Anda di halaman 1dari 17

KURSUS :

GGGE 2153
TEKNOLOGI PENDIDIKAN
TUGASAN :
ESEI KUMPULAN
TAJUK TUGASAN:
Aplikasi Teknologi untuk Pelajar Masalah Pembelajaran

DISEDIAKAN UNTUK :
ENCIK MOHD YUSOFF BIN DAUD

DISEDIAKAN OLEH :
MUNIRAH BINTI SOBRI (A 138144)
FARAH LIYANA SHOLLEHUDDIN (A 138483)
NUR FATIN FAKHRIAH BINTI OTHAMAN (A 137130)

FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

1.0

Pendahuluan
Teknologi pendidikan atau teknolgi pengajaran merupakan satu proses yang

kompleks dan bersepadu yang melibatkan manusia, prosedur, idea, peralatan, dan
organisasi untuk menganalisis masalah- masalah serta bentuk, menilai dan mengurus
penyelesaian kepada masalah-masalah dalam keadaan dimana proses pembelajaran itu
adalah bermatlamat terkawal. Ini bermakna teknologi pendidikan merujuk kepada proses
pengajaran atau alatan yang dapat menbantu guru ke arah pencapaian pengajaran dan
pembelajaran yang lebih berkesan.
Teknologi boleh menjadi objek kebendaan seperti mesin atau perkakasan, tetapi ia
juga boleh merangkumi maksud yang lebih luas termasuk system, kaedah penyusunan dan
teknik. Perkembangan era globalisasi yang semakinpesat dan rancak ini menjadikan dunia
teknologi sangat penting dalam pendidikan. Hal ini dapat menyokong kata-kata yang
disampaikan oleh Hjetland (1995) yang berbunyi Tecnology can make our lives easier.
Everyday tasks are simplified. Begitu juga pandangan yang dilontarkan oleh Wiston
Churcil, beliau menyatakan empayar di masa depan ialah empayar pemikiran dan minda
Untuk mengembangkan pemikiran dan minda pelajar khususnya, pendekatan
pengajaran dan pembelajaran teknologi dalam pendidikan di sekolah perlu di gubah
kepada pemikiran penyelidikan, mengumpul maklumat, menganalisis data ke arah
mengalakkan kreativiti dan motivasi pelajar. Hal ini bersesuaian dengan dunia sekarang
iaitu dunia tanpa sempadan. Segala maklumat boleh dicapai di hujung jari. Pelajar perlu
menerokai bidang teknologi untuk pembangunan sesebuah Negara.
Tidak ketinggalan, golongan berkeperluan khas juga amat memerlukan ilmu dan
bantuan dalam bidang teknologi dalam menjalani kehidupan seharian mereka. Banyak
takrifan yang diberi terhadap golongan keperluan khas dalam masalah pembelajaran ini.
Secara umumnya, masalah pembelajaran adalah mereka yang mengalami ketidakupayaan
neurologikal yang memberi kesan terhadap kemampuan untuk memahami, mengingati
atau menyampaikan maklumat.

2.0

Kebaikkan Teknologi dalam Pendidikan

Kemajuan dalam teknologi komputer dan era baru pendidikan pada hakikatnya
ingin memastikan revolusi maklumat akan mempengaruhi hidup kita secara lebih
mendalam dan juga menyeluruh. Menurut Tengku Azzman (1998), terdapat 3 sebab utama
mengapa komputer diperlukan dalam pendidikan. Pertamanya ialah, banyak maklumat
yang boleh dicapai daripada komputer tetapi tidak tidak dapat dilakukan oleh manusia itu
sendiri. Keduanya ialah kemampuan mengutip dan menyimpan maklumat serta
pengetahuan hanya dapat dikelolakan dengan cekap oleh komputer. Manakala yang ketiga
ialah, maklumat dan pengetahuan menjadi kunci untuk ikhtiar dalam kehidupan manusia
terutama pada diri pelajar itu sendiri.
Majlis Teknologi Pendidikan, United Kigdom mendefinisikan teknologi dalam
pendidikan sebagai suatu pembentukkan, penerapan dan penilaian sistem, teknik dan
bantuan untuk memperbaiki proses pembelajaran (CET, 1979). Pusat Kebangsaan
Pembelajaran Terancang, United Kigdom pula mendefinisikan teknologi dalam
pendidikan sebagai penerapan ilmu saintifik mengenai pembelajaran dan juga syarat
pembelajaran untuk memperbaiki keberkesanan dan kecekapan pengajaran dan latihan
(Cowen, 1980). Manakala Suruhanjaya Teknologi Penegajaran, USA sebaliknya
mendefinisikan teknologi dalam pendidikan sebagai suatu cara yang sistematik untuk
merekabentuk, melaksana, dan menilai keseluruhan proses pengajaran dan pembelajaran
dari segi objektif khusus, berdasarkan penyelidikan terhadap pembelajaran manusia dan
komunikasi dengan menggunakan gabungan sumber manusia dan bukan sumber manusia
untuk membawa kepada pengajaran yang berkesan.
Teknologi pendidikan dapat membetulkan sebarang kekeliruan atau salah tafsir
kerana ia memberi sesuatu gambaran yang menyeluruh dan jelas sesuatu konsep dan
kaitanya dengan kehidupan seharian yang mana ia melibatkan pelbagai deria pelajar, iaitu
dengan penggunaan visual yang diikuti oleh audio akan melibatkan deria lihat dan dengar
dan juga mungkin deria sentuh. Penglibatan deria ini akan meningkatkan daya ingatan
pelajar. Ia juga memberi kelainan dan kepelbagaian kepada kaedah mengajar agar dapat
membantu pelajar mendapat kesan pembelajaran yang maksimum dengan penggunaan
masa yang minimum dan memperkayakan pengalaman pelajar dengan menggunakan

media bergerak yang mana boleh memperkayakan pengalaman murid yang tidak pernah
mereka lihat atau alami akan dapat disaksikan sendiri seolah-olah mengalaminya.
Teknologi pendidikan merupakan sebagai bahan bantu mengajar dan tidak boleh
digunakan untuk menggantikan pengajaran . Ia digunakan untuk membantu guru mengajar
sesuatu topic dengan lebih berkesan. Ia mesti digunakan untuk pengajaran dan bukan
untuk hiburan dan membuang masa di mana penggunaannya mesti dirancang dalam tiga
peringkat iaitu pada peringkat sebelum kegunaan bagi merancang cara bagaimana
mengaitkannya dengan topik pengajaran. Kegunaannya akan dapat merancang ulasan dan
penekanan aspek-aspek penting yang dapat membantu pembelajaran dan selepas
kegunaanya pula dapat merancang aktiviti lanjutan seperti soalan-soalan, kesimpulan dan
penilaian.
Kepentingan penggunaan teknologi dalam pendidikan tidak dapat disangkal lagi.
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa teknologi atau sesuatu alat bantu mengajar
sememangnya dapat membantu pencapaian pelajar menguasai aspek bahasa dengan lebih
baik (Dowling, 1999; Giesert & Futrell, 1990; Mahzan Arshad, 2003). Teknologi memberi
kesan yang besar terhadap proses P&P terutama semasa membuat pemilihan bahan
teknologi.
Komputer membantu pengajar mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan jika digunakan dengan sistematik. Pengajaran yang disertakan dengan alat
bantu mengajar terkini dapat menambah minat pelajar mempelajari sesuatu bidang
pelajaran. Di samping itu, jika komputer dapat digunakan secara sistematik dan berkesan
oleh guru, ia mampu menyelesaikan sebarang masalah pengajaran dan pembelajaran. Ini
selaras dengan pandangan Heinich (1996) yang menyatakan bahawa komputer dapat
memperkayakan teknik pengajaran. Menurut Merrill (1986) pula, komputer adalah mesin
memproses maklumat yang perlu diberi arahan oleh penggunanya.
Heinich (1996) menyatakan komputer berkemampuan mengawal dan mengurus
bahan pengajaran yang banyak. Kemampuan komputer berinteraksi dengan pengguna
membolehkan pengajar-pengajar menyerapkan pengajaran dan pembelajaran secara lebih
mudah serta menarik. Bitter (1989) pula menyatakan komputer boleh bekerja pantas serta

beroperasi 24 jam tanpa berhenti dan maklumat yang dikeluarkan adalah tepat.
Penggunaan komputer ini ada hubungkaitnya dengan teknologi maklumat

dan

komunikasi yang kini diaplikasikan dalam system pendidikan Negara. Ini adalah kerana
komputer dijadikan sebagai pangkalan data, dapat memberi maklumat yang dicari atau
diminta oleh orang ramai.
Di samping itu, kesan penggunaan teknologi dalam pendidikan dapat menjadikan
proses pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran
yang menyeronokkan. Dengan adanya teknologi dalam pendidikan, guru dapat
mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya tertumpu kepada
teknik pengkuliahan sahaja bahkan dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran dan
dengan menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam ICT. Penggunaan internet
adalah sebagai alat untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini mengenai dunia
pendidikan. Kemahiran menggunakan internet membolehkan guru dan pelajar
mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat serta efisien
tanpa perlu menunggu masa yang lama.
Selain itu, manfaat yang diperoleh kesan daripada penggunaan teknologi dalam
proses pengajaran dan pembelajaran ialah dapat memberi peluang pembelajaran yang
sama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan. Di dalam sesebuah kelas tidak
semua pelajar mempunyai kebolehan yang sama dalam menerima sesuatu yang diajar oleh
guru. Justeru itu penggunaan teknologi mampu membantu murid-murid dalam memahami
apa yang diajar dengan lebih jelas kerana proses pengajaram dan pembelajaran akan lebih
menarik serta berkesan hasil daripada penggunaan alatan teknologi tersebut.

3.0

Keburukan teknologi dalam pendidikan

Teknologi dalam pendidikan bermaksud penggunaan alat bagi menyampaikan


maklumat yang dipersembahkan melalui alat-alat seperti televisyen, projektor, komputer
dan sebagainya. Dengan perkataan lain, teknologi dalam pendidikan ialah segala sesuatu
tentang teknologi pendidikan iaitu alat pandang-dengar. Terdapat pelbagai kelebihan jika
pendidik mengaplikasikan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka di
sekolah. Namun tidak dapat dinafikan bahawa di dalam keasyikan kita menggunakan
teknologi khususnya dalam sistem pendidikan, terdapat juga beberapa kelemahan dan
kekurangan yang tidak dapat dielakkkan. Hal ini disebabkan tidak semua kemajuan yang
telah dicapai tersebut membawa impak positif. Diantara kemajuan yang telah dicapai
tersebut ternyata dapat membawa impak negatif bagi manusia.
Dalam usaha mengintegrasikan teknologi dalam pembelajaran sebenarnya
menghadapi beberapa halangan yang harus difahami oleh guru dan pentadbir. Guru dan
pentadbir haruslah bersedia dari awal menerima perubahan ini dengan fikiran yang
terbuka dan positif serta cuba mengatasi sebarang masalah yang bakal timbul. Di antara
halangan-halangannya ialah mungkin masa, latihan guru, sumber dan teknologi. Untuk
beralih daripada kaedah tradisional kepada teknologi sudah tentu mengambil masa yang
lama. Guru-guru perlu mengikuti kursus kemahiran ICT secara berperingkat-peringkat dan
mendapat sokongan dari pentadbir, kementerian serta sumber pakar-pakar dalam ICT yang
mendapat kemahiran dari luar.
Dengan penggunaan teknologi ini juga, kebanyakan guru akan menjadi malas
lebih-lebih lagi dengan adanya akses internet dan e-mail. Melalui e-mail mereka boleh
menukar hasil kerja mereka dan penghasilan sesuatu perkara itu sehinggakan ia tidak lagi
menjadi produktif dan efektif. Gaya pengajaran akan menjadi stereotaip sahaja tanpa ada
kelebihan yang dapat disampaikan sepanjang proses pembelajaran. Hal ini akan memberi
kesan negatif kepada perkembangan kanak-kanak dalam pembelajaran. Sebagai contoh,
kanak-kanak tidak akan mendapat pembaharuan dalam pembelajaran mereka. Kadangkala,
keadaan ini akan menjadiakn kanak-kanak malas belajar dan cepat menjadi bosan dalam
sesi pembelajaran.

