Anda di halaman 1dari 14

Apa Itu Stress?

Dr. Hans Selye, pengasas kepada teori stress atau tekanan perasaan
telah mendefinisikannya sebagai suatu reaksi yang tidak spesifik oleh
diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya.
(Dr. David B. Posen (Lifestyle Counselor and Psychotherapist) ;
Stress) Bebanan ini boleh wujud di dalam bentuk ancaman, cabaran
ataupun apa-apa perubahan di dalam hidup seseorang yang
memerlukan pengubahsuaian yang selari dengannya. Ada tekanan
perasaan yang baik lagi positif dan ianya dinamakan sebagai eustress
dan ada pula yang buruk lagi negatif dan ia dinamakan sebagai
distress. Tekanan yang positif amat kita perlukan di dalam hidup kita
untuk menjadikan kita lebih berhati-hati, terangsang, kreatif dan lebih
memberikan tumpuan dan perhatian kepada apa yang sedang kita
lakukan. Sebenarnya banyak penemuan dan ciptaan oleh saintis-saintis
telah berlaku di saat mereka tertekan dengan masalah-masalah tertentu.
Contohnya, ketika Alexander Graham Bell sedang berusaha untuk
membantu tunangnya, Mable Hubbard, yang telah hilang
pendengarannya, beliau telah berjaya mencipta telefon yang telah
meledakkan sistem telekomunikasi pada hari ini. (Stephen C. Phillips,
The Ten Laws Of Success)
Apakah Yang Berlaku Ketika Stress?
Ketika stress, badan kita akan mengeluarkan satu hormon rangsangan
yang bernama adrenaline kedalam saluran darah kita. Hormon ini
bersama-sama dengan beberapa hormon yang lain akan menyebabkan
beberapa perubahan berlaku di dalam tubuh kita sebagai persiapan
untuk melindungi kita. Di antara perubahan-perubahan itu ialah
denyutan jantung bertambah laju dan tekanan darah akan meningkat
(untuk mengepam lebihan darah kepada otak, otot dan jantung); gula,
lemak dan kolesterol di dalam darah akan bertambah (untuk memberi
lebihan tenaga kepada badan); pernafasan seseorang akan lebih laju
(untuk menyalurkan lebihan oksigen yang diperlukan) dan begitulah
seterusnya. Perubahan-perubahan ini berlaku secara tabii selari dengan
keperluan tubuh kita ketika itu. Walaubagaimanapun, jika stress atau
tekanan berpanjangan di dalam hidup kita dan kita pula tidak bijak
untuk mengurusnya, ia akan bertukar menjadi distress yang boleh
menyebabkan penyakit-penyakit tertentu menimpa kita.
Apakah Tanda-Tanda / Gejala Umum Stress ?
Manifestasinya adalah berbagai-bagai dan ia boleh dikategorikan
kepada empat bahagian :
Fizikal : Keletihan, pening kepala, susah tidur, sakit-sakit badan
terutamanya di kawasan bahu dan belakang, degupan jantung yang
kuat, sakit dada, meloya, ketar badan, sejuk tangan dan berpeluh.

Mental : Hilang tumpuan, mudah lupa, susah untuk membuat


keputusan, tidak boleh berfikir, celaru pemikiran dan tidak boleh
berjenaka.
Emosi : Risau, sentiasa bimbang, sugul, marah, mudah kecewa,
sentiasa takut, sensitif, mudah hilang sabar dan panas baran.
Perangai : Keluh-kesah, lahir tabiat seperti menggigit kuku dan
menggedik-gedikkan kaki, makan yang berlebihan, merokok, minum
arak, menjerit-jerit, maki hamun, mengungkit-ungkit dan menyalahkan
orang lain serta bertindak agresif.
Masalah Kesihatan Dan Penyakit-penyakit Yang Berpunca Dari Stress
Sakit jantung dan angin ahmar (stroke). Stress akan menambahkan asid
lemak (fatty acids) di dalam darah dan bahan-bahan ini akhirnya akan
bertukar menjadi lemak asli dan kolesterol yang akan menutupi saluran
pembuluh darah. Stress juga akan meninggikan tekanan darah di
samping memudahkan proses pembekuan darah. Semua ini merupakan
perubahan-perubahan yang boleh menyebabkan serangan sakit jantung
dan angin ahmar berlaku. (Health Education Associates, 1996; Stress
and Heart Disease)
Insomnia atau susah tidur. Stress boleh menyebabkan masalah susah
tidur dan susah tidur boleh menyebabkan stress, satu pusingan yang
amat membinasakan. Di Amerika saja, jumlah mereka yang diserangi
masalah ini menghampiri jumlah 36 hingga ke-62 juta orang. (Jeff
Davidson, 1977; The Complete Idiots Guide To Managing Stress)
Kencing manis. Kesugulan dan tekanan hasil dari stress akan
menambahkan kadar gula di dalam darah dan ini boleh membawa
kepada penyakit kencing manis atau menerukkan keadaan pesakit yang
telahpun mengidapnya. (Carol E. Watkins; Northern County
Psychiatric Associates; 1998)
Gastrik dan ulser. Penyakit-penyakit pada sistem penghadaman seperti
gastrik dan ulser juga mudah berlaku keatas seorang yang mengidap
stress disebabkan oleh peningkatan pengeluaran asid ketika diserangi
stress, terutamanya, jika ia menyebabkan kemurungan dan kemarahan
yang bersangatan. (Ballieux, R.E., 1984; Breakdown in human
adaptation to stress)
Infeksi atau jangkitan kuman. Tekanan atau stress juga akan
menyebabkan pengeluaran bahan-bahan catecholamines seperti
epinephrine dan norepinephrine ke dalam darah. Bahan-bahan ini
berperanan melemahkan sistem pertahanan badan dan ini sekaligus
akan memudahkan kuman-kuman untuk menyerang dan menyebabkan
penyakit-penyakit. (Stress and the Immune System by Hannah
Koenker, 1994) Kajian juga telah menunjukkan bahawa keadaan stress
akan meningkatkan peratus kemungkinan seseorang itu dijangkiti

kuman di sekitar 74 ke-90% dan dijangkiti virus selsema di sekitar 27


ke-47%. Stress juga akan memudahkan virus yang tidak aktif menjadi
aktif semula. (Brosschot, J.F., Benschop, R.J., Godaert, G.L.R., Olff,
M., De Smet, M., Heijnen, C.J., Ballieux, R.E., 1994; Influence of life
stress on immunological reactivity to mild psychological stress:
Psychosomatic Medicine)
Asthma. Ketika menghadapi stress, pesakit yang mengidap lelah akan
mudah diserangi oleh penyakit ini disebabkan oleh sistem pertahanan
badan yang menurun ketika itu, yang akan memudahkan reaksi-reaksi
tertentu berlaku di dalam darah yang akhirnya menyebabkan lelah.
(Elliott G.R., Eisdorfer C., 1982; Stress and Human Health)
Di samping itu, kajian telah menunjukkan bahawa stress juga adalah
penyebab kepada beberapa penyakit yang lain seperti darah tinggi,
sakit sendi (rheumatoid athritis), cirit-birit dan sakit usus (irritable
bowel syndrome and ulcerative colitis), mandul dan alahan kulit. (Dr.
Maria A. Smith, UTC School of Nursing; Advanced Pathophysiology:
Stress & Disease, Chapter 9)
Allah berfirman:

"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit


ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah
berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (Yaitu) orang-orang yang apabila
ditimpa musibah, mereka mengucapkan: 'Sesungguhnya kami adalah milik Allah
dan kepada-Nya-lah kami kembali.' Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang
sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang
mendapat petunjuk." (Al-Baqarah 2:155-157)

APA ITU TEKANAN / STRESS


PENGURUSAN STRESS DEFINASI
1. Berasal dari perkataan yang "Eustress" yang membawa maksud :
(a) Boleh menyesuaikan diri
(b) Stress yang membina
2. Ia juga berasal daripada perkataan "Distress" yang bermaksud:

(a) Tidak boleh menyesuaikan diri


(b) Boleh merosakkan diri
Oleh itu, Stress ialah situasi yang menganggu atau membina kehidupan seharian
MENGURUS STRESS
Stress adalah perkara yang sering berlaku kepada manusia yang normal. Oleh yang
demikian untuk mental yang sihat maka kita perlu mengetahui kaedah atau cara-cara
untuk mengurus stress dengan berkesan. Oleh yang demikian untuk mengurus stress
dinyatakan di sini beberapa perkara yang boleh diaplikasikan oleh pelajar. Stress perlu
diurus dengan baik. Jika ia tidak diurus diragui kita akan mengalami perkara-perkara
yang tidak baik. Secara umumnya antara perkara-perkara yang perlu diketahui adalah
seperti berikut:
(a) Riadah
Riadah merupakan satu keperluan di dalam hidup manusia. Dengan bersukan badan
menjadi sihat. Fizikal menjadi lebih mantap, pernafasan menjadi lebih baik. Apabila
kita beriadah kita menjadi lebih segar dan tenteram. Apabila kita beriadah bersama
rakan-rakan kita selalunya merasa gembira dan hubungan sesama kawan-kawan dapat
megurangkan stress.
(b) Ganjaran Diri
Penghargaan diri perlu dilakukan oleh pelajar-pelajar. Kita berikan dalam bentuk
kata-kata intrapersonal. Setiap tindakan yang baik yang kita lakukan, kita sendiri yang
memberikan penghargaan tersebut. Ganjaran diri ini dilakukan dengan menyatakan
bahawa kita juga mempunyai bakat dan potensi yang cemerlang, kerana itulah kita
berhak cemerlang. Sehubungan itu ia dapat mengurangkan stress dalam diri.
(c) Percakapan diri yang membina
Percakapan diri membawa maksud kita bercakap di dalam diri iaitu menggunakan
komunikasi intrapersonal. Kita boleh melakukannya. Tentu ada rahsia disebalik
kejayaan tersebut. Dengan kemahiran pendidikan serta pengetahuan yang ada pada
kita, kita dapat melakukan sebagaimana orang yang telah berjaya dapat
melakukannya. Jika ini dilaksanakan kita sudah ada jalan keluar dari kongkongan
stress. Ini mengelakkkan kita daripada hanya mempunyai impian tanpa ada apa-apa
tindakan atau daya juang. Percakapan diri boleh membantu diri kita.
(d) Kerja kemasyarakatan dan kebajikan
Manusia adalah insan sosial. Manusia saling berhubung dengan insan yang lain. Kerjakerja kemasyarakatan dan berbentuk kebajikan perlu dilaksanakan untuk mengurus
stress. Jika sekarang kita lihat badan-badan bukan kerajaan yang berperanan
membina kumpulan masyarakat yang bahagia. Bagi pelajar aktiviti badan beruniform
adalah satu kaedah terbaik mengurus stress. Kita juga boleh melakukan aktivitiaktiviti amal sama ada di dalam kawasan sekolah atau luar sekolah. Sumbangan

kepada sekolah misalnya dapat membawa implikasi yang besar dalam hidup pelajar.
(e) Penulisan
Bagi individu yang merasakan bahawa mereka tidak cenderung untuk memasuki
badan-badan beruniform dan kecemerlangan mereka adalah dengan puisi, sajak,
cerpen dan sebagainya. Maka kaedah yang terbaik untuk mengurus stress ialah dengan
melaksanakan aktiviti penulisan. Luahkan segala apa yang terbuku dalam perasaan
kepada bentuk penulisan. Luahkan perasaan yang terpendam dalam bentuk yang lebih
kreatif dan dinamik. Kaedah penulisan ini sememangnya membawa erti yang besar
iaitu membina bakat dan potensi kita. Dengan itu kita dapat mengurus stress dalam
corak yang lebih baik.
(f) Berjenaka
Jenaka adalah perkara yang lumrah dalam masyarakat kita. Manusia sering
berjenaka. Rasulullah s.a.w selalu berjenaka dengan isteri-isterinya. Ini adalah fitrah
manusia yang suka kepada jenaka dengan baik dan mengikut lunas-lunas agama,
budaya dan nilai masyarakat. Jenaka ini adalah bertujuan untuk menghilangkan
masalah yang mana masalah itu merupakan rentetan dari stress yang timbul.
(g) Ketenangan ( Bebaskan Diri )
Setiap pelajar perlukan ketenangan dalam hal-hal tertentu. Ketenangan perlu dicari.
Kaedah yang dimaksudkan ini ialah apabila kita berada dalam keadaan stress, maka
carilah tempat yang jauh dari kebisingan dan orang ramai dan di tempat itu
melaunglah sekuat hati dan sepuas-puasnya tentang apa-apa yang mahu dilaungkan
sebagi contoh 'Ah... ... ..'. Namun begitu laungan tersebut jangan hingga melanggar
batas-batas agama dan norma masyarakat. Laungan ini sebenarnya dapat
membebaskan ketegangan yang terkumpul di dalam diri.
(h) Meninjau orang yang kurang bernasib baik
Keinginan manusia yang tinggi seperti yang disebutkan di dalam penyebab stress sering
berlaku. Antara keinginan yang tinggi ini ialah seperti untuk lebih daripada orang lain.
Oleh itu dalam keadaan-keadaan tertentu adalah lebih baik kita merenung sejenak dan
meninjau golongan yang lebih fakir dan susah daripada kita. Penelitian dan
pemerhatian seumpama ini sekurang-kurangnya dapat menyedarkan kita bahawa kita
sebenarnya lebih bernasib baik dan lebih beruntung daripada mereka tersebut. Hal ini
juga dapat memberikan ketenangan tentang pentingnya bersyukur.
Secara keseluruhannya pemahaman tentang stress yang sering mendatangi kita adalah
penting. Apabila kita faham tentang faktor-faktor yang menyebabkan stress dan
bagaimana pula untuk mengurus stress, ia dapat memberikan kita celik akal
bagaimana kedudukan kita sebagai pelajar. Jika kita berada dalam keadaan stress,
apabila menghadapi peperiksaan, maka laksanakanlah cara-cara mengurus stress
dengan baik.
TEKNIK ATASI STRESS

(a) Jumpa para profesional


(b) Alih pandangan kepada yang releks
(c) Gunakan teknik meditasi
(d) Laksanakan latihan fizikal - Jalan 15 minit
(e) Menyusun keutamaan tugas
(f) Tulis perasaan / cakap dalam pita rakaman
(g) Dapat sokongan emosi dari orang lain
(h) Latihan pernafasan dalam
(i) Mengurus masa
(j) Mandi dalam air suam
(k) Teknik besarkan situasi ke tahap tak masuk akal
(l) Melihat dari segi positif
(m) Menguasai kehidupan anda - menyelesaikan masalah
(n) Terapkan semula matlamat yang realistik
(o) Ingat peranan anda di dunia

TEKANAN ATAU STRES DEFINISI DAN KAEDAH MENANGANINYA


Jangan biarkan hidup sentiasa diselubungi tekanan.
Kehidupan penuh dengan pelbagai perkara sama ada baik atau buruk, positif atau negatif. Itu
semua merupakan asam garam kehidupan. Tanpa tekanan kehidupan kita pasti tidak
bermakna. Ramai orang yang cuba untuk tidak meletakkan diri mereka dalam keadaan
tertekan. Tekanan tidak diminta kerana ia datang tanpa diundang. Tekanan boleh
mematangkan pemikiran yang pasti mencetus tindakan yang akan mewarnai
kehidupan dijadikan sebagai pengalaman.
Dalam Islam, tekanan ataupun boleh dikatakan kesenangan dan kesusahan merupakan ujian
Allah yang semata mata untuk menguji ketakwaan hambaNya.
Allah SWT telah memberikan panduan terbaik dalam menangani ujian sebegini melalui
firman-Nya dalam surah al-Baqarah ayat 155-156, maksudnya :
"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada
musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta
benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang
yang sabar (iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan,
mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah
kami kembali."
Hakikatnya, tekanan adalah perkara lumrah selagi kita bergelar manusia. Ujian yang
mendatang sama ada dalam bentuk yang kita suka atau sebaliknya ada kalanya
menjadikan seseorang itu lebih kuat atau jika tidak ditangani dengan baik mungkin
sesuatu yang lebih mudarat boleh berlaku. Ini semua bergantung kepada individu itu
bagaimana penerimaannya. Tekanan boleh membantu atau mungkin juga memberi
kemudaratan dalam kehidupan.
STRES - DEFINISI

Stress adalah istilah yang merangkumi tekanan, beban, konflik, keletihan, ketegangan,
panik, perasaan gemuruh, kebimbangan, kemurungan dan hilang daya.
Gejala stres ini terhasil apabila seseorang itu merasa yang keperluan melebihi dari
keupayaan atau sumber yang ada pada dirinya.
Perasaan berkemampuan dan berkesan adalah mustahak pada seseorang individu.
Menyedari yang diri adalah cekap dan efektif (dalam mencapai apa yang dihajati dan
melaksanakan segala tanggungjawabnya) adalah prasyarat penting pada kebanyakan individu
dalam penerimaan diri, nilai diri yang positif dan kesejahteraan hidupnya. Jika kepentingan
ini terlampau kuat dalam diri seseorang itu, maka ia akan lebih cenderung kepada stres
yang dicipta dalam dirinya sendiri.
Faktor persepsi adalah penting dalam mengkategorikan sesuatu perkara itu perkara
positif atau negatif. Kerap kali apa yang dianggap racun kepada seseorang itu adalah
madu pada orang lain. Sesuatu rangsangan luaran yang identikal itu boleh menghasilkan
pengamatan yang berbeza di antara dua individu yang berlainan dan seterusnya menghasilkan
tindakbalas yang berbeza. Sebab itu lah ada orang yang cepat merebut peluang kerana dia
dapat melihat itu sebagai pembukaan kepada kejayaan, dan disebaliknya ada orang yang
membiarkan peluang yang sama berlalu kerana ia melihatnya sebagai punca kepada kerugian
atau kegagalan.
Berdasarkan definisi di atas, boleh dikatakan bahawa semua perkara yang datang
kepada kita adalah tekanan ataupun stres. Bergantung kepada darjah tekanan itu,
bergantung kepada individu untuk menerimanya sebagai perkara positif ataupun
negatif.
Stres yang diterima dengan berlapang dada pasti menjadikannya ia sebagai perkara
yang positif yang menzahirkan tindakan atau tingkahlaku yang positif. Stres yang
diterima dengan tidak sepenuh hati dan dianggap sebagai perkara yang negatif akan
melahirkan tindakan yang negatif.
Dengan mengambil contoh, dalam menerima tugas dalam kerja. Jika individu itu
mengganggap tugasan itu sebagai satu tanggungjawab (positif) yang perlu dilaksanakan, ia
akan melahirkan tindakan yang bersungguh sungguh untuk menyelesaikan tugasan tersebut.
Ditambah dengan kemahiran, ilmu yang sedia ada dan sumber sumber yang boleh
diperolehi dan sedia ada bagi melaksana dan menyelesaikan tugasan itu.
Jika individu mengganggap tugasan itu sebagai satu beban (negatif), ia akan melahirkan
tindakan yang tidak menunjukkan usaha yang bersungguh sungguh dan untuk
menyelesaikan tugasan tersebut. Dengan tiada kemahiran dan ilmu yang mencukupi dalam
membantu menyelesaikan tugasan itu.
Namun jika individu merupakan seorang individu yang berfikiran positif, tugasan yang pada
mulanya yang dianggap perkara negatif boleh ditukarkan menjadi suatu perkara yang positif
dengan berusaha mencari jalan dan cara untuk mendapatkan sumber sumber yang
diperlukan bagi tugasan tersebut.
PUNCA STRES

# Terlalu inginkan kemenangan


# Bersikap terlalu mementingkan kesempurnaan
# Sifat terlalu mengharapkan yang terbaik
# Suka mendesak
# Risau keterlaluan
# Tidak mahu menerima teguran
# Berprasangka buruk dan berdendam.
# Cemburu dengan kejayaan orang lain
# Kerja yang membosankan, tekanan pekerjaan
# Masalah kewangan
# dan pelbagai sebab lagi bergantung kepada bagaimana seseorang itu melihat sesuatu
keadaan.
STRES MENUNJUKKAN PERUBAHAN
# Perubahan emosi seperti cepat marah, mudah menangis dan sentiasa bersedih, kecewa,
hampa, murung, gelisah, kelesuan, ketakutan, mudah mengamuk
# Sentiasa rasa bersalah
# Suka termenung
# Prestasi merosot
# Kekeringan idea
# Hilang tumpuan
# Sukar tidur
# Hilang selera makan.
Stres perlu ditangani dengan bijak. Jika tidak boleh dihilangkan sepenuhnya, sekurangkurangnya kita dapat mengawal perasaan tersebut agar tidak terus mengganggu
kehidupan seharian.
Cabaran hidup sekarang mendedahkan setiap individu kepada pelbagai bentuk
tekanan dan cara menghadapinya banyak bergantung kepada ketahanan diri. Mereka
yang berjaya menangani tekanan akan berjaya menguruskan diri dengan baik.
Ada sebilangan besar masyarakat meleraikan kekusutan jiwa tanpa pertimbangan akal sihat
dan panduan agama. Contoh bersukaria, menikmati muzik, berkaraoke, menari dan
mengambil ubat penenang. Ketenteraman yang diperoleh cara demikian sesungguhnya
tak lebih hanyalah bersifat sementara dan sekadar anggapan belaka.
Namun, tidak kurang yang terjebak dalam perkara negatif yang lebih berat kerana
gagal menangani tekanan seperti bergantung hidup kepada merokok, minum arak dan
pengaruh dadah, membiarkan diri tidak terurus serta meneruskan hidup dalam
tekanan. Lebih berat lagi ada yang sanggup membunuh diri.

