Anda di halaman 1dari 9

MULTIMEDIA COLLEGE EASTEN

(MMCE)
FINANCIAL ACCOUNTING

(FIN 2013)

PREPARED FOR :

PN.SARIFAH BINTI SEMAN

DATE SUBMISSION :

20/01/2010

PREPARED BY :

NURUL HUMAIRAH BINTI AZMI

DMKTEF09070047
GLOBELISASI

1. Globelisasi melibatkanpeningkatan saling kebergantungan antara ekonomi


sesebuah Negara dengan ekonomi Negara asing yang lain. Peningkatan
kebergantungan ini disebabkan factor berikut:

a) Kemajuan system komunikasi yang ccekap dan pantas untuk


menghubungkan seliruh pelosok dunia.
b) Kemajuan system pengangkutan yang dapat menggerakkan barang
dengan lebih pantas.
c) Pembetukan stratigi korporat yang menggalakkan kemunculan
syarikat gergasi di dunia.
d) Pembetukan kaedah pengumpulan modal yang baru dan fleksibel.
e) Inovasi institusi kewangan antarabangsa yang membolehkan
urusniaga kewangan dilakukan selama 24 jam sehari.
f) Pemeterian perjanjian perdagangan yang mengurangkan sekatan
perdagangan.
g) Amalan system ekonomi Negara yang semakin bebas.
h) Pelaksanaan dasar penswastaan yang mengurangkan penglibatan
kerajaan dalam proses pengeluaran barang dan perkhimatan.
i) Pertambahan barangan dunia dari segi kuntiti dan jenis di pasaran
tempatan untuk memenuhi cita rasa pengguna.
j) Peningkatan bilangan dan mobility buruh.
k) Kemunculan lebih banyak penguurus dan eksekutif asing yang
menyokong proses globelisasi.
2. Terdapat dua aspek utama globelisasi yang boleh member kesan
terhadap ekonomi Malaysia, iaitu pedangangan bebas yang melibatkan
aliran barang dan perkhidmatan dan aliran modal antarabangsa.

a) Ekonomi sesebuah Negara mempengaruhi keadaan pasaran


kewangan global. Pasaran kewangan global pula mempengaruhi
secara langsung pemboleh ubah seperti kadar bunga, kadar
pertukaran asing dan harga saham. Oleh itu, apabila pasaran
kewangan dunia menjadi bebas, modal juga boleh bergerak dengan
bebas. Pelaburan modal yang bijak merupakan satu usaha
produktif kerana ia bukan sahaja dapat meningkatkan kecekapan
pengeluaran, malah dapat menggalakkan inovasi dan menjamin
kesejahteraan hidup bermasyarakat.

b) Dalam pasaran modal dunia yang bebas, modal akan disalurkan


kepada aktiviti yang dapat member pulangan yang paling banyak.
Salah satu kesan globelisasi ialah perkembangan pesat pasaran
kewangan dunia, iaitu penarikan atau pengumpulan modal di
pasaran dan institusi kewangan ternama di dunia serta pengagihan
modal ke negara-negara sekitarnya dalam bentuk kredit, pelaburan
portfolio atau pelaburan tidak langsung melalui kegiatan syarikat
multinasional (MNC). Perkembangan ini telah mengembangkan
saiz pasaran kewangan, manakala penawaran modal yang
melipah-lipah memudahkan Negara lain, terutama Negara kecil dan
Negara sedang membangun mendapatkan sumber modal dan
kredit.
3. Secara keseluruhan, globelisasi telah memberi faedah kepada
kebanyakan Negara di dunia termasuk Malaysia melalui integrasi ekonomi
secara global, dasar ekonomi pasaran yang semakin dominan dan
kerjasama yang semakin erat antara Negara. Namun, terdapat juga
beberapaaspek globelisasi yang dapat meninggalkan kesan negative
terhadap ekonomi nasional dan masyarakat secara umum. Sebagai
sebuah Negara yang mengamalkan dasar terbuka, sememangnya
Malaysia tidak boleh mengelak daripada proses globelisasi yang berlaku.
Sejauh mana Malaysia mampu menghadapi cabaran globelisasi
bergantung kepada kecekapan kerajaan menangani setiap perubahan
yang berlaku, iaitu dengan cara mengoptimumkan aspek positif proses
globelisasi dan pada masa yang sama meminimumkan aspek negative
proses tersebut. Antara kesan globelisasi terhadap ekonomi adalah
seperti berikut:

a) Pelaburan langsung asing (FDI)


