Anda di halaman 1dari 14

Sejarah Permainan Tenis

Tenis merupakan salah satu pemainan menggunakan raket yang disukai oleh
sebahagian besar penduduk dunia. Ia dikenali sebagai Jeu de Paume di Perancis,
Real Tennis di Britain dan Royal Tennis di Australia. Ia merupakan sukan raket yang
tertua berbanding sukan squash dan beberapa sukan raket yang lain. Berdasarkan
beberapa catatan sejarah, permainan menggunakan bola dan raket telah dimainkan
sejak sebelum masihi lagi. Ketika itu, ia dimainkan di Mesir dan Yunani. Pada abad
kesebelas, sejenis permainan iaitu jen de paume yang menyerupai permainan tenis
kini, telah dimainkan buat pertama kali di sebuah kawasan di Perancis. Bola yang
digunakan disalutkan dengan benang berbulu, manakala pemukulnya hanyalah
tangan.
Permainan ini kemudian diperkenalkan ke Itali dan Britain pada abad ke 13. Ia
mendapat sambutan yang menggalakkan dalam masa yang singkat. Ramai rakyat
tempatan menunjukkan minat terhadap permainan ini dan mula bermainnya. Sejak itu
perkembangan sukan ini terus meningkat ke negara Eropah yang lain.
Raket bertali pula diperkenalkan kali pertama pada abad ke 15 oleh Antonio da
Scalo, seorang paderi berbangsa Itali. Beliau menulis undang-undang umum bagi
semua permainan yang menggunakan bola termasuk tenis. Majalah inggeris Sporting
Magazine menamakan permainan ini sebagai tenis padang. Dalam buku Book of
Games And Sports yang diterbitkan dalam tahun 1801 menyebut sebagai tenis
panjang. Tenis, pada mulanya merupakan permainan golongan atasan. Tenis
gelanggang rumput yang terkenal di zaman Queen Victoria disertai oleh golongan
pertengahan yang menjadikannya sebagai permainan luar.
Bola tenis pula diperbuat daripada gabus yang dibalut dengan kain yang diikat
secara ketat, tetapi ia hanya boleh bertahan selama 2 minggu. Bola tenis seterusnya
mengalami revolusi apabila ia diperbuat menggunakan bulu biri-biri. Bola tersebut
lebih ringan berbanding sebelumnya. Manakala, gelanggang tenis yang pertama telah
dibina di Hampton Court pada tahun 1625 dan ia telah memperlihatkan motif sebenar
permainan. Gelanggang tersebut masih lagi digunakan sehingga sekarang untuk
pertandingan.

Pada ketika itu juga, iaitu sekitar abad ke-16 dan abad ke-17, golongan
bangsawan di England dan Perancis mula memainkannya. Di England, Henry VII
amat menyukai sukan ini dan pewarisnya sendiri memiliki gelanggang asal di
Hampton Court Palace. Pada ketika itu juga di Paris, sebanyak 1800 gelanggang
telah dibina. Ada pendapat mengatakan bahawa gelanggang tenis telah di bina di atas
kapal 2000 tan di Perancis. Manakala, gelanggang yang dibina di Versailles, Perancis
pada tahun 1686, pula berharga 45,403 franc. Tetapi pada sekitar tahun 1700, tenis
mula disisihkan di Perancis. Sungguhpun begitu, terdapat juga gelanggang yang
dibina seperti di Bath pada tahun 1777 tetapi ia hanya digunakan selama 37 tahun
sahaja, dan kini bangunan itu telah dikenali sebagai Bath Industrial Heritage Centre.
Pada pertengahan abad ke 19, kebangkitan semula tenis mula dirasai. Ketika itu,
gelanggang tenis yang pertama di Amerika Syarikat dan Australia telah dibina pada
tahun 1876 dan 1882. Tetapi, perang dunia pertama telah memberikan impak yang
negatif terhadap permainan tenis ini.
Kelab tenis pertama ditubuhkan ialah Kelab Leamington di Perancis yang
telah diasaskan oleh J. B. Perera, Mejar Harry Gem, Dr. Frederick Haynes dan Dr.
Arthur Tompkins pada tahun 1872. Pada masa itu, tenis dikenali sebagai pelota atau
lawn rackets. Dalam tahun 1874, permainan tenis telah pertama kali dimainkan di
Amerika Syarikat oleh Dr. James Dwight dan F. R. Sears. Sementara itu, All England
Croquet Club pula telah ditubuhkan pada tahun 1868. Dua tahun selepas itu, ia telah
membuka pejabatnya di Jalan Worple, Wimbledon. Pada tahun 1875, kelab ini juga
telah bersetuju memperuntukkan sebahagian dari tanahnya untuk permainan tenis
dan badminton. Sehubungan dengan itu, satu set undang-undang permainan tenis
gelanggang rumput telah digubal. Amerika Syarikat pula telah menubuhkan kelab
tenisnya yang pertama di Pulau Staten. Bermula dari situlah, Amerika Syarikat telah
berkembang dengan pesat sekali dalam permainan tenis. Ia telah berjaya melahirkan
begitu ramai sekali jaguh tenis yang telah menguasai persada tenis antarabangsa.
Kejohanan Tenis Gelanggang Rumput pertama bermula tahun 1877. Seramai
21 orang pemain telah mengambil bahagian. Spencer William Gore telah muncul
sebagai juara. Kini kejohanan itu dikenali sebagai Kejohanan Wimbledon.
Namun di Malaysia, permainan tenis mula diperkenalkan pada awal abad ke
20. Persatuan Tenis Malaysia (LTAM) telah ditubuhkan pada tahun 1921. Pada tahun
1953, pertandingan pertama telah diadakan untuk merebut Piala Chua. Beberapa

tahun kemudian selepas itu, bermula pula perlawanan antara Wilayah Utara Malaya
dengan Selatan Malaya untuk merebut Piala Guillemard untuk lelaki dan Mc Cabe
Peay pula untuk wanita. Kini di Malaysia terdapat pelbagai pertandingan peringkat
kebangsaan dan antarabangsa telah dijalankan. Malaysia juga turut menyertai
pertandingan tenis peringkat antarabangsa seperti Piala Davis dan Piala Asia.
Secara keseluruhannya, permainan tenis merupakan salah satu antara
permainan yang termaju dan digemari di seluruh dunia. Ia telah melahirkan ramai
jaguh dan bintang tenis yang terkenal seperti Jimmy Connors, John McEnro, Ile
Natashe, Bjorn Borg, Boris Becker, Mats Wilander, Stefie Graff, Monica Seles, Martina
Hingis, Pete Sampras, Andre Agassi dan ramai lagi. Kini, tenis menjadi satu
permainan yang berbentuk komersil yang menawarkan hadiah yang tinggi nilainya.
Antara pertandingan tenis antarabangsa ialah wembledon, perancis terbuka, us
terbuka dan Australia terbuka.

Teknik Bermain Tenis

Teknik dasar bermain tenis iaitu grip terbahagi keada empat jenis. Teknik dasar
ini adalah sangat penting kerana seringkali pemain yang baru atau belum pernah
sama sekali bermain tenis terjebak pada kesalahan dasar dalam memegang raket.
Berikut
pegangan

akan

dijelaskan

tangan

posisi

di gagang tenis

ditinjau dari posisi

pegangan raket.

