Anda di halaman 1dari 2

1. Kecewa !

Itulah yang boleh dilafazkan terhadap sikap tidak "tidak peduli" oleh pihak
kerajaan yang masih mengizinkan konsert hiburan liar dianjurkan dalam negara ini. Terbaru ,
Adam Lambert dijangka akan "membinasa"kan akhlak masyarakat kita khasnya anak - anak
muda di Stadium Bukit Jalil pada 14 Oktober kelak .
2. Semua orang kenal dan tahu bagaimana aksi dan sikap Adam Lambert di pentas . Seorang
yang konsisten mempamerkan aksi liar , lucah dan melampau sehingga beliau turut ditolak oleh
masyarakat barat .
3. Rancangan teleyisyen barat seperti Good Morning America pernah membatalkan rancangan
Adam Lambert kerana membantah persembahan beliau yang dianggap sangat keterlaluan .
Sementelah Adam Lambert adalah seorang artis yang secara terbuka, bukan sahaja mengaku
sebagai gay dan pengamal homoseks tetapi beliau turut mempamerkan aksi gaynya dengan
seringkali mencium dan mengucup penari lelaki serta menggayakan tarian serta aksi lucah
bersama kumpulannya.
4.Persoalannya , kenapa kerajaan yang baru sahaja bercadang mahu mengajar Amerika
mengenai Islam agar masyarakat Amerika tidak lagi mengidap penyakit Islamophobia
tiba - tiba boleh menerima konsert liar seperti ini ? atau kerajaan kita sendiri sebetulnya
sedang mengidap penyakit yang sama ? [ Islamophobia ]
5. Saya difahamkan pada hari yang sama [ 14 Oktober ] satu lagi konsert hiburan yang
menampilkan artis baru dunia iaitu Maher Zain yang akan mengadakan persembahannya di
Dewan MBSA . Malangnya artis yang membawa mesej yang mulia dan mendidik jiwa tidak
pula dihighlight oleh pihak kerajaan .
6. Fakta dan nasihat yang bagaimana lagi mahu diberikan kepada pihak kerajaan agar
menginsafi bahawa program seperti inilah yang akhirnya merosakkan akhlak generasi kita
sekaligus membawa budaya dan cara hidup yang bertentangan dengan fitrah . Tidak cukup
lagikah kerosakan dan kebinasaan sosial hari ini sehingga ia mahu ditambah lagi ?
7. Sudahlah baru - baru kita dikejutkan dengan kempen atau seruan "berzina tanpa
mengandung" yang dipromosikan sebagai mengamalkan seks sihat tanpa perlu panik
menanggung beban hamil yang akhirnya berkesudahan dengan jenayah buang bayi . Logiknya
kempen itu kelihatan mampu membendung jenayah buang bayi tetapi masih mengekalkan
jenayah zina yang dicela oleh agama dan masyarakat yang bertamaddun . Justeru seks bebas
hanya menyamatarafkan manusia dengan binatang yang juga tidak mengerti soal ijab
dan qabul dalam kehidupan mereka .
8. Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia mendesak agar kerajaan dengarlah rayuan
kami agar segera membatalkan konsert seperti ini . Kami bukanlah anti hiburan dan
penganjuran konsert para artis tetapi biarlah hiburan itu tidak bertentangan dengan syariat Islam
dan juga norma - norma mulia orang timur .
9. Bagi pihak kami dan seluruh ummat Islam yang prihatin , insyaallah kami akan cubaya
sedaya mungkin untuk mendesak dan memujuk kerajaan agar membatalkan konsert liar
ini dan merencana kegiatan untuk mendidik masyarakat khasnya anak - anak muda agar
mereka tidak terpengaruh dengan budaya kuning yang cuba diterap masuk dalam negara
kita secara halus guna merosakkan akhlak dan jati diri generasi kita hari ini .

10. Anak - anak muda tidak perlu gusar untuk berhibur tanpa Adam Lambert ke negara kita
kerana kita mempunyai banyak pilihan dan alternatif untuk berhibur termasuklah konsert
Maher Zain yang boleh dimanafaatkan untuk berhibur dalam batas yang tidak keterlaluan .
Selamatkan Negara .

Author: Nasruddin Hassan

Anda mungkin juga menyukai