Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGACARA

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU TAHUN 2015


TARIKH : 29 MEI 2015
(GELANGGARA IPG KAMPUS PULAU PINANG)
CUE
MENGUMUMKA
N KETIBAAN

ANN
Mengumumkan ketibaan
Yang Berusaha,
Tuan Hj. Khalid bin Ahmad,
Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang,
Diiringi oleh ketua-ketua jabatan, ketua-ketua unit, dan para
pensyarah.

NYANYIAN LAGU (LAGU TERUS DIMAINKAN)


NEGARAKU,
LAGU NEGERI
PULAU PINANG
PROTOKOL

Hadirin dipersilakan duduk.


Istana kota sebelas tingkat

MAJLIS

Tempat baharu nakhoda pekan


Sama kata sama sepakat
Hari guru kita raikan.
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera
Yang Berusaha,
Tuan Hj. Khalid bin Ahmad,
Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang,
Yang berusaha,
Puan Hajah Suriah binti Abd Manap
Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau
Pinang,
Yang dihormati,
Dr Mohamad Fadzil bin Che Amat
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Yang dihormati,

Dr Parvinder Singh,
Pensyarah Jabatan Sains,
Merangkap Pengerusi Majlis Sambutan Hari Guru Tahun 2015,
Ketua-ketua jabatan, ketua-ketua unit, para pensyarah, serta
hadirin yang dikasihi sekalian.
Selamat datang ke Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat IPG
BACAAN DOA

Kampus Pulau Pinang Bagi Tahun 2015.


Hinggap sang burung di ranting nan patah,
Duduk berkicau menghilangkan lelah,
Hanya padaNya tangan ditadah,
Memohon redha, rahmat dan barakah.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Bagi memohon limpah rahmat daripada Ilahi, majlis mempersilakan
saudara Muhammad Hilman bin Norman bagi memimpin bacaan
doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
(DOA)
Amin yarabbal a'lamin. Majlis mengucapkan terima kasih atas
bacaan doa sebentar tadi.
Berhenti hujan terbit pelangi

BACAAN

Indah dipandang tak mampu didekati

PERUTUSAN

Ikhlas ajarannya kami sanjungi

MENTERI
PENDIDIKAN

Budimu guru di kenang sampai mati


Bagi

meneruskan

acara,

majlis

dengan

ini

menjemput

_____________________________________________________
bagi

membacakan

perutusan

Menteri

Pendidikan

Malaysia,

_____________________________________________________
sempena Sambutan Hari Guru pada tahun ini.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.


(BACAAN PERUTUSAN)
Majlis

mengucapkan

terima

kasih

kepada

_____________________________________________________
atas kesudian menyampaikan perutusan tersebut.
Jalan ke darat berpilin-pilin,
Cuaca redup menawan duka,
Guru ibarat cahaya lilin,

BACAAN
PERUTUSAN
KETUA
PENGARAH
PELAJARAN

Menyuluh hidup tiap ketika


Majlis diteruskan lagi dengan bacaan perutusan Ketua Pengarah
Pelajaran Malaysia,
_____________________________________________________.
Dengan ini, majlis menjemput
____________________________________________________
bagi menyampaikan perutusan tersebut. Dipersilakan.
(BACAAN PERUTUSAN)
Majlis mengucapkan terima kasih kepada
__________________________________________________
atas kesudian menyampaikan perutusan tersebut.
Putik baru mekar di laman,

UCAPAN
PENGARAH

Kembang kudup kumbang terikat,


Hargai guru sepanjang zaman,
Agar hidup beroleh berkat.
Hadirin sekalian, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
Tuan Haji Khalid bin Ahmad, Pengarah IPG Kampus Pulau Pinang
bagi menyampaikan ucapan sempena sambutan hari guru. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengarah atas ucapan yang


cukup bermakna sebentar tadi.
GIMIK
.

Hadirin sekalian, majlis diteruskan pula dengan upacara


penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang dalam
PENYAMPAIAN

pertandingan yang dijalankan sempena sambutan hari guru.

HADIAH
Antara pertandingan yang telah dijalankan ialah Pertandingan
Keceriaan, Pertandingan Kad Ucapan Hari Guru dan Pertandingan
Running Teachers yang disertai oleh pensyarah-pensyarah dan
juga pelajar guru.
Majlis dengan ini menjemput Tuan Haji Khalid bin Ahmad diiringi
_____________________________________________________
bagi menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang.
(Senarai nama penerima hadiah)
1) Bimbingan dan Kaunseling
2) Sejarah
3) Matematik

Angin menderu dengan sepoinya,


PERSEMBAHAN

Di anak tangga duduk berperikan,


Kasih guru akan muridnya,
Masa dan tenaga rela korbankan.

Hadirin sekalian,
Seterusnya majlis diserikan lagi dengan persembahan oleh Pelajar
DPLI Ambilan Januari 2014. Marilah sama-sama kita hayati
pengajaran yang ingin disampaikan daripada persembahan
mereka.
(PERSEMBAHAN)
Begitulah persembahan yang cukup menarik daripada pelajar
DPLI.
Majlis pasti tidak akan meriah tanpa persembahan oleh pensyarahpensyarah kesayangan kita.
Tanpa melengahkan masa, ayuh kita saksikan persembahan klasik
oleh pensyarah IPG Kampus Pulau Pinang.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
(PERSEMBAHAN)
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada pensyarah-pensyarah
atas satu persembahan yang hebat sebentar tadi.
Hadirin sekalian,
UCAPAN

Tak Molek jika ada alu, tiada lesungnya

PENUTUP

Tak Berguna jika ada dayung, tiada perahunya,


Tak Berkat ilmu, tanpa amalnya,
Tak lengkaplah majlis, tanpa nyanyian bersama.
Diminta semua pensyarah dan pelajar guru untuk berdiri bagi
menyanyikan lagu Kami Guru Malaysia dan lagu Tema Hari Guru
dengan penuh bersemangat.
Dengan berakhirnya nyanyian lagu sebentar tadi, maka berakhirlah

PENUTUP

majlis kita pada hari ini. Majlis sekali lagi mengucapkan jutaan
terima kasih kepada semua pensyarah dan pelajar guru yang telah
memeriahkan majlis sambutan hari guru pada pagi ini.
Sebagai penutup bicara,
Sisir pelepah meraut lidi,
Menganyam daun atap jerami,
Yang indah, yang berseri bawalah pergi
Yang cacat yang keji tinggalkan buat kami.
Dagang singgah membeli kajang,
Tambat perahu di muara Deli.
Kalau ada umur yang panjang,
InsyaAllah, boleh kita berjumpa lagi.
Sekian. Wabillahhitaufik walhidayah, wassalamualaikum
warrahmatullah hiwabarakatuh dan terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai