Anda di halaman 1dari 7

8 Langkah Menguruskan Kewangan Dengan

Bijak dan Sistematik


Suzardi Maulan @pakdi7 November 23, 2011

Kalau kita tidak merancang, maka kita merancang untuk gagal.


Kemahiran menguruskan wang, sama seperti kemahiran menjadi ibu bapa tidak diajar di
sekolah-sekolah mahupun universiti. Sedangkan kita mula menguruskan wang sendiri
sepenuhnya sejak memperoleh gaji / pendapatan sendiri sehinggalah kita meninggal dunia kelak.
Berikut adalah 8 langkah untuk tuan puan yang serius menguruskan wang dengan bijak dan
sistematik.

1. Mempunyai Matlamat Kewangan


Kita semua mesti tahu apa yang kita mahu. Apakah yang kita mahukan apabila menjelang usia
persaraan yang barangkali lagi 10, 20, 30 tahun akan datang? Pengurusan kewangan yang baik
membabitkan matlamat kewangan jangka masa panjang. Ibaratnya macam kita mahu menanam
pokok durian.
Apabila kita mempunyai satu pandangan jauh, kita telah menetapkan langkah yang betul untuk
berjaya. Kerana itulah Islam menyuruh kita berfikir mengenai mati, kerana keyakinan kita
mengenai syurga neraka, kehidupan alam akhirat menyebabkan kita bersungguh-sungguh bekerja
dengan penuh amanah di dunia.

2. Mempunyai Sumber Pendapatan yang Mencukupi


Dalam surah Yusuf, ayat 47 menyebut kepentingan menanam selama 7 tahun dengan
bersungguh-sungguh.
Ya, dengan bersungguh-sungguh.
Dalam erti kata lain, sama ada kita makan gaji atau bekerja sendiri kita perlu benar-benar berjaya
(termasuklah memperoleh gaji tinggi) dalam bidang kita. 7 tahun zaman senang itu tadi adalah
untuk menghadapi 7 tahun zaman susah.

Jika kita tidak mempunyai pendapatan yang mencukupi maka kita tidak dapat menyimpan
seterusnya mengumpul aset-aset kekayaan. Apakah mempunyai hanya satu sumber pendapatan
telah mencukupi? Bagaimana kita dapat menambah pendapatan sampingan?

3. Simpan Sebelum Belanja


Ayat 47, surah Yusuf juga menyebut dengan jelas hasil-hasil tanaman itu tadi disimpan dalam
bentuk tangkai, selepas menyimpan barulah selebihnya kita belanjakan untuk hidup. Kita perlu
menangguhkan kepuasan terlebih dahulu.
Sekiranya kita membelanjakan semua pendapatan kita terlebih dahulu dan jika ada lebih baru
kita mahu simpan, maka itulah langkah paling berkesan untuk mencipta masalah kewangan yang
kronik.
Gaji simpanan = belanja.
Mudah.

4. Berbelanja dengan Bijak


Kita perlu mengenal pasti keutamaan perbelanjaan kita. Setelah kita menyelesaikan keperluankeperluan asas hidup iaitu untuk makan, minum, pakaian, tempat tinggal, pendidikan, kesihatan
maka kita perlu pastikan kita mengumpul aset-aset terlebih dahulu. Dalam hal ini, penyata
kewangan (financial statement) memainkan peranan penting untuk kita menguruskan kewangan.
Angka-angka dalam penyata kewangan dapat memberi petunjuk kepada kita sama ada pembelian
harta kita adalah bersifat aset atau pun liabiliti.
Penyata kewangan juga dapat menentukan sama ada kita patut menumpukan membaiki aliran
tunai atau dapat fokus menambah aset-aset untuk tujuan capital gain.

5. Menguruskan Risiko Kewangan


Risiko adalah sesuatu yang tidak dapat dihapuskan sepenuhnya. Apa yang kita dapat buat adalah
menguruskan risiko tersebut dengan efektif. Bagi kebanyakan orang, cara paling mudah
menguruskan risiko kewangan adalah dengan membeli produk-produk takaful.
Dan untuk menjadi seorang yang betul-betul berjaya dalam pengurusan kewangannya, ilmu
adalah sangat penting kerana produk takaful tidak mampu menguruskan semua risiko kewangan
kita. Adakah ada produk takaful yang dapat melindungi kita dari inflasi, kejatuhan harga saham
atau kemerosotan bisnes?

6. Membayar Zakat ( dan cukai!)

Zakat dan sedekah merupakan proses 3+1. Dengan banyak memberi, kita dapat menyucikan
harta, melindungi harta dan mengembangkan harta sekaligus. Harta-harta yang kita beri ini sama
sekali tidak berkurangan, malah semakin bertambah dengan cara yang Allah sahaja yang tahu.
Zakat hanya untuk harta halal, manakala harta dari sumber haram kita perlu bersihkan 100%.
Manakala cukai pula, suka atau tidak kita pasti membayarnya! Duit itulah yang membolehkan
kerajaan memberikan kita jalan, sekolah, longkang, hospital dan keperluan lainnya untuk
rakyat.

7. Membuat Pelaburan yang Bijak


Simpanan yang kita telah buat itu adalah untuk dijadikan modal pelaburan. Tujuan pelaburan kita
adalah untuk kegunaan menunaikan haji, tabung persaraan, tabung pendidikan anak-anak, tabung
percutian dan apa-apa sahaja matlamat kewangan kita.
Kita perlu tahu menyusun strategi pelaburan dengan bijak. Sama seperti permainan bola sepak,
ada strategi menyerang seperti 4-3-3, ada strategi bertahan sepeti 5-4-1 mahupun false-nine (4-60) berdasarkan kelas aset tertentu.

8. Membahagikan Harta
Setelah kita berjaya mengumpul harta, jangan lupa menyediakan exit strategy ini kerana kita
semua pasti mati. Selain faraid, kita ada instrumen-instrumen tertentu seperti wasiat, hibah,
wakaf yang dapat menentukan ke mana harta kita selepas mati.
Pembahagian harta ini adalah sangat penting. Harta untuk anak angkat, anak luar nikah, anak
susuan, tidak mempunyai anak lelaki misalnya antara isu pembahagian yang mesti diselesaikan
sebelum mati. Jangan sampai harta kita beku sebab kelalaian kita dalam urusan ini.

10 Tips Pengurusan Kewangan Yang Munasabah


By Azeri | Published Monday, 26 September 2011

Pengurusan kewangan dianggap remeh oleh sebahagian besar mereka yang


mempunyai pendapatan bulanan. Cara pengurusan wang secara bijak perlu
difahami supaya pendapatan hasil usaha tidak disia-siakan dengan sewenangwenangnya. Jangan menyesal dikemudian hari kerana kegagalan merancang
kewangan dengan baik serta pengurusan kewangan yang betul tidak dilakukan
bermula dari sekarang.

Saya ingin kongsikan kepada anda 10 cara pengurusan kewangan yang munasabah
untuk dipraktikkan.

1. Menerima gaji yang seadanya dan berbelanja kurang daripada


pendapatan
Tips pertama ini mungkin nampak mudah tetapi hakikatnya ia sukar untuk
dipraktikkan. Anda perlu memastikan sama ada gaji yang diterima berbaloi
berbanding
kepakaran,
produktiviti,
keupayaan
dan
tugas
yang
dipertanggungjawabkan. Menerima pendapatan yang rendah daripada yang
sepatutnya akan memberi kesan yang besar dalam jangka masa panjang.
Berapa banyak pun gaji anda, jangan sesekali berbelanja melebihi pendapatan.
Berjimat walaupun sedikit boleh memberi kesan yang besar pada tabungan.

2. Rancang dan patuhi jadual perbelanjaan (bajet)


Merancang adalah satu strategi asas yang perlu dilakukan. Kebiasaannya ramai
yang tidak mampu berbelanja dan menyimpan pada masa yang sama TANPA
perancangan kewangan yang betul. Ramai orang tidak merancang untuk gagal
tetapi gagal untuk merancang.
3. Lunaskan hutang kad kredit
Sikap suka berhutang ataupun pakai dulu bayar kemudian ni sangat tidak
digalakkan. Memang seronok menggunakan kad kredit ini kerana tak perlu bayar
secara tunai. Tetapi harus diingat bahawa berterus-terusan mempunyai hutang kad
kredit adalah satu kesilapan besar.
Memang terlalu mudah untuk menggunakan kad kredit tetapi amat sukar untuk
melunaskan hutang dan akhirnya berterusan menanggung hutang yang BESAR!

4. Mencarum dalam pelan persaraan


Jika syarikat anda bekerja menyediakan pelan persaraan, jangan lepaskan peluang
untuk mencarum. Jika tiada, pertimbangkan pelan atau skim lain yang disediakan
untuk pekerja.

5. Menabung.
Teringat saya kepada pepatah melayu " berdikit-dikit, lama-lama jadi bukit ". Bukan
"BUKUIT" macam JoZan pernah sindir pada Datuk David Teo tu..heheh (seloroh jer).
Anda perlu menyimpan walaupun sedikit tetapi lakukan secara istiqamah. Pastikan
anda menyimpan sekurang-kurangnya 5% ke 10% daripada gaji sebelum
menyelesaikan segala bil. Dr Irfan Khairi ada menetapkan kadar simpanan 10%
setiap bulan daripada pendapatan bulanan dalam buku hasil tulisan beliau yang
bertajuk "Nota Kewangan, Nota Jutawan".

Dicadangkan buatlah potongan secara automatik untuk akaun yang berbeza.


Cari sebab mengapa perlu menabung dan tetapkan azam untuk kebaikan masa
depan.

6. Melabur.
Pastikan anda membuat pelaburan - jika masih ada wang lebih selepas mencarum
untuk skim persaraan atau skim simpanan pekerja dan menabung dalam akaun
simpanan. Banyak skim pelaburan yang ditawarkan oleh pihak bank. Cari dan
pilihlah pelaburan yang mana sesuai mengikut kemampuan anda.

7. Tingkatkan caruman skim kemudahan untuk pekerja


Tambah nilai caruman anda pada skim kemudahan yang disediakan untuk pekerja.
Ia akan membantu anda mengurangkan pembayaran cukai dan membataskan
perbelanjaan yang tidak perlu.

8. Semak liputan insurans


Ramai orang membeli insurans dengan bayaran premium yang tinggi tanpa terlebih
dulu menyelidik sama ada ia perlu atau tidak. Pastikan anda mempunyai insurans
secukupnya tetapi pada masa yang sama tidak membebankan kedudukan
kewangan. Pastikan kemampuan pendapatan anda sebelum membuat caruman
insurans anda.

9. Kemas kini wasiat


Lindungi orang yang disayangi. Pastikan anda membuat wasiat tidak kira berapa
sedikit pun harta anda. Mengikut kajian kira-kira 70 peratus warga Amerika tidak
mempunyai wasiat.

10. Simpan rekod kewangan dengan baik


Jika anda tidak menyimpan semua rekod perbelanjaan, anda mungkin terlepas
pandang untuk mendapatkan pengecualian cukai untuk perbelanjaan tertentu.
Sebagai contoh rebet jika memberi buku-buku ilmiah, motivasi dan seumpamanya.
Saya yakin kepada mereka yang biasa mengisi borang cukai pendapatan pasti tahu
di mana pengecualian cukai yang dapat dibuat.

Itulah 10 tips pengurusan kewangan yang saya harap sedikit sebanyak membantu
anda kelak. Sama-sama kita beringat sebelum ditimpa musibah. Fahamilah ilmu
pengurusan kewangan untuk menjamin masa depan yang cemerlang dan gemilang