Umumnya gagang raket tenis berbentuk oktagonal. Kedelapan sisi tersebut


dibagi menjadi sisi atas, bawah, kiri, kanan dan sudut 1, 2, 3, dan 4 (searah jarum
jam) seperti yang diilustrasikan pada gambar di atas. Yang dipakai menjadi patokan
dari setiap tipe grip adalah
telunjuk.
(a) Forehand Continental grip

posisi

dari

pangkal

ujung

jari

Grip ini merupakan grip klasik yang selalu digunakan oleh pemain-pemain tenis
zaman dahulu ketika raket kayu masih digunakan. Posisi tangan berada tepat di atas
gagang raket dan posisi pangkal telunjuk berada di sudut 1 (untuk pemain tangan
kanan) atau sudut 4 (untuk pemain kidal). Grip ini sesuai digunakan di permukaan
lapangan yang cepat, seperti rumput, dan digunakan oleh pemain dengan tipe
permainan Service Volley. Saat ini tidak banyak yang menggunakan tipe continental
sebagai pegangan forehand utamanya kerana tempo permainan yang semakin cepat
dengan bola yang semakin berputar (spin). Minus grip ini adalah hanya biasa dipakai
untuk pukulan mendatar (flat) dan mengiris (slice), sedangkan untuk pukulan spin
agak sulit. Pemain yang memakai grip ini juga seringkali kesulitan menghadapi bolabola top spin yang bersifat agak melambung parabolik. Akan tetapi, grip continental
merupakan grip standard untuk melakukan service dan juga untuk pukulan volley
serta overhead kerana tangan

mantap

mencengkeram

gagang

raket.
(b) Forehand Eastern grip

Eastern merupakan grip yang paling mudah diaplikasikan petenis pemula. Grip
ini seringkali disebut sebagai pegangan berjabat tangan. Cara untuk memegangnya
adalah memulai pegangan dari leher raket, seperti menjabat tangan, lalu turun ke
hujung gagang raket. Posisi dari pangkal telunjuk cenderung berada pada sisi kanan
(untuk

pemain

tangan

kanan)

atau

sisi

kiri

(untuk

pemain

kidal).

Pegangan jenis ini dapat memberikan variasi pukulan yang lengkap, baik untuk flat,
slice, mahupun spin.

(c) Forehand Semi-Western grip

Grip jenis ini adalah grip yang paling banyak dipakai oleh pemain tenis modern,
terutama yang memiliki tipe permainan baseliner (termasuk saya sendiri). Cara untuk
memegang bagi grip ini adalah dengan menempatkan pangkal jari telunjuk di sudut 2
(untuk pemain tangan kanan) atau 3 (untuk pemain kidal). Atau biasa juga berawal
dari grip eastern kemudian tangan diputar searah jarum jam satu sudut ke sudut 2
atau 3. Keunggulan dari grip ini adalah dapat memukul spin dengan baik sehingga
kemungkinan bola untuk melewati net lebih besar kerana sifatnya yang parabolik. Grip
ini juga dapat dipakai untuk memukul flat tetapi tidak direkomendasikan untuk
memukul slice. Minus dari grip ini adalah sulit untuk mengantisipasi bola-bola rendah
yang dihasilkan dari pukulan flat atau slice terutama di lapangan cepat (grass atau
hard court).
(d) Forehand Western grip

Grip jenis ini merupakan grip yang ekstrim digunakan terutama untuk
memproduksi pukulan topspin. Pemain spesialis lapangan tanah liat (clay) umumnya
menggunakan grip jenis ini, juga banyak pemain modern saat ini. Grip ini sangat
sesuai digunakan bagi pemain yang ingin memukul bola dengan top spin yang
ekstrim. Arah bola dari hasil pukulan ini dapat melambung di atas net dan turun
menurut garis parabolik yang ekstrim. Grip ini juga sangat nyaman digunakan untuk
mengantisipasi bola-bola tinggi yang biasanya terjadi di lapangan tanah liat. Akan
tetapi, minus dari grip jenis ini adalah tidak biasa dipakai untuk melakukan pukulan flat
serta slice dan juga sangat sulit untuk mengantisipasi bola-bola slice yang jatuh
rendah di lapangan cepat seperti rumput (grass) atau semen (hard court).
Terdapat beberapa contoh teknik pukulan dalam permainan tenis iaitu
Forehand, Backhand, Groundstroke, Smesy, Slice, Spin, Dropshot dan Volley.
(a) Forehand
Pukulan yang paling utama dan paling mudah diajarkan dalam permainan
tenis. Forehand sendiri adalah pukulan yang ayunannya dari belakang badan menuju
depan dan bahagian depan raket atau telapak tangan berhadapan dengan bola.
Gerakan dimulai dari pergerakan badan menuju arah bola dan telah menentukan
tepatnya kawasan bola akan dipukul. Zon yang baik untuk memukul tenis dengan grip
continental atau eastern adalah pada daerah di depan badan, di daerah sekitar bawah
perut. Kemudian raket diayunkan ke belakang bersamaan dengan rotasi bahu tangan
yang tidak memegang raket ke depan. Kaki kiri maju ke depan dan badan tegak lurus
terhadap garis baseline atau net untuk melakukan closed stanc. Ketika bola telah
masuk pada zon pukulan yang dikehendaki, raket diayunkan ke depan menuju titik
kontak antara bola dengan raket. Raket kontak dengan bola tenis dan usahakan bola

harus berada pada sweetspot dari raket untuk kesempurnaan dari pukulan tersebut.
Setelah terjadi kontak maka melakukan followthrough dengan cara raket tetap
diayunkan hingga melintasi badan ke arah kira-kira jam 11.
(b) Backhand
Pukulan dasar kedua dalam bermain tennis. Backhand adalah pukulan yang
dilakukan dengan mengayun tangan dari tepi badan menuju depan atau
menggunakan bahagian belakang raket untuk memukul bola dan telapak tangan
membelakangi bola. Pada zaman sekarang, pukulan ini terdapat dalam dua jenis
pukulan iaitu: backhand menggunakan satu tangan dan backhand menggunakan dua
tangan. Masing-masing pukulan memiliki kelebihan dan kekurangan. Namun, pukulan
backhand dua tangan lebih banyak dipakai oleh pemain pro kerana efektivitinya.
Terdapat beberapa kelebihan dalam memakai backhand satu tangan. Pertama,
jangkauannya yang panjang sehingga bola-bola yang dapat ditangani dengan lebih
mudah. Kedua, lebih mudah untuk melakukan voli berbanding satu tangan dan
umumnya pemain yang memiliki backhand satu tangan lebih baik dalam memukul voli
daripada pemain yang memiliki backhand dua tangan. Terdapat 2 jenis grip yang
biasa digunakan dalam melakukan backhand dua tangan, iaitu eastern dan fulleastern (western) grip. Tahap-tahap gerakan backhand satu tangan adalah:
1. Dari posisi bersiap, bergerak ke arah bola datang dan telah menentukan jenis
pukulan serta cara gengaman raket yang dipakai. Pukulan backhand satu tangan
yang baik adalah agak di depan badan.
2. Raket diayunkan ke belakang beserta bahu dan punggung. Stance yang dipakai
dalam backhand satu tangan umumnya adalah closed stance dimana posisi badan
tegak lurus terhadap net atau garis baseline.
3. Raket diayunkan ke depan menuju titik kontak dengan bola dan usahakan kontak
berada pada sweetspot dari raket. Ingat, titik kontak sebaiknya berada agak di depan
badan dan bukan di samping. Kemudian ayunan diteruskan untuk melakukan tahap
followthrough kira-kira ke arah jam 2 badan.
Backhand dua tangan ini merupakan yang paling popular digunakan oleh
pemain tenis saat ini. Keuntungan dari grip ini adalah ayunannya yang efisien dan
tenaga ekstra yang dihasilkannya kerana menggunakan dua tangan. Namun,

