Anda di halaman 1dari 1

Peranan Guru Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

Peranan guru begitu besar dalam melaksanakan Falsafah Pendidikan


Kebangsaan (FPK). Guru merupakan insan di mana murid-murid menjadikan
role model dalam menimba ilmu. Untuk merealisasikan hasrat FPK, peranan
guru amatlah penting. Aspek kepimpinan guru perlu diambil perhatian. Guru
perlu berfikiran kreatif dalam pengurusan dan berhubungan dengan guru dan
juga

murid.

Mereka

bertanggungjawab

menetapkan

falsafah

sekolah,

membentuk wawasan sekolah, membentuk visi dan misi sekolah yang


berlandaskan FPK.Guru juga perlu memastikan aspek-aspek seperti budaya
sekolah, aktiviti ko-kurikulum dan disiplin murid diberi penekanan dan perhatian
yang sewajarnya supaya hasrat FPK dapat direalisasikan.
Guru yang proaktif akan sentiasa membuat jangkaan-jangkaan tentang
perubahan yang sedang dan bakal berlaku agar warga sekolah sentiasa
selangkah ke hadapan, dengan itu sentiasa bersedia terhadap sesuatu
perubahan.Guru pembentukiklim sekolah. Iklim sekolah yang terbuka memberi
ruang dan peluang murid melibatkan diri dengan pelbagai kegiatan. Suasana
adil, mesra, demokratik dan liberal memberi rangsangan yang baik ke arah
dedikasi, gembira dan sempurna.Guru pencetus aspek perkembangan intelek. Ia
merangkumi aspek budaya ilmu . Guru yang baik tidak mengabaikan aspek kokurikulum.
Untuk merealisasikan FPK, guru juga perlu memainkan peranan yang
berkesan dalam melaksanakan gerak kerja ko-kurikulum. dan sukan dengan
usaha

memperkembangkan

lagi

potensi

individu,

membentuk

sahsiah,

membantu pertumbuhan jiwa bermasyarakat. Perlu ditegaskan lagi, peranan


guru amat penting dalam merealisasikan FPK. Guru bertanggungjawab
melahirkan potensi murid secara seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani.