Anda di halaman 1dari 3

Akhir-akhir ini, kejadian mendera atau menyeksa kanak-kanak semakin menjadi-

jadi.Kisah kekejaman yang dilakukan terhadap kanak-kanak sering dipaparkan di media


massa sama ada media elektronik atau media cetak. Apabila sesuatu berita
penganiayaan itu dipaparkan, perasaan masyarakat akan terusik lalu mengutuk
perbuatan tidak berperikemanusiaan itu. Reaksi seumpama ini memang lumrah. Setiap
kali kes penganiayaan dipaparkan di surat khabar, setiap kali itu juga masyarakat akan
bangun meminta orang yang tidak bertanggungjawab ke muka pengadilan.
Kanak-kanak sering didera sama ada dari segi fizikal mahupun dari segi
mental.Penderaan dari segi fizikal ialah penderaan yang meninggalkan kesan-kesan di
tubuh,seperti luka,parut atau lebam sebagai akibat dipukul atau dikenakan benda-
benda panas. Manakala penderaan dari segi mental berlaku sebagai akibat dibiarkan
atau diabaikan oleh penjaganya.Mangsanya akan mengalami tekanan jiwa,gangguan
emosi,dan mental atau proses pembesarannya.Selain itu,terdapat juga kes-kes
penganiayaan seks,seperti pencabulan kehormatan dan kes rogol.
Kes K.Balasundram yang didera hingga menyebabkan kematian merupakan
peristiwa besar yang membuka mata semua pihak.Belum lagi kes ini reda,masyarakat
dikejutkan pula dengan kes penyeksaan dua beradik,Aryani Zaini,4 tahun dan Noordina
Maryana,3 tahun dari Terengganu.Seterusnya banyak lagi kes yang melibatkan
penderaan berlaku hingga hari ini.
Kita tidak dapat menafikan,anak seperti kain putih,ibu bapalah yang bakal
mencorakkannya untuk menjadikan manusia putih bersih atau hitam legam.Sesetengah
kes ,ibu bapa sendiri yang menyeksa anak mereka sebagai jalan melepaskan
geram.Perbuatan mendera kanak-kanak merupakan perbuatan yang bertentangan
dengan Undang-Undang Kanak-Kanak Malaysia.Ibu bapa seharusnya tahu atau
mengambil berat tentang Undang-undang Kanak-kanak Malaysia.Undang-undang ini
menyatakan bahawa kanak-kanak harus dihormati sebagai seorang insan.Mereka perlu
diberi perhatian sebagai sebahagian daripada anggota masyarakat.Kanak-kanak juga
perlu dididik dalam persekitaran yang baik.Sekiranya ada ibu bapa yang mendera atau
menyeksa anak-anak,maka mereka ialah orang yang tidak memahami Undang-Undang
Kanak-Kanak Malaysia dan patut menerima hukuman yang setimpal.
Sewajarnya kanak-kanak diberi kasih sayang secukupnya untuk pertumbuhan
mental dan fizikal.Langkah ini bukan sahaja dapat menghindari masalah
penderaan,tetapi keluarga yang bahagia dapat melahirkan masyarakat yang
ampuh.Sebenarnya tidak semua kanak-kanak bernasib baik dan berpeluang mendapat
kasih saying daripada kedua-dua ibu bapa mereka.
Ada beberapa perkara yang menjadi punca berlakunya kes penderaan kanak-
kanak.Pertama ialah tekanan masalah ekonomi atau beban kerja yang dihadapi oleh
ibu bapa.Ramai ibu bapa yang menjadi kurang waras kerana tekanan tersebut.Mereka
sering melepaskan tekanan tersebut dengan menyakiti atau memukul anak-anak.Aspek
ekonomi memang penting untuk mewujudkan keluarga yang sempurna.Kasih sayang
yang utuh dan prihatin menggunung sekalipun tidak akan berkekalan tanpa
wang.Seseorang ketua keluarga yang baik mesti berfikiran jauh.Perkara yang perlu
difikirkan bukan sahaja terhadap keselesaan hidup untuk hari ini,tetapi untuk masa
depan yang masih panjang.Daripada kes yang berlaku,kematian ketua keluarga
menyebabkan anak-anak terbiar.Kemudian anak-anak ini diserahkan kepada orang
yang tidak diketahui latar belakang.Keadaan ini perlu diambil perhatian oleh suami isteri
yang bekerja supaya menyerahkan anak-anak mereka di bawah jagaan seseorang
