Anda di halaman 1dari 27

015/025/035

MATEMATIK

INSTRUMEN PENTAKSIRAN
Kod Mata Pelajaran
Bentuk Ujian
Markah Penuh
Masa

:
:
:
:

015 (SK), 025 (SJKC), 035 (SJKT)


Ujian Subjektif
40
40 minit

REKA BENTUK INSTRUMEN PENTAKSIRAN


Kertas Matematik UPSR ini mengandungi 20 soalan respon terhad yang mesti dijawab. Markah
yang diperuntukan ialah 40.
Konstruk yang diukur ialah:
a)
Pengetahuan dan Pemahaman
b)
Kemahiran Mengendalikan Operasi
c)
Kemahiran Asas
d)
Kemahiran menyelesaikan masalah harian
PRESTASI KESELURUHAN:
Pada keseluruhannya calon mencapai prestasi yang baik. Jawapan yang dipersembahkan oleh
calon menepati tugasan item dengan tepat. Langkah pengiraan yang kemas, teratur dan
mendapat jawapan akhir yang jitu. Walau bagaimanapun terdapat calon yang tidak
menyempurnakan kehendak tugasan item sepenuhnya. Calon ini memahami kehendak soalan
tetapi cuai dalam langkah pengiraan. Terdapat juga calon yang yang tidak menyelesaikan
langkah pengiraan sehingga ke jawapan jitu. Calon ini hanya berupaya menyelesaikan
sebahagian kehendak tugasan item, khususnya pada item penyelesaian masalah. Terdapat
juga segelintir calon hanya dapat menjawab item bentuk mekanikal yang hanya memerlukan
pengolahan operasi asas. Calon ini menghadapi masalah dalam memahami item berbentuk
penyelesaian masalah. Kes kecuaian seperti salah menulis simbol, salah menyalin item, salah
menulis unit, salah semasa operasi menambah, menolak, mendarab, membahagi dan
sebagainya masih berlaku. Penggunaan simbol yang kurang tepat juga telah dilakukan oleh
sesetengah calon dan ini telah mengakibatkan pencapaian calon tidak memuaskan.
PRESTASI MENGIKUT KUMPULAN CALON
Kumpulan Tinggi
Calon dapat mempersembahkan jawapan dengan tepat dan jitu mengikut kehendak item.
Calon juga dapat menterjemahkan kehendak item pada langkah pengiraan dengan penggunaan
simbol, operasi dan unit yang tepat. Kekemasan langkah pengiraan juga dipamerkan.
Kumpulan Sederhana
Calon kumpulan ini telah menguasai tahap minima operasi asas dengan menjawab mengikut
kehendak item tetapi tidak sempurna. Terdapat kesilapan semasa pertukaran unit. Ada yang
hanya menyelesaikan sebahagian tugasan item. Kecuaian dalam penggunaan operasi dan
Matematik

Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2014

silap menyalin data. Ini menyebabkan calon tidak menepati kehendak item walaupun operasi
yang ditunjukkan itu adalah betul.
Kumpulan Rendah
Mutu jawapan amat rendah. Calon tidak memahami item dan hanya dapat menjawab soalan
bentuk mekanikal. Mereka tidak dapat mengaplikasi operasi asas dalam item penyelesaian
masalah. Terdapat calon masih keliru dalam pertukaran unit. Ada calon yang salah
penggunaan operasi walaupun data yang diambil daripada item adalah betul. Kelemahan
mentaksir maklumat dan membaca data daripada jadual dan gambarajah.
PRESTASI TERPERINCI
SOALAN 1

Item ini memerlukan calon nyatakan nilai digit yang mewakili nilai tempat ratus ribu. Calon perlu
mengetahui nilai tempat.

Calon faham kehendak item menguasai nilai tempat dan nilai digit.

SOALAN 2

Calon perlu menulis lapan belas perpuluhan sifar tiga dua dalam angka.

Matematik

KupasanMutuJawapan UPSR 2014

Kebanyakkan jawapan calon betul. Calon memahami kehendak item dan menulis dalam angka
dengan tepat. Sebahagian calon tidak menguasai konsep nombor perpuluhan.
SOALAN 3

Calon dikehendaki melorek kawasan yang mewakili 15% daripada bulatan.

Kebanyakan calon
dalam bulatan.

Matematik

hanya membuat pengiraan yang tepat dan tidak melorekkan bahagian

KupasanMutuJawapan UPSR 2014

SOALAN 4

Calon perlu membaca waktu yang ditunjukkan dan menyatakan waktu itu dalam sistem 12 jam.

Sebilangan jawapan calon dapat menukarkan pada sistem 12 jam. Masih terdapat jawapan
calon yang tidak dapat membezakan waktu dalam sistem 12 jam dengan waktu sistem 24 jam
dan menulis waktu yang tepat.

Matematik

KupasanMutuJawapan UPSR 2014

SOALAN 5

Calon dikehendaki menyatakan jisim dalam kilogram berdasarkan bacaan yang ditunjukkan
dalam rajah.

Kebanyakan calon memahami kehendak item dan memberi jawapan jitu. Ada segelintir calon
silap dalam menentukan nilai setiap senggatan.

Matematik

KupasanMutuJawapan UPSR 2014

SOALAN 6

Item ini memerlukan calon membaca dan menulis isipadu air dalam unit ml pada sebuah
silinder penyukat. Calon perlu faham bahawa satu senggatan adalah bernilai 20 ml.

Jawapan yang diberi menunjukkan calon memahami tugasan item dan dapat membaca nilai
senggatan pada silinder penyukat dengan tepat. Terdapat calon gagal membaca isipadu
dengan tepat seperti contoh di atas:

Matematik

KupasanMutuJawapan UPSR 2014

SOALAN 7

Item ini memerlukan calon menukarkan pecahan tak wajar kepada nombor bercampur dengan
tepat.

Kebanyakan calon dapat memahami kehendak item ini dan dapat menjawab dengan betul.:

Walau bagaimanapun ada calon silap menulis jawapan akhir walaupun telah melakukan
langkah pengiraan dengan betul seperti jawapan di atas.
SOALAN 8

Calon dikehendaki menggunakan kemahiran mendarab dan membahagi.


menguasai konsep BODMAS untuk menyelesaikan item ini.

Matematik

Calon harus

KupasanMutuJawapan UPSR 2014

Jawapan yang ditunjukkan adalah kemas dan teratur. Calon ini dapat menggunakan operasi
bahagi dan darab dengan betul. Calon telah menggunakan konsep BODMAS dengan betul.

Calon menjawap menggunakan konsep BODMAS yang salah, iaitu melakukan operasi darab
dahulu kemudian operasi bahagi.
SOALAN 9

Item ini memerlukan calon melakukan penolakan nombor bulat dan perpuluhan. Calon
dikehendaki menyusun nombor dalam bentuk lazim mengikut nilai tempat yang betul.

Jawapan calon menyusun semua tiga nombor dengan betul dan dapat melaksanakan operasi
tolak dengan betul dan jawapan yang jitu.

Matematik

KupasanMutuJawapan UPSR 2014

Jawapan yang ditunjukkan adalah hasil dari penyusunan nombor perpuluhan mengikut nilai
tempat yang tidak betul.
SOALAN 10

Calon perlu mencari peratusan daripada nombor bulat yang diberikan dengan melaksanakan
operasi darab 45% dengan 680.

Jawapan yang memahami kehendak soalan. Calon menunjukkan langkah pengiraan yang
kemas dan tersusun dan jawapan akhir yang tepat.

Jawapan yang salah. Calon meletakkan simbol peratus pada jawapan akhir dan nilai 306%
adalah tidak sama dengan 306.

Matematik

KupasanMutuJawapan UPSR 2014

SOALAN 11

Jawapan memerlukan calon menukarkan sen kepada RM atau sebaliknya dengan tepat dan
seterusnya mencari jumlah wang tersebut.

Jawapan yang salah. Calon gagal menyusun RM dan sen dengan betul dan ini menyebabkan
jawapan akhir yang tidak tepat.

Jawapan calon di atas salah penggunaan simbol dan semasa melakukan operasi menambah.
Calon juga cuai semasa proses mengumpul semula.
SOALAN 12

Calon dikehendaki membuat penukaran unit masa minit kepada saat dan melaksanakan
operasi bahagi dengan tepat.

Matematik

10

KupasanMutuJawapan UPSR 2014

Jawapan yang salah. Calon melakukan kesilapan dengan menukar unit minit ke saat. Calon
menukar 3 minit ke 150 saat seterusnya dengan operasi bahagi 4.
SOALAN 13

Calon dikehendaki menukar unit ukuran panjang dari km ke meter, calon perlu memahami
nombor bercampur dalam unit km.

Matematik

11

KupasanMutuJawapan UPSR 2014

Kesilapan calon ketika menukarkan unit kilometre, meter serta meletakkan titik perpuluhan.
Calon keliru di antara operasi darab dan bahagi semasa penukaran unit.
SOALAN 14

Calon dikehendaki mencari perimeter bagi keseluruhan kawasan berlorek

Matematik

12

KupasanMutuJawapan UPSR 2014

Jawapan di atas menujukkan calon dapat menguasai konsep perimeter dan kaedah mencari
perimeter. Calon juga dapat menulis unit dengan tepat.

Kaedah mencari jawapan yang betul Calon dapat mengira bilangan sisi pada rajah tetapi cuai
semasa menambah kesemua sisi. Ini menyebabkan jawapan akhir yang diberikan itu tidak
betul.
SOALAN 15

Item ini memerlukan calon mencari panjang riben yang digunakan untuk mengikat sebuah
hadiah mengikut data yang diberikan. Panjang riben mengikat sebuah hadiah perlu dicari
terlebih dahulu sebelum mencari panjang riben untuk mengikat dua buah hadiah yang sama.

Matematik

13

KupasanMutuJawapan UPSR 2014

Kebanyakan jawapan calon menunjukkan kemantapan dalam menguasai konsep bahagi dan
darab. Ayat matematik dan langkah pengiraan dalam bentuk lazim juga ditulis dengan kemas.
Contoh jawapan calon adalah seperti di atas.
Terdapat juga sebahagian jawapan calon mengaplikasikan konsep
menyelesaikan tugasan item ini melalui langkah kerja seperti berikut:

pecahan

dalam

Walau bagaimanapun terdapat jawapan calon yang tersilap menulis ayat matematik yang
membawa kepada konsep yang salah seperti berikut:

Matematik

14

KupasanMutuJawapan UPSR 2014

SOALAN 16

Item ini merupakan item penyelesaian masalah yang menguji calon dalam penguasaan
kemahiran operasi mendarab nombor bulat dengan pecahan dan juga kemahiran membahagi.
Calon juga dikehendaki mencari daripada keseluruhan 480 keping coklat. Daripada hasil ini,
calon dikehendaki mencari bilangan coklat dalam 8 bungkusan.

Jawapan calon menunjukkan langkah pengiraan dengan kemas dan teratur. Ayat matematik
ditulis dengan tepat dalam bentuk lazim dan langkah pengiraan yang kemas.

Matematik

15

KupasanMutuJawapan UPSR 2014

Jawapan calon ini tidak dapat menterjemah kehendak item dalam bentuk ayat matematik yang
betul.
SOALAN 17

Item ini membekalkan maklumat waktu mula dan akhir Kumar bekerja setiap hari. Calon
dikehendaki mencari tempoh masa bekerja dalam masa 5 hari.
Kebanyakan calon dapat mencari tempoh masa yang dikehendaki dengan langkah pengiraan
yang betul. Namun demikian terdapat calon yang dapat mencapai jawapan akhir dengan betul
tetapi telah menunjukkan ayat matematik yang tidak tepat. Contoh jawapan yang diperolehi
adalah seperti berikut:

Matematik

16

KupasanMutuJawapan UPSR 2014

Calon ini melakukan kesilapan menulis waktu 5.00 p.m. dalam sistem 24 jam sebagai 17.00
p.m. Ayat matematik 17.00 p.m. 9.00 a.m. adalah tidak tepat.

Calon ini tidak memahami tempoh masa dari jam 9.00 a.m. hingga 5.00 p.m. ialah 8 jam. Calon
ini tidak dapat menulis dalam ayat matematik atau langkah pengiraan yang betul. Calon
menolak 5.00 p.m. daripada 9.00 a.m. Ini adalah langkah yang tidak tepat tetapi calon
mendapat jawapan melalui 8 x 5 = 40 jam.
Terdapat juga calon tidak menguasai konsep tempoh masa dan tidak dapat mengira dengan
tepat antara dua waktu. Contoh jawapan yang didapati adalah seperti berikut:

Calon ini menyatakan tempoh masa yang hendak dicari ialah dari 9.00 a.m. hingga 5.00 p.m.
tetapi mendapat tempoh masa yang tidak tepat iaitu 7 jam.
Matematik

17

KupasanMutuJawapan UPSR 2014

SOALAN 18

Calon dikehendaki mencari isi padu sebuah kuboid. Calon mesti mencari panjang AB yang
panjangnya adalah dua kali panjang AD.

Kebanyakan calon dapat mencari panjang AB iaitu 3 cm x 2 = 6cm dan seterusnya mencari isi
padu dengan tepat seperti contoh di atas
Kesilapan calon seperti menulis unit isi padu seperti contoh berikut:

Matematik

18

KupasanMutuJawapan UPSR 2014

Dalam contoh jawapan di atas, calon telah silap menulis unit panjang sisi AB, AD dan AE dalam
cm.

Calon dalam contoh ini telah mengira isi padu dengan betul tetapi unit pada jawapan akhir tidak
ditulis dengan betul.
Terdapat segelintir calon yang tidak faham konsep isi padu dan memberikan jawapan yang
tidak betul.

Matematik

19

KupasanMutuJawapan UPSR 2014

Calon menulis BAD, DBC dan EFG untuk mewakili isi padu. Ini menunjukkan calon tidak
memahami konsep isi padu.
SOALAN 19

Dalam item ini calon perlu menghitung jarak lompatan ketiga dengan purata yang telah
diberikan. Calon perlu mencari jumlah kesemua tiga lompatan dan menolak dengan lompatan
pertama dan kedua.
Kebanyakan calon menunjukkan bahawa mereka faham konsep purata dengan mencari jumlah
ketiga-tiga lompatan dan menolak keseluruhan lompatan dengan jumlah lompatan pertama dan
kedua seperti contoh berikut:

Matematik

20

KupasanMutuJawapan UPSR 2014

Walau bagaimanapun terdapat calon kurang mantap dalam penguasaan konsep purata yang
telah menyebabkan jawapan yang kurang tepat seperti contoh berikut:

Matematik

21

KupasanMutuJawapan UPSR 2014

Jawapan calon di atas telah menunjukkan langkah yang tidak tepat dengan mengandaikan
bahawa lompatan ketiga adalah daripada jumlah lompatan pertama dan kedua. Ini adalah
pengiraan yang tidak tepat.
SOALAN 20

Matematik

22

KupasanMutuJawapan UPSR 2014

Calon dikehendaki mencari bilangan murid yang boleh ditempatkan dalam blok A, B dan C di
asrama sebuah sekolah. Seterusnya perlu mencari jumlah keseluruhan bilangan murid dalam
ketiga-tiga blok tersebut setelah mengambilkira bilik bacaan dan bilik pentadbiran.
Secara keseluruhannya, calon dapat mencari bilangan penghuni dalam setiap bilik di blok A, B
dan C. Akan tetapi kebanyakan calon tidak mengenalpasti bilangan bilik di setiap blok A, B dan
C.
Bagi calon dapat menjawab dengan betul jawapan yang dipersembahkan adalah teratur dan
jelas langkah pengiraannya. Contoh jawapan adalah seperti berikut:

Calon di atas dapat mencari bilangan murid bagi setiap blok dengan mengambil kira bilik
bacaan dan bilik pentadbiran serta bilangan bagi setiap blok.
Terdapat calon yang tidak dapat menjawab dengan sepenuhnya samada disebabkan mereka
tidak memahami kehendak item ataupun silap mentafsir maklumat dalam item yang
menyebabkan mereka melakukan kesilapan. Contoh jawapan calon ini adalah seperti berikut:

Matematik

23

KupasanMutuJawapan UPSR 2014

Dalam contoh jawapan ini, calon telah menganggap bilangan murid adalah sama di setiap bilik
semua blok asrama sekolah itu.

Dalam contoh jawapan di atas, calon menumpukan kepada mencari bilangan murid dalam blok
B tetapi tersilap dalam mengenalpasti bilangan bilik di blok A dan C.

Matematik

24

KupasanMutuJawapan UPSR 2014

SARANAN KEPADA CALON

1.
2.

Membaca dengan teliti dan memahami kehendak tugasan item sebelum menjawab.
Calon harus teliti semasa menyalin angka atau simbol operasi daripada tem. Calon juga
harus teliti dalam memindahkan jawapan yang diperoleh dalam bentuk lazim ke ruang
jawapan yang disediakan.
3. Faham kehendak item dan banyak membuat latihan dalam menterjemahkan data dalam
item penyelesaian masalah kepada ayat matematik.
4. Persembahan jawapan haruslah menunjukkan langkah-langkah pengiraan yang teratur,
kemas dan tepat.
5. Calon harus meningkatkan kemahiran dalam menganalisis dan menyelesaikan tem
penyelesaian masalah.
6. Bentangkan jawapan mengikut susunan yang teratur. Elakkan daripada memberi jawapan
tanpa menunjukkan langkah pengiraan yang diperlukan.
7. Calon harus mantap dalam penukaran unit, misalnya dari minit kepada saat, km ke meter,
dari sen ke ringgit dan sebagainya. Pastikan penggunaan simbol x atau adalah betul
dalam proses menukarkan unit.
8. Calon harus mantap hukum BODMAS supaya dapat menyelesaikan operasi bergabung
dengan betul.
9. Semak jawapan selepas menjawab supaya tidak berlaku kesilapan seperti salah
menjumlah, salah memindah angka, tidak meletak titik perpuluhan dan memberi jawapan
dalam unit yang tidak menepati kehendak tugasan item.
10. Memahami konsep sesuatu topik dengan mantap dan cuba mengaplikasikan konsep
tersebut dalam menyelesaikan masalah harian dalam pelbagai situasi.
11. Memastikan masa diuruskan dengan baik supaya dapat menjawab kesemua item dalam
masa yang diperuntukan.

Matematik

25

KupasanMutuJawapan UPSR 2014

SARANAN KEPADA GURU

1.

Perkukuhkan penguasaan murid bagi fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi dan
melatih murid menjawab dengan cepat dan tepat. .
2. Memastikan konsep dan kemahiran asas yang diajar dikuasai oleh murid dengan
sepenuhnya sebelum kemahiran yang lebih tinggi diajar mengikut hirakinya.
3. Melatih murid dalam mentafsir dan memahami maklumat dari item dan seterusnya
menulis ayat matematik yang revelan dengan maklumat itu.
4. Memberi penekanan kepada penggunaan pendekatan penyelesaian yang betul dan
pelbagaikan kaedah penyelesaian khususnya operasi bergabung, penukaran unit, luas,
perimeter dan peratusan.
5. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, guru harus memberi penekanan kepada
penyusunan langkah penyelesaian dengan kemas dan teratur.
6. Memastikan murid memahami perbezaan waktu dengan tempoh masa.
7. Memastikan murid mengetahui dan memahami istilah matematik seperti beza, jumlah,
mod, min, nama bentuk tiga matra dan sebagainya.
8. Membiasakan murid membuat semakan pada langkah kerja penyelesaian yang dibuat
agar menepati kehendak item.
9. Mengasingkan kerja semakan daripada langkah pengiraan dan tidak ditulis
bersambungan dengan jawapan akhir dalam ruang yang sama.
10. Penekanan harus diberi kepada murid agar mereka peka terhadap agihan masa
samada ketika menjawab soalan.
11. Mengukuhkan konsep setiap topik yang diajar agar murid dapat mengaplikasikannya
dalam item penyelesaian masalah.

Matematik

26

KupasanMutuJawapan UPSR 2014