Proses globelisasi telah menyebabkan peningkatan pelaburan
langsung asing (FDI) yang telah menyumbang kepada
perkembangan dan pertumbuhan ekonomi Malaysia. Mengikut
Manual Imbangan Pembayaran IMF Edisi Kelima, pelaburan
langsung asing didefinasikan sebagai satu bentuk pelaburan
antarabangsa yang dilakukan dengan tujuan untuk memperoleh
kepentingan yang berkekalan dan dilakukan oleh entity pemastautin
dlam sebuah ekonomi (pelaburan langsung) terhadap entity
pemastautin dalam sebuah ekonomi yang lain (syarikat pelaburan
langsung).
Secara umum, kemasukan pelaburan langsung asing ini telah
membantu mempelbagaikan ekonomi Malaysia, iaitu daripada
ekonomi berasaskan komoditi, Malaysia mula beralih kepada
ekonomi perindustrian. Ini seterusnya membolehkan Malaysia
mengalihkan kebergantungan Negara daripada eksport komoditi
utama kepada eksport barang pembuatan. Selain itu, pelaburan
langsung asing dapat meningkatkan penggunaan guna tenaga dan
seterusnya mengurangkan kadar penganguran dalam Negara.
Kemasukan pelaburan langsung asing telah menggalakkan
pertumbuhan sector pembuatan. Sektor ini telah menyumbang
kepada pertubuhan ekonomi Malaysia pada akhir tahun 1980-an
dan awal tahun 1990-an.

Sejak du dekad yang lalu kemasukan pelaburan lansung asing ke


Malaysia terus meningkat disebabkan perkembangan perdagangan
antarabangsa, dasar rasmi dan perubahan struktur ekonomi. Dasar
perdagangan antarabangsa yang terbuka dan liberal, pengurusan
ekonomi makro yang baik dan wawasan jangka panjang yang
mengalakkan industerialisasi telah mewujudkan suasana pelaburan
yang amat menggalakkan di Malaysia. Antara tahun 1992 himgga
1993, nilai pelaburan langsung asing meliputi 8.7% daripada nilai
KDNK Malaysia. Selepas itu, aliran masuk pelaburan langsung
asing berada pada tahap yang sederhana, tetapi kekal tinggi pada
paras 6.6% daripada nilai KDNK Malaysia antara tahun 1994
hingga 1997. Aliran masuk pelaburan langsung asing berkurangan
sehimgga hanya mencakup kurang daripada 4% daripada nilai
KDNK Malaysia pada tahun 1998.
Kemerosotan ini menyebabkan beberapa faktor, misalnya krisis
kewangan yang berlaku di rantau Asia tenggara dalam rempoh
tersebut. Walau bagaimanapun, atas usaha berterusan yang
dijlankan oleh kerajaan, aliran masuk pelaburan langsung asing
telah meningkat semula untukmencakup 4.9% daripada nilai KDNK
Malaysia pada tahun 1999 dan angka ini tidak banyak berubah
pada tahun 2000. Sejumlah 65% daripada aliranmasuk pelaburan
langsung ke Malaysia disalurkan kepada sector perkilangan.

b) Syarikat multinasionall (MNC)


Kebanyakan Negara di dunoa secara keseluruhannya termasuk
Malaysia turut menerima kehadiran peserta baru dalam pasaran
antarabangsa, iaitu syarikat multinasional. Syarikat multinasional
(multinasional company) mampu mengintergrasikan proses
pengeluaran dan pemasaran barang dan perkhidmatan melalui
penggunaan kaedah pengeluaran baru, mendominasi pengeluaran
dunia dan mewujudkan monopoli di dunia. Data menunjukan 200
buah syarikat multinasional yang beroperasi secara global
menguasai kira-kira 20% daripada nilai KDNK dunia. Selain itu, 1/3
daripada nilai perdagangan barangan di pasaran dunia berlaku
sesama syarikat multinasional.

Kemunculan syarikat multinasional telah mewujudkan beberapa


kesan positif. Dari segi tenaga, kehadiran syarikat multinasional
telah mewujudkan peluang pekerjaan untuk penduduk Negara yang
terlibat. Selain itu, pendapatan Negara meningkat melalui hasil
kutipan cukai yang dikenakan terhadap syarikat-syarikat
multinasional. Pemindahan teknologi antara syarikat multinasional
membolehkan penduduk tempatan menimba pengetahuan dan
kemahiran baru. Disamping itu, syarikat multinasional telah mampu
mencaburi industry berskala besar yang sebelum ini kurang mampu
diusahakan oleh pemodal tempatan.
Kesan buruk juga timbul kesan kemunculan syarikat multinasional
ini. Pelabur tempatan menghadapi persaingan sengit daripada
pemodal luar yang mempunyai modal, teknologi dan kemahiran
yang lebih tinggi. Dari segi peluang pekerjaan yang diwujudkan
oleh syarikat multinasional, kebanyakannya diisi oleh pekerja
bawahan (buruh tidak mahir). Oleh itu, kemahiran dan pengetahuan
baru yang diperoleh tidak dapat disebarkan dengan meluas,
terutama kepada pekerja peringkat pertengahan dan peringkat
atasan. Disamping itu,permindahan teknologi yang kurang sesuai
dengan suasana dan pesekitaran dalam Negara telah menimbulkan
masaalah pencemaran alam sekitar. Kebanyakan keluar masuk
aliran modal yand tidak dikawal dan keuntungan yang tidak dilabur
semula oleh sesetengah syarikat multinasional akan merugikan
Negara.
4. Proses globalisasi menyebabkan peranan institusi kewangan pertubuhan
perdagangan antarabangsa dan blok perdagangan wilayah menjadi
semakin penting. Atara organisasi yang penting termasuk Pertubuhan
Perdagangan Sedunia (WTO), Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF),
Bank Dunia dan beberapa blok perdagangan wilayah lain seperti ASEAN,
Kesatuan Eropah (EU) dan Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara
(NAFTA).

a) Pertubuhan Perdangangan Sedunia (WTO)


Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) ditibuhkan pada 1
Januari 1995 berikutan keputusan yang telah dicapai dalam
perundingan perdagangan Pusingan Uruguay yang dibuat pada 15
April 1994.Secara umum, WTO diberi kuasa untuk mentadbir dan
melaksanakan perjanjian multilateral, menyediakan forum bagi
perundingan perdagangan multilateral, mencari penyelasaian
terhadap pertikaian perdagangan, menguwasai dasar
perdangangan Negara dan bekerjasama dengan institusi
antarabangsa lain yang terlibat dalam penggubalan dasar ekomoni
global.

b) Tabung Perdagangan Antarabangsa (IMF)


Tabung Perdagangan Atarabangsa (IMF) telah ditubuhkan di
Bretton Wood, New Hampshire, Amerika Syarikat pada bulan Julai
1944. IMF ditubuhkan secara rasmi pada27 Disember 1945 dan
memulakan operasi kewangan pada 1Mac 1947. IMF ditubuhkan
berikutan persetujuan Pihak Bersekutu untuk menyelesaikan
masaalah ekonomi dan mewujudkan system kewangan dunia yang
lebih teratur selepas Perang Dunia Kedua.
Matlamat utama penubuhan IMF seperti yang tercatat pada Artikel1
Piagam IMF adalah seperti berikut:

i. Menggalakkan kerjasama dalam bidang ekonomi dan


kewangan antarabangsa.
ii. Membantu pertubuhan dan perkembangan perdagangan
antarabangsa yang seimbang
iii. Menggalakkan kestabilan pertukaran mata wang asing
dengan mengadakan perjanjian pertukaran asing yang
teratur di kalangan Negara ahli.
iv. Menubuhkan satu system pembayaran pelbagai hala dan
mengurnagkan sekatan dalam pertukaran mata wang asing.
v. Menyediakan sumber kewangan sementara untuk membaiki
ketidakseimbangan pembayaran Negara ahli.

c) Bank Dunia
Bank Dunia yang dahulunya dikenali sebagai Bank Atarabangsa
bagi Penyusunan dan Pembangunan telah ditubuhkan berikutan
persidangan pemimpin dunia di Bretton Woods, Amerika Syarikat
pada tahun 1944.

Anda mungkin juga menyukai