Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA CADANGAN

BENGKEL ASAS FROG VLE BIL 1/2015 (MURID)


JAWATANKUASA ICT & FROG VLE
SK BANDAR UTAMA DAMANSARA (4)
2015
1.0

PENGENALAN

Selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ) untuk


memastikan Pelantar Persekitaran Pembelajaran Maya atau Virtual Learning
Environment ( VLE ) terus disemarakkan dan diintegrasikan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran ( PdP ) khasnya, Jawatankuasa ICT dan Frog
VLE SK Bandar Utama Damansara (4) berusaha untuk memastikan
sekurang-kurangnya hasrat ini akan tercapai walaupun sedikit. Adalah
menjadi satu tanggungjawab kepada pihak sekolah untuk memastikan
penggunaan VLE terus disebarluaskan penggunaannya agar pelaburan yang
dibuat oleh pihak KPM dalam membangunkan program 1BestariNet berbaloi
dan sampai kepada golongan sasar.

2.0

RASIONAL

Untuk memastikan Frog VLE dapat dijalankan dengan lebih berkesan, murid
yang merupakan pelanggan utama di sesebuah sekolah perlu didekati agar
mereka lebih minat dan mempunyai sikap ingin tahu dengan lebih mendalam.
Oleh itu, bengkel asas Frog VLE kepada murid perlu diadakan untuk
memastikan proses penyampaian lebih berkesan dan murid mahir untuk
membantu guru-guru menggunakan Frog VLE.
3.0

MATLAMAT

Membina satu kumpulan murid yang mempunyai kemahiran asas untuk


membantu dan membimbing seta menjadi kumpulan rakan sebaya yang
positif.

4.0

OBJEKTIF

Objektif bengkel adalah seperti berikut :


Melatih murid untuk menjadi seorang pengguna ICT yang pintar dan
bermakna
Jawatankuasa Frog VLE SKBUD4 @2015

Melatih murid untuk mengaplikasikan pelantar Frog VLE dalam proses


PdP
5.0

KUMPULAN SASAR

Semua ahli jawatankuasa Kelab Frog VLE & ICT (KFC )


6.0

TARIKH CADANGAN

10hb Februari 2015 ( Selasa )


7.0

MASA & TEMPAT

Masa : 8.10 pagi 10.10 pagi ( 2 Jam )


Tempat : BILIK KOMPUTER 3
8.0

PENGISIAN BENGKEL

Sesi pemilihan pengundian Ahli Jawatankuasa KFC


Log masuk dalam Frog VLE
Pengenalan Asas Frog VLE
Kemas kini Dashboard Peribadi
Perkongsian laman KFC
Kemas kini laman KFC
Penggunaan emel
Penggunaan widget Site Link, media, notes, external link

*Pengisian bengkel akan disampaikan oleh Cikgu Aman Shah dan Ustazah
Ruzita ( jika berkelapangan ).

9.0

ANGGARAN PERBELANJAAN

Tiada perbelanjaan dicadangkan kerana akan menggunakan segala sumber


sedia ada.

Jawatankuasa Frog VLE SKBUD4 @2015

10.0

PENUTUP

Sebagai sebahagian projek 1BestariNet yang dimulakan oleh Kementerian


Pelajaran Malaysia dalam perkongsian dengan YTL, 10,000 sekolah di
seluruh negara akan menerima Internet kelajuan tinggi 4G dan Persekitaran
Pembelajaran Maya (Virtual Learning Environment).
Sekolah kita telah terpilih dalam projek rintis pelaksanaan VLE Frogasia ini.
Dan beberapa orang murid telah dilantik menjadi Frog Student Champion
selepas menerima sesi latihan daripada pihak YTL dan guru ICT sekolah.
Sebagai Frog Student Champion, wakil murid yang terpilih mempunyai
peranan yang penting dalam mewujudkan keseronokan dan boleh membantu
pelaksanaan VLE di sekolah.

Disediakan oleh,

Aman Shah bin Syed Ali


Guru Penyelaras Frog VLE
SK Bandar Utama Damansara (4)
Tarikh : 4 Februari 2015
Disemak oleh,

Rohani binti Saad


Penolong Kanan
SK Bandar Utama Damansara (4)
Tarikh :
Disahkan oleh,

Yeo Sai Lim


Guru Besar
SK Bandar Utama Damansara (4)
Tarikh :

Jawatankuasa Frog VLE SKBUD4 @2015