yang boleh dipercayai.Pastikan latar belakang pengasuh atau penjaga tersebut
sebelum “nasi menjadi bubur”.
Keadaan keluarga yang kucar-kacir mungkin berpunca daripada pendidikan keluarga
yang kurang sempurna.Sesetengah belia menganggap jika usia sudah menjangkau 25
tahun dan kewangan mencukupi,wajarlah mereka berkahwin.Mereka tidak terfikir
bahawa lelaki tersebut bakal menjadi seorang suami dan ketua keluarga,manakala
perempuan pula menjadi seorang ibu.Pengetahuan tentang aspek kekeluargaan dan
keagamaan yang mendalam perlu dititkberatkan bagi membendung gejala tidak sihat ini
daripada berterusan.
Ibu bapa yang ketagih dadah atau arak juga menjadi faktor utama terjadinya kes
penderaan kanak-kanak.Ketagihan ini menyebabkan mereka hilang pertimbangan dan
perikemanusiaan.Anak-anaklah yang sering menjadi mangsa mereka.Seperti yang
diketahui,kesan dadah atau arak menyebabkan sipenagihnya lupa diri dan khayal.Oleh
itu,mereka lupa akan tanggungjawab dan lupa kepada keluarga,malah menyeksa anak-
anak yang tidak berdosa.
Pendidikan di sekolah harus menekankan soal kasih sayang.Jiwa yang masih
bersih jika diterapkan dengan nilai murni akan dapat berkekalan di lubuk
hati.Pendidikan awal ini dapat menyemai sikap tanggungjawab dan
antipenderaan.Apabila mereka dewasa dan hidup dalam lingkungan
masyarakat,perasaan mengambil berat dan ingin tahu kebajikan orang lain akan terus
mengalir.
Pelbagai kesan atau akibat yang dialami oleh kanak-kanakyang menjadi mangsa
penderaan.Deraan merupakan satu paksaan yang diterima oleh kanak-kanak dan
mereka tidak dapat membantah.Keadaan ini merupakan satu seksaan atau
penindasan. Ibu bapa perlu sedar jika terlalu memaksa anak-anak,ini akan
menjejaskan perkembangan emosi mereka.Apabila emosi mereka terjejas,ini akan
menimbulkan kesan yang buruk ke atas perkembangan sahsiah mereka. Selain
itu,hukuman deraan rotan seperti merotan dan memukul juga menyebabkan kanak-
kanak sentiasa berkeadaan bimbang,menimbulkan rasa kecewa,hilang keyakinan diri
sendiri,bersikap agresif,dan fikiran mereka sering terganggu.
Ibu bapa yang garang dan bengis akan membentuk kanak-kanak yang kurang
baik perkembangan emosinya seperti membenci terhadap sikap ibu bapa,bosan
belajar,dan tidak berminat dalam pelajaran.Di sekolah kanak-kanak dilatih oleh guru
mereka untuk berfikir.Mereka dibimbing oleh guru untuk perkembangan fizikal, mental,
akhlak, kerohanian, dan social yang baik.Sekiranya ibu bapa di rumah membentuk
anak-anak bertentangan dengan nilai-nilai di sekolah,maka akan timbullah konflik dalam
diri kanak-kanak tersebut.
Kerajaan mengadakan kempen antipenderaan untuk mendedahkan kepada
masyarakat umum bagi membanteras gejala yang tidak berperikemanusiaan ini.Namun,
perasaan tidak takut dan berasa bersalah di kalangan sesetengah masyarakat untuk
melakukan penderaan masih berlaku.Keadaan ini berlaku kerana tiada tindakan tegas
yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Untuk itu,Akta Perlindugan Kanak-Kanak 1997
perlu diperkukuh bagi menjamin akta ini menjadi undang-undang yang serba lengkap
bagi melindungi kanak-kanak.
Jenayah penderaan perlu dibanteras dengan berkesan.Kerjasama daripada
semua pihak amat penting untuk membendung gejala ini daripada berleluasa.Ibu bapa
janganlah bersikap bengis terhadap anak-anak,sebaliknya pupuklah semangat ingin
maju dalam diri anak-anak dengan cara psikologi.Bukan dengan cara mendera atau
menghukum mereka.Kegembilangan Malaysia di mata dunia tidak akan bermakna jika
terdapat sebilangan masyarakat yang masih mengalami kepedihan dan kesengsaraan.