Anda di halaman 1dari 2

[1]. Kecintaan kepada Allah dan Rasul-Nya s.a.

w melahirkan sebuah ketaatan yang tidak


berbelah bahagi. Tanpa cinta maka tiadalah taat sebaliknya apa yang akan berlaku ialah
penderhakaan atau pelanggaran syariat dan sunnah.
[2]. Kita perlu mewarisi kecintaan generasi awal terhadap Rasulullah s.a.w. Justeru cinta
mereka terhadap Rasulullah s.a.w sangat menakjubkan. Kata Ibnu Jarir bahawa telah
menceritakan kepada kami Ibn Hamid dan Yaacub Al Qumi daripada Jaafar bin Abi Al
Mughirah daripada Said bin Jubair katanya telah datang seorang lelaki Ansar kepada
Rasulullah s.a.w dalam keadaan berdukacita.
Lalu kata Rasulullah s.a.w;

"Wahai si Fulan, kenapa aku lihat engkau sedang berdukacita?"


Jawab lelaki Ansar itu;

"Wahai Nabi Allah! Ada sesuatu yang aku fikirkan mengenainya."


Tanya Nabi s.a.w;


"Apakah ia?"
Lalu jawab lelaki Ansar itu;



"Kami sering menghadiri dan keluar berpergian bersamamu dan kami melihat wajahmu dan
duduk bersamamu namun kelak di akhirat kamu akan diangkat tinggal bersama para Nabi a.s
maka kami tidak lagi berpeluang untuk bersamamu."

Nabi saw hanya diam selepas itu sehinggalah turun ayat :

"Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka mereka akan (ditempatkan di
syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka,
iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang
yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang
taat)."
(SurahAnNisa':69)
[3]. Kecintaan sahabat kepada Nabi s.a.w bukan sahaja di dunia malah mereka tetap mahu
bersama Nabi s.a.w di akhirat kelak. Ternyata kita juga sewajarnya meletakkan cinta Allah dan
Rasul-Nya sedemikian. Kita masih mampu melakukannya kerana Allah s.w.t menyebut bahawa
sesiapa jua yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya s.a.w maka ia akan ditempatkan oleh Allah
di
dalam
syurga
bersama
para
Nabi
alaihimus
solaatu
wassalam.

Author: Nasruddin Hassan

Anda mungkin juga menyukai