kekurangannya terutama dalam menghadapi bola-bola yang melebar dikeranakan


tumpuan ayunan yang menggunakan 2 bahu. Grip yang dipakai dalam melakukan
pukulan ini adalah tangan kanan berada pada ujung gagang raket dengan grip
continental dan tangan kiri berada di atasnya dengan grip semi-western. Tahapan
untuk melakukan backhand dua tangan adalah:
1. Dari posisi bersiap, bergerak ke arah bola datang dan telah menentukan zon
pukulan serta grip yang dipakai. Zon pukulan untuk pukulan backhand dua tangan
yang baik adalah di samping badan di sekitar daerah pinggang.
2. Raket diayunkan ke belakang pada posisi kira-kira sejajar pinggang. Stance yang
dipakai dalam backhand dua tangan umumnya closed stance, namun dapat pula
dilakukan dengan open stance.
3. Raket diayunkan ke depan menuju titik kontak dengan bola dan usahakan kontak
berada pada sweetspot dari raket. Dalam ayunan ke depan ini, tangan kiri memegang
peran yang dominan sedangkan tangan kanan sebagai penyeimbang dan pengarah
bola. Kemudian ayunan diteruskan ke samping badan hingga raket ke arah punggung
untuk melakukan tahap followthrough. Pukulan ini menggunakan tangan yang non
dominan sebagai utamanya sedangkan tangan dominan sebagai penyeimbang dan
pengarah bola.
(c) Servis
Servis merupakan pukulan pembuka permainan. Sebenarnya terdapat
beberapa teknik servis. Pertama kali yang harus dilatih adalah koordinasi tangan
ketika akan melemparkan bola untuk memulai serve. pemain harus dapat melempar
bola (toss) secara konsisten pada satu tempat yang sama. Toss yang baik untuk
servis adalah agak di depan kepala dan lemparkan bola lurus ke atas. Ini dapat dilatih
dengan menggambarkan lingkaran di lantai dan melakukan toss hingga tempat
jatuhnya bola selalu berada pada tempat yang sama. Adapun tahap untuk melakukan
servis adalah:
1. Berdiri di belakang garis baseline dan pusatkan fikiran untuk mengarahkan bola
pada daerah servis lawan. Posisi kaki kiri di depan dan kaki kanan di belakang
dengan arah kaki paralel dengan garis baseline. Grip yang dipakai untuk melakukan
servis dalam hal ini adalah grip continental.

2. Lemparkan bola ke atas kira-kira agak di depan kepala setinggi kurang lebih 20-30
cm. Kunci toss yang baik adalah tangan yang melempar bola harus lurus ke atas
sehingga trayek bola pun lurus. Pada saat ini transfer berat badan ke kaki belakang.
3. Bola telah melambung dan mula mengayunkan raket ke belakang. Selalu fokuskan
mata pada bola dan gunakan tangan yang melempar sebagai patokan dalam
memukul bola.
4. Pada saat bola sudah sampai pada titik kontaknya, raket diayunkan ke depan.
Pada saat ini buang berat badan dari kaki belakang ke kaki depan untuk memberikan
tenaga pada pukulan servis.
5. Setelah kontak dengan bola lakukan followthrough dan bersiap kembali pada posisi
untuk melakukan pukulan berikutnya.
(d) Volley
Pukulan ini merupakan pukulan yang paling sulit untuk dikuasai khususnya
bagi pemula kerana untuk dapat menguasainya memerlukan konsentrasi ekstra dan
reaksi yang cepat. Cara melakukan pukulan ini ialah
1. Pegang raket pada grip untuk pukulan voli yaitu kontinental.
2. Rentangkan kaki hingga kira-kira sejajar bahu dan agak ditekuk sehingga berada
pada titik keseimbangan yang baik.
3. Gerakanlah badan secara dinamis layaknya seorang penjaga gawang yang akan
menghadang bola. Lakukan gerakan menjinjit.
4. Posisikan siku di depan badan dan pegang raket ke atas setidaknya berada di atas
pergelangan.
5.Tangan yang pasif (tidak memegang raket) berfungsi sebagai penyeimbang,
biasakan untuk menempatkannya pada posisi memegang leher raket.
6. Saat bola datang, posisikan kepala dan tangan menuju bola layaknya seorang
penerjun yang akan loncat dari pesawat. Rasakan bahawa badan menjemput bola
dan biasanya kaki mengikuti.
7. Cara memukul voli adalah dengan ayunan yang pendek. Bola yang datang dipukul
saat berada di depan badan sehingga terjadi perpindahan berat badan ke depan.

