Anda di halaman 1dari 41

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR

70400 SEREMBAN,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
PJM 3152
PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKANJASMANI DAN SUKAN

DI SEDIAKAN OLEH :

IDAHYUNIZAH BINTI KHAMIS


810814-13-5006
UNIT PJK 2
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
PENDIDIKAN JASMANI
AMBILAN FEBRUARI 2012
UNTUK PERHATIAN:
EN. K RAJA A/L M KANAPAHTY
JABATAN PENDIDIKAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS RAJA MELEWAR

SEPTEMBER 2014

Kaedah Pengajaran Bahasa MelayuBMM 3173E


ISI KANDUNGAN
BIL
1
2
3
4
5
6
7

PERKARA
Isi Kandungan
Biodata Pelajar
Halaman Pengakuan
Borang Kolaborasi Kerja Kursus
Tugasan 1: Menghuraikan Strategi, Pendekatan, Kaedah
dan Teknik
Pengenalan umum

8
9
10
11
12

Pengenalan Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik


Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran
Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran
Teknik Pengajaran
Tugasan 2: Rancangan Pelajaran Harian KSSR Bahasa

13
14

Malaysia Tahun 1
Refleksi
Bibliografi

MUKA SURAT
2
3
4
5
6
7
8
9 - 12
13 19
20 -26
27 - 31
32 - 37
38-41
42

BIODATA PELAJAR

NAMA

: IDAHYUNIZAH BINTI KHAMIS

NO. I/C

: 810814-13-5006

NO TEL.

: 012-3644957

EMEL

: eida_sabrina@yahoo.com.my

ALAMAT RUMAH

: NO.4191,
TAMAN PEKAN GEMENCHEH BARU
73200, GEMENCHEH
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

ALAMAT SEKOLAH : SK BUKIT ROKAN UTARA (F),


73200, GEMENCHEH,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
eida_81

Kaedah Pengajaran Bahasa MelayuBMM 3173E


INSTITUT

: INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR


SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN.

PROGRAM

: PROGRAM PENGSISWAZAHAN GURU (PPG) AMBILAN


FEBRUARI 2012

OPSYEN

: IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN JASMANI SEKOLAH


RENDAH

SEMESTER

: SEMESTER 6 / 2014

HALAMAN PENGAKUAN

Dengan ini saya mengaku bahawa tugasan BMM 3173E : Kaedah Pengajaran
Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
rujukan, nukilan dan juga jurnal yang tiap-tiap satunya saya telah nyatakan
sumbernya.

eida_81

Kaedah Pengajaran Bahasa MelayuBMM 3173E


Nama

: IDAHYUNIZAH BINTI KHAMIS

Tarikh

: 06 September 2014

Tandatangan,

BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS


NAMA PELAJAR

: IDAHYUNIZAH BINTI KHAMIS

KUMPULAN

: PJPK 2 PPG AMBILAN FEBRUARI 2012

KURSUS

: IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN


JASMANI SEKOLAH RENDAH

PENSYARAH PEMBIMBING : PN. MASTURA BINTI MOHAMED BERAWI


MATAPELAJARAN

: KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU


SEKOLAH RENDAH (BMM 3173 E)

TARIKH

PERKARA YANG DIBINCANGKAN

04 Ogos 2014

Menerima tugasan dari pensyarah.

04 Ogos 2014

Perbincangan

bersama

CATATAN

TANDA TANGAN

pensyarah

tentang tugasan yang diterima


Mencari maklumat tentang sukatan
10, 11, 12 Ogos
2014
eida_81

pelajaran Bahasa Melayu di internet


dan buku.

Kaedah Pengajaran Bahasa MelayuBMM 3173E

14 Ogos 2014

Perbincangan bersama rakan sejawat

16 Ogos 2014

Tugasan bermula.

25 Ogos 2014

Pembinaan Bahan Bantu Mengajar

06 September

Tugasan

2014

eida_81

diserahkan

kepada

pensyarah untuk dinilai.

Kaedah Pengajaran Bahasa MelayuBMM 3173E

1.0 PENGENALAN
Falsafah Pendidikan Kebangsaan sememangnya menjadi rujukan dan panduan serta
hala tuju kepada institusi pendidikan bagi mencapai matlamat-matlamat yang menjadi
agenda nasional kerajaan terutama dalam melahirkan modal insan minda kelas pertama
seterusnya mencapai sebuah Negara maju menjelang tahun 2020. Justeru, dalam usaha
mereformasi sistem pendidikan berlandaskan idea, konsep dan matlamat pendidikan
Negara, kurikulum mata pelajaran juga perlu relevan dan selari dengan FPK. Maka,
kurikulum Bahasa Melayu juga telah digubal bagi memenuhi hasrat FPK yang menyediakan
murid

untuk

menguasai

kecekapan

berbahasa

dan

berkomunikasi

serta

dapat

menggunakan tatabahasa dengan betul dan tepat.


Bagi tugasan BMM3173E : Kaedah Pengajaran

Bahasa Melayu Sekolah Rendah

adalah untuk menyediakan kerja kursus yang mengandungi bahan-bahan berkaitan dengan
komponen pengajaran dan pembelajaran mikro dan makro mata pelajaran Bahasa Melayu
di dalam bilik darjah. Tugasan kali ini pelajar diminta untuk mengupas tentang strategi,
pendekatan, kaedah serta teknik pengajaran dan pembelajaran terkini Bahasa Melayu
disamping memupuk potensi murid untuk melahirkan insan yang kritis, kreatif dan inovatif.
Di samping itu, pelajar juga diminta menyediakan Rancangan Pelajaran Harian KSSR
berdasarkan salah satu tema yang terkandung dalam Bahasa Malaysia KSSR.

eida_81

Kaedah Pengajaran Bahasa MelayuBMM 3173E

2.0 PENGENALAN STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN BAHASA.
Sesi pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan berkesan memerlukan
perancangan yang tersusun dan berkualiti. Konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknik
perlu dititik beratkan kerana ia merupakan konsep paling asas membentuk satu rancangan
pengajaran yang sempurna. Dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran, langkah pemilihan
strategi, pendekatan, kaedah dan teknik perlu dijadikan keutamaan ke arah penentuan
sesuatu objektif pemnbelajaran. Justeru tu, panduan dan keterangan perlu diberi secara
mendalam agar kecelaruan ilmu dapat di atasi.
Jika dilihat secara umum, strategi, pendekatan, kaedah dan teknik merupakan satu
gabungan yang saling berkaitan dan melengkapi antara satu sama lain bagi mewujudkan
satu proses pengajaran dan pembelajaran. Ciri-ciri yang terdapat di antara konsep-konsep
ini, apabila diaplikasikan dalam bilik darjah ia akan membentuk satu pembelajaran yang
kondusif, ceria dan seterusnya objektif akan tercapai.

Strategi
Pendekatan
Kaedah
Teknik

eida_81

Kaedah Pengajaran Bahasa MelayuBMM 3173E


Rajah 1 Gabungan antara strategi, pendekatan, kaedah dan teknik

3.0 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


3.1 DEFINISI STRATEGI
Menurut Kamus Dewan, strategi adalah ilmu tentang cara-cara merancang dan
melaksanakan tindak-tanduk atau rancangan yang diatur bagi mencapai matlamat atau
kejayaan.
Bagi buku Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu karangan Adenan Ayob dan
Khairuddin Mohamad , strategi bermaksud kebijaksanaan dalam pemilihan pendekatan,
kaedah dan teknik pengajaran berdasarkan objektif pengajaran yang digubal. Strategi
dikatakan sebagai konsep belakang tabir, dimana pelaksanaan adalah secara tidak
langsung di dalam bilik darjah.
Dalam konteks strategi pengajaran dan pembelajaran, seseorang guru perlu membuat
satu perancangan yang teratur dan lengkap bagi mencapai tujuan dan matlamat dalam
membentuk kejayaan. Strategi diperlukan oleh seseorang guru bagi memastikan murid
dapat menguasai sesuatu kemahiran yang diajar setelah merancang dan memperolehi
kejayaan dalam hasil pembelajaran yang telah ditentukan.
Bagi guru yang kreatif dan inovatif akan menggunakan gabungan beberapa pendekatan
dan kaedah yan tertentu bagi mencapai hasil pembelajaran atau objektif pengajaran.
Strategi pengajaran memainkan peranan utama apabila seseorang guru itu mengajar murid
berbeza tahap kebolehan, kecenderungan, bakat serta minat di samping pencapaian yang
berlainan antara satu sama lain. Contohnya bagi murid LINUS dan kelas Perdana, tahap
pencapaian akademik dan penerimaan murid adalah berbeza maka guru perlu bijak
mengatur strategi supaya kesemua kemahiran dapat dikuasai dan diterima oleh kedua-dua

eida_81

Kaedah Pengajaran Bahasa MelayuBMM 3173E


aliran tersebut. Guru perlu mencari jalan bagi mengintergrasikan serta menyusun kaedahkaedah yang bersesuaian dengan penerimaan murid.
Secara umumnya strategi

merupakan satu susunan pendekatan dan kaedah yang

digunakan untuk mencapai sesuatu matlamat atau tujuan dengan menggunakan tenaga,
masa dan kemudahan yang diperolehi secara optimum.

3.2 KLASIFIKASI STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Strategi Berpusatkan Guru

Pd
P

Strategi Berpusatkan Murid

Strategi Berpusatkan Bahan


Strategi berpusatkan Masalah

eida_81

Kaedah Pengajaran Bahasa MelayuBMM 3173E

Rajah 2: Klasifikasi Strategik

3.2.1

STRATEGI BERPUSATKAN GURU


Strategi berpusatkan guru merupakan strategi konvensional yang masih lagi digunakan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran . Antara ciri-ciri strategi berpusatkan guru
Guru memainkan peranan utama untuk menguasai dan mengawal proses
pengajaran dan pembelajaran. Ciri kepimpinan guru bersifat autokratik.
Murid bersifat pasif dalam pembelajaran.
Komunikasi sehala sahaja yang berlaku semasa proses pengajaran dan
pembelajaran.
Fokus murid kepada hafazan dan tidak melakukan interpretasi
Guru tidak mengambil kira ciri-ciri perbezaan murid dari segi kebolehan dan
minat yang wujud.
Murid tidak kreatif, selain tiada daya inisiatif untuk meneroka ilmu-ilmu yang
baharu.

3.2.2

STRATEGI BERPUSATKAN MURID


Murid terlibat secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran, manakala guru
hanya sebagai fasilitator dalam proses pengajaran bahasa. Antara ciri-ciri berpusatkan
murid
Ciri kepimpinan guru adalah demokrasi
Interaksi dua hala berlaku dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

eida_81

10

Kaedah Pengajaran Bahasa MelayuBMM 3173E


Pencapaian objektif diutamakan.
Murid bebas untuk bertanya dan memberi pendapat dan cadangan.
Masa diperuntukkan untuk murid meneroka dan menyelesaikan masalah
pembelajaran dengan bimbingan guru.
Guru berpeluang berinteraksi dengan murid di samping mengesan kelemahan
murid pada peringkat awal demi peningkatan pencapaian.

3.2.3

STRATEGI BERPUSATKAN BAHAN


Strategi berpusatkan bahan lebih memberi penekanan terhadap penggunaan bahan
semasa sesi pengajaran guru. Penggunaan bahan semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran adalah bertujuan membantu murid memahami isi pelajaran dengan lebih
mudah dan berkesan. Ciri-ciri strategi berpusatkan bahan:
Pengajaran guru bergantung sepenuhnya kepada bahan bantu mengajar dan
memudahkan pengajaran guru.
Kewujudan bahan dapat membantu murid mengikuti pelajaran tanpa kehadiran
guru.
Peranan

guru

adalah

dominan

dalam

menghasilkan

pengajaran

dan

pembelajaran apabila murid hanya memberikan tindak balas terhadap bahan.


Sesi pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, berkesan dan bermakna.
Mewujudkan sifat berdikari di kalangan murid kerana perlu menghasilkan projek
tanpa kehadiran guru.
3.2.4

STRATEGI BERPUSATKAN MASALAH


Strategi ini dilaksanakan dengan penyeliaan guru. Penglibatan murid adalah
sepenuhnya. Strategi berpusatkan masalah memerlukan murid untuk menaakul pada
proses pemikiran aras tinggi. Ciri-ciri strategi berpusatkan murid:

eida_81

11

Kaedah Pengajaran Bahasa MelayuBMM 3173E


Kewujudan asas pengenalpastian masalah, pencarian maklumat, membuat dan
menguji hipotesis, menilai dan membuat rumusan.
Murid bebas memberikan idea, pendapat bagi meningkatkan kefahaman dan
pemahaman serta ingatan.

4.0 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


4.1

DEFINISI PENDEKATAN
Menurut Parera (1986), pendekatan merupakan satu latar belakang falsafah atau
pandangan mengenai idea utama

yang hendak dibahaskan dan merupakan satu

aksioma (pernyataan yang diterima umum menjadi asas kepada sesuatu huraian).
Kamarudin Hj. Husin (1988) menyatakan pendekatan adalah satu kumpulan
andaian yang saling berkait rapat mengenai hakikat bahasa, hakikat pengajaran bahasa
dan hakikat pembelajaran bahasa.
Menurut buku Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu, pendekatan ditakrifkan
sebagai arah atau hala yang di ambil untuk menuju ke sesuatu sasaran. Ia juga diertikan
sebagai to come near to in any sense atau jalan yang diambil untuk melakukan
sesuatu
Konsep pendekatan pengajaran adalah sesuatu yang paling abstrak dan global.
Ia merujuk kepada cara sesuatu pelajaran diajar berdasarkan kepada objektifnya.
Pendekatan mestilah berlandaskan kepada model, prinsip atau teori. Pendekatan yang
baik dan bijak mampu menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih menarik.
Pendekatan wujud berdasarkan kepada beberapa

aspek yang ingin kita

sampaikan sebagai bahan utama dalam pengajaran dan pembelajaran, Ianya


menyerupai klasifikasi di mana jenis-jenis pendekatan wujud berdasarkan kriteria yang
digunakan untuk meneliti proses pengajaran.

