Anda di halaman 1dari 3

Tajuk:

Kebersihan asas kesihatan. Huraikan cara-cara untuk mendidik

masyarakat tentang kepentingan menjaga kebersihan.
Badan sihat, otak cerdas demikianlah frasa yang sering

diungkapkan oleh orang ramai. Jika masyarakat tidak menjaga kebersihan,

maka kesihatan mereka akan mudah terjejas. Jelaslah bahawa kesihatan
amatlah penting kepada kehidupan dan wajar kita berikan keutamaan.
Kita haruslah melakukan pelbagai aktiviti atau mengamalkan beberapa
langkah untuk mencapai tahap kebersihan dan kesihatan yang
memuaskan.
Langkah pertama yang perlu kita amalkan ialah usaha penjagaan
kebersihan alam sekitar. Kita haruslah membuang sampah ke dalam tong
sampah dan memastikan agar sampah sarap tidak berselerakan di
merata-rata tempat. Sekiranya sampah sarap tidak diuruskan dengan
baik, maka risiko kita dijangkiti penyakit yang dibawa oleh nyamuk, lalat
atau tikus amatlah tinggi. Oleh itu, sampah sarap di sekitar halaman
rumah mestilah dibersihkan untuk mengelakkan pelbagai penyakit
membelenggu kehidupan kita.
Selain itu, pengambilan makanan yang bersih juga penting. Makanan
yang bersih dan berzat akan menyihatkan badan kita. Kaedah
penyimpanan makanan yang kondusif dan bersih dapat menjauhkan
makanan kita daripada tercemar. Makanan perlu ditutup dengan tudung
saji atau disimpan di dalam peti ais untuk menjamin kesegaran dan
kualitinya. Jelaslah bahawa sebagai konsumer atau pengguna yang bijak,
kita mestilah mengamalkan tabiat pemakanan yang bersih di samping
menjaga kebersihan diri dan tempat sekeliling kita dari semasa ke
semasa.
Akhir sekali, kerajaan juga perlu menitikberatkan mutu kesihatan
rakyat dengan menyediakan pelbagai kemudahan kesihatan seperti klinik
rawatan bergerak di kawasan pedalaman di samping mengadakan
kempen kesedaran kepada orang ramai melalui media massa seperti
televisyen, radio, majalah, akhbar dan sebagainya supaya setiap
masyarakat sama ada di bandar atau di desa dapat menguruskan
kebersihan dan kesihatan diri dan keluarga masing-masing dengan baik.
Kesimpulannya, setiap rakyat Malaysia haruslah bertanggungjawab
untuk menjaga kebersihan dan kesihatan pada setiap masa oleh sebab
kesihatan merupakan nur yang bakal menyinari kebahagiaan keluarga,
khasnya dan masyarakat Malaysia seluruhnya.

Anda mungkin juga menyukai