Anda di halaman 1dari 22

1.

0 PENGENALAN
Program Khidmat Masyarakat merupakan salah satu aktiviti yang perlu dijalankan
dalam mata program Bina Insan Guru (BIG) peringkat 3 bagi pelajar yang mengikuti
program PPG - IPG Kampus Tun Hussein Onn. Melalui aktiviti ini, pelajar
dikehendaki merancang, melaksanakan dan membuat laporan berkenaan projek
yang dilaksanakan. Oleh itu, kertas kerja ini dirancang bertujuan untuk memenuhi
kehendak kursus yang memerlukan pelajar menjalankan satu program khusus untuk
semester ini.
Aktiviti kemasyarakatan yang baik akan memberi manfaat kepada semua lapisan
masyarakat

, terutamanya dari segi pengalaman pengajaran dan pembelajaran

mahupun ilmu pengetahuan. Oleh itu, aktiviti kemasyarakatan ke sekolah adalah


bertujuan untuk mengembangkan kemampuan guru

dari segi kemahiran

interpersonal dan pengurusan. Di samping itu, melalui aktiviti kemasyarakatan ini,


guru juga berpeluang untuk berkhidmat untuk masyarakat.
Program ini berhasrat untuk melaksanakan

Program Gotong-royong

membersihkan Taman Sains Dan Makmal Sains. Idea ini telah dicetuskan atas
kesedaran bahawa murid-murid adalah pelengkap kepada sebuah masyarakat yang
aman dan harmoni. Mereka

juga merupakan tunjang yang akan menggerakkan

negara pada masa akan datang.


Insan guru adalah pembina generasi cemerlang, pembentuk jati diri dan
menjadi suri teladan kepada masyarakat. Justeru, guru harus mampu menyesuaikan
diri dalam semua keadaan dan situasi serta mampu

menangani cabaran era

globalisasi dan sosiolisasi.


Adalah

diharapkan

melalui

program

ini,

kami

mendapat

kemahiran

merancang, mengurus dan melaksanakan program khidmat masyarakat.Juga


diharapkan program ini akan dapat meninggalkan impak yang positif terhadap
komuniti setempat ataupun secara globalnya kepada negara.

2.0

RASIONAL
Aktiviti kemasyarakatan ini dijalankan adalah bertujuan untuk menyediakan
guru

supaya mendapatkan pengalaman dan ilmu pengetahuan tentang

sekolah. Aktiviti yang berfaedah ini juga dapat meningkatkan sahsiah dan
etika profesion penguruan. Jadi, aktiviti ini adalah untuk menjadikan guru
lebih bersedia untuk menyesuaikan diri di persekitaran sekolah dan
menyempurnakan kewajipan yang diberi oleh sekolah secara dedikasi.
3.0

MATLAMAT
Projek ini berhasrat memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara. Di
samping itu, ia juga bertujuan melahirkan warganegara yang patriotik, prihatin
dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara.

Aktiviti ini

diharapkan dapat melahirkan guru yang berilmu dan . berkemahiran tinggi di


sekolah. Di samping itu, aktiviti ini juga membolehkan guru lebih memahami
keperluan dan suasana sekolah
4.0

OBJEKTIF
Selepas mengikuti projek ini, peserta dapat :

4.1

Menunjukkan kecaknaan terhadap kepentingan perkhidmatan kepada

komuniti
serta mendekatkan diri dengan masyarakat.
4.2
Menampilkan dan menghayati ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan nilai
keguruan yang positif.
4.3
Merancang, melaksana, memimpin program, bekerjasama dan mengambil
peranan secara peranan secara aktif dalam kumpulan.
4.4

Memupuk semangat kecintaan terhadap budaya tolong-menolong, bantumembantu sesama masyarakat serta berganding bahu.

5.0

MAKLUMAT PROJEK

6.0

Nama Projek
Tarikh Projek
Tempat Projek

: Program gotong-royong Taman Sains


: 6 Jun 2014 ( Jumaat)
: Taman Sains dan Makmal Sains
SK Taman Skudai Baru 2
Johor Darul Takzim.

Jumlah Peserta

: Pelajar IPG 3 orang


Pelajar 30 orang

JADUAL PROJEK
3.30 petang

Pelajar IPG, murid-murid berkumpul

3.40 petang

Taklimat gotong-royong

3.50 petang

Aktiviti gotong-royong bermula

4.50 petang
5.00 petang

7.0

2.

3.

Minum petang
Bersurai

TUGAS PELAKSANA

Bil
1.

AJK
Dokumentasi & Fotografi

Makanan

Peralatan

Bidang Tugas

Membuat dokumentasi

projek sebelum, semasa dan selepas.


Menyediakan kamera
Menguruskan jamuan / makanan peserta dan

murid-murid
Memastikan agihan makanan kepada semua
Menguruskan peralatan yang akan digunakan
Memastikan peralatan mencukupi

bergambar perjalanan

4.
5.

Keselamatan & Kebajikan


Aktiviti

6.

Pengacaraan

9.

Buku Program

Menjaga keselamatan dan kebajikan peserta

sepanjang pelaksanaan projek.


Menyediakan kemudahan alat dan tempat yang

sesuai untuk riadah


Mempengerusikan majlis / aktiviti yang diadakan
Memastikan kelancaran aktiviti
Menyediakan buku program untuk diedarkan pada
hari perasmian pembukaan dan penutupan.

Pengurus projek
Setiausaha
Bendahari

: Pn. Juliah Binti Sarju


: Pn. Fauziah Binti Baba
: Pn. Wan Noor Malinja binti Wan Chik

Jawatankuasa Bersama
1) Jawatankuasa Teknikal / PA Sistem

: En. Suhadi b Salleh

2) Jawatankuasa Makan Dan Jamuan

: Pn Wan Noor Malinja bt Wan


Chik

8.0

3) Jawatankuasa Fotografi

: En. Kamalruzaman b Ahmad

4) Jawatankuasa Keselamatan

: En. Azri b Ali

5) Jawatankuasa Kebersihan/ Keceriaan

: Pn. Fauziah bt Baba

6) Jawatankuasa Pengacaraan

: Pn. Juliah bt Sarju

7) Jawatankuasa Peralatan

: En. Muhammad B Mahlil

8) Jawatankuasa Buku Program

: Cik Zalina bt Zainuddin

ANGGARAN PERBELANJAAN

Sumber kewangan : Sumbangan Unit HEM SK Taman Skudai Baru 2


: RM 160
BIL
1.

PERKARA
Makanan Murid
Mi Goreng + Kuih + air sirap

JUMLAH
RM 115.00

30 X RM2.50= RM 75.00

2.
3.

4.
9.0

Makanan Peserta IPG dan guru SK Bandar UDA 2


Nasi Ayam + Air teh O
8 X RM5.00 = RM 40.00
Buku Program
RM2.00 X 10 naskah
Peralatan:
Fotostat
CD
Bateri
DLL
JUMLAH

RM 20.00
RM 25.00

RM160.00

SENARAI NAMA PELAJAR IPG

BI
L

NAMA

NAMA SEKOLAH

1.

JULIANA BINTI SARJU

SK LEDANG

2.

FAUZIAH BT BABA

SK TAMAN SKUDAI BARU 2

3.

WAN NOOR MALINJA BINTI WAN CHIK

SK PERUMAHAN TAMPOI 2

10.0

PENUTUP

Adalah diharapkan dengan adanya aktiviti kemasyarakatan sebegini, pelajar-pelajar


dapat menimba pengetahuan dan pengalaman serta kemahiran dalam pelaksanaan
program di sekolah rendah kelak. Kerjasama dan sokongan dalam bentuk idea dan
sumbangannya amatlah dihargai. Diharapkan juga projek ini dapat diterima dan
diluluskan oleh ahli mesyuarat. Semoga projek ini berjalan dengan lancar dan
mencapai matlamat serta objektifnya. Kerjasama dan sokongan tuan puan amat
dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Disediakan oleh,

...................

( FAUZIAH BINTI BABA )


Setiausaha,
Program Bina Insan BIG Fasa 2,
IPG Kampus Tun Hussein Onn,
Batu Pahat.
Tarikh : 20 Mei 2014

IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN BATU PAHAT


LAPORAN AKTIVITI KEMASYARAKATAN
PROGRAM BINA INSAN GURU PERINGKAT 3
TAHUN 2014
NAMA PELAJAR

: JULIANA BINTI SARJU

AMBILAN

: PPG JUN 2011

SEMESTER

: SEMESTER 7

OPSYEN

: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU PPG AMBILAN JUN

2011
PERINGKAT

: FASA 23

TARIKH

: 6 JUN 2013

TEMPAT

: TAMAN SAINS, SK TAMAN SKUDAI BARU 2

KUMPULAN

: PSV 1

KEHADIRAN PESERTA : PELAJAR IPG 3 ORANG


MURID TAHUN 4 30 ORANG

LAPORAN REFLEKTIF:
TAJUK :
GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN TAMAN SAINS
DAN MAKMAL SAINS
(A) LAPORAN AKTIVITI/PERISTIWA :(Sila sertakan gambar sebagai lampiran)
Gotong royong membersihkan Taman Sains dan Makmal Sains anjuran Unit
Hal Ehwal Murid ( HEM ) SK Taman Skudai Baru 2 dan pelajar PPG ambilan
Februari 2012 telah pun dilaksanakan pada 6 Jun 2014. Gotong royong yang
melibatkan murid-murid Tahun 3 ini dijalankan bermula jam 3.00 petang hingga 5.30
petang. Program ini melibatkan seramai 30 orang pelajar dari Tahun 4 dan seramai
3 orang pelajar PPG serta 5 orang guru SK Bandar UDA 2.
Murid-murid telah dibahagikan kepada 2 kumpulan bagi dua kawasan iaitu
kumpulan pertama di Taman Sains manakala kumpulan kedua di Makmal Sains
yang berhadapan dengan Taman Sains.
Program ini telah memberi pengalaman baru kepada semua murid-murid dan
guru-guru bergaul dengan lebih mesra serta menambah pengetahuan mereka. Di
samping itu program ini juga telah memberi pendedahan kepada murid-murid
mengenai peraturan, cara dan panduan mengurus diri apabila mengikuti sebarang
aktiviti riadah Gotong royong ini merupakan aktiviti yang dapat mendidik murid
dengan tujuan dan objektif yang di gariskan iaitu:
Menjadikan sekolah sebagai sekolah yang bersih,kemas ,baik dan
selamat untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran.

Memupuk semangat kerjasama antara warga Sekolah Kebangsaan


Skudai Baru 2 yang terdiri daripada guru,murid dan pekerja serta
menanam sikap cintakan kebersihan dan keceriaan.
Mengalakkan murid membuat tugasan dengan rasa tanggungjawab
dan
cintakan sekolah serta membudayakan slogan sekolahku syurgaku
dengan rasa gembira.
Aktiviti ini dapat dijalankan dengan lancar dan baik. Hasilnya dapat memberikan
manfaat dan keselesaan yang berterusan. Kawasan sekolah yang bersih dan bilikbilik yang kemas dan bersih ini diharapkan dapat membantu dalam meningkatkan
sistem pembelajaran sekolah dan seterusnya dapat meningkatkan prestasi sekolah.
Sekalung tahniah dan syabas serta terima kasih kepada semua yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Program Gotong Royong
membersihkan makmal sains dan taman sains.

Laporan Bergambar :

Murid-murid sedang diberikan taklimat oleh guru. Murid-murid telah


dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan pertama akan membersihkan
Taman Sains dan kumpulan kedua akan membersihkan Makmal Sains.
Murid-murid telah dibekalkan dengan kain buruk, penyapu, penyodok dan
plastik hitam.

Kumpulan yang membersihkan Taman Sains. Sampah-sampah dikumpulkan di


dalam plastik hitam. Semua murid diminta berhati-hati semasa mengutip sampah di
kawasan kolam kerana keadaan yang agak licin akibat hujan yang turun sebelum itu.

Murid-murid yang menjalankan gotong royong ini terdiri daripada murid-murid tahun
4. Mereka telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu satu kumpulan ditugaskan
untuk membersihkan makmal sains dan satu kumpulan lagi ditugaskan untuk
membersihkan Taman sains yang terletak berhadapan dengan makmal sains.

ISU / MASALAH : Kawasan dan Cuaca:

Masalah yang saya hadapi ialah Kawasan kolam ikan taman sains yang agak licin
kerana hujan yang turun sebelum aktiviti dijalankan memerlukan pemantauan yang
lebih kerana murid amat teruja untuk mendekati kolam tersebut. Persekitaran dan
kawasan gotong royong yang mempunyai pokok yang agak rimbun dan ditakuti ada
serangga atau binatang berbisa seperti lipan atau kala jengking.
(D)
(i)

Analisis SWOT:
KEKUATAN

1. Semua guru , pihak sekolah dan murid yang terlibat memberi komitmen yang
tinggi dan bekerjasama dalam semua aktiviti yang dijalankan.
2. Oleh kerana murid yang terlibat agak sedikit jumlahnya, semua aktiviti yang
dijalankan mudah dikendalikan dan masa yang diperuntukan mencukupi bagi
semua yang dirancang.
3. Kos yang diperlukan untuk mengendalikan Program gotong royong ini tidak
banyak kerana program dilaksanakan di dalam sekolah, semua kemudahan
asas mencukupi seperti kemudahan tenaga elektrik , penggunaan kantin,
tandas, dan sebagainya.
(ii)

KELEMAHAN:

1. Kawasan kolam yang agak sempit dan berhampiran dengan longkang besar
menyebabkan kawasan kurang selamat kepada semua murid yang terlibat.
2. Oleh kerana kekangan masa di sekolah dengan pelbagai program yang
dirancang, murid yang terlibat dengan aktiviti agak sedikit dan kawasan goto
royang agak terhad.
PELUANG:
1. Semua AJK program dan murid dapat menunjukkan semangat kerjasama
yang sangat baik dalam mengendalikan aktiviti dan aktiviti yang dirancang
berjalan dengan lancar.

2. Semua murid berpeluang terlibat dalam semua aktiviti yang dirancang


sepanjang program dan mereka amat berbesar hati untuk melaksanakannya
pada masa-masa yang akan datang.
(iii)

ANCAMAN:

1 Persekitaran dan kawasan gotong royong yang mempunyai pokok yang agak
rimbun dan ditakuti ada serangga atau binatang berbisa seperti lipan atau
kala jengking.
(1) REFLEKSI KENDIRI:
(i)
MANFAAT PROGRAM BIG:
1. Semua guru yang terlibat dalam

aktiviti

perkhemahan

ini

boleh

mengendalikan sesuatu program dengan baik, berkesan dan melaksanakan


dalam bentuk terancang.
2. Pengendalian program yang dilaksanakan memberi ruang kepada semua
guru menunjukkan kreativiti, kerjasama dan sikap toleransi antara kumpulan
bagi menyelesaikan segala permasalahan yang timbul .
3.

Program ini berhasrat untuk membina insan guru yang berakhlak mulia,
bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal mental , rohani
dan bermanfaat kepada diri, keluarga dan masyarakat, negara selaras
dengan nilai-nilai keguruan. Proses pembinaan insan guru dilihat dari aspek
kesedaran bahawa profesioan perguruan adalah profesion yang mulia. Insan
guru adalah pembina generasi cemerlang. pembentukan jati diri dan
mempunyai role model, serta mampu menyesuaikan dan menangani pelbagai
cabaran dalam perubahan zaman dalam era globalisasi.

4. Program ini juga mampu membentuk akhlak mulia, membina daya


kepimpinan dan memupuk sikap bertanggungjawab, berfikiran kritis dan
kreatif

serta

menghayati

misi

dan

visi

FPK

(Falsafah

Pendidikan

Kebangsaan).
Sepanjang menjalani aktiviti ini, saya berpeluang untuk menilai diri saya sendiri dan
sentiasa berusaha untuk mengatasi segala kelemahan diri agar dapat memberi

persaingan yang sihat kepada rakan-rakan saya yang lain di samping menjadi
seorang pendidik yang berkualiti.
(ii)

PENAMBAHBAIKAN:

1. Disiplin dalam diri perlu ditingkatkan lagi agar matlamat yang dirancangkan
dapat dicapai. Masa yang telah ditetapkan perlulah dipatuhi dan digunakan
sebaik mungkin dalam pengendalian semua aktiviti.

2. Perlu menguasai semangat kepimpinan yang tinggi bagi melahirkan barisan


pendidik yang boleh memimpin anak-anak bangsa kita di masa hadapan dan
boleh melaksanakan pelbagai aktiviti dalam apa jua situasi dan halangan.

3. Perlu melakukan perancangan dengan lebih awal dan perlu pandai


menguruskan masa dengan lebih efisien. Perancangan perlulah dilakukan
dengan lebih teliti agar tidak timbul lagi masalah sewaktu menjalankan aktiviti.
Segala masalah, perancangan dan makluman aktiviti perlulah dirujuk kepada
orang yang lebih arif.

Tandatangan pelapor;

( JULIANA BINTI SARJU)


PPG AMBILAN JUN 2011
PSV1

KERTAS KERJA
PROGRAM

LAPORAN AKTIVITI

MAKLUMAT DIRI

NAMA
PPG AMBILAN
KUMPULAN
TARIKH LAHIR
ALAMAT TEMPAT BERTUGAS

JULIANA BINTI SARJU


JUN 2011
PSV 1
18 JANUARI 1978
LEDANG,
JALAN
SIALANG,

NO. TEL

TANGKAK
0196591801

NAMA PENYELIA

TUAN HAJI JAMEL BIN HAJI ISMAIL

84900

PENGHARGAAN

Bersyukur saya ke hadrat Allah kerana di atas limpah rahmatnya dapat saya
menyudahkan tugasan yang diberi. Tanpa keberkatan dari Nya, saya tidak akan
dapat memperoleh maklumat-maklumat yang penting dalam menyiapkan tugasan
ini.
Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan ribuan terima
kasih dan penghargaan yang tak terhingga kepada pensyarah saya, Tuan Haji Jamel

bin Haji Ismail di atas sokongan dan bimbingan yang diberi semasa taklimat BIG dan
juga di dalam telefon . Saya sangat menghargai kebaikan dan keprihatinan yang
telah ditunjukkan oleh beliau. Segala maklumat yang diberi amat berguna dan tanpa
bimbingan serta tunjuk ajar beliau, saya rasa tidak tahu apa yang perlu dibuat.
Tidak lupa juga, ucapan jutaan terima kasih saya kepada Guru Besar SK Taman
Skudai Baru 2 Johor Darul Takzim dan 2 orang rakan guru yang terlibat dengan
program BIG, semua guru SK Bandar Baru Uda murid-murid serta rakan-rakan
sekelas yang banyak membantu di dalam menyiapkan tugasan ini.

Sokongan,

pertolongan dan perkongsian ilmu yang dihulurkan amat saya hargai


Kepada suami dan anak-anak , kalian adalah insan yang hebat. Terima kasih
kerana memahami perasaan dan emosi saya, sentiasa bersabar , selalu memberi
kata-kata semangat dan sentiasa berada di sisi apabila diperlukan.

Akhir sekali,

ucapan terima kasih kepada rakan-rakan sekerja yang banyak memberi galakan.
Budi kalian, akan saya kenang sepanjang hayat .
Terima kasih, semua.

ISI KANDUNGAN
PERKARA
1. Penghargaan
2. Isi Kandungan
3. Laporan Sahsiah Oleh Guru Besar
4. Kertas Kerja Program
- Agihan tugas dan jawatankuasa
- Jadual program

5. Surat Panggilan dan Minit Mesyuarat


6. Pengenalan BIG
7. Laporan Bina Insan Guru
8. Refleksi
9. Maklum balas ( Penilaian Kendiri)
10.

Laporan Kewangan

11.

CD Rakaman Program BIG

12. Laporan Bergambar Program BIG

REFLEKSI

Bersyukur saya kerana dengan limpah kurniaan dan nikmat-Nya, saya dan
ahli kumpulan yang lain telah berjaya mengadakan program Bina Insan Guru pada
6 Jun 2014 ( Jumaat ) bertempat di Sek. Keb. Taman Skudai Baru 2. Tujuan utama
program ini dijalankan adalah untuk memupuk semangat berpasukan, bekerjasama
dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas secara berkumpulan. Sepanjang
program ini, saya telah banyak mendapat pengalaman dan pengetahuan umum
dalam usaha saya dan ahli kumpulan yang lain untuk menjayakan program ini.
Program Bina Insan Guru merupakan satu program yang memberi banyak impak,
pengetahuan dan pengalaman yang berguna kepada semua peserta. Segala input
yang diperoleh amat berguna bagi menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman

yang sedia ada untuk diaplikasi kepada para pelajar sebagai model insan yang
bermakna.
Dalam program BIG kali ini, saya pelajari apa itu kerja dalam kumpulan.
Tanpa ada bantuan daripada ahli kumpulan, tidak mungkin akan menghasilkan kerja
dan melakukan sesuatu kerja dengan baik, berkesan dan berjaya dengan seorang
diri. Oleh itu, kerjasama dalam kumpulan amat penting dalam mengadakan program
yang sebegini. Segala cabaran, halangan atau kenangan pahit manis kami
berkongsi bersama. Selain itu, saya pelajari pelbagai nilai-nilai murni yang amat
berguna. Nilai yang paling ketara ialah semangat setia kawan dan bekerjasama.
Selain itu, saya dapat melihat nilai toleransi dan kesepakatan berlaku dalam
kumpulan kecil mahupun besar. Dalam satu kumpulan, jika tiada kesepakatan dan
toleransi, maka semua tugasan akan menjadi berat dan tidak akan berjaya.
Sebagai seorang guru, kita haruslah mempunyai nilai bekerjasama, toleransi
dan mempunyai permuafakatan yang baik dengan semua orang di sekeliling kita.
Dengan ini, segala tugasan atau masalah akan menjadi mudah dan kehidupan akan
menjadi harmoni. Seterusnya saya belajar untuk yakin kepada kebolehan diri sendiri
dan jangan mudah mengalah. Ini saya pelajari semasa
Bahasa Inggeris.

aktiviti mengecat sudut

Saya tidak pernah mengecat namun demi tugas, saya

memberanikan diri mengecat. Dengan kesihatan yang kurang memuaskan, saya


menggagahkan diri untuk mengecat. Walaupun hasilnya tidak seperti juru cat
terlatih, saya berpuas hati dengan apa yang saya lakukan dengan bantuan rakan
lain dan murid-murid.
Selain itu, saya juga mempelajari nilai kepercayaan kepada ketua. Ketua
dilantik untuk mengetuai ahlinya. Namun tanpa kepercayaan dan kesefahaman
daripada ahli-ahli di bawahnya, ketua tersebut tidak akan berjaya melaksanakan
tugasnya sebagai seorang ketua.

Puan Mallar, walaupun sibuk dengan urusan

rasmi sebagai GPK di sekolah, beliau

merupakan ketua yang berdedikasi dan

bertanggungjawab melaksanakan tugasnya sebagai ketua dengan membahagikan


kerja dengan saksama. Dia merupakan ketua yang peka terhadap tugas sebagai
ketua dan saya telah memberi kepercayaan sepenuhnya kepada beliau untuk
mengurus dan membelanja kewangan.

Di samping itu, saya juga pelajari sikap sentiasa ingin mencari ilmu yang
baru. Untuk merancang aktiviti Latihan Dalam Kumpulan dan juga bahan-bahan
Bahasa Inggeris, saya telah membuat beberapa rujukan dari bahan bacaan dan
juga internet. Semua benda yang berada di sekeliling kita ialah ilmu yang berguna
kepada kita dan guru boleh sentiasa memberi pelbagai ilmu kepada murid. Dalam
kehidupan seorang guru, ilmu di dada haruslah mencukupi. Ilmu yang harus ada
pada seorang guru bukan sahaja dari segi intelek, malah dari semua aspek supaya
boleh menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan dalam kehidupan seharian. Ini
kerana guru dijadikan tempat rujukan dan mendapatkan apa jua maklumat. Maka,
kita haruslah terus mencari ilmu-ilmu yang baru untuk memantapkan lagi ilmu yang
sedia ada supaya lebih mantap.
Semasa membuat program ini, saya tidak dapat menafikan bahawa terdapat
sedikit kekurangan. Salah satunya ialah jarak yang jauh di antara ahli menyebabkan
kami tidak dapat berjumpa selalu untuk mengadakan perbincangan.

Namun

masalah itu dapat saya atasi dengan bantuan e-mel, telefon dan whatsapp. Kami
sentiasa berhubung bagi memastikan segala aktiviti yang dirancang akan dapat
dilaksanakan dengan baik.

Selain daripada itu, faktor cuaca juga telah

menyebabkan aktiviti padang tidak dapat dijalankan. Murid-murid kelihatan sedikit


hampa pada mula akibat hujan lebat. Namun begitu, mereka kembali ceria apabila
aktiviti sukaneka dijalankan.

Hujan lebat juga telah menyukarkan kami untuk

melakukan proses pembersihan dan mengecat sudut Bahasa Inggeris. Saya dan
beberapa rakan ahli yang lain tetap meneruskan kerja dalam kebasahan bagi
memastikan sudut tersebut berwajah baru dan ceria.
Dari maklum balas para peserta sebelum majlis penutupan, semua murid
bersetuju bahawa aktiviti yang dijalankan sangat menarik, mudah difahami dan
senang untuk dilakukan. Mereka juga bersetuju bahawa segala ilmu yang dipelajari
sepanjang program akan diamalkan dalam kehidupan seharian mereka. Mereka
juga dapat belajar untuk bekerjasama, saling bantu-membantu dan bertolak ansur di
antara ahli kumpulan. Ketika aktiviti dijalankan, mereka juga telah dapat mematuhi
segala arahan yang diberi serta dapat memberi tindak balas yang positif.
Keyakinan diri yang bertambah dan disiplin diri yang diterapkan dapat membantu
mereka untuk lebih berjaya serta memperoleh keputusan yang lebih cemerlang
dalam UPSR.

Dengan adanya program seperti ini, saya dan rakan yang terlibat lebih
memahami nilai- nilai pentingnya mempunyai kekuatan mental yang tinggi dan
konsisten dalam menangani arus pendidikan yang semakin mencabar pada masa
kini. Semoga program ini dapat memberi pengisian yang berguna kepada semua
peserta BIG yang terlibat dalam melahirkan insan yang lebih cemerlang dalam
semua aspek.. Saya juga berharap program ini dapat melahirkan murid-murid yang
memiliki keyakinan diri yang tinggi, berketerampilan, mempunyai semangat
kerjasama, berinovatif serta mempunyai sahsiah diri yang terpuji dan jitu.
Akhir kata ingin saya merakamkan jutaan terima kasih kepada pensyarah
saya, Tuan Haji Jamel b. Haji Ismail di atas bimbingan dan panduan dalam
merancang program BIG, kepada rakan kumpulan saya yang terlibat dalam
memastikan apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik, budi kalian dalam
ingatan saya selalu. Tidak lupa juga, ucapan terima kasih saya kepada Guru Besar,
guru-guru dan murid-murid SK Taman Skudai Baru 2 yang telah memberi kerjasama
yang baik semasa program Bina Insan Guru ini dijalankan. Hanya Allah SWT jua
yang dapat membalasnya. Akhirnya doakan kejayaan saya dan segala yang baik
datangnya dari Allah dan segala kekurangan dari kelemahan diri saya sendiri, Kita
mampu merancang hanya Allah SWT juga yang maha menentukannya. Sekian,
terima kasih.