Anda di halaman 1dari 27

SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA SERI RASAU

23300 KETENGAH JAYA, DUNGUN


TERENGGANU

KERTAS KERJA

PERKHEMAHAN PENDIDIKAN LUAR


2009
KERTAS KERJA
PERKHEMAHAN PENDIDIKAN LUAR 2009
SEK KEB FELDA SERI RASAU, KETENGAH JAYA, DUNGUN,
TERENGGANU
_______________________________________________________________________
_

1. TAJUK

Kertas Kerja Perkhemahan Pendidikan Luar 2009, Peringkat Sekolah


Kebangsaan FELDA Seri Rasau, Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu

2. TUJUAN, MATLAMAT DAN OBJEKTIF

2.1 Tujuan

Kertas kerja disediakan dan dikemukakan kepada Tuan Guru Besar untuk
mendapat kelulusan melaksanakan aktiviti Perkhemahan Pendidikan Luar 2009
dan memohon peruntukkan kewangan daripada pihak sekolah.

2.2 Matlamat

(i) Membuka laluan minda bagi menilai keupayaan diri serta


mengetahui kelemahan diri untuk bergerak ke depan.

(ii) Menyampaikan mesej hubungan antara manusia dengan alam sekitar


dengan penerapan mata pelajaran, khususnya Kajian Tempatan,
Sains, Agama Islam untuk melahirkan generasi yang tahu
menghargai alam.

(iii) Menyedarkan dan menginsafi diri murid-murid dalam penggunaan


masa untuk melahirkan generasi yang tahu menghargai dan
menguruskan masa dengan baik dan bersistematik.
2.3 Objektif

(i) Mengetahui, memahami serta mempraktikkan teknik berkhemah


yang betul merangkumi pemilihan tempat, pemasangan dan
penjagaan khemah, penyediaan bekalan makanan serta aspek
keselamatan diri.

(ii) Menghayati, melindungi dan menghargai alam sejagat ciptaan


Tuhan melalui konsep perlindungan bersepadu menerusi penerapan
aktiviti alam sekitar.

(iii) Menanam sikap toleransi, kerjasama dan bermuafakat dalam segala


perkara serta menghindarkan segala perasaan dengki, iri hati dan
mementingkan diri sendiri.

3. BUTIRAN PERKHEMAHAN

3.1 Tarikh
22 dan 23 Oktober 2009
3.2 Hari
Khamis dan Jumaat ( 2 hari 1 malam )
3.3 Bilangan Peserta
• Semua peserta terdiri daripada murid Tahun 6
• Bilangan peserta :
Lelaki : 35
Perempuan : 45
Jumlah : 80 orang

3.4 Tempat Perkhemahan


Padang Sekolah Kebangsaan FELDA Seri Rasau, Ketengah Jaya,
Dungun,Terengganu.

4. JAWATANKUASA

4.1 Jawatankuasa Pengelola:

Unit Ko-Kurikulum Sek Keb FELDA Seri Rasau, Ketengah Jaya,


Dungun.

4.2 Jawatankuasa Induk :

Penasihat : En.Mohamad Aminuddin bin Yazid


Pengerusi : En.Salman bin Jusoh
Penyelaras : En Zulkifli bin Muda
Kem Komandan : En Zainuddin bin Pee
Pen. Kem Komandan : : YM .Engku Muzaffar b Engku Maharani
Setiausaha : Pn Mariati bt Rani
Bendahari : Pn Norliza bt Ismail@Chik

4.3 Pengerusi Jawatankuasa Kecil

Urusetia : Pn Mariati bt Rani


Pengurus Peserta : Ketua Unit-Unit Beruniform
Tapak Perkhemahan : En Kamal Baharin b Abu Bakar
Khemah & Peralatan : En Lukman bin Ismail
Aktiviti : En Ahmad Najme bin Abd Manaf
Makan & Minum : Pn Norhayati bt Mamat
Kerohanian : En Wan Ahmad Pauzi bin Wan Abas
Keselamatan/ Kecemasan : En Mohd Nur Azrul bin Ismail
Siaraya & Dokumentasi : En Mohd Hamedan bin Embong
Persembahan : Cik Hadibah bt Mohamad Darus
Hadiah & Cenderamata : Pn Rohana bt Jusoh
4.4 Jawatankuasa Kecil :
JAWATANKUASA BIDANG TUGAS

KETUA PERKHEMAHAN /  Bertanggungjawab ke atas semua aktiviti


KEM KOMANDAN : dan kelancaran perkhemahan
 Bertanggungjawab di atas disiplin peserta.
En. Najmi bin Ibrahim  Mengeluarkan peraturan perkhemahan.
 Menguatkuasakan peraturan perkhemahan

PEN KETUA PERKHEMAHAN /


PEN. KEM KOMANDAN:  Membantu sepenuhnya tanggungjawab
dan tugas ketua perkhemahan.
YM Engku Muzaffar b Engku Maharani  Menjalankan tugas ketua perkhemahan
semasa ketiadaannya.

URUSETIA
Pengerusi : Pn Mariati bt Rani  Menyediakan jadual aktiviti
perkhemahan
AJK  Menyelaras perjalanan aktiviti dan
1 En Azuan bin Shafie pertandingan
2. EnKamal Baharin b Abu Bakar  Sentiasa menghebahkan maklumat
3. Pn Maznah bt Omar terkini.
4. Cik Nor Hashima bt Mohd Razali  Mengambil pendaftaran peserta dan juga
5. Pn Azniza bt Daud mencatat kehadiran guru bertugas
 Membuat laporan setiap aktiviti yang
dijalankan
 Mengendalikan acara majlis penutup
 Menyediakan kain rentang perkhemahan

PENGURUS PESERTA: Menyediakan murid untuk menyertai


Semua Ketua Unit Beruniform perkhemahan
Pengakap Menyediakan borang kebenaran ibu bapa
TKRS bagi setiap peserta unit masing-masing
PBSM Menyediakan jadual guru bertugas unit
Puteri Islam Masing-masing
Tunas Puteri Memastikan penyediaan senarai semak
peralatan yang perlu dibawa lebih awal

TAPAK PERKHEMAHAN
Pengerusi :  Menyediakan pelan tapak perkhemahan
En Kamal Baharin bin Abu Bakar  Menyelaras pembahagian tempat tapak
mengikut unit
AJK:  Menentukan bilik-bilik yang akan
1. En Mohd Zaharawadi b Ibrahim digunakan oleh perserta jika hari hujan.
2. YM Engku Muzaffar b Engku  Menentukan tandas/bilik air yang akan
Maharani digunakan oleh peserta
 Memastikan semua bilik/tempat yang
digunakan sentiasa dalam keadaan bersih
MAKANAN DAN MINUMAN  Menyediakan makanan dan minuman yang
Pengerusi : bagi semua guru yang terlibat dan murid
Pn Norhayati bt Mamat  Menyediakan jadual serta menu masakan
setiap hari perkhemahan
AJK:  Memastikan semua aktiviti memasak di
1. Pn Zanariah bt Omar kalangan peserta berjalan lancar
2. Pn.Fatimah Wati bt Salleh  Menguruskan segala perkara berkaitan
3. Pn Tn Syarifah Azura bt Abdullah makan dan minum disepanjang
perkhemahan
1

KEROHANIAN
Pengerusi :  Menyediakan jadual bertugas imam
En Wan Ahmad Pauzi bin Wan Abas mengikut waktu solat
 Memimpin bacaan Yasin
AJK:  Mengendalikan kuliah Maghrib dan Subuh
1. En Lukman bin Ismail
2. Pn Rohaiza bt Remli

KESELAMATAN DAN  Memastikan tahap keselamatan peserta dan


KECEMASAN segala peralatan berada dalam keadaaan
Pengerusi : yang amat baik
En Mohd Nur Azrul bin Ismail  Menubuh unit kawalan
 Menyediakan bekalan ubat-ubatan serta
AJK: peti rawatan yang sempurna dan
1. En Mohd Abd Hafizdiin b Ismail mencukupi
2 Pn Noraziah bt Omar  Menyediakan jadual pengawasan dan
3. Pengawal keselamatan sekolah kawalan keselamatan kawasan
perkhemahan
 Mengawal keselamatan murid dalam
perjalanan ke masjid untuk solat Jumaat.

