Anda di halaman 1dari 9

Cabaran Masyarakat Pluralistik Malaysia

Peningkatan masalah sosial


Pembangunan yang pesat juga memberi impak negatif kepada negara.
Pembangunan fizikal yang pesat seperti di Kuala Lumpur telah menyebabkan
penghijrahan penduduk kampung ke bandar dengan ramai. Penghijarahan tersebut
menyebabkan pendudukan Melayu lebih ramai daripada penduduk Cina selepas
penghijrahan berlaku. Namun, kualiti hidup di bandar meningkat dan ada sebilangan
yang tidak mampu menanganinya. Ini menyebabkan peratusan kemiskinan meningkat
dan telah menyebabkan berlakunya gejala sosial yang teruk seperti kegiatan pelacuran,
pengedaran dadah dan kecurian. Hal ini berlaku kerana untuk menampung taraf hidup
yang sering meningkat dan telah mengubah norma-norma kehidupan bermasyarakat
khususnya dalam komuniti masyarakat majmuk di Malaysia. Masalah sosial yang
melibatkan golongan remaja bukan sahaja menimpa remaja kelas bawahan, malahan
membabitkan kelompok remaja kelas menengah dan atasan. Dalam satu bandar yang
membangun, kebanyakan ibu bapa sangat sibuk untuk bekerja. Mereka kurang masa
untuk memerhati kanak-kanak mereka. Remaja adalah seorang manusia yang berusia
14-21 tahun. Pada usia tersebut mereka sangat naif terhadap apa-apa perkara. Mereka
selalu ingin mencuba semua yang ada di dunia ini tanpa memikirkan akibatnya di masa
yang akan datang. Bukan itu sahaja, kebanyakan remaja telah dipengaruhi oleh rakan
sebaya dan kekurangan ilmu bagi menyesuaikan diri dengan kehidupan di bandar. Hal
ini menyebabkan mereka melakukan perkara yang salah. Dengan kurangnya didikan
agama dan kasih sayang dari ibu bapa, perasaan ingin mencuba, desakan atau
pengaruh dari rakan sebaya ini semua sebab terjadinya masalah sosial yang kian sukar
dibendung lagi. Selain itu, proses perbandaran ini juga telah melebarkan lagi jurang
ekonomi dan pola tempat tinggal antara kaum . Contohnya,orang Melayu biasanya
tinggal di kampung, orang Cina di bandar dan orang India di ladang-ladang. Imej ini
tetap tidak berubah secara menyeluruh walaupun pelbagai langkah telah dilakukan oleh
pihak kerajaan untuk mengatasinya. Buktinya, kerajaan telah mengadakan pelbagai
kempen anti dadah dan juga kempen tak nak merokok secara besar-besaran di seluruh
negara , namun dilihat tidak membuahkan hasil yang memberansangkan.

Pengekalan perpaduan rakyat


Perpaduan bermaksud hubungan erat bersifat toleransi yang diwujudkan secara
sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat
bersama secara jujur dan ikhlas. Dalam konteks intra kaum dan inter kaum perlu
memberi fokus utama bagi memupuk rasa saling faham-memahami aspirasi dan
pandang dunia budaya. Perpaduan dalam konteks pembinaan negara bangsa ini
memanglah memberi erti yang besar kepada negara dari segi menyediakan
persekitaran yang harmorni, toleransi, aman damai, penyayang dan budaya kerja yang
bersinergi ke arah membina Malaysia yang lebih maju dan berwibawa. Tahap
perpaduan, toleransi dan sensitiviti yang mantap dan beriltizam di kalangan rakyatnya
adalah prasyarat dan elemen asas untuk memastikan kewujudan berkekalan satu
persekitaran yang stabil, makmur dan harmorni. Namun, terdapat banyak halanganhalangan untuk mewujudkan perpaduan. Hal ini kerana terdapat perbezaan dari segi
petempatan atau tempat tinggal, perbezaan tumpuan sektor ekonomi, pengasingan
sistem pendidikan, fahaman dan pengaruh politik yang berbeza, masalah ekonomi dan
juga perbezaan dari aspek kebudayaan dan agama. Halangan-halangan ini secara tidak
langsung membataskan pergaulan dan interaksi antara satu kaum dengan kaum yang
lain yang seterusnya menyebabkan wujudnya pemisahan atau segregasi kaum di
Malaysia. Untuk mengekalkan perpaduan suatu cabaran yang sangat mencabar dan
memerlukan suatu tempoh yang lama penubuhan Sekolah Kebangsaan (SK) telah
diilhamkan oleh para pemimpin negara sebagai wahana untuk perpaduan rakyat
pelbagai kaum. SK diharap dapat dijadikan tempat untuk generasi muda hidup
bermasyarakat, saling bekerjasama antara satu sama lain serta melahirkan rakyat yang
setia dan menyumbang kepada kesejahteraan negara. Hal ini demikian kerana setiap
kaum dalam masyarakat mempunyai kepentingan tersendiri yang perlu dipertahankan
dan diperjuangkan seperti hak dalam pendidikan .