eida_81

12

Kaedah Pengajaran Bahasa MelayuBMM 3173E

Rajah 3: keberkesanan pendekatan


4.2 JENIS-JENIS PENDEKATAN

Pendekatan
Eklektif

Pendekatan
Komunikatif

Pendekatan
Tematik

Pendekatan
Deduktif
eida_81

Pendekatan
Konstruktivisme

13

Kaedah Pengajaran Bahasa MelayuBMM 3173E

Pendekatan
Induktif

PENDEKATAN

Pendekatan
Konstekstual

Pendekatan
Masteri

Merujuk kepada buku Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu terdapat 8 jenis pendekatan yang
digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran masa kini antaranya :
4.2.1 Pendekatan Induktif
Pendekatan induktif didefinisikan sebagai satu proses penaakulan yang tinggi. Menurut
Kierzek dan Walker Gibson (1960) pendekatan induktif dimulakan dengan sebab atau
contoh dalam sesuatu generalisasi. Pendekatan ini melibatkan pengumpulan dan
pentafsiran maklumatmaklumat dan kemudiannya berubah menjadi kesimpulan. Murid
dibimbing oleh guru untuk berfikir, mengkaji, mengenal pasti seterusnya mentafsir
maklumat lalu dijadikan kesimpulan atau generalisasi. Pengajaran dan pembelajaran
melibatkan seseorang guru boleh membantu murid menguasai konsep atau generalisasi
berdasarkan kepada pemerhatian dan contoh-contoh yang diperolehi.
Menurut sumber lain, B. seaton (1982), pembelajaran melalui pendekatan ini
sama seperti seseorng murid mengalami proses mental dia mana ia memerhatikan
peristiwa tertentu untuk memperoleh satu kesimpulan. Antara prinsip-prinsip pendekatan
induktif ini adalah menggunakan contoh-contoh yang releven yang membolehkan murid
dapat memahami apa yang disampaikan oleh guru. Murid-murid juga digalakkan
mengemukakan contoh-contoh yang diketahui oleh mereka semasa proses pengajaran
dan pembelajaran berlaku. Soalan-soalan yang disediakan mesti berkait rapat dengan
contoh yang diberikan

oleh murid supaya dapat membimbing murid membuat

kesimpulan. Seterusnya, guru perlu memberikan peluang kepada pelajar untuk


memerhati dan menganalisis contoh agar generalisasi dapat dibuat. Untuk lebih
memudahkan murid menguasai peraturan-peraturan umum yang diperoleh daripada
fakta ataupun contoh khusus, guru perlulah merancang aktiviti berkisar daripada contoh

eida_81

14

Kaedah Pengajaran Bahasa MelayuBMM 3173E


yang telah diberikan. Secara umumnya, jenis pendekaran induktif digunakan bergantung
pada hasil pembelajaran yang diinginkan.

4.2.2 Pendekatan Deduktif


Pendekatan deduktif merupakan jenis pengajaran yang bermula daripada umum
kepada spesifik. Pendekatan ini merujuk kepada satu pembelajaran dimana pelajar
bermula dengan hukum yang umum dan digunakan dalam kes-kes tertentu. Strategi
Pengajaran Deduktif merupakan kaedah mengajar yang kompleks kerana murid perlu
memperolehi kefahaman yang mendalam /mencukupi serta berupaya memilih rumus,
hukum, teorem, peraturan yang telah dipelajari dengan tepat untuk diaplikasi pada
contoh-contoh khusus.
Pendekatan ini mengasaskan pengajaran dan pembelajaran murid kepada
hukum-hukum. Pendekatan ini bermula dengan melihat hukum-hukum atau mempelajari
peraturan tertentu dan dari sini pembelajaran akan diteruskan dengan menganalisis
hukum-hukum melalui contoh atau mengaplikasikan peraturan yang telah diberikan.
Secara ringkasnya, seorang guru akan mengemukakan satu konsep, hukum atau
kesimpulan dengan menerangkan definisi sebelum memberikan beberapa contoh untuk
memperjelas kefahaman. Pelajar perlu menaakul untuk mendapatkan contoh tertentu
daripada peraturan umum.
4.2.3 Pendekatan Eklektif
Pendekatan eklektik menggunakan dua atau lebih kaedah yang menggabungkan segala
ciri yang baik daripada pendekatan tersebut dan menggunakannya dalam satu-satu
pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan eklektik dihasilkan dengan menggunakan
gabungan pendekatan indukif dan deduktif. Bagi kelas yang mempunyai murid yang
pelbagai kebolehan, sesuai menggunakan pendekatan ini. Ini kerana ada kala

eida_81

15

Kaedah Pengajaran Bahasa MelayuBMM 3173E


sesetengah murid menggunakan pendekatan induktif dan segelintir murid mudah
memahami pendekatan deduktif.
Contoh, seseorang guru boleh memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran
dengan memberikan contoh dan diikuti dengan kesimpulan. Ada juga sesetengah
bahagian guru melakukan proses pengajaran dan pembelajaran dahulu dan diakhiri
dengan memberikan contoh serta diikuti dengan generalisasi. Proses ini lebih
menyerupai kepada pendekatan induktif. Sekiranya guru memulakan pelajaran dengan
memberikan peraturan atau generalisasi diikuti dengan contoh dan kemudian diakhiri
dengan penerangan tentang peraturan, maka ianya lebih kepada pendekatan deduktif.
Strategi pengajaran menggunakan pendekatan eklektik boleh dilakukan dengan dua
cara iaitu cara kepada pendekatan induktif ataupun pengajaran dan pembelajaran yang
lebih menggunakan pendekatan deduktif. Dalam kaedah pengajaran Bahasa Melayu,
guru boleh mengaplikasikan strategi Pusatan guru, Pusatan murid, Pusatan bahan
dalam pengajaran dan pembelajaran. Kebiasaannya guru lebih

menggunakan

pendekatan ini dalam aktiviti pemulihan dan pengayaan.


4.2.4 Pendekatan Komunikatif
Menurut sumber yang diperolehi Pendekatan komunikatif bermula pada tahun
1960-an dimana Ahli Linguistik telah berpendapat bahawa bahasa ialah satu sistem
terbuka dan dinamik dan digunakan sesebuah

masyarakat untuk bertukar-tukar

penerangan atau pendapat. Menurut Juriah Long (1985) penganjur-penganjur


pendekatan komunikasi yang terdiri daripada ahli linguistik terapan di Britian dan
Eropah,

mereka

berpendapat

pengajaran

bahasa

sepatutnya

mengutamakan

kecekapan berkomunikasi yang merangkumi bukan saja kecekapan berbahasa , iaitu


penguasaan sistem bahasa tetapi juga kecekapan komunikatif.
Pendekatan komunikatif merupakan pendekatan yang berpusatkan murid.
Ianya berfokus kepada komunikasi seperti bercerita, meminta maaf pelaporan dan
sebagainya. Situasi ini sering berlaku dalam kehidupan seharian. Penekanan kepada
pendekatan ini adalah lebih kepada gramatikal untuk tujuan komunikasi. Pendekatan ini
wujud kerana pendekatan lain lebih mementingkan penguasaan bahasa pada peringkat
membina ayat-ayat yang betul secara pencilan yang terkeluar daripada konteks wacana.
Hasilnya, murid tidak akan menguasai kecekapan berkomunikasi. Penguasaan
eida_81

16

Kaedah Pengajaran Bahasa MelayuBMM 3173E


komunikasi adalah perlu agar murid dapat membuat pemilihan struktur ayat yang betul
mengikut konteks bahasa.
Prinsip-prinsip pendekatan komunikatif ini adalah berkaitan dengan pengetahuan
murid dalam aktiviti yang akan dilakukan. Guru perlu merancang terlebih dahulu aktiviti
yang akan dijalankan agar murid dapat menggunakan bahasa dalam berkomunikasi
dengan cara yang betul. Selain itu, pengajaran bahasa perlu dibuat dalam konteks
wacana dan guru perlu mengajar bahasa yang melampaui batas ayat agar murid dapat
berkomunikai secara berkesan. Pengajaran bahasa lebih mengikut proses komunikasi
sebenar iaitu seperti perbualan dalam kehidupan sehari-harian.

4.2.5 Pendekatan Tematik


Menurut buku Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu, pendekatan tematik
digunakan dalam pengajaran bahasa mengikut tema-tema tertentu. Pengajaran
berkaitan dengan alam sekitar contohnya boleh dikaitkan dengan pendekatan tematik.
Menurut beberapa sumber, pendekatan tematik merupakan satu usaha untuk
mengintergrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai pembelajaran serta pemikiran
yang kreatif dengan menggunakan tema.

4.2.6 Pendekatan Konstruktivisme


Pendekatan Konstruktivisme merupakan pengetahuan dibina sendiri oleh murid secara
aktif berdasarkan kepada pengetahuan serta pengalaman sedia ada. Konsep ini
berfokus kepada pengetahuan yang dibina secara aktif oleh individu yang berfikir.
Pendekatan konstruktivisme membolehkan murid mudah faham, yakin dan berasa
seronok untuk belajar sepanjang hayat.
Amalan pengajaran menggunakan pendekatan konstruktivisme berlaku dimana
murid mengunakan data dan sumber untuk memberi peluang kepada murid membina
pengalaman dan kemahiran dalam bentuk pengetahuan baru atau menstrukturkan
semula konsep alternatif. Seterusnya tugasan pembelajaran memerlukan kemahiran

eida_81

17

Kaedah Pengajaran Bahasa MelayuBMM 3173E


kognitif yang tinggi supaya dapat membantu murid membina konstruk sendiri melalu
proses asimilasi atau menyesuaikan konsep sedia ada.
Pengetahuan sedia ada murid dapat membantu mereka mengikuti pembelajaran
seterusnya untuk membentuk kesesuaian mengikut perkembangan konstruk murid
supaya proses pembelajaran lebih bermakna. Murid-murid memilih maklumat, membina
hipotesis dan membuat keputusan melalui proses mengintegrasi serta menyusun
pengalaman mereka ke dalam struktur mental yang sedia ada.
4.2.7 Pendekatan Kontekstual
Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi
pelajaran dengan pengalaman harian murid, masyarakat, dan alam pekerjaan. Melalui
pembelajaran ini murid dapat memproses maklumat dan pengetahuan baru dengan cara
bermakna. Contohnya, murid mengaplikasikan pengalaman mengutip buah-buahan di
dusun dengan pengenalan jenis buah-buahan tempatan.
Pendekatan ini mendorong murid menghubungkaitkan pengetahuan yang dimiliki
dengan kehidupan seharian. Prinsp pendekatan asas perlula berkisar kepada
penyampaian sesuatu isi dari mudah ke sukar atau permulaan yang maujud kepada
abstrak. Pendekatan dalam pengajaran bahasa adalah sesuatu yang umum dan tidak
menunjukkan cara menuju ke sesuatu haluan.
4.2.8 Pendekatan Masteri
Pembelajaran Masteri bermaksud pendekata pengajaran dan pembelajaran yang
memastikan murid menguasai hasil pembelajaran sesuatu topik sebelum berpindah ke
topik seterusnya. Pendekatan ini memerlukan masa yang mencukupi disamping proses
pengajaran dan pembelajaran guru yang berkualiti.

eida_81

18

Kaedah Pengajaran Bahasa MelayuBMM 3173E

5.0 KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA


Satu aktiviti yang dirancang dan dijalankan secara tersusun serta dimana setiap
langkah tersebut mempunyai kemahiran kemahiran dan latihan yang dirancang.
Keutamaan adalah bagi mencapai objektif yang dirancang bukannya cara bagaimana
proses pengajaran dan pembelajaran itu berjalan.

Menurut

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), kaedah bermaksud cara atau aturan

membuat sesuatu atau hukum atau prinsip. Menurut Mok Soon (1992),

cara sesuatu

objektif pembelajaran didekati dengan langkah penyampaian yang tersusun. Menurut


eida_81

19

Kaedah Pengajaran Bahasa MelayuBMM 3173E


Sharifah Alwiah Alsagoff (1986), kaedah adalah peredaran kea rah satu tujuan yang
pengajaran yang dirancang dengan teratur. Menurut Hassan Langgulung (1981) kaedah
bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Kesimpulannya apa sahaja cara dan tindakan
yang dilakukan adalah memberi kefahaman kepada murid.

KAEDAH KOD
KOGNITIF
KAEDAH AJUK HAFAZ

KAEDAH LINGUISTIK

KAEDAH BAHASA
KOMUNITI

KAEDAH ORAL-AURAL

5.1

KAEDAH TERUS

KAEDAH TATABAHASA
TERJEMAHAN

JENIS-JENIS
KAEDAH

KAEDAH NATURAL

Kaedah Natural.
Kaedah ini berasaskan penggunaan bahasa dalam situasi komunikatif. Kaedah ini
kurang menekankan rujukan kepada analisis gramatikal, latih tubi gramatikal atau kepada
teori tatabahasa tertentu. Ia juga melihat bahasa sebagai satu alat untuk menghubungkan
makna dan mesej.
2 Cara untuk memperkembangkan teori bahasa:
Penguasaan.
Cara yang semula jadi, sama seperti cara kanak-kanak menguasai bahasa
pertama mereka, iaitu merujuk kepada cara-cara yang tidak disedari yang melibatkan

eida_81

20

Kaedah Pengajaran Bahasa MelayuBMM 3173E


perkembangan melalui pemahaman dan melalui penggunaan bahasa untuk komunikasi
yang bermakna.

Pembelajaran.
Proses yang melibatkan peraturan-peraturan secara sedar tentang bahasa
diperkembangkan.
pembelajaran

Pengajaran

berlaku

dan

yang

formal

pembetulan

diperlukan

kesalahan

untuk

dapat

membolehkan

membantu

dengan

perkembangan peraturan yang telah dipelajari


Ciri-ciri Kaedah Natural
Penekanan kepada persembahan input pemahaman dalam bahasa sasaran.
Mirip kepada prinsip audio-linguis
Memperkembangkan keupayaan bahasa melalui penguasaan dan pembelajaran
Kelas diasaskan kepada tugasan yang memenuhi keperluan murid.
5.2

Kaedah Tatabahasa Terjemahan


Kaedah ini adalah lebih kepada nahu tradisional atau kaedah klasik. Penekanan
diberikan kepada kemahiran menulis dan bukan kemahiran lisan. Kaedah ini tidak
mementingkan fonetik dan penekanan ejaan dan penulisan dalam bahasa. Gabungan
tatabahasa yang di ajar adalah tatabahasa formal.

Ciri-ciri Kaedah Tatabahasa Terjemahan


Berfokus kepada aspek tulisan
Berteraskan pendekatan deduktif

eida_81

21

Kaedah Pengajaran Bahasa MelayuBMM 3173E


Pengajaran dan praktikalnya berdasarkan ayat.
Menekankan hafazan peraturan bahasa
Mengekalkan bahasa pertama sebagai sistem rujukan

5.3

Kaedah Terus
Kaedah ini mula direka dan diperkenalkan oleh Michell West dan Harald Palmer
antara tahun 1920-1935. Kaedah yang digunakan oleh tentera untuk melatih tentera dan
diplomat dalam perang. Kemahiran bahasa yang diperlukan untuk operasi tentera
adalah kemahiran lisan. Latih

tubi digunakan secara intensif melalui guru bahasa.

Kaedah ini mengutamakan prinsip-prinsip engajar yang berdasarkan psikologi kanakkanak. Menurut Salleh Mohd Akib (1975), kaedah terus ini ialah kaedah pengajaran
secara perbualan untuk memperkenalkan bahasa kedua kepada kanak kanak.
Pengajaran digunakan dengan menggunakan benda-benda atau objek konkrit.
Ciri-ciri Kaedah Terus.
Hubungan secara terus antara perkataan dengan benda, ayat dengan fikiran dan
sebagainya.
Mementingkan pengalaman sedia ada murid.
Timbulkan perasaan ingin tahu menerusi soalan yang dikemukakan.
Pengajaran haruslah berpandukan lunas-lunas kanak-kanak mempelajari ibunda
mereka.
Utamakan bahasa lisan di mana kemahiran mendengar didahulukan.
Murid-murid dihubungkan terus dengan bahasa yang hendak diajar.
5.4

Kaedah Ajuk Hafaz

eida_81

22

Kaedah Pengajaran Bahasa MelayuBMM 3173E


Kaedah ini dilakukan secara demonstrasi dan latih tubi. Pengajaran guru adalah
berkaitan dengan tatabahasa, pertuturan dan perbendaaraan kata melalui guru bahasa
atau penutur jati.
Ciri-ciri Kaedah Ajuk Hafaz
Tatabahasa diajar secara mehghafaz
Menggunakan beberapa ayat asas melalui cara ajukan
Apabila ayat telah dihafaz sepenuhnya murid diminta membaca deskripsi asal dalam
bahasa ibunda.
5.5

Kaedah Linguistik
Kaedah ini pada dasarnya membandingkan dua bahasa iaitu di antara bahasa
yang dipelajari dengan bahasa lain. Pengetahuan bahasa murid itu harus tertumpu
kepada bentuk dan fungsi bahasa. Kaedah ini mementingkan pertuturan dan
membenarkan penggunaan bahasa yang telah diketahui murid-murid.

Ciri-ciri Kaedah Linguistik

Mendahulukan bentuk daripada makna.

Mementingkan pengetahuan fonetik kerana pemilihan bunyi yang sama dalam keduadua bahasa diutamakan.

Pemilihan bentuk ayat adalah berdasarkan bentuk ayat yang ada dalam bahasa ibunda

Mengajar dahulu sebutan bunyi yang ada persamaan dengan bunyi bahasa yang
diketahui

5.6

Kaedah Kod Kognitif


J.B. Caroll (1966) berpendapat bahawa kaedah ini merupakan pembaharuan
dan pengubahsuaian terhadap kaedah nahu terjemahan berasaskan teori huraian
bahasa dan pembelajaran semasa.Kaedah ini terbentuk berlandaskan teori huraian
bahasa Chomsky dan teori pembelajaran Gestalt.

eida_81

23

Kaedah Pengajaran Bahasa MelayuBMM 3173E


Chomsky berpendapat bahawa bahasa merupakan sistem rumus-rumus bahasa
yang ternyata melalui bentuk linguistik. Pengetahuan bahasa adalah dalam bentuk
abstrak dan bersifat semula jadi dan sejagat.
Teori pembelajaran gestalt pula berpendapat bahawa pembelajaran terjadi dari
saling

tindakan

seseorang

kanak-kanak

dengan

persekitaran

dalam

proses

kematangannya. Hasilnya, terbentuk celik akal iaitu satu corak pembentukan, imaginasi,
dan idea baru. Teori ini menekankan kepentingan pengamatan, dan pemahaman
struktur bahasa yang dipelajari.
Ciri-ciri Kaedah Kod Kognitif
Menekankan kemahiran membaca dan menulis
Murid-murid perlu berpengetahuan tentang tatabahasa yang hendak dipelajari.
Murid-murid diberi galakan untuk menggunakan secara maksimum kemampuan kreatif.
Pengertian dan huraian dalam suatu pengajaran dan pembelajaran perlu diwujudkan
guru.
Menggunakan aplikasi tatabahasa tranformasi-generatif untuk menghuraikan bahasa

5.7

Kaedah Bahasa Komuniti


Pembelajaran bahasa komuniti atau Community Language Learning merupakan cara

pembelajaran bahasa yang di asaskan oleh Charles A.Curran bersama dengan rakan-rakannya.
La Forge (1983) murid Curran meluaskan teori CLL.
Beliau mengesahkan bahawa teori bahasa mestilah bermula daripada ciri-ciri bunyi, ayat
dan model-model abstrak bahasa. Seorang pelajar bahasa perlu memahami sistem bunyi,
makna yang ditetapkan dan tatabahasa bahasa itu. Kaedah ini berkait rapat dengan amalan
pengajaran bahasa asing-teknik kemanusiaan.
Teknik yang menganggap mempunyai emosi dan perasaan di samping pengetahuan
linguistik dan tingkahlaku.

eida_81

24

Kaedah Pengajaran Bahasa MelayuBMM 3173E


Pembelajaran berlaku dalam situasi komunikasi yang melibatkan guru dan murid dalam
satu interaksi.
Ciri-ciri Kaedah Bahasa Komuniti

Memupuk semangat kekitaan dan perasaan keselamatan.

Kebolehan murid meningkat maju dan mula berdikari.

Peranan guru sebagai pembimbing.

Guru mengenal pasti sejauh manakah situasi pembelajaran yang baharu ini boleh
mengugat proses pembelajaran yang mantap.

Guru perlu menyokong dan memahami sifat murid-murid dalam usaha untuk menguasai
bahasa tersebut

5.8

Kaedah Oral-Aural
Kaedah
Keutamaan

Oral-Aural

diberikan

kepada

merupakan
kemahiran

satu

kaedah

mendengar

mendengar
dan

bertutur.

dan

bertutur.

Kaedah

ini

menggunakan dialog untuk menghafaz. Latih tubi dialog dijalankan dengan cara
memberikan perhatian kepada intonasi yang betul
Ciri-ciri Kaedah Oral-Aural
Dimulakan dengan beberapa dialog tertentu
Dialog dipelajari melalui proses meniru dan menghafaz
Aktiviti dijalankan secara berkumpulan
Murid yang Berjaya mencapai kemahiran yang diharapkan baru diberikna teks.

6.0 TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


6.1 DEFINISI TEKNIK
Taktik yang digunakan untuk mencapai objektif pembelajaran yang segera maksimum
pada waktu pengajaran dan pembelajaran bagi sesuatu bahagian. Menurut Kamaruddin Hj.
eida_81

25

Kaedah Pengajaran Bahasa MelayuBMM 3173E


Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa,
teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di
dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.
Teknik digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk menarik perhatian
murid supaya minat belajar dan tidak jemu ketika sesi guru mengajar. Pelbagai teknik boleh
digunakan seperti teknik main peranan

,improvisasi, permainan bahasa, bercerita,

simulasi,sumbangsaran dan sebaginya. Guru harus bijak memilih teknik ketika belajar mengikut
aras pencapaian murid , umur, minat dan kebolehan murid. Bahan yang digunakan juga penting
agar bersesuaian dengan teknik yang diajar dengan menggunakan pelbagai bahan konkrit. Ia
juga boleh diklasifikasikan kepada kategori yang mementingkan isi kandungan ataupun proses.
Seseorang guru yang berdedikasi dan berwibawa akan merancang dan melaksanakan
teknik atau alat yang digunakan untuk menyampaikannya. Guru perlu mewujudkan suasana
iklim bilik darjah yang boleh merangsang dan menarik minat pelajar

yang dipilih haruslah

sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti

6.2 TUJUAN TEKNIK

eida_81

26

Kaedah Pengajaran Bahasa MelayuBMM 3173E

6.3 JENIS-JENIS TEKNIK

Teknik
Permainan
Bahasa

Teknik
Latih
Tubi

Teknik
Bercerita

Teknik
Drama
JENIS TEKNIK

6.3.1

Teknik Drama
Mendorong dan merangsang minda pelajar untuk menghubungkan perasaannya
dengan matapelajaran yang dipelajarinya.
Tujuan utama adalah untuk melatih pelajar menggunakan unsur bahasa, unsur
paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak
tangan, kepala dan dll) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau
perbuatan.

eida_81

27

Kaedah Pengajaran Bahasa MelayuBMM 3173E


Drama dapat mempelbagaikan ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu
alat bantu pengajaran dan pembelajaran.
Teknik

ini

boleh

menimbulkan

rasa

keseronokan

dan

keberkesanan

pembelajaran kepada pelajar, disamping dapat menyuburkan sahsiah pelajar.

Terdapat beberapa komponen di bawah teknik drama sewaktu proses


pengajaran dan pembelajaran iaitu

6.3.2

Mimos

Improvasi

Simulasi

Pantomin

Teater Bercerita

Mestamu

Dikon

Main Peranan

Teknik Permainan Bahasa

Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui
teknik permainan.
Aktiviti

pembelajaran

sebagai

aktiviti

pengukuhan,

pengayaan

dan

pemulihan.
Contoh aktiviti seperti kuiz,puzzle, teka-teki,meneka, silangkata ,penyelesaian
masalah, demontrasi, sisip sukukata, menangga kekata dan sebagainya.
eida_81

28

Kaedah Pengajaran Bahasa MelayuBMM 3173E


Boleh dilakukan secara individu, kumpulan , berpasangan atau kelas.
Penglibatan pelajar memberi peluang untuk mendapat pengalaman, latihan
intensif dan sebagai alat dianogstik.
Aktiviti yang dijalankan melibatkan kemahiran berbahasa pelajar seperti
kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan
dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara
khususnya. Hala tuju ini diinterapetasikan melalui objektif tersirat dalam
permainan bahasa tersebut iaitu:

6.3.3

merangsang interaksi verbal pelajar

menambah kefasihan dan keyakinan

menyediakan konteks pembelajaran

bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan

bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan penggayaan

Teknik Latih Tubi

eida_81

Aktiviti pengulangan fakta yang bertujuan untuk mencapai penguasaan


kemahiran.

Sesuai digunakan untuk mata pelajaran Bahasa Melayu terutamanya untuk


murid-murid yang mempunyai aras pencapaian yang rendah.

Digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut


suku kata perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting atau pun
huruf-huruf.

Pelajar didedahkan dengan aktiviti menyebut, mendengar dan memikirkan


maksud sesuatu perkataan atau makna ayat.

Berasakan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual)

Digunakan sebagai teknik menghafal atau mengingat.


29

Kaedah Pengajaran Bahasa MelayuBMM 3173E

6.3.4

Teknik Bercerita
Satu kaedah yang digunakan untuk menyampaikan isi pelajaran.
Cerita disampaikan secara lisan, melalui tontonan, mendengar rakaman dan
melalui pementasan boneka.
Tujuan bercerita untuk:
Menimbulkan minat murid untuk belajar
Melatih kemahiran mendengar
Memupuk nilai-nilai murni
Memperkayakan pengalaman murid
Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan
Penglibatan murid secara aktif dan menjana pemikiran murid

eida_81

30

Kaedah Pengajaran Bahasa MelayuBMM 3173E

eida_81

31

Kaedah Pengajaran Bahasa MelayuBMM 3173E

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KSSR


Mata Pelajaran

: Bahasa Malaysia

Tahun

: 1 Arif

Tarikh

: 21 Mac 2014

Bilangan Murid

: 20 orang

Masa

: 8.10 pagi 9.10 pagi (60 minit)

Tema

: Mari Bertani

Tajuk

: Buah-buahan Tempatan

Fokus utama

: 1.5.1

Fokus sampingan

: 3.4.1

Standard Kandungan:
1.5 Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara semula dengan tepat menggunakan sebutan
yang jelas dan intonasi yang betul
1.5.1 Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang
betul menngunakan ayat tunggal
Standard Pembelajaran:
. 3.4 Menulis imlak dengan tepat
3.4.1 Menulis imlak perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan suku kata tertutup
dengan tepat.
Objektif:
eida_81

32

Kaedah Pengajaran Bahasa MelayuBMM 3173E


Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:i). bercerita tentang kebun buah-buahan dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul
ii). Menulis imlak perkataan dengan tepat dan betul.
Sistem Bahasa:
Tatabahasa: Ayat tunggal dan ayat tanya
Kosa kata: inovasi, kreativiti, kreatif.
Pengisian Kurikulum/Elemen Merentas Kurikulum:
Ilmu

: Sains

Nilai Murni

: Kerjasama

EMK

: Kreativiti dan inovasi (Penjanaan Idea)


Keusahawanan (peluang perniagaan)

Strategi:
Kemahiran Berfikir

: Menyusun maklumat, banding beza

Kecerdasan Pelbagai

: Konstruktivisme Mengembangkan Idea

Pembelajaran Kontekstual : Menghubung kait maklumat dengan kehidupan seharian


Bahan Bantu Mengajar

Jenis

Bilangan

1.

Radio

1 buah

2.

Buku Pop Up

1 buku

3.

Batang Penyapu

4 batang

4.

Kad suku kata buah-buah yang telah dipotong

20 keping

Pengalaman sedia ada: Murid pernah pergi ke dusun dan makan buah-buahan tempatan

eida_81

33

Kaedah Pengajaran Bahasa MelayuBMM 3173E

Langkah /

Kandungan

masa

Set induksi
(5 minit)

Langkah 1
(10 minit)

Aktiviti Pengajaran dan

Catatan

Pembelajaran

Nyanyian Lagu
Musim
buahan

Buah-

Gambar
Dusun
Buah-buahan

1. Murid diminta membaca Strategi: Berpusatkan


lirik lagu .
bahan
2. Murid
diminta Pendekatan:
menyanyikan
lagu kontekstual
Musim
Buah-buahan
dengan bimbingan guru BSPP: kertas lagu
dan iringan radio.
radio

1. Murid
dibahagikan Strategi : berpusatkan
kepada 4 kumpulan
bahan.
2. Murid diminta meneliti Pendekatan : deduktif
gambar Dusun BuahTeknik : Bercerita
buahan.
3. Wakil kumpulan murid BSPP: kad gambar
diminta
menceritakan dusun buah-buahan
gambar tersebut dengan
sebutan dan intonasi
yang betul
secara
bergilir-gilir

Langkah 2
(10 minit)

Buku Pop Up

1. Berdasarkan buku Pop


Up, guru menunjukkan
kepada
murid
jenis
buah-buahan tempatan
yang
terdapat
di
Malaysia.

Strategi : berpusatkan
guru
Pendekatan : eklektik
BSPP: Buku Pop Up

2. Murid menyebut buahbuahan tempatan yang


terdapat dalam buku

eida_81

34

Kaedah Pengajaran Bahasa MelayuBMM 3173E

Pop Up.

3. Guru
juga
meminta
murid menyebut buahbuahan tempatan yang
tidak terdapat dalam
buku tersebut tanpa
menyenaraikan di papan
putih.

Langkah 3
(10 minit)

Permainan
Menjolok Buah

1. Dalam kumpulan, murid


diminta menjolok buah
(suku kata yang telah di
potong).
2. Ahli kumpulan lain
diminta
menyambungkan suku
kata menjadi perkataan
buah-buahan tempatan.
3. Kumpulan yang dapat
mencantumkan suku
kata terbanyak akan di
kira sebagai pemenang.

Strategi : Berpusatkan
bahan
Teknik : Permainan
Bahasa
Pendekatan:
kontekstual
Kecergasan Pelbagai:
Interpersonal

4. Murid diminta menyebut


perkataan buah-buahan.

Langkah 4

Pentaksiran

(20 minit )

Penulisan Imlak

1. Guru
menggunakan Strategi : berpusatkan
buku
Pop
Up Guru
menunjukkan
gambar
buah-buahan tempatan. Pendekatan: Deduktif
2.

eida_81

Murid diminta menulis BSPP: Buku Pop Up


perkataan buah-buahan
berdasar sebutan guru.

35

Kaedah Pengajaran Bahasa MelayuBMM 3173E

3.

Selesai menulis imlak,


murid
dan
guru
menyemak
perkataan
buah-buahan
yang
ditutup di buku Pop
Up.

4.

Murid
yang
berjaya
menulis imlak dengan
betul tanpa salah diberi
hadiah.

1.

Murid
dibimbing
menyebut buah-buahan
tempatan

2.

Murid
memadankan
gambar dan perkataan

Pengayaan

1.

Murid
mencari
perkataan buah-buahan
yang tersembunyi.

Penutup

Nyanyian Lagu

( 5 minit )

Musim
buahan

1. Murid
diminta
menyanyikan lagu Musim
Buah-buahan
dengan
bimbingan
guru
dan
iringan radio

Pemulihan

Kognitif :
Sosial

eida_81

Buah-

2. Murid
menyenaraikan
buah-buahan tempatan .
3. Murid menyatakan buahbuahan luar negara

36

Kaedah Pengajaran Bahasa MelayuBMM 3173E

REFLEKSI :
eida_81

37

Kaedah Pengajaran Bahasa MelayuBMM 3173E


Alhamdulillah bersyukur pada Illahi kerana dengan izinNya dapat saya menyiapkan
tugasan BMM 3173E ini dengan sempurna dan mengikut kehendak soalan yang telah
dibekalkan kepada semua pelajar PPG.

Pada kali ini, saya dan rakan-rakan seperjuangan

telah diberi tugasan dalam subjek Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah BMM
3173E. Tempoh masa yang ditetapkan adalah sebulan iaitu bermula 4 Ogos dan berakhir
pada 4 September 2014. Dalam tempoh tersebut pelbagai cabaran dan dugaan yang saya
hadapi, namun dengan ketabahan dan semangat, akhirnya saya dapat menyelesaikan tugasan
yang diberikan dengan sempurna.
Dalam usaha untuk menyelesaikan tugasan, saya telah mencari pelbagai buku rujukan
untuk dijadikan panduan. Saya juga telah melayari internet untuk mendapatkan bahan yang
diperlukan supaya tugasan ini dapat disiapkan dengan segera. Tambahan pula, apabila
membaca pelbagai buku, saya akan mendapat lebih banyak maklumat, sekaligus lebih
memahami mengenai konsep kemahiran bahasa dan kemahiran bernilai tambah.
Secara umumnya

Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa

pengantar kepada semua rakyat Malaysia. Justeru itu setiap bangsa yang menetap di negara
ini harus menguasainya. Lantaran itu, pelbagai usaha telah dijalankan bagi memastikan bahasa
ibunda ini kekal menjadi bahasa utama di negara ini.
Tugasan pertama pada kali ini, pelajar PPG diminta untuk menghuraikan strategi,
pendekatan, kaedah dan teknik daripada pelbagai sumber yang diperolehi. Tugasan pertama ini
agak mudah kerana setiap pelajar PPG diminta menghuraikan strategi, pendekatan, kaedah
dan teknik. Apa yang saya perolehi, terdapat beberapa pengetahuan baru tentang strategi,
pendekatan, kaedah dan teknik. Walaupun pada asasnya, telah saya pelajari semasa zaman
maktab yang telah lama saya tinggal. Namun apabila sampai di sekolah tidak saya praktikkan
dengan sebaik mungkin. Ini memberi kesan kepada hasil pembelajaran murid saya kurang
memberangsangkan. Sebagai guru saya perlu menukar strategi pengajaran dan pembelajaran
saya agar murid saya dapat menguasai pengajaran dan pembelajaran saya dengan berkesan.
Selain daripada itu, pelbagai kaedah pengajaran yang saya dapati dapat meningkatkan
pengajaran dan pembelajaran saya. Seharusnya sebagai guru, saya perlu menukar kaedah
pengajaran supaya murid berasa seronok dengan kaedah baru yang saya gunakan. Melihatkan
situasi murid saya adalah murid yang pelbagai maka saya juga perlu memperbanyakkan teknik
pengajaran dan pembelajaran saya agar murid berasa seronok dan memberi peluang untuk
mereka berinteraksi antara satu sama lain
eida_81

38

Kaedah Pengajaran Bahasa MelayuBMM 3173E


Semasa berusaha menyelesaikan tugasan ini, saya mendapati bahawa bukan senang
untuk menjadi seorang guru yang benar-benar berjiwa pendidik. Sebagai seorang guru, saya
mestilah menjadi seorang yang sentiasa berfikiran terbuka dan menghargai murid-murid yang
ada di dalam kelas.

Saya perlu sentiasa ingat bahawa murid-murid di dalam kelas terdiri

daripada pelbagai latar belakang dan keupayaan. Berdasarkan beberapa maklumat yang saya
perolehi, maka perlu saya menggantikan teknik, kaedah, strategi dan pendekatan bagi
memastikan murid saya dapat menguasai pengajaran yang saya ajarkan.
Tugasan yang kedua, pelajar PPG dikehendaki menyedia satu rancangan mengajar
bertema salah satu tema yang terdapat dalam sukatan pelajaran KSSR sama ada Tahun 1,
Tahun 2 atau Tahun 3. Berdasarkan pengalaman lalu saya pernah ditugaskan mengajar mata
pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 1, maka tidak sukar bagi saya menyediakan rancangan
mengajar harian. Saya telah mempraktikkan hasil dapatan daripada menghadiri kursus KSSR
Tahun 1, jadi saya gunakan peluang ini sebaik mungkin. Tugasan yang ketiga, pelajar PPG
diminta bahan bantu mengajar (BBM) berdasarkan kepada rancangan harian yang telah saya
rancangkan.
Berdasaran kepada tugasan yan diberi, kekuatan yang saya perolehi ialah semangat
bekerjasama di kalangan rakan-rakan amat baik. Kami selalu berbincang bersama untuk
menyiapkan tugasan dan rakan sekerja sering memberi pandangan dan pendapat bagi
menghasilkan tugasan yang bermutu dan berkualiti.
Selain daripada itu, kekuatan yang saya perolehi semasa menyiapkan tugasan ini ialah
pengalaman saya mengajar Bahasa Malaysia Tahun 1, membolehkan saya bersemangat
menyediakan rancangan pengajaran harian serta membina bahan bantu mengajar dengan baik.
Saya juga berasa seronok dengan tugasan membina bahan bantu mengajar dan saya akan
pastikan supaya murid-murid saya akan teruja dengan bahan bantu mengajar yang saya
hasilkan.
Seterusnya kekuatan yang saya perolehi berdasarkan carian maklumat melalui buku
dan internet ialah telah meningkatkan pemahaman saya terhadap strategi, pendekatan, kaedah
dan teknik pengajaran dan pembelajaran. Maklumat-maklumat yang saya perolehi dapat saya
aplikasikan semasa pengajaran dan pembelajaran.
Dalam kekuatan pasti ada kekurangan

yang kita perlu atasi. Terdapat banyak

kekurangan yang perlu saya perbaiki. Antaranya dari segi pengurusan masa, sehingga
eida_81

39

Kaedah Pengajaran Bahasa MelayuBMM 3173E


semester 6 ini, saya masih tidak dapat membahagikan masa dengan baik. Melihat situasi saya
sebagai pelajar di IPG dan seorang pendidik di sekolah, menjadikan tugasan yang saya
laksanakan tidak bersungguh-sungguh serta tidak peka terutama pemeriksaan

kesalahan

ejaan semasa menaip tugasan..


Seterusnya, semasa menyiapkan tugasan, terdapat beberapa kelemahan dan
kekurangan yang perlu saya baiki semasa sesi pengajaran. Jika dahulu strategi, pendekatan,
kaedah dan teknik yang saya gunakan tidak mampu di gapai objektifnya,. Ini menyebabkan
proses pengajaran berjalan bperlahan dan kadang kala belum dapat dipastikan oleh guru
tentang strategi, pendekatan, teknik dan kaedah.
Sesungguhnya, memang banyak pengalaman yang saya perolehi. Tambahan pula, ada
orang bijak pandai yang mengatakan bahawa pengalaman itu adalah guru yang terbaik. Jadi
saya merasakan bahawa pengalaman yang saya perolehi ini, merupakan satu pengalaman
yang tidak boleh ditukar ganti kerana ianya amatlah berharga. Sesungguhnya, pengalaman ini
tidak boleh dijual beli, hatta dengan segunung emas dan selaut perak sekalipun.
Secara tuntas, apa yang saya telah lakukan bukanlah sesuatu yang sia-sia kerana ilmu
itu luas dan perlu sentiasa kita timba.

Walaupun hanya bermula dengan paksaan, ianya

menjadi sesuatu yang amat saya hargai. Sekiranya saya bertindak untuk mengangkat bendera
putih sebelum berjuang, maka, saya akan menjadi orang yang paling malang sekali kerana
melarikan diri daripada ilmu. Semoga apa yang diperolehi ini, dapat memberi manfaat kepada
semua pihak, terutamanya bagi insan-insan yang mendahagakan ilmu.

BIBLIOGRAFI
BUKU
Adenan Ayob dan Khairuddin Mohamad. (2012). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu.
Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd
eida_81

40

Kaedah Pengajaran Bahasa MelayuBMM 3173E


Dr. Faridah binti Nazir dan Dr Tuan Jah binti Tuan yusof. (2013). Pengajian Sukatan Pelajaran
Bahasa Melayu Sekolaj Rendah. Selangor : Penerbitan Multimedia
Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Raminah Hj. Sabran (1985). Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur. Penerbit
Fajar bakti Sdn.

BAHAN INTERNET
mashitohishak.blogspot.com telah diakses pad 31 Ogos 2014
tanleehong69.blogspot telah diakses oleh guru pada 31 Ogos 2014.

eida_81

41

Anda mungkin juga menyukai