Anggaplah seperti pukulan jab pada tinju yang memakai ayunan tangan pendek
namun menghasilkan momentum yang besar.

Alat dan Gelanggang Tenis


Gelanggang tenis:

Permukaan gelanggag adalah rata dan bebas daripada sebarang gangguan. Ia


dalam bentuk gelanggang rumput, yang diperbuat daripada kayu, simen ataupun
parguay. Ukuran gelanggang ialah 23.77 m (78 kaki) panjang dan 8.23 m (27 kaki)
lebar untuk perseorangan dan 10.98 m bagi keseluruhan gelanggang.

Jaring:
Jaring untuk permainan tenis dibuat daripada dawai keluli, kapas atau rami yang
dipintal dan digantungkan kepada kabel yang tahan karat dan dlitupi dengan pita

putih. Bahagian bawah jaring hendaklah menyentuh tanah dan bahagian atasnya
mesti 0.91 meter tinggi pada titik tengahnya dan 1.07 meter

pada kedua-dua

bahagian tiangnya. Jaring hendaklah dipasang tegang semasa permainan.

Raket:

Rangka raket terdiri daripada beberapa jenis, iaitu yang diperbuat daripada kayu,
keluli, aluminium, plastik dan besi. Berat raket bagi pemain lelaki hendaklah di antara
282.7 g sehingga 396.9 g. Manakala bagi pemain wanita, berat raket adalah di antara
368.0 g sehingga 382.0 g.

Bola:

Warna bola tenis biasanya hijau kekuningan. Beratnya adalah di antara 56.7 g
sehingga 58.5 g. Saiz diameter bola tenis ini adalah di antara 6.35 cm sehingga 6.65
cm.

Pengiraan Mata Tenis

Dalam satu set ada sekurang-kurangnya enam permainan dan dalam satu
permainan sekurang-kurangnya ada empat kali servis. Permainan dimulakan pada
kedudukan 0-0, mana-mana pemain yang berjaya memungut mata pertama dikira, 150. Mata kedua yang dipungut dikira 30-0 dan mata ketiga dikira 40-0. Mata seterusnya
akan menamatkan permainan dan kemenangan kepada pemain tersebut. Sepanjang
permainan berlangsung, mata untuk pemain yang melakukan servis dikira dahulu.
Bagi memulakan permainan, permulaan adalah ditentukan secara undian iaitu
untuk menentukan pemain mana yang memulakan permainan. Pemain (A) yang
memulakan servis berdiri dibelakang garisan iaitu di sebelah kanan gelanggang.
Manakala pemain lawan (B) pula akan berada di bahagian kanan gelanggangnya.
Pemain (A) hendaklah membuat servis dengan memukul bola ke dalam kawasan
servis pemain lawan. Jika terkeluar dari kawasan servis, pemain (A) masih
berpeluang melakukan servis kedua. Jika gagal servis kedua, mata akan diberikan
kepada pemain lawan (B). Selepas membuat servis pertama di sebelah kanan
gelanggang, pemain (A) akan membuat servis di sebelah kiri gelanggang untuk mata
kedua. Seterusnya kedua-dua pemain akan melakukan servis secara bergilir-gilir
sehingga seorang daripadanya mencapai kemenangan.

Ia perlu dijaga dengan baik dan hendaklah sentiasa dalam keadaan kering.