Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI ITEK

31600 GOPENG,
PERAK DARUL RIDZUAN.

KERTAS KERJA PERTANDINGAN BOLA SEPAK


TUJUH SEBELAH
UNIT KOKURIKULUM
TEMPAT:
PADANG SK SUNGAI ITEK
TARIKH:
17 & 18 NOVEMBER 2009
ANJURAN:
UNIT KOKURIKULUM
SK SUNGAI ITEK

MENGADAKAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK LIMA SEBELAH /


FUTSAL
ANJURAN UNIT KOKURIKULUM
SK SUNGAI ITEK
1.0 PENDAHULUAN
Pertandingan ini adalah satu aktiviti kokorikulum yang dianjurkan oleh unit kokurikulum
SK Sungai Itek, Gopeng. Pertandingan ini disertai oleh pelajar daripada Tahap 2 ( Tahun
4, Tahun 5 dan Tahun 6). Setiap pasukan menyenaraikan tujuh pemain termasuk dua
orang pemain simpanan. Pertandingan ini akan diadakan di padang bola sepak SK Sungai
Itek, Gopeng. Aktiviti ini diadakan selaras dengan kehendak Kementerian Pelajaran
Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani,
jasmani dan emosi melalui penyertaan dalam kokorikulum.
2.0 MATLAMAT
Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan
mental setiap peserta. Aktiviti diadakan dalam program ini agar sifat kerjasama dalam
setiap peserta dapat ditonjolkan dan dapat diaplikasi dalam menempuh cabaran yang
mendatang. Program ini juga dapat memberikan setiap individu merancang strategi bagi
memperoleh sebuah piala kemenangan.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Memberi peluang kepada peserta merasai pengalaman dalam menyertai
sesebuah pertandingan.
3.2 Membentuk peserta yang mampu bekerjasama dan mampu menyesuaikan diri
dalam sesebuah kumpulan.
3.3 Melatih para peserta untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab
dalam esebuah pasukan..
3.4 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti ini.
3.5 Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan strategi-strategi
yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.
3.6 Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, sukan. emosi dan sosial.

4.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN


4.1

Tarikh yang dirancang ialah 17 & 18 November 2009 iaitu pada hari Sabtu

4.2

Dilaksanakan selama 2 hari

4.3

Masa pelaksanaan melibatkan waktu pagi sahaja ( hingga pukul 10.00 a.m. )

5.0 TEMPAT (RASIONAL MEMILIH TEMPAT)


Rasional pemilihan tempat ini adalah kerana padang SK Sungai Itek:
5.1

Kawasan padang yang berdekatan dengan rumah murid.

5.2

Tidak perlu mengenakan sebarang bayaran.

5.5

Bebas dari sebarang gangguan luar dan memberikan tumpuan sepenuhnya


pada peserta dalam aktiviti mereka.

6.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN


7.1

Jumlah peserta

:49 orang

7.2

Jumlah pasukan

:7 pasukan

7.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN


Penasihat

Pengerusi

:Pn. Hajjah Maimunah bt Hj Hassan


: En Mohd Kasim bin Sokiman

Jawatankuasa pelaksana
Pengerusi

: Pn Hajjah Maimunah bt Hj Hassan

Naib pengerusi

: En Mohd Kasim bin Sokiman

Setiausaha

: Tun Harmadinizwan bin Tun Harun

Bendahari

: Cik Masitah bt Ibrahim

AHLI JAWATANKUASA
AJK Hadiah dan Sijil

: Pn Fadzielawatey bt Mat Nassan

AJK Pertandingan

: En Khairi bin Khalil

AJK Persiapan Tempat

: Tn Syed Hassan Azhari

8.0

FORMAT PERTANDINGAN

Pertandingan yang diadakan ialah pertandingan 5 sebelah dimana setiap pasukan perlu
mendaftarkan 7 pemain yakni lima pemain akan bermain dan dua lagi akan menjadi
pemain simpanan. Masa dalam satu perlawanan adalah selama 10 minit. Format
pertandingan adalah setiap pasukan akan bermain dalam peringkat kumpulan dahulu.
Juara dan naib juara akan meneruskan ke peringkat seterusnya. Peserta dalam setiap
pasukan mesti terdiri daripada murid-murid Tahap 2 iaitu mesti bercampur dari setiap
kelas.
9.0

SYARAT PERMAINAN

10.1

Setiap kumpulan perlu mengikut masa perlawanan yang ditetapkan.


Kumpulan yang tidak hadir akan dikira kalah dengan jaringan tiga gol.

10.2

Pemain yang bermain dalam pasukan itu adalah pemain yang didaftarkan.

10.3

Pemain yang dikenakan kad merah akan digantung satu perlawanan.

10.4

Keputusan pengadil adalah muktamat. Sebarang bentuk rayuan dan


bantahan tidak akan dilayan melainkan atas ihsan pengadil.

11.0

PERBELANJAAN

Berikut merupakan perbelanjaan yang diperlukan untuk program ini:


BIL
1
2
3
4
6

PERKARA

KUANTITI

Peralatan
Cenderahati Pengadil
Hadiah
MInuman
Rencam (belanja tak terduga)

JUMLAH (RM)
RM 190.00
RM 100.00
RM 350.00
RM 60.00

Jumlah

RM 700.00

Anda mungkin juga menyukai