Anda di halaman 1dari 12

Penulisan ilmiah ciri-ciri dan keperluan kanak-kanak pintar cerdas

CIRI-CIRI
DAN
KEPERLUAN
KANAK-KANAK
PINTAR
( CHARACTERISTICS AND NEEDS OF GIFTED CHILDREN)

CERDAS

1.0 Takrifan Pintar Cerdas


Kanak-kanak yang pintar cerdas kebanyakannya mempunyai potensi yang tinggi dalam
perkembangan dan pertumbuhan jika dibandingkan dengan seseorang yang normal. Pintar
cerdas seringkali dikaitkan dengan seseorang yang mempunyai Intellectual Quotient (IQ)
yang tinggi iaitu berada pada tahap IQ 130 dan ke atas.

Pintar cerdas menurut Susan K. Golant (1991) di dalam bukunya The Joys and
Cahallenges of Rising a Gifted Childs, kanak-kanak pintar cerdas menunjukkan
minat yang tinggi untuk belajar, sangat curiga dan mempunyai perasaan ingin
tahu yang tinggi terhadap persikataran serta berupaya menggabungkan beberapa
maklumat untuk mengahsilkan sesuatu idea.
Kamus Dewan Edisi Keempat pula mengistilahkan pintar sebagai cekap dan
pandai. Cerdas pula didefinisikan sebagai sempurna akal. Disamping itu
sekumpulan ahli biologi juga telah mendefinisikan pintar cerdas sebagai
kebolehan luar biasa yang dimiliki oelh seseorang individu untuk melakukan
daptasi dan manipulasi terhadap keadaan dan perubahan di persekitaran.
Pakar-pakar psikologi termasuk Francis Galton pula berpegang kepada konsep
bahawa individu terutamanya kanak-kanak pintar cerdas, berupaya melakukan
taakulan iaitu mempunyai kebolehan berfikir dengan logik dan mempunyai fungsi
kognitif yang hebat. Kanak-kanak pintar seperti ini juga berkebolehan mencari
dan mengaitkan sebab-musabab terhadap sesuatu fenomena yang abstrak.
Sternberg dan Kaufman mendifinisikan pintar cerdas sebagai satu kepintaran yang lebih
berfokus kepada kebolehan mengadaptasi, membentuk dan memilih keadaan yang
menjurus kepada sesuatu maklumat. Individu yang pintar cerdas boleh mengenalpasti
kelemahan dan kelebihan mereka sendiri malah mereka menentukan cara yang sesuai
menggunakan kelebihan mereka serta meminimumkan kelemahan mereka.
Menurut Moira Thomson (2006) pula, di New Zealand mendefinisikan pintar cerdas dalam
terma bersifat pembelajaran yang menunjukan kebolehan yang luar biasa dalam mencapai
prestasi yang menyerlah. Tiada definisi yang spesifik dan khusus yang dapat dinyatakan
terhadap kecerdasan tetapi banyak buku panduan telah diterbitkan, dan kebanyakan sekolah
membina definisi mereka sendiri berdasarkan kepada prinsip yang dinyatakan di
kebanyakan buku yang diterbitkan. Kebanyakan guru juga bersetuju bahawa kanak-kanak
yang pintar cerdas adalah individu yang memerlukan perancangan aktiviti yang

memerlukan tahap penguasaan pembelajaran yang tinggi dan diberi peluang


yang luas dalam kokurikulum bagi mengembangkan lagi kebolehan mereka.
Howard Gardner pula mendifinisikan kecerdasan sebagai satu cara memproses maklumat
dan juga cara berfikir. Beliau juga berpendapat bahawa kecerdasan merupakan hasil atau
produk daripada interaksi antara genetik dan persekitaran yang perlu berada bersama bagi
memberi hasil sebenar kepada kecerdasan. Beliau menakrif seseorang itu sebagai seorang
yang pintar cerdas apabila mematuhi lapan kriteria khusus berikut.
1. Potensi pengasingan oleh kerosakan otak
2. Kewujudan golongan individu luar biasa
3. Operasi teras yang boleh dikenalpasti
4. Sejarah perkembangan yang khusus bersama dengan prestasi yang menggalakan
5. Sejarah evolusi dan evolusi yang boleh diterima akal
6. Disokong dari kajian psikologi
7. Disokong oleh penemuan psikometrik
8. Kerentanan untuk mengekod sistem symbol
Beliau turut berpendapat bahawa kecerdasan seseorang itu tidak sama seperti cara berfikir
yang cenderung untuk kekal konsisten dan tidak berkaitan dengan jenis maklumat yang akan
diproses ( Sousa D.A. , 2003).