Pelaksanaan sistem pendidikan negara


Sistem pendidikan merupakan asas penting bagi membangunkan masyarakat
dan negara ke arah yang lebih baik. Malaysia merupakan negara yang mempunyai
masyarakat majmuk di mana setiap dasar yang dilaksanakan perlu selari dengan
keperluan masyarakat. Dasar pendidikan yang dilaksanakan bukan sahaja bertujuan
untuk memberi pelajaran di sekolah semata-mata tetapi sebagai alat untuk
merealisasikan perpaduan bangsa. Melalui sistem persekolahan, masyarakat dibentuk
dengan memberi pelajaran kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa,
agama,

dan

warna

kulit.

Walaubagaimanapun,

setelah

53

tahun

mengecapi

kemerdekaan, masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa masih lagi tidak


menunjukkan hubungan perpaduan yang kukuh. Memasuki tahun 2010 telah
menjadikan sistem pendidikan di Malaysia bergerak seiring dengan keperluan semasa
kerana masyarakat juga turut berubah disebabkan oleh arus permodenan dan
globalisasi. Sehingga kini, Malaysia masih meneruskan kesinambungan sistem
persekolahan

lama

dengan

mengekalkan

sekolah

kebangsaan,

sekolah

jenis

kebangsaan Cina, dan sekolah jenis kebangsaan Tamil. Seringkali isu-isu berkenaan
dengan sistem persekolahan dibincangkan dan diperdebatkan yang akhirnya tiada jalan
penyelesaian yang dilakukan bagi mengubah kepada sistem persekolahan yang baru.
Isu-isu sistem persekolahan merupakan isu yang sensitif bagi masyarakat Malaysia
yang berbilang bangsa, kerana bukan sesuatu yang mudah untuk mendapat persetujuan
daripada masyarakat yang mempunyai pandangan dan kepentingan yang berbeza. Idea
menubuhkan satu aliran sistem persekolahan perlu dilaksanakan kerana melaluinya
semangat perpaduan di kalangan rakyat dapat dipupuk. Pelaksanaan sekolah satu
aliran tidak akan menyebabkan kehilangan identiti kaum tertentu, malah ia akan terus
menyemai semangat perpaduan yang kukuh di kalangan masyarakat Malaysia. Oleh itu,
pihak kerajaan perlu mengambil perhatian serius dalam memastikan isu-isu pendidikan
dikawal dengan sebaiknya supaya hubungan masyarakat Malaysia yang berbilang
bangsa sentiasa berada dalam keadaan yang harmorni atau malah menemui kegagalan
sekiranya sistem pendidikan tidak dilaksanakan dengan baik dan telus.

