Anda di halaman 1dari 6

Terima kasih pengerusi majlis,

Yang dihormati barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana,


seterusnya hadirin hadirat sekalian,
"Guru Berkualiti Menjana Insan Cemerlang"
Begitulah tajuk syarahan saya pada pagi yang berbahagia ini, Sebelum saya melangkah
dengan lebih jauh lagi, izinkan saya mendefinisikan tajuk syarahan saya satu persatu.
Menurut Kamus Dewan, "Guru" bermaksud pendidik,pengajar atau pengasuh.
"Berkualiti" pula bererti bermutu tinggi. "Menjana" pula ditakrifkan sebagai
menghasilkan manakala "Insan" pula merujuk kepada individu manusia
dan "Cemerlang" menurut kamus dewan lagi ialah kejayaan yang tinggi.
Dari definisi tadi jelaslah bahawa pendidik yang bermutu yang tinggi mampu
melahirkan manusia yang terdiri daripada golongan yang berjaya.
Hadirin dan hadirat yang dihormati,
Kualiti guru yang pertama ialah melaksanakan tugas dengan sepenuh keikhlasan.
Jasad yang digerakkan oleh keikhlasan kerana tuhan akan memampukan seorang guru
menjalankan tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin.Segala usaha ini dilakukan
untuk mendapat keredhaan tuhan dan diserahkannya kepadaNya untuk dinilai.

Sebagai contoh,lihat sahaja keihklasan guru yang mengajar di pedalaman. Kisah


mereka dipaparkan di akhbar dan televisyen. Mereka terpaksa berjalan kaki,menaiki
sampan malah ada yang terpaksa berenang untuk sampai ke sekolah. Niat mereka
adalah ikhlas untuk mendidik anak bangsa supaya cemerlang,gemilang,terbilang. Jika
tiada keikhlasan mana mungkin tugas ini sanggup dilakukan.
Hadirin-hadirat,
Kualiti guru yang kedua ialah berilmu. Tanpa ilmu, guru tidak mampu menyampaikan
pelajaran dengan baik kepada murid-murid.

"Sesungguhnya, orang yang berilmu di dunia ibarat bintang dilangit menjadi penunjuk
dalam kegelapan di darat dan di laut.
Pernyataan ini mengingatkan kita, bahawa guru yang berilmu mampu membimbing
para murid ke arah kecemerlangan. Sesungguhnya, ilmu adalah ibarat bintang yang
menunjuk arah kepada kita dalam belayar, tanpa ilmu hilanglah pedoman dan sesatlah
arah.
Justeru itu, didalam memastikan para guru dilengkapi dengan ilmu mengajar maka
setiap guru hari ini diberikan latihan terlebih dahulu di Institut-Institut Perguruan
seluruh negara. Bahkan kerajaan juga turut menggalakkan para guru untuk
melanjutkan pelajaran di peringkat universiti.
Hadirin-hadirat,
Kualiti guru yang ketiga ialah berhikmah didalam mendidik.Hikmah disini bererti
bijaksana.

Berhikmah disini merujuk kepada kreativiti pendakwah didalam mempelbagaikan cara


dakwahnya agar sesuai dengan suasana semasa. Begitulah juga peranan guru yang
berhikmah. Mencari dan menggunakan kaedah yang sesuai didalam mendidik.
Sebagai contoh, guru disaran oleh Kementerian Pelajaran untuk menggunakan
teknologi multimedia bagi membantu pembelajaran para murid. Penggunaan teknologi
adalah kaedah yang bijaksana dan merupakan langkah terbaik meningkatkan kualiti
pengajaran dan pembelajaran.

Kualiti guru yang keempat ialah berakhlak mulia. Guru sebagai ibu dan bapa di
sekolah merupakan contoh teladan bagi murid. Justeru itu guru perlu terlebih dahulu
berakhlak mulia sebelum dapat melahirkan murid yang berakhlak mulia.

Jelaslah pada kita, bahawa akhlak mulia mampu merubah manusia sedangkan akhlak
buruk yang dipamerkan oleh guru hanya mendatangkan kejelekan.

Lihat sahajalah bagaimana media massa memaparkan beberapa siri keganasan guru
terhadap murid. Sikap panas baran dan melampau bukan akhlak yang mulia. Guruguru terbabit bukan sahaja gagal mendidik , bahkan dicerca kerana tidak
menunjukkan contoh yang baik

Kesimpulannya, guru berkualiti akan dapat melahirkan insan cemerlang dunia dan
akhirat. Oleh itu, guru harus meningkatkan kualiti diri ke arah melahirkan insan yang
cemerlang, gemilang dan terbilang.

SJK T BAYAN LEPAS


BORANG KEHADIRAN AJK PIBG 2015/2016
MESYUARAT PERTAMA

TARIKH : 16.03.2015- ISNIN


MASA : 8.30 PAGI
TEMPAT :KANTIN SEKOLAH
BI NAMA
L
1.
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12

NO.KP.

TANDA
TANGAN

CATATAN

Anda mungkin juga menyukai