Anda di halaman 1dari 4

Faedah-Faedah Melibatkan Diri Dalam Aktiviti

Sukan
Soalan : Pada tahun 2011, kerajaan telah memperkenalkan program
1Murid 1Sukan untuk memastikan semua murid terlibat dalam bidang
sukan. Huraikan pendapat anda tentang faedah-faedah melibatkan diri
dalam aktiviti sukan dalam kalangan murid.

Sukan ialah segala kegiatan yang memerlukan kemahiran atau


ketangkasan serta tenaga yang dilakukan sama ada sebagai acara
pertandingan, hiburan atau untuk mengisi masa lapang dan beriadah.
Pada tahun yang lalu, kerajaan telah memperkenalkan dasar 1Murid
1Sukan kerana menyedari kepentingan bersukan. Contoh aktiviti sukan
yang agak popular kini ialah seperti olahraga, renang, bola sepak, tenis,
badminton dan skuasy. Persoalannya apakah faedah jika seseorang
murid itu melibatkan diri dalam aktiviti bersukan?

Faedah bersukan yang utama kepada murid ialah sukan dapat


meningkatkan disiplin. Hal ini demikian kerana individu yang ingin
berjaya dalam bidang sukan mesti mempunyai disiplin yang tinggi dan
dapat mengawal diri untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Contohnya, setiap pemain dalam sesebuah pasukan itu mesti menepati
masa, rajin berlatih, tidak merokok dan mematuhi arahan jurulatih. Oleh

itu, secara tidak langsung sukan juga turut membentuk disiplin murid
tersebut.

Seterusnya, sukan juga penting bagi melahirkan seseorang murid yang


sihat. Hal ini demikian kerana bersukan boleh menguatkan otot dan
tulang serta menyihatkan badan. Misalanya, seseorang murid yang
bersukan pada setiap petang akan membakar lemak berlebihan dalam
badan. Oleh itu, murid yang aktif bersukan jarang mendapat demam dan
selesema berbanding dengan rakan-rakannya yang tidak bersukan.

Selain itu, seseorang murid yang aktif dalam kegiatan sukan akan
terdidik untuk mengagihkan masa dengan sewajarnya kerana masa itu
emas. Hal ini dikatakan demikian kerana murid tersebut akan
menentukan masa yang sesuai untuk memberikan tumpuan terhadap
sukan dan masa untuknya belajar. Contohnya, seseorang murid yang
menyertai pasukan sekolah mesti ada jadual latihan sukan dan jadual
belajar. Oleh itu, seseorang murid yang aktif dalam sukan juga berjaya
dalam pelajaran.

Faedah berikutnya, sukan juga membentuk murid menjadi seseorang


yang berfikiran positif. Hal ini dikatakan demikian kerana dengan aktif
bersukan seseorang itu dapat berfikir secara rasional dan berkeyakinan
tinggi serta tidak cepat berputus asa. Contohnya, Datuk Lee Chong Wei
tetap tidak berputus asa walaupun gagal meraih pingat emas dalam
sukan Olimpik baru-baru ini. Oleh itu, sukan penting dalam melahirkan
murid yang berfikiran positif.

Akhir sekali, murid yang aktif bersukan juga dapat menggunakan masa
lapang mereka dengan lebih bermanfaat. Hal ini dikatakan demikian
kerana biasanya murid yang aktif dalam bidang sukan tidak berminat
bermain permainan komputer dan tidak akan menghabiskan masanya
untuk berpeleseran di pusat beli-belah, menonton televisyen dan
berbual-bual kosong. Oleh itu, sudah pasti mereka akan menghabiskan
masa dengan lebih bermanfaat.

Izharnya, jelaslah di sini bahawa melibatkan diri dalam sukan banyak

membawa faedah kepada murid. Oleh itu, pihak kerajaan perlu


menyediakan banyak kemudahan untuk bersukan di sekolah. Ibu bapa
pula patut menggalakkan anak-anak mereka bersukan. Begitu juga
dengan guru-guru perlu melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran
sukan. Saya percaya dengan adanya kerjasama antara semua pihak lebih
ramai lagi jaguh sukan negara yang akan menyerlah di peringkat
antarabangsa, asalkan kita tidak melakukannya sekadar hangat-hangat
tahi ayam.

Anda mungkin juga menyukai