Umum juga mentakrifkan pintar cerdas sebagai satu kepandaian luar biasa yang
dimiliki
oleh
seseorang.
Individu
yang
dikatakan
pintar
cerdas
mempunyaikebolehan yang luar biasa untuk memahami dan mengadaptasi
segala cabaran persekitaran terhadap hidup dan mindanya. Walau apa
pun takrifannya, kanak-kanak pingtar cerdas sememangnya mempunyai
beberapa kebolehan yang tidak sepadan dengan peringkat perkembangannya
terutama jika ditinjau dari sudut peringkat usianya. Potensi yang hebat
sedemikian menyebabkan individu yang pintar cerdas menjadi superior di
kalangan rakan-rakan yang seusia dengannya. Kebolehan ini agak ketara jika
dilihat pada kanak-kanak perempuan. Kanak-kanak perempuan yang pintar
cerdas kelihatan lebih matang dan lebih mampu berdikari. Semasa kecil, kanakkanak pintar cerdas dalam banyak hal biasanya lebih mendahului (advanced)
dalam beberapa pencapaian jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang lain.

2.0 Ciri-Ciri Kanak-Kanak Pintar Cerdas

Walaupun seorang kanak-kanak itu dikenali sebagai pintar cerdas, kreatif dan
berbakat, tetapi mereka tidaklah sentiasa berjaya dalam segala yang mereka
lakukan. Kecerdasan serta bakat yang mereka miliki adalah terhad kepada
beberapa bidang yang khusus sahaja. Kanak-kanak yang dilabelkan sebagai
seoarang yang pintar cerdas, kreatif dan berbakat mempunyai ciri-ciri tertentu.
Ciri-ciri mereka sebagai golongan pintar cerdas jelas dapat dilihat dari aspek
kognitif, akademik, fizikal,tingkah laku dan gaya pembelajaran.
Ciri yang pertama yang akan dibincangkan ialah ciri-ciri kognitif.
Istilah kognitifmerujuk kepada aktiviti-aktiviti mental seperti berfikir, menaakul,
menganalisis,
membentuk
konsep,
menyelesaikan
masalah
dan
sebagainya.Mampu memahami konsep yang canggih, abstrak dan kompleks. Ahli
falsafah, contohnya adalah golongan yang tinggi kecerdasan. Kecerdasan berkait
rapat dengan pemahaman abstrak. Pengetahuan atau skemata yang luas.
Memahami banyak konsep yang tidak difahami kanak-kanak yang sebaya.
Meminati permainan yang rumit dan mencabar seperti mainan ingatan, scrabble,
silang kata, catur dan permainan komputer yang tertentu. Tumpuan tinggi,
membaca secara senyap untuk masa yang panjang. Tidak suka diganggu,
menjadi geram apabila diganggu semasa melakukan sesuatu yang diminatinya.
Dapat memahami manakah isu yang penting, idea yang teras, prinsip asas yang
penting. Palajar yang biasa hanya memberi perhatian kepada perincian yang
kurang penting. Contohnya semasa melakukan hasil seni, mereka mementingkan
menghasilkan kerja yang tercantik, walaupun tidak mengikut cara yang
dicadangkan oleh guru (mungkin menggunakan cara yang tidak terfikir oleh orang
lain). Menyedari nilai hasil seni terletak pada kecantikannya, bukan
kaedahnya.Menggunakan dan memahami kosa kata yang lebih maju,
menggambarkan dia memahami lebih banyak konsep dan objek berbanding
rakan sebaya. Ini boleh dilihat dari tingkah laku kanak-kanak lain menanyakan
maksud perkataan yang digunakan olehnya.
Kebolehan
membuat
rumusan,
menganalisa,
menaakul.
Contohnya
mengandaikan makanan yang dihadam akan menjadi hasil perkumuhan.
Mengaitkan konsep yang difahami dalam situasi baru. Contohnya burung boleh
terbang sebab terdapat sayap. Kapal terbang juga boleh terbang sebab ada
sayap seperti burung.
Memindahkan apa yang dipelajari ke bidang lain. Semasa penyelesaian masalah,
dia dapat menyelesaikan masalah pada situasi yang berbeza. Contohnya pelajar
yang menggunakan teknik untuk mengingati fakta dalam subjek dan situasi yang
berbeza. Menyedari hubungan antara konsep yang nampaknya tidak berkaitan.
Contohnya Newton mengaitkan kejatuhan epal dengan daya tarikan yang tidak

boleh nampak. Dapat memahami persamaan dua konsep yang tidak


diperhatikan oleh individu yang lain. Contohnya antara persamaan telur dan biji
benih adalah kedua-duanya dilindungi cengkerang, mengandungi nutrien untuk
tumbesaran bayi, bentuk bujur dan sebagainya.
Dapat memahami perbezaan dua konsep yang seolah-olah sama. Dapatkah
anda membezakan konsep berat dan ketumpatan? Cahaya dan terang? Cahaya
adalah kata nama dan terang adalah adjektif kepada cahaya. Bolehkan anda
menakrifkan perbezaan makan dan minum? Seorang kanak-kanak yang pintar
cerdas mungkin menakrifkan makan sebagai kunyah dan minum itu sedut.
Tertarik kepada pemikiran abstrak. Antara bidang yang berkaitan dengan idea
abstrak adalah seperti agama, falsafah, fizik, matematik, psikologi dan sains
sosial yang lain. Pada peringkat kanak-kanak, mereka cepat memahami konsep
seperti balasan, perasaan, keinsafan, harapan, cita-cita dan sebagainya.
Memahami kebolehan intelek sendiri (metakognisi), membantu mereka
memahami gaya pembelajaran sendiri dan cara yang paling efektif untuk
mencapai keputusan akademik yang baik. Dengan kata lain, mereka
menggunakan kecerdasan yang ada pada mereka dengan cara yang lebih
berkesan. Antara strategi pembelajaran adalah seperti: kalau saya tidak
mengaplikasi apa yang dipelajari, saya akan lupa. Imkplikasinya: mengaplikasi
konsep yang baru dipelajari dengan sebanyak mungkin dalam situasi baru.
Metakognisi yang matang ini juga bermakna mereka melatih diri. Mereka mencari
peluang dan persekitaran untuk perkembangan diri. Mereka mengoptimalkan
perkembangan intelek sendiri dengan intelek yang sedia ada!
Ingatan yang kuat. Terdapat pelbagai faktor yang menjadikan ingatan mereka
lebih tinggi daripada orang lain. Akibat pemahaman yang tinggi, mereka tidak
perlu menghafal secara buta. Pemahaman tinggi memberi dua kelebihan yang
nyata: 1) membaca dengan cepat, 2) cepat mengingati apa yang telah difahami.
Cara mengorganisasikan maklumat yang cekap, antaranya mengelaskan item
mengikut kumpulan. Berkait rapat dengan kebolehan analitikal.
Menggunakan cara yang menyeronokkan untuk mengingat (teknik untuk
membantu kita mengingat dinamakan mnemonik).
Ingatan semulajadi (ingatan cair) yang memangpun tinggi, dibuktikan dengan
kadar mereka mengumpul maklumat seperti membina kosa kata yang banyak
(walaupun di persekitaran yang sama dengan adik-beradik yang lain). Akibat
pengetahuan sedia ada yang banyak, mereka cepat membina dan menyerap
konsep baru (dengan mengaitkan konsep baru di atas apa yang telah sedia
difahami oleh mereka sebelum ini).

