Anda di halaman 1dari 10

Catan cat Air Bumi Bahagia Lombong Bijeh Malaya

Bumi Bahagia Lombong Bijeh Malaya


Karya Abdullah Ariff
Tahun 1960
Cat air
36.4 x 54.1 cm

Karya ini dihasilkan ketika dan waktu negara baru mencapai kemerdekaan. Karya ini
merekodkan aktiviti ekonomi negara yang menjadi rujukan sebagai dokumentasi sejarah. Tahun
ketika karya ini dihasilkan adalah bukti sejarah. Segala yang dilalui sebelum siap menjadi
tatapan umum adalah pengalaman artis dan pengakhiran seni itu ditentukan oleh pengalaman
diri. Namun tidak semua pengalaman artis dicatat atau didokumentasikan. Dokumen ini penting
sebagai rujukan kepada artis dan masyarakat mengetahui aktiviti dan bahan dalam karya itu. Ia
juga sebagai kajian kreativiti untuk dikongsi bersama dan menjadi himpunan kajian generasi
akan datang.
Karya di atas adalah salah satu karya yang banyak diberi apresiasi oleh pengkritik dan
sejarawan seni sebagai aliran catan air yang terawal di dalam sejarah perkembangan seni lukis
tanah air. Abdullah Ariff bersama Yong Mun Sen telah diiktiraf sebagai perintis lukisan cat air di
Malaysia (Pioneer artists of Malaysia).
Kelebihannya yang menyerlah dari segi eksplorasi teknik wash dan bersifat konsisten adalah
ciri-ciri yang dekat dengan diri pelukis dalam berkarya. Sifatnya yang begitu cermat dan teliti
dalam menggunakan media telah mengangkat status diri sebagai seniman berdedikasi yang
dikatakan sentuhannya mirip gaya lukisan catan air Barat.

LATAR RUANG
Dengan aplikasi 3 latar iaitu latar depan, latar tengah dan latar belakang, suasana aktiviti
melombong itu tergambar luas. Latar tengah mendominasi keseluruhan gambaran dengan
keutamaan beberapa elemen diletakkan di situ. Contoh mainan cahaya, eksplorasi kecairan
wash yang terserlah dan prinsip penegasan diberi tumpuan pada pancutan air yang tertumpu
di latar tengah. Warna air bercampur lumpur itu adalah fokus kepada mainan cahaya yang
datang dari atas. Kawasan cahaya itu mengambil ruang yang luas dan diletak pada posisi
tengah, dianggap pilihan posisi yang baik dan sesuai dengan mainan cahaya yang sangat dititik
beratkan. Latar depan, kurang menyerlah yang mengambil ruang kecil dengan imej tiga figura
sedang mencangkul dan mengandar bijih.
KECAIRAN
Penonjolan wash atau kecairan mempunyai daya kekuatan yang unik. Kekuatan yang
tersendiri ini adalah sifat wash itu sendiri yang aktif apabila basah di atas basah diaplikasikan.
Antara sifatnya yang tidak terduga dan terjadi secara spontan itu boleh membantu kepada
kekuatan nilai catan air. Ruang yang digunakan untuk kecairan itu sesuai dan tepat iaitu di
komposisi tengah dan di situ juga kekuatan cahaya ditimbulkan. Apabila permukaan kertas yang
basah di aktifkan dengan pilihan warna yang dilebihkan kandungan airnya akan hidup dan
berkembang menjadi kecairan itu berlaku dengan tidak diduga. Jika dikesani elemen cahaya itu
sendiri sebenarnya banyak dibantu oleh teknik kecairan yang konsisten.
Asas kukuh kepada penghasilan kecairan dalam catan air, didahului dengan asas-asas
komposisi, pilihan warna dan teknik yang dibangunkan. Mengamalkan kecairan adalah perlu
dan inilah ciri-ciri istimewa catan air. Persoalannya bahagian manakah dalam catan air yang
perlukan kecairan? Jawapannya perlu dilihat kembali peranan kecairan itu yang patut berada
dalam keadaan membantu komposisi, menaikan tarikan cahaya atau menambah nilai kekuatan
warna.
Kesan kecairan perlu ada dan ia menjadi keunggulan kepada catan air. Kesan itu bergantung
kepada kawalan berus, campuran warna nisbah air, jenis kertas.
Setiap kali berlaku kesilapan ia dianggap satu kebetulan dan ini tidak merunsingkan artis. Perlu
diingat dalam kecairan kesan lutsinar dan kesan spontan adalah antara ciri-ciri kecantikan. Jika

kesan kecairan yang keterlaluan, catan air akan kehilangan lutsinar. Manakala kesan spontan
akan lahir sendiri melalui latihan dan kawalan.
Pengaruh catan Cina digunakan dalam karya ini yang membantu satu ruang menjadi daya
penarik kepada pemerhati. Ruang itu luas, ada kesan ketenangan dan mata banyak direhatkan
di situ tetapi ia bukan titik fokus. Ruang yang dimaksudkan itu, luas ditinggalkan di belakang titik
fokus dan ia menjadi daya tarikan. Contoh pancutan air itu adalah titik fokus dan runtuhan tanah
adalah ruang yang diserlahkan kecairan. Ruang runtuhan tanah itu menjadi daya penarik.
Komposisi berperanan penting membantu kecairan menjadi seimbang. Jika tersalah pilih
komposisi maka ia kurang membantu kecairan. Komposisi itu adalah kunci untuk warna cair
mengembang dan menyerlahkan imej.
Karya catan air Abdullah Ariff ini berkeupayaan meninggalkan kesan emosi yang mendalam.
Emosi kita dimainkan melalui teknik kecairan. Kecairannya meresap rasa untuk kita bersama
menikmati keindahan alam.

TAY HOOI KEAT

Tay Hooi Keat


Fishermen Village Oil 1956
Karya ini dihasilkan oleh Tay Hooi Keat pada 1956. Karya ini bertajuk Fisherman Village
Oil, dengan menggunakan media cat minyak.Tema dalam karya ini menunjukkan suasana
nelayan-nelayan dikampung yang berusaha mencari rezeki. Dalam karya tersebut dapat dilihat
bahawa pelukis telah mengaplikasikan gaya Post-Impresionisme.
Gaya pada karya tersebut dapat dilihat pada cara gubahan gaya yang kelihatan seolaholah telah dibingkaikan oleh darat. Gaya catan menunjukkan penggunaan warna biru sangat
sinonim dengan kehidupan penangkap ikan dan menimbulkan keindahan apabila memandang.
Unsur seni dalam karya ini ialah unsur jalinan ,ruang dan warna. Dari segi warna, karya
ini menggunakan warna harmoni sebagai penarik, penggunaan warna harmoni sangat sinonim
dengan karya-karya yang berlatarkan laut dan sungai.
Unsur ruang pula ialah ruang dalam digunakan iaitu daripada warna yang cerah
seterusnya beransur gelap. Jalinan tampak dalam karya ini juga menunjukkan kesan yang
mendalam kepada penonton. Hal benda yang menjadi subjek utama adalah sampan yang
dihasilkan dengan warna garang, Ia juga memberikan penegasan dalam karya ini.
17

Chuah Thean Teng


Di Tepi Pantai 1952
Karya ini dihasilkan oleh Chuah Thean Teng pada 1952 yang bertajuk Di Tepi Pantai,
Media yang digunakan adalah batik. Aliran dalam karya ini ialah kiubisme.
Tema bagi karya ini ialah pemandangan landskap kehidupan nelayan di pantai laut.
Dalam karya ini prinsip seni reka yang digunakan ialah warna. Warna yang digunakan dalam
karya ini ialah menggunakan warna panas bagi menunjukkan kesibukkan suasana ketika itu.
Warna tersebut juga menunjukkan bahawa waktu telah senja, penggunaan lilin bagi
menampakkan keretakkan adalah bertujuan sebagai penarik dalam teknik garisan. Ruang
dalam karya ini dapat ditunjukkan pada bahagian hadapan dan bahagian belakang.

PETER HARRIS

Pelukis : Peter Harris


Tajuk : RUMAH RAKIT, KUALA LIPIS (1956)

Media : Cat Guac


Media

: Cat Guac

Teknik

: Sapuan berus spontan

Catan gaya

: Impresionisme,

Karya ini dihasilkan oleh Peter Haris pada tahun 1995 yang merupakan pengasas The
Art Wednesday Group, Karya beliau menekankan gaya Impresionisme . Tema karya ini ialah
landskap pemandangan di tepi sungai.
Asas seni reka yang digunakan adalah penggunaan warna manokromatik kehijauan
yang dapat menimbulkan keindahan dan ketenangan dari arus permodenan yang kian
tercemar. Penggunaan warna hijau jelas menunjukkan keserasian pada alam sekitar,
Ruang yang digunakan adalah ruang dalam dan saiz rumah dan pokok yang dilukis jelas
menunjukkan jarak antara rumah dan pokok adalah jauh. Keindahan catan diserikan lagi
dengan unsur keseimbangan, pokok yang dilukis pada sebelah kanan dan kiri menyerikan lagi
pemandangan, penggunaan warna yang terang di bahagian hadapan dan gelap dibelakang
menunjukkan teknik bayangan yang betul digunakan, Selain itu jalinan pada daun pokok
menampakkan daun pokok sedang bergoyang ditiup angin.
15
SHAHRIL BIN AWANG

Shahril Bin Awang


Royal Belum 2009
Karya ini dihasilkan artis seni baru tanah air iaitu Shahril Bin Awang pada 2009, Tema
karya ini merupakan keindahan alam semula jadi dan pemandangan alam sekitar. Karya ini
mengunakan cat akrilik sebagai media dan aliran yang dihasilkan ialah aliran Realisme.
Penggunaan warna makarotik sangat menarik tumpuan penonton dan seolah-olah hidup.
Asas seni reka yang diaplikasikan ialah dari segi warna, penggunaan warna hijau sangat
sinonim dengan tema dalam karya ini, warna-warna harmoni yang digunakan berjaya
menampakkan bentuk-bentuk daun dan ranting-ranting pada pokok.
Ruang yang dihasilkan ialah ruang ilusi iaitu ruang dalam, penggunaan warna gelap
pada penghujung pokok berjaya menampakkan jarak dan laluan dikawasan tersebut, unsur
jalinan pada pokok berjaya menunjukkan dahan-dahan pokok tersebut ditumbuhi parasiteparasit kecil.

14

Ismail Mustam
Hang Tuah Dan Hang Jebat (1961)
Karya ini dihasilkan oleh Ismail Mustam pada 1961 yang bertajuk Hang Tuah dan Hang
Jebat. Media yang digunakan dalam catan ini ialah cat minyak. Dalam karya tersebut aliran
yang digunakan ialah Impressionisme, gaya dalam karya ini ialah berbentuk figura yang disusun
mengikut sudut pandangan yang menimbulkan suasana pertempuran hebat dan sengit, suram
dan garang. Calitan warna putih di sekeliling figura menimbulkan kesan pergerakan.
Tema karya ini ialah mengenai semangat patriotik Pahlawan Melayu iaitu diantara Hang
Tuah dan Hang Jebat. Teknik yang digunakan ialah teknik campuran warna, warna-warna yang
dicampurkan menghasilkan lukisan yang bermutu dan tampak hidup. Pertarungan antara Tuah
dan Jebat nampak hidup dengan adanya garisan melintang dan melengkung di sekeliling figura
tersebut..
Warna-warna panas digunakan untuk menonjolkan ketegangan dalam lukisan, setiap
sudut menampakkan ruang cetek antara figura.

Mohd Sallehuddin
Membeli Belah (1958)
Karya ini dihasilkan oleh Mohd Sallehuddin yang bertajuk Membeli Belah pada tahun
1958. Catan ini bertemakan masyarakat yang digambarkan dalam sosio-ekonomi masyarakat
pada masa itu. Lima karaktor dalam lukisan jelas menunjukkan bahawa terdapat pelbagai kaum
masyarakat di Malaysia.
Catan ini menggunakan cat minyak dan aliran yang digunakan ialah Realisme. Unsur
seni yang jelas digunakan ialah ruang, ruang yang luas dapat ditunjukkan melalui perspektif.
Pada bahagian belakang kelihatan sebuah rumah yang agak jauh daripada kedai
ditunjukkan dengan melukis dengan saiz yang kecil dan kedudukan figura berbangsa india
menunjukkan dia sedang bejalan menghala ke kawasan kedai tersebut.
Garisan melintang digunakan untuk menghasilkan keharmonian. Warna penyejuk
banyak digunakan dalam gambar ini agar dapat menampakkan keindahan dalam lukisan ini.
BIBLIOGRAFI

http://mond0k.blogspot.com/2011/03/aliran-catan.html
http://amienamiyumi.blogspot.com/2012/12/membuat-apresiasi-dan-kritikan-karya.html
http://noorafifahazizan.blogspot.com/2012/10/nota-catan-psv.html
http://artisenivisual.blogspot.com/2011/10/catan.html
http://senivisual1.blogspot.com/2009/10/catan-aliran-seni-catan-barat.html
jiansiong.blogspot.com/.../kritikan-karya-cetakan-luar.

Anda mungkin juga menyukai