PERSEMBAHAN  Menentukan jenis persembahan dan


Pengerusi : syarat-syaratnya.
Cik Hadibah bt Mohamad  Memberi taklimat kepada peserta
sebelum aktiviti dijalankan
AJK:  Melantik hakim-hakim persembahan
1. Cik Nor Hashimah bt Mohd Razali dan menyediakan borang penghakiman,
2 Cik Rahayu bt Said jika persembahan tersebut dijalankan
secara pertandingan
 Mengurus perjalanan aktiviti
persembahan
3
ELEKTRIK, SIARAYA DAN Menyediakan kemudahan elektrik dan
DOKUMENTASI peralatan siaraya yang sempurna di seluruh
1Pengerusi : tapak perkhemahan sepanjang tempoh kem
2En Mohd Hamedan bin Embong diadakan
Mengemaskini peralatan yang telah
AJK: digunakan dan disimpan pada tempat yang
1. En Ismail bin Awang Lah sesuai
2 Pekerja sekolah Mengurus dan menyediakan peralatan
siaraya untuk sebarang bentuk
persembahan/aktiviti (jika diperlukan)

HADIAH DAN CENDERAMATA 1


Pengerusi :
Pn Rohana bt Jusoh  Menyediakan hadiah kepada peserta
berdasarkan pertandingan yang dijalankan.
AJK:  Menyediakan lain-lain hadiah dan cenderamata
1. Pn Norliza bt Ismail@Chik  Menguruskan majlis penyampaian hadiah
2 Pn Noraziah bt Manab
5. ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA BUTIRAN JUMLAH

1 Makan Minum Murid

• Makan Tengahari (Khamis)  RM3.00 x 80 orang =


• Mi num Petang (Khamis) RM240.00
• Makan Malam (Khamis)  RM1.00 x 80 orang = RM 80.00
• Minum Malam (Khamis)  RM3.00 x 80 orang = RM240.00 RM1120.00
• Sarapan (Jumaat)  RM1.00 x 80 orang = RM 80.00
• Minum Pagi (Jumaat)  RM1.00 x 80 orang = RM 80.00
• Makan T/Hari (Jumaat)  RM1.00 x 80 orang = RM 80.00
• Minum Petang (Jumaat)  RM3.00 x 80 orang = RM240.00
 RM1.00 x 80 orang = RM 80.00

2
Hadiah `
Tempat Pertama  RM20.00 x 5 = RM100.00 RM225.00
Tempat Kedua  RM15.00 x 5 = RM 75.00
Tempat Ketiga  RM10.00 x 5 = RM 50.00

3 Peralatan Bahan api


Tali RM100.00
Racun serangga

4 Kecemasan Ubat-ubatan RM100.00

JUMLAH BESAR RM1545.00

(RM : SATU RIBU LIMA RATUS EMPAT PULUH LIMA SAHAJA)


6. TENTATIF PROGRAM

HARI PERTAMA HARI KEDUA


MASA /HARI KHAMIS JUMAAT
22 OKTOBER 2009 23 OKTOBER 2009
5.30 PAGI Bangun, Siap Diri , Solat Subuh
8.00 PAGI Sarapan Pagi
8.30 PAGI Pendaftaran Peserta Aktiviti 5:
• Mendirikan Khemah • Pertandingan memasak
• Taklimat Umum
10.00 PAGI Minum Pagi
Aktiviti 1 : Aktiviti 6 :
10.30 PAGI • Penyediaan Gejet & Pemeriksaan Khemah
Anyaman Daun kelapa
Rehat, Makan Tengahari dan Rehat, Makan Tengahari,
12.30 THARI
Solat Zohor Solat Zohor/Jumaat
Aktiviti 2 : Aktiviti 7 :
2.30 PETANG Pertandingan Kawad Persembahan Kebudayaan
4.00 PETANG Solat Asar/Minum Petang
Aktiviti 3: Perasmian Penutup
5.00 PETANG
Sukaneka & Penyampaian Hadiah
Mandi, Makan Malam
6.30 PETANG BERSURAI
Solat Maghrid & Isyak
Aktiviti 4:
9.00 MALAM
Kembara Malam
10.30 MALAM Minum Malam

11.00 MALAM Tidur


7. JADUAL TINDAKAN
HARI PERTAMA : KHAMIS ( 22 OKTOBER 2009 )
MASA AKTIVITI TINDAKAN
8.30 pagi Pendaftaran Urusetia
9.00 pagi Mendirikan khemah Ketua & Guru Unit
10.00 pagi Taklimat umum Kem Komandan
10.30 pagi Minum pagi JK Makanan/Minuman
Aktiviti 1 :
11.00 pagi Penyediaan Gejet dan JK Aktiviti
Anyaman Daun Kelapa
JK Makanan & JK
12.30 thari Makan Tengahari , Solat Zohor
Kerohanian
2.30 petang Aktiviti 2 : JK Aktiviti
Pertandingan Kawad Kaki
4.00 petang Solat Asar JK Kerohanian
5.00 petang Aktiviti 3 :
Sukaneka JK Aktiviti
Makan Malam, JK Makanan &
6.30 petang
Solat Maghrib & Bacaan Yasin JK Kerohanian
9.00 malam Aktiviti 4 : Kembara Malam JK Aktiviti
10.30 malam Minum malam JK Makanan
11.00 malam Tidur Urusetia & JK Keselamatan
HARI KEDUA : JUMAAT ( 23 OKTOBER 2009 )
Masa Aktiviti Tindakan
5.30 pagi Siap diri, Solat & Kuliah Subuh JK Kerohanian
8.00 pagi Sarapan Pagi JK Makanan
Aktiviti 5 : JK Aktiviti
8.30 pagi
Pertandingan Memasak
10.00 pagi Minum pagi JK Makanan
Aktiviti 6 :
10.30 pagi
Pemeriksaan Khemah JK Pertandingan
JK Makanan, Kerohanian
12.30 t/hari Makan Tengahari , Solat Zohor&
Keselamatan
Jumaat
2.30 petang Aktiviti 7 : Persembahan Kebudayaan JK Persembahan & Siaraya
4.00 petang Solat Asar JK Kerohanian
Perasmian Penutup & Urusetia & JK Hadiah&
5.00petang
Penyampaian Hadiah Semua Guru
6.00 petang BERSURAI

8. PENUTUP
Adalah diharapkan agar perkhemahan yang dirancang ini dapat dilaksanakan
dengan sempurna dan jayanya. Jua diharapkan agar ianya mendapat sokongan
sepenuhnya daripada pihak pengurusan dan semua guru agar semua objektif dan
matlamatnya tercapai.

Disediakan oleh:

ZULKIFLI BIN MUDA


Penyelaras
Perkhemahan Pendidikan Luar 2009
Sek Keb FELDA Seri Rasau,
23300 Ketengah Jaya, Dungun,
Terengganu.

Disemak oleh;

SALMAN BINN JUSOH


Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum
Sek Keb FELDA Seri Rasau,
23300 Ketengah Jaya, Dungun,
Terengganu.
2.(b) Refleksi Pelaksanaan Perkhemahan Pendidikan Luar

2.1 Laporan Aktiviti Perkhemahan Pendidikan Luar

LAPORAN
PROGRAM PERKHEMAHAN PENDIDIKAN LUAR
2009

Tarikh : 22 Oktober 2009 hingga 23 Oktober 2009


Tempat : Padang Sekolah Kebangsaan FELDA Seri Rasau,
Dungun, Terengganu

Laporan Hari Pertama : 22 Oktober 2009 (Khamis)

Pada jam 8.30 pagi seramai 80 orang peserta telah mendaftar untuk menjalani
program ini. Setelah selesai proses pendaftaran, para peserta dibekalkan dengan
khemah dan peralatan-peralatan yang berkaitan.Pada jam 9.00pagi, aktiviti
mendirikan khemah dimulakan. Sejam kemudian,semua khemah siap didirikan.

Pada jam 10.00 pagi ,satu sesi taklimat umum untuk para peserta telah berikan
oleh Kem Komandan. Para peserta dimaklumkan tentang peraturan yang mesti
dipatuhi sepanjang program .Para peserta seterusnya diberikan mimum pagi pada
jam 10.30 pagi .

Aktiviti pertama bermula pada jam jam 11.00 pagi. Aktiviti tersebut ialah
penyediaan gejet dan juga membuat anyaman menggunakan daun kelapa untuk
dijadikan hiasan khemah masing-masing. Semua peserta mengambil bahagian
dengan semangat kerjasama yang cukup tinggi. Peserta berhenti tepat jam 12.30
tengahari untuk makan tengahari di khemah pusat yang disediakan dan solat
Zohor di surau sekolah.
Program disambung semula pada jam 2.30 petang untuk aktiviti kedua, iaitu
Pertandingan Kawad Kaki . Aktiviti ini telah dijalankan di perkarangan sekolah
dan dikendalikan dengan begitu baik oleh Jawatankuasa Aktiviti . Pertandingan
kawad telah tamat pada jam 4.00 petang. Semua peserta berhenti rehat untuk
minum petang dan solat Asar.

Pada jam 5.00 petang, aktiviti ketiga telah dijalankan. Mengikut perancangan
awal, slot ini adalah aktiviti ’Jungke Tracking’, . Namun begitu, atas faktor
keselamatan peserta, ianya terpaksa ditukar kepada aktiviti sukeneka kerana cuaca
tidak mengizinkan. Hujan turun agak lebat dengan tiupan angin yang agak
kencang. Aktiviti sukaneka telah dijalankan di dewan sekolah dan dikendalikan
oleh Ketua Aktiviti En Ahmad Najme dengan dibantu tiga pembantunya

Aktiviti ditamatkan pada jam 6.00 petang untuk memberi ruang kepada peserta
mandi. Jam 6.30 petang peserta diberikan makan malam dan bersedia untuksolat
Maghrib, bacaan Surah Yasin serta solat Isyak berjamaah di dewan sekolah yang
dipimpin oleh Ustaz Wan Ahmad Pauzi selaku Ketua Jawatankuasa Kerohanian.

Jam 9.00 malam, semua peserta menyertai aktiviti keempat iaitu Kembara Malam.
Peserta dilepaskan berjalan secara berpasangan dengan dibekalkan sebatng lilin.
Semua peserta dikehendaki melalui laluan yang gelap dan sunyi untuk menguji
kekuatan semangat mereka. Aktiviti tamat jam 10.30 malam dan peserta diberikan
minum malam.

Selepas itu, semua peserta balik ke khemah masing-masing untu berehat dan
tidur.Jawatankuasa Keselamatan telah mengambil alih tugas untuk memastikan
keselamatan semua peserta dalam keadaan yang terkawal.
Laporan Hari Kedua : 23 Oktober 2009 (Jumaat)

Aktiviti bermula pada jam 5.30 pagi . Para peserta bangun dan mandi untuk solat
Subuh dan kuliah Subuh. Solat dan kuliah telah dipimpin oleh Ustaz Abd
Haafizdin. Seterusnya semua peserta berkumpul di padang untuk senaman pagi
dan dikendalikan oleh En Kamal selaku Ketua Jawatankuasa Riadah..

Jam 8.00 pagi semua peserta bersarapan. Tepat jam 8.30 pagi aktiviti kelima
dijalankan iaitu pertandingan memasak Peserta dikehendaki menyediakan jemput-
jemput pisang. Pada jam 10.00 pagi, peserta berhenti rehat dan diberi minum.

Tepat jam 10.30 pagi, satu pemeriksaan khemah-khemah peserta telah dilakukan.
Pada ketika ini, sebahagian peserta melakukan latihan untuk aktiviti
persembahan.

Jam 12.30 tengahari, peserta makan tengahari. Selepas itu, peserta lelaki ke
masjid untuk menunaikan solat Jumaat, manakala peserta perempuan ke surau
untuk solat Zohor.

Selepas solat Jumaat, persembahan kebudayaan diadakan. Jam 4.00 petang,


peserta diberi minum dan menunaikan solat Asar. Jam 4.30 petang, khemah-
khemah diturunkan dan tapak pekhemahan dibersihkan.

Pada jam 5.30 petang, majlis penyampaian hadiah dan perasmian penutup telah
diadakan. Majlis telah disempurnakan oleh Encik Salman bin Jusoh, Guru
Penolong Kanan Ko-Kurikulum.Selesai majlis penutup,semua peserta telah
diarah berkumpul dan bersalaman dengan para peserta dan guru-guru bertugas
sebelum mereka pulang .

Program tamat tepat pada jam 6.00 petang apabila semua peserta pulang ke
rumah masing-masing.
2.2 Kekuatan dan Kekurangan Program

Kekuatan:
Kejayaan pelaksanaan program perkhemahan pendidikan luar kali ini amat
bergantung kepada elemen seperti berikut :

1 i) Peserta Program
2 Kesemua peserta program adalah pelajar dari Tahun 6 dan kebanyakkan daripada
mereka ini adalah pelajar yang sememangnya mempunyai karisma dan
keterampilan yang tersendiri.Oleh yang demikian tidak ada masalah disiplin yang
3 berlaku sepanjang program ini berlangsung dan kesemua mereka taat dan ikut
4 perintah yang diberikan.

5ii) Kem Komandan / Pen. Kem Komandan


6Pemilihan Kem Komandan dan juga Pen. Kem Komandan yang berpengalaman
dan berkarisma serta bijak mengurus perjalanan program , seseorang Kem
Komandan perlu memiliki ketegasan dalam memberi arahan dan mudah
menerima teguran daripada para fasilitator dan juga para urusetia. Kem
Komandan juga perlu percaya kepada kebolehan semua pegawai di bawah
pentadbirannya dan tidak sesekali menjatuhkan air muka pegawai di bawahnya di
hadapan peserta.
7
8iii) Urusetia yang berpengalaman
9Perjalanan program tidak mungkin berjaya tanpa sumbangan bakti daripada
urusetia yang mahir dan berpengalaman. Urusetia yang baik dapat menjalankan
tugas dengan cemerlang bersama-sama Kem Komandan dan semua pengerusi dan
ahli jawatankuasa kerja
iv) Kemudahan prasarana yang lengkap
Tempat program dijalankan sememangnya lengkap dengan semua kemudahan
asas terutamanya padang tapak khemah yang luas, punca air dan elektrik, tempat
beriadah. Ini semua dapa tmembantu melicinkan perjalanan program.

1 v) Hubungan baik pihak dan Pengerusi JKKKR, RELA dan Polis.


2 Kerjasama dan hubungan yang baik antara pihak pengurusan JKKR, RELA dan
pihak polis telah banyak membantu melicinkan perjalan program terutamanya
dalam aspek keselamatan peserta program, terutamnya pada waktu malam. Pihak
RELA dan polis telah bergilir-gilir melakukan rondaan di sekitar kawasan
perkhemahan.