Seterusnya, penggunaan teknologi dalam pendidikan memberi impak kepada


pelajar khususnya pelajar pada tahap sekolah rendah. Pelajar-pelajar tidak dapat
menonjolkan bakat mereka dan penguasaan mereka terhadap sesuatu perkara itu tidak
dapat dinilai dan akan terbiar begitu sahaja. Deria ransangan mereka tidak dapat
dikembangkan kerana mereka tidak dapat mengetahui sesuatu yang sebenar. Misalnya,
bagi kanak-kanak masalah pembelajaran yang mempunyai tahap kognitif yang rendah,
mereka akan mengetahui sesuatu itu seperti epal dalam gambar sahaja tanpa mengalami
sebenar pengalaman itu dengan merasakan bahawa epal itu sebenarnya bulat dan rasanya
manis. Hal ini kerana kanak-kanak lebih mudah mengingati perkara dan belajar melalui
pengalaman mereka di sekeliling.
Selain itu, penggunaan teknologi seperti ICT memberi impak yang buruk kepada
pelajar-pelajar sekiranya ia tidak dicegah. Penggunaan internet tanpa kawalan oleh guruguru di sekolah boleh menyebabkan pelajar dapat mengetahui perkara yang melampaui
batas umur mereka. Sebagai contoh, bahan pronografi yang banyak tersebar di dalam
internet dan juga laman youtube. Jika ia menaip kata kunci yang salah dan terbuka laman
web yang tidak sepatutnya tiba-tiba laman web itu muncul kanak-kanak akan melihatnya
kerana sudah fitrah semulajadi kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi. Oleh
sebab itulah pelajar kini dapat mengetahui apa yang tidak sepatutnya mereka ketahui.
Mereka akan meniru perkara-perkara negatif itu di sekolah bersama-sama rakan-rakan
yang lain tanpa mengetahui bahawa perkara itu sebenarnya salah.
Disamping itu, kebanyakkan isi kandungan yang dipaparkan di internet tidak dapat
dipastikan kesahihannya. Ini adalah kerana, seperti yang kita tahu, medium teknologi
komunikasi seperti internet tidak dikawal oleh sesiapa dan semua orang mempunyai hak
untuk menulis dan menyiarkan sebarang maklumat di internet. Maklumat ini boleh
mendatangkan bahaya sekiranya pelajar tidak dapat membezakan antara maklumat yang
betul dan yang salah. Ini akan menjejaskan matlamat pengajaran dan pembelajaran
melalui internet. Oleh sebab itu, guru perlu berupaya menilai maklumat yang diperolehi
daripada pelbagai media dan sumber serta berupaya membezakan ketepatannya supaya
dapat membimbing pelajar mendapatkan maklumat yang tepat dan betul. Kemudahan

yang disajikan oleh teknologi komunikasi dalam dunia pendidikan memberi keburukan
kepada pelajar.
Masalah yang terbesar yang disebabkan oleh penggunaan teknologi dalam
pendidikan ialah masalah plagiarisme juga boleh berlaku tanpa disedari oleh seseorang
pelajar. Pelajar sekarang suka copy-paste maklumat yang dicari dari internet tanpa
menyedari sama ada ia telah melanggari hak-hak pengeluar maklumat tersebut. Masalah
ini diburukkan dengan wujudnya maklumat yang berlambak dalam internet yang senang
diperoleh oleh seseorang pelajar hanya dengan satu klik tanpa diketahui oleh pengeluar
maklumat tersebut. Ia semenangnya tidak dapat membentuk dan melahirkan nilai murni
yang perlu ada dalam diri seorang pelajar.
Sehubungan dengan itu, pelajar pada masa sekarang tidak lagi kreatif dan menjana
idea mereka sendiri apabila menyelesaikan tugasan. Sebagai contoh, teknologi komputer
telah menjadikan kerja-kerja penyalinan maklumat dengan begitu senang dengan hanya
menggunakan arahan file dan hanya dengan menekan copy and paste, semua kerja
sudah siap tanpa perlu bersusah payah memerah otak. Walaupun teknologi membawa
kemudahan dalam sistem pendidikan hari ini, namun ada juga keburukannya dimana
pelajar yang selalu mengakses internet, sebagai contoh lebih tertarik untuk duduk di
hadapan komputer tanpa memikirkan kehidupan sosial samada dalam keluarga atau
masyarakat. Senario ini akan menyebabkan pelajar menjadi pasif dan kurang
berkomunikasi antara satu sama lain sedangkan untuk menjadi seorang yang berdaya saing
mereka pelu berupaya untuk memberikan idea-idea yang bernas dan berkualiti bagi
memantapan dan pembangunan kejayaan mereka.
Dewasa kini, teknologi yang digunakan untuk tujuan pendidikan ini juga
memupuk sikap malas dalam kalangan pelajar. Dengan adanya teknologi yang canggih,
kebanyakan tugas yang memerlukan kemahiran seperti melukis, mengira, menulis telah
diselesaikan oleh komputer. Pelajar sekarang akan menjadi lebih malas dan kehilangan
kemahiran-kemahiran tertentu dengan meningkatnya kebergantungan kepada komputer.
Sebagai contoh, menaip dan mengira dengan menggunakan komputer dan mesin kira akan
menyebabkan kemahiran menulis dan mengira pelajar merosot.

4.0

Bahan-bahan teknologi

4.1

Kedudukan dan posisi


Setiap insan yang lahir inginkan kesempurnaan. Namun, tiada siapa yang tahu

hikmah disebalik kejadian-Nya. Bagi mereka yang dilahirkan dalam keadaan normal
beruntung kerana tidak memerlukan alat bantuan sokongan untuk meneruskan kehidupan
seharian berbanding dengan mereka yang dilahirkan dalam keadaan kurang bernasib baik.
Golongan orang kurang upaya dapat dikategorikan kepada 3 kategori iaitu bermasalah
pendengaran, masalah penglihatan dan masalah pembelajaran. Dalam kategori masalah
pembelajaran, terdapat pelbagai jenis iaitu sindrom down, autism, terencat akal, cerebral
palsi, hiperaktif, masalah fizikal, disleksia dan sebagainya. Ada diantara mereka
memerlukan bantuan untuk bergerak untuk melangsungkan kegiatan harian mereka.
Menurut American National Standards Institute (INSI), orang cacat adalah yang
mempunyai kesukaran yang jelas dalam menggunakan sebahagian persekitaran yang
spesifik. Ada di antara mereka tidak dapat berjalan dan yang lebih teruk, mereka langsung
tidak boleh bergerak. Perkembangan teknologi banyak membantu golongan ini dalam
penghasilan peralatan mobility. Teknologi dapat memudahkan pergerakan mereka yang
terhad kepada lebih luas. Hal ini jelas dilihat apabila seseorang yang lumpuh dengan tidak
mampu bergerak apatah lagi untuk berdiri mampu menggunakan kerusi roda. Bagi
golongan sedemikian, alatan bantuan teknologi adalah nadi dalam kehidupan mereka
untuk meneruskan hidup.
Terdapat pelbagai alatan bantuan teknologi telah di reka untuk golongan orang
kurang upaya (OKU) masalah pembelajaran. Antaranya adalah kerusi roda, Brace, kaki
palsu, tongkat, Rex dan sebagainya. Alatan-alatan ini merupakan hasil daripada
perkembangan teknologi yang semakin rancak. Perkembangan teknologi ini jelas tidak
mengetepikan golongan yang kurang bernasib baik. Bagi mereka, peralatan ini sangat
bermakna untuk diri dan kehidupan mereka. Walaupun alatan ini banyak menggunakan
teknologi, individu yang menggunakan peralatan ini perlu mempunyai ilmu dan
kemahiran dalam penggunaannya. Hal ini dinyatakan demikian kerana setiap peralatan
yang di hasilkan mempunyai kaedah penggunaan tertentu. Memiliki kemahiran
penggunaan alatan bantuan teknologi ii dapat mengelakkan daripada berlakunnya
kemalangan.

Individu yang mengalami masalah fizikal, serebral palsi, lumpuh, dan sebagainya
amat memerlukan alatan bantuan teknologi seperti kerus roda. Terdapat pelbagai jenis
kerusi roda yang telah diciptakan untuk menyesuaikan dengan individu-individu tersebut.
Bukan semua kerusi roda boleh digunakan oleh semua golongan OKU diatas, tetapi aspekaspek keselamatan dan kesesuaian seseorang individu terlebih dahulu dinilai untuk
penggunaan kerusi roda.
Teknologi telah menghasilkan beberapa jenis dan bentuk kerusi roda yang masingmasing mempunyai kelebihan tersendiri. Walaubagaimana pun, secara umumnya kerusi
roda boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu kerusi roda biasa yang perlu di tolak
sendiri atau seseorang dan kerusi roda bermotor yang boleh bergerak sendiri dengan hanya
menekan atau mengawal suiznya sahaja. Untuk penambahan ilmu teknologi terhadap
kerusi roda tersebut, ada individu yang memasang tray pada kerusi roda untuk
memudahkan pelajar menulis, belajar, makan dan sebagainya.
Selain daripada kerusi roda, Brace atau Orthoses juga merupakan alatan teknologi
yang dihasilkan untuk membantu kedudukan atau pergerakan OKU terutamanya golongan
Serebral Palsi. Brace merupakan satu alat ortopedik yang di pakai oleh sesetengah
individu yang mengalami masalah yang berkaitan dengan ortopedik. Brace biasanya
diperbuat daripada Plastik tetapi ada juga yang diperbuat daripada logam, kulit atau
campuran bahan-bahan tersebut. Fngsi brace adalah untuk menstabilkan anggota badan
termasuk bahagian belakang badan, mengurangkan ketegangan otot-otot, mengelakkan
atau mengurangkan masalah system rangka atau anggota badan yang berposisi abnormal
dan meningkatkan fungsi sesuatu badan.
Teknologi penciptaan brace banyak menyumbang kemudahan kepada golongan
berkeperluan khas. Ramai OKU yang tidak mampu berjalan dengan sempurna
menggunakan bantuan teknologi brace sebagai alat bantuan pergerakan mereka. Terdapat
pelbagai jenis brace yang digunakan oleh individu serebral palsi seperti Ankle-Foot
Orthoses, Knee-Ankle Foot Orthoses, Spinal Orthoses, Foot Orthoses dan Hand Orthoses.
Semua jenis-jenis brace ini mempunyai cara penggunaan dan kawasan masing-masing.
Kemunculan alat bantuan berteknologi yang diperbuat daripada logam dan
kerangka gentian karbon bermotor atau diberi nama Rex telah mengubah keupayaan
seseorang individu lumpuh yang dulu hanya bergantung harap kepada kerusi roda sematamata dan yang hanya terlantar di lantai sahaja kini mampu untuk berjalan seperti orang

normal. Rex digunakan dengan menyarungkan alat bantuan tersebut di bahagian pinggang
ke bahagian bawah badanya. Dengan hanya mengerakkan alat kawalan itu, seseorang
individu yang lumpuh atau tidak boleh berjalan mampu berjalan menggunakan kaki
robot tersebut. Hal ini jelas menunjukkan bahawa penciptaan teknologi Rex dapat
membantu golongan Orang Kurang Upaya (OKU).
Perkembangan teknologi juga telah menghasilkan alat bantuan tandas OKU dan
bekas buangan untuk golongan berkeperluan khas. Tidak semua golongan itu akan
memakai lampin atau pampers untuk membuang air. Ada di antara mereka yang mampu
ke tandas. Namun begitu,tandas yang biasa digunakan oleh orang normal tidak
bersesuaian dengan spesifikasi orang berkeperluan khas. Oleh hal yang demikian, tandas
mesra OKU perlu dibina untuk kemudahan OKU. Untuk memudahkan golongan ini
membuang air,satu penciptaan alat bantuan berteknologi khas dicipta untuk golongan ini.
Bekas buangan yang di reka cipta bersesuaian digunakan untuk mereka. Bentuk dan saiz
yang sesuai memudahkan mereka. Disamping itu,selepas penggunaan bekas tersebut,
ianya hanya perlu di basuh dan boleh dibawa berjalan kemana-mana sahaja.
Dengan adanya teknologi ini, golong berkeperluan khas dapat menjalankan
kehidupan yang lebih baik. Ia juga member peluang yang baik kepada mereka untuk
belajar, mengakses maklumat dan berhubung dengan orang lain. Dengan bantuan alat
berteknologi yang direka cipta khas untuk golongan ini dapat memberikan peluang kepada
mereka untuk hidup berdikari. Selain itu, bidang teknologi juga menampakkan kemesraan
atas alat ciptaan yang dihasilkan.
4.2

Alat Komunikasi Augmentatif dan Alternatif (AAC)


Bahan atau alat berteknologi juga tidak ketinggalan dalam bantuan untuk

menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada semua lapisan latar belakang pelajar
termasuklah kepada pelajar pendidikan khas. Sebagai contoh alat yang diberi nama
Komunikasi Augmentatif dan Alternatif atau dikenali sebagai AAC telah banyak
membantu pelajar pendidikan khas terutamanya bagi yang mengalami masalah bahasa dan
komunikasi.
Komunikasi augmentatif merujuk kepada pelbagai pendekatan komunikasi yang
boleh digunakan untuk membantu individu yang mempunyai limitasi dalam kebolehan

berkomunikasi secara semulajadi (Franklin dan Beukelman 1991). Kajian Okolo et al.
(1993) mendapati komunikasi augmentatif dan alternatif boleh didapati dalam pilihan
berteknologi rendah, seperti buku bergambar sehingga kepada sistem berkomputer.
Pengajaran berbantu komputer boleh meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan
pencapaian akademik murid. Menggabungjalin komunikasi pertuturan serta bukan
pertuturan ke dalam sistem komunikasi augmentatif danalternatif lebih berkesan jika
dimulakan seawal usia kanak-kanak.
Alat komunikasi augmentatif dan alternatif berteknologi rendah meliputi gambar,
foto,garisan, gestur, bahasa isyarat, bahasa tulisan,Pictures Exchange Communication
System dan alat bersuara mudah (Kaiser dan Grim 2006). Guru juga boleh menggunakan
bahasa simbolik ketika mengajar bahasa, seperti membuat buku bergambar yang dapat
membantu muridmenjalani tugas seharian (Browder et al. 2006). Seperti diketahui umum,
terdapat beberapakategori bahan bantu mengajar yang boleh digunakan dalam pengajaran,
seperti berteknologi tinggi dan bahan bercetak.
Terma Komunikasi Augmentatif merujuk kepada kaedah dan peralatan yang
menghasilkan atau membekalkan kemahiran verbal ( Mustonen, Locke, Reiche elt. 1991)
yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran komunikasi sedia ada yang dimiliki oleh
pelajar. Sistem komunikasi Augmentatif dan Alternatif mengandungi tiga komponen iaitu
teknik komunikasi, sistem simbol dan kemahiran komunikasi ( McCormmick & Shane,
1990 ).
Bagi teknik komunikasi, terdapat dua asas teknik AAC iaitu berbantukan alatan
dan tanpa alatan ( Vanderheiden & Lloyd, 1986 ). Teknik tanpa bantuan alatan tidak
memerlukan sokongan peralatan atau prosedur untuk melaksanakannya. Teknik ini
termasuklah pertuturan, bahasa isyarat dan mimik muka. Manakala teknik berbantukan
alatan pula melibatkan penggunaan alatan eletronik atau alatan bukan eletronik serta
melibatkan penggunaan prosedur tertentu dan penggunaan beberapaa sistem simbol.
AAC adalah berteknologi tinggi terhadap pendekatan untuk membantu kanakkanak untuk berkomunikasi. Apabila ingin menyatakan sesuatu yang diperlukan mereka
hanya perlu menggunakan AAC dengan menyentuh gambar yang terdapat di skrin, dengan

demikian orang lain akan faham akan apa yang mereka ingini. Hal ini berlaku sebaliknya
apabila penyampai ingin menyatakan sesuatu kepada mereka, penyampai hanya perlu taip
perkataan di skrin atau klik kepada gambar supaya mereka faham akan apa yang ingin
dituturkan oleh penyampai. Dari situ, kita dapat lihat bahawa komunikasi dua hala dapat
dijalankan dengan bantuan AAC walaupun kanak-kanak tersebut mengalami masalah
bahasa dan komunikasi.
4.3

Bahan teknologi buku eletronik


E-buku atau buku eletronik adalah sejenis medium penyampaian maklumat yang

merujuk kepada penggunaan data eletronik sebagai buku yang mengandungi pelbagai
maklumat. E-buku ini terdapat dalam bentuk berbayar dan juga dalam bentuk percuma..
Kebanyakkan e-buku ini didatangi dalam bentuk fail pdf atau seumpamanya untuk
memudahkan setiap individu untuk membacanya di computer atau peranti khas.
E-buku boleh dikategorikan seperti buku teks. Ia merangkumi bidang pendidikan,
teknologi, agama, politik, alam sekitar, kehidupan, masakan dan sebagainya. Penggunaan
e-buku akan menjadi salah satu media pembelajaran pada masa kini dan masa akan dating
kelak. Terdapat banyak organisasi atau individu yang menulis atau mengalihkan sumber
cetakan mereka kepada e-buku untuk memudahkan pembaca dan pemasaran secara terus
di internet.
E-buku mempunyai banyak kelebihan yang memberikan kemudahan kepada
pembaca-pembaca untuk membawa ke merata tempat tanpa beban yang berat. Teks dalam
e-buku juga boleh dicari dengan mudah, atau dirujuk dengan menggunakan hyperlink. Ini
menjadikan e-buku mempunyai format yang menarik untuk kamus, buku rujukan dan juga
sesetengah buku teks.
Selain itu juga, penggunaan buku elektronik di bilik-bilik darjah adalah merupakan
satu inovasi yang sesuai dengan gaya pembaca generasi kini untuk mendapatkan
maklumat. Kemajuan di dalam teknologi informasi dan komunikasi telah membawa aliran
atau kaedah baru dalan cara pembacaan. Penggunaan buku elektronik yang mempunyai

aplikasi buku digital, kompuetr dan internet adalah alat bantu mengajar yang menarik
untuk digunakan bagi tujuan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Buku elektronik adalah buku digital yang dikawal perisiannya menerusi portal
pembelajaran. Penggunaan buku elektronik memberikan wadah baru bagi menarik minat
dan meningkatkan motivasi pelajar untuk membaca serta mengumpulkan maklumat
(Gandhi 2001). Buku elektronik yang beroperasi tanpa wayar dan mudah untuk digunakan
adalah sesuai bagi mendapatkan maklumat dengan selesa dan pantas. Maklumat di dalam
buku elektronik adalah berbentuk setempat kerana buku ini menggunakan system
tertingkap yang membenarkan lebih daripada satu tetingkap muncul di layar buku
elektronik tersebut.
4.4

Contoh-contoh bahan teknologi:


I.
Kedudukan dan posisi

II.
Alat Komunikasi Augmentatif
dan Alternatif

III.

5.0

Bahan Teknologi Bahan Elektronik

Rujukan

Rujukan:http://suhairi87.wordpress.com/kesan-ict-dalam-pengajaran-dan-pembelajaran/
Rujukan : http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=43348

Anda mungkin juga menyukai