Faktor-Faktor STRESS

Assalamualaykum wbt dan Salam Ramadhan ke-12.


Semoga Ramadhan kali ini akan memberikan lebih keberkatan kepada kita semua.
In Sha ALLAH.
Okess! Seperti yang Awla janjikan sebelum ini, hari ini Awla akan sambung kembali
tentang STRESS!
Sebelum ini Awla dah ceritakan apa itu Stress sebenarnya kan ? Hope semua dah
faham :)
Kalau tak faham lagi , jom baca entri ini dengan lebih lanjut. In Sha Allah, akan lebih
faham. :)
First, kita kaji dahulu apa punca atau faktor yang menyebabkan tercetusnya STRESS
ini.. ??
* Ada sesiapa pernah mengalami keadaan macam ni ??
Stress boleh berlaku di mana-mana sahaja dan kepada sesiapa sahaja, daripada bayi
sehingga warga emas. Contohnya, STRESS di tempat kerja, di rumah, di sekolah dan di
mana sahaja kita mula merasai stress itu wujud. Ada orang stress disebabkan bebanan
kerja yang terlalu banyak, ada pelajar yang stress bila gagal, ada ibu bapa yang stress
apabila mengalami krisis rumah tangga. Malah ada orang STRESS disebabkan pilihan
pakaian terlalu banyak, sampai tak tahu nak pilih yang mana untuk buat baju raya ;)
Stress terbahagia kepada dua iaitu faktor dalaman dan faktor luaran. Jom kita
Terjahh, apa faktor dalaman yang boleh menyebabkan STRESS!
FAKTOR DALAMAN
(a) Perwatakan

Jika dilihat seperti contoh yang Awla berikan di awal tadi, perwatakan manusia ini
berbeza-beza. Oleh kerana itu adalah anugerah Allah yang tidak ternilai. Manusia
adalah unik, iaitu jika dilihatkadang-kadang kita meminati mata pelajaran Bahasa
Melayu dan tidak meminati mata pelajaran matematik. Ada pula manusia
yang meminati mata pelajaran Geografi tapi bukan Bahasa Melayu dan sebagainya
lagi. Ini yang dikatakan bahawa manusia mempunyai pelbagai kecenderungan,pelbagai
minat dan nilai dan seumpamanya lagi. Ada manusia begitu cepat mengalami stress dan
ada pula manusia yang lambat mengalaminya. Oleh itu sebagai manusia kita perlu
kenal di mana kedudukan atau tahap kedudukan stress yang ada pada diri kita.
(b) Kendiri yang terlalu ideal
Manusia mempunyai cita-cita dan impian yang tersendiri. Impian atau cita-cita ini
selalunya akan menjadi kenyataan apabila manusia berusaha untuk mencapai impian
tersebut. Yang menjadi masalahnya ialah apabila manusia tidak bertindak untuk
mengejar impian tersebut. Cita-cita dan Impian tinggi tapi usaha kosong ? Sebagai
contoh kita melihat pencapaian pelajaran rakan kita, atau orang yang telah
berjaya, tetapi kita sedikit pun tidakberusaha ke arah itu, malah kita masih dengan
tabiat yang lama seperti meniru kawan, membuang masa dan sebagainya. Perkara ini
sangat tidak tepat sekiranya kita tidak menyeimbangkan antara usaha dan cita-cita.
(c) Kognitif
Kognitif adalah pemikiran yang wujud dalam diri manusia. Manusia mengalami
ketegangan disebabkan kognitif atau banyak berfikir perkara-perkara yang negatif.
Manusia kadang-kadang merasakan dirinya lemah, tidak mempunyai bakat
dan potensi. Ini disebutkan sebagai faktor kognitif yang begitu menekan. Manusiamanusia ini mudah mengalami stress kerana berfikiran lemah. Justeru, kita tidak
dapat menimbangkan antara rasional dan tidak rasional. Stress akan mudah datang
kepada manusia seperti ini. Oleh hal yang demikian, kita perlu memberikan perhatian
dari sudut itu.
(f) Tidak selaras personaliti
Stress hadir apabila manusia tidak mempunyai keselarasan antara personaliti diri dan
minat dalam kerjaya. Sebagai contoh manusia yang mempunyai minat di bidang sosial
iaitu ingin menjadi guru dan sebagainya tetapi bekerja sebagai Jurutera. Ini

menunjukkan tiada keselarasan antara minat dan personaliti yang ada. Perkara ini
sering berlaku kepada kita lantaran kita tidak mengenalpastinya sungguh-sungguh.
(d) Kelemahan dalam komunikasi dan berbahasa
Stress juga terjadi kepada manusia yang mempunyai masalah berkomunikasi dan
berbahasa. Kegagalan berkomunikasi menyebabkan seseorang sukar
untuk berinteraksi dengan seseorang yang lain. Dengan itu, segala maklumat yang
ingin disampaikan tidak diterima oleh pendengar dengan berkesan. Ini akan
menimbulkan masalah dan sekiranya ia tidak dapat diatasi, stress pasti akan berlaku.
(e) Keperluan dan kemahuan
Setiap manusia pasti mempunyai keperluan dan kemahuan masing-masing dalam
kehidupan ini. Cuma, yang membezakannya samaada keperluan dan kemahuan itu
sedikit atau banyak. Sebagai contoh, remaja yang kekurangan kasih sayang dalam
hidupnya boleh mendatang stress yang besar kepada dirinya. Sebuah keluarga yang
hidup dalam kemiskinan dan tidak mempunyai keperluan yang mencukupi akan
mengalami stress jika tidak ditangani dengan baik.
FAKTOR LUARAN
(a) Sosial dan tempat kerja
Selalunya kita tidak terlepas dari hubungan dengan orang lain. Manusia juga
bekerja dan di tempat kerja sudah pasti manusia berkomunikasi dengan orang lain.
Justeru hubungan sentiasa berlaku. Dalam hubungan ini selalunya berlakulah
komunikasi yang mencetuskan masalah. Lumrah hidup di dunia, masalah tidak boleh
lari. Sebenarnya masalah yang datang boleh mematangkan manusia. Jika kita lari dari
masalah maka kita lari dari proses membina kematangan diri. Manusia yang berani
menghadapi masalah ialah manusia yang berani menghadapi kenyataan. Apabila
hubungan negatif berlaku dengan orang lain, ini juga boleh menjadi penyumbang
kepada stress. Maka hadapilah masalah ini dengan penuh kerjasama.
(b) Hubungan dengan keluarga
Ramai orang mengalami stress kerana hubungan antara suami-isteri, ibu-anak, ibu
bapa-anak-anak yang tidak baik. Ketegangan yang berlaku alam hubungan
kekeluargaan boleh mencetuskan hasil yang tidak baik. Misalnya, ibu tidak lagi
memberi penghargaan kepada anak-anak. Anak-anak tidak lagi menghormati ibu dan
ayah sebagaimana sewajarnya dihormati. Komunikasi dua hala sudah terkubur

dan inilah bibit-bibit yang bakal mencetuskan kehancuran institusi keluarga dan
seterusnya menyebabkan stress berlaku. Justeru, perkara ini perlu diberi perhatian.
Maka kita perlu mencorakkan satu hubungan yang penuh empati dan memahami
antara satu sama lain. Hubungan ini dijalinkan berdasarkan kepada kasih sayang,
hormat menghormati dan menghargai individu lain.
(c) Persekitaran
Persekitaran dan keadaan cuaca yang tidak stabil juga boleh menyebabkan stress.
Contohnya, para pelajar membuat bising di dalam kelas . Keadaan ini boleh
mendatangkan stress kepada pelajar lain yang sedang belajar. Cuaca yang tidak
menentu seperti panas terik boleh menyebabkan stress kepada petani yang sedang
bekerja. Oleh itu, stress ini boleh di atasi dengan cara yang baik jika tahu bagaimana
cara untuk mengatasinya.
Stres dan Akibatnya