Keselamatan negara
Keselamatan negara merujuk kepada tujuan dan cara bagaimana sesebuah
negara mempertahankan dirinya daripada ancaman dan kemampuannya mengekalkan
nilai teras negara tersebut. Keselamatan tidak lagi boleh didefinisikan hanya dalam
bentuk tradisional yang mencakupi ancaman ketenteran dan isu-isu yang berkaitan. Kita
menerima ancaman daripada puak-puak ekstrimis kaum dan penyimpang agama.
Kelompok ini menjadi ancaman kepada negara kerana tindak-tanduk mereka yang
sanggup melakukan sesuatu di luar batas kemanusiaan demi mencapai matlamat
masing-masing. Selain itu, terdapat juga pihak yang sengaja mengeksploitasi isu-isu
ekonomi dan sosial politik negara untuk mendapatkan sokongan terutama dari kalangan
parti politik dan badan bukan kerajaan. Kehadiran pendatang sama ada mereka masuk
ke negara ini secara sah atau haram juga boleh menjejaskan imej dan keharmonian
negara. Hal ini kerana sebilangan daripada mereka suka menimbulkan masalah dan
menghuru-harakan keselamatan negara. Isu kebanjiran pendatang asing di Malaysia
bukanlah perkara baru dan ia bermula sejak lama lagi, tetapi begitu ketara sejak 1980an apabila Malaysia mula menjadi tumpuan kepada rakyat Indonesia yang datang
bekerja secara sah dan secara haram yang tertarik dengan kemakmuran ekonomi dan
keamanan negara ini. Pada peringkat awal, kehadiran pendatang ini tidak menimbulkan
sebarang masalah besar dari segi politik keselamatan, namun setelah beberapa tahun,
kehadiran pekerja Indonesia di Malaysia menjadi isu politik dan keselamatan yang
menganggu hubungan kedua negara. Kehadiran mereka yang ramai menimbulkan
beberapa masalah keselamatan, terutama dari segi kesejahteraan masyarakat. Terdapat
banyak kegiatan-kegiatan jenayah yang dilakukan oleh pedatang rakyat Indonesia.
Walaupun tidak ada statistik yang lengkap menunjukkan perkaitan antara pedatang
asing dan jenayah, namun terdapat kajian yang menunjukkan perkaitan antara
pendatang asing dan jenayah, namun terdapat kajian yang menunjukkan kebanjiran
pedatang asing menyebabkan peningkatan jenayah. Oleh itu, sebagai negara yang
terletak di tengah-tengah Asia Tenggara dan mempunyai sempadan darat dan maritim
dengan negara-negara berjiran, Malaysia memerlukan dasar luar dan keselamatan yang
boleh menjaga kepentingannya dan di masa yang sama menjaga hubungan baik
dengan jiran-jirannya. Untuk mencapai tujuan di Malaysia bukan sahaja memerlukan
diplomasi yang cekap, tetapi juga perlu dimantapkan dengan kemampuan pertahanan
dan keselamatan untuk mencegah ancaman terhadap negara.

Pelancaran Program Latihan Khidmat Negara


Program Latihan Khidmat Negara ( PLKN ) merupakan kursus latihan wajib
selama tiga bulan di Pusat Latihan PLKN seluruh Malaysia bagi sesetengah daripada
mereka yang terpilih apabila menamatkan pendidikan sekolah menengah di Malaysia
atau berumur 17 tahun ke atas. Ia bertujuan bagi pembinaan sahsiah diri bermatlamat
membina dan mengukuhkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda,
memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional dan membentuk perwatakan positif
menerusi nilai-nilai murni. Kerajaan telah membentuk dan membina Program Latihan
Khidmat Negara bersesuaian dengan keperluan dan realiti masyarakat majmuk negara
ini. Namun, terdapat masalah-masalah muncul di kalangan pelatih PLKN. Salah satu
masalah yang sering timbul ialah pelatih tidak melapor diri bagi kursus PLKN. Terdapat
juga beberapa kes di mana peserta program dipilih dari kalangan ibu muda serta remaja
miskin yang terpaksa bekerja untuk menyara hidup, sebagaimana nasib yang ditimpa
oleh seorang remaja miskin, Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi dari Perlis. Tindakan kerajaan
memilih bakal pelatih tanpa mengetahui latar belakang mereka disifatkan sesetengah
pihak sebagai tidak berperikemanusiaan. Bagi pelatih yang sengaja tidak melaporkan
diri, pihak berkuasa telah mengambil tindakan tegas bagi mereka. Mereka diminta
menulis surat bagi mendapatkan penangguhan atau pengecualian daripada menghadiri
PLKN. Satu masalah lagi yang agak serius ialah kematian pelatih PLKN. Keselamatan
pelatih PLKN adalah penting kerana ianya melibatkan persoalan nyawa dan
keselamatan golongan pelatih tersebut. Sejak PLKN diadakan pada tahun 2004
sehingga 2007, daripada 14 kematian pelatih yang dilaporkan, tujuh meninggal dunia
kerana penyakit yang mereka hidapi termasuk sakit jantung, asma dan jangkitan kuman.
Maka, dengan itu menjadi satu lagi cabaran kepada kerajaan untuk meyakinkan rakyat
bahawa program ini membawa kebaikan kepada negara dari segala segi seperti
memupuk perpaduan , pertahanan negara, dan juga sebagai salah satu proses
menerapkan

semangat

patriotik

dalam

kalangan

mempertahankan diri, dan juga sangat membantu negara.

belia

mendedahkan

ilmu

Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB)


Dasar Ekonomi Baru ( DEB ) merupakan satu program sosioekonomi di Malaysia
yang diperkenalkan pada tahun 1971 oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato
Hussein. Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan
intergrasi nasional dan ia telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata. Hal
ini adalh

untuk

mengurangkan

dan akhirnya

membasmi

kemiskinan dengan

meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua


rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Ia juga mempercepatkan proses penyusunan
semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi
supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut
fungsi

ekonomi.

Dasar

ini

telah

digantikan

dengan

Dasar

Pembangunan

Nasional (DPN) pada 1991. DPN menekankan konsep liberalisasi ekonomi. Konsep
yang mula ditekankan selepas tahun 1985, bilamana kerajaan mula mengurangkan
penglibatannya dalam ekonomi dan juga mula menarik diri daripada menjadi pemain
utama dalam ekonomi negara. Kerajaan menyerah kepada sektor swasta untuk
memandu dan memimpin perjalanan ekonomi negara. Mengumumkan dasr mengecilkan
saiz sektor awam, dan mula menyerahkan peranan membekalkan perkhidmatan
kemudahan awam kepada sektor swasta. Berikutan itu, program penswastaan
dilaksanakan secara meluas dan negara kini merupakan negara paling terkehadapan
dalam usaha menswastakan kemudahan awam. Secara ringkasnya, Dasar Ekonomi
Baru yang bermatlamatkan perpaduan negara melalui proses pembasmian kemiskinan
dan penyusunan semula masyarakat di dalam konteks keselamatan negara yang kukuh.
Segala program pembangunan negara dan Dasar kerajaan semasa yang diperkenalkan
adalah dirancnag dan dilaksanakan untuk mencapai tujuan-tujuan di atas. Usaha ini
memerlukan bukan sahaja usaha yang gigih dari kerajaan dan kakitangannya, malah
ianya memerlukan perubahan sikap, tenaga dan pemikiran rakyat dari sektor swasta.

Penafian agama Islam sebagai agama rasmi


Negara Malaysia merupakan negara yang begitu unik dengan memiliki pelbaga
bangsa dan agama. Kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara digugat oleh
pelbagai kumpulan dan pertubuhan. Tuduhan tentang agama Islam tidak pernah
dinyatakan secara jelas sebagai agama rasmi di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Perlembagaan ada dinyatakan bahawa Islam adalah agama negara dan ia boleh
difahami sebagai agama rasmi bagi Malaysia bukannya agama rasmi yang dianuti oleh
rakyat negara ini. Perlembagaan Persekutuan tidak menghalang pengamalan agamaagama lain. Walaupun Malaysia sering dipuji dan digembar-gemburkan oleh dunia
bahawa mempunyai kestabilan politik kerana dapat mentadbir mempunyai satu komuniti
masyarakat majmuk yang pelbagai, tetapi akhir-akhir ini keutuhan kenyataan itu nampak
goyah. Hal ini demikian kerana, sejak kebelakangan ini kedudukan Islam sebagai
agama rasmi negara bukan sahaja telah dipertikaikan tetapi digugat oleh pelbagai
kumpulan dan pertubuhan bukan Islam yang membuat pelbagai tuntutan serta tafsiran
yang tidak munasabah terhadap Perlembagaan Persekutuan. Di antara hujah yang
digunakan untuk menyokong tuntutan mereka ialah bahawa Islam tidak pernah
dinyatakan

secara

jelas

sebagai

agama

rasmi

di

dalam

Perlembagaan

Persekutuan. Sebenarnya di dalam Perlembagaan ada dinyatakan bahawa Islam adalah


agama negara atau 'state religion' iaitu merujuk kepada negara Malaysia. Apabila
disebut tentang agama negara maka secara dasarnya ia boleh difahami sebagai agama
rasmi bagi Malaysia bukannya agama rasmi yang dianuti oleh rakyat negara ini.
Tambahan pula, Perlembagaan Persekutuan tidak menghalang pengamalan agamaagama lain di mana rakyat negara ini mempunyai kebebasan untuk mengamalkan
agama masing-masing. Pertikaian ini adalah tidak wajar sekali kerana majoriti
penduduk Malaysia menganuti Islam. Agama Islam sudah berakar umbi dalam
masyarakat sudah ratusan tahun dahulu. Keadaan ini menunjukkan bahawa pelbagai
komuniti masyarakat di Malaysia sudah berani untuk mempersoalkan perlembagaan
negara seterusnya akan pasti mengugatkan keselamatan dan kedaulatan negara
Sekiranya usaha untuk mempertikaikan dan tindakan mengubah status agama Islam
tidak dihentikan segera ia dikhuatiri boleh menjejaskan keharmonian kaum di kalangan
penduduk negara ini yang sudah terjalin buat sekian lamanya.

Memastikan pembangunan negara seimbang


Untuk

memastikan

pembangunan

negara

dengan

seimbang,

Dasar

Pembangunan Nasional ( DPN ) telah dilancarkan oleh Y.A.B. Dato Seri Dr. Mahathir
Mohamad, Pendana Menteri Malaysia pada Jun 1991. DPN akan terus mengekalkan
strategi asas DEB iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat
untuk memperbaiki ketidakseimbangan sosial dan ekonomi negara. Matlamat DPN
adalah untuk meningkatkan taraf sosial dan ekonomi masyarakat Bumiputera ke tahap
yang lebih berdaya maju dan teguh. Kedudukan ini boleh dicapai dengan pelaksanaan
strategi meningkatkan gunatenaga dan penyertaan Bumiputera dalam pengurusan
sektor-sektor moden dan membentuk Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian
Bumiputera. Walaupun dasar dan program kerajaan akan terus menyediakan sokongan
kepada usahawan Bumiputera, tetapi adalah menjadi harapan kerajaan usahawan
Bumiputera akan memajukan perniagaan berasaskan daya usaha sendiri dan kurang
bergantung kepada bantuan dan subsidi kerajaan. Sehubungan dengan ini latihan
dalam bidang pengurusan harta dan etika perniagaan akan diutamakan. Sebagai
langkah jangka panjang, program untuk memupuk usahawan muda juga akan diberi
tumpuan. Kebelakangan ini, kerajaan telah mengisytiharkan usaha membangunkan
semula sektor pertanian di negara kita. Usaha ini adalah wajar dalam memastikan
pembangunan dan kemajuan negara secara seimbang memandangkan sektor pertanian
dan sektor perindustrian adalah saling melengkapi. Kedua-dua sektor ekonomi tersebut
adalah sama penting dan tidak boleh diabaikan mana-mananya. Seperti yang kita tahu,
masyarakat Melayu lebih mendominasi sektor pertanian dan masyarakat Cina pula lebih
banyak menguasai bidang perindustrian. Seperti DEB, DPN akan meneruskan usahausaha mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi bukan sahaja di kalangan kaum
etnik tetapi juga di antara golongan kaya dan miskin dan antara wilayah.
Ketidakseimbangan

ekonomi

ini

akan

dapat

dikurangkan

berasaskan

prinsip

pembangunan seimbang dan pengagihan yang saksama untuk mencapai keadilan


sosial dan memperkukuhkan perpaduan negara.
http://ibnusuhaili88.blogspot.com/2009/01/cabaran-masyarakat-majmuk-dimalaysia.html
http://aplikasi.kpkt.gov.my/ucapan.nsf/6c7fcfbe486f405c48256e5a000bd038/
298112d8f24ac92248256fdc00349db8?OpenDocument
http://www.sosiohumanika-jpssk.com/sh_files/File/4.mior.usm.mei.2011.pdf

http://ms.wikipedia.org/wiki/Program_Latihan_Khidmat_Negara