Anda di halaman 1dari 4

Penamatan Kontrak Kerja

Dalam artikel-artikel yang lepas, telah banyak kali saya jelaskan bahawa
hubungan dan tanggungan pekerja dan majikan adalah terkandung dalam
kontrak yang di masuki oleh mereka. Dalam kata lain, hubungan mereka
adalah hubungan kontrak (contractual relationship). Maka, undangundang kontrak sangat terpakai dan terma-terma kontrak pekerjaan perlu
dirujuk setiap kali ada pertikaian.
Namun, terdapat juga undang-undang yang secara spesifik
merujuk kepada tanggungjawab pekerja dan majikan dan ia perlu
dipatuhi atau terma kontrak yang bertentangan itu akan terbatal.
Anda boleh rujuk artikel-artikel lepas bagi mengetahui lebih lanjut akan
hal ini. Untuk melihat senarai artikel di bawah topik undang-undang
buruh yang telah ditulis di blog ini, sila KLIK DI SINI.
Memandangkan hubungan pekerja dan majikan adalah hubungan
secara kontrak, maka bila terputusnya hubungan ke dua-dua
pihak ini, maka kita sebutkan sebagai Penamatan Kontrak.
Bezakan juga penamatan kontrak dengan Pembatalan Kontrak. Ini
dihuraikan dalam artikel undang-undang kontrak.
SECARA
RINGKASNYA,
KONTRAK
YANG
BATAL
IALAH
KONTRAK YANG TIDAK BOLEH DIKUATKUASAKAN, MANAKALA
KONTRAK YANG DITAMATKAN IA KONTRAK YANG TELAH
BERKUATKUASA
DAN
DITAMATKAN
OLEH
PIHAK-PIHAK
KEPADA KONTRAK ATAS SEBAB-SEBAB TERTENTU.
BAGAIMANA KONTRAK KERJA DI TAMATKAN?
Umumnya bila ditanya soalan di atas, ramai pekerja cuma terfikirkan:1.

Hal pembuangan kerja oleh majikan, dan

2.

Notis berhenti kerja oleh pekerja.

Memang ia adalah sebab utama dan banyak kes penamatan kontrak kerja
adalah berkisar kepada dua sebab ini. Namun, terdapat sebab-sebab lain
kontrak kerja boleh ditamatkan.
Antara sebab-sebab itu termasuklah:
Pesaraan pekerja sebagaimana yang disebut dalam kontrak kerja

Kematian

Tamatnya tempoh kontrak yang tetap (fixed period)


Kecewaan Kontrak (Frustration Of Contract)
Sakit yang tidak boleh bekerja lagi

Pembubaran Perniagaan

Sebab-sebab yang lain tidak banyak diperbincangkan kerana ia


agak straight forward dan mudah difahami. Tidak wujud sangat
pertikaian akibat penamatan kontrak secara sebegini. Namu, apabila
kontrak di tamatkan atas sebab pembuangan kerja atau notis, maka
banyak isu akan timbul.
Pertikaian biasanya akan membawa ke Aduan Pada Jabatan Tenaga Kerja
(JTK)dan seterusnya kes di dengar di Mahkamah Perindustrian.
NOTIS PENAMATAN KERJA
Notis penamatan kerja dari pekerja kepada majikan dan majikan kepada
pekerja biasanya di sebut dalam kontrak kerja.
Bagi pekerja yang dilindungi Akta Kerja, peruntukkan mengenai notis
berhenti kerja ada di sebut pada Seksyen 12 Akta Kerja 1955.

Dua perkara penting yang dinyatakan dalam seksyen ini adalah:1.


Tempoh notis hendaklah sama bagi pekerja dan majikan. Jika
tempoh ini tidak dinyatakan dalam kontrak, maka tempohnya adalah
sebagaimana yang disebut di bawah Seksyen 12.
2.
Mana-mana
pihak boleh
waive
atau
melepaskan
haknya terhadap notis yang perlu diberi.

Notis yang diberi hendaklah secara bertulis dan tempoh notis adalah
dikira dari tarikh ia diberikan. Penamatan kontrak tanpa notis hendaklah
digantikan bayaran yang sama nilai dengan tempoh notis.
Sebaik sahaja pekerja memberikan notis untuk berhenti kerja,
ianya tidak boleh ditarik balik kecuali dengan persetujuan
majikan.

Seksyen 12 (3):

Nota: Biarpun penamatan kontrak dengan notis dibenarkan oleh undangundang, namun ia cuma tepat bagi maksud notis oleh pekerja
sahaja.
Majikan dalam memberikan notis behenti kepada pekerja perlulah
melakukannya atas sebab-sebab tertentu seperti salah laku oleh pekerja.
PENAMATAN KONTRAK ATAS SALAH LAKU
Majikan boleh menamatkan kontrak kerja pekerja jika didapati pekerja
salah laku. Peruntukkan berkaitan adalah pada Seksyen 14 Akta Kerja
1955.
Namun, sebelum tindakan sebegini di buat oleh majikan,
satu siasatan perlu dilakukan terlebih dahulu dan pekerja
hendaklah diberi peluang untuk membela dirinya.

PENAMATAN KONTRAK ATAS PRESTASI KERJA YANG TIDAK


BAGUS
Majikan boleh menamatkan kontrak pekerja atas alasan prestasi kerja
yang tidak memuaskan dengan syarat pekerja telah di maklumkan
mengenai prestai kerja yang tidak memuaskan itu dan diberi peluang
secukupnya untuk memperbaiki prestasi kerja nya.

Majikan juga telah mengambil langkah-langkah yang munsabah untuk


membantu meningkatkan prestasi kerja, namun pekerja masih gagal
memperbaiki prestasinya.
PENAMATAN KONTRAK AKIBAT PEMECAHAN KONTRAK
Pemecahan Kontrak berlaku apabila pekerja atau majikan telah
melanggari terma-terma utama dalam kontrak mereka. Akta Kerja
1955 mengariskan beberapa perkara yang boleh di sifatkan sebagai
pemecahan kontrak (deemed to have broken his contract of service) dan
ini termasuklah:1.
Majikan tidak membayar gaji mengikut tempoh yang dijanjikan
(Rujuk artikel:Upah Atau Gaji)
2.
Pekerja tidak hadir ke kerja dua atau lebih hari tanpa alasan yang
munsabah (Rujuk artikel : Akibat Ponteng Kerja)
3.
Majikan mengubah terma kontrak dengan memasukkan terma yang
berat sebelah tanpa persetujuan pekerja.

Perlu dingatkan kepada semua bahawa isu berkaitan Penamatan Kontrak


Kerja
ini
amatlah
luas.
Rujukan
kepada
kes-kes Mahkamah
Perindustrian juga perlu bagi mendapat tafsiran yang lebih tepat pada
peruntukkan Akta.
Walaupun undang-undang membenarkan penamatan kontrak menerusi
pelbagai cara, namun fakta-fakta sampingan akan diambil oleh Mahkamah
dalam menentukan keadilan telah di capai bagi kedua-dua pihak.
Contohnya: Fakta bahawa pekerja ditangkap polis dan dalam waktu kerja
bukanlah bukti kukuh untuk mensabitkan pekerja atas salah laku dan
ditamatkan perkhidmatannya. Hal-hal ini akan diterangkan lebih lanjut
dalam artikel-artikel akan datang insya-allah..
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca artikel di blog ini.
PENAMATAN KONTRAK KERJA