Anda di halaman 1dari 5

10AYATSURAHALKAHFI

PelindunganDaripadaFitnahDajjal

10 AYAT SURAH AL-KAHFI


(Untuk Mohon Pelindungan Allah SWT Daripada
Fitnah Dajjal)
Nabi saw bersabda :Barangsiapa yang menghafaz
1-10 ayat dari surah Al-Kahfi di pelihara dan di
selamatkannya dari Fitnah Dajjal. (Diriwayatkan
oleh Ahmad dan Muslim, An-Nasaie)
Disunnahkan membaca surah Al-Kahfi pada siang
hari atau malam hari Jumaat sebagaimana
pendapat Imam Syafii (Lihat Al-Adzkar oleh Imam
Nawawi).
Seorang muslim yang menghafal sepuluh atau tiga
ayat pertama dari surah Al-Kahfi akan terlindung
dari fitnah Dajjal, atau siapa yang membaca
sepuluh ayat terakhir dan sepuluh ayat dari surah
Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.
Dalilnya adalah hadits dari Abu Darda R.A dari Nabi
berkata: Barangsiapa yang menghafal sepuluh
ayat pertama dari surah Al- Kahfi terjaga dari
fitnah Dajjal. (HR. Muslim, Abu Dawud, Nasai,
Tirmidzi)

Ramai mempersoal kehilangan yang berlaku dalam tragedi pesawat MH17. Persoalan? Apa
istimewanya pesawat ini? Apa sumbangannya kepada negara sampaikan jenazah ini mendapat
penghormatan sebegitu tinggi. Membuatkan YDPA dan Permaisurinya turut bangun memberikan
penghormatan... Membuatkan rakyat 'pegun' di seluruh pelosok negara membacakan Al-Fatihah dan
bertafakur..
Jawapannya, MAS adalah Malaysia!
Sebuah pesawat bernilai kira-kira RM1billion yang ditembak jatuh ini adalah front embassador
kepada negara. Membawa imej Malaysia.. Membawa kebanggaan dan sentimen kenegaraan
Malaysia kepada dunia. Di dalamnya terdapat 280 penumpang yang kesemuanya bernaung di
bawah 'nama' Malaysia ketika itu. Negara Malaysia sedang bertanggungjawab ke atas kesemua
penumpang dan anak kapal tersebut.
Jatuhnya MH17 umpama jatuhnya maruah negara. MAS dipersoal, dikeji, dikutuk dan dihina.
Malaysia menjadi sasaran.. Pilu mengenangkan pesawat ini yang umpama 'anak' kepada rakyat
Malaysia hancur ditembak di kala ia terbang menuju ke tanah air... Sedih mengenangkan ketika itu
Malaysia umpama gagal melindungi penumpang-penumpang yang bernaung di dalam pesawatnya...
Maruah MAS dan negara tercalar...
Mungkin ramai yang mengatakan MAS cuma sebuah entiti pengangkutan. Sebagaimana PROTON
sebagai sebuah entiti pembangunan dan penghasilan kenderaan. Ramai tidak menyedari jauh sekali
menghayati nama MAS pada jantung negara... Hati negara... Dan jiwa rakyatnya...
Ramai memandang MAS sebagai sebuah syarikat penerbangan yang sedang jatuh... Tapi mereka
lupa.. MAS lah yang selalu melakukan penerbangan-penerbangan ehsan demi rakyat dan negara.
Di kala syarikat tambang murah yang dibangga-bangga meninggalkan satu keluarga di Ho Chi Minh
kerana anaknya yang menghidapi down syndrome, MAS lah yang menghulurkan bantuan membawa
baliK keluarga itu... Di kala Mesir bergolak, MAS lah yang menawarkan penerbangan ehsan untuk
pelajar-pelajar Malaysia bagi urusan pemindahan.
Sebuah syarikat penerbangan yang mempunyai rekod servis antara yang terbaik di dunia ini
melakukan semua ini atas dasar tanggungjawab dan nama negara.. Kalau bukan MAS, siapa lagi?
MAS milik Malaysia.. Bantuan-bantuan mereka demi rakyat dan negara. Namun kita lupa, sebuah
penerbangan bukan berkos RM0.. Bahan bakar, servis dan sebagainya tidak pernah difikir oleh kita.

Berapa banyak penerbangan ehsan yang MAS lakukan dan berapa banyak kos yang ditanggung
MAS sendiri? MAS tidak pernah mengungkit ini...
Jadi apabila sebuah pesawatnya jatuh, yang jatuh itu adalah nama negara, sebuah pesawat yang
berjasa, sebuah pesawat yang berkhidmat demi negara dan rakyatnya.. Sebuah pesawat yang
melakukan penerbangan-penerbangan jauh merentasi dunia... Sebuah pesawat yang kita jaga...
Sebuah pesawat sebagai simbol kebanggaan negara.
Istiadat dilakukan bukan sekadar sebagai penghormatan.... Tetapi sebagai permohonan maaf...
Permohonan maaf Malaysia dan MAS kepada rakyatnya yang tidak berjaya dihantar pulang dengan
selamat... Jenazah-jenazah ini bukan seorang perajurit... Tetapi mereka duduk di dalam peswat ini
dengan harapan yang 'gagal' disempurnakan... Harapan untuk selamat sepanjang berada di dalam
perut pesawat itu... Harapan melihat dan menghadiahkan senyuman kepada ibu, bapa, anak-anak
dan isteri tercinta.. Harapan untuk meluangkan masa bersama mereka.... Dan hilangnya MH17
adalah kehilangan 1 'anak' yang disayang-sayang oleh Malaysia dan rakyatnya...
Penghormatan ini bukan hanya diberi oleh rakyat Malaysia... Tetapi seluruh laluan penerbangan di
seluruh dunia turut memberikan laluan kepada mereka.... Dunia pilu meratapi 'cinta' negara ini.....
Hanya satu mesej yang ingin disampaikan oleh MAS; "Maafkan kami..."..... MH17.. Al-Fatihah~

Anda mungkin juga menyukai