia
pada hari ini berhadapan ancaman berlakunya pemanasan global disebabkan
peningkatan suhu bumi, diikuti perubahan kepada taburan hujan serta kenaikan
paras laut akibat daripada fenomena itu.
Perubahan itu seterusnya memberi kesan lebih besar kepada keseluruhan

ekosistem. Kejadian banjir besar luar musim membawa kemusnahan pada skala
besar diikuti kejadian kemarau panjang juga membawa kepada kemusnahan hutan
yang tidak dapat dikawal manusia.
Kemusnahan alam yang berlaku akan mengganggu keseluruhan proses kehidupan
yang saling berkaitan, bergantungan dan berinteraksi secara teratur dalam satu
ekosistem.
Kejadian bencana alam yang berlaku sudah cukup memberi pengajaran dan amaran
kepada manusia yang menyangka dirinya hebat dan megah dengan segala
pembangunan dilaksanakan bahawa manusia tidak mampu untuk bertindak
menangkis kemusnahan berlaku dalam sekelip mata.
Kejadian itu sepatutnya memberi kesedaran dan pengajaran kepada manusia
bahawa setiap usaha pembangunan yang hendak dilaksanakan perlu mengambil
kira tiga perkara iaitu hubungan dengan Penciptanya, hubungan manusia sesama
manusia dan hubungan manusia dengan alam semesta.
Ketiga-tiga perkara ini adalah dasar kepada tindak tanduk manusia sebagai khalifah
yang dapat melindungi manusia dan alam. Kegagalan menghormati ketiga-tiga
perhubungan ini akan menyebabkan kehancuran proses kehidupan itu sendiri.

Bencana mengajar manusia tentang kehebatan Allah


Bencana alam yang melanda Jepun baru-baru ini menyemai titik keinsafan bahawa
apabila Allah telah menetapkan sesuatu kejadian alam berlaku, maka tiada siapa
pun yang dapat mengekangnya.
Bandar yang dibina bertahun-tahun selepas Perang Dunia Kedua hampir menjadi
padang jarak padang tekukur apabila dilanda gempa bumi dan gelombang tsunami
yang kuat.

Pun begitu, dalam keadaan ramai rakyat Jepun yang masih trauma dengan kejadian
itu, semangat meneruskan kehidupan seperti biasa dan bangkit daripada musibah ini
adalah luar biasa.
Mereka tidak terus menerus bersedih atas kejadian itu, bahkan saintis jepun
mengambil langkah segera mengkaji kejadian tersebut agar pencegahan awal atau
sistem amaran awal dapat dilaksanakan dengan lebih baik.
Sikap ini memberi makna bahawa mereka sangat memandang tinggi keperluan
mengkaji hubungan alam dengan manusia. Menginsafi sikap mereka, orang Islam
seharusnya insaf bahawa ilmu kejadian alam sebenarnya adalah ilmu daripada Allah
yang terkandung hikmah.
Penerokaan ilmu yang tidak terbatas melalui akal yang terbatas menuntut keyakinan
besar kepada kebesaran Allah.
Sesuatu yang tidak diketahui oleh akal tidak bermakna ia tidak ada. Keyakinan
manusia bahawa Allah itu Maha Perkasa memberikan asas iman dalam diri
manusia.
Memahami keterbatasan manusia
Segala usaha manusia untuk mengetahui kebesaran Allah melalui alat tidaklah salah
kerana al-Quran memberikan asas bahawa penerokaan langit dan bumi hanya boleh
berlaku dengan alat, kemudahan atau teknologi.
Surah Al-Alaq memberikan asas ilmu, sains dan teknologi yang amat nyata kepada
orang-orang Islam. Ayat ke 3-5 memberikan pedoman mengenai pentingnya qalam
iaitu alat atau teknologi yang merintis penerokaan ilmu.
Ia merupakan alat dan teknologi bagi mengetahui sedikit mengenai rahsia
kebesaran Allah. Kebesaran Allah terlihat pada daya cipta-Nya terhadap alam ini.
Al-Quran telah menjelaskan bahawa alam ini telah ditundukkan Allah untuk
keperluan manusia, agar manusia beribadat kepada Allah secara lebih sempurna
(Ibrahim: 32)

Penerokaan terhadap alam bumi dan alam angkasa lepas memberikan manusia ilmu
dan maklumat. Daripada ilmu dan maklumat menjadikan manusia lebih rasional
memahami makna alam dan kejadian.
Inilah asas ulul-albab yang terdapat di dalam Al Quran dan pendekatan tadabbur
yang mendorong manusia mengkaji, berfikir, menyelidik dan akhirnya mendidik
mereka menjadi orang-orang yang bertakwa.
Surah ali-Imran ayat 190 misalnya menyebutkan bahawa hikmah kejadian
penciptaan langit dan bumi serta putaran siang dan malam terhadap orang-orang
yang berakal dan berfikir.
Allah juga memberi asas pedoman kepada manusia supaya sentiasa mengkaji dan
berfikir tentang kejadian alam. Namun begitu, sering al-Quran mengingatkan
manusia bahawa manusia adalah bahagian kecil dari alam yang sangat luas ini
supaya manusia selalu melihat dan mengamati alam tersebut untuk mengetahui
rahsia-rahsia yang tersimpan di dalamnya (al-Mukmin: 57) . Islam menjadi lebih
menarik di Barat kerana ia didekati secara ilmu dan saintifik dan ia memberi tanda
untuk suatu kebangkitan.
Maurice Bucaille, dalam bukunya bertajuk Al-Quran dan Sains Moden menceritakan
dengan banyak tentang keakraban kitab al-Quran dalam dunia sains moden.
Beliau menyebut tentang sebuah kitab yang mampu menceritakan kejadian-kejadian
sains yang hanya diteroka pada zaman moden. Walaupun al-Quran bukan kitab
saintifik, tetapi pedoman-pedoman saintifik di dalamnya memandu tradisi keilmuan
berkembang dengan mengambil kira faktor keinsanan, sains dan teknologi supaya
manusia menjadi lebih manusiawi.
Keserakahan
Alam ini terlalu luas untuk dikaji dan keupayaan manusia mengkaji alam amat
terbatas. Keterbatasan itu memadai untuk manusia memahami makna hidup dan
kehidupan. Kehidupan akan lebih bermakna sekiranya pedoman agama dijadikan
landasan.

Sekiranya manusia memberi fokus kepada aspek fizik semata-mata maka manusia
akan hanya terdorong untuk mengkaji fenomena dan bukan hikmah fenomena
tersebut.
Justeru penerokaan sains dan penghasilan teknologi tidak saja memberi manfaat
tetapi melahirkan kebimbangan terhadap nasib manusia.
Hubungan antara manusia dengan alam sentiasa berubah, seiring perkembangan
teknologi, informasi dan industrialisasi.
Perang Dunia Pertama dan Kedua memperlihatkan bagaimana bumi dan manusia
dirosakkan oleh keserakahan kuasa-kuasa yang menguasai teknologi terhadap
kuasa yang belum menguasai teknologi.
Perubahan dan evolusi dalam bidang sains dan teknologi memberi impak yang
mendalam dalam perlumbaan menjadi yang terhebat.
Perubahan dalam tradisi Islam sebaliknya berlaku dalam dua cara.
Pertama yang bersifat bentuk atau zahiriah, ia seperti teknologi yang fungsinya
adalah mekanistik, manakala yang satu lagi adalah isi (substance) yang
menggambarkan perubahan dalaman dan berada dalam keadaan fitrah.
Yang fitrah adalah sesuatu yang serasi dalam kehidupan, berbuat baik umpamanya
adalah sesuatu yang fitrah, memberi manfaat, berlaku adil dan amanah juga adalah
sesuatu yang fitrah.
Justeru, yang fitrah itu adalah inti sebenar dalam kehidupan, tidak kira walau apa jua
anutan seseorang.
Sebagai contoh, perubahan mengambil kira bagaimana teknologi dilihat sebagai alat
dan bukan matlamat. Perubahan yang berlaku ialah bagaimana teknologi dan alat
diberikan asas dan nilai agama supaya nilai-nilai yang fitrah menjadi manfaat
kepada manusia.
Komputer misalnya, bersifat mekanistik, lalu perisian dan programnya memberi
makna sama ada mampu meningkat akal budi ataupun sebaliknya.

Manusia kadangkala kehilangan kearifan pada alam dan lingkungannya. Dengan


makin berkembangnya ilmu pengetahuan dan teknologi, perlu kita akui secara jujur
bahawa atas nama penalaran dan logik, secara sedar atau tidak kita telah mengikis
budaya warisan luhur dalam memahami alam dan lingkungannya.
Teknologi digunakan untuk menakluk dan merosakkan alam. Manusia tidak lagi
bergantung pada alam tetapi menguasai alam dengan dilandasi keserakahan.
Sekarang ini kuasa besar menggunakan justifikasi yang menolak peradaban
manusia lalu menggunakan teknologi persenjataan canggih bagi meranapkan
sesebuah negara atau sekelompok manusia yang dibenci supaya melutut
kepadanya. Keadaan ini membuktikan bagaimana nilai-nilai kemanusiaan dan etika
sudah tidak lagi jadi pertimbangan.
Amat penting bagi seorang remaja memahami bahawa tugas manusia sebagai
khalifah di muka bumi ini mempunyai had dan batasnya tersendiri.
Kejadian alam yang sempurna yang telah diciptakan untuk manusia dan isinya ini
adalah untuk dinikmati secara adil dan saksama agar manusia sentiasa menjadi
orang-orang yang bersyukur.
Di dalam surah Ibrahim ayat 34, Allah menjelaskan tentang golongan yang diberi
nikmat dan kemudiannya tidak bersyukur atas pemberian Tuhan: Dia telah
memberikan kepadamu (keperluanmu) dan segala apa yang kamu mohonkan
kepadanya. dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu
menghinggakannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat
mengingkari (nikmat Allah).
Justeru, sebagai remaja Islam, kita seharusnya berusaha meningkatkan ilmu dan
membangunkan potensi diri seiring dengan syariat Islam.

Anda mungkin juga menyukai