Anda di halaman 1dari 2

Rakyat diutamakan dalam isu

kemudahan kesihatan

Pandangan pengguna, termasuk implikasi kos akan diberi pertimbangan serius,


agar ia tidak menyukarkan mereka.
KUALA LUMPUR, 25 Mac:
Kepentingan rakyat akan diutamakan, sebelum membuat sebarang keputusan
berhubung isu pemisahan fungsi klinik dan farmasi.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, pandangan
pengguna, termasuk implikasi kos akan diberi pertimbangan serius, agar ia tidak
menyukarkan mereka.
Ini termasuklah mengambil kira faktor geografi dan pengagihan perkhidmatan,
hak memilih kepada pengguna dan sistem pemantauan harga ubat, katanya
ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang diPertuan Agong bagi kementerian itu, pada sidang Dewan Rakyat, hari ini.
Noor Azmi Ghazali (BN-Bagan Serai) yang mencelah penggulungan itu berkata,
ramai tidak bersetuju dengan saranan itu, manakala Azman Ismail (PKR-Kuala
Kedah) mencadangkan, pesakit diberi peluang untuk menunaikan preskripsi
ubat-ubatan itu, sama ada di klinik atau farmasi.
Bagaimanapun, Oscar Ling Chai Yew (DAP-Sibu) berpendapat, cadangan
pemisahan fungsi klinik dan farmasi dalam pemberian ubat itu harus
dipertimbangkan, bagi mengiktiraf peranan ahli farmasi yang dilantik untuk
membuat tugasan memberi ubat.
Perkara ini dipraktikkan di negara seperti Eropah dan Australia. Saya rasa ahli
farmasi semakin meningkat di negara ini.

Jadi, cadangan ini harus difikirkan untuk kebaikan ahli farmasi, selain faedah
orang ramai, supaya mereka dapat ubat dengan lebih selamat, katanya.
Subramaniam berkata, sehingga kini, kementeriannya masih belum membuat
sebarang keputusan berhubung isu itu dan ia tidak akan dilaksanakan sehingga
semua pihak berpuas hati.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, kementeriannya sedang mengkaji
untuk memperluaskan kemudahan pusat rawatan harian di luar kawasan
hospital, selain perkhidmatan sedia ada di kompleks hospital.
Pusat rawatan harian pada masa akan datang akan merangkumi skop lebih
luas, contohnya mewujudkan one stop diagnosis centre, day care endoscopy
dan sebagainya di luar kawasan hospital, katanya.
Persidangan dewan bersambung esok.
Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/03/25/rakyat-diutamakandalam-isu-kemudahan-kesihatan/#ixzz3YeZjzkId

Anda mungkin juga menyukai