Anda di halaman 1dari 8

http://www.tarbawi.my/2014/03/dakwah-islamiyah-dan-cabaran-alaf-baru.

html

Dakwah merupakan suatu tanggungjawab agama yang mesti dipikul oleh setiap
muslim. Ia adalah usaha untuk menyampaikan saranan agama dan menyeru
manusia kepada kebaikan seperti yang didefinisikan oleh Islam. Tangungjawab ini
lahir dari komitmen dan iltizam mereka kepada kebaikan iaitu untuk menyampaikan
kebaikan bukan hanya kepada diri sendiri atau keluarga tersayang tetapi juga
kepada orang lain dan warga manusia sejagat.

Dakwah bermaksud seruan dan ajakan. Firman Allah dalam Surah Aali Imran ayat
104;

Dan hendaklah ada dikalangan kamu yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan
(mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta
melarang segala perbuatan yang salah (buruk dan keji). Mereka yang bersifat
demikian itulah orang-orang yang berjaya.

Dalam usaha untuk menggembangkan dakwah, pelbagai rintangan dan cabaran


terpaksa dilalui oleh setiap para daie. Ada yang bersifat dalaman dan ada pula
yang bersifat luaran. Iblis, syaitan, manusia kafir, munafiq, dan golongan taghut
yang berkepentingan sentiasa menjadi batu penghalang ke arah menyebarluaskan
ajaran agama Allah ini. Allah befirman dalam Surah al Ahzab ayat 22;




Apabila orang-orang yang beriman melihat golongan (al-Ahzab) penentang
(bergentayangan) mereka lantas berkata inilah apa yang dijanjikan oleh Allah dan
Rasul-Nya . Benarlah Allah dan Rasul-Nya.( Namun mereka tidak gentar) bahkan
semakin bertambah teguh keimanan mereka dan pasrah kepada Allah.

Cabaran Terhadap Dakwah

Berikutan dengan perkembangan dunia yang begitu tragis akhir-akhir ini, khasnya
setelah berlaku peristiwa 11 September dan pengganasan Amerika di Afghanistan
dan Israel di Palestin maka usaha untuk menyampaikan Islam semakin terdedah
kepada ancaman dan penentangan yang lebih seru dan getir. Pendakwah Islam

sering dilabel dengan label-label tertentu dan dengan gelaran buruk di samping
berhadapan dengan pelbagai mehnah dan tribulasi tersendiri yang pastinya
menuntut kepada kesabaran dan perancangan yang rapi bagi memastikan
matlamat yang ingin dicapai terlaksana disamping mendapat keredhaan Allah.

Dari sekian banyak cabaran yang dihadapi pada masa kini bolehlah diterangkan
sebagai berikut :
Cabaran Islamophobia
Media massa tempatan dan di luar negara tidak henti-henti menyiarkan rencana,
pemberitaan dan komen-komen yang memburukkan Islam dan para penatarnya.
Mereka menggunapakai istilah-istilah yang sengaja memalitkan Islam dengan
perbuatan jenayah, ganas, bermuslihat dan sebagainya untuk menutup mata
terhadap perlakuan ganas regim penjajah, Israel dan negara kuasa besar yang
sering melakukan keganasan terhadap negara-negara kecil di dunia.

Mereka mencipta musuh dan nama-nama baharu yang secara tersirat sebagai
strategi mengganyang negara dan gerakan Islam yang kini sedang memulihkan
kehadiran mereka dipentas politik dunia. Dalam masa yang sama mereka
memperguna prasarana undang-undang antarabangsa dan insititusi antarabangsa
untuk mengekang kebangkitan negara-negara Islam, negara-negara berkecuali dan
negara-negara ketiga untuk bangun menyaingi mereka sebagai kuasa ekonomi,
politik, teknologi dan ketenteraan.
Cabaran fahaman sekularisme
Fahaman sekularisme pula telah lama disebar dan dibajai dalam seluruh jentera
negara. Fahaman ini yang dibawa oleh barat dan disenangi oleh nafsu amarah
manusia sedang melanda umat Islam dan menjadi wabak yang menghakis
komitment kepada nilai-nilai agama. Sekiranya fahaman ini tidak dibendung dan
tidak ditangani segera dengan berkesan maka akan terhakis dan runtuhlah jatidiri
generasi tua dan muda umat Islam kini.

Pegangan mereka kepada agama akan luntur bahkan semakin menipis dan larut.
Gejala-gejala buruk pasti akan menular sepertimana yang sedang dirundung oleh
umat Islam masa kini. Pastinya umat Islam akan terus berpecah-belah menurut
fahaman yang berbagai ragam sehingga mereka menjadi alat untuk meruntuhkan
agama mereka sendiri.
Cabaran kuasa politik yang semakin undemocratic

Kekuasaaan yang dipegang oleh tampuk kepimpinan yang tidak demokratik, hidup
memerah dan membolot kekeyaan untuk kroni mereka, mengenggam kekuasaan
sebagai hak mutlak peribadi dan bukan amanah Allah, enggan mengamalkan dan
melaksanakan pemerintahan mengikut ajaran Islam pastinya akan menyebabkan
matlamat dan hala tuju sesebuah negara kucar-kacir. Institusi negara, dari
kehakiman, kepolisian, penerangan, perbendahaaraan akan disalahgunakan untuk
kepentingan parti.

Akhirnya amalan politik akan hanya untuk kepentingan kumpulan kecil dan diri
sendiri mengikut corak yang telah diajar oleh fahaman kapitalis dan meterialis.
Kemelut ini sudah tentu melahirkan iklim politik dan budaya sosial yang
menyimpang jauh dari keluhuran, ketelusan dan nilai-nilai tamadun yang tinggi.
Persempadan baru dan akta pilihanraya lebih bertujuan untuk menghimpit rakyat
dan parti lawan. Kadar peruntukan bayaran tertentu dinaikkan untuk menafikan hak
rakyat untuk mengadakan reformasi.
Cabaran undang-undang dan akta draconian
Undang-undang yang adil adalah tuntutan segenap rakyat yang prihatin. Manakala
ciri undang-undang yang adil ialah yang lahir dari tuhan yang maha adil. Dalam hal
ini umat Islam berkeyakinan bahawa undang-undang yang saksama ialah undangundang yang berlandaskan kepada ajaran Islam atau nilai-nilai kebaikan sejagat.
Keengganan menurut lunas-lunas perundangan ini akan menyebabkan negara
terjebak dalam kancah kemelut kezaliman, penipuan, fitnah, lucah dan amalan
politik mafia.

Amalan menangkap lawan atau musuh politik dengan tuduhan palsu bertopengkan
alasan keselamatan negara memang lumrah di kalangan para pemerintah korup
dan diktator. Selagi amalan amalan buruk dan zalim ini berleluasa dalam negara
sukar untuk negara berkenaan untuk dilabelkan sebagai negara Islam. Dalam masa
yang sama ketidakadilan dalam perundangan dan perlaksanaannya semakin
berleluasa.
Cabaran kepimpinan dan pemimpin yang korup
Kepemimpinan bukan suatu kuasa untuk berleluasa, berbuat apa sahaja menurut
kehendak hati. Ia adalah suatu amanah Allah dan masyarakat yang perlu dipikul
dengan penuh hikmah dan bijaksana. Ia memerlukan rasa tanggungjawab yang
tinggi menjaga muslihat agama, negara dan rakyat. Kepimpinan dalam Islam mesti
berada dikalangan orang yang paling beriman, berilmu, bertakwa, mempunyai
integriti, mampu berjihad dan layak. Kepemimpinan yang korup dan melanggar

etika dalam kepemimpinan Islam tanpa dapat membezakan yang baik dan buruk
serta enggan mengikut lunas Islam sudah pasti membawa musibah.
Cabaran media massa yang tidak bertanggungjawab dan kurang beretika
Media massa yang terlalu mengikut telunjuk dan bias terhadap sesuatu parti politik,
biasanya hanya akan menyebarkan berita yang mampu menaikan dan menjatuhkan
mana-mana parti yang menjadi ancaman. Oleh itu, media massa tidak lagi menjadi
satu institusi yang mencelikkan akal rakyat atau meningkatkan budi dan kewarasan
mereka berfikir tapi sebagai alat propaganda yang lebih membunuh kebijaksanaan
dan memperbodoh daya pemikiran mereka.

