Anda di halaman 1dari 6

Pengenalan

Belajar melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan kepada kanak-kanak. Melalui teknik ini juga akan mendatangkan
keseronokkan dan kepuasan kepada mereka dalam sesuatu pengajaran yang hendak
disampaikan.

Dengan

bermain

juga

kanak-kanak

akan

dapat

menguasai

perkembangan dan kemahiran


Belajar melalui bermain adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi
memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang bebas dan selamat,
menggembirakan dan bermakna permainan merupakan saluran yang boleh
mengembangkan perkembangan kanak-kanak ke tahap yang optima. Oleh kerana
permainan merupakan sesuatu kekuatan dan pengalaman yang penting menjadi asas
dalam model pendidikan awal kanak-kanak.
Main atau bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai sebarang aktiviti yang
memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan
apakah hasil aktiviti itu. Dengan lain perkataan, kanak-kanak bermain bukan kerana
ingin akan sesuatu atau mencapai tujuan tertentu. Bermain dianggap sebagai satu
pekerjaan bagi kanak-kanak, tetapi bukanlah pekerjaan yang memerlukan hasil
akhiran atau tujuan tertentu. Bermain juga bukanlah satu aktiviti yang dipaksa malah
merupakan keinginan semulajadi kanak-kanak

Sinopsis
Permainan ini diinspirasikan daripada pasir dan air. Ia dibuat dengan menggunakan
bahan yang mudah didapati di kedai dan ia mampu untuk dibuat oleh semua
golongan. Permainan ini sesuai untuk golongan kanak-kanak. Namun golongan
dewasa juga boleh bermain. Permainan ini dapat meningkatkan kemahiran koordinasi
antara mata dengan tangan dan juga kemahiran motor halus iaitu penggunaan jari
jemari dan juga dapat meningkatkan daya imaginasi individu yang bermain permainan
ini. Permainan ini sesuai untuk dimainkan di kawasan luar rumah atau di luar kelas
kerana ianya memerlukan ruang yang luas untuk bermain buih dan pasir.

Objektif
1. Menggunakan koordinasi mata dan tangan dengan lebih baik. ( Buih Gergasi).
2. Menggunakan motor halus dan imaginasi ( Pasir Ajaib )

Persediaan Untuk Membuat Buih Gergasi

1. Sediakan bahan-bahan yang perlukan untuk membuat buih sabun.


Satu botol pencuci pinggan mangkuk Joy

Empat sudu Tepung Ubi

1.5 liter air


- baking soda
2. Bahan-bahan untuk membentuk pemegang buih gergasi.
- Dahan-dahan kayu
- Tali
- Pisau / gunting
3. Bancuh pencuci pinggan, tepung ubi, baking soda dan air di dalam bekas yang
besar supaya mesra dan sebati. Biarkan air ini selama semalaman.
4. Kemudian ikat tali pada dahan kayu sebagai alat pemegang untuk membentuk
buih gergasi dan ia siap untuk dimainkan.

5. Rendamkan pemegang buih gergasi itu kedalam air sabun yang telah dibancuh
tadi dan main di tempat yang lapang dan berangin.

Persediaan Untuk Membuat Pasir Ajaib


1. Bahan-bahan untuk membuat pasir ajaib
- Pasir
- Sabun pencuci pinggan
- Tepung jagung
2. Ambil pasir mengikut sukatan yang dikehendaki.
3. Campurkan sedikit tepung jagung ke dalam pasir tersebut. Gaul sehingga pasir
menjadi sebati bersama tepung.
4. Kemudian bancuh sedikit sabun pencuci pinggan bersama air dan tuangkan ke
dalam pasir.
5. Bancuh pasir tersebut sehingga mendapat tekstur yang dikehendaki.
6. Biarkan pasir tersebut selama satu jam. Dan ia siap untuk dimainkan.

Langkah Langkah Permainan


Buih gergasi
1. Permainan ini boleh dimainkan seramai 3 orang dalam satu-satu masa.
2. Seorang peserta hanya diberikan sebanyak 5 kali untuk mencelup ke dalam air
sabun yang telah disediakan.
3. Peserta yang boleh menghasilkan buih terbanyak akan dikira sebagai
pemenang.
4. Peserta tidak dibenarkan meniup buih menggunanakan mulut.
Pasir ajaib
1. Permainan ini dimainkan oleh 2 orang pelajar pada satu masa
2. Peserta akan bermain dengan menggunakan pasir yang disediakan.
3. Peserta akan diberikan masa selama satu minit untuk menghasilkan bentuk
yang paling kreatif dengan menggunakan pasir.
4. Peserta yang membuat bentuk yang paling kreatif dan dapat membuat bentuk
yang terbanyak akan dikira sebagai pemenang.

Rumusan
Main bukan sahaja dianggap penting dewasa ini malah sejak dari dahulu lagi. Tidak
hairan jika dalam abad ke 21, main diambil sebagai salah satu dari kaedah pendekatan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak. Banyak kebaikan yang akan
diperolehi sekiranya guru menggunakan teknik pengajaran dan pembelajaran sambil
bermain ini. Antaranya ialah dengan mengalakkan imaginasi kanak-kanak untuk
mencipta sesuatu berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka. Selain itu, dengan
bermain juga, ia akan dapat memberi peluang kanak-kanak untuk mencipta dan
mencuba sesuatu yang baru mengikut kreativiti mereka sendiri. Ia sekaligus dapat
menggunakan keseluruhan anggota badan mereka dan dapat mingkatkan penggunaan
kemahiran fizikal mereka.

Anda mungkin juga menyukai