Anda di halaman 1dari 32

i

MODUL MINDA SIHAT

KANDUNGAN
1.0

PENGENALAN

2.0

OBJEKTIF MODUL

3.0

KANDUNGAN MODUL

4.0

CARTA ALIR

CARTA ALIR PELAKSANAAN SARINGAN MINDA SIHAT

5.0

MODUL

5.1

AKTIVITI 1 KAWAL MARAH

LAMPIRAN 1

LAMPIRAN 2

5.2

AKTIVITI 2 TANGANI STRES

5.3

AKTIVITI 3 TEKNIK RELAKSASI

LAMPIRAN 3
5.4

AKTIVITI 4 BERFIKIR SECARA POSITIF

9
11

LAMPIRAN 4

12

LAMPIRAN 5

12

5.5

AKTIVITI 5 HARGA DIRI

LAMPIRAN 6
5.6

AKTIVITI 6 PENYELESAIAN MASALAH

LAMPIRAN 7
5.7

AKTIVITI 7 TEGAS DIRI

13
14
15
16
18

LAMPIRAN 10

19

LAMPIRAN 11

21

5.8

AKTIVITI 8 BUAT CERITA

LAMPIRAN 12
5.9

AKTIVITI 9 MOTO HIDUP

LAMPIRAN 13
5.10

AKTIVITI 10 RANCANGAN HIDUPKU

LAMPIRAN 14

22
23
24
25
27
28

1.0

MODUL MINDA SIHAT

PENGENALAN

Kesejahteraan minda yang ampuh bagi seseorang murid


merupakan

perkara

penting

untuk

membolehkan

mereka

berperanan dengan baik ketika berhadapan dengan stress, anxiety


dan kemurungan. Gaya tindak yang baik ketika berdepan dengan
masalah semasa, dapat menjadikan mereka seorang individu yang
teguh emosi, tingkahlaku dan pemikiran.

2.0

OBJEKTIF MODUL

Modul Program Minda Sihat ini dibangunkan untuk kegunaan


Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa (GBKSM) dalam
memberi intervensi kepada murid-murid Tingkatan Empat yang telah
menjalani Saringan DASS dan Ujian Gaya Daya Tindak.

3.0

KANDUNGAN MODUL
Sepuluh

modul

yang

dibangunkan

mencakupi

aspek,

mengurus emosi, membangunkan daya tindak, membuat keputusan


dan membina matlamat.

3.1 Kawal Marah Teknik 3B


3.2 Tangani Stres 10B
3.3 Teknik Relaksasi
3.4 Berfikir Secara Positif
3.5 Harga Diri
3.6 Penyelesaian Masalah
3.7 Tegas Diri
3.8 Buat Cerita
3.9 Moto Hidup
3.10 Rancangan Hidupku

MODUL MINDA SIHAT

4.0

CARTA ALIR
CARTA ALIR PELAKSANAAN SARINGAN MINDA SIHAT
MULA

DASS 1

GAYA DAYA TINDAK


1

TERUK

RINGAN / SEDERHANA /
BAIK

INTERVENSI
KHUSUS

INTERVENSI UMUM

DASS 2

GAYA DAYA TINDAK


2

TERUK

RINGAN / SEDERHANA /
BAIK

DIRUJUK
KK

INTERVENSI UMUM

SUSULAN /
MAKLUM
BALAS
LAPOR
AN

MODUL MINDA SIHAT

5.0

MODUL

5.1

AKTIVITI 1KAWAL MARAH

TAJUK

Kawal Marah

OBJEKTIF :

Pada akhir aktiviti murid dapat:


1. mempelajari cara-cara mengawal kemarahan
secara positif.

MASA
BAHAN

60 minit

:
Pengenalan Kawal Marah (Lampiran 1), Panduan
kawal marah
3B (Lampiran 2).

LANGKAH :
1. GBKSM
murid.

menerangkan definisi

kemarahan

kepada

2. GBKSM berbincang bersama murid berkaitan tandatanda marah yang dialami oleh individu.
3. GBKSM mengajar Langkah 3B mengawal kemarahan
(Lampiran 1).
FALSAFAH :

Sabar Sebahagian Daripada Iman

MODUL MINDA SIHAT

LAMPIRAN 1

Nota Guru
Pengenalan Kawal Marah
Kemarahan terbina secara perlahan-lahan dan menyebabkan
perubahan pada fisiologi badan. Kemarahan juga merupakan satu
masalah emosi utama akibat daripada stres jika tidak dikawal. Marah
mengakibatkan kesan emosi negatif kepada individu dan
menjejaskan keupayaan untuk berfungsi secara optimum.
Kemarahan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan boleh berlaku
secara spontan atau perlahan-lahan.
Definisi Kemarahan
Kemarahan adalah perasaan semulajadi yang ada pada setiap
individu. Kemarahan merupakan kesan emosi akibat daripada:
i.
ii.
iii.
iv.

Sakit hati / kecewa


Ancaman / ugutan
Penderaan fizikal
Kehilangan

Tanda-tanda Marah
i.
Fizikal
Mengetap gigi
Sakit / pening kepala
Tangan berpeluh
Muka merah padam
ii.

Emosi
Sedih
Rasa bersalah
Geram
Gelisah

iii.

Tingkah laku
Menangis
Menjerit
Mengeluarkan kata-kata kesat
Mengasingkan diri

MODUL MINDA SIHAT

LAMPIRAN 2

Nota Guru
Langkah 3B
i.

ii.

iii.

B : Berhenti

Kebolehan berhenti adalah penting supaya anda


mempunyai masa untuk mempertimbangkan situasi
(melihat dan mendengar).

Bertenang, contohnya kira sampai 10, tarik nafas


dengan mendalam atau membaca doa.

Jika anda tidak dapat mengawal kemarahan, tinggalkan


tempat kejadian dengan serta merta.

B : Berfikir

Adalah baik jika boleh merancang pemikiran anda


sebelum bercakap dengan orang yang anda marah.

Cuba kenal pasti dan selesaikan masalah tersebut.

Jangan buat sesuatu yang merumitkan lagi keadaan.

Kekal pada isu tersebut, jangan ungkit perselisihan lama


dan jangan ambil hati.

B : Bertindak

Daya tindak merujuk kepada usaha untuk mengatasi


perkara yang menimbulkan kemarahan.

MODUL MINDA SIHAT

5.2

AKTIVITI 2

TANGANI STRES

TAJUK

OBJEKTIF :

Pada akhir aktiviti murid dapat:

Tangani Stres 10B

1. meningkatkan pengetahuan tentang kaedahkaedah menangani stres.


2. meningkatkan kemahiran menangani stres.
MASA
BAHAN

:
:

60 minit

Radio

LANGKAH :
1. GBKSM menerangkan tentang kaedah 10B kepada
murid.
2. GBKSM membimbing
simulasi 10B;

murid

dengan

membuat

a. Bertenang Membuat pernafasan relaks;

Tarik nafas dalam kiraan 3 dan lepas.

Tarik nafas dalam kiraan 5 dan lepas.

Tarik nafas dalam kiraan 7 dan lepas.

b. Bernafas dengan dalam Tarik nafas dalamdalam dan dalam kiraan 7 lepaskan dengan
suara yang kuat.
c. Berkata: Relaks / Tak mengapa;

GBKSM membuat provokasi kepada murid.


Contoh:
GBKSM : Ada murid yang mengatakan kamu
seorang
yang pengotor.
Murid
: ...tarik nafas dan menjawab......ok,
tak
mengapa, nanti saya perbaiki diri.

d. Beribadat GBKSM menggalakkan murid


beribadat mengikut agama masing-masing.
e. Bercakap dengan seseorang;

MODUL MINDA SIHAT

GBKSM dan murid melakonkan aktiviti


berkongsi masalah. GBKSM dan murid
saling bertukar tempat.

f. Berurut

GBKSM melatih murid teknik mengurut


leher dan bahu serta kepala.

g. Berehat dan mendengar muzik;

GBKSM menerangkan situasi yang sesuai


untuk murid mendengar muzik.

Berbaring, pejamkan mata dan pasang


muzik dengan perlahan. Sebaik-baiknya
muzik instrumental.

h. Beriadah

GBKSM berbincang dengan murid aktiviti


riadah yang boleh dibuat.
Contoh : Berkelah, berenang, bermain
bola,
bermain dam dan berbasikal.

i. Bersenam
GBKSM
senaman.

berbincang

Contoh:
Jogging,
senaman lantai.

tentang

aerobic,

aktiviti
skipping,

j. Berfikiran positif

GBKSM menggalakkan
sesuatu secara positif.

murid

melihat

Contoh:
Situasi 1 : Seorang budak perempuan
berpakaian
cantik dan bergincu.
Fikiran negatif :
mengadaFikiran positif :
seorang

Budak

perempuan

itu

ngada.
Budak

perempuan

itu

yang gembira dan suka


dirinya
kelihatan cantik.
Situasi 2
murid yang

: Seorang guru memarahi

MODUL MINDA SIHAT

nakal dan membuat bising di


kelas.
Fikiran negatif
sebab benci

Guru

itu

marah

kepada murid tersebut.


Guru itu marah akan

Fikiran positif :
perbuatan

murid tersebut dan bukan


diri
murid itu.
2. GBKSM dan
dijalankan.
Falsafah

5.3

murid

merumuskan

aktiviti

yang

Usaha Tangga Kejayaan

AKTIVITI 3TEKNIK RELAKSASI


TAJUK

Teknik Relaksasi

OBJEKTIF :

Pada akhir aktiviti murid dapat:


1. mengetahui maksud relaksasi.
2. menyatakan faedah latihan relaksasi.
3. mengamalkan
relaksasi.

MASA
BAHAN

:
:

sebahagian

aktiviti

latihan

60 minit

CD teknik pernafasan dan urutan leher dan bahu.


(Lampiran 3)

LANGKAH :
1. GBKSM menerangkan
seperti:

teknik-teknik

relaksasi

a. Latihan pernafasan
b. Urutan bahu, leher dan kaki
c. Terapi muzik
d. Relaksasi otot
e. Aromaterapi
2. GBKSM menunjukkan teknik relaksasi (Lampiran
3).
3. GBKSM dan murid merumuskan aktiviti yang
dijalankan.

MODUL MINDA SIHAT

FALSAFAH :

Kebahagiaan Hak Milik Semua

LAMPIRAN 3

Nota Guru
i.

Latihan Pernafasan
Proses pengendalian
a. Berdiri dengan menjarakkan kaki dan longlaikan tangan
disisi.
b. Pejam mata dan biarkan kepala tunduk ke hadapan.
c. Tarik nafas perlahan-lahan
dalamnya dengan kiraan 10.

melalui

hidung

sedalam-

d. Hembuskan nafas perlahan-lahan melalui hidung.


e. Terapkan perasaan lega setiap hembusan nafas.
f. Ulangi 5 kali sehingga berasa tenang dan relaks.
g. Akhirnya, buka mata perlahan-lahan.
ii.

Urutan leher dan bahu (Sama Jantina)


Proses pengendalian
a. GBKSM menjemput murid duduk
mendapatkan kedudukan selesa.

di

atas

kerusi

dan

b. GBKSM berdiri di belakang murid dan cadangkan melakukan


urutan bahu dan leher.

MODUL MINDA SIHAT

c. Minta murid tanggalkan cermin mata (jika ada) dan


menutup mata.
d. Letakkan tangan GBKSM dengan perlahan di atas bahu
murid.
e. Letakkan ibu jari di bahagian tengkuk dan urut dengan
perlahan-lahan hingga ke bahagian bahunya dan kemudian
kembali ke bahagian tengkuk. Ulangi 3 kali.
f. Dengan menggunakan kedua belah tangan, urut dari
bahagian bahu hingga ke bahagian atas lengan. Ulangi 3
kali.
g. Urut dengan ibu jari bermula dari bahagian bawah tengkuk
mengarah ke luar menjauhi tulang belakang. Ulangi 3 kali.
h. Urut dengan ibu jari bahagian bawah tengkuk dengan
menggunakan teknik memutar.
i. Letakkan satu tangan di dahi murid dan tangan yang satu
lagi di bahagian tengkuk. Dengan perlahan putarkan kepala
murid ke kanan dan kemudian ke kiri.
j. Gunakan jari-jemari untuk mengurut bahagian tengah dahi
dan terus ke bahagian tengah tepi dengan menggunakan
teknik memutar. Ulangi 3 kali
k. Letakkan kembali tangan di bahagian bahu murid.
iii.

Terapi muzik
Proses pengendalian
a. GBKSM mengucapkan selamat datang serta minta murid
duduk di kerusi sofa.
b. Pilih CD mengikut kesukaan murid
c. Pasang CD dan earphone
d. Pejam mata dan
mendengar muzik.

bayangkan

keadaan

tenang

sambil

e. Sekiranya murid masih stres, minta murid kongsi perasaan


dengan orang lain.
iv.