Selain itu juga ciri-ciri akademik yang tinggi juga menunjukkan bahawa kanakkanak itu adalah pintar cerdas. Kanak-kanak pintar cerdas juga lebih menonjol
dalam pemahaman pembacaan, boleh memahami maksud tersirat. Pemahaman
yang tinggi ini boleh dilihat dari dua segi, iaitu kecerdasan bahasa yang baik dan
juga mereka cepat membina maksud daripada apa yang telah dibaca. Menonjol
dalam matematik, terutamanya pemahaman matematik dan menyelesaikan
masalah dengan cara yang kreatif (seperti menggunakan grafik / melukis untuk
menggambarkan soalan). Contohnya dapat mengaitkan algebra dengan
geometri.
Suka kepada buku, membaca untuk keseronokan / sebagai minat. Ini boleh dilihat
dengan tingkah laku seperti suka mengunjungi perpustakaan, membaca surat
khabar dengan teliti, membeli buku sendiri. Perlu diingatkan, kecerdasan bahasa
adalah kecerdasan yang diiktiraf tinggi dalam budaya kita, tetapi bukan semua
individu pintar cerdas adalah canggih dari segi bahasa. Biasanya mereka yang
tinggi kecerdasan bahasa, akan mendapat pengiktirafan awal.
Fasih bercakap. Idea yang lancar dan menggunakan bahasa yang lebih rumit,
seperti ayat yang lebih panjang dan kompleks. Membaca buku yang lebih susah.
Apa yang membezakan mereka dengan pelajar biasa bukan setakat tabiat
membaca tetapi yang lebih penting mereka membaca buku yang lebih berkualiti.
Ini bermaksud buku yang memerlukan pemahaman yang lebih tinggi. Rakan yang
sebaya tidak membaca buku yang disukainya. Adik-beradik tidak menyentuh
koleksi bukunya.
Menonjol dalam bahasa bertulis. Boleh membina ayat sendiri pada umur yang
muda. Berminat dengan membentuk garisan pada pelbagai permukaan dan
memegang pena semasa kecil. Ada gaya yang tersendiri dalam bahasa.
Penyampaian yang lebih berkesan, contohnya menggunakan analogi atau
gambaran visual untuk menyampaikan maksud secara tepat.
Ciri yang seterusnya ialah ciri- ciri fizikal dalam ciri-ciri fizikal ini kanak-kanak
pintar cerdas tidak begitu ketara jika dibandingkan dengan kanak-kanak biasa
tetapi secara keseluruhannya perkembangan fizikal mereka lebih baik daripada
rakan sebaya. Berat badan yang lebih tinggi semasa lahir. Jangkaan hidup yang
lebih panjang (akibat sikap mementingkan kesihatan, keadaan status sosio-emosi
yang lebih bagus dan mungkin faktor genetik). Kadar penyakit kemerosotan
mental seperti Alzheimer yang lebih rendah.
Ciri yang berikut ialah tingkah laku ataupun personaliti,bakat istimewa dan sifat
ingin tahu yang ada pada kanak-kanak pintar cerdas itu sendiri. Minat yang luas
dan mendalam dalam pelbagai topik dan bidang. Konsep kendiri yang positif,

yakin dan optimistik (selalu berfikir yang positif). Ini berlaku apabila mereka
berfungsi secara sihat. Yang sebaliknya akan berlaku apabila mereka
menghadapi cabaran tertentu, contohnya mereka tidak difahami oleh orang biasa.
Karismatik, popular dan ada gaya sendiri yang unik (menjadi bintang dalam
kelas). Sikap degil dan tidak fleksibel: tidak ingin menyentuh kerja yang tidak
diminati (yang dianggap di luar bidangnya). Ekstrim yang satu lagi juga mungkin
berlaku: ingin belajar segala-galanya. Melakukan kerja dengan teliti, suka projek
besar yang mengambil masa panjang dan usaha berterusan, suka kepada
perincian (sikap perfeksionis).
Berasa tertekan untuk mengatasi orang lain. Sikap takut kalah. Mungkin
membawa kepada sikap cemburu dan masalah sosio-emosi yang lain.
Permintaan dan jangkaan yang tinggi pada hasil kerja sendiri. Selalu tidak puas
hati dengan pencapaian sendiri (dan orang lain). Bersungguh-sungguh semasa
bekerja, tetapi tidak puas hati apabila kerja disiapkan. Banyak tenaga, seolaholah tidak perlu tidur apabila melakukan kerja yang diminati. Motivasi yang tinggi,
contohnya main lego sampai larut malam.
Kebolehan artistik yang luar biasa dalam satu atau lebih bidang, seperti muzik,
seni dan menari.
Suka berkhayal dan imaginatif. Contohnya Jean Paul Sartre semasa kecil telah
menulis sebuah novel yang mengisahkan pengembaraan seorang saintis yang
memburu rama-rama. Penulisan mereka berbeza daripada orang lain dengan
gaya (bahasa) yang tersendiri, dan konsep / tema yang kreatif (yang
memberangsangkan secara intelek atau khayalan).
Kreatif dan suka atau menghargai sesuatu yang berbeza, asli dan unik.
Contohnya menarik perhatian ibubapa kepada sesuatu karya yang menarik
perhatiannya. Meniru karya yang berkualiti tersebut. Pandai berjenaka, pandai
memujuk dan berdebat. Mungkin pandai menghiburkan orang dewasa. Dia ada
gaya sendiri. Menggunakan dan memanipulasikan bahasa secara kreatif.
Kebolehan bersukan yang luar biasa, seperti ketahanan dan ketangkasan yang
lebih tinggi. Kemahiran membina dan rekacipta yang luar biasa. Contohnya
semasa bermain blok, membina kota yang besar dan rumit, dengan perincian
yang rumit. Menunjukkan kebolehan / kapasiti membayangkan struktur dan ruang
yang luar biasa. Contohnya mencipta dunia khayalan dengan sistem dan budaya
yang rumit. Kemahiran kepimpinan yang luar biasa, dianggap sebagai autoriti
oleh rakan lain, popular dan dikagumi Boleh berfikir secara lateral dan inovatif.
Banyak idea yang pelbagai.
Sifat ingin tahunya pula ialah kanak-kanak pintar cerdas ini suka menanya soalan
yang mencabar dan inovatif, menunjukkan pemahaman yang matang dan

canggih. Contohnya kenapa bintang suka berkelip-kelip? Kenapa planet Zuhal


(Saturn) ada gegelang di kelilingnya? Adakah tumbuhan beremosi / jiwa?
Suka membaca buku yang berdasarkan fakta seperti ensiklopedia, menonton
dokumentari dan melawat muzium. Berminat dengan topik seperti dinasour,
makhluk asing, ekologi, apa yang berlaku selepas kematian, cerita dongeng,
biografi dan ajaran agama yang lain. Tidak mudah menerima jawapan yang
ringkas dan mudah, ingin memahami sesuatu secara mendalam (Kenapa saya
tidak berasa terbalik apabila berdiri di hemisfera selatan bumi?). Menjadi kecewa
kalau persoalannya tidak terjawab oleh orang dewasa.
Suka memahami sebab dan akibat sesuatu, seperti bagaimana mesin boleh
bergerak. Ingin membuka jam untuk memahaminya, dan memikirkan cara
menggunakan prinsip jam untuk tujuan yang lain. Memberi alasan / andaian
(hipotesis) terhadap kejadian tertentu. Bunga matahari menyerap cahaya
matahari! Durian ada duri untuk mengelakkannya dimakan binatang lain.Fungsi
rambut adalah menyerap cahaya matahari sebab warna hitam boleh menyerap
haba. Saya kencing sebab poket dalam badan saya telah penuh!(Tidak penting
kalau penemuan, alasan atau hipotesis itu tidak tepat atau salah, yang penting
adalah kebolehan memberi alasan dan pemikiran logikal). Kebolehan ini selalu
dapat diperhatikan pada ahli teori.
Suka mencipta dan menjalankan eksperimen. Mungkin hanya eksperimen yang
ringkas. Contohnya meniup udara ke dalam air gelas untuk memerhatikan buih
udara, atau mencampurkan susu dengan Rebena untuk mendapatkan minuman
baru yang berlainan rasa.
Seterusnya saya akan membincangkan ciri yang terakhir iaitu gaya pembelajaran
kanak-kanak pintar cerdas itu sendiri. Kanak-kanak pintar cerdas ini banyak
menghabiskan masa yang panjang untuk aktiviti yang diminati. Seolah-olah
mengasah bakat yang ada pada sendiri.
Pengetahuan metakognisi, digambarkan menggunakan strategi sendiri untuk
mempelajari sesuatu. Selalu bertukar cara untuk mendapat cara yang paling
berkesan. Minat kepada teknik ingatan (mnemonik). Perkembangan metakognisi
ini berkait rapat perkembangan intrapersonal (pemahaman diri). Menolak tugasan
yang ringkas dan mudah, atau tidak mencuba langsung kerja yang biasa.
Menghabiskan kerja dengan tidak puas hati dan membuta tuli kalau dipaksa
melakukan kerja yang tidak diminatinya.
Motivasi intrinsik dan kawalan dalaman yang kuat. Melakukan sesuatu demi
kepuasan diri. Mengabaikan halangan seperti sindiran orang lain. Mungkin
dianggap sebagai angkuh atau mencabar autoriti dengan caranya yang tersendiri.
Motivasi yang tinggi untuk melakukan sesuatu yang diminati. Minat yang

mendalam dalam topik yang tertentu. Contohnya siput kerang atau fosil. Mencari
maklumat yang banyak dalam topik tersebut. Membuat nota dan menyusun
maklumat sendiri secara sistematik tanpa disuruh. Bertindak sebagai seorang
pengkaji. Memahami dan menangani masalah baru dengan cepat. Senang
menyesuaikan diri dalam budaya dan persekitaran yang baru. Dapat mengatasi
halangan dan mencapai apa yang diingininya. Tidak suka kerja yang berulangan
seperti latih tubi (cepat bosan walaupun belum menguasainya). Ini mungkin
menjadikan tulisan mereka tidak kemas, sebab terdesak untuk menghabiskan
kerja dengan cepat sejak kecil lagi. Tertarik kepada ransangan atau cabaran baru.
Bagi seorang pelajar, lebih bermotivasi mempelajari bab atau subjek yang baru
atau bidang pengetahuan yang tidak pernah / kurang diterokai. Mendaftar kertas
yang mencabar dan baru semasa di universiti (juga satu petanda keyakinan yang
tinggi).
Cenderung menyempurnakan tugasan mudah yang diberi dengan cara yang
kompleks (di mana tidak dijangka oleh orang lain atau dianggap berlebih-lebih).
Bagi orang lain, dia selalu mentafsir lain. Contohnya memahami sesuatu (tugasan
atau perbualan) yang biasa sebagai sangat abstrak. Malasdari segi suka
menangani masalah dengan cara yang paling ringkas dan kreatif (menggunakan
jalan pintas). Contohnya pelajar yang mencadangkan menjawab secara lisan
supaya tidak perlu menulis jawapan penuh. Malas menyiapkan kerja rumah,
terutamanya kerja yang salin-menyalin. Mencari peluang menggunakan cara
yang cekap untuk orang malas demi menjimatkan masa. Suka menjawab soalan
matematik tanpa menjalankan operasi matematik, terus memberi jawapan sebab
tidak sabar dengan operasi yang panjang lebar (suka mengira dalam hati).
Ciri-ciri kanak-kanak pintar cerdas ini akan memberi kesan langsung kepada jenis
pendidikan pintar cerdas yang sesuai diberikan kepada mereka. Perlu ditekankan
bukan semua individu pintar cerdas memiliki semua ciri-ciri ini, tetapi secara
keseluruhan ianya adalah benar. Setakat mana individu tersebut menunjukkan
ciri-ciri ini juga bukan berhubungan langsung dengan kecerdasannya, bukan
semakin cerdik semakin banyak ciri-ciri ini yang dimiliki. Disebabkan keperluan
setiap kanak-kanak pintar cerdas yang berbeza, tiada cara atau program yang
terbaik untuk melaksanakan pendidikan pintar cerdas bagi semua kanak-kanak
pintar cerdas. Guru boleh menanya kanak-kanak apa yang ingin dia lakukan
untuk mendapat idea.
3.0 Keperluan Kanak-Kanak Pintar Cerdas

