Anda di halaman 1dari 2

Pandangan orang Cina

Respondan yang terdiri daripada pelajar yang berbangsa cina telah


ditanya pandangan mereka tentang penggunaan bahasa orang
kadazandusun di kalangan masyarakat mereka adalah bahasa Dusun atau
bahasa Melayu. Tidak dinafikan bahawa semua respondan menyetujui orang
kadazandusun menggunakan bahasa Dusun untuk komunikasi harian. Tetapi,
kajian soal selidik telah dijalankan kepada golongan muda pelajar Dusun
tentang penggunaan Bahasa Dusun di kalangan masyarakat Dusun secara
keseluruhannya menguasai Bahasa Dusun dengan baik? Tidak mungkin.
Ruang dan amalan interaksi kaum Dusun terdiri daripada komunikasi
antara perseorangan, komunikasi antara kumpulan dan komunikasi awam.
Contohnya komunikasi yang dilakukan dalam situasi keluarga, kumpulan dan
rakan sebaya, majlis kenduri kendara, majlis keramaian, gotong royong,
mesyuarat keselamatan kampung dan komunikasi dalam aktiviti jualbeli di
pasar bulanan yang dipanggil "Tamu atau Badi" dalam bahasa Dusun.
Sebagai harapan untuk menjadikan bahasa menjadi salah satu proses
komunikasi sosial dalam membina dan mengekalkan struktur dalam
masyarakat khususnya dalam situasi keluarga kaum Dusun, amalan
komunikasi tetap mengharapkan agar golongan muda akan terus mengikuti
amalan golongan tua bukan sahaja setakat pengetahuan tetapi penggunaan
bahasa yang dituturkan seperti golongan tua mewarisi bahasa Dusun
daripada nenek moyang sebagai bahasa menunjukkan bangsa atau jiwa
bangsa itu sendiri. Namun pada situasi sebenar masa kini, keadaan ini telah
tidak lagi mementingkan identiti dan amalan yang diwarisi oleh kaum Dusun,
mengakibatkan perubahan kepada bukan sahaja amalan seharian tetapi juga
perubahan yang paling besar ialah dari skop penggunaan bahasa Melayu di
mana golongan muda menggunakan bahasa Melayu yang lebih luas
sementara golongan tua turut bertutur bahasa Melayu dengan golongan
muda sementara interaksi dangan golongan sama tua terus mengekalkan
penggunaan bahasa Dusun.
Menurut teori, peranan proses komunikasi sosial ini adalah untuk
membina dan mengekalkan struktur masyarakat (Noran Fauziah Yaakub
(1987). Namun, dalam konteks negara majmuk seperti Malaysia, bahasa
adalah salah satu alat komunikasi yang dijadikan sebagai tunggak perpaduan
kaum maka bahasa Melayu telah diterima sebagai bahasa kebangsaan
seperti yang termaktub dalam perlembagaan 152. Bahasa ini diaplikasikan di
sekolah-sekolah kerajaan di seluruh negara daripada peringkat pra-sekolah
sehinggalah ke pearingkat pengajian tinggi. Strategi yang dilakukan ini telah
menampakkan pengaruhnya ke atas bangsa bukan Melayu pada ketika ini

kerana bahasa Melayu telah didominasikan penggunaanya oleh masyarakat


bukan Melayu. Contohnya bahasa Melayu hampir menjadi medium
komunikasi seharian kaum Dusun dan bahasa Dusun hampir dipinggirkan.
Bahasa Melayu dijadikan alat komunikasi apabila golongan muda
berkomunikasi dengan golongan tua atau ibubapa. Golongan muda lebih
selesa bercakap bahasa Melayu dan golongan tua masih berbahasa Dusun
dalam konteks komunikasi keluarga dan sesama tua.
Sistem sosial masyarakat Dusun walaupun mengutamakan aplikasi
hormat menghormati daripada golongan (generasi/masyarakat) muda kepada
golongan tua tetapi dari segi interaksi atau komunikasi sosial, mereka
amalkan penggunaan komunikasi bahasa yang berbeza. Di kalangan
golongan tua menggunakan bahasa Dusun tetapi golongan muda pula
menggunakan bahasa Melayu. Situasi ini merupakan suatu keadaan yang
menggambarkan bahawa terdapat suatu ketidak keselarasan antara
golongan tua dan golongan muda kerana penggunaan bahasa yang berlainan
dalam situasi komunikasi sosial yang sebenar.
Konklusinya, amat sewajarnyalah rasa hormat golongan muda kepada
golongan tua di kalangan Dusun digambarkan melalui amalan menggunakan
bahasa Dusun dan bukannya menggunakan bahasa Melayu apabila golongan
muda berinteraksi atau berkomunikasi dengan golongan tua khususnya
dalam situasi sosial seperti perbincangan keluarga, urusan kekeluargaan,
urusan permesyuaratan dalam kampung, komunikasi antara jiran sekampung
kepada golongan tua dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai