Anda di halaman 1dari 16

PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRIK

SEMESTER 1 TAHUN 1
2015
TEKNOLOGI ELEKTRIK
ETE 502
TUGASAN :
MOTOR ARUS ULANG ALIK 1 FASA
DISEDIAKAN OLEH:
MUHAMMAD AIMAN HARITH BIN ABDUL RAHIM

KELAS DETE 1
NAMA PENSYARAH:
EN. SAIFUL SHAARI BIN MOHD SUBKI
TARIKH:
26 / MAC / 2015

Page | 0

SENARAI KANDUNGAN

BIL

SENARAI KANDUNGAN

M/S

PENGHARGAAN

CIRI-CIRI & JENIS MOTOR AU 1 FASA

PERBEZAAN MOTOR AU 1 FASA DAN 3 FASA

10

PERATURAN-PERATURAN BERKAITAN MOTOR AU 1 FASA

11

KEROSAKAN MOTOR

12

PENYELENGGARAAN MOTOR AU 1 FASA

13

KESELAMATAN DAN PERATURAN

12

RUJUKAN

15

39

Page | 1

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,


Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat juga saya menyempurnakan
tugasan ini. Sepanjang menjalankan kerja kursus ini, saya telah memperoleh pelbagai
pengalaman sama ada pahit mahupun manis yang amat berharga dan bermakna dalam hidup saya
sebagai seorang pelajar. Pengalaman yang saya perolehi sepanjang menjalankan tugasan ini
mungkin hanya akan datang sekali sahaja dalam hidup saya.
Justeru itu, saya juga telah memperolehi pelbagai maklumat dan pengetahuan dengan
lebih terperinci lagi berkaitan tugasan ini. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. Terutamanya
kepada pensyarah saya iaitu, En. Saiful Shaari Mohd Subki kerana beliau telah banyak
memberikan tunjuk ajar kepada saya sepanjang menjalankan tugasan ini. Tunjuk ajar beliau
amat membantu saya dalam usaha menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan ini.
Oleh itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga saya
yang telah banyak memberi sokongan moral dan bantuan kewangan bagi menyelesaikan tugasan
ini. Selain itu, saya turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya kerana telah
banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan
tugasan ini dengan jayanya.
Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan
tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah anda
hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan anda semua, tugasan ini tidak
dapat dilaksanakan dengan sempurna.
Sekian, terima kasih.

Page | 2

PENGENALAN MOTOR AU SATU FASA

INFO KHAS
Motor AU 1 fasa tidak boleh mula berputar tanpa
bantuan medan magnet berputar.

FUNGSI BELITAN MULA DAN BELITAN LARIAN

Beberapa kaedah yang


digunakan untuk menghasilkan
medan magnet berputar pada
bahagian pemegun motor AU 1
fasa ialah :

Fungsi belitan mula dan belitan larian dalam motor AU 1


fasa jenis aruhan fasa belah adalah untuk mewujudkan medan
magnet yang sentiasa berubah ubah kutub ( utara dan selatan )

Perubahan medan magnet ini akan menghasilkan satu


kedudukan medan magnet yang seolah olah berputar.

PRINSIP KENDALIAN
Prinsip kendalian motor AU 1fasa ialah berasakan tindakan
medan magnet belitan mula dan larian dengan medan magnet
pemutar.

Apabila voltan dibekalkan pada motor, kedua-dua belitan


mula dan belitan larian akan menghasilkan medan magnet.

Menggunakan belitan
tambahan ( belitan
mula ) yangmempunyai
rintangan tinggi.
Memasang pemuat
sesiri dengan belitan
mula untuk
mendapatkan
perbezaan fasa 90
darjah di antara belitan
tersebut dengan belitan
larian.
Memasang gelang
teduh pada teras kutub
Menggunakan pemutar
yang berlilitan dan
dilengkapi dengan
penukar tertib untuk
membolehkan
perubahan perbezaan
fasa

Arus pada belitan mula adalah lebih kecil disebabkan luas


keratin rentas yang kecil dan rintangan belitan pengalir yang
tinggi

Arus pada belitan larian adalah lebih tinggi disebabkan luas


keratin rentas yang besar dan nilai rintangan belitan pengalir
yang rendah.

Kedua-dua perbezaan ini akan mnyebabkan perbezaan fasa


di antara arus dengan voltan pada belitan mula dan belitan
larian.

Ini akan menghasilkan medan magnet berputar


Page | 3

Medan magnet berputar akan bergerak dengan satu kelajuan yang dinamakan sebagai
kelajuan segerak ( NS ). Kelajuan segerak ini bergantung kepada bilangan kutub dan
frekuensi bekalan.

