KEKURANGAN ATAU KELEMAHAN JURNAL DAN PENAMBAHBAIKAN.
Didalam penulisan jurnal ini terdapat beberapa kelemahan dan kekurangan
dari segi penulisan dan kajiannya iaitu pengkaji tidak menerangkan secara mendalam berkaitan kecerdasan emosi yang menjadi tujuan kajian ini. Kupasan jurnal secara mendalam adalah memberi tumpuan kepada tujuan kajian bahkan penerangan berkaitan kecerdasan emosi tidak dapat membantu pembaca memahami dengan mendalam kecerdasan emosi bagi kanak-kanak prasekolah bermasalah pendengaran. Selain itu, kelemahan yang seterusnya adalah kaedah kajian yang digunakan oleh pengkaji juga terlalu sedikit persampelannya dan tidak dinyatakan tempat persampelan. Hanya empat orang persampelan kanak-kanak prasekolah bermasalah pendengaran dan ianya akan digeneralisasikan kepada keseluruhan kanak-kanak prasekolah bermasalah pendengaran yang lain. Selain itu temubual terhadap orang dewasa juga hanya melibatkan tujuh orang sahaja sampel digunakan untukmewakili ibu bapa guru dan pembantu guru. Kelemahan jurnal seterusnya adalah analisis data yang diperolehi tidak dinyatakan analisis deskriptif yang digunakan. Terlalu umum yang dinyatakan dan pembaca tidak dapat maklumat hasil kajian dianalisis. Pengkaji menerangkan secara mendalam berkaitan peranan dan penglibatan ibu bapa, manakala tajuk kajian berkaitan Perkembangan Kecerdasan Emosi KanakKanak Prasekolah Bermasalah Pendengaran:Implikasinya Terhadap Penglibatan Ibu Bapa. Ianya tidak perkaitan terus diantara tajuk dan dapatan yang dijelaskan. Cadangan penambahbaikan yang dicadangkan adalah pengkaji menambahkan jumlah persampelan yang lebih ramai supaya dapat digeneralisasikan kepada keseluruhan negara atau dunia dan dapat diaplikasikan kepada perbincangan tajuk. Selain itu, menerangkan kajian deskriptif yang digunakan dan soalselidik yang diguna secara jelas untuk membantu pembaca memahami kajian dengan lebih mendalam. Pengkaji menerangkan dengan jelas kecerdasan emosi kanak-kanak yang diukur supaya pembaca akan lebih jelas lagi berkaitan kecerdasan emosi kanakkanak bermasalah pendengaran.