Belajar melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
kepada kanak-kanak. Melalui teknik ini juga akan mendatangkan keseronokkan dan kepuasan
kepada mereka dalam sesuatu pengajaran yang hendak disampaikan. Dengan bermain juga
kanak-kanak akan dapat menguasai perkembangan dan kemahiran
Belajar melalui bermain adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi
peluang kepada murid belajar dalam suasana yang bebas dan selamat, menggembirakan dan
bermakna Permainan merupakan saluran yang boleh mengembangkan perkembangan kanakkanak ke tahap yang optima. Oleh kerana permainan merupakan sesuatu kekuatan dan
pengalaman yang penting menjadi asas dalam model pendidikan awal kanak-kanak.
Main atau bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai sebarang aktiviti yang
memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan apakah
hasil aktiviti itu. Dengan lain perkataan, kanak-kanak bermain bukan kerana ingin akan
sesuatu atau mencapai tujuan tertentu. Bermain dianggap sebagai satu pekerjaan bagi kanakkanak, tetapi bukanlah pekerjaan yang memerlukan hasil akhiran atau tujuan tertentu.
Bermain juga bukanlah satu aktiviti yang dipaksa malah merupakan keinginan semulajadi
kanak-kanak
Sinopsis
Permainan ini diinspirasikan daripada pasir dan air. Ia dibuat dengan menggunkan bahan yang
mudah didapati di kedai dan ia mampu untuk dibuat oleh semua golongan. Permainan ini
sesuai untuk golongan kanak-kanak. Namun golongan dewasa juga boleh bermain. Permainan
ini dapat meningkatkan kemahiran koordinasi dan juga kemahiran motor halus dan juga dapat
meningkatkan daya imaginasi. Permainan ini sesuai dimainkan di kawasan luar rumah atau di
dalam kelas kerana ianya memerlukan ruang yang luas untuk bermain buih dan pasir.
Objektif
1. Menggunakan koordinasi mata dan tangan dengan lebih baik. ( Buih Gergasi).
2. Menggunakan motor halus dan imaginasi ( Pasir Ajaib )
Rumusan
Main bukan sahaja dianggap penting dewasa ini malah sejak dari dahulu lagi. Tidak hairan
jika dalam abad ke 21, main diambil sebagai salah satu dari kaedah pendekatan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak. Banyak kebaikan yang akan diperolehi sekiranya
guru menggunakan teknik pengajaran dan pembelajaran sambil bermain ini. Antaranya ialah
dengan mengalakkan imaginasi kanak-kanak untuk mencipta sesuatu berdasarkan
pengetahuan sedia ada mereka. Selain itu, dengan bermain juga, ia akan dapat memberi
peluang kanak-kanak untuk mencipta dan mencuba sesuatu yang baru mengikut kreativiti
mereka sendiri. Ia sekaligus dapat menggunakan keseluruhan anggota badan mereka dan
dapat mingkatkan penggunaan kemahiran fizikal mereka.