Anda di halaman 1dari 2

ULASAN KESELURUHAN UJIAN

Setelah menjalankan ujian SEGAK terhadap 5 orang murid masalah pembelajaran saya di
sekolah didapati dari aspek berat badan rata-rata murid berada di berat badan yang normal iaitu
seramai 3 orang manakala 2 orang murid mempunyai berat badan yang tidak ideal iaitu kurang berat
badan.Murid-murid ini perlu diberi penekanan dari aspek pemakanan seimbang agar mereka dapat
mencapai berat badan ideal dimasa hadapan.
Bagi ujian naik turun bangku pula rata-rata murid memperolehi skor 3 markah iaitu skor yang
berada di tahap sederhana.Ini menunjukkan murid-murid ini tidak mempunyai tahap daya tahan
kardiovaskular yang tinggi dan ini juga mungkin disebabkan murid-murid kurang melakukan aktiviti
fizikal dalam kehidupan seharian.Antara cadangan aktiviti untuk meningkatkan tahap kecergasan
murid ini adalah dengan melakukan aktiviti aerobic seperti berjoging,berbasikal,berenang dan aktiviti
sukan dan permainan secara tetap dan berkala.
Untuk ujian tekan tubi dan ringkuk tubi pula,kebanyakkan murid memperoleh skor 5 iaitu skor
cemerlang.Ini menunjukkan bahawa murid-murid ini mempunyai daya tahan otot yang baik kerana
berjaya melakukan ujian ini dengan jayanya.Ini juga menujukkan bahawa tahap daya tahan otot
murid masalah pembelajaran ini juga sama seperti murid normal yang lain.
Setelah selesai menjalankan ujian menguji kelenturan iaitu ujian jangkauan melunjur,didapati
kebanyakkan murid memperoleh skor 4 iaitu berada di tahap yang baik.Ini menunjukkan murid-murid
ini mempunyai fleksibiliti dan kelenturan yang baik dan boleh dipertingkatkan lagi agar memperolehi
skor yang lebih cemerlang pada ujian-ujian akan datang.
Bagi skor keseluruhan untuk ujian segak ini pula,3 orang murid memperolehi Gred B manakala
dua orang murid lagi memperolehi Gred C.Melalui dapatan ini menunjukkan tahap kecergasan murid
masalah pembelajaran ini berada di tahap yang agak baik dan jika dibandingkan dengan murid yang
normal,tahap kecergasan murid-murid ini tidak jauh berbeza.
Bagi ujian keseimbangan iaitu ujian dirian bangau menunjukkan bahawa murid-murid ini
mempunyai tahap keseimbangan badan yang sederhana dan perlu diperbaiki dimasa hadapan.Untuk
ujian lompat kuadran pula,apa yang dapat diperhatikan ialah murid-murid ini mempunyai tahap
ketangkasan yang lemah dimana mereka tidak dapat menjalankan ujian ini dengan baik dan mereka
agak keliru tentang arah lompatan yang sepatutnya dilakukan.

Anda mungkin juga menyukai