Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA LATIHAN KEBAKARAN DAN KAWAD KECEMASAN

SK AU KERAMAT
2015

1.0

PENDAHULUAN

Kebanyakan kebakaran adalah disebabkan kelalaian . Kesemuanya ini boleh


dicegah sekiranya setiap individu dan masyarakat peka dan sentiasa berwaspada.
Latihan kebakaran dan kawad kecemasan merupakan aktiviti yang perlu
dilakukan bagi setiap organisasi sebagai satu persediaan untuk menghadapi
kemungkinan atau tragedi sebenar. Latihan ini dapat memberi pendedahan dan
kemahiran kepada murid , guru dan kakitangan sekolah.Latihan kawad kecemasan
kebakaran ini juga dapat mengelakkan keadaan cemas di kalangan murid-murid dan
kakitangan sekiranya sesuatu musibah berlaku.Setiap murid , guru dan kakitangan
juga perlu tahu tindakan yang patut sekiranya sesuatu kebakaran berlaku.
Latihan kawad kecemasan kebakaran adalah satu persediaan awal bagi setiap
individu untuk membiasakan diri bertindak atau menyelamatkan diri apabila
berlakunya satu-satu kejadian kebakaran.
Sehubungan itu, JK Keselamatan Sekolah merancang untuk mengadakan
kawad kebakaran dan demonstrasi memadam kebakaran dengan kerjasama pihak
Bomba dan Penyelamat bagi kesedaran warga sekolah.

2.0

OBJEKTIF

Mendapat pendedahan mengenai suasana kebakaran yang sebenar.

Melatih murid , guru serta kakitangan sekolah menghadapi kemungkinan


yang berlaku.

Membiasakan diri bertindak atau menyelamatkan diri sendiri apabila


berlaku sesuatu kejadian kebakaran.

3.0

KUMPULAN SASARAN
Semua murid, guru dan kakitangan SK AU Keramat.

4.0

5.0

PERLAKSANAAN
Tarikh

: 28 Mei 2015

Hari

: Khamis

Masa

: 10.00 pagi 10.30 pagi

Tempat

: Sekolah Kebangsaan AU Keramat.

TENTATIF PROGRAM
SESI PAGI

10.00 pg 10.30 pg

- Loceng kebakaran dibunyikan.


- Murid, guru dan kakitangan sekolah mengosongkan
bangunan .
- Berkumpul di padang sekolah.
- Ketua Kelas mengambil kedatangan
- Guru Kelas melaporkan kehadiran pelajar kepada GPK

Hem
- Taklimat dan post mortem oleh GPK Hem.
- Murid beredar masuk ke kelas.

6.0

JAWATANKUASA UNIT KESELAMATAN SEKOLAH

PENGERUSI

: PN. HJH. FARIDAH BT. HJ. AHMAD ZUKI AMW


Guru Besar SK AU Keramat

NAIB PENGERUSI

: DATIN NOR ASHIKIN BT MOHD DAHAN


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
EN. ROSMAN BIN DAIM
Penyelia Petang

SETIAUSAHA

: EN. MOHD KAMIL BIN MUHAMAD

N/SETIAUSAHA

: EN. MOHD BASRI BIN SIDI AHMAD

AJK

:EN. ZAIDI BIN MOKHTAR


PN. NORSLAWATI BT. SULAIMAN
EN. KHAIRUL NAIM BIN TUKIMIN

EN. NIK MUSADIQ BIN NIK MAT YUSUF


EN. ZULARFI BIN ZAINOL ABIDIN
EN. MOHD FATHIYAKAN BIN ASMARA
EN. ABDULLAH BIN MUSTAFA
EN. NUSI BIN SIBULLAH
EN. MOHD ZAHIR BIN MOHD REJAB
EN. HIMIZI BIN HASSAN
EN. MOHD HIZAMI BIN AB. HALIM
PN. SALIZA ZURAINI BINTI RAZAK
CIK SHAHIDA BINTI ZULKIFLI

7.0

RUMUSAN

Latihan kawad kecemasan adalah satu aktiviti latihan yang perlu dilakukan oleh
setiap sekolah atas saranan dari Kementerian Pelajaran Malaysia. Latihan ini dapat
mengelakkan daripada kemalangan jiwa berlaku. Setiap individu haruslah sentiasa
bersedia dan peka dalam menghadapi apa jua kemungkinan dan bahaya
kebakaran.Setiap individu haruslah mengikut garis panduan dari segi pencegahan
kebakaran yang telah ditetapkan serta mengetahui langkah-langkah awal bagi
menghadapi kebakaran.

Disediakan oleh :

Disemak oleh :

................................................
(MOHD KAMIL BIN MUHAMAD )
Setiausaha,
Unit Keselamatan SK AU Keramat

.............................................
(DATIN NOR ASHIKIN BT MOHD DAHAN)
Pen. Kanan Hal Ehwal Murid
SK AU Keramat

Disahkan oleh

..........................................
(PN. HJH. FARIDAH BT. HJ. AHMAD ZUKI AMW)
Guru Besar,
SK AU Keramat

SEKOLAH KEBANGSAAN AU KERAMAT,


JALAN 5/56 AU 3,
54200 KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA LATIHAN KAWAD


KECEMASAN KEBAKARAN PERINGKAT
SEKOLAH
2015

JAWATAN KUASA KESELAMATAN


SEKOLAH KEBANGSAAN AU KERAMAT
2015

Anda mungkin juga menyukai