Media massa seperti ini tidak malaksanakan tanggungjawab sosial; meningkatkan


budaya berpolitik yang sihat dan demokratik, sebaliknya menjadi kuda tunggangan
manusia yang penuh tipu muslihat untuk menjatuhkan sesama sendiri, atau
terhadap parti lawan. Hak-hak untuk kebebasan bersuara dinafikan. Kebebasan
akhbar tinggal dakwaan manis yang tidak pernah menjadi kenyataan. Imej ulama,
mufti, Rasulullah, muslimat yang bertudung bahkan para pembimbing masyarakat
yang ternama sering menjadi sasaran usaha pemudaran reputasi dan kredibiliti oleh
media berkenaan.
Cabaran Pendidikan Sekular
Pendidikan sekular yang telah diperkenalkan oleh penjajah kini semakin diperkasa.
Aliran sekolah bahasa Inggeris yang dahulunya telah ditukar kepada aliran
kebangsaan kini mahu dinobatkan semula. Semangat kemerdekaan dan keagamaan
yang dahulunya diperjuang dan didaulatkan kini seolah-olah dilupakan bahkan
aliran keagamaan sering dimomok dan dianggap sebagai penghalang kemajuan dan
pembangunan. Amalan-amalan ibadah khusus dianggap penghalang kejayaan
dalam pembelajaran sains.

Sebab itu kegiatan ibadah qiamullail, zikir, solat tahajjud dan sebagainya diremeh
dan dipandang rendah oleh para pemimpin atasan tertentu. Ibu bapa yang prihatin
terhadap pendidikan agama anak-anak mereka dalam menghadapi kebanjiran
bahan lucah dan gejala maksiat dan sumbang mahram di kalangan remaja diaggap
sebagai penyebab kepada menurunnya prestasi bumiputra dalam lapangan
pencapaian sains. Pengabaian dan tindakan meminimakan pendidikan agama sudah
pasti akan menghasilkan satu generasi melayu muslim yang berkiblatkan nafsu
atau budaya barat semata-mata.
Budaya Barat (Westernisasi)

Akibat dari berleluasanya perkembangan alat kemunikasi dan informasi moden


maka pengaruh budaya Barat semakin menjarah masuk dan melunturkan faham
keagamaan dalam masyarakat. Budaya asing yang inginkan keseronokkan dunia
semata-mata kini semakin mendapat tempat dihati umat Islam. Gejala negatif
westernisasi menulari golongan remaja. Pesta seks di mana hubungan seks di
kalangan muda-mudi yang bukan mahram dan belum berkahwin menggempari
masyarakat. Amalan khurafat kembali menjengah oleh golongan politikus yang
ingin mendapatkan kerusi kekuasaan. Gejala gigolo pun heboh diperkatakan dalam
masyarakat. Pekong dan wabak bernanah yang hanyir ini jika tidak dirawat segera
akan menyebabkan rosaklah umat Islam dan misi syaitan pasti akan berjaya.
Penyalahgunaan teknologi informasi dan telekomunikasi
Antara sebab kemunduran umat Islam adalah akibat dari kekurangan pengusaan
terhadap teknologi yang semakin berkembang di negara barat. Teknologi ini
memungkinkan mereka menyebarluaskan propaganda mereka dengan berkesan.
Melalui filem, CD, VCD television stalite TV internet dan lain-lain mereka
menyalurkan berjuta-juta patah perkataan imej, grafik dan diayah yang
mempengaruhi umat Islam sehingga kehilangan jatidiri mereka.

Dengan penguasaan yang canggih dalam bidang ini mereka dapat meneruskan
penguasaan dan hegemoni ke atas dunia Islam dan negara-negara Islam. Jentera
prisikan mereka meredah masuk dalam berbagai jaringan sensitif pertahanan
negara. Mereka mungkin lebih arif terhadap rahsia dalaman berbanding umat itu
sendiri.
Kuasa Penjajah dan Zionis
Perancangan dan kerjasama diantara masyarakat Kristian dan Yahudi yang ingin
menghancurkan Islam telah menemui kejayaan dengan jatuhnya empayar Islam
semasa Zaman Turki Uthmaniyah. Strategi dan perancangan yang semakin rapi
sedang direncanakan yang pastinya membawa cabaran yang lebih besar lagi
terhadap umat Islam. Mereka ingin mengubah beberapa ayat al-Quran , mereka
mahu membasmi hadith Nabi sebagai suatu kuasa palsu yang memundurkan umat.
Mereka juga mahu umat Islam tidak lagi membangun negara dan politik Islam
kerana ia adalah fenomena ekstrimisme, dan terrorisme. Mereka terus memantau
perkembangan negara umat Islam agar Islam sebagai pola peradaban yang lengkap
tidak akan dapat dibangunkan semula.
Kristianisasi
Kristianisasi yang telah lama berlaku bukan merupakan perkara baru yang tidak
diketahui oleh umat Islam. Namun, strategi yang dirancang terlalu halus dan
memerangkap umat Islam yang leka dan lalai serta tidak mengikut ajaran Islam

mengikut landasan yang betul. Sebab itu terdapat beberapa golngan yang berjaya
disesatkan sehigga mendewa-mendewakan ajaran kristian dan seterusnya masuk
menjadi penganut agama itu samada kerana ingin berkahwin, atau ingin mendapat
habuan kebendaan atau lari menjadi rakyat di negara berkenaan.

Golongan pendeta dan muballigh Kristian terus memainkan peranan mereka


dengan dana kewangan yang besar dan prasrana diayah yang hebat dan canggih.
Namun berkat kegigihan pendakwah kita, dan kewaspadaan umat telah dapat
sedikit sebanyak membendung dan memelihara Umat Islam umumnya dari gejala
Kristianisasi.
Globalisasi
Globalisasi merupakan satu proses menundukkan dunia dalam segenap sektor
sama ada politik, ekonomi, sosial, budaya dan media dengan satu acuan
kemanusiaan tertentu. Ia merupakan satu cara baru yang digunakan oleh Zionis
atau Amerika Syarikat dalam berhadapan dengan Islam. Sikap negara-negara kuasa
besar dan Eropah berlandaskan kepada pendekatan pertembungan tamadun yang
meskipun mereka nafikan tetapi sebenarnya mereka gunakan untuk menghadapi
kebangkitan Islam serta institusinya.

Globalisasi juga mewujudkan satu budaya yang mengikut telunjuk dan acuan
Amerika serta menafikan nilai-nilai murni dan mulia serta budaya setempat.
Semuanya akan bertukar kepada budaya yang bertuhankan material semata-mata.
Globalisasi adalah istilah lunak mengantikan imprialisme dan penjajahan.
Kuasa Agensi Agama yang disalahgunakan
Di dalam negara umat Islam pula Agensi Agama yang telah dipolitikkan oleh
golongan tertentu telah menjadi penghalang kepada berkembangnya kefahaman
agama yang syumul dan beristiqamah. Badan-badan berkanun dan agensi-agensi
pentadbiran agama digunakan untuk menghalang penyampaian agama dalam
bentuknya yang merangkum kesedaran politik dan usaha reformasi umat. Dalam
masa yang sama pihak berkuasa menghadkan kuasa agama dalam bidang tertentu
sahaja supaya mereka mempunyai kuasa yang amat terbatas dan sukar untuk
melaksanakan sesuatu tuntutan syariat.
Kemiskinan dan Kepapaan
Taraf hidup masyarakat Islam yang rendah menyebabkan mereka mudah
diperkotak-katikkan dan dipergunakan untuk kepentingan penjajah asing atau agenagen mereka yang melanjutkan pegangan terhadap fahaman yang salah dan keliru.
Usaha-usaha memperalatkan pimpinan yang membawa kebaikan kepada barat giat

dirancang bagi memastikan cengkaman ekonomi hanya dikuasai oleh Barat dan
mewariskan kemiskinan dan pertelagahan kepada masyarakat jajahannya. Ini
merupakan satu perancangan Yahudi dan kuasa raksaksa korporat Barat.

Ekonomi negara diratah dan diperkotak-katikkan oleh penyangak mata wang antara
bangsa. Manakala penyangak dalam negara pula membazirkan wang negara dalam
projek mega yang mewah dan membolot kekayaan negara melalui tindakan
menghisap keupayaan kewangan syarikat-syarikat awam yang diswastakan.
Selepas syarikat yang diswastakan itu bangkrap mereka memulangkan semula
kepada kerajaan untuk dibiayai semula oleh wang rakyat.
Masyarakat Majmuk
Kepelbagaian kaum dan agama telah dijadikan alasan menyekat perlaksanaan
hukum Islam kerana dikatakan hendak menghargai hak dan kebebasan beragama.
Ugutan dan ancaman golongan sekular telah menakutkan orang-orang yang bukan
Islam menerima penyelesaian Islam. Soal khitan, keganasan dan sebagainya telah
dijadikan momok untuk menakut-nakutkan orang bukan Islam untuk menyokong
aliran Islam.
Kepelbagaian wadah dan wahana dakwah yang belum diselaraskan dengan
berkesan
Kepelbagaian wadah gerakan Islam tidaklah mutlak buruk. Ia mungkin
menambahkan lagi kerancakan dakwah di dalam negara kita. Namun pendekatan
yang berbeza dan kurangnya penyelarasan mungkin membuka peluang kepada
golongan tertentu untuk melaga-lagakan mereka untuk tujuan melemahkan kesan
dakwah secara total. Sebab itu gejala ini adalah merupakan cabaran yang tersendiri
kepada para pemimpin harakah tersebut. Mereka perlu merumuskan suatu
penyelarasan dan perkongsian bijak yang akhirnya menguntungkan Islam.
Kekurangan Tenaga Manusia yang terlatih
Kekurangan tenaga pakar dari dunia Islam adalah hasil polisi pendidikan yang tidak
sihat kesan dari penjajahan. Mereka tidak mahu melihat negara Islam lebih maju
dari mereka. Sekatan terhadap para pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran
mereka serta kuota yang dilaksanakan sedikit sebanyak menjejaskan mutu tenaga
mahir atau pakar yang akan merencatkan pertumbuhan sesebuah negara Islam.

Sebenarnya banyak lagi cabaran yang dihadapi oleh usaha dakwah masa kini kalau
hendak direntang panjang satu persatu. Tapi ruang yang terbatas menyebabkan
kita berpada dengan huraian di atas.

Biodata Penulis

Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin berasal dari Masjid Tanah, Melaka. Pernah
melanjutkan pengajian ke Mesir antara 1965-1974 di Maahad Buuth sebelum ke
Universiti al-Azhar dalam bidang Syariah dan Perundangan di Jabatan Fiqh Muqaran
(Perbandingan Hukum) dan diploma pendidikan dalam universiti yang sama. Bergiat
aktif dalam Persatuan Ulama Malaysia (PUM) dan menjadi Presiden NGO itu pada
tahun 1999-2003. Selain dari PUM beliau turut memimpin Sekretariat Himpunan
Ulama Rantau Asia (SHURA). Sementara itu di dalam PAS, beliau adalah AJK PAS
Pusat dan Ketua Lajnah IT PAS Pusat.

Anda mungkin juga menyukai