Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI

Saya ,Thiviya Naidu A/P Rajaram Naidu dari PISMP Semester 4 dari IPG Kampus
Tengku Ampuan berasa puas hati melaksanakan tugasan ini. Saya ditugaskan untuk
membuat tugasan ini secara individu. Tugasan ini telah diberi oleh pensyarah saya iaitu
Tuan Haji Zulkifli Bin Husin. Saya berasa amat berterima kasih kepada pensyarah saya dan
juga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam
membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna sebelum 29 Ogos 2014.
Tugasan ini memerlukan saya untuk merealisasikan pengaplikasian kalkulus dengan
mengkaitkan dengan kehidupan seharian saya sebagai seorang guru pelatih IPGKTAA.
Saya dikehendaki memilih dua situasi yang boleh dikaitkan dengan kalkulus. Kemudian,
saya perlu melakukan satu eksperimen untuk membuktikan situasi tersebut dan seterusnya
membuat pengiraan terbitan.
Walaupun berdepan dengan beberapa masalah sepanjang menjalankan tugasan ini,
saya berasa amat berbangga kerana kesulitan ini tidak menjadi halangan kepada saya
untuk menghasilkan tugasan ini dengan sempurna. Bagi saya, masalah-masalah yang saya
hadapi ini hanyalah suatu dugaan daripada Tuhan untuk menjadikan saya insan yang lebih
sempurna dalam segala aspek. Masalah-masalah yang telah saya hadapi ini, telah
membentuk saya untuk menjadi seorang bakal guru yang lebih berketerampilan pada masa
yang akan datang.
Melalui pelaksanaan tugasan ini saya telah mempelajari pelbagai perkara. Antaranya
saya dapat mengaplikasikan ilmu-ilmu matematik yang saya pelajari dalam kehidupan
seharian saya. Saya dapat memahami topik terbitan dengan lebih mendalam. Saya percaya
saya akan dapat menduduki peperiksaan dengan baik dengan ilmu-ilmu matematik yang
saya perolehi melalui tugasan ini.
Saya juga berpeluang untuk mempelajari pelbagai ilmu yang baru sepanjang
menjalankan tugasan saya ini. Ilmu-ilmu yang saya pelajari ini boleh saya gunakan setelah
saya mula berkhidmat di sekolah nanti. Saya menjadi lebih yakin pada diri saya bahawa
saya berpotensi untuk menjadi seorang pendidik yang baik kepada anak murid saya. Saya
juga boleh menjadikan sesi P&P saya lebih menarik dengan mengaplikasikan ilmu-ilmu dan
juga teknik mengajar yang betul.
Sepanjang perlaksanaan tugasan saya ini, saya mendapat pelbagai pengalaman
yang baru. Saya dapat berfikir secara mendalam untuk menjalankan ekperimen-eksperimen

saya dan menjadikan situasi saya mantap dan lengkap dengan pengiraan-pengiraan yang
betul dan juga bukti-bukti yang kukuh. Saya berasa amat terharu dan berbangga kerana
saya tidak pernah menyangka bahawa saya berupaya menghasilkan satu situasi terbitan
yang agak rumit dan mengambil inisiatif untuk mengkaji situasi berkenaan secara mendalam
untuk mendapatkan penyelesaian pengiraan yang lengkap. Selama ini saya tidak sedar
akan kebolehan yang saya mliki ini. Saya berasa amat seronok sepanjang perlaksanaan
tugasan ini walaupun ia merupakan kerja yang memakan masa yang agak lama untuk
disiapkan.
Saya amat gembira melakukan tugasan ini kerana rakan-rakan saya telah memberi
kerjasama yang luar biasa kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini. Walaupun saya
menghadapi beberapa masalah tetapi saya dapat mengatasinya dengan baik

untuk

menjayakan tugasan ini. Saya juga dapat mempelajari cara-cara mengatasi tekanan mental
yang saya hadapi kerana dunia pekerjaan bukanlah senang untuk ditangani. Dengan
mempelajari cara-cara mengatasi tekanan ini saya yakin bahawa ia akan membantu saya
untuk menanganinya. Selepas melaksanakan tugasan ini, saya lebih yakin dengan diri saya.
Saya juga berasa amat lega dan bersyukur kerana telah berjaya menyiapkan tugasan yang
diberi dalam jangka masa yang telah ditetapkan.
Saya ingin berterima kasih kepada pensyarah saya Tuan Haji Zulkifli Bin Husin
kerana telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya. Dengan tunjuk ajar dan
bimbingan beliau, saya telah berjaya menghasilkan tugasan ini dengan amat sempurna.