Anda di halaman 1dari 12

PEMAHAMAN BAHASA MALAYSIA

BAHASA MALAYSIA
KERTAS 1
( MODUL 1 SET 1 )
Lima puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan.
2. Jawab soalan dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.
2. Bagi setiap soalan, hitamkan satu ruangan sahaja.
4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat.
Kemudian hitamkan jawapan yang baru.

Kertas soalan ini mengandungi 9

halaman bercetak

Tiap- tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D . Antaranya, ada satu jawapan sahaja
yang betul. Pilih jawapan yang betul itu, Kemudian , tandakan jawapan kamu dengan menghitamkan
ruangan pada kertas jawapan.

Soalan 1 19
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Soalan 1 berdasarkan Gambar 1

Gambar 1
1

Ibu ________ air untuk membancuh air kopi.


A merebus
B memasak
C mengukus
D menjerang

Soalan 2 berdasarkan Gambar 2

Gambar 2
2

Suara penyanyi yang ________ telah memukau para pendengar.


A merdu
B mersik
C lembut
D lentang

Kes pergaduhan pelajar-pelajar itu telah _________ oleh ketua pengawas.


A laporan
B terlapor
C dilaporkan
D melaporkan

_______ kamu terlibat dalam kes curi itu?


A Adakah
B Apakah
C Siapakah
D Di manakah

Soalan 5 berdasarkan Gambar 3

Gambar 3
5

Mee Ling menolong ibunya ________ bakul pulang dari pasar.


A mengalas
B menjinjing
C mengangkat
D menggendong

Soalan 6 berdasarkan Gambar 4

Gambar 4
6

Ali dan keluarganya sedang mandi di _______ laut.


A tepi
B atas
C dasar
D tengah

Cikgu Maniam _______ setelah nasihatnya tidak dihirau oleh murid-muridnya.


A naik angin
B buang angin
C makan angin
D kepala angin

Nasi yang ditanak oleh abang menjadi ________ kerana terlebih air.
A keras
B empuk
C lembik
D mentah

________ mesti memenangi perlawanan ini, kata jurulatih kepada para pemainannya.
A Dia
B Kita
C Kami
D Mereka

Soalan 10 berdasarkan Gambar 5

Gambar 5
10 Pak Cik Amat memikul se________ pisang berangan.
A biji
B sisir
C sikat
D tandan
Soalan 11 berdasarkan Gambar 6

Gambar 6
11

Sebuah _______________ telah jatuh terjunam di Selat Melaka.


A kapal angkasa
B kapal terbang
C helikopter
D roket

12 _______ murid diwajibkan memakai tanda nama, kata guru disiplin.


A Segala
B Semua
C Seluruh
D Sebahagian
13 ________ berguguran pada musim kemarau.
A Bebenang
B Dedaun
C Sesiku
D Jejari
14 Raju tidak tahu membaca buku kerana dia _________ .
A makan angin
B buah tangan
C kaki ayam
D buta huruf
Soalan 15 berdasarkan Gambar 7

Gambar 7
15 Penjodoh bilangan yang sesuai bagi gambar di atas ialah _____ .
A bilah
B cucuk
C batang
D tangkai

Soalan 16 berdasarkan Gambar 8

Gambar 8
16 Pak Dollah membina sebuah reban ayam di _______ rumahnya.
A atas
B bawah
C hujung
D belakang
17 Adik tidak terdaya _________ batu yang besar itu.
A diangkat
B terangkat
C mengangkat
D pengangkat
Soalan 18 berdasarkan Gambar 9

Gambar 9
18 Menara Berkembar Petronas ialah ________ negara ini.
A lalu lintas
B lebuh raya
C mercu tanda
D masa depan
19 Lim Ching tidak bermain bersama rakan-rakannya kerana dia seorang ________
A kaki ayam
B cakar ayam
C kaki bangku

D tidur-tidur ayam
20 Hubungan Mei Ling dengan Mariam begitu erat,
A Seperti cincin dengan permata
B Bagai aur dengan tebing
C Bagai isi dengan kuku
D Bagai kucing dengan anjing
Soalan 21 berdasarkan Gambar 10

Gambar 10
21 Perkataan seerti yang sesuai dengan gambar di atas ialah ______ ,
A diam
B bising
C dingin
D tenang

Soalan 22
Berikan kata lawan bagi perkataan bergaris
22 Haba dari pembakaran sampah itu sangat panas.
A beku
B suam
C dingin
D hangat

Soalan 23 dan Soalan 24


Pilih jawapan yang paling sesuai bagi ayat yang diberikan.
23 Mengapakah kamu tidak hadir semalam?
A Ya, saya tidak hadir semalam
B Saya berjanji akan hadir hari ini.
C Saya akan hadir seperti yang dijanjikan.
D Saya tidak hadir semalam kerana sakit perut.

24 Di manakah rumah pak cik kamu?


A Di Taman Temoh Jaya
B Rumahnya sangat besar
C Saya akan pergi ke sana nanti
D Rumah pak cik saya berwarna putih
Soalan 25
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan
25 Pak Man menjual barang-barang plastik di pasar malam.
A Barang-barang plastik dijual oleh Pak Man
B Setiap malam Pak Man menjual barang-barang plastik
C Pak Man dijual oleh barang-barang plastik di pasar malam
D Barang-barang plastik di pasar malam itu dijual oleh Pak Man
Soalan 26 dan Soalan 27
Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

26 A
B
C
D

Air tasik itu sangat jernih.


Air kopi yang dibancuh ibu rasanya jernih.
Pandangan datuk jernih apabila bercermin mata.
Di gerai itu ada jernih lauk-pauk.

27 A
B
C
D

Lampu picit itu sungguh tenang cahayanya.


Air sungai di kaki bukit itu tenang sekali.
Hubungan antara Halim dengan Hamid masih tenang
Suasana di negara itu sangat tenang semasa peperangan

Soalan 28 hingga Soalan 30


Pilih ayat yang betul

28 A
B
C
D

Siapakah nama anak kucing itu?


Bilakah kamu tidak mendengar nasihat guru?
Berapakah jumlah keuntungan kamu hari ini?
Bagaimanakah tarikh pertandingan itu akan diadakan

29 A
B
C
D

Seulas peluru dijumpai oleh pihak polis.


Sekawan pengakap sedang membina khemah.
Jully menerima sepucuk surat daripada rakannya.
Zainal hanya minum seteguk air kerana terlalu haus.

30 A
B
C
D

Wah, sakitnya perut saya!


Oh, Tuhanku, selamatkanlah aku!
Eh, kamu telah berjaya dengan cemerlang!
Amboi, pergi kamu dari sini!

Soalan 31 hingga Soalan 35


Baca berita di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Alor Star, 5 Februari Tiga orang pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) parah dan 48 orang
lagi cedera ringan setelah bas yang dinaiki mereka dari kampus ke asrama di Bukit Kachi,
Sintok tebabas ke dalam sungai. Kejadian itu berlaku kurang 30 minit sebelum 5.00 petang,
semalam apabila pemandunya gagal mengawal ketika tiba di satu selekoh.
Bas itu juga dikatakan membawa penumpang melebihi hadnya, dipandu laju selain
hujan renyai-renyai ketika itu. Bas itu terbabas ke dalam gaung sedalam lima meter. Pelajar
yang cedera parah telah dirawat di unit rawatan kecemasan. Pelajar yang cedera ringan pula
diberi rawatan sebagai pesakit luar.

31 Bilakah kejadian itu berlaku?


A 4 Februari
B 5 Februari
C 6 Februari
D 7 Februari
32 Berapakah jumlah penumpang bas tersebut?
A 48 orang
B 49 orang
C 50 orang
D 51 orang
33 Pada pukul berapakah kajadian itu berlaku?
A 3.00 petang
B 4.30 petang
C 5.00 petang
D 5.30 petang

34 Berapakah jumlah pelajar yang cedera parah dalam kemalangan itu?


A 3 orang
B 5 orang
C 30 orang
D 48 orang

35 Berikut ialah sebab bas itu terbabas, kecuali


A Dipandu laju
B Hujan renyai-renyai
C Pemandu amat berhati-hati
D Membawa lebih penumpang
Soalan 36 hingga Soalan 40
Baca dialog di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Yang Xi

: Misbun, awak hendak ke mana ni ?

Misbun

: Eh, Yang Xi ! Saya hendak ke sekolah. Ada latihan badminton.

Misbun

: Awak ini hendak ke mana pula Yang Xi?

Yang Xi

: Saya hendak ke sekolah juga. Kebetulan hari ini ada perjumpaan kelab
Bahasa Malaysia. Kata Cikgu Amy, ada projek yang nak disiapkan.

MIsbun

: Baguslah, Yang Xi. Kita sebagai pelajar haruslah aktif.

Yang Xi

: Bila perlawanan itu akan diadakan?

Misbun

: Kata Cikgu Swee, minggu depan ada satu perlawanan persahabatan


dengan sekolah jiran kita tu. Selang dua hari, barulah perlawanan sebenar
diadakan.

Yang Xi

: Saya harap pasukan sekolah akan memenangi perlawanan itu nanti.

Misbun

: Eh, itu pun bas sudah sampai. Mari kita pergi. Boleh awak tolong saya
bawa reket ini?

Yang Xi

: Boleh, apa salahnya.

36 Di manakah Yang Xi berjumpa dengan Misbun?


A sekolah
B dalam bas
C stesen bas
D perhentian bas
37 Mengapakah Misbun hendak pergi ke sekolah?
A Latihan tenis
B Latihan ping pong
C Latihan badminton
D Latihan bola sepak

38 Kelab apakah yang disertai oleh Yang Xi di sekolahnya?


A Bahasa Cina
B Bahasa Tamil
C Bahasa Inggeris
D Bahasa Malaysia
39 Bilakah perlawanan sebenar badminton akan diadakan?
A Minggu hadapan
B Dua hari lagi
C Belum ditentukan tarikhnya
D Dua hari selepas perlawanan persahabatan
40 Apakah maksud projek dalam dialog di atas?
A kerja
B tindakan
C permainan
D gotong-royong
SOALAN TAMAT

10

11

21

31

12

22

32

13

23

33

14

24

34

15

25

35

16

26

36

17

27

37

18

28

38

19

29

39

10

20

30

40

11

Anda mungkin juga menyukai