Anda di halaman 1dari 18

1

PRAKATA
KETUA PENGARAH
PERHUBUNGAN PERUSAHAAN
MALAYSIA

Handbook ini diterbitkan sebagai sumber rujukan kepada pegawai di


Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM), khasnya dalam
memberi khidmat nasihat dan mengendalikan perkara-perkara yang
berkaitan dengan perhubungan perusahaan. Selain daripada itu,
handbook ini juga merupakan panduan asas yang boleh digunapakai
oleh pihak majikan, pekerja, kesatuan sekerja atau pihak-pihak lain
yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam bidang tugas
perhubungan perusahaan.
Sebagai sebuah Jabatan yang bertanggungjawab untuk memupuk
dan memelihara perhubungan perusahaan yang harmoni dan positif
di antara majikan dan pekerja serta kesatuan sekerja mereka,
maka adalah diharapkan penerbitan handbook ini dapat memupuk
perhubungan perusahaan yang harmoni di tempat pekerjaan dan
dalam Negara amnya selari dengan matlamat Jabatan Mencorakkan
Masa Depan Bersama Keharmonian Perusahaan.
Akhir kata sekalung penghargaan kepada pegawai-pegawai JPPM
yang terlibat dalam penyediaan dan penerbitan handbook ini.

Fong Khei Por J.S.M, A.M.K


Ketua Pengarah
Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia

KANDUNGAN / CONTENT

Prakata

1. Pendahuluan

2. Tujuan

3. Latar Belakang

4. Definisi Pertikaian Perusahaan

5. Jenis-Jenis Pertikaian Perusahaan

6. Peruntukan Undang-Undang dan Bidang Kuasa

7. Prosedur-Prosedur Pengendalian Pertikaian Perusahaan

8. Perwakilan Dalam Prosiding Rundingan Damai

9. Proses Rundingan Damai

10. Proses-Proses Pengendalian Pertikaian Perusahaan

10

11. Keputusan Y.B. Menteri Sumber Manusia

10

12. Arbitrasi Oleh Mahkamah Perusahaan

11

13. Carta Aliran Proses Pengendalian Pertikaian Perusahaan

12

14. Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Keberkesanan


Rundingan Damai

13

15. Penutup

13

1. Pendahuluan
Keharmonian perusahaan adalah merupakan pra-syarat
terpenting yang perlu ada sekiranya negara ingin memantapkan
kestabilan sistem ekonominya. Sebagai sebuah negara yang
terbuka luas kepada proses globalisasi semasa, adalah perlu
untuk negara ini memastikan agar sistem perhubungan
perusahaan yang diamalkan mampu menghadapi cabaran cabaran yang mendatang. Justeru itu negara akan dapat
mengecapi kecemerlangan dan kegemilangan tanpa diganggu gugat oleh sebarang tindakan perusahaan dan pertikaian
perusahaan yang boleh mengancam kestabilan ekonomi
di negara ini.





Pertikaian perusahaan jika tidak dikawal boleh mengancam


usaha-usaha untuk membangunkan sesebuah negara. Oleh itu
pertikaian perusahaan mesti ditangani dan diselesaikan
dengan cepat dan teratur supaya suasana yang menggugat
keharmonian perusahaan seperti mogok, piket dan sebagainya
tidak berlaku secara berleluasa.

Buku panduan ini menggariskan proses-proses bagi


pengendalian pertikaian perusahaan mengikut kaedah kaedah dan peraturan-peraturan yang digariskan di bawah Akta
Perhubungan Perusahaan 1967 (APP 1967).

2. Tujuan




Handbook ini memberi maklumat kepada orang ramai


terutamanya para majikan, pekerja dan kesatuan sekerja mereka
mengenai prosedur dan proses yang digunapakai oleh Jabatan
Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM) dalam mengendali
dan menyelesaikan kes-kes pertikaian perusahaan di negara ini.

3. Latar Belakang



Pertikaian perusahaan wujud apabila kedua-dua pihak iaitu


majikan atau kesatuan mereka dan pekerja atau kesatuan sekerja
mereka gagal mencapai persetujuan bersama terhadap isu-isu
pekerjaan atau bukan pekerjaan.

JPPM memainkan peranan utama dalam membantu


menyelesaikan pertikaian perusahaan demi memelihara dan
mengekalkan keharmonian perusahaan di dalam negara.

4. Definisi Pertikaian Perusahaan


Pertikaian Perusahaan atau trade dispute ditakrifkan di bawah
APP 1967 sebagai suatu pertikaian di antara majikan dengan
pekerja-pekerjanya yang berhubung kait dengan pekerjaan atau
bukan pekerjaan atau terma-terma dan syarat-syarat pekerjaan
atau keadaan tempat pekerjaan.

(Seksyen 2, APP 1967)

5. Jenis-Jenis Pertikaian Perusahaan



Jenis-jenis pertikaian perusahaan terbahagi kepada 2 kategori


utama iaitu:

5.1 Berkaitan Pekerjaan

i. Keengganan memulakan perundingan kolektif;


ii. Kebuntuan dalam perundingan kolektif;

iii. Pertikaian mengenai mana-mana terma dan syarat kontrak
perkhidmatan atau perjanjian kolektif.

5.2 Berkaitan Bukan Pekerjaan

i.
Kegagalan mematuhi piawaian perburuhan dan
peruntukan berkanun berkaitan dengan kemudahan
serta Iain-Iain faedah yang bukan kewangan.
ii.
Perlanggaran hak pekerja atau ketidakadilan dalam
amalan perburuhan atau penindasan ke atas pekerja.

6. Peruntukan Undang-Undang Dan Bidang Kuasa


Peruntukan APP 1967 memberi kuasa kepada Ketua Pengarah
Perhubungan
Perusahaan
Malaysia
(KPPPM)
untuk
mengendalikan isu-isu pertikaian seperti berikut:

6.1 Aduan Di Bawah Seksyen 8, APP 1967

Aduan mengenai perlanggaran hak pekerja, majikan dan


kesatuan sekerja melibatkan perkara-perkara berikut:

i. Hak untuk berkesatuan di bawah Seksyen 4;

ii. Diskriminasi dan sekatan terhadap pekerja atau ahli


kesatuan di bawah Seksyen 5; dan

iii. Intimidasi terhadap pekerja atau ahli kesatuan di bawah
Seksyen 7.

6.2 Perundingan & Perjanjian Kolektif Di Bawah Seksyen 13

Jika mana-mana pihak enggan memulakan perundingan


kolektif setelah menerima pelawaan untuk mengadakan
perundingan kolektif, pihak yang mempelawa boleh
membuat aduan kepada KPPPM.

6.3 Pertikaian Perusahaan Di Bawah Seksyen 18

Sesuatu pertikaian perusahaan yang telah wujud atau


dijangka akan berlaku boleh dilaporkan kepada KPPPM oleh:

i. Majikan yang terlibat dalam pertikaian atau kesatuan


sekerja majikan-majikan yang mewakili majikan dalam
pertikaian tersebut; atau
ii. Kesatuan sekerja pekerja-pekerja yang terlibat dalam
pertikaian tersebut.

7. Prosedur-Prosedur Pengendalian Pertikaian Perusahaan


a. Pertikaian itu hendaklah dilaporkan kepada KPPPM sama
ada oleh pihak majikan atau kesatuan majikan atau oleh

kesatuan sekerja pekerja.
b. Laporan mengenai pertikaian itu hendaklah dikemukakan

sama ada oleh Setiausaha Agung, Presiden atau Ahli Exco

Kesatuan yang diberi kuasa.

8. Perwakilan Dalam Prosiding Rundingan Damai


8.1 Majikan

- Dirinya sendiri atau pekerja yang diberi kuasa olehnya.

- Pegawai atau pekerja kesatuan sekerjanya.

- Pegawai pertubuhan majikan yang didaftar di dalam


negara yang bukan kesatuan sekerja majikan.

8.2 Kesatuan Sekerja Bagi Pekerja

- Pegawai atau pekerja kesatuan sekerja.

- Pegawai pertubuhan pekerja yang didaftar di dalam


negara yang bukan kesatuan sekerja pekerja.
8.3 Perwakilan Yang Dilarang Dalam Prosiding Rundingan
Damai

- Peguambela;

- Penasihat;

- Konsultan; atau
- Sesiapa jua pun melainkan mereka yang dibenarkan
mengikut Seksyen 19(B), APP 1967.

9. Proses Rundingan Damai


i. JPPM akan memanggil kedua belah pihak yang bertikai untuk
menghadiri prosiding rundingan damai yang akan

dikendalikan oleh Pegawai Pendamai JPPM.
ii. Kedua belah pihak hadir pada tarikh yang telah ditetapkan
dengan mandat sepenuhnya supaya keputusan boleh

dicapai semasa rundingan damai.


iii. Prinsip dan pendekatan yang harmoni hendaklah diamalkan
semasa rundingan damai.
iv. Kedua-dua pihak mestilah bersedia dengan maklumat maklumat dan dokumen-dokumen yang berkaitan agar
prosiding rundingan damai dapat berjalan dengan lancar
dan licin.

10. Proses-Proses Pengendalian Pertikaian Perusahaan


10.1 Perundingan Secara Langsung

Perundingan secara langsung melibatkan perbincangan di


antara kesatuan dan majikan di peringkat syarikat
mengikut prosedur-prosedur yang ditetapkan di dalam
perjanjian kolektif atau mengikut prosedur yang sedia ada
di dalam syarikat, jika syarikat berkenaan belum
mempunyai perjanjian kolektif.

10.2 Prosiding Rundingan Damai

Sekiranya
penyelesaian
tidak
tercapai
melalui
perundingan secara langsung, tindakan berikut boleh
diambil:
- Mana-mana pihak boleh melaporkan kepada JPPM
untuk mendapatkan campur tangan Jabatan bagi
menyelesaikan pertikaian tersebut melalui proses
rundingan damai. Proses penyelesaian melalui
rundingan damai adalah secara sukarela dan tanpa
sebarang paksaan.
- Sekiranya penyelesaian tidak dapat dicapai, KPPPM
akan memaklumkan kepada Y.B. Menteri Sumber
Manusia.

10

11. Keputusan Y.B. Menteri Sumber Manusia





Setelah meneliti segala fakta mengenai pertikaian berkenaan,


Y.B. Menteri akan memutuskan sama ada wajar atau tidak
wajar pertikaian itu dirujuk ke Mahkamah Perusahaan.
Keputusan Y.B. Menteri adalah muktamad.

12. Arbitrasi Oleh Mahkamah Perusahaan


Proses arbitrasi di Mahkamah Perusahaan adalah seperti
berikut:

- Mendengar keterangan kedua-dua belah pihak;


- Memutuskan dan menurunkan keputusan (award) berkaitan
pertikaian berkenaan;

- Keputusan Mahkamah Perusahaan akan mengikat pihak-pihak
yang terlibat dan adalah muktamad.

11

13. Carta Aliran Proses Pengendalian Pertikaian Perusahaan



12

Langkah-langkah di atas boleh dilihat dengan lebih jelas melalui


carta aliran berikut :

14.
Faktor-Faktor Yang
Rundingan Damai

Mempengaruhi

Keberkesanan

Matlamat utama rundingan damai adalah untuk mencari jalan


penyelesaian yang terbaik bagi faedah kedua-dua pihak. Berikut
adalah faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan sesuatu
rundingan damai:

i. Kesediaan kedua-dua pihak untuk berunding.

ii. Wujudnya sikap tolak ansur di antara kedua-dua pihak.


iii. Pihak-pihak yang bertikai tidak terlalu terikat dengan prinsip
dan persoalan undang-undang.
iv. Pihak-pihak yang bertikai tidak keterlaluan dalam membuat
sesuatu permintaan dan penawaran.
v. Pihak-pihak yang bertikai mestilah berada di dalam
persekitaran yang selesa dan kondusif semasa rundingan
damai dijalankan.
vi.
Kemahiran, kebijaksanaan dan kecekapan pegawai
pendamai semasa mengendalikan rundingan damai
diadakan.

15. Penutup




Handbook ini hanya merupakan penerangan ringkas mengenai


pertikaian perusahaan selaras dengan maksud Seksyen 8, 13
dan 18 APP 1967. Jika terdapat sebarang keraguan adalah
dinasihatkan supaya menghubungi pejabat JPPM yang terdekat
untuk keterangan lanjut.

13

Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini tidak boleh disiarkan
dalam apa-apa jua cara, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik,
rakaman atau lain-lain, sebelum mendapat keizinan bertulis daripada penerbit
Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia, Kementerian Sumber Manusia.
All Rights Reserved. No part of this publication may be reproduced, stored in a
retrieval system, or transmitted in any form or by any means, electrical, mechanical,
photocopying, recording or otherwise, without the prior permission in writing of the
Department of Industrial Relations of Malaysia, Ministry of Human Resources.

14

Anda mungkin juga menyukai