Anda di halaman 1dari 3

PENGENALAN

Pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan bertujuan untuk mendidik pelajar


supaya lebih bersedia untuk menghadapi cabaran masa akan datang.Kajian Masa
Depan dapat membantu pelajar supaya sedar akan tentang perubahan yang penuh
cabaran dan dugaan yang pasti datang di masa hadapan dan murid sudah bersedia
untuk menghadapinya.Murid boleh merancang masa depan yang sesuai dan boleh
menangani perubahan.Dalam pengajaran murid perlu diajar untuk bagaimana boleh
meramal masa depan supaya boleh menangani apa yang akan dihadapi.
PENGAJARAN BERASASKAN KAJIAN MASA DEPAN
Pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan merupakan strategi secara saintifik
yang dibina untuk tambah keupayaan murid dalam menghadapi pelbagai cabaran
hidup.
Dalam aktiviti Kajian Masa depan, pelajar digalakkan menggunakan pemikiran kritis
dan kreatif untuk meninjau perubahan keadaan dari masa dahulu ke masa
sekarang,dan seterusnya membuat ramalan tentang keadaan yang mungkin berlaku
pada masa depan. Pedagogi ini berpusatkan pelajar dan menggabung jalinkan PSV
denganpelbagai bidang yang lain seperti pendidikan alam sekitar,sains, dan lain-lain.
Rasional Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan
Rasional pengajaran berasaskan KMD membolehkan murid menangani sebarang
cabaran pada masa depandan bersedia menghadapi sebarang perubahan yang
tidak dijangka.
Terdapat 4 prinsip Pengajaran Berasaskan KMD diperkenalkan disekolah iaitu
prinsip perubahan,prinsip pandangan jauh,prinsip perancangan strategik,prinsip
pengupayaan.
Prinsip Perubahan
Perubahan yang pesat dan mendadak dalam teknologi,industri,ekonomi dan
sebagainya menuntut pelajar supaya lebih bersedia,merancang dan membuat
keputusan.
Prinsip Pandangan Jauh
Kejadian di sesuatu tempat memberi kesan kepada orang lain dan ditempat
lain.Kemahiran ini membolehkan murid mengambil langkah2 pencegahan awal
sebelum krisis berlaku.Sekiranya ia berlaku,murid masih boleh menangani
perubahan kesan daripada krisis tersebut.

Prinsip Perancangan Strategik


Untuk mencapai masa depan yang diingini memerlukan perancangan yang
strategik.Oleh itu,ia memerlukan bayangan dan andaian dan ia boleh digunakan
dalam perancangan strategik.
Prinsip Pengupayaan
Murid perlu dibekalkan dengan pengetahuan tentang perancangan strategik ,cara
menangani masalah agar mereka tidak dilanda kebimbangan dalam menghadapi
perubahan.

OBJEKTIF
Pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan membolehkan murid:
BERFIKIR SECARA KRITIS,MEMBUAT KEPUTUSAN TENTANG MASA DEPAN
MEMBINA SIKAP DAN NILAI POSITIF TENTANG MASA DEPAN
BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN TENTANG MASA DEPAN
MEMPUNYAI PENGETAHUAN TENTANG MASA DEPAN
MEMBUAT KAJIAN DAN MENGURUSKAN MAKLUMAT TENTANG MASA DEPAN.

Anda mungkin juga menyukai