Pendidikan membantu setiap individu untuk mewujudkan potensi masing-masing


dan ini termasuklah kanak-kanak yang pintar cerdas. Dalam bahagian ini saya
akan cuba membincangkan keperluan-keperluan pendidikan bagi kanak-kanak
pelajar pintar cerdas dan jenis-jenis pendidikan yang sesuai dengan potensi
mereka.
Hanya sedikit guru yang memiliki murid seperti Mozart atau Einstein di kelasnya.
Namun pada suatu saat kita juga pasti ada murid pintar cerdas dan murid itu
mungkin anak kita. Kanak-kanak akan menunjukkan prestasi yang tebaiknya di
sekolah bila ibu bapa dan guru berkerjasama secara harmoni dan saling
memahami apa yang hendak dilakukan pihak lain. Ini dimulai ketika kanak-kanak
masuk ke kelompok bermain seterusnya sampai akhir sekolah melalui cara yang
lebih berkesan.
Kadang-kadang berlaku ketidaksesuaian antara ibu bapa dan guru mengenai
potensi atau kemampuan kanak-kanak, kanak-kanak tidak berperilaku sama di
sekolah atau di rumah, contohnya seorang kanak-kanak pintar cerdas yang selalu
berusaha ingin tahu tentang segala hal di rumah mungkin mencuba
menyenangkan gurunya dengan apa-apa yang dia fikir diinginkan oleh gurunya di
sekolah. Sehingga mungkin dia mengurangi mengajukan pertanyaan-pertanyaan
yang muncul dibenaknya atau menyelesaikan tugas pekerjaan rumahnya tepat
seperti yang dia fikir dikehendaki oleh gurunya walaupun sesungguhnya ia
mampu mengerjakan tugas itu secara lebih imajinatif dan lebih menarik. Dalam
hal demikian, ibu bapa dan guru melihat gambaran yang sangat berbeza tentang
anak tersebut.
Bagaimana perasaan kanak-kanak pintar cerdas terhadap diri mereka sendiri dan
terhadap kemampuan mereka dapat mempengaruhi kejayaan mereka di sekolah.
Mereka tidak hanya peka bagaimana pandangan guru mengenai mereka, namun
juga terhadap pandangan kawan-kawan sekolah. Kanak-kanak pintar cerdas
misalnya, sering merasakan bahawa kawan-kawan mereka memandang aneh diri
mereka. Akibatnya mereka mungkin menyembunyikan kelebihan mereka. Oleh itu
guru dan ibu bapa haruslah memberi dorongan untuk mereka supaya cemerlang
sesuai dengan kemmpuan sendiri dan tetap mempunyai banyak teman.
Selaian itu motivasi belajar juga amat penting. Ramai kana-kanak pintar cerdas
kurang termotivasikan untuk belajar, baik di rumah ataupun di sekolah. Kanakanak dapat diajar untuk merasa yakin akan apa yang mereka lakukan dan perlu
dibantu untuk kearah yang terbaik. Motivasikan kanak-kanak untuk berusaha dan
memberikan kebabasan dalam melaksankan kerja mereka akan menambahkan
keyakinan mereka serta dapat membangkitkan keinginan untuk belajar dan
berjaya.