N=
S

120

(psm)

Medan magnet berputar akan memotogn jalur jalur pengalir pada pemutar.

D.g.e akan terhasil apabila medan magnet berputar memotong jalur-jalur pengalir dan
seterusnya menghasilkan medan magnet pada pemutar.

Kedua-dua medan segerak dan pemutar akan bertindak di antara satu sama lain.

Tindak balas medan magnet berputar dengan medan magnet pemutar akan menghasilkan
daya kilas permulaan untuk menggerakan motor.

Page | 4

CIRI CIRI MOTOR 1 FASA

BIL

CIRI CIRI

JENIS MOTOR
DAYA KILAS

Motor fasa belah mula rintangan.

Rendah ketika bermula dan

Contoh kegunaan: Pam air

kendalian

Motor fasa belah pemuat tetap

Rendah ketika bermula dan

Contoh kegunaan: Kipas angin

kendalian

Motor fasa belah mula pemuat

Tinggi ketika bermula dan

ARUS

KUASA

Rendah

Rendah

Rendah

Rendah

Rendah

Rendah

Rendah

Rendah

Rendah

Rendah

Rendah

Rendah

Tinggi

Tinggi

Tinggi

Tinggi

Rendah

Rendah

Contoh kegunaan: Mesin parut kelapa malar ketika kendalian


4

Motor fasa belah mula pemuat, larian

Tinggi ketika bermula dan

pemuat

malar ketika kendalian

Contoh kegunaan: Mesin basuh


5

Motor tolakan

Tinggi ketika bermula dan

Contoh kegunaan: Peralatan makmal

ketika kendalian

Motor siri

Tinggi ketika bermula dan

Contoh kendalian: Kren

ketika kendalian

Motor semesta

Tinggi ketika bermula dan

Contoh kegunaan: Pembersih hampa

ketika kendalian

gas
8

Motor kutub terteduh

Rendah ketika bermula dan

Contoh kegunaan: Pemutar pemain

ketika kendalian

rekod
9

Motor segerak

Rendah ketika bermula dan

Contoh kegunaan: Jam elektrik

ketika kendalian

Page | 5

JENIS MOTOR AU 1 FASA

MOTOR FASA BELAH


Jenis Motor Fasa Belah ini termasuk motor yang menggunakan rotor sangkar ( Squirrel
Cage Winding ) terdiri daripada beberapa rod kuprum yang dimasukkan ke dalam alur rotor, bila
disambung oleh cincin tembaga terdapat litar tertutup. Manakala stator dalam gegelung terdiri
daripada dua gegelung iaitu gegelung utama ( main winding ) dan gegelung pemula ( starting
winding ). Gegelung kedua disambung secara selari pada permulaan, kedua-duanya mula
berhubung pada nets. Selepas motor berputar sehingga 75% dari putaran nominal, suis emparan
akan memutuskan set, seterusnya bantuan gegelung dan motor elektrik hanya berfungsi pada
gegelung utama.

Suis Emparan ( Centrifugal Switch )


Page | 6

MOTOR KAPASITOR
Motor kapasitor sebenarnya mirip dengan motor fasa belah, hanya pada jenis kapasitor
ini di tambah lagi satu unit kapasitor seperti kapasitor mula ataupun dikendalikan oleh kapasitor (
termasuk dua yang menjalankan kapasitor ) adalah kapasitor elektrik yang mengubah bekalan
untuk satu gegelung ataupun lebih daripada motor aruhan 1 fasa yang berputar untuk mencipta
medan magnet. Unit bagi kemuatan dilabelkan dalam microfarad ( F atau uF ). Kapasitor yang
lama selalunya dilabelkan dalam perkataan lama seperti mfd atau MFD yang membawa
maksud microfarad.

Kegunaan:
I.
II.

Pam Air
Peti Sejuk

III.

Kompresor Udara

IV.

Mesin Basuh

*Kapasitor terletak pada atas motor itu sendiri


Jenis Kapasitor:
I.

Kapasitor Kertas ( The Paper Capacitor )

II.

Kapasitor Minyak ( The Oil Capacitor )

III.

Kapasitor Elektrolit ( The Electrolytic Capasitor )

Umumnya kapasitor ini berfungsi antar 6 mikroF 150 mikroF. Motor kapasitor dapat
dibahagi kepada tiga motor. Iaitu:
I.

Motor Kapasitor Start ( Starting Capacitor Motor )

II.

Motor Kapasitor Tetap / Running ( Permanent Capacitor Motor )

III.

Motor Kapasitor Start / Running ( Start-Running Capacitor Motor)

Page | 7

Motor Kapasitor Start ( Starting Capacitor Motor )


Motor ini adalah merupakan jelmaan dari motor fasa belah, tetapi mempunyai kapasitor
yang dihubungkan secara seri dengan belitan bantu dan suis emparan. Prinsip kendalian adalah
sama seperti motor aruhan iaitu jika pada lilitan utama diberikan bekalan maka fluks magnet
akan terhasil. Tetapi dengan adanya lilitan bantu dan kapasitor maka ada perbezaan fasa diantara
keduanya. Disinilah terjadinya fluks magnet. Secara umum motor akan bergerak mengikut arah
jam. Setelah motor berputar sehingga 75 % dari putaran nominal maka suis emparan akan
memutuskan rangkaian pada lilitan bantu dan motor hanya akan bekerja pada lilitan utama
sahaja.

Motor Kapasitor Tetap / Running ( Permanent Capacitor Motor )


Motor ini mempunyai kapasitor yang dihubungkan secara seri dengan lilitan bantu dan
sambungan secara selari dengan lilitan utama. Sumber listrik dihubungkan secara selari. Bagi
motor ini banyak digunakan di pam air kerana ia mampu menggerakkan motor sehingga 3000
rpm.

Motor Kapasitor Start / Running ( Start-Running Capacitor Motor )


Motor ini adalah gabungan diantara motor start kapasitor dan running kapasitor, di mana
tujuannya adalah untuk memperolehi arus awal yang lebih besar dan arus yang stabil. Jenis
motor ini banyak digunakan pada penghawa dingin.

Page | 8

MOTOR LISTIK
Berdasarkan karakteristik dari arus listik yang mengalir, motor AU ( Arus Ulang Alik ,
Arus Bolak- Balik ) terdiri dari 2 jenis iaitu:

Motor Listik AU / Arus Bolak Balik 1 Fasa


Motor Listik AU / Arus Bolak Balik 3 Fasa

Pembahasan dalam artikel kali ini dititik beratkan pada moto listik AU 1 fasa, yang terdiri
dari:

Motor Kapasitor
Motor Shaded Pole
Motor Universal

Page | 9

PERBEZAAN DI ANTARA MOTOR AU 1 FASA DAN 3 FASA

MOTOR AU 1 FASA
Hanya terdapat satu belitan bagi satu fasa

MOTOR AU 3 FASA
Setiap belitan mewakili fasa

Memerlukan voltan sebanyak 240V untuk


berkendali

Memerlukan voltan sebanyak 415V dan


keatas untuk berkendali

Saiz motor sederhana dan mudah diselenggara Saiz motor besar dan sukar diselenggara
Mempunyai daya kecekapan yang rendah

Mempunyai daya kecekapan yang tinggi

Memerlukan kapasitor bagi menghasilkan


daya kilas yang baik

Mempunyai permulaan daya kilas yang baik

Digunakan dan sesuai bagi perkakasan rumah

Digunakan sebagai pam, kipas, dan pemampat


udara

Kuasa motor 3kW ke bawah

Kuasa motor 8kW ke atas

Page | 10

PERATURAN PERATURAN BERKAITAN MOTOR


[ Peraturan 17 18 ]
PERATURAN-PERATURAN ELEKTRIK
Janakuasa, motor, pengubah, dsb.

17.
(1) Mana-mana bahagian janakuasa, motor, pengubah, atau kelengkapan lain yang
dikendalikan pada voltan tinggi atau voltan amat tinggi yang boleh dicapai dengan bersahaja
oleh seseorang hendaklah dilindungi jika perlu untuk mencegah bahaya.

(2) Sesuatu motor hendaklah dikawal oleh satu atau lebih peranti mula yang berkesan
untuk menghidupkan atau memberhentikannya.

(3) Suis yang disebut dalam subperaturan (2) hendaklah ditempatkan mengikut apa-apa
cara supaya ia mudah dikendalikan oleh orang yang menjaga motor itu.

(4) Mana-mana gear suis yang digunakan yang berkaitan dengan win, penggulung dan
kren yang terdedah kepada cuaca, di atas kapal korek atau di tempat bawah tanah, dikendalikan
pada voltan lebih tingi daripada voltan rendahlah voltan yang lebih tinggi.

(5) Jika elektrik diubah daripada satu voltan kepada satu voltan lain, peruntukan
hendaklah didakan untuk mengawal daripada bahaya disebabkan sistem voltan rendah itu tercaj
dengan tidak sengaja lebih tinggi daripada voltan biasanya disebabkan kebocoran daripada atau
kebocoran disebabkan sentuhan dengan sistem voltan yang lebih tinggi.

(6) Jika sesuatu pengubah-auto digunakan bagi apa-apa maksud, perhatian hendaklah
diambil bagi memastikan voltan di antara mana-mana bahagian lilitan voltan rendah dengan
bumi tidak melebihi voltan di antara terminal-terminal lilitan voltan lebih rendah itu.

Page | 11

KEROSAKAN MOTOR

Kerosakan yang selalu dialami oleh sebuah motor AU 1 fasa adalah pada bahagian suis
empar, pemuat dan belitan.

BAHAGIAN
Suis Empar

KEROSAKAN
Pegas tak berfungsi
Sesentuh longgar

TANDA-TANDA KEROSAKAN
Motor terus berkendali
Motor tidak dapat berkendali

Pemuat

Litar pintas
Litar terbuka
Tamatan longgar
Pemuat bocor

Motor tidak dapat berkendali atau


kelajuan rendah

Belitan

Litar terbuka
Litar pintas
Penebatan rosak
Tamatan longgar

Motor tidak dapat berkendali kecuali


dibantu
Pemutus litar akan terpelantik
Fius akan memutus

Page | 12

PENYELENGGARAAN MOTOR AU 1 FASA

1. Terbalik Fasa

Tanda kerosakan : putaran motor tidak mengikut arah putaran sebenar

Cara penyelenggaraan : gunakan meter urutan fasa untuk menguji motor dan menukar
sambungan fasa dengan betul

2. Belitan Motor Terbuka

Tanda kerosakan : motor tidak dapat berkendali walaupun diberikan bekalan

Cara penyelenggaraan : gunakan meter pelbagai dan penguji penebatan untuk menguji
belitan serta menyambung semula belitan yang terbuka atau melilit semula belitan.

3. Belitan Terpintas

Tanda kerosakan : motor tidak dapat berkendali

Cara penyelenggaraan : gunakan meter pelbagai dan penguji penebatan untuk menguji
belitan serta membetulkan semula sambungan belitan atau melilit semula belitan motor.

4. Kebocoran

Tanda kerosakan : terdapat arus yang mengalir pada bahagian rangka motor dan
pemutus litar terpelantik

Cara penyelenggaraan : gunakan meter pelbagai dan penguji penebatan serta hidupkan
semula pemutus litar bocor ke bumi atau melilit semula belitan motor.

Page | 13

KESELAMATAN DAN PERATURAN

Sebelum memasang dan mengendalikan motor AU, beberapa langkah keselamatan dan
peraturan perlu diamalkan bagi menjamin keselamatan diri dan peralatan.

1. PROSEDUR

a) Menggandingkan motor dan beban dengan sambungan mekanik yang betul


b) Memeriksa kekemasan dan kekutuban pengalir
c) Memasangkan penutup hujung aci
d) Melakukan sambungan mengikut rajah dengan betul
e) Menguji keterusan sambungan
f) Menyambungkan bekalan kepada unit kawalan dan system motor

2. PEMBUMIAN
Semua kerja-kerja sambungan elektrik dan bahagian logam yang terdedah perlu
dibumikan untuk melindungi pengguna daripada terkena renjatan elektrik

3. PERLINDUNGAN MEKANIKAL
Bahagian-bahagian cantuman dan gandingan mestilah dibuat dengan kukuh,
ditutup dengan penutup untuk mengelakkan dari tercabut dan melindungi
pengguna daripada terkena bahagian yang berputar.

Page | 14

RUJUKAN

1) Ilmu Listik (Blog)


http://hamadun.blogspot.com/2010/05/motor-fasa-belah-splite-phasa-motor.html

2) Elektrik Industri (Blog)


http://elektrikindustri.blogspot.com/2010/02/motor.html

3) Motor kapasitor Star dan Motor kapasitor Running (Blog)


http://kuniawankholik.blogpot.com/2013/10/v-behaviorurldefaultvmlo.html?m=1

4) Motor Listik
http://dunia-listik.blogspot.com/2008/12/motor-listik.html?m=1

5) Motor Listik AC Satu fasa


http://m.facebook.com/notes/nrico-champ-qiang/motor-listik-ac-satu-fasa-singlephase-electric-motor/10151560254430938

6) Aplikasi Elektrik dan Elektronik Tingkatan 4 dan 5 ( Pengarang : Ramli Bin Jiman,
Mohamed Nazi Bin Mustafa dan Nawawi Mohd Jan ) Modul 11 Motor AC. Muka
surat 146 152.

7) Buku Akta Bekalan Elektrik 1990 ( Peraturan 17 18 )

Page | 15

Anda mungkin juga menyukai