Anda di halaman 1dari 1

Kesimpulan

Melalui pengumpulan maklumat dari kawasan operasi dan pentadbiran kesihatan pelatihpelatih PPKP mengetahui carta organisasi, peranan dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh
jabatan-jabatan tersebut. Dengan data-data ini, pelatih PPKP mengetahui bidang kuasa pihakpihak terlibat untuk menbantu menjalankan dan menyempurnakan tanggungjawab sebagai
seorang PPKP. Adalah penting bagi pelatih untuk mengetahui hubungan kerjasama bagi
memudahkan mereka bekerjasama. Semasa perjalanan mengumpul maklumat ke jabatan-jabatan,
kami telah menghadapi pelbagai masalah dan cabaran. Antaranya ialah:
1. Lokasi sebenar jabatan kerajaan dan juga agensi swasta susah dikenali menyebabkan
sesetengah pelatih terpaksa berjalan kaki dalam lingkungan jarak yang jauh untuk sampai
ke destinasi. Seperti Jabatan Kaji Cuaca.
2. Keadaan jalan yang sangat sesak pada peak hour menyebabkan kelewatan tiba di jabatan
jabatan. Seperti Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia.
3. Sesetengah jabatan seperti MBKS, Bomba, Pos Malaysia, Hospital Umum Sarawak
Jabatan Imigrisen dan JKR menyebabkan kesukaran untuk mendapat maklumat mengenai
jabatan tersebut.
4. Kelambatan respon oleh jabatan jabatan juga menyebabkan kesulitan bagi pelatih.
5. Kekurangan surat yang disediakan untuk jabatan menyebabkan pihak Normah (hospital
umum) tidak menerima permintaan dan member layanan kepada pelatih.
6. Ketakutan maklumat dimanipulasi juga merupakan salah satu faktor untuk agensi swasta
tidak membekalkan maklumat yang diminta.
7. Ketibaan pelatih secara mengejut di jabatan terutamanya agensi swasta juga
memyebabkan pihak mereka tidak mempunyai lebihan masa untuk melayan pelatih.
Walau banyak cabaran yang telah kami hadapi, tetapi akhirnya kami berjaya menyiapkan tugasan
kami dalam tempoh masa yang ditetapkan. Berikut merupakan cadangan-cadangan yang boleh
dirujuk:
1. Berhubung dengan pihak yang ingin dilawati untuk membuat temu janji. Masalah lain
seperti kesibukan jabatan yang tidak dapat dielakkan.
2. Sediakan surat yang lengkap dengan maklumat yang dikehendaki.
3. Lokasi jabatan kerajaan dan agensi swasta haruslah diketahui dahulu sebelum
bertolak ke destinasi.
4. Keadaan jalan di Kuching adalah amat sesak sekali terutamanya pada peak hour .
Dengan ini, pelatih haruslah membuat temujanji pada masa yang ingin ditetapkan tiba
di jabatan untuk mengelakkan kelewatan berlaku.

49

Anda mungkin juga menyukai