3 vi) Peruntukan program yang mencukupi


4 Tanpa peruntukan kewangan yang mencukupi program seperti ini tidak dapat
dijayakan dengan licin. Tidak dapat dinafikan pada hari ini semua perkara yang
hendak dijayakan memerlukan kos, oleh yang demikian kejayaan program kali ini
juga banyak bergantung kepada peruntukkan

Kekurangan:

Antara kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti adalah seperti berikut :

1i) Kemudahan penginapan urusetia dan guru bertugas


Khemah dan bilik penginapan untuk urusetia dan juga guru bertugas tidak
mencukupi.Ini menyebabkan mereka terpaksa tidur di ruang terbuka. Perkara ini
seharusnya diatasi segera tetapi tidak ada tindakan sehingga program tamat.

ii) Khemah rosak


Beberapa buah khemah peserta yang telah siap dipasang didapati bocor. Ianya
terpaksa digantikan semula dengan khemah lain. Ini telah menimbulkan masalah
dan merugikan masa peserta.
2
3 iii) Kemudahan rawatan kecemasan
4 Walaupun ada urusetia bahagian ini namun disebabkan kekurangan pegawai. Bagi
kes-kes kecemasan pihak Kem Komandan terpaksa menghantar peserta terus ke
hospital Diharapkan moga pada program yang akan datang urusetia bahagian ini
perlu ada sepanjang masa program ini berlangsung.
5
6 iv) Makan dan minum pegawai tidak mencukupi
7 Pegawai yang lewat tiba duntuk sarapan pagi , makan tengah hari dan makan
malam tidak dapat makan dan terpaksa makan di luar. Hal ini berlaku kerana
pihak Jawatankuasa Makanan hanya menghidangkan makanan mengikut jumlah
guru yang ada di meja makan ketika itu dan tidak menyediakan makanan seperti
mana jumlah yang ditempah.
8
9v) Tandas dan bilik air yang jauh
1 Para peserta terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk ke bilik air dan
tandas kera ia terletak agak jauh dari tapak perkhemahan. Ini sebenarnya telah
mengganggu program-program lain.

Apa yang diharapkan moga segala masalah yang dilaporkan ini dapat diambil
tindakan untuk diatasi agar program yang bakal dilaksanakan pada tahun
berikutnya dapat dilaksanakan dengan cemerlang.

Disediakan oleh ,

(ZULKIFLI BIN MUDA) 26 OKTOBER 2009


Kem Komandan
Perkhemahan Pendidikan Luar 2009
Sek Keb FELDA Seri Rasau
Ketengah Jaya, Dungun,
Terengganu
2.3 Cadangan penambahbaikan

Berdasarkan beberapa kelemahan dan kekurangan yang telah dikenalpasti dalam


pelaksanaan program perkhemahan pendidikan luar, dikemukakan beberapa
cadangan untuk penambahbaikan program berkenaan pada masa akan datang.

Cadangan :

i) Penginapan urusetia
Tempat penginapan urusetia dan guru bertugas perlu disediakan secara berpusat,
iaitu berhampiran dengan tapak perkhemahan. Bilangan khemah dan bilik
mestilah mencukupi dan dapat menampung keperluan dalam satu-satu masa.

ii) Pemeriksaan khemah


Beberapa hari sebelum program dijalankan, pihak Jawatankuasa Khemah perlu
membuat pemeriksaan ke atas semua khemah yang akan digunakan. Ini adalah
mengenaplasti khemah yang rosak dan tidak sesuai digunakan.

10iii) Kemudahan rawatan kecemasan


Dalam hal berkaitan rawatan dan kecemasan, dicadangkan agar sekurang-
kurangnya seorang pegawai/pembantu kesihatan yang bertauliah berada di tapak
perkhemahan dalam satu-satu masa. Aini bertujuan memberikan pertolongan
bantu mula dan bantuan segera sekiranya berlaku sebarang kes. Maka tidak
perlulah Kem Komandan terpaksa menghantar peserta terus ke hospital/klinik.
Juga diharapkan moga pada program yang akan datang urusetia bahagian ini
perlu ada sepanjang masa program ini berlangsung.
iv) Bilik air dan tandas
Bilik-bilik air dan tandas sementara perlu disediakan berhampiran kawasan
perkhemahan untuk mengelakkan peserta mengambil masa terlalu lama untuk ke
bilik air dan tandas yang agak jauh. Ini dapat menjimatkan masa dan melicinkan
perjalanan program.