Anda di halaman 1dari 2

Dakwah Fardiyyah :

Peringkat Kedua :
Menyedarkan Iman yang Leka
Serta Membina Aqidah
1. Asy Syeikh Abdul Halim al Kinani menyebut bahawa faktor utama kepada segala masaalah
yang melanda ummat Islam bukannya kerana aspek kekurangan kuantiti [ bilangan ] penganut
, harta benda , kekuatan material atau lain - lain aspek dan kemudahan .
2. Sebaliknya segala masaalah [ konflik dan krisis ] yang berlaku adalah disebabkan
kelemahan yang menimpa jiwa dan penyakit al wahnu [ cinta dunia dan takutkan mati ] yang
menguasai hati , disamping kelalaian [ dengan kemewahan dunia ] yang akhirnya
melumpuhkan semangat serta mematikan kesungguhan dan keazaman mereka .
3. Ummat pada hari ini seperti yang pernah disebut oleh Rasulullah saw dengan sabdanya :


bahkan pada masa itu bilangan kamu sebenarnya amat ramai tetapi kamu hanyalah seperti
bebuih banjir .
4. Kelemahan ummat hari ini sebahagiannya tidak mampu menghadapi godaan dan syahwat
dunia . Hati juga tidak mampu menjadikan jiwa terlepas dari dosa dan kehinaan . Inilah
penyakit yang paling dahsyat menimpa ummah dewasa ini .
5. Ummat Islam tidak akan mampu menyelesaikan dan memadamkan gejala , kehinaan dan
kebejadan yang dihadapi ini kecuali dengan melakukan perubahan total dalam peribadi
seseorang muslim .
6. Perubahan yang dilakukan hendaklah perubahan dasar dan mendalam , bukan hanya
perubahan luaran dan kulit semata - mata . Titik mula kepada perubahan ini ialah
membangkitkan iman dan aqidah di dalam hati . Apabila makrifatullah mula
menyelinap di dalam hati seseorang manusia , pasti sahaja ia akan berubah menjadi
insan yang bertaqwa dan soleh .
7. Asy - syeikh Abdul Halim al Kinani turut menggariskan langkah - langkah teknikal untuk
mencapai matlamat dakwah diperingkat ini .

. Pendakwah hendaklah menjadi ikutan yang baik , benar - benar komited dan terkesan
dengan pengertian iman sebelum memindahkannya kepada sasaran dakwah .

. Perbincangan secara langsung dan dua hala berlaku antara pendakwah dan sasaran
dakwah [ maduu ] . Ia bertujuan untuk memindahkan pengertian - pengertian dan cetusan cetusan [ input ] iman ketika ziarah , pertemuan dan perbualan .
8. Memimpin sasaran dakwah [ madu'u ] secara praktikal :

. Mendorong dan menggalakkan supaya bertaubat dan menjelaskan kepentingan untuk


segera bertaubat .

. Meninggalkan segala dosa , maksiat dan mungkar serta tidak lagi mengekalinya . Serentak
itu merangsangnya untuk melakukan taat dan ibadat kepada Allah swt .

. Mendorong agar mengikat diri dengan al Quran dan sunnah . Mendengar , membaca ,
memahami , melaksana dan menghayatinya .
9. Memberikan peringatan [ inzaar ] dan galakan kepada madu'u [ sasaran dakwah ] .

. Memberi galakan dan ancaman agar tertanam rasa ingin mengabdikan diri kepada Allah swt
dengan melaksanakan segala hukum hakam Allah swt dan dalam masa yang sama takut akan
azab Allah swt akibat kecuaian dan kedegilan melaksanakan syariat Allah swt .

. Memberi amaran dan ingatan supaya mengharapkan rahmat dan keampunan Allah swt
sebelum mati sedang mati itu datang secara tiba - tiba dan azab Allah swt itu sangatlah
pediah .


dan sesiapa yang berpaling [ ingkar ] dari ingatan dan petunjukku , maka sesungguhnya
adalah baginya kehidupan yang sempit dan kami akan himpunkan dia pada hari kiamat
dalam keadaan buta .
10. Islam adalah cara hidup yang mesti diterima oleh semua . Tiada siapa yang berhak
menghalang Islam ini dikembangkan sebagaimana tiada siapa yang berhak menghalang
dirinya sendiri dari menerima Islam , cara hidup yang diwahyukan Allah swt .
Author: Nasruddin Hassan

Anda mungkin juga menyukai