Pujian. Pujian juga dapat menjadi cara sangat efektif untuk membangkitkan
semangat belajar kanak-kanak. Guru dan ibu bapa yang berfikir positif, yang
menggunakan banyak pujian pada saat yang tepat dan memberikan hadiah kecil
atas usahanya akan membuat kana-kanak senang belajar.
Perasaan berjaya. Sememangnya pujian atas pekerjaan yang diselesaikan
dengan baik akan sangat menyenangkan. Ini juga akan membantu anak
menetapkan pandangan pada tingkah laku yang tepat, serta boleh mengelakkan
rasa gagal akibat tugasan yang sukar ataupun terlalu cepat puas hati dengan
kerja yang lebih mudah. Kejayaan dan kegagalan dalam belajar cenderung
mendewasakannya. Guru dan ibu bapa bolehlah memberikan kanak-kanak
sesuatu perasaan Berjaya sehingga mendorong semangat belajarnya.
Kegiatan belajar yang praktikal. Jenis kegiatan belajar yang baik adalah praktikal
(fleksibel) dan dapat diadaptasikan, sehingga pelajaran yang dipelajarinya dalam
satu situasi dapat diadaptasikan dalam situasi yang berlaianan.
Pemindahan(transference) ini adalah sesuatu yang biasanya dikuasai oleh
kanak-kanak pintar cerdas.
Peranan aktif. Setiap kanak-kanak perlu aktif dalam proses belajar untuk dirinya
sendiri, contoh melalui permainan dengan pasir dan air, melalui perbincangan
tengtang sesuatu taupun melalui esperimen dalam bahan kimia dan cara yang
kurang efisien ialah melalui mendengar orang lain bercakap.
Kegiatan belajar di sekolah. Kejayaan yang bagi kanak-kanak pintar cerdas
belajar di sekolah bergantung kepada kaedah pengajaran guru di sekolah.
Kaedah pengajaran berkelompok dengan ini memberikan pandangan yang lebih
luas berbanding dengan seandainya hanya hanya seorang guru sahaja yang
menagajar mereka. Kaedah pengajaran kanak-kanak pintar cerdas juga bolehlah
mengunakan berkelompok bola sepak, seperti hanya pemain-pemaian bola
sepak yang mahir berkumpul bersama setiap hari sabtu pagi atau sebelah petang
untuk berlatih bola sepak. Di dalam sistem pendidikan kovensional yang mengikut
umur, salah satu pilihan bagi kana-kanak pintar cerdas ini ialah membolehkan
mereka melompat kelas.

4.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, golongan pintar cerdas mempunyai ciri fizikal yang agak sama
dengan golongan biasa. Namun mereka berbeza dalam aspek emosi dan sosial.
Pelbagai aspek boleh diulas dalam ciri-ciri kognitif dan afektif kanak-kanak pintar

cerdas. Ciri-ciri seperti sensitif, sukar bergaul dan sebagainya perlulah diambil
langkah atau intervensi bagi mengelakkan masalah berpanjangan.
Faktor persekitaran seperti ibu bapa, guru-guru dan masyarakat perlulah bijak
mengatur strategi dan pendekatan yang bersesuai dengan masalah yang
dihadapi golongan ini. Jika masalah ini berlarutan, hilanglah aset berharga
negara kita.
Bakat-bakat golongan ini perlulah diasah dan dicungkil agar bakat-bakat ini
berkembang dan memyumbang kepada pembangunan negara. Bakat ini tidak
akan berkembang sekiranya tidak didedahkan dengan aktiviti dan pengalaman
yang bersesuaian dengan bakat-bakat mereka.

Rujukan
1) Characteristics of Giftedness Scale, Linda Kreger Silverman Gifted Development Center
dipetik daipada laman web;
http://www.gifteddevelopment.com/PDF_files/scalersrch.pdf

2) Fayizah Md Najib (2001). Mendidik Anak Genius. Jasmin Enterprise : Kuala


Lumpur
3) Gifted and Talented Supplemental (162), 2006 by the Texas Education Agency
(TEA) dipetik daripada laman web;
http://www.texes.ets.org/assets/pdf/test_descriptions/te_facmanappendixc_fld162
_r.pdf
4) Golant, Susan K (1991). The Joys and Challenges Of Raising A Gifted Child.
Prentice Hall Press: New York.
5) Hassan Mohd Ali (1996). Mendidik Anak Pintar Cerdas.Utusan Publication Sdn
Bhd:Kuala Lumpur.

6) Rozumah Baharuddin (1984). Perkembangan Kanak-Kanak. Dewan Bahasa Dan


Pustaka: Kuala Lumpur
7) Sousa D. A. (2003). How the gifted Brain Learns. California: Corwin Press.Inc.

Anda mungkin juga menyukai