Keadaan atau masa yang menimbulkan stres selalu berlaku. Perkara ini tidak dapat dielakkan
memandangkan gaya hidup di dunia moden yang serba pantas ini.
Adakah anda tahu mengenai pelbagai kesan stres ke atas sistem tubuh kita? Ia boleh
merosakkan beberapa sistem. Ia malah mampu melemahkan tubuh kita hingga ke satu tahap
di mana sistem imun berputus asa.
Daripada hanya membaca maklumat ini begitu sahaja, adalah penting untuk kita mengambil
pendirian. Buatlah keputusan untuk membuat apa saja yang terdaya untuk mengurangkan
kesan buruk stres. Stres boleh membunuh, justeru jangan biarkan ia membunuh anda atau
orang yang anda sayangi. Individu yang mengalami stres sentiasa kehilangan tenaga yang
diperlukan untuk menjalani kehidupan seharian. Jika ini berlaku, ianya boleh menyemai sikap
negatif dalam kehidupan mereka. Kemurungan akan berlaku dan mencetuskan kesan negatif
kepada kehidupan individu berkenaan.
Kegagalan menangani stres juga boleh membawa kesan buruk ke atas kesihatan seseorang.
Lazimnya sistem imun dapat mempertahankan tubuh dari penyakit. Namun begitu, stres
boleh melemahkan sistem imun. Jika ini berlaku, individu berkenaan akan lebih mudah
mendapat penyakit berbahaya seperti kanser dan masalah jantung. Pada masa yang sama, jika
dia sedang berhadapan dengan masalah kesihatan, ianya boleh memburukkan lagi keadaan.
Umum mengetahui penyakit jantung merupakan penyebab kematian nombor satu di dunia.
Sebahagian dari simptom atau pertanda penyakit jantung mempunyai kaitan dengan stres.

Peningkatan tekanan darah yang mendadak dan debaran jantung berterusan adalah antara
tanda-tandanya. Berasaskan fakta-fakta tersebut, adalah penting untuk seseorang untuk
berbuat sesuatu sekiranya mereka mendapati diri mereka tidak berupaya menangani stres.
Mereka perlu mengatasi masalah tersebut secepat mungkin untuk mengelakkan diri dari
menjadi mangsa stres yang boleh membunuh.
Cara Mudah untuk Mengatasi Stres
Ada beberapa langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan kesan buruk stres. Dengan
mengamal langkah-langkah berikut, risiko untuk mendapat kesan buruk stres dapat
dikurangkan.
1. Pemakanan yang Betul
Makan makanan yang betul membantu kita menghadapi cabaran kehidupan seharian.
Pastikan anda tidak terlupa untuk makan pada waktu makan agar anda mempunyai tenaga
yang cukup untuk melaksana tugas seharian. Pada masa yang sama, mengambil diet yang
seimbang akan menjamin tubuh mendapat zat makanan yang diperlukan. Justeru pastikan
anda mengambil makanan yang menyumbang kepada kesejahteraan anda. Ambil protein,
vitamin B (B6 dan B12), asid folik dan mineral.
2. Jangan Membebankan Diri
Kadangkala seseorang itu terlalu bercita-cita tinggi dan terlupa akan kemampuan diri. Justeru
penting untuk kita mengelak diri dari mengambil tugas lebih dari yang mampu dilaksanakan.
Laksanakan tugas sedikit demi sedikit. Pecahkan tugas yang besar kepada beberapa tugas
kecil yang boleh diselesaikan dalam tempoh yang lebih pendek. Dengan cara ini, ia akan
meringankan beban tubuh dan minda kita.
3. Berehat
Jika anda selalu sibuk dan tidak cukup tidur, fikir semula baik-baik. Badan kita perlu rehat
selepas bekerja untuk beberapa ketika. Justeru jangan biarkan seminggu berlalu tanpa rehat
dan tidur yang nyenyak. Cubalah ambil cuti selepas melaksana beberapa siri tugas berat.
Mendengar musik klasik yang baik atau mengambil masa untuk bersendirian dan merehatkan
minda akan membantu kita dalam jangka masa yang panjang.
4. Berinteraksi dengan Famili dan Rakan
Adalah bagus menjadi seorang yang kuat kerja. Namun begitu jangan lupa, sebagai seorang

manusia kita memerlukan sokongan orang di sekeliling kita. Pastikan anda meluangkan masa
untuk melakukan aktiviti masa lapang bersama famili dan juga rakan-rakan. Ini akan
menghilangkan sebarang kerungsingan yang bermain di minda. Dalam masa yang sama ianya
akan menolong anda membina pandangan positif apabila anda kembali bertugas.
Stres sebenarnya boleh membunuh tetapi ianya tidak perlu begitu. Penting untuk seseorang
itu mempunyai kawalan ke atas kehidupannya. Lindungi diri dan kesihatan dengan
mengamalkan langkah-langkah yang akan membantu mengurus stres dengan baik.
Untuk menghadapi kehidupan seharian dari perspektif baru, sila layari:
http://www.mymotivasi.com

Anda mungkin juga menyukai