Anda di halaman 1dari 1

14 WASIAT LUQMAN AL HAKIM

1.

Jangan terlalu mudah tertawa jika bukan perkara mengelikan, jangan berjalan tanpa arah tujuan,
jangan menanyakan sesuatu yang tiada ada gunanya bagi diri anda, jangan anda mensia-siakan
harta dunia.

2.

Jangan anda cenderung kepada dunia semata-mata kerana anda diciptakan oleh Allah bukan
untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tidak ada orang yang lebih hina daripada insan yang
terpedaya dengan dunia semata-mata.

3.

Apabila anda berteman jadikan diri anda yang tidak pernah berharap sesuatu daripadanya
biarpun dia berharap sesuatu daripada anda.

4.

Jika anda ingin mencari teman sejati maka ujilah dengan perkara yang menaikkan
kemarahannya, bila masa dalam kemarahan itu dia beruasaha untuk menginsafkan anda, maka
bolehlah anda ambil dia senagai kawan. Jika tidak berhati-hatilah anda terhadapnya.

5.

Makanlah bersama-sama orang yang bertakwa dan musyawarahlah segala urusan anda dengan
para alim ulama dengan cara meminta nasihat darinya.

6.

Ketahuilah bahawa memindahkan batu besar yang berat dari tempat asalnya lebih mudah dari
memberi pengertian kepada orang ynag tidak mehu mengerti.

7.

Jika anda mengankat batu atau besi yang berat tentu tidak terasa begitu teruk tetapi tidaklah
seteruk dan seberat kerana mempunyai jiran yang jahat.

Takutilah Allah dengan benar-benar takut tentu anda akan terlepas dari sifat-sifat putus asa.

9.

Jauhilah diri anda dari hutang kerana berhutang itu akan menjadikan diri anda hina siang dan
malam.

10.

Seandainya orang tua anda marah, itu ibarat air yang menyiram taman yang kering kontang.

11.

Orang yang berasa dirinya hina dan rendah di dalam beribadah serta sentiasa taat kepada Allah
maka orang itulah sebenarnya sentiasa tawaduk kepada Allah. Dia akan lebih dekat dengan
Allah dan sentiasa menghindarkan diri dari mendekati maksiat.

12.

Orang yang menyediakan dirinya untuk menerima nasihat maka dirinya akan mendapat
penjagaan Allah, orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain dia akan
sentiasa mendapat kemuliaan Allah.

13.

Wahai anakku bergaullah dengan para ulama, rapatilah kedua mereka dengan kedua lututmu,
sebab Allah s.w.t. menghidupkan hati dengan nur (cahaya) hikmah sebagaimana dia
menghidupkan bumi dengan hujan lebat dari langit.

14.

Wahai anak-anakku apabila penuh perutmu, maka tidurlah fikiranmu, bisulah kebijaksanaanmu,
kaku dan malaslah anggotamu dari beramal ibadat.