Relaksasi otot
Proses pengendalian
a. GBKSM mempersilakan murid duduk di atas kerusi yang
selesa
b. Pejamkan mata
c. Genggamkan sebelah tangan dengan kuat selama beberapa
saat dan tumpukan perhatian kepada ketegangan
genggaman tersebut.

10

11

MODUL MINDA SIHAT


d. Kemudian lepaskan genggaman perlahan-lahan. Rasakan
ketegangan itu hilang perlahan-lahan.
e. Ulangi latihan ini pada otot-otot di bahagian lain badan
(mata, muka, dahi, tangan dan kaki).

5.4

AKTIVITI 4BERFIKIR SECARA POSITIF

TAJUK

Berfikir Secara Positif

OBJEKTIF :

Pada akhir aktiviti murid dapat:


1. mengetahui maksud pemikiran positif.
2. menyenaraikan
positif.

beberapa

faedah

pemikiran

3. mengamalkan aktiviti pemikiran positif.


MASA

60 minit

BAHAN

:
Lembaran senario (Lampiran 4), Panduan berfikiran
positif
(Lampiran 5).
LANGKAH :
1. GBKSM memberikan satu senario kepada murid
untuk dibincangkan (Lampiran 4).
2. GBKSM akan menganalisa senario bersamasama murid.

MODUL MINDA SIHAT

3. GBKSM
menerangkan
langkah-langkah
berfikiran secara positif (Lampiran 5):
a. Langkah 1 : Mengenalpasti situasi.
b. Langkah 2 : Menilai kewujudan pemikiran
negatif.
c. Langkah 3 : Menilai sama ada pemikiran
negatif
tersebut sahih/wajar, serta
mempunyai
fakta yang kukuh.
d. Langkah 4 :
dengan

Gantikan

pemikiran

pemikiran

yang

negatif
lebih

munasabah.
4. GBKSM dan murid merumuskan aktiviti yang
dijalankan.
FALSAFAH :
Positif

Kehidupan Lebih Bererti Apabila Fikiran Sentiasa

LAMPIRAN 4

SENARIO
Dipersalahkan Kerana Melakukan Kesalahan
Disiplin

LAMPIRAN 5

Nota Guru
Kemungkinan Respon

12

13

MODUL MINDA SIHAT


i.

Respon Negatif
Pemikiran negatif :Situasi ini akan diterima dengan ungkapan sebegini,
Mesti ada orang cuba menganiaya aku.
Tindakan negatif:Berasa kecil hati. Suka ponteng kelas dan sekolah. Terus bersedih
dan sentiasa mengelak daripada berjumpa rakan dan GBKSM.
Hasil negatif:Tidak dapat menumpukan perhatian kepada pdp dalam kelas.
Keputusan peperiksaan semakin merosot dan mencari alasan untuk
berhenti sekolah.

ii.

Respon Positif
Pemikiran positif:Situasi ini akan diterima dengan ungkapan sebegini,
Aku akan cuba berubah dengan lebih baik pada masa akan datang.
Tindakan positif:Berjumpa dengan GBKSM untuk membincangkan langkah- langkah
bagi memperbaiki diri.
Hasil positif:Berasa selesa dengan diri sendiri dan mempunyai harga diri yang
tinggi. Tidak perlu mengalami stres.

5.5

AKTIVITI 5HARGA DIRI

TAJUK

Harga Diri

OBJEKTIF :

Pada akhir aktiviti murid dapat:


1. mengetahui maksud kepentingan harga diri.
2. mengenalpasti perasaan yang wujud dan cara
menanganinya.
3. mengenalpasti kelemahan dan kekuatan untuk
membantu kemajuan diri.

MASA

60 minit

MODUL MINDA SIHAT

BAHAN

Helaian potensi diri (Lampiran 6).

LANGKAH :
1. GBKSM berbincang dengan murid tentang maksud
harga diri.
2. GBKSM
mengedar
dan
membimbing
murid
melengkapkan Helaian Potensi Diri (Lampiran 6).
3. GBKSM berbincang dengan murid tentang kelebihan
diri yang perlu terus kekal pada diri dan ditingkatkan.
4. GBKSM berbincang dengan murid tentang kelemahan
diri yang perlu diperbaiki.
5. Murid diminta menyusun butiran potensi diri mengikut
keutamaan.
6. GBKSM membuat pengukuhan.
7. GBKSM dan
dijalankan.
FALSAFAH :
Kejayaan
Mempunyai Harga Diri

murid

Akan

merumuskan

Dicipta

Oleh

aktiviti

yang

Orang

Yang

Yang Tinggi.

LAMPIRAN 6

Helaian Potensi Diri

Kelebihan Diri

Kelemahan Diri

1.

1.

2.

2.

14

15

5.6

MODUL MINDA SIHAT

3.

3.

4.

4.

5.

5.

AKTIVITI 6PENYELESAIAN MASALAH

TAJUK

Penyelesaian Masalah

OBJEKTIF :

Pada akhir aktiviti murid dapat:


1. menyatakan apa itu penyelesaian masalah.
2. menyenaraikan kebaikan penyelesaian masalah
yang baik.
3. membincangkan
langkah-langkah
menyelesaikan masalah.

untuk

MODUL MINDA SIHAT

MASA

60 minit

BAHAN

:
Lembaran
senario
(Lampiran
7),
panduan
kemahiran daya
tindak (Lampiran 8) dan tips membuat keputusan
(Lampiran 9).
LANGKAH :
1.
GBKSM
memberi
senario
kepada
murid
(Lampiran 7).
2.

GBKSM perlu menyenaraikan respon daripada


murid dan membincangkan di papan putih.

3.

GBKSM
melatih
murid
menggunakan
pendekatan
IDEAL
untuk
mempertingkatkan
kemahiran penyelesaian masalah (Lampiran 7)

4.

GBKSM dan murid merumuskan aktiviti yang


dijalankan.

FALSAFAH :

Agi Idup Agi Ngelaban

LAMPIRAN 7

CONTOH SENARIO
Ahmad seorang murid yang pemalu dan pendiam. Disebabkan oleh
sikapnya itu beliau sering menjadi bahan ejekan dan dibuli oleh
rakan-rakan sekolah. Ahmad juga tidak mampu untuk membuat
aduan kepada guru kerana telah diugut oleh murid-murid tersebut.

16

17

MODUL MINDA SIHAT


Jika anda adalah Ahmad, bagaimanakah anda menyelesaikan
masalah ini?
i. I Identify (kenalpasti masalah)
Ahmad sering menjadi bahan ejekan dan buli akibat sifatnya
yang pemalu dan pendiam.
ii. D Describe (Huraikan pilihan yang ada)
a. Membuat aduan kepada guru.
b. Membiarkan saja perlakuan tersebut.
c. Bertindak agresif dengan membalas tindakan rakan.
d. membuat keputusan memberitahu ibu bapa dan pindah
sekolah.
iii. E Evaluate (Buat penilaian bagi setiap pilihan: kelebihan dan
kelemahan)
a. Membuat aduan kepada guru

Masalah dapat diselesaikan.

Dapat bersekolah dengan tenang.

Murid akan diambil tindakan dihukum.

Murid akan berdendam kepadanya.

b. Membiarkan saja perlakuan tersebut

Masalah tidak dapat diatasi.

Murid akan terus mengejek dan membuli.

Ahmad akan lebih murung dan stres.

c. Bertindak agresif dengan membalas tindakan rakan

Akan berasa puas dapat membalas

Timbul rasa yakin diri dan berani

Akan diambil tindakan oleh guru disiplin

d. Membuat keputusan pindah sekolah

Mendapat suasana dan rakan baru.

Lebih fokus untuk belajar kerana tiada gangguan.

Sekiranya tidak berubah daripada sikap lamanya maka


dia akan terus dibuli di sekolah baru.

MODUL MINDA SIHAT

v.

Mengambil masa untuk menyesuaikan diri di tempat


baru.

A Act (Bertindak berdasarkan pilihan yang baik)


Pilih keputusan ( A )
Sebab-sebab memilih adalah dengan membuat aduan kepada
guru, oleh itu masalah akan dapat diatasi kerana murid yang
membuli akan diambil tindakan, seperti tindakan disiplin,
kaunseling dan sebagainya dan dirinya juga akan diberi
dorongan dan kaunseling agar dapat membina keyakinan diri.

vi.

L Learn (Belajar dan semak semula)


Menyedari
bahawa
terdapat
banyak
pilihan
untuk
menyelesaikan sesuatu masalah. Pilihan yang terbaik adalah
yang paling praktikal.

5.7

AKTIVITI 7TEGAS DIRI

TAJUK

Tegas Diri

OBJEKTIF :

Pada akhir aktiviti murid dapat:


1. mengetahui maksud tegas diri.

18

19

MODUL MINDA SIHAT


2. memberi contoh individu yang tegas diri.
3. membuat latihan untuk menilai tahap perlakuan
tegas diri murid.
MASA
BAHAN

60 minit

:
Borang Penilaian Sikap Tegas Diri (Lampiran 10),
Nota Guru
(Lampiran 11).

LANGKAH :
1. GBKSM mengedarkan Borang Penilaian Sikap Tegas
Diri berkaitan sikap asertif (Lampiran 10).
2. GBKSM meminta murid menjawab Borang Penilaian
Sikap Tegas Diri.
3. GBKSM mentafsir sikap tegas diri murid.
4. GBKSM menerangkan ciri-ciri individu yang asertif.
5. GBKSM menerangkan perbezaan di antara sikap
pasif, tegas dan agresif/garang (Lampiran 11)
6. GBKSM dan
dijalankan.
FALSAFAH :

murid

merumuskan

aktiviti

yang

Berani Kerana Benar

LAMPIRAN 10
BORANG PENILAIAN SIKAP TEGAS DIRI
BI
L

ITEM

SKALA
1
Kera

2
Kadan

3
Jarang

4
Tidak

MODUL MINDA SIHAT

p
1.

Dalam sesuatu mesyuarat yang diselubungi


oleh kemarahan, percanggahan pendapat,
saya boleh bercakap dengan penuh yakin.

2.

Jika saya berasa ragu-ragu,


meminta pertolongan.

3.

Kalau ada sesiapa bersikap tidak adil dan


garang, saya dapat menangani situasi ini
dengan penuh keyakinan.

4.

Bila seseorang suka menyindir saya ataupun


orang lain, saya dapat bercakap tanpa berasa
marah.

5.

Bila saya ditindas, saya akan menyuarakan


pandangan dengan terus terang tanpa
bersikap agresif.

6.

Sekiranya saya berasa saya diambil mudah,


saya boleh menarik perhatian mengenai
perkara itu tanpa bermasam muka atau rasa
kecewa.

7.

saya

mudah

Kalau seseorang meminta kebenaran untuk


melakukan sesuatu yang saya tidak mahu
beliau lakukan, seperti merokok, saya akan
menyatakan;
"JANGAN" tanpa berasa bersalah.

8.

Jika sesiapa meminta pendapat tentang


sesuatu, saya boleh memberikan pandangan
walaupun tidak popular.

9.

Saya boleh berhubung secara mudah dan


berkesan dengan orang atasan.

10
.

Bila layanan yang diberi tidak memuaskan


samada di kedai ataupun di restoran, saya
dapat menyatakan perasaan tidak puas hati
tanpa menyerang pihak lain.

11
.

Bila terdapat sesuatu peluang / tawaran yang


penting, saya akan menyuarakan bagi pihak
diri sendiri.

12
.

Bila saya dapat mengesan sesuatu yang tidak


betul, saya akan bertindak tanpa menunggu
akibat yang lebih buruk.

13
.

Bila ada berita buruk yang perlu saya


sampaikan, saya dapat menyatakan dengan

g
kala

Sekali

Perna
h

20

21

MODUL MINDA SIHAT


tenang tanpa terlalu risau.

14
.

Jika saya memerlukan sesuatu, saya akan


memintanya secara berterus terang.

15
.

Bila seseorang tidak memberi perhatian


terhadap apa yang saya katakan, saya
berupaya menyampaikan maksud saya tanpa
bercakap lantang dan berasa kecewa.

16
.

Bila seseorang silap memahami apa yang saya


sampaikan, saya akan membuat pembetulan
tanpa rasa bersalah ataupun memperkecilkan
orang itu.

17
.

Bila saya tidak bersetuju dengan pandangan


ramai, saya dapat menyampaikan pendapat
saya tanpa rasa bersalah ataupun angkuh.

18
.

Saya sedia menerima teguran.

19
.

Saya dapat memberikan pujian tanpa berasa


malu atau kelihatan mengampu.

20
.

Bila marah, saya masih dapat menyampaikan


pendapat tanpa menghukum atau pun berasa
kecewa.

KAEDAH MENGIRA SKOR PENILAIAN TEGAS DIRI (ASERTIF)

Jumlahkan kesemua markah pada jawapan setiap ruang.


Kalau jumlah di antara 20 - 25, klien adalah seorang yang berkeyakinan
dan asertif dalam menghadapi sebarang situasi.
Kalau jumlah di antara 26 - 35, walaupun klien boleh mempunyai sikap
asertif tetapi boleh diperbaiki melalui latihan tegas diri.
Kalau jumlah di antara 36 - 50, sikap tegas diri klien tidak konsisten dan
perlu berusaha untuk memperbaiki sikap.
Kalau jumlah skor di antara 51 - 80, klien perlu berusaha keras untuk
membentuk sikap tegas diri.

MODUL MINDA SIHAT

LAMPIRAN 11

NOTA GURU
PERBEZAAN DI ANTARA SIKAP PASIF, TEGAS DAN AGRESIF/
GARANG
Pasif

Lisan

Tegas

Meminta maaf
Merayu
Meleret dan
meremehkan
Merendah diri

Agresif/Garang

Kenyataan ringkas
dan jelas
Pernyataan
menunjuk kehendak
Pernyataan objektif
Kritikan membina

Tingkah laku
mendengar penuh
minat, yakin,
membayangkan
kekuatan dan
prihatin

Menunjuk kekuatan
secara berlebihan,
angkuh

Tegas, mesra, relaks


dan suara yang
bersesuaian

Nyaring, kuat, tidak


mesra dan
autoritatif

Lebih menyebut
saya
Angkuh
Menekan
Mengancam
Menyindir
Menyalah dan
merendahkan
orang

Bukan
Lisan
a) Umum

Gerak badan yang


mengharap orang
bertanya
kemahuan anda

b) Khusus

Pandangan yang
tidak menyakinkan
apabila
menyatakan
sesuatu
Tidak bermaya,

teragak-agak,
halus dan raguragu
sentiasa merenung
ke bawah, berair
dan merayu

Suara

Mata

Lainlain
a) Keduduk
an diri

b) Gaya
atau

Mencari sokongan
Memutarbelit
Membongkok
Cuba
menyembunyikan
diri

Mengangguk

Pandangan ikhlas,
ada eye contact
tetapi bukan
menatap dengan
tajam

Selesa dan relaks

Relaks dan
pergerakan yang

Menuding jari
Cekak pinggang,
kasar dan suka
menyindir

Tindakbalas

22

23

MODUL MINDA SIHAT

posisi
tubuh
c) Tangan

kepala berlebihan

Sejuk dan
menggeletar

Berjalan menyeret,
resah gelisah dan
menghayun kaki

d) Kaki

5.8

yakin

Kedudukan selesa

terburu-buru dan
menumbuknumbuk
Mengetuk dengan
perlahan

AKTIVITI 8BUAT CERITA

TAJUK

Buat Cerita

OBJEKTIF :

Pada akhir aktiviti murid dapat:


1. mengenalpasti perkara yang patut dilakukan
dalam menghadapi permasalahan hidup.
2. menangani masalah yang dihadapinya.

MASA
BAHAN

:
:

60 minit

Contoh helaian cerita (Lampiran 12)

LANGKAH :
1. GBKSM memberi contoh helaian cerita kepada murid
untuk dibaca (Lampiran 12).
2. GBKSM meminta murid untuk menulis ceritanya
sendiri mengikut masalah yang sedang dialaminya.
3. GBKSM berbincang dengan murid tentang masalah
yang dihadapi mengikut nota panduan berikut;

Apakah cabaran yang ditempuhi oleh watak dalam


cerita?

Apakah yang perlu dilakukan oleh watak untuk


mengatasi masalahnya.

Siapakah orang
dengan watak.

berkongsi

cerita

Apakah kekuatan yang ada pada diri


dijadikan sebagai benteng kekuatan diri.

untuk

4. GBKSM dan
dijalankan.

yang

murid

boleh

merumuskan

aktiviti

yang

MODUL MINDA SIHAT

FALSAFAH :

Setiap Penyakit Ada Ubatnya

LAMPIRAN 12

Helaian Cerita

Dear Diary,
Ohhh.......Elly memang dah tak nak kawan
dengan aku lagi. Nampaknya dia cuma nak
kawan dengan orang yang pandai macam dia.
Masa aku pergi rumah dia, dia macam malas
nak layan aku, macam terpaksa aje.
Aku rasa dah keseorangan dalam dunia ini.
Kawan-kawan, emak, abah, abang, kakak
malah adik pun macam menyingkirkan aku.
Aku rasa teruk sangat, ke mana aku nak
mengadu.................

24

25

5.9

MODUL MINDA SIHAT

AKTIVITI 9MOTO HIDUP

TAJUK

Moto Hidup

OBJEKTIF :

Pada akhir aktiviti murid dapat:


1. mengetahui kepentingan untuk bersifat sabar.
2. mengukuhkan sifat cekal
kejayaan dalam hidup.

bagi

mencapai

3. membina matlamat diri untuk berjaya.


MASA
BAHAN

:
:

60 minit

Peribahasa (Lampiran 13).

LANGKAH :
1. GBKSM mengedarkan helaian peribahasa (Lampiran
13).
2. GBKSM dan
peribahasa.

murid

berbincang

tentang

maksud

3. GBKSM mengaitkan peribahasa tersebut dengan diri


murid.
4. GBKSM meminta murid memberi contoh peribahasa
lain yang sesuai untuk dirinya yang dapat dijadikan
panduan dalam kehidupan.
5. GBKSM dan
dijalankan.
FALSAFAH :
Sempadan.

murid

merumuskan

aktiviti

yang

Yang Baik Jadikan Teladan, Yang Buruk Jadikan

MODUL MINDA SIHAT

LAMPIRAN 13

PERIBAHASA
Berikan maksud peribahasa di bawah.

1. Belakang parang diasah lagikan tajam


__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________

2. Genggam bara api biar sampai jadi arang


__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________

3. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya


__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________

4. Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit

26

27

MODUL MINDA SIHAT


__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________

Nota Guru
1. Belakang parang diasah lagikan tajam
JIKA BERUSAHA DENGAN GIGIH PASTI AKAN BERJAYA

2. Genggam bara api biar sampai jadi arang


MEMBUAT SESUATU PEKERJAAN YANG SUSAH HENDAKLAH
SABAR SEHINGGA MENCAPAI KEJAYAAN.

3. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya


CITA-CITA TANPA USAHA TIDAK AKAN TERCAPAI

4. Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit


USAHA YANG
MEMBERIKAN HASIL

TERUS

MENERUS

PASTI

AKHIRNYA

AKAN

MODUL MINDA SIHAT

5.10 AKTIVITI 10

RANCANGAN HIDUPKU

TAJUK

Rancangan Hidupku

OBJEKTIF :

Pada akhir aktiviti murid dapat:


1. membuat perancangan hidup bagi memastikan
pencapaian matlamat yang telah ditetapkan.

MASA
BAHAN

:
:

60 minit

Helaian Rancangan Hidupku (Lampiran 14).

LANGKAH :
1. Murid diminta melengkapkan
Hidupku (Lampiran 14).

helaian

Rancangan

2. Murid diminta membacakan maklumat yang telah


ditulis dalam helaian Rancangan Hidupku.
3. GBKSM dan murid berbincang sama ada butiran yang
ditulis adalah sesuatu yang realistik dan boleh
dicapai.
4. Murid diminta menyimpan helaian Rancangan
Hidupku untuk dijadikan panduan membina matlamat
hidup.
5. GBKSM dan
dijalankan.

FALSAFAH :
Memberi

murid

merumuskan

aktiviti

yang

Kehidupan Yang Dirancang Dengan Baik Akan


Ketenangan

28

29

MODUL MINDA SIHAT

LAMPIRAN 14

Helaian Rancangan Hidupku


Matlamat Hidupku

Pelan Matlamat Hidup

Faktor-Faktor Dalaman dan


Luaran Yang boleh Membantu

Usaha Yang Akan Dibuat

MODUL MINDA SIHAT

Nota Guru
Helaian Rancangan Hidupku
Matlamat Hidupku

Pelan Matlamat Hidup

1. Masuk kelas sains tulen


Saya ingin menjadi doktor

2. Belajar subjek sains tulen


3. Dapat A semua subjek
4. Masuk matrikulasi atau asasi
hayat
5. Menyambung
perubatan

ijazah

Faktor-Faktor Dalaman dan


Luaran Yang boleh Membantu

Usaha Yang Akan Dibuat

Rakan sebaya

Tuisyen

Sokongan guru

Belajar sendiri

Sokongan ibu bapa

Bertanya kepada guru

Asertif

Belajar dalam kumpulan

30

31

MODUL MINDA SIHAT